Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'adzaabannaar.

Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]:201)




Monday, February 21, 2011

Parking Yang Ngeri...

Assalam.....

Hi korang! pekabo... aritu di suatu tempat letak kete aku terlihat sesuatu yang sangat mengeri kan aku. Jom usya...

Dua bijik kete mahal yang diparkingkan terlalu rapat.

fuhhhh! nasib tak kene..
ngeri tak? ngeri tak? hu..hu..

Thursday, February 17, 2011

Kisah Suami Isteri Yang Nak Cerai...

Assalam...

Hi Korang! arini aku nak kongsi kan pasal rumahtangga org. he..he.. macam kepoci pulak aku sibuk nak citer kisah tepi kain orang yek.. hu..hu takdela kisah ni boleh kita jadikan teladan dan mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua. so??? check it up!

Sepasang suami istri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua asset harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami maupun si istri sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Sulaiman dulu. Akhirnya mereka menemui seorang hakim, meminta petunjuk hakim tersebut bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Tuan Hakim akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.

Karena si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil. Setahun kemudian, ketika Tuan Hakim berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami istri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berjaya untuk menambah anak sehingga kalian membatalkan permohonan untuk bercerai?". Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai". "Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Tuan Hakim. "Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar!!".


Beberapa hikmah:

1. Menunda adalah tindakan negatif tetapi adakalanya bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan.

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah diatas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah keharmonisan semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Hari Kekasih Allah!

Assalam....

Hi korang! Besok 12 Rabiulawal kita akan menyambut Maulidurasul untuk memperingati kelahiran kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun kita semua tak pernah berjumpa dan hidup sezaman dengan Rasullullah tapi yakinlah sesungguhnya rasa cinta dan kasih sayang baginda kepada umatnya tidak dapat ditandingi dengan rasa kasih, cintan cintun korang kepada pasangan memasing di dunia sementara ini. So seharusnye kite semua memperingati hari bersejarah iaitu hari kelahiran baginda dengan meningkatkan kasih dan sayang kita kepada baginda dan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh baginda. Sesungguhnya Kasih dan Sayang kita kepada Allah Dan Rasullulah adalah sebenar2nya kasih sayang yang dapat memberikan kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak Insyallah. Ingin aku kongsikan beberapa kisah Rasullulah sebagai pengajaran dan panduan kepada kita semua. Check it Out!

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang..'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olahsendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'

'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Tuesday, February 8, 2011

Korang Dah Nak Gile Ke?



Assalam..

Hi Korang! mmmm tgh ari aritu sedang aku memerhatikan keadaan sekeliling di dalam pak itam ketika menunggu trafic light bertukar warna di sebatang jalan.. aku terlihat ada seorang lelaki sedang jalan dengan pakaian yang lusuh, memakai selipar yang tunggu masa nak putus, siap pakai topi warna coklat siap ada lambang polis lagi! kat lehernye tergantung wisel yang mana kadangkala digunakan(ditiup) untuk mejaga lalu lintas pada pandangan aku lelaki tue mengalami sakit mental a.k.a gila. terpikir kat kepala aku apakah yang menyebabkan lelaki tue jd camtu? adakah die salah seorang yang mengalami penderitaan hidup atau adakah die pada terlalu minat giler nak jadi polis trafic sampai jadi giler? ataupun die dulu mmg anggota polis tapi ditakdirkan jadi giler disebabkan menghadapi tekanan hidup/kerja yang mencabar atau..atau... berapa banyak atau lagilah! Wallahualam....

Kita semua mmg tak lepas diuji dari Allah tak kiralah dari segi apapun. adakalanya ada antara kita termasuk aku terlupa nak kembali pada Allah ketika bersedih dan terlalu memikirkan masalah yang dihadapi sampai tejadinya kemurungan dan seterusnya terjadinya tekanan mental.

Info berkenaan tekanan mental

Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menybabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas.

korang boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial.

Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental korang itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan menggangu kesihatan korang.

GEJALA TEKANAN

Ada beberapa gejala yang menandakan mental korang tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah:

PERASAN

-Merasa bimbang
-Merasa cepat marah
-Merasa lemah semangat
-Merasa tidak tenteram dan
gelisah

FIKIRAN

-Bimbang terhadap masa depan
-Kurang daya tumpuan
-Menjadi mudah lupa
-Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja
-Takut gagal
-Rendah harga diri

TINGKAH LAKU

-Tabiat merokok yang meningkat
-Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara mendapat mengurangkan masalah
-Hilang selera makan atau makan berlebihan
-Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan
-Mudah terkejut
-Bertindak secara impulsif dan agresif

PERUBAHAN FIZIKAL

-Berpeluh pada tangan dan badan
-Sering rasa dada berdebar
-Menggeletar,kering mulut dan kerongkong
-Mudah merasa letih
-Kerap kecing
-Sukar untuk tidur
-Masalah menghadzaman seperti, loya, muntah, cirit-birit, sembelit
Sakit kepala dan leher Sakit-sakit sendi dan badan Mudah diserang penyakit

PUNCA TEKANAN
Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling biasa Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.

CARA MENGURANGI TEKANAN MENTAL YANG DIALAMI

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakanuntuk mengurangi tekanan mental korang:

-Makan makanan seimbang tiap-tiap hari
-Bersenam atau riadah secara kerap
-Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
-Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik
-Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana
-Selalu berpandangan positif and fokus kepada sifat-sifat baik anda
-Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
-Bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai
-Mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit.
-Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi.

Kat sini jugak aku nak kongsi ngan korang 3 formula untuk menghindari dari berlakunya gangguan mental kepada kita yang dipetik dari buku 'Jangan bersedih' oleh Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni.

1) Sentiasa menggantungkan hati kpd Allah, menyembah, taat dan berserah diri kepada-Nya. Ini merupakan masalah keimanan yg amat penting.

2) Menutup fail-fail masa lalu dengan semua kepedihan dan air matanya, kesedihan dan bencananya, dan kesusahan dan keresahannya. Lalu memulai satu hidup baru dengan hari yang baru pula.

3) Membiarkan masa depan yang masih ghaib tidak menganggu dan melarutkan diri di dalamnya. Juga jauhkan diri dari segala bentuk ramalan yang tidak berasas. Tetapi berusahalah untuk hidup dalam lingkup hari ini sahaja.

Wallahualam...

Friday, January 28, 2011

Kes Penipuan Yang Glamer Kat Malaysia

Assalam...

hi korang! harap2 korang masih belum kene tipu.. hu..hu.. aku nak kongsi ngan korang info yang aku copy n paste berkenaan cara2 penipuan yang popular kat negara kita. Harap kita semua sentiasa beringat dan jangan jadikan diri kita mangse tipu ye! check it up!!

12 Penipuan Popular di Malaysia

Di bawah disenaraikan 12 jenis taktik paling POPULAR yang digunakan oleh golongan 'durjana' malah JSJK Bukit Aman sudah mengklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.

1. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

2. Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

3. Bomoh buang sial

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditibuhkan. Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Itu adalah diantara pakej penipuan yang berleluasa berlaku di Malaysia. Maka berhati-hatilah jangan sampai ANDA PULA DITIPU ketika masih bernafas.

Thursday, January 13, 2011

Suka satu ke tiga?

Assalam....
Hah korang! tgh bersedih or berduka cita ke? tak mampu nak senyum? cube sebut tiga secara berulang.. tiga..tiga..tiga..tiga..dan seterusnya sampai mulut anda akan tersenyum secara automatik chewah.. tapi sebaliknya kalau korang sebut satu..satu..satu...satu... automatik mulut korang akan jd muncung ( hah lawo sangat la tue ). so mane satu yang korang pilih? hu..hu...

Lagu Senyum pebret aku (alah yg kempen senyum kat tv tue)

Senyum Seindah Suria
Yang Membawa Cahaya
Senyumlah Dari Hati
Duniamu Berseri

Senyum Umpama titian
Dalam Kehidupan
Kau Tersenyum Ku Tersenyum
Kemesraan Menguntum

(Chorus)

Senyum.... Kepada Semua
Senyumanmu Amatlah Berharga

Senyum.... Membahagiakan
Dengan Senyuman Terjalinlah Ikatan.



Wednesday, January 12, 2011

Pak Itam Disondol Lagi

Assalam Korang......

Petang semalam aku mendapat panggilan telefon daripada membe opis aku yang balik kui 4.30 petang. Die tanye samaada aku ader eksiden ker sebab die tengok bumper depan pak itam teruk kena langgar. Aku dah tak sedap ati dah. aku terus pi tgk pak itam dari tingkat atas opis.. mmg sah kene sondol. Aku terus pi tgk kat bawah.. Aduhhhhhhhhhh .. sakitnye ati... dah la yang melanggar tue terus cabut tanpa rasa bersalah (touch n go!) dan meninggalkan kesan. Yelah paling kuatpun tinggalkan lah no tepon. Ini takde rase tanggungjawab langsung bila dah buat salah.. Pepun aku anggap ini adalah ujian dr Allah utk aku di awal tahun ini...