PESANAN BUAT YANG LEKA

Di keheningan subuh, seorang tua yang dah nazak nak mati berpesan kepada toyol belaannya..."yol, bapak dah rasa nak mati ni..kalau boleh...kau tolong bapak satu benda boleh tak?""bapak nak yol buat apenye?""bapak nak kau tuliskan jawapan2 soalan yang malaikat nak tanya sekejap lagi kat bapak ..kut2 lah bapak meninggal kejap lagi...kau tulis lah kat ujung kain kapan bapak kat belah kaki nanti ye,,tolong ye nak...bapak tak ready ni..takut katoi ujian lisan tu kang...""baik lah pak..."tak lama lepas itu, meninggal lah orang tua tadi.
Si toyol menangis lah kesedihan..al-maklum lah tuannya dah meninggal, tak ada siapa lah nak jaga kebajikan dia lepas ni..ye tak...dalam dok ralit menangis tu si toyol tadi terlupa akan pesanan arwah orang tua tadi...sepanjang perjalanan mengantar mayat ke kubur si toyol asyik duduk menangis saja...(tapi orang tak nampak dia lah...sebab dia makhluk halus)...sampai lah orang tua tadi dah ditanam, baru si toyol teringat akan pesanan arwah ayah angkatnya tadi..."ahhh..sudah orang tua ni...lupa pulak aku nak menulis jawapan tadi..emmm,pandai lah dia nak hidup kang.
"(di alam barzakh) setelah cukup 7 langkah, maka datang dua lembaga, iaitu malaikat mungkar dan nangkir...menjalankan tugasnya...ornag tua tadi dengan wajah konpidennya..(dia agak boleh lepas lah tu agaknya) menanti untuk menjawap...
"MARABBUKA?"
"sat...ada jawapan ni...."
setelah seketika tiada jawapan dari orang tua tu, malaikat tu pun terus menyebatnya tanpa belas kasihan..."kedebushhhhhh...!!!""ADOIIIII...kejap...ada jawapan ni..."
"MARABBUKA?"pun tidak berjawab..."DEBUSHHH..."sekali lagi orang tua tu dirotan dengan tanpa belas kasihan..."ADOIIIIILAAAAA.....haaaa...sat...ni ada jawapan ni ha...." sebab orang tua tu dah nampak ada tulisan kat hujung kain kafannya..."MARABBUKA?""MADE IN CHINAAAAA....."
p/s: hanya amalan kebajikan semasa kita hidup yang akan menyelamatkan kita dari azab kubur...walllau 'alam ...maka sediakanlah bekalan secukupnya untuk menuju ke negeri abadi...sekian

Read more...

CINTA JANGAN TAK CINTA...

Ketika melayari Portal Ukhuwah terbaca satu artikel yang mungkin kita boleh kongsi bersama.MAAF artikel ni agak panjang sikit.....

Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.
Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.
Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!

Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka saja!”.
Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.
Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.
Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!

Read more...

UCAPAN BUAT SAHABAT SEKALIAN


MAAF DIPINTA ATAS KELEMAHAN DIRI INI
SEMOGA SYAWAL YANG MENDATANG
MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM
ANTARA KITA

Read more...

POTENSI KITA

Apabila kita bercakap mengenai kekurangan tenaga pelapis,maka terfikir dibenak ini perkara yang perlu ada bagi memantapkan tenaga yang sedia ada ialah tidak mudah untuk rasa kecewa.Apabila hati mudah merasa bosan dan jemu dengan sesuatu kerja maka ia akan melatih diri untuk bersifat malas dan membiarkan kerja itu dibuat oleh orang lain.

Sifat tidak mudah kecewa datang bukan dengan hanya berpeluk tubuh.Akan tetapi memerlukan suatu proses latihan yang perlu diterap dalam kehidupan seharian.Harus kita ingat kehidupan hari ni cukup mencabar maka sifat ini boleh ditanam dalam diri induvidu sekiranya sedia untuk terjun dalam masyarakat.Kalau kita dengan hanya kelompok kita belum tentu sifat ini teruji dan kita tak kan tahu sejau mana diri kita ini.

DISAMPING ITU JUGA sifat keyakinan diri perlu juga ada dan sebahagian besar pakar jiwa terkemuka yang memiliki rasa kepercayaan diri berbunyi:
"Ubat paling mujarab untuk mewejudkan kebahagiaan ialah kapsul rasa percaya pada diri".
manakala karya Prof. Dr. taufiq Yusuf Al-Wa'iy dan Yusuf Al-Uqshari menyenaraikan lima prinsip untuk meraih kepercayaan diri iaitu:
1. berfikiran positif
2. bijaksana merancang kehidupan
3. bergaulan dengan org lain
4. menjaga penampilan diri
5. pilih teman yang sedia memberi kepercayaannya pada anda

Namun apa yang lebih penting lagi sebagai tenaga pelapis ialah bersedia untuk ditarbiah...

Read more...

Siapa Sanggup Buat?...


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagiorang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar ra berkunjung ke rumah anaknya Aisyah ra yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah ra menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar ra. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah ra.
Keesokan harinya Abu bakar ra pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar ra mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar ra mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".Abubakar ra menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu."Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dantidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar ra tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa dating padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu bakar ra, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak Pernah memarahiku sedikit pun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapanAbubakar ra saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
P/S:Mungkin bukan mudah untuk membalas satu kejahatan dengan kebaikan.Namun Sifat ini perlu disemai dalam diri kita hari ini.Susah bukan untuk ditinggakan.Akan tetapi setiap sesuatu yang susah pasti ada kemanisannya...

YANG INDAH ITU PERTEMUAN,
YANG MANIS ITU KEMESRAAN,
YANG PAHIT ITU PERPISAHAN,
YANG TINGGAL HANYALAH KENANGAN.

Read more...

KENAPA PERLU SENYUM?

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kawan-kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pula cukup sekedar nya sahaja ok.

Read more...

AHLAN YA RAMADHAN


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Read more...

BULAN YANG MEMENATKAN....

Sedar atau tidak bulan september telah mula muncul.Tidak lama lagi juga bulan Ramadhan akan mula menyusul menemui umat Islam.Dalam diri ku bulan september ini mula membuatkan diri berfikir utuk mnyusun jadual hidup.Dalam bulan ni kedatangan pelajar baru.Dalam bulan ini juga Kedutaan buat juga Majlis Konvokesyen.Dalam bulan ini juga Pengarah Jabatan Agama nak sampai.Yang paling penting sekali dalam bulan ni juga Masyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 24.

Penat,lepak dan bosan
Itulah yang sering terjadi dalam diri ini.Bila-bila aje kedutaan panggil mesyuarat.Habis mesyuarat tak tahu pukul berapa.Masuk bilik mesyuarat rasanya mcm terang lagi, keluar aje gelap semacam aje alam ni ataupun masuk mesyuarat dah malam keluar mesyuarat dah pagi rupanya.Pernah terdengar satu pendapat,"persediaan diri perlu sebelum menjadi pimpinan amat perlu kerana sudah tiada alasan lagi ketika memegang kepimpinan."betul juga kata seorang sahabat ini.Nak atau tidak semuanya teruji namun bukan semua orang memahami.Takpelah mungkin ini tahun terakhir...
Buat sahabat lain pencalonan AJKT baru dah dibuka.Pakat-pakat isi borang hantar sebelum 6 haribulan ni.Moga kepimpinan baru boleh buat yang terbaik.Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan AJKT tinggal 6 orang sahaja.Itupun kalau ada yang balik cepat mungkin ramai sikit.Entah apa soalan dalam MAT tahun ni.Kalau boleh jawap akan dijawap kalau soalan yang diberikan atas kelemahan diri ini mohon kemaafan diatas tidak tertunai amanah yang diberi...
Dalam masa yang sama kelihatan ramai yang mula kemas beg untuk balik ke Malaysia.Sedih juga tgk yang nak balik setelah tamat pelajaran atau terpaksa ditamatkan.Namun doa ku untuk kalian yang terpaksa ditamatkan agar ditabahkan hati.Nak cakap lebih pun rasanya hati ini belum tentu setabah itu.

Read more...

KEDUDUKAN ISTIMEWA ISLAM

Islam telah lama bertapak kukuh di Malaysia. Artifak-artifak menunjukkan kedatangan Islam seawal kurun ketiga Hijrah dengan penemiuan bongkah batu di Lembah Bujang, Kedah, batu-batu nisan di Pahang dan dinar mas Kelantan seawal tahun ke 6 Hijrah. Jelas Tanah Melayu dari zaman dahulu lagi merupakan watan Islami.

Sehinggakan Suruhanjaya Reid yang dibentuk oleh kerajaan British untuk merangka Perlembagaan negara ini telah mengiktiraf kedudukan istimewa Islam dan telah merangka Perlembagaan yang mengambilkira kedudukan istimewa Islam di Tanah Melayu. Malaysia bukan sebuah negara sekular. Negara Sekular sebagaimana Peranchis tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana agama. Di Malaysia Islam adalah agama Persekutuan. Ia mempunyai kedudukan istimewa melebihi agama lain dalam undang-undang:

Negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam. Per 11(4)

Kerajaan Persekutuan diberikan kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan pembangunan Islam. Per 12 (2)

Kerajaan negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama orang Islam. Per. 74(2)

Perlembagaan Malaysia telah mewujudkan Mahkamah Syariah khas untuk mentadbir persoalan Islam yang sama tarafnya dengan Mahkamah Sivil. Apa keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dipersoalkan oleh Mahkamah Sivil.

Di Antara Kesan Sekiranya Permohonan Azlina Jailani Dibenarkan

Kes Azlina Jailani bukan sekadar kes permohonan menukar butiran dalam kad pengenalan. Sebaliknya ia melibatkan persoalan dasar dan mempertikaikan
amalan Islam dalam perundangan negara. Antara contoh yang boleh terjadi sekiranya permohonan beliau diluluskan ialah:

1) Orang Islam boleh keluar Islam sesuka hati. Kelak sesiapa sahaja yang dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan boleh terlepas hanya dengan mengatakan “Saya bukan Islam”.
Mahkamah Syariah tidak akan boleh mengadilinya. Mahkamah Syariah dengan sendirinya hilang fungsinya.

2) Membuka ruang untuk pengamalan Islam ditentukan oleh orang yang bukan pakar dalam
agama. Persoalan Islam akan ditentukan oleh para hakim Mahkamah Sivil yang bukan pakar dalam perundangan Islam (termasuk Hakim bukan Islam). Pandangan ulama atau fatwa tidak lagi diperlukan dalam menentukan persoalan berkaitan Islam.

3) Membuka ruang untuk Islam diamalkan mengikut kepercayaan dan pemahaman individu
dan tidak boleh dikawalselia oleh Majlis Agama. Tiada siapa boleh mempersoalkan amalan orang Islam yang berbeza seperti sembahyang 3 waktu, menolak hadith, berkhalwat dan lain-lain lagi. Jenayah dalam Islam seperti minum arak, berzina dan berjudi tidak boleh dihukum.

4) Pemahaman dan pengamalan agama untuk anak-anak dewasa tidak lagi boleh ditentukan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh lagi ‘memaksa’ anak-anak terutama yang melebihi umur 18 tahun mereka beragama Islam.Ini kerana Perkara 11 Perlembagaan boleh ditafsirkan sebagai membenarkan seseorang memeluk agama pilihannya dan mengamalkannya mengikut pilihannya.

5) Murtad tidak lagi dilihat sebagai suatu kesalahan. Ini bertentangan dengan prinsip asas Islam yang mengklasifikasikan murtad sebagai jenayah berat. Perkara ini akan lebih serius kerana terdapat beberapa negeri yang masih belum mewartakan undang-undang menghalang dakyah orang bukan Islam kepada orang Islam. Jelas perkara sebagaimana di atas tidak boleh diterima oleh masyarakat Islam di negara kita dan hanya akan menimbulkan huru-hara. Persoalan Islam adalah amat sensitif dan tidak boleh dipermainkan. Nasib agama Islam di negara ini tidak boleh diperjudikan.

Apakah Kes Azlina Jailani kes terpencil?

Kes ini dibicarakan di Mahkamah tertinggi di negara kita. Keputusannya akan mengikat semua mahkamah di negara kita termasuk Mahkamah Syariah dan akan menyebabkan semua permohonan untuk mengeluarkan perkataan Islam dari kad pengenalan dibenarkan.
Seterusnya ia membuka ruang untuk orang Islam murtad.

Pihak yang mencabar kedudukan istimewa Islam dalam perundangan juga perlu faham bahawa Islam dan Syariatnya amat rapat dalam jiwa dan identiti masyarakat majoriti negara ini. Masyarakat Melayu kebanyakannya meletakkan Islam sebagai identiti
terpenting sebelum identiti lainnya. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan tidak boleh dicabar dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam masyarakat Islam di Malaysia.Ini boleh menimbulkan ketidak stabilan dan hubungan antara kaum yang beitu baik dijaga selama ini boleh tercemar.

Read more...

KAIN HITAM ITU



Kain Hitam,
Dari jauh aku memandang mu
Terfikir entah bila aku akan sampai kepada mu
Kini
Aku dihadapan mu
Melihat mu dari dekat
Melihat dengan penuh ketenangan

Kain Hitam itu
Pada awalnya aku takut
Membayangkan dosa yang lalu
aku takut tidak nampak mu
Namun aku mohon pada Yang Esa
Yang memiliki alam ini
Agar tidak dihijab pandangan ku.

Kain Hitam ini
SeLuruh manusia mengeliligi mu
tak pernah sepi
tak pernah sunyi
tak kira darjat dan pangkat
sama sahaja disisi mu

Kain Hitam itu
Menyatukan semua bangsa ke arah yang satu
Mengingatkan manusia ke tuhan Yang Esa
Membayangkan juga bagaimana untuk hamba ini untuk menghadap mu

Ya Allah
Semoga Kau Mengizinkan untuk aku
Datang lagi ke tempat ini
Tempat yang barakah
Tempat Kekasih Mu Ya Allah
Kepada Mu Jua Perasaan ini dicurahkan

Read more...

DISEBALIK BENCANA TSUNAMI


Industri seks terus lenyap

PANGANDARAN: Bencana tsunami melanda Pangandaran dan menyebabkan kematian serta memusnahkan harta benda, ternyata turut membawa kebaikan dan hikmah tersendiri, kata seorang pelukis, Agus Geko yang berasal dari daerah Panuragan, yang lega kerana kini tiada lagi gerai dan warung seks di sepanjang pantainya.

“Walaupun galeri dan rumah saya di Jalan Cijulang musnah dalam bencana ini, tsunami turut memberi banyak hikmah,” katanya yang dipetik media tempatan.Agus berkata, sebelum tsunami, ada beratus-ratus kafe, gerai dan warung mempunyai pekerja seks daripada pelbagai daerah seperti Tasikmalaya, Banjarnegara, Garut, Bandung dan Indramayu.Kafe dan warung itu mula beroperasi jam 7 malam sehingga menjelang subuh. Selain menyediakan minuman keras, kafe itu juga menyediakan bilik khas untuk disewa tetamu yang mahu berasmara dengan pekerja seks.“Perniagaan dijalankan memberi keuntungan besar kerana setiap pengunjung perlu mengeluarkan Rp400,000 (RM160). Mereka membayar Rp200,000 (RM80) jika mahu melanggan pekerja seks, manakala bakinya bagi membeli minuman keras,” katanya. – Agensi“Tsunami memang membawa hikmah yang besar. Tuhan sudah menghapuskan mereka dari Pangandaran tanpa perlu tindakan pihak berkuasa. Pangandaran sudah lama menjadi kawasan kotor,” katanya.Agus berkata, kafe yang paling terkenal dengan pekerja seks termasuk Kafe Doyok, Kafe Jangkung, Kafe Herlina, Kafe Tiur dan Kafe Bambu.“Pada malam minggu suasana di kafe berkenaan amat sibuk dan ramai pengunjung dari luar Pangandaran datang ke kawasn ini,” katanya.Selain kafe kata Agus, Pangandaran juga terkenal dengan pasar pelancongnya. Bagaimanapun, pasar itu bukan dikenali kerana hasil kerja kraf tangan penduduk tempatan tetapi kerana 40 peratus daripada lot di situ dijadikan tempat pelacuran. Malah ia turut dikenali sebagai pasar wanita.“Masalah pekerja seks di kawasan Pangandaran memang tidak berkesudahan. Mereka datang silih berganti dengan begitu cepat,” kata Agus.Jumlah pekerja seks di Pangandaran mula meningkat sejak Indonesia dilanda krisis kewangan pada 1997 dan kemuncaknya pada 2006.“Di sini cuma 10 peratus kafe beroperasi mengikut peraturan, manakala selebihnya pasti menyediakan pekerja seks,” katanya.
P/S:
1-SETIAP BENCANA YANG DITURUNKAN ALLAH BUKAN SAHAJA MENGUJI HAMBANYA TAPI MUNGKIN ADA SESUATU DISEBALIKNYA.
2-PERANAN PARA ULAMA PERLU DIPERTINGKATKAN DALAM AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR.
3-SETIAP PERBUATAN PASTI ADA BALASANNYA...
TAKUTLAH KEPADA ALLAH....


Read more...

ATUCARA ANNUAL FESTIVAL OF BKPJM 06

HARI 1 (19 JULAI 2006)

8.00 pg - 12.00 tgh hari
SUKAN MAHABBAH
IKHWAH (Asrama Pelajar Johor)+ Sepak takraw + Sepak raga + Ping Pong + Gusti lengan
AKHAWAT (Nadi Syabab Hayyu 6)+ Sukaneka + Bola Jaring + Bola Baling

2.00 ptg-4.30 ptg:- Sambungan Sukan Mahabbah
5.30 ptg-7.00 mlm:- Sambungan Sukan Mahabbah

8.30 mlm-11.00 mlm
PERTANDINGAN
Tempat: Asrama Pelajar Johor
- Pertandingan menghias makan

HARI 2 (20 JULAI 2006)
Tempat: Asrama Pelajar Johor
8.00 pg - 12.00 tgh hari
PERTANDINGAN-Who Wants To Be The Daei- Pertandingan Khat

2.00 ptg-4.30 ptg:
PERTANDINGAN- Busana Muslimah (Akhawat)- Reka cipta (Ikhwah)- Pertandingan Membaca Khutbah (Ikhwah)- Gubahan Hantaran (Akhawat)

5.30 ptg-7.00 mlm:
PERTANDINGAN-Nasyid, Tilawah Al-Quran, Barzanji (Akhawat)- Pertandingan Teka Gaya (Ikhwah)

7.00 mlm-8.30 mlm:- Iftor Jamaie- Solat Maghrib Berjemaah

8.30 mlm-11.00 mlm-
DISKUSI KITABOleh: Ustaz Ahmad Fuad bin Amran

HARI 3 (21 JULAI 2006)

Tempat: Asrama Pelajar Johor
3.00 pg-7.30 pg
Qiamullail + Solat Subuh Berjemaah + Kuliah Subuh
7.30 pg – 12.00 tgh hari- Gotong-royong Asrama Pelajar Johor
2.30 ptg - 4.30 ptg- Pembentangan Kertas Kerja SembelihanOleh: Ust Khalid Salekan.
5.00 ptg - 7.30 ptg- Praktikal Sembelihan

HARI KE 4 (22 JULAI 2006)

Tempat: Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA)
8.00 pg - 12.00 tgh hari
MAJLIS PERASMIAN
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan al-Quran
- Ucapan Pengarah AF '06
- Ucapan YDP BKPJM
- Ucapan Perasmian Pengarah JPMK
- Simbolik Perasmian

9.30 pg - 5.30 ptg- Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Sakinah (KASIH)

8.30 mlm - 11.00 mlm
Tempat: Asrama Pelajar Johor
FORUM PERDANATajuk: Kebejatan Jenayah Riddah di Malaysia : Realliti danImplikasi
Ahli Panel: -Ust Mohd Asri Mat Daud-Ust Nizam bin Mohd Noh

HARI KE 5 (23 JULAI 2006)

Tempat: Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA)
8.00 pg - 4.00 ptg- Sambungan Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Sakinah (KASIH)

HARI KE 6 (24 JULAI 2006)

TEMPAT:ASRAMA PELAJAR JOHOR
8:30 pg - 12.30 tgh hari
KOLOKIUM PELAJAR TAHUN AKHIR
- Kuiz Kenegaraan
- Motivasi Graduan
- Hala Tuju Graduan
- Peluang Pekerjaan
- Tips TemudugaOleh : Pengarah JPMK

01.30-04.30 ptg:KOLOKIUM PELAJAR TAHUN AKHIR
- Talk Show (Isu semasa)
- Pembentangan Kertas Kerja Uslub Da’wah
- LDK- Resolusi : Alumni

8.30 - 12 :00 mlm
Mesra perdana(bersama pegawai-pegawai program KASIH)

HARI KE 7 (25 JULAI 2006)

TEMPAT :ASRAMA PELAJAR JOHOR
10.30pg-01.30ptg
Hiwar perdana BKPJM- Bersama Ajkt & Hewi BKPJM

1.30-4.30 ptg majlis walimatul arus-Jamuan Tetamu

6.30 ptg - 7.30 ptg:- Jamuan Ahli BKPJM

8.00 mlm - 12.00 mlm
Malam UNTAIAN MAHABBAH(Malam Penyatuan Pelajar Johor)
- Solat maghrib berjamaah
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan Al-Quran
- Ucapan Pengarah AF
- Ucapan YDP
- Ucapan Perasmi Penutup (Presiden PMRAM)
- Persembahan Nasyid
- Pelancaran Majalah Zikra dan Lagu BKPJM
- Persembahan
- Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
- Gimik penutup AF 2006

JOM KITA MEMERIAHKANNYA...

Read more...

SEKILAS PANDANG:Rokok & Israel ·

Phillip Morris ialah pengeluar rokok terbesar di dunia, antara jenama rokok yang dikeluarkan oleh Phillip Morris ialah Marlboro, Merit, L&M, Lark, Winston, Gold Coast dan banyak lagi.

Philip Morris mendermakan 12 % keuntungannya ke dana Israel.

SETIAP HARI umat Islam seluruh dunia membelanjakan lebih RM 3.2 Billion untuk rokok
SETIAP HARI Phillip Morris untung RM 320 juta dari duit orang Islam
SETIAP HARI RM 38.4 juta disalurkan untuk keganasan Israel dari duit orang Islam
SETIAP TAHUN RM 14.6 Billion disalurkan untuk keganasan Israel dari duit orang Islam

Read more...

SUASANA PIALA DUNIA


KETIKA PIALA DUNIA

UTUSAN,9 JULAI 2006:Gara-gara meramalkan Itali akan menewaskan Perancis 3-0 dalam perlawanan akhir Piala Dunia, seorang mak nyah dibelasah oleh empat rakannya dalam satu pergaduhan di Taman AST

DALAM MASA YANG SAMA

BANDAR GAZA. Israel memperluaskan tindakan ketenteraan di Genting Gaza hari ini dengan menghantar berpuluh-puluh kereta kebal ke kawasan Palestin yang padat penduduk dan berbalas-palas tembakan dengan kumpulan pejuang dalam usaha membebaskan seorang askar dan menghalang serangan roket.

KETIKA PIALA DUNIA

Kurang bekalan elektrik tidak jejas tumpuan peminat Piala Dunia.
BAGHDAD: Beratus-ratus peminat Piala Dunia di Iraq menikmati ketenangan ketika menyaksikan pertandingan suku akhir kejohanan terulung dunia itu menerusi skrin dalam dewan di utara negara itu.

DALAM MASA YANG SAMA

Israel musnah satu lagi pintu laluan ke tanah suci ke-3 Islam.
BAITULMAQDIS: Israel memperluaskan lagi keganasannya dengan merobohkan salah satu daripada tujuh pintu masuk utama ke Masjid al-Aqsa.Tindakan rejim Zionis itu disifatkan sebagai satu cubaan langsung rejim Yahudi untuk mengehadkan lagi laluan penduduk Palestin ke masjid berkenaan.

KETIKA PIALA DUNIA

Buku khas perjelas isu dibangkit Dr Mahathir .
PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk menerbitkan buku khas bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pelbagai isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad.Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi ditugaskan mengumpulkan maklumat dan input untuk penerbitan buku berkenaan.

DALAM MASA YANG SAMA

TEHERAN 8 Julai - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberi amaran tindakan kekerasan Israel di Genting Gaza akan menyebabkan ‘letupan’ dalam dunia Islam.

KETIKA PIALA DUNIA.

Bapa kagumi ketabahan Ina.
JOHOR BAHRU: Ketabahan tunang Mawi, Nor Diana Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Ina, mengharungi dugaan apabila penyanyi popular itu membayangkan akan memutuskan pertunangan mereka beberapa hari lalu, dikagumi bapanya

DALAM MASA YANG SAMA.

Yahudi berniat hapuskan Hamas
BAITULMAQDIS: Israel mungkin melancarkan operasi ketenteraan bagi membebaskan seorang askarnya yang ditawan pejuang Palestin tetapi motif sebenarnya ialah menjatuhkan kerajaan Palestin yang diterajui pergerakan Hamas, kata penganalisis

Read more...

bUKaN mUDaH mEMiMpIn

KALAU MEMIMPIN ITU MUDAH....
RASUL TERDAHULU TAK MUNGKIN DICERNA DAN DIHINA.

PEMIMPIN ITU PAYAH...
SEBAB TU ADA PILIHANRAYA.

KALAU SEMUA PERKARA NAK SERONOK SAHAJA..
TAK PERLU PEMIMPIN.

BUMI INI PERLU DITADBIR DAN DIURUS...
SEBAB ITU ADA PEMIMPIN.

KALAU MEMIMPIN INI SENANG...
TUNJUKKAN DIMANA SENANGNYA...

KALAU MEMIMPIN IKUT PENDAPAT..
MAKA AKAN JADI SEPERTI HITLER

KALAU MEMINPIN IKUT NAFSU...
MAKA AKAN JADI SEPERTI ABU JAHAL.

KALAU MACAM TU PEMIMPIN PERLU TAHU
APA YANG PERLU DIIKUT.

JADI PEMIMPIN BUKAN HANYA CAKAP
ORANG LAIN KENA BUAT.

TAPI KALAU SALAH CAKAP...
IBARAT NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

KALAU TAK CAKAP...
ALAMAT JADI BARAH.

BUKAN MUDAH MEMIMPIN
SEBAB TU PERLU TAKUT JADI PEMIMPIN

Read more...

PLURALISME & LIBERALISME

Liberalisme iaitu kebebasan individu tanpa had ialah fahaman yang timbul pada kurun ke-16 dan 17 ketika zaman kebangkitan atau Renaissance iaitu golongan intelektual menyerang pentadbiran gereja.

Ketika itu agama Kristian dikawal Roman Katolik, jadi orang awam tidak boleh tafsir Kitab Injil, kecuali pihak gereja. Mereka yang menentang pihak gereja akan diseksa seperti dijemur di tengah jalan, dibakar hidup-hidup dan dikurung dalam kotak besi.

Maka, timbul kumpulan dan pendapat mengatakan Kitab Injil itu harus ditafsir semula dan daripada idea itu timbul pelbagai mazhab dalam agama itu seperti Protestan, Anglikan dan berpuluh-puluh lain lagi.

Pendapat mazhab ini jauh berbeza antara satu sama lain sehingga muncul kenyataan ‘kebenaran itu tidak selamanya benar dan harus dinilai semula’. Dari situ, timbul fahaman iaitu Kitab Injil itu sendiri diturunkan dalam bahasa tuhan perlu diterjemahkan ke bahasa yang boleh difahami orang lain.

Tindakan itu dengan sendirinya menjadikan kitab itu sebagai unsur manusiawi iaitu masing-masing memahami kitab itu dengan bahasa sendiri. Bila ini berlaku, mereka ada hak mengubah atau mengolahnya bila dirasakan (kandungannya) tidak lagi relevan (dengan keadaan semasa).

Dari situ, timbul pula pendapat dipelopori John Hick bahawa semua agama itu boleh diterima kerana tujuannya satu cuma jalannya berlainan, maka lahirlah pluralisme.

Ia kemudian dijadikan senjata oleh orientalis atau penjajah Barat untuk menyerang Islam kerana serangan lebih 200 tahun dengan senjata nyata tidak dapat menundukkan orang Islam. Walaupun, pada kurun ke 15 dan 16, banyak negara Islam dapat dijajah, mereka tidak dapat menguasai hati orang Islam.

Jadi timbul fikiran bahawa serangan fizikal tidak memberi kesan kepada orang Islam, tetapi menyerang Islam menerusi fikiran maka lahirlah pejuang Kristian yang menghabiskan banyak masa pergi ke negara Islam khususnya di Timur Tengah untuk mengkaji sumber Islam dan mencari kelemahan yang boleh diserang.

Mereka kemudian menubuhkan pengajian Islam di universiti di Eropah dan orang Islam melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan kedoktoran mendapat pendidikan daripada tenaga pengajar orientalis sehingga menimbulkan ‘racun’ dalam pemikiran pelajar Islam itu.

Sejak bila pemikiran liberalisme dan pluralisme agama ini mula bertapak di negara kita?.

Pemikiran ini mula meresap ke golongan intelektual dan profesional Islam sejak beberapa tahun lalu dan mula menunjukkan kelantangannya sejak akhir-akhir ini, apabila menyeru supaya apa yang berlaku kepada Kitab Injil dilakukan terhadap al-Quran dengan kenyataan meminta al-Quran diolah semula.

Firman Allah jelas menyatakan al-Quran itu diterima terus oleh Rasulullah daripada Allah yang bermaksud ia ayat Tuhan yang tidak boleh diolah.

Mereka lupa bahawa sejak al-Quran diturunkan, jutaan umat Islam menghafaznya dalam bahasanya yang asal dan tiada sesiapa boleh menambah atau mengurangkan walau satu huruf dalam kitab suci itu. Mereka menuduh pula al-Quran sebagai mushaf Quraisy, tetapi berdasarkan sejarah kita sendiri tahu bahawa orang yang menjadi jurutulis al-Quran terdiri daripada pelbagai keturunan termasuk dari Afrika.

Bolehkah kita kenal pasti penganut fahaman ini di Malaysia.

Di Malaysia, golongan ini tidak membuat pengisytiharan terbuka mengenai kedudukan mereka berbanding di tempat lain seperti di Indonesia. Di negara ini, mereka hanya meledakkan idea fahaman itu menyatakan al-Quran mesti diolah semula, ayat berkaitan sistem faraid serta amalan poligami tidak relevan lagi serta kedudukan lelaki sebagai ‘superior’ dalam rumah tangga juga sudah tidak relevan.

Ia mungkin tidak lagi relevan dalam masyarakat Barat kerana Kitab injil itu mereka karang sendiri. Sebenarnya, Tuhan maha bijaksana dengan menciptakan hukum untuk hambanya.

Walaupun sekarang zaman atom, zaman nuklear, kemudahan untuk manusia dan alam itu tetap wujud maka tuhan mengaturkan sesuatu untuk dijadikan pegangan manusia itu dan ia sesuatu yang sempurna.

Malah, tabiat manusia pun pemimpin dalam rumah tangga itu ialah lelaki. Bangsa apa pun sejak zaman lampau, malah mereka yang tinggal dalam hutan atau gua pun, masih mengekalkan perkara ini. Itu sudah tabiat manusia.

Islam liberal menghalalkan perkahwinan sejenis, manusia normal dan waras mana yang boleh menerimanya kerana perkahwinan itu tetap bertujuan menyambung kesinambungan zuriat manusia. Itu tujuan asas perkahwinan.

Jika perkahwinan sejenis dibenarkan, tiada lagi keturunan manusia (pada masa depan). Tetapi, oleh kerana mereka mahu menerima budaya moden, mereka sanggup mengorbankan akal, fikiran dan nafsu asasi, malah menjual agama untuk kepentingan dunia yang sedikit.

Read more...

hAtI InI....

Ambiläh Mäsä UnTuk Memähämi HäTi

Ðän þeräsään Käwän,

Keränä Ðiä Jugä Seoräng Mänusiä;

Ðiä Jugä Adä Räsä TäkuT,Adä Räsä ßimbäng, Sedih Ðän Kecewä ,

Ðiä Jugä Adä Kelemähän Ðän Ðiä Jugä þerlukän Käwän Sebägäi KekuäTän.

KiTä SeLalu MelihäT Ðiä KeTäwä,

TeTäpi Mungkin Sebenärnyä Ðiä Tidäk SeTäbäh Yäng KiTä Sängkakan....

Read more...

BAHANA PETIR

Lebih 1,000 orang mati setiap tahun
SEPANJANG April dan Mac lalu, beberapa kejadian petir berlaku sekitar negara ini yang turut menyebabkan kematian. Sebenarnya, petir menyambar setiap hari dengan kekerapan 100 kali setiap saat.Secara relatif, kebarangkalian kejadian petir di kawasan tropika lebih tinggi berbanding kawasan bergaris latitud tinggi (kawasan utara dan selatan). Ia mungkin berkaitan dengan pembentukan awan kumulusnimbus yang lebih produktif di kawasan tropika (seperti Malaysia).Berbanding ribut atau taufan, lebih banyak kematian dicatat disebabkan petir. Di Amerika Syarikat saja, setiap tahun 100 orang mati dipanah petir dan jumlah yang sama dicatatkan di Eropah. Jika dilihat secara global pula, petir membunuh lebih 1,000 orang setahun dan mungkin lebih.
Pensyarah Klimatologi, Program Geografi, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ramzah Dambul, berkata secara teorinya panahan petir akan membawa maut kerana suhu teras pembentukan petir adalah antara 30,000 darjah Farenheit (F) hingga 50,000 darjah F.“Secara relatif, suhu ini lebih panas daripada permukaan matahari. Apabila petir itu menyambar, ia sebarkan suhu dan tenaga haba itu ke ruang atmosfera di sekelilingnya. Barangkali suhu sebaran ini tidak setinggi sewaktu petir terbentuk, tetapi ia masih lagi cukup panas.“Sebab itu, sesetengah kes yang disambar petir, mayat boleh jadi rentung dalam tempoh kurang daripada lima saat. Bagaimanapun, ada kes orang yang disambar petir tidak mati. Salah satu sebabnya kerana si mangsa mungkin hanya disambar ‘percikan-percikan sipi’ petir (bukan terasnya),”katanya.
Secara saintifik, petir terjadi akibat daripada pergerakan dinamik cas positif dan negatif yang wujud di dalam awan (terutama awan kumulusnimbus yang tepu dengan titisan air). Cas ini pula terhasil apabila dua gumpalan awan bergerak dan bergeser antara satu sama lain. Sama seperti kain halus yang digeser pada kulit, ia akhirnya boleh menghasilkan cas positif dan negatif (yang boleh menarik butiran kertas kecil – seperti kuasa magnet).Kebiasaannya petir akan terjadi ketika dalam keadaan hujan dan guruh yang sedang aktif. Petua yang biasa diamalkan; jika bunyi guruh dan kilau kilat berlaku dalam selang ’30 saat’ (maksudnya, kilat hanya berlaku selepas guruh kedengaran 30 saat sebelumnya), kebarangkalian untuk terjadinya sambaran petir lebih tinggi. Jika ada kejadian guruh dan petir, seelok-eloknya kita hanya keluar rumah selepas 30 minit bunyi guruh yang terakhir didengar.Begitupun, tidak semestinya petir bergantung pada kelebatan hujan.Ramzah berkata, gerakan awan kumulusnimbus adalah dinamik dan jika ada banyak pembentukan cas di awan; ia akan menghasilkan kejadian petir yang lebih aktif.

Read more...

IMTIHAN DATANG LAGI...

TIME NI IMTIHAN DATANG LAGI.
MULA SATU LAGI EKSPIDISI.
MUKA MULA KEDUT BADAN MULA TAK BERISI.
RASA TAKUT APA NATIJAH KALI INI.

LANGKAH DIATUR BUKU DISUSUN.
SEKALI TGK BUKU PUNYA BANYAK BERLUNGGUN
TGK MUQARAR LAGILAH BERTAMBAH ANGGUN.
ITULAH SISTEM AZHAR YANG UNGGUL.

BUKU DIBUKA MATA MULALAH MENGANTUK.
KALAU DITERUSKAN MACAM AYAM MEMATUK.
KALAU DITINGGALKAN MEMANG PATUT KENA HEMPUK.
LAST SEKALI KENA TERUSKAN JUGA DUDUK.

JANGAN DILUPA PADA YANG MAHA KUASA.
SEKADAR USAHA TANPA DOA BELUM TENTU BERJAYA.
HATI KAWAN HENDAKLAH DIJAGA.
TIME IMTIHAN NI RAMAI YANG MUDAH TERASA.

TIME IMTIHAN SEMUA KAEDAH DICUBA.
SEMUA PETUA AMAT BERGUNA.
NAMUN INGAT JANGAN TERLEKA.
SEKADAR ADA PETUA TAKDE "KERNIH" SIA-SIA JUGA.

SETIAP PERIKSA ADA NATIJAHNYA.
YANG MANA LULUS AKAN BAHAGIA
YANG GAGAL SEDIKIT KECEWA
TAPI INGAT PASTI ADA HIKMAHNYA

INGAT MENGINGAT AMALAN KITA.
BUAT BEKALAN YANG TERLUPA.
DIRI INI TAK HEBAT MANA.
DOAKAN SEMOGA KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA.

Read more...

Masjid al-Aqsa tunggu masa roboh: Mufti

BAITULMAQDIS: Masjid al-Aqsa - tempat suci ketiga Islam selepas Makkah dan Madinah, mula mengalami keretakan serius dan boleh runtuh pada bila-bila masa akibat kegiatan Israel mengorek lubang bawah tanah di kawasan berkenaan sejak 1967.

Mufti al-Aqsa, Sheikh Ikrama Sabri, berkata keretakan paling jelas dilihat pada tembok penanda garis sempadan kawasan Haram al-Sharif, iaitu meliputi banyak tempat di Masjidil Aqsa dan Bandar Lama yang melingkunginya sejak dicerobohi rejim Zionis.

Kesan retakan besar dapat dilihat pada tembok terbabit kerana kerja mengorek dilakukan rejim Yahudi sejak 1967, katanya kepada stesen televisyen al-Jazeera, Sheik Ikrama.

Beliau menuduh Israel cuba merosakkan Masjid al-Aqsa dengan menghalang kerja pembaikan bangunan berkenaan.Katanya, Israel menggunakan peralatan berat bagi mengorek kawasan itu atas alasan mencari bukti kewujudan kuil Yahudi sebelum pembinaan al-Aqsa.Dalam laporan berasingan, sebuah akhbar Yahudi turut mendedahkan bahawa sebahagian besar tembok atau dinding Masjid al-Aqsa yang dibina pada abad ke-16 di sekeliling Bandar Lama di Baitulmaqdis, akan runtuh jika tidak diperbaiki segera.

Kajian kejuruteraan yang dilakukan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel mendedahkan 380 meter atau satu persepuluh daripada tembok masjid itu boleh runtuh pada bila-bila masa.Sementara itu, Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Sheikh Yousef Salama dan Ketua Hakim Palestin, Tayseer Al Tamimi menuntut Israel bertanggungjawab atas kerosakan Masjidil Aqsa dan Bandar Lama di Baitulmaqdis. Pusat Akhbar Antarabangsa Palestin (IPC) memetik Sheikh Yousef sebagai berkata, Israel melakukan kerja menggali secara sesuka hati di Baitulmaqdis termasuk di bawah al-Aqsa.Beliau menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Jawatankuasa Baitulmaqdis OIC dan negara Islam menekan negara Yahudi itu supaya berhenti merosakkan tempat suci ketiga Islam itu. - Agensi

Read more...

..::SANTAI KEJAP::..

LIHAT OTAK.


Dalam satu perbicaran kes bunuh, seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.

Peguam:Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa nadi mangsa?
Doktor:Tidak.
Peguam:Denyutan.
Doktor:Tidak.
Peguam:Pernafasannya?
Doktor:Tidak.
Peguam:Jadi ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?
Doktor:Saya menadatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati?

Read more...

KENALI TOKOH:Umar Al-Khayyam

UMAR Al-Khayyam adalah ilmuwan yang terkenal dalam bidang matematik, astronomi, falsafah, perubatan, dan turut dikenali sebagai seorang penyair yang hebat pada zamannya.

Nama sebenar beliau ialah Ghayyathuddin Abu Al-Fath Umar bin Ibrahim Al Khayyam atau Al-Khayya.Beliau dilahirkan pada 1040 Masihi dan gelaran Al-Khayyam yang bermakna khemah dikatakan diberi kerana bapanya seorang pembuat khemah.Umar Al-Khayyam seorang berpengetahuan luas, sangat pintar dan menghafal banyak hadis Rasulullah SAW.

Beliau banyak mengarang buku ringkasan mengenai alam tabii, menulis risalah mengenai alam semesta dan syariah serta sebuah kitab besar dalam bidang aljebra yang boleh menyelesaikan masalah tingkatan kedua dengan cara geometri dan algebra.Beliau menyusun kaedah penting ilmu pengiraan dan cara untuk menyelesaikannya sehingga menjadikan kitabnya, Maqalat fi al-Jabr wa al-Muqabila dianggap sebagai penemuan terbaru dalam ilmu algebra.Beliau pernah diarahkan Sultan Saljuq-Malikshah Jalal al-Din bekerja di balai cerap dan ditugaskan menentukan kalendar solat yang tepat.Umar Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.Selain itu, beliau juga menyumbang dalam bidang lain seperti pembangunan kaedah menentukan graviti dan dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga buku.Namanya turut menyerlah sebagai penyair terkemuka apabila hasil puisinya Ruba'iyyat Al-Khayyam dalam bahasa Parsi diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald.Ruba'iyyat Al-Khayyam adalah keratan puisi empat bait, bait ketiga bebas daripada ikatan bait manakala tiga bait yang lain pula terikat.Manuskrip puisi itu mempunyai pengaruh sastera yang besar dengan tema dan makna yang tersembunyi serta penuh falsafah yang dikagumi.Umar Al-Khayyam adalah pencinta ilmu dan sentiasa berusaha menambah pengetahuan, selain menyumbang ke arah pengembangan ilmu dalam pelbagai bidang.Tidak hairanlah jika 30 risalah ilmiah dan empat bukunya dalam bidang matematik, masing-masing tiga buku metafizik dan fizik serta masing-masing satu buku mengenai algebra dan geometri, menjadi rujukan hingga hari ini.

Sumbangannya dalam pembangunan ilmu matematik dan geometri memberi faedah besar kepada pengembangan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan masyarakat Eropah.Umar Al-Khayyam menghembuskan nafas terakhir ketika mengerjakan solat selepas membaca kitab Al-Shifa', karangan Ibnu Sina.Kecintaannya kepada pengetahuan menjadikan tuntutan ilmu satu bidang tanpa batasan Al-Khayyam. Beliau adalah ilmuwan yang dikenang kerana jasanya dalam bidang ilmu, kebudayaan, pembangunan dan kecemerlangan.

Read more...

13 FAKTA PENTING MINYAK

1.Berdasarkan DOE, sistem pemanas yang menggunakan minyak 16% lebih berkesan berbanding gas.
2.Minyak yang digunakan untuk kenderaan bermotor mengandungi toksid seperti benzena, timah, zink dan kadmium.
3.Satu gelen minyak boleh merubah rasa berjuta gelen air minuman dengan kadar satu bahagian per sejuta.
4.Filem minyak yang hadir di atas permukaan air menghalang oksigen melarut, melambatkan proses fotosintesis san menghalang matahari daripada sampai ke dasar.
5.Minyak yang tumpah ke tanah akan mengurangkan kesuburan tanah.
6.Minyak pada kepekatan 50 hingga 100 bahagian per juta boleh memusnahkan proses rawatan kumbahan.
7.Arab Saudi mengeluarkan 8.1 juta tong minyak sehari.
8.Amerika Syarikat mengeluarkan 6.5 juta tong minyak sehari.
9.Iran sebanyak 3.6 juta tong sehari
10.China sebanyak 3.2 juta tong minyak sehari.
11.Pengguna minyak terbanyak di dunia ialah Amerika Syarikat iaitu sebanyak 17 juta tong sehari.
12.Secara keseluruhan pada tahun 1996 dunia memerlukan minyak mentah sebanyak 71.7 juta tong sehari.OPEC menganggarkan jumlah penggunaan minyak dunia akan mencecah sehingga 100 juta tong sehari pada tahun 2020
13.Pecahan untung bersih Petronas seperti berikut:
Tahun Untung
1999 RM6.808b
2000 RM12.608b
2001 RM16.488b
2002 RM14.569b
2003 RM15.105b
2004 RM23.659b
2005 RM35.556b
enam bulan pertama 2006 RM20.8b

Read more...

PANTUN MINYAK NAIK


Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki

Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka

Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat

Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??

Tiap kali naik harga, dok banding sini sana
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga

Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa

Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya

Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa

Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....

Hari nie petrol naik, tahan la lagi
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali

Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap

Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie

Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai

Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah

Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak pa kalau lagu tu

Read more...

Macam-Macam Bersama Al Azhari

1. Apabila ada kesalahan ada yang mengatakan"Para ustaz tak pandai buat kerja"
2. Apabila ada yang menegur terdengar pula "para ustaz tak pandai berdakwah.Takde hikmah"
3. Apabila ada yang tidak bersependapat ada yang berkata "para ustaz ni degil"
4. Apabila melihat Al Azhari memakai kupiah terdengar pula "ni bakal wakil rakyat PAS"
5 Apabila ada yang mengatakan menutup aurat itu wajib maka terdengar "pensyarah azharpun tidak menegur pengacara yang tidak menutup aurat".
6. Apabila ada yang meminta hukum hudud dijalankan terpancul pula perkataan "orang agama ni kerjanya nak menghukum sahaja"
7. Apabila ada yang meminta supaya kelab malam ditutup kerana banyak maksiat tanpa segan mengatakan "Allah sendiri mengharamkan babi tapi tidak menghapuskannya dari muka bumi ini"
8. Apabila orang agama senyap sahaja terungkap pula "orang agama tak pandai berpersatuan"
9. Apabila orang mengaji agama berbincang sesuatu hukum berkatalah pula "enta kena ada master dan phd baru boleh berbincang masalah ini"
10. Apabila kelakuan seseorang di tegur ada mengatakan "kebebasan peribadi bukan urusan agama"
11. Apabila warga azhar tak lulus peksa terus berkata "warga azhar lemah bahasa arab".
12. Apabila melihat warga azhari pakai 'kod' tanpa kupiah terus mengatakan "macam umno ni"
13. Apabila melihat warga azhari pakai jubah dengan kupiahnya kena kata juga "ni nak berlagak lah ni"

Inilah warga Azhari.
Membangun Dengan Bestari.
Balik Menyokong Hadarah Islami.
Tu pun kena panggil Islam Hadhari.

Read more...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Terdetik dalam hati.Ketika hampirnya Maulidur Rasul di Mesir ini kebanyakan kedai yang menjual manisan begitu banyak di Mesir.Tidak ketinggalan juga patung kanak kanak turut dijual pada kedai tersebut.Agak menghairankan tapi itulah situasi di Mesir apabila masuknya bulan Rabiul Awwal.Mungkin ada maksud yang tersirat disebalik amalan tersebut.Sekadar berkongsi pengalaman yang mungkin sahabat-sahabat lain lebih mengetahui sebab-sebabnya.sambutan ini yang mungkin berbeza dengan situasi masyarakat kita di malaysia yang mana apabila masuk sahaja bulan Rabiul Awwal di surau-surau sibuk membaca berzanji selepas maghrib hingga ke isyak sehingga malam yang ke 12.Yang paling menyeronokkan sekali ada makan selepas itu.Itulah satu sebab yang utama kanak-kanak suka ke surau ketika itu disamping ada yang dipaksa untuk mengikuti ayah atau emak ke surau.Apabila berhimpun kanak-kanak disurau maka terjadi taska baru yang tiada guru.Suara riuh rendah yang kadang kala dijeling oleh ayah dan ibu.Balik rumah siaplah anak-anak mereka paling baik cakap mulut sahaja paling teruk faham-faham sendirilah.Seronokkan zaman kanak-kanak.
Namun terdengar pula dek telinga kita ada pendapat yang mengatakan sambutan maulidur rasul merupakan amalan yang bidaah.Selepas itu pula ada yeng menyoalkan adakah Ayahanda dan bonda Rasulalllah islam atau tidak?Digemparkan sekali lagi apabila Rasulallah dihina dengan karikatur oleh kaum kafir.Manusia semakin berani untuk mempertikaikan pembawa utusan Allah ini.
Semangat mencintai nabi mula membara dalam umat Islam dengan menghasilkan penulisan membalas kembali penghinaan terhadap rasul termasuk ada yang mengadakan demontrasi membantah tindakan tersebut.Ada sesetengah pihak mempertikaikan mengapa perlu demontrasi?Jawapan yang perlu dijawap oleh penyoal itu kembali ialah adakah dengan melahirkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap golongan yang menghina nabi satu perbuatan yang sia-sia?Siapa yang berani mengatakan membela nabi adalah perbuatan yang sia-sia?Mungkin ada yang mengatakan banyak cara lain untuk membela nabi.Sekiranya banyak cara mengapa cara demontrasi ini kita tidak bersetuju?Namun sikap ini bukan hanya dimulut sahaja malah sikap memboikot barangan keluaran barangan negara tersebut harus diselarikan.Bersama menanamkan semangat cintakan nabi agar Islam terus terpelihara selama-lamanya

Read more...

SALAM ALAIK

Alhamdulillah segala puji untuk tuhan bagi sekelian alam yang menjadikan langit dan bumi serta yang lainnya,Mengurus serta mengatur alam ini dengan seindah yang mungkin serta mengatur kejadian malam dan siang tanpa melakukan kesilapan.Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulallah S.A.W yang menjadi petunjuk bagi Agama Islam di muka bumi ini.
Setelah lama berniat untuk membuat blog ini akhirnya berjaya juga disiapkan dengan bantuan kawan-kawan Tanjung Puteri.Disini merakamkan jutaan terima kasih buat kawan-kawan yang membantu khas sekali buat en. Asmuni kalau tak rasa yer tak siap blog ni.Semoga dengan adanya blog ini sebagai satu medium latihan penulisan dan mungkin sebagai salah satu medan untuk berdakwah.
Memang diakui semenjak akhir-akhir ini kemunculan blog bagi warga azhari di mesir ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.Semangat untuk membuat blog begitu berkobar-kobar.Namun apa yang harus diingat peperiksaan semakin hampir.Penumpuan harus ditingkatkan bagi peperiksaan yang mendatang.Jangan sampai leka.Pesanan yang harus diingati buat kita semua khususnya tangan yang menulis ini.Sememangnya semangat manusia akan terangsang apabila mendapat sesuatu yang baru.Namun ia harus dikawal supaya tak menyesal kemudian hari.

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP