LAWATAN KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE MESIR

Mewakili Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir mengalu-alukan kedatangan rombongan MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ)

Senarai Ahli Rombongan :

Tuan Haji Ramlee bin Abdul Rahman dan Isteri
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Johor


Tuan Haji Yahya bin Ahmad
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Zakat, Wakaf dan Baitulmal, MAINJ

Read more...

MENGAPA SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM - Siri 2

Seringkali orang-orang Kristian mengajak umat Islam supaya memeluk agama mereka kerana pada dakwaan mereka, agama Kristian itulah yang benar dan ajaran Islam itu adalah palsu. Kita ingin bertanya kepada mereka: di manakah kebenaran agama Kristian itu? Di sini kita ingin menunjukkan kriteria-kriteria yang membuktikan bahawa sesuatu ajaran itu benar atau salah. Kita harus bersetuju bahawa sekiranya sesuatu agama gagal memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan ini, maka selayaknya ia ditolak sebagai agama untuk pegangan hidup umat manusia seluruhnya.


Ajaran Kristian menekankan bahawa Allah itu terdiri dari tiga oknum, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul Kudus. Ketiga-tiga “tuhan” ini bukanlah tiga, tetapi satu. Apakah logikkah pemikiran seperti ini?

Lebih-lebih lagi, salah satu daripada “Tuhan” orang Kristian, iaitu Yesus (Nabi ‘Isa), yang kononnya adalah Tuhan Allah itu sendiri menurut kepercayaan orang-orang Kristian, diperlakukan seperti manusia biasa. Berikut adalah dalil-dalil yang menyokong hujah ini:

Di dalam ‘Matius’, fasal 4 ayat 5, menyebut:

“Kemudian daripada itu iblis pun membawa Yesus ke Negeri Suci, lalu diletakkannya Jesus di atas bumbung Baitullah.”

Wajarkah Tuhan yang disembah dan dimuliakan oleh manusia dibawa oleh Iblis yang dilaknat dan dikutuk tunduk kepada kemahuan Iblis dibawa ke mana-mana sahaja? Wajarkah Iblis berani berhadapan dengan Allah?

Di dalam ‘Matius’ lagi, fasal 27 ayat 1-2, menyebut:

“Setelah hari siang, maka segala ketua imam dan orang-orang tua kaumpun berundinglah atas hal Yesus supaya dibunuhkan dia, maka diikat dia serta dibawa pergi, lalu diserahkan kepada Pilatus, iaitu Wakil Pemerintah.”

Wajarkah Tuhan boleh diikat sesuka hati oleh manusia dan di mana pula kekuatan yang ada pada diri Tuhan sehingga sanggup menyerah diri kepada manusia?

Manakala di dalam ‘Lukas’ fasal 2 ayat 21, menyebut:

“Apabila genap delapan hari, ia disunat, lalu disebut namanya Yesus….”

Wajarkah Tuhan disunatkan kemaluannya seperti manusia biasa? Apakah perlunya Tuhan disunatkan? Kalaulah Tuhan itu disunatkan bererti Tuhan mempunyai hawa nafsu untuk kepuasan seks.

Di dalam ‘Matius’ lagi, fasal 26 ayat 2, menyebut:

Anak manusia akan diserahkan supaya disalibkan.”

Yang dimaksudkan dengan anak manusia ialah Yesus dan di sini jelaslah bahawa Yesus itu bukanlah anak Tuhan, tetapi anak manusia. Ini merupakan pertentangan di antara konsep kepercayaan ajaran Kristian bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan dengan ayat di atas bahawa Yesus itu adalah anak manusia.

Di dalam ‘Matius’ fasal 5 ayat 45, menyebut:

“Supaya kamu menjadi anak Bapamu….”

Di sini juga menyebut bahawa orang-orang yang taat kepada perintah Tuhan menurut Yesus akan menjadi anak Tuhan, oleh itu bukan Yesus sahaja anak Tuhan yang tunggal.

Di dalam ‘Matius’ fasal 7 ayat 21 menyebut:

Bukan tiap-tiap orang yang menyeru aku tuhan, tuhan akan masuk ke dalam kerajaan syurga, hanyalah orang-orang yang melakukan kehendak Bapa-ku yang di syurga.”

Di dalam Alkitab sendiri jelas menyangkal dan menolak orang-orang yang menganggap diri Yesus sebagai tuhan atau menyerunya sebagai tuhan, malah orang-orang yang menyeru itu tidak akan masuk kerajaan syurga.

Kalau Yesus itu benar-benar Allah, mengapa dia dilahirkan oleh seorang manusia? Adakah Yesus keturunan tuhan? Wajarkah ilmu pengetahuan zahir atau batin menerima bahawa Tuhan itu diperanakkan? Wajarkah ilmu pengetahuan exact atau yang abstrak (exact/abstract wetenschap) menerima hakikat ini?

Read more...

PEMAHAMAN ISLAM AKHIR ZAMAN

PETIKAN UTUSAN 21/4/2007

Tidak dinafikan persembahan Salima bersama Ifa Raziah dan Adlin (AF2) itu benar-benar memperlihatkan bakatnya dalam bidang teater. Tetapi persoalannya di manakah tudung Salima? Adakah kerana ingin memenuhi impian berlakon teater tersebut memaksa dia mencabuli pendiriannya selama ini?

Menurut Salima, dia sendiri sudah mengagak kemunculannya itu akan menimbulkan kontroversi terutamanya soal pemakaian tudung. Gadis bernama Nor Salima Habibi ini sebenarnya sudah bersiap sedia terhadap jawapan bagi persoalan yang bakal dibangkitkan itu.

‘‘Saya berpendapat dengan cara itu saya masih lagi tidak mendedahkan rambut saya kepada orang ramai. Saya masih menutup aurat kerana rambut asal ditutupi dengan anak tudung sebelum saya dipakaikan dengan rambut palsu,’’ katanya

ULASAN BERDASARKAN HUKUM

  • AURAT WANITA
"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. "-SURAH ANNUR AYAT 31

"Dari Aisyah R.A bahawa Rasulullah saw bersabda: "Wahai Asma, sesungguhnya wanita itu, apabila ia telah haid, maka tidak boleh menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini", Rasulullah saw sambil berisyarat kepada muka dan kedua telapak tangannya"-Riwayat Abu Daud

  • HUKUM MEMAKAI RAMBUT PALSU
Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu 'anha, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun 'alaihi).

Read more...

MENGAPA SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM - Siri Pertama

Saya seorang muslim,mengapa saya perlu mempertimbangkan untuk memasuki agama Kristian?

Jawapan: Mungkin aspek hubungan yang paling diminati antara Islam dan Kristianiti ialah mengenai apa yang Koran kata berkenaan Yesus. Koran kata

Allah hantar Yesus and menyokong Dia dengan Holy Spirit (Sura 2:87),
bahawa Allah mengangkat Yesus (Sura 2:253),
bahawa Yesus adalah baik dan tanpa dosa (Sura 3:46; 6:85; 19:19),
bahawa Yesus dibangkitkan daripada kematian (Sura 19:33-34),
bahawa Allah memberi perintah kepada Yesus mendirikan satu agama (Sura 42:13),
dan bahawa Yesus naik ke syurga (Sura 4:157-158).
Akibatnya, Muslim yang taat setia dikehendaki memahami dan mematuhi ajaran Yesus (Sura 3:48-49; 5:46)


ULASAN:SEDIA KITA MAKLUM BAHAWA ALQURAN BUKAN SAHAJA MEMULIAKAN YESUS ATAU Al MASIH ISA SAHAJA MALAHAN DIDALAM ALQURAN JUGA MEMULIAKAN RASUL-RASUL YANG LAIN SEPERTI NABI NOH (SURAH AL AN'AM AYAT 231),IBRAHIM SURAH YUNUS AYAT 338),MUSA (SURAH YUNUS AYAT 342) NABI MUHAMMAD S.A.W ITU SENDIRI DAN RAMAI LAGI.FIRMAN ALLAH S.W.T DIDALAM AL QURAN

"DAN TIADALAH KAMI MENGUTUS KAMU UNTUK MENJADI RAHMAT RAHMAT BAGI SEKELIAN ALAM" (SURAH AL ANBIYA 107)

DISAMPING ITU JUGA NABI ISA ATAU YESUS (MENGIKUT SEBUTAN KRISTIAN) MENGAKUI AKAN DATANGNYA SEORANG RASUL SELEPASNYA.INI DINYATAKAN SECARA TERANG DIDALAM ALQURAN

"DAN INGATLAH KETIKA ISA PUTERA MARYAM BERKATA:HAI BANI ISRAEL, SESUNGGUHNYA AKU ADALAH UTUSAN ALLAH KEPADA MU,MEMBENARKAN KITAB YANG TURUN SEBELUM KU, IAITU TAURAT DAN MEMBERI GEMBIRA BERITA GEMBIRA DENGAN DATANGNYA SEORANG RASUL YANG AKAN DATANG SESUDAHKU YANG NAMANYA AHMAD(MUHAMMAD).MAKA KETIKA RASUL ITU DATANG KEPADA MEREKA DENGAN MEMBAWA BUKTI-BUKTI YANG NYATA, MEREKA BERKATA INI ADALAH SIHIR YANG NYATA" (SURAH AS SHAFF 6)


MENGAPA MEREKA YANG MEMELUK AGAMA KRISTIAN MENGGUNAKAN HUJAH DARI AL QURAN BAHAWA YESUS INI MULIA AKAN TETAPI APABILA ADA AYAT AL QURAN YANG MENYATAKAN PERLUNYA MEREKA BERIMAN KEPADA NABI MUHAMMAD MEREKA INGKAR?

DALAM KITAB BIBLE SENDIRI ADA MENYATAKAN : 'Aku akan meminta kepada Bapa; dan Ia akan memberikan kepadamu seorang penolong yang Iain, supaya ia menyertai kamu selama lamanya." (Injil - Yohanes 14:16)

PERSOALAN YANG TIMBUL SEKARANG SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "SEORANG PENOLONG" PADA AYAT TERSEBUT?

ADALAH PERLU KITA MAKLUM BAHAWA AJARAN NABI TERDAHULU ADALAH KHUSUS UNTUK ZAMAN MERAKA DAN KEDATANGAN ALQURAN ADALAM PENYEMPURNA KEPADA ISLAM ITU SENDIRI.

Read more...

The Crafty Project: Christianization of Bangladesh

by Saidul Islam.

Western non-governmental organizations are operating in all parts of the world. Many are doing great work in alleviating poverty and helping with development efforts. Unfortunately, some have hidden agendas. Presently Bangladesh has the NGO density of 3.5 foreign NGOs per square mile. Most of the foreign NGOs, under the banner of "development partner", are working to remove poverty and to bring education, and progress to the country. Their failure to do so has instead brought about an increase in tensions and social problems in Bangladesh.

Their hidden agenda is now evident. Their activities can best be described as 'the revived form of imperialism' and 'neo-colonialism', a great threat to the entire nation and its majority Muslim population, estimated at 86%.

These organizations bring billions of dollars to help the poor people, but only 5% goes to the target group. The rest of money is spent to materialize their hidden agendas; to convert the indigenous population to Christianity.

In the 190 years of colonial rule in united Bengal, only 111,426 people were converted to Christianity. Out of this converts, about 50 thousand were citizens of Bangladesh. The number of Christians in the territory had risen by 400% from about 50,000 in 1947 to 200,000 in 1971. According to one estimate, in the period between 1971 and 1991, the number of Christian converts in Bangladesh has risen from 200,000 to 400,000.

Christian sources tend to underplay their numbers, but it is reported that their goal is to increase the Christian population to 10-12 million in the next 20 years.

The methods used by these NGOs are corruption, seduction and conversion. The policy of the most Christian NGOs is to employ Muslims last and to favor those who convert. The idea is to create an economically and educationally influential community of converts who would, in due course, like in many parts of Africa, control all the key sectors of power: education, economy, social policy, bureaucracy and military.

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP