ANTARA KELAHIRAN DAN KEMATIAN

"Al Fatihah buat Nenek yang disayangi yang kembali ke Rahmatullah.Semoga Rohnya dirahmati Allah dan dimasukkan kedalam golongan orang yang beriman"

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dansempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya.

Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Hakikatnya, ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Firman Allah Taala:

Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."


Read more...

ORANG KITA...

Read more...

BERITA PENTING

1)The Cairo International Book Fair (Ma'arad Kutub)


23 Jan - 4 Feb 2008 (annual)
Cairo Fair Grounds
Opening Hours:
10am-7pm







2)CALON BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM.


Read more...

MUSIM SEJUK BAGI ORANG MUKMIN

Perubahan empat musim dalam setahun sewajibnya mengingatkan kita kepada hari Akhirat. Bahang musim panas mengingatkan pada seksa neraka, Sejuk yang mengcengkam mengingatkan kita kepada keperitan neraka sejuk. Musim luruh pula, manusia mengumpul hasil-hasil baki buah untuk disimpan dirumah, mengingatkan kita untuk mempersiapkan bekalan untuk hari kemudian. Seterusnya musim bunga adalah musim yang paling indah mengingatkan kita kepada kesenangan dan nikmat syurga. Patutlah Ibnu Mas’ud RA mengalu-alukan kedatangan musim sejuk dengan berkata :

“ Selamat datang musim sejuk, turun padanya keberkatan, malamnya panjang untuk berqiamullail, pendek siangnya untuk berpuasa.”

Nabi SAW juga bersabda :

” الشتاء ربيع المؤمن“.زاد فى رواية : ” طال ليله فقامه، وقصر نهاره فصامه“

Yang bermaksud ; “ Musim sejuk adalah musim bunga bagi orang beriman.” Ditambah dalam riwayat lain,panjang malamnya, lalu dia berqiamullail padanya, pendek siangnya, lalu dia berpuasa padanya.”

Ini kerana orang yang beriman dapat mengecapi kemanisan ketaatan di kebun ibadah. Pahala berpuasa di siangnya adalah ‘ghanimah sejuk’ sebagaimana di dalam hadis riwayat Tirmizi :

” الصيام فى الشتاء الغنيمة الباردة“

Dia dapat berpuasa pada siang harinya tanpa keperitan lapar dan dahaga kerana cuacanya yang sejuk dan tempoh siangnya pendek .

Qiamullail menjadi senang pada musim sejuk kerana tempoh malam yang panjang memberikan peluang kepada kita untuk tidur secukupnya, dan kemudian bangun beribadat pada sebahagian malamnya. Kelebihannya sangat besar sebagaimana kata Ibnu Rejab RA :

” قيام ليل الشتاء يعدل صيام نهار الصيف.“

“ Bangun malam pada musim sejuk menyamai puasa di siang musim panas.”

Namun, kita tidak hanya dituntut melakukan ibadah-ibadah khusus. Bahkan, di musim sejuk ini, menjadi kewajipan kepada orang beriman untuk membantu golongan faqir miskin dan mustadh’afin seperti rakyat Palestin, Iraq dan Afghanistan yang hidup dalam kedhaifan dan serba tidak cukup bekalan seperti pakaian, selimut dan makanan di musim sejuk yang mengcengkam tulang sum-sum.Sabda Nabi SAW :

“ Barangsiapa yang mempunyai lebihan daripada bekalan, maka peruntukkanlah kepada orang yang tidak mempunyai bekalan.”

Berkata Saidina Ali KWJH :

“ Sesungguhnya Allah Taala mewajibkan ke atas orang kaya pada harta mereka kadar yang mengcukupkan keperluan golongan faqir di kalangan mereka...Dan menjadi hak kepada Allah untuk menghisab mereka di hari Akhirat dan mengazab mereka di atas perkara tersebut.”

Read more...

NAK SERIBU DAYA KALAU TAK NAK...

KLIK UNTUK BESARKAN

Read more...

CERITA SEBUAH NEGERI

Maka datanglah pemimpin besar sesebuah negara ke sebuah negeri yang bukan partinya.Kedatangannya bukan sahaja untuk merasmikan pembinaan sebuah masjid akan tetapi mempunyai agenda yang disebaliknya.


Dalam ucapannya:
Kerajaan merancang untuk menjadikan Kota Darul Naim sebagai pusat tamadun Islam baru yang gemilang jika Parti Barang Naik (BN) dipilih untuk menerajui semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. Datuk Seri berkata, usaha itu bagi membuktikan Kerajaan Pusat bukan hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal, malah turut memberi keutamaan kepada kemajuan Islam di Kota Darul Naim ini. Sebagai langkah pertama ke arah itu, kata TPM, Kerajaan Pusat akan berusaha memperkasakan lagi institusi masjid di negeri ini dengan pembinaan lebih banyak rumah ibadat.

Alang takjubnya rakyat apabila mendengar ucapan tersebut.Ada yang terkejut, ada yang ketawa, ada yang menangis ada pula yang pengsan.Terkejutnya rakyat sebab pelik punyalah banyak negeri yang di tadbir oleh Parti Barang Naik (BN) kenapa negeri mereka yang dipilih.Kalau nak buat dekat negeri orang mengapa tidak dilaksanakan di negeri jajahan sendiri.Alangkah pelik.Itulah Parti Barang Naik (BN).

Rakyat lagi bertambah pelik, adakah kemajuan Islam hanya dilihat dengan pembinaan Masjid sahaja?Islam bukan hanya pada Hadhari akan tetapi pengisian kehidupan yang berlandaskan Ajaran Islam serta aqidah yang benar.Bukan hanya dengan Konsert Jom Heboh,Akademi Fantasial,Bintang Kecik RTN dan banyak lagi.Kalau nak Islam maka ikut Quran dan Sunnah maka bukan sahaja selamat di dunia bahkan diakhirat juga.

Time macam ni memang banyak benda yang pelik... tapi TPM tetap berkata"Kerajaan Pusat tidak mempunyai agenda lain, selain hendak mengukuhkan perpaduan umat Islam dan kepentingannya dapat dipertahan."

Tapi sebelum dia juga ada kata yang beliau kecewa dengan sikap kerajaan Kota Darul Naim yang melaungkan slogan Membangun Bersama Islam tetapi gagal membina sebuah masjid di negeri ini... Lagilah pelik nampak sangat ada unsur politik

Read more...

BODOHKAN MEREKA !!!


PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Mohd Zin semalam menafikan kerajaan membenarkan penerbit akhbar Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah walaupun Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) memperbaharui permitnya yang tamat Isnin lalu.

Malah, katanya, Kabinet pada mesyuarat kelmarin mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bukan Islam, seperti diputuskan Jemaah Menteri pada 18 Oktober dan 1 November 2006.Beliau menjelaskan penerbitan bukan Islam dilarang menggunakan kalimah Allah untuk merujuk ‘tuhan mereka’ kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan kemarahan umat Islam.

"Larangan itu hendaklah dipatuhi dan tidak dibahaskan secara terbuka kerana boleh menjejaskan sensitiviti umat Islam. Malah, mengikut amalan yang sudah digunakan sekian lama, kalimah berkenaan merujuk Tuhan kepada umat Islam," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.Abdullah mengulas laporan dua akhbar berbahasa Inggeris pada 31 Disember lalu mengenai kenyataan Pengarang Herald-The Catholic Weekly, Lawrence KKDN memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah Allah. KKDN sebelum ini mengarahkan penerbit akhbar berkenaan tidak menggunakan kalimah Allah dan memberi amaran permit penerbitan boleh digantung atau ditarik balik jika gagal mematuhi peraturan itu.

Bagaimanapun, penerbit akhbar berkenaan memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan deklarasi sesuai untuk penggunaan kalimah Allah pada 5 Disember lalu.Akhbar yang mempunyai edaran 12,000 naskah di kalangan masyarakat Kristian negara ini, menyediakan laporan dalam bahasa Inggeris, Melayu, Tamil dan Cina.(Berita Harian 4/1/2008)

Ulasan:

Pelik betul agama Kristian ni, dalam Bibble sendiri ada tertulis (Rujuk:Yohanas 8/40)

"Aku ini adalah manusia.Sesungguhnya apa yang aku katakan kepadamu adalah hak yang datangnya daripada Allah"

Daripada keterangan bibble ini menerangkan bahawa Jesus atau Nabi Isa mengaku bahawa dia adalan manusia dan bukannya tuhan sepertimana yang dianggap oleh agama Krtistian.Itupun pihak Kristian nak mengaku bahawa Jesus itu sebagai Tuhan.Bodoh betul mereka ni
.Kalau Jesus itu bukan tuhan kenapa pula nak guna kalimah Allah?.Bodoh betul mereka... Dalam Bibble sendiri ada menyatakan (Rujuk:Kerajaan Pertama 8/60) bahawa

"Sesungguhnya tuhan itu adalah Allah dan tiada yang lainnya."

Sudah jelas lagi bersuluh bahawa bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.Itupun nak mengatakan bahawa Jesus itu adalah Allah?
.Bodoh betul mereka...

Kalau pihak Kristian tidak lagi menerima ajaran yang tertulis di "Kitab Suci" mereka itu.Nampak sangat ia agama yang direka ikut suka hati mereka.Saya mencabar mereka untuk mendatangkan Dalil dari "kitab suci" mereka sendiri yang menunjukkan bahawa Jesus (Nabi Isa) itu adalah tuhan.

Bertambah lagi BODOH kalau kes ini menang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Read more...

TAZKIRAH HARI INI:

Read more...

TAHUN BARU & PERIKSA FASAL 1


Tahun baru menjelma lagi.Umur makin bertambah.Kubur makin memanggil.Satu peringatan buat kita agar tidak terlupa akan peranan kita di dunia ini.HAMKA ada mengatakan:

"Jangan tertipu dengan muda, kerana syarat mati itu bukannya tua.Jangan tertipu dengan sihat kerana syarat mati itu bukannya tua."

Datang tahun baru maka periksa fasal pertama pun bermula.Rupanya dah 2 paper dah selesai.Walau apa pun doakan semoga berjaya hendaknya.Memang persiapan tak sehebat mana, masa yang banyak tapi banyak disia-sia.Kalau dahulu berbagai alasan yang diberikan, sibuk dengan berbagai perkara.Tapi sekarang apa lagi yang hendak dijadikan alasan hanya MALAS sahaja yang dibesarkan.

Selamat menjalani peperiksaan buat semua sahabat.Mohon kemaafan kalau ada salah dan silap.Buat My Best Taakhi (Mohd Taufiq Adib) jangan leka.. sedia untuk fasal kedua.Semoga mendapat rahmat dari Allah buat kita semua.

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP