Ramai orang nak jadi ibu ni sume excited nak beli barang baby je. Ye barang baby memang penting, tapi tak perlu la belebih2, barang2 yang besar2 macam stroller tu, tunggu baby dah keluar pon takpe. Tapaya tergesa2 and membazir, sebab ada kawan aku ni, beli stoller mahal, sekali anak jenis kuat meragam, memang langsung taknak duduk dalam stoller pon! Benda yang paling penting sekali ialah, kekuatan mental dan fizikal. Once dah jadi ibu tu, priority memang kat anak je, lepas tu rehat ke tido ke memang takkan pernah cukup dah dalam kehidupan korang sume. Sebab tu la kene ada kekuatan mental dan fizikal tu, supaya dapat korang menahan cabaran dan dugaaan dan dapat menjadi ibu yang terbaik.
Sebelum anak lahir, korang decide la awal2 sama ada nak fully breastfeed, separa breastfeed (campur susu ibu dan formula), atau nak susu formula je. Kenape aku suroh decide awal? Sebab kalau korang pilih untuk fully breasfeed baby korang, silelah gain knowledge sebanyak mungkin sebelum baby keluar. Sebab nanti hari first dengan baby takde la keluar complain or komen seperti, "da 2 hari ni tapi susu takde" atau, "baby nanges je, lapar susu and tak puas susu" atau "saya terpaksa bagi formula, sebab susu takda". Semua komen2 tu dapat dihindarkan kalau korang dah ada knowledge dalam breastfeeding.
Experience aku sendiri, aku memang dah decide nak fully breastfeed my baby, sebabnya terlalu banyak kebaikan yang ada dalam susu ibu ni, dan terlalu banyak research yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik. Sebagai ibu, aku mesti la nak yang terbaik untuk baby sendiri kan, lagi2 dalam Al-Quran sendiri menyarankan kita ni menyusukan anak sampai 2 tahun mengikut kemampuan. Sebelum omayra lahir, aku dah ada sedikit knowledge pasal breastfeeding ni dan sekarang lihatla, omayra sudah hampir setahun menjadi product hasil susu ibu.Aku sendiri sangat bangga dengan sendiri sebab berjaya sampai setakat ni, and my next target hopefully completekan breastfeed omayra sampai dia 2 tahun.
Korang2 semua mesti la aware yang perjalanan untuk fully breasfeed anak ni bukan mudah ye. Terlalu banyak cabaran dan rintangannye. Lagi2 dengan dugaan melihat tin2 formula milk dipasaran nak dibandingkan dengan production susu sendiri yang kadang2 macam kais pagi makan pagi. But alhamdullilah, aku berjaya!! Aku sendiri since day one, memang dah menempuh banyak dugaan dan cabaran, dengan kepenatan bertarung contraction selama 16 jam, sesi push2 selama 30 mins dan 5 hari di hospital berseorangan menjaga anak are NOT EASY!! Since aku beranak di hospital kerajaan, aku memang tak mengharap layanan macam puteri tapi 5 hari alone with new born baby adalah sangat2 menduga mental dan fizikal!
Sini aku kongsikan few point penting untuk berjaya menyusukan anak:
- Lepas baby lahir, dalam jam pertama tu, susukan lah anak korang, ini adalah untuk stimulate production susu kita. Anak pon tenang je berada dalam dakapan ibu.
- Masa still kat hospital, jangan letak anak kat nursery, letak sebelah korang ye. Baby sentiasa dekat dengan mak, akan stimualte susu juga. Ada setengah orang akan rasa stress dengar baby nanges, and suruh nurse amik and jaga anak dia dalam nursery. Aku paham, memang stress and emosi tak stabil semua, tapi kalau nak berjaya menyusukan anak, letak la anak tu sebelah korang. Korang bersyukurla kalau ada orang lain bole teman malam2 and jagakan baby, tapi kalau kat hospital kerajaan tu, silelah bersedia ye dari segi mental dan fizikal, kerana anda akan berseorangan sahaja. :)
- Susu yang betul akan keluar dalam masa 2-3 hari and maybe later up to 5 days untuk yang ceaser. Immediately after birth hanya ada colostrum (sangat rich with nutrient and immune thing). Perut baby adalah sangat2 kecil(sebesar guli) and dia tak perlu banyak susu untuk penuhkan perut dia. Colostrum tu memang dah cukup untuk first few days and tak perlula nak susah2kan perut baby mendigest formula milk.
- First few days, biarkan dia nak begayut tiap jam. Itu yang aku buat pun masa alone with omayra at hopsital. Kesimpulannya aku memang tak tidur, sebelum beranak tak tido tahan contraction, lepas beranak tak tidur jaga anak. Kejenye nanges, nanges, nanges dan nanges! After 5 hari tu baru dia ok, tapi still begayut kat nenen tiap 2 jam.
- Akan ada masa yang korang rasa rimas, and rasa macam mesin susu, sebab kalau orang yang bagi formula milk tu, dia bole bergilir2 dengan suami or orang lain untuk jaga anak. Dia bole la nak tebongkang tido ke, sebab anak minom botol. Tapi kalau bagi susu ibu, kita je la food source dia and temptation untuk bagi botol adalah sangat tinggi semata2 tujuan nak rasa adil. Eh laki aku pon kene la bangun malam susukan anak gak! Bila korang ada rasa camni, korang ingatlah, setitis susu ibu yang anak minum tu, mudah-mudahan besar ganjaran pahala di sana nanti.
Have a great weekend everyone!


