BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

travel to turki bersama Cik Am

Assalamualaikum semua..

harap semua sihat. Sekarang ni cik Am sempat update blog sbb tgh mco kan,banyak masa terluang. 2bulan sebelum ni sibuk mengajar budak walaupun mco kan,tugas tetap kena jalankan.

sekarang cuti sekolah boleh la berehat sekejap. Ye dok?

ni cik Am cerita tentang trip Cik Am ke turki tahun lepas. Trip ni pertama kali cik Am pegi jauh sikit dalam sejarah. yela 11 jam perjalanan naik flight. Cik Am naik flight turkish airline. Ok la service dia. Makanan pun ada yang boleh terima tekak ada yang tak boleh. yela makanan turki kan.
Perjalanan cik Am diketuai oleh mehmet. orang turki yg guide kami. bergerak dari airport istanbul trus ke bursa-izmir-pamukale-konya-capadocia-bolu-istanbul .. memang jauh satu tempat ke satu tempat yang lain. Nasib trip cik Am ni 10 hari. banyak masa nak jelajah tempat ni dan kebanyakkan masa dihabiskan di dalam bas.

Bursa
1. green mosque,green tomb sbb apa green walaupun luar dia xgreen tapi di dalam dia green. dengar azan di turki yang lain melodi dia setiap kali waktu solat. Cik Am nk try cay dia kat tepi masjid ni 1lira secawan,duk tepi tu sembang dengan orang tempatan,pastu dia belanja air cik am.. Sangat baik orang turki ni.
2. pergi tempat turkish delight.
3. hotel kat sini best. pendek kata ni jela hotel yg kena dengan cik Am.

beli lokum separuh dulu,nanti beli lagi



izmir
1. cuaca di sini agak panas sikit berbanding di tempat lain di turki,cik am xpakai baju sejuk pn kat sini
2. melawat satu lagi tempat turkish delight. tengok demo memotong turkish delight.
3. selepas tu,cik Am dibawa melawat tempat yang lenguh kaki berjalan iaitu ephesus archeological museum. Tempat tu besar dan penuh sejarah. walaupun cik Am xberminat sangat sejarah,tapi layan jela..bila lagi dapat tgk

Dalam perjalanan makan tembikai turki dulu..hihi..macam tembikai susu tapi bukan dia.,

bergambar di Isabey Mosque


pamukkale
1. Bangun pagi bagi yang naik hot air balloon.Kami tinggal di resort cantik giler.perjalanan diteruskan ke textile factory (boleh shopping)..kat sini dia boleh packing siap apa kita beli dan dapat minum air delima fresh.
2. next,cotton castle. Nama dia cotton castle sebab putih nampak macam salji tapi bukan salji.malangnya sini hujan,tapi dapat la masukkan kaki di hot spring. Boleh juga tgk view ancient hieropolis. 
3. pegi tempat leather populer leather. Dapat tgk fashion show kejap. dan minum cay. 
4. Jarak perjalanan izmir - pamukkale jauh jgk tapi best layan view,banyak pokok oren dan olive kiri kanan jalan


Hotel di Pamukkale

kongsi gambar team cik Am yang naik belon kat pamukkale jela. Harga kat sini murah sikit dari cappadocia.


Konya
1. pamukkale ke konya pun jauh tapi xrugi dapat tengok view kincir angin dan bukit2 musing autumn ni. Kalau winter dapat la tengok salji tapi cik Am xbernasib baik😅
2. kawasan konya merupakan tempat pelajar-pelajar. ada universiti dan kolej disini. memang muda dan hensem studentnya😎
3. tempat cik Am melawat di sini ialah mevlana museum. Tempat peninggalan janggut rasulullah. Tinggalan sahabat nabi dan juga ada makam-makam wali-wali.
4.Kami xbermalam di sini,meneruskan perjalanan ke cappadocia. bermalam di sana.


janggut Rasulullah

nak ke mana kita ni?


Cappadocia
1. Di sini kami tidak bernasib baik juga sebab tak dapat tengok hot air balloon yang banyak tu. cik Am bangun awal pagi untuk menaiki jeep safari. bawak pusing tempat2 unik di cappadocia ni. Salah satunya hospital zaman dulu di dalam gua. rare kan.
2. walaupun xdapat tgk belon,tetap jatuh cinta dengan cappadocia. Lepas tu kami pegi underground city. Kota di bawah tanah. kalau orang tua boleh sakit lutut la jalan kat situ sebab ada part kena membongkok. dan kat sini ada kawasan perkampungan ,beg dia sangat murah.Cik Am silap tak beli banyak,beli satu je. Rugi rasanya. Cari kat istanbul double triple harganya.
3. Next,kami pegi di tempat membuat ceramic dan buat karpet. Harga dia xyah cakap la. untuk gaji cikgu ni mampu tengok je.hihi..
3. Kami juga singgah di kedai batu permata. baru lah cik Am tahu perkataan turqoise merupakan dari perkataan turki kerana ada batu permata yang dijumpai di sini berwarna turqoise. Cantik bak hang. Nak beli tapi macam membazir lak kan. tak pe kita rakam je buat kenangan.
4.Di cappadocia juga ada satu tempat nama kaysehir.Sepatutnya trip cik Am pegi main salji di Gunung Ersciyes. Namun,planning berubah sebab tak de salji di sana jadi Kami singgah juga di kayseri atau kaysehir.berjumpa dengan menteri di sana. Menteri la kot orang sana panggil. Dapat merasai suasana bilik meeting dia. Sekali lagi minum air teh free.
5. Dalam perjalanan ke bolu,trip cik Am singgah di tuz golu iaitu tasik garam. cik Am xtau sangat pasal tempat ni. Singgah je berenti solat dan singgah di tempat tarian sufi,Cik Am xtgk pun tarian tu duk lepak dalam bilik kt sana sementara tunggu yang lain habis tgk tarian tu😅

rock tak papa cik Am?

Jeep Safari la kita,belakang tu hospital zaman dulu-dulu

view belakang yang cantik






Bolu
1. Di bolu hanya bermalam sahaja di sana sebelum meneruskan perjalanan ke istanbul. Kami tidur di hotel yang sekali dengan mall. So apa lagi,cik Am kuar la cuci mata sekali. Mall tu tutup lambat sempat berstarbuck dan beli baju kat sana.
otw nak pegi bolu singgah sini dulu


Istanbul
1. sampai istanbul baru lah nampak jem. sepanjang perjalanan cik Am 8 hari tu xjumpa lagi jem. 
2. sampai je kami naik cruise. dapat lihat istanbul di pisahkan dua benua. benua asia dan eropah. Cantik la juga,yang cik Am pegi tu benua eropah.
3. Tempat kami pergi di grand bazaar(banyak baju dan macam2 kat sini,harga boleh tahan) ,spice bazaar (harga lokum sini murah dan kacang2 pun murah,kalau cari baju maaf ye tak de,payah jumpa),menyesalnya xbeli dekat cappadocia beg tu..adoi.,pastu cik Am pegi blue mosque,lalu hagia sofia(xsinggah sebab kena bayar lain),dan pegi topkapi palace museum sebelum ni sini ialah universiti tapi diubah menjadi muzium. 
4. Disebabkan xdapat pegi main salji pihak pelancongan ganti dengan menaiki kereta kabel menyaksikan seluruh istanbul. Boleh lah dari takde.
5. sebelum nak naik flight untuk balik kami singgah di mall of istanbul. mall paling besar memang dinantikan cik Am untuk shopping.
6. ha gais tau x,sampai di airport baru cik Am teringat cikAm xbeli baju turki pn untuk cikAm. Cari baju di airport 80lira..amik kau.Last minit shopping.
7. fly la balik malaysia. Masa ni terbayang nasi dagang dah. 

belakang tu hagia sofia
Naik cruise dulu
bye..gule-gule turkey!


kesimpulannya,tempat di turki sangat menarik dan cantik. tapi bab makanannya tak kena dengan tekak cik Am.hihi.. dekat hotel di bursa je yang sedap makanannya.Di turki,memang setiap tempat hidang sup apa ntah rasa macam dhal,tomato macam tu. ada yang sedap ad yang biasa je. hari last bru jumpa ikan bakar dalam bahasa turki ikan tu balik. jadi kalau cakap balik jangan balik pulak🤣.. 

itu je,bye turki,bye mehmet,bye team nusatravel.
  team kami nusa turkey 80. miss you all



Tahun baru sekolah baru

assalamualaikum semua..

Tahun 2019...

ye,tahun 2019 dan blog ini sudah berumur 9 tahun..

fuh tua da blog ni,kalau anak ni da masuk darjah 3 da..

Tahun yang baru,cik Am pun ke sekolah baru. Ops,bukan minta pindah ye,tapi dipindahkan. Tahun ni tidak sama sekolah dengan suami. Pengembaraan baru bermula dalam mengenali sekolah baru ini. Tekanan kerja?tetap ada . Muridnya lagi ramai dan bercampur pelbagai latar belakang.

Namun,hadapi dengan senyuman..

ok,t kita sambung cerita balik..
p/s: rasa cam nak tukar genre blog ni jadi blog travel..cun x?


merindui murid sk Limbang





MATRIYE Follower cik Am!!




Selamat hari raya aidilfitri semua.. Daripada cik Am dan family...

cik Am da kawennnnn

salam semua..

rasanya sudah lama cik Am tak update blog,rindunya rasanya nak berblogging malangnya masa tidak mengizinkan.

kejap..nak bersihkan habuk-habuk dalam blog ni..fuhhhhhh...

ni cik Am nak ceritalah sikit,masa cuti raya cina lepas cik Am akhirnya disatukan dengan kawan baik cik Am satu sekolah tempat mengajar. Ingat lagi tak cik Am cite ada sorg cik Am suka dalam diam.. masa tu masih kau aku ag la...

lama-lama cinta cik Am tak bertepuk sebelah tangan rupanya...hehe

tapi cik Am tak nak tunang apa,sebab risau jugak alam tunang ni..so nikah terus..yeayyy...hepi la naaaa...habis cuti sekolah pun buat majlis jugakkk...meriah la jugak,gambar tak banyak dalam laptop..


cik Am share satu je ye...


ok ke idokk??

ala-ala hindustan gituwww...

belah laki cuti bulan 3 pulak,nantikan cik Am ke perakkk..:D

KB to Teluk Intan


tu je la cik Am nak cerita,
daaaaaaaaaa

teman sekerja cik Am

salam..

tadi throwback,ni memandang ke masa sekarang..
sekarang sekolah cik Am sibuk sikit,banyak program akhir tahun. exam pun nak dekat da,tapi tajuk tak habis ajar lagi..uhuk uhuk..harap budak-budak ni dapat la jawab exam nanti..

ni nak up sikit rakan sekerja cik Am warga SK Limbang

ni semua guru dan staff sk limbang @makanberadab murid asrama

lau kat skolah ni,dua2 izzat ni la yg paling rapat ngan cik Am..bestfrenz



ni geng vacation cik Am aritu,ke KK

okeylahhh...cik Am cau lu,pasni xtaw la bila pulak dapat update,busy je memanjang..
wassalammm



missing youuu...

salam..

lama sudah cik Am tak update blog kan? opss..bunyi cam bahasa limbang sudah,haha..maklum la sudah hampir setahun cik Am bekerja di sini. so far,di sini okey la,jauh dari kesibukan kota tapi tulah jauhh..membuatkan hati terusik mengimbau kenangan di batu pahat.

ya,berbeza sebenarnya semenanjung berbanding di sini. terutama dari segi makanan. Pasar malam pun xde disini,kalau ada pun,pasar malamnya macam gerai-gerai biasa sahaja tak smeriah pasar malam di batu pahat. tapi xpe,demi tugas ku gagahi jua(poyo pulak).

to my frenz,hampir setahun kita berpisah sejak keluar dari maktab..kalau sebut rindu ofcoz rindu. nak gathering pun time knduri kawen je,lau nak vacation mmg susah..masing-masing banyak komitmen. vacation aku ngan rakan sekerja je,diorang ni kaki jalan so okeyyy la..hehe..tapi xpe,one day aku nak gak hang out ngan my geng Aurora ni..

nak throwback la sikit...

mengimbau kenangan ke USS suatu masa dahulu..masa ni ringgit 2.3 je lagi

ratu bowling IPTHO

memandang jauh ke belakang..konvoipgm2015

trip to Langkawi..

okey..jumpa lagii..
wassalam

masuk ke alam dunia pekerjaan

salam..

diam tak diam,cik Am sudah pun melangkah ke fasa baru iaitu fasa pekerjaan yang penuh dengan onak dan duri. untuk makluman semua,cik Am telah pun posting di negeri bumi kenyalang,Sarawak. Pada awalnya rasa sangat down bila check posting ke Sarawak. tu lahhh degil sangat mintak negeri Kelantan. Memang ke sanalahh jawabnya. Namun,cik Am fikir positif sahaja.

Di Kuching,barula dapat tahu dapat sekolah mana. berdebar jugak,maklumlah sarawakkan luas. check punya check,check punya check...cik Am dapat di Limbang. SK limbang. Dalam fikiran,owh sekolah bandarlah kot,tapi jap jap,Limbang kat mane????? nampak tak naifnya cik Am dengan negeri Sarawak ni,bagus jugak dia hantar ke Sarawak ni. Di Kuching juga dia bagi kertas yang berkaitan dengan sarawak,peta,no.PPD dan banyak lagi.. cik Am pun tengok lah peta..


sekarang,try tengok,hahh..hujung sana?? Limbang dengan Kuching jauhh tuu...nasib baik tak hujung je..nasib cik Am la oii,kat maktab belajar sampai ke Johor,pun hujung jugak dalam peta,posting pun hujung juakkk la..:D

keesokkan pagi,berkumpul lah geng-geng yang dapat limbang juga,ramai juga la. cik Am ni trip kedua gi sana,yang trip pertama lagi ramai. Yang dapat satu sekolah cik Am pun dalam 4 orang cmtu,jadi rasa bersyukur jugak la,tak dela sorang-sorang sangat. Sampai-sampai je airport Limbang ,ada cikgu yang jemput kitorang terus bawak ke rumah sewa,memang tip top layanan mereka uruskan semua ni. Rasa terharu sangat maklumlah orang baru di limbang n Sarawak ni (tak pernah jejak sarawak). housemate cik Am terdiri daripada 2 orang doktor (baru posting jgk) ,dan 3 orang guru yang baru,seorang guru da setahun lebih posting (tapi dapat pindah semenanjung da..sob3)

Esoknya setelah rehat di rumah sewa yang baru,ada perjumpaan geng-geng perantau di limbang ni,jumpa la dengan cikgu lama. suai kenal dengan mereka ni. Rupanya kat Limbang ni ramai perantau semenanjung. lega lah sikit gundah di hati ni.

Hari Isnin cik Am berangkat ke Sekolah tumpang cikgu sekolah sama di taman yang sama (nampak tak lau Allah nak permudahkan :) ) . Bersambung nanti ya,..

suka??klik je