Dashboard | +Follow
My Story
Krabi Trip #Part1
Saturday, November 9, 2013 • 7:57 AM • 3 comments

Assalamualaikum and hi pepols!

Lama jugak aku menghilang tak update blog. Well actually 2-6hb lepas aku pergi Krabi, Thailand. Apa yang ada kat Krabi? Oh ya, sila google gambar sekarang.. ah takpun sila baca post aku kali ni yang panjang berjela nak mampusnya. Ops. Tapi memang panjang...

Rough Cost//Kos secara kasar
Transport pergi (Naik train dari KL Sentral turun kat Hatyai) = RM54 katil atas.
Hotel (well actually it's a guesthouse!) = 2400bath / RM240 4 hari 3 malam and 2 bilik. Murah tak murah tu? Bila kami pergi 4 orang, maka kami bahagikan, setiap orang cuma perlu bayar 60bath/RM60.
Transport balik (Flight AirAsia) = RM110 termasuk airport tax dan segala bagai, kalau tak baru rm70 sahaja. Sobs membazir..
Belanja = 4000bath dan RM100(incase tak cukup haha)

TOTAL = RM700 SAHAJA. kalau tak caya kira sendiri haha

2-3/11/13
Kitorang tak plan pun nak naik train, tapi memandangkan tarikh yang kitorang nak pergi ni hari sabtu, flight mahal, cecah RM200 juga la untuk balik je, kitorang ni cuma backpackers, jadi kitorang decide nak minimize kan budget seboleh bolehnya, so naik train, memang sampai lambat dan memenatkan, tapiiiiii boleh choose yang ada katil kan? murah pun murah, naik kat kl sentral, turun kat Hatyai. our journey took 13 hours. hahaha Dari 9.30pm 2/11/13 - 10.30am 3/11/13. Nanti train akan berhenti dekat padang besar about 45mins untuk cop imigresen pastu korang boleh la berlenggang lenggang sementara tunggu kepala train bertukar untuk ke Hatyai pula. Dari Padang Besar nak ke Hatyai 40mins or less. Kejap jeee :D 

 suasana dalam train. hehehe selesa :)
Pejabat Imigresen kat Padang Besar siap ada kedai Makan :p

Ok lepas dah sampai Hatyai, kena cari orang yang sediakan van/mini bus utk ke Krabi/ Ao Nang, depends korang tinggal mana. Berlambak je tour information bila korang keluar dari station Hatyai tu. Tapi sileeeee, sila bargain dengan dorang. Sebabnya dorang ni tau kita pelancong, kalau boleh nak bagi paling mahal, sakit hati aku. Mula2 tanya sorang ni dia kata Van nak ke Krabi 850bath. watahek weh, ni paling mahal, sedangkan aku baca blog orang boleh dapat 350bath sahaja. Bargain punya bargain, dapat gak 400bath.. tu pun selepas kitorang join satu lagi group nak ke krabi jugak. Dari Hatyai nak ke Krabi sebenarnya 3-4 hours je, tapi driver kitorang ni kalut benda entah, nak dekat sejam dia benti kat satu tempat ni untuk tunggu sorang budak Thailand juga. Tak paham aku. Bazir masa I hokay T_T

Ni area hotel kitorang.

Kitorang duduk hotel budget je, tak penting kot kalau pergi dengan kawan kawan nak duduk hotel mahal kan? think logically, sebab kita datang sini untuk berjalan, bukan untuk duduk terperap dalam hotel. Tapi condition hotel tu make sure bersih la. Luckily, hotel kitorang yang bernama Popeye's Guest House kat Ao Nang ni bersihhhhh dan selesa, siap ada iron and dobi services lagitu. Bilik tak banyak, ada 7 je tak silap. Kalau nak booking hotel, korang pergi Booking.com. Sampai sana baru bayar okay? takyah susah susah nak bankin or guna credit card bagai. Kitorang sampai hotel dalam pukul 5.45pm mcmtu, tapi Thailand lambat sejam dari Malaysia, hehe :D

Dah settle check in, malam tu kitorang cari package untuk esok, nak g Phi Phi island Tour katanyaaaa. Haha gigih kitorang cari paling murah, jangan risau, datang Ao Nang berderet Tour information, boleh bargain. Harga asal 1200bath, kitorang bargain dapat 1000bath seorang (duit ni termasuk dalam duit perbelanjaan kitorang FYI). Nanti orang tu explain pasal tour ni, diorang sediakan from A-Z. maksudnya pick up depan hotel, lunch, snorkeling set dan ada few things lagi. Memang berbaloiii I tell you. K :p 

Habis pasal package untuk esok, kitorang decide nak cari kedai makan... tapi ada sorang driver tuk-tuk ni offer pergi Krabi Night Market.. Krabi night market ni memang famous among tourist, banyak makanan, and souvenirs yang murah berbanding AoNang, tapi sayangnya, dia buka jumaat malam sampai ahad je. We're the lucky one lah dapat pergi sana hari ahad, eheheh.. naik tuk-tuk van mahal sikit, it cost 200bath pergi dan balik kalau tak silap. Jauh jugak la dari Ao Nang beach nak pergi Krabi Town, dalam 30mins. 

 Kat dalam tuk tuk pun mampu bergambar hahah
 Krabi Night Market. Kalau kat Malaysia macam pasar malam high standard ala ala jonker walk gituw.
 Coklat. Rambang mata wei.. tapi aku cuak nak beli sebab takot tak halal :O
 Jelly kot? haha

Ketiyau supsss. Yang ni halal. Korang kalau nak tau halal ke tak, kat kedai tu ada gambar bulan sabit dengan bintang. Tu je trademark dia. Pelik sikit sup dia, rasa manis. heheh. Banyak gak kedai makan kat sini. Tapi korang berhati hati la sebelum beli :)

Kitorang sempat jugak shopping kat sini, baju I <3 Krabi baru 100bath per piece, dewasa or kanak-kanak sama je harga dia. Beli 10 dapat free 1. WIN gila kan? :D ok rasanya tu saja untuk hari pertama kitorang kat sini, sambung next entry untuk Phi Phi Island Tour!~

Macam comel je... macam comel je... macam nak kena lempang jeeee. Heh. 


By Aten Abdullah Sani :)
Krabi Trip #Part2
• 7:57 AM • 0 comments

Salam, heheheh malas senanyer aku nak update blog, panjang gila nak cerita, tapi lagi jenuh nak menjawab kalau orang tanya pasal bajet.

here you go, our 2nd day @ Krabi

4/11/2013
Ok,sebenarnya banyak lagi package korang boleh pilih, ada Hong Island, 4 Island, and banyak lagi aku tak ingat -.- , semua ada harga dia sendiri, tapi Phi Phi Island ni paling mahal. Mahal sebab lagi seronok and tempat dia bawa lagi cantik okay! :D 

Since kitorang dah beli package Phi Phi Island dari semalam, so harini seawal pkul 8.30am orang tour tu dah jemput depan hotel, errr actually bukan betul2 depan hotel, somewhere around the hotel gak ah, sebab kitorang keluar awal, pastu dok berjalan2, tapi kedai tak bukak lagi, cuma dah panas terik macam pukul 10 haha!

 Tudiaaa pukul 8-9 pagi dah silau macam hape, dah la kami semua ni sepet, terus tak nampak mata 
View Ao Nang town yang belum lagi busy, kat depan tu ada Mcdonalds, Subway & Starbucks. Mcd dgn subway non-halal. Starbucks tak pasti. 
 Menghala ke Ao Nang beach :D
 Ok ni dalam bus lepas orang tour tu pick up kitorang and kumpulkan satu tempat, ramai sangat, dah macam bas mini kat Kajang kot. haha Bas ni akan bawa kita ke bot! ;)
wuuuuwuwuw dah sampai. Tudia Ao Nang beach.. jangan expect lawa sangat la, dia cuma pantai yang biasa2 je, bot memang ready dari sini. 

Bila semua dah berkumpul kat sini, nanti diorang bagi korang sticker suruh lekat kat baju, sticker tu untuk bahagikan kita naik bot yang mana, taknak bagi korang tersilap naik. 

 Baru naik bot time ni. Sakit gak naik speed bot sebab bila dia langgar ombak tu, terhentak hentak punggung i uolsss. :( Dalam bot ni ada lebih kurang 30 orang rasanyerrr. 




Gambar kat atas tu semua destination pertama kitorang, 1st island yang diorang bawa, termasuk dalam package, Bamboo Island. Banyak sangat pokok bamboo kat sini hehe. Oh ya photos taken using Samsung only, kami tak bawa DSLR, gambar cuma guna phone dan gopro. #Nofilter la yang pasti hahaha. Memang view dia subhanallah, cantik sangat. Kitorang diberi masa spend time kat sini 30mins. Next, diorang bawa kitorang pergi Viking cave, kat viking cave ni just untuk ambil gambar, bot benti kejap je. Nanti tour guide tu story pasal cave ni. 

 Tak ingat nama island ni, tapi bot cuma benti kejap untuk tengok view. 
The historical Viking Cave :)
Ok depan sikit dari island ni, ada satu tempat redup, nanti bot benti pastu boleh snorkeling!! ho yeah, tapi ikan tak berapa nak banyak. hehe.

Lepas snorkeling 30 mins, bot bawak g tempat lagi adventure pulak. Guess what? It's Maya Bay!! sini lagi bapak cantik owh, sumpah tak tipu, even the camera pun takkan menipu. Leonardo de caprio berlakon untuk cerita The Beach dekat sini. Let see....

 Maya Bay baybayyy haha over lak. Dari sini korang akan dibawa untuk ke satu lagi tempat, Loh Samah Bay, Maya bay dengan Loh Samah bay ni bergabung la kiranya, jalan kaki lalu hutan sikit, sampai la ke Loh Samah Bay. ;)

 We ols bukan kembar, apatah lagi adik beradik. hahaha my officemate, Syamimsss :)
Abaikan pondan pondan Thailand dibelakang itu ya. 
Ok ni Loh Samah Bay, belakang tu ada tangga, korang boleh naik pastu ambil gambar. Cuns sangat air laut dia.

Cam penat je aku bagi gambar sampai details ni, haha Penat.com.my... niat hati nak upload video biar korang tengok sendiri view dia, tapi takleh upload. Biasa la, blogspot jeles kan? K... Oh lepas Loh Samah Bay ni diorang bawa pula kitorang pergi Monkey bay, Monkey bay ni pun kitorang just view from bot je, takleh turun, banyak sangat monyettttttt ganas ganas. haha gambar saja taknak upload, sebab tak menarik pun island yang ni. Pastuh, nanti tour guide tanya kitorang lapar ke idak? agak-agak ah since pagi tak makan, mesti la lapar :( diorang bawak pula pergi Phi Phi Don Island! Kat sini korang dapat makanan free, cewah tak free pun, dah include dalam package yang korang bayar tu. Ada restaurant halal sediakan makanan ala buffet. Yums! 

Phi Phi Don Island, island yang terakhir kitorang pergi, dulu masa tsunami,kat sini ramai orang mati.. tour guide tu kata (Many people die, many many people). hehe. Kat island ni siap ada penempatan..ada hotel dan kedai - kedai souvenirs! ;)

Dekat phi phi don island... restaurant tu betul betul menghadap laut. heheh syiok habis makan sambil tengok view dia...view laut, bukan orang dalam gambar. hahaha please :p

Ok next, ingat dah kenyang terus balik ke? hahaha... tak okay, last but not least, bot benti kat tengah laut.. ingatkan ada tali tersangkut kat bot ke apa, rupanya dia berhentikan untuk kitorang snorkeling.. gila ah tengah laut ok. tengah lautttttttt. Hamek kau, memang tak panas agaknya. hahaha. Sun burn dah kitorang. 

 Gym rama kuak lentang by myself. wakaka

ok settle, dapat la snorkeling 45 mins, ikan kat area phi phi don island ni lagi banyak, lagi lawaaaaa. Tapi beware of landak laut okay? taknak bersepah pula landak laut dia... ok settle sudah Phi Phi Don island, kitorang sampai balik kat Ao Nang beach pukul 4.30pm... kitorang ambil tuk tuk pastu suruh dia berhentikan dekat dengan kedai "Motorcycle for rent"

Misi merempit bermula haha, senang nak cari makan jauh jauh sikit kalau sewa motor, scooter 200bath, yang lelaki lelaki pula sewa scrambler 500bath untuk sehari. Minyak pandai pandai isi sendiri kalau tak cukup. heheh.


Next post nak cerita pasal ehemmm..... Elephant trekking yo! Perkara wajib bila sampai Thailand. Khap Khun Khaaaa :)

By Aten Abdullah Sani :)
Krabi Trip #Part3
• 7:57 AM • 0 comments

Hello, ok nak sambung balik cerita dari post atas tadi..
teaser sikekkkk... haha tom yam original made in Thailand, dinner kitorang untuk malam balik dari Phi Phi Island.. Tak sedap pun... Malaysia punya juga paling WIN dah la mahal pulak tu. Aku suggest korang jangan la makan kat restaurant2 yang berlambak kat sana.. memang semua mahal weh. kitorang makan ni campur air semua dalam 899bath jugak la. Haish cari la gerai2 tepi jalan je nanti k? 

5/11/2013
Sebelum kitorang makan mahal semalam tu, sempat gak kitorang cari aktiviti untuk esok. Memang kitorang dah plan sebelum sampai krabi lagi, nak naik gajah.... nak naik juga.. padahal banyak je package lain yang lagi syiok, tapi takpe. Elephant trekking tersangatlah murah dan berbaloi. 400bath seorang. Kalau nasib tak baik mungkin korang kena 500bath. Mohon bargain sebelum korang setuju nak ambil package tu ye. 


Kitorang ambil dekat Tour yang sama dengan Phi Phi island semalam, maybe sebab tu dia bagi murah kot :p kalau elephant trekking ni korang boleh choose nak naik gajah pukul berapa. Available from 9am. Yang kitorang nak pagi semua dah fully booked. Last2 naik pukul 1pm. Balun saja lah, naik sejam je... Nanti van ambil depan hotel macam biasa pastu bawak pergi tempat gajah bertapa. K. haha 

Tu lah trek laluan gajah ni setiap hari, dah la aku tak pernah naik gajah, sekali ko lalu kat lecak lumpur bagai, MEMANG tak takut pun kan! hahahaha. aku dah jerit jerit bagai, duduk atas gajah dah tinggi, laluan dia pulak hmmmm. But actually it was very fun tho~! ;)



Gajah gajah ni siap di ajar untuk buat aksi dalam air hokay. Eh maksud aku dia baling air guna belalai dia kat kita. haha tapi takde la sampai basah. eee comel kot. geram tapi takut. acano tu? lepas habis naik gajah ni kitorang dihantar semula kat depan hotel, tapi cam awal lagi jeee nak balik, cam awalllll jeee. Nak pergi massage, tapi memang tak termasuk dalam budget. Kat krabi berderet Thai massage, beware of pondans k kalau nak pergi. Dah ah ngorat bf ite. Huhhhh -..-t

So ape lagi,settle semua, kitorang merempit sepanjang panjang pantai Ao Nang tu la. Dah la banyak kedai souvenirs, murah murah wei, serious cakap aaa ni. Aku jadi tak mampu sebab unplanned, takde la motif aku g krabi nak bershopping kan? takat beli baju untuk family lepas la. Oh ya fridge magnet cuma 100bath dapat 4-5pcs. Murah sangat. and lupa nak cerita, aku sempat grab handmade jeans backpack for 150bath masa kat Krabi Night Market!! so much love. sorry tak sempat nak ambil gambar souvenirs, bag dengan shirts yang aku beli tu :(

Dah pukul 2.30pm sampai depan hotel, kitorang merempit pergi cari makanan, hehehe jumpa ada satu deret gerai makanan orang islam. Betul betul tepi jalan.. ada dalam 6-7 gerai, and paling penting bila datang sini wajib makan pancakes dengan milkshake! wajibbbb! 

 Ha ni la deret gerai-gerai tu, Siap ada jual nasi goreng semua for only 50-60 bath! boleh makan kat tepi gerai ala-ala gerai cendol kat Malaysia! hahaha 


Kitorang beli pancakes kat makcik ni, sebab time tu dia cam tengah relax takda kerja, so bagi dia kerja sikit, kitorang ordered 4 pancakes! aku dgn syamim banana nutella pancakes, nabil banana nutella strawberry, muz punya aku lupa, cheese kot. Semua nya sedappppppp :D

tengok flavour apa korang ambil, paling murah 30bath... murah je. sedap pulak tu.. aku try 3 kali pancake tempat yang berasingan, dekat dengan hotel satu, krabi night market satu, dengan makcik ni.... kat hotel tu kureng sikit. hehehe entah pahal rasa lain2 entah. 

Milkshake for only 30bath. Dah la mixed fruits pulak tu, tapi cuma 30bath. Murahnyaaaaaaa cup besar macam large size chatime....


Ok dah kenyang makan pancakes dengan milkshake, kitorang order nasi goreng tomyam dengan mango with sticky rice! heheh... mango with sticky rice 50bath, nasi 50bath.. pastu ada juga orang jual fishball cucuk cucuk tu, 20bath satu cucuk, ada 4 ketul. haaaaa detailnya aku bgtau hehehe. Tapi makanan kat street ni jauh lebih murah. Menyesal makan kat restaurant semalam tu. phuih~! 


Our selfie mode is on. haha sempat selfie terlompat lompat dekat Ao Nang beach. Waktu ni tak ramai sebab air laut tengah surut. Boleh gak la nampak anak ketam keluar berlari lari. Geli K. Geliiiii =_= selesai selfie kitorang kena hantar motor dahhhh :((((( malam malam jalan area dekat hotel. oh pastu ingat nak cari mineral water kat 7e. sekali nyaaaaaa jumpa redbulls 10bath! eh ceteka kalau convert jadi berapa kat Malaysia???? rm1 hinggit je. Tapi kenapa Malaysia mahal nak mampus? hahaha

Air yang sempat kitorang borong kat 7e. coke tu pun 10bath. Air mineral nestle 7bath. Murah sangat2 I tell youuu. Sila lah datang sini ya. Rasanya entry pun dah nak habis kot? haha the next day 6/11/13 kitorang punya flight pukul 8.25am, tapi teksi ambil pukul 6am. It took 40mins or less to arrive at the Krabi airport. cost untuk teksi 150bath seorang. Naik van yang dalam tu cuma ada kitorang berempat je. heheh.

awwwww ni dah sampai krabi airport. sedih je muka. agagaga. eh jap sebelum nak tamatkan episode Krabi Trip ni,nak tinggalkan tips siket...


Tipsssssss :-
1. Bargain.. Bargain selagi boleh, jangan risau, diorang kat sana takkan marah kalau korang mintak kurang pun, separuh kedai tu siap bagi calculator lagi suruh kita letak harga yang kita nak. 
2. Jangan senang tertipu dengan makanan kat sana, diorang cakap je makanan halal, tapi ada beer. K. 
3. Fast foods memang tak halal.
4. Kalau nak tau kedai tu Islam ke tidak, trademark bulan sabit dengan bintang.
5. Kalau setakat backpackers, bawa 4000bath memang cukup. Tapi make sure bawa extra money duit Malaysia, takut takut terover budget.. money changer pun berlambak kat sana. don't worry. hehe ok habis. babai! :D

By Aten Abdullah Sani :)



Le Blogger

Alien Robots Slot
 photo PhotoGrid_1371300175349_11_zps94be8c57.jpg

Aten Abdullah Sani, 21, not a student anymore :p
Go to entries
Look profile here
Let's Exchange Link
Le Important People In Life

Taggie Board





Old Stories



Credits

Photobucket
Template : Google,Atendaae
Edited : Atendaae