Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, March 21, 2012

Puding Pisang (Agar-Agar)


Bahan-bahan:
- 1/2 agar-agar kering (yg 20g tu)
- Air secukupnya (dlm 8-10 cawan air)
- 1 tin susu cair
- 1-2biji pisang (tgk size)
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh perisa vanilla
- pisang untuk tambahan

Cara-Cara:
- Blend pisang hingga hancur
- Didihkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar.
- Api perlahan dan kacau hingga agar-agar hancur
- Masukkan susu cair dan pisang yg telah diblend
- Masukkan gula dan vanilla. Kacau hingga rata dan mendidih
- Tutup api
- Curahkan dalam bekas. Boleh masukkan pisang tambahan yang siap dipotong kecil sekali.
- Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk. Boleh dinikmati! ^___^






Dapatkan New Version di SINI

Monday, March 5, 2012

Chicken Chop Sempoi


Wa.. arini ummi sangat teruja menyediakan menu chicken chop yg dh lama teringin nk buat sendiri.. Pernah makan di kedai je.. Bila dah rasa bosan makan nasi je..sesekali nak makan western food cmni lah pulak... ngeee.. resepinya sempoi je.. ikut rasa sendiri dan bahan2 yg kebanyakan sudah siap sedia.. mudah, kan?



Jom Mulakan!

Bahan-bahan (ayam):
- Bahagian Dada ayam atau mana-mana yang boleh dapatkan isinya.. (klu boleh, buang tulangnya)
- Tepung Goreng ayam (ummi guna Radix Chicken punya ready made tepung je)
- minyak untuk menggoreng

LinkBahan-bahan (coleslaw):
- 1/4 kobis
- 1 biji lobak
- Coleslaw mayonnaise (umi guna lady's choice)


Bahan-Bahan lain:

- Timun
- Tomato
- Kentang Goreng (beli siap & goreng)


Bahan-bahan (Kuah):
- sos tiram
- sedikit sos cili
- 1/2 bawang besar
- sedikit halia
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1@2 sudu makan serbuk lada hitam
- sedikit tepung jagung@gandum
-air secukupnya
-gula secukup rasa


Cara-Cara:
- isi ayam dicuci dan digaul bersama tepung goreng (perap sekejap)
- kemudian digoreng masak
- kentang digoreng seperti biasa
- timun dan tomato di belah ikut selera masing-masing
- untuk buat coleslaw, lobak dan kobis disagat atau di potong halus2. kemudian digaul dengan mayonnaise khas untuk coleslaw.
- Untuk kuah pula, tumiskan bawang, lada hitam dan halia dgn sedikit minyak masak. Kemudian masukkan sos tiram. Kacau. Masukkan sedikit sos cili dan air secukupnya. boleh masukkan sedikit gula secukup rasa. Untuk memekatkannya, bancuhkn sedikit tepung jagung atau gandum dan campurkan dalam kuah tadi. Sebatikan. dah mendidih, angkat.



Hidangkan ayam, kentang goreng, coleslaw dan salad timun & tomato di dalam pinggan. Curahkan kuah tadi atas ayam. dah siap. Mudah, kan? ^___^











Wednesday, February 29, 2012

Mee Bandung (Rempah Mee Bandung Odeon)


Bahan-bahan tambahan: umi just guna ayam, fish ball, tauhu grg, sayur sawi, taugeh, bawang goreng, telur, sedikit garam (rempah ni dah sedia garam,gula)


Ha.. Tu dia... Mee Bandung ummi buat arini menggunakan Rempah Mee Bandung Odeon Batu Pahat yang umi beli online isnin lepas.. hari rabu sampai! Ummi cuma beli 3 paket je.. Ingat takde yang nak.. tak sangka pula kawan ummi pun nak juga.. Jadi tinggallah 2 paket je. :-) seperti yang dijangka, kawan umi petang tu dia terus buat mee! Dan dia sms, katanya Alhamdulillah! sangat sedap! dan dia nak order lagi 5! Nak bagi maknya juga katanya.

Ye, bukan memuji semata-mata, tapi ikhlasnya, rempah siap mee bandung odeon ni memang sangat sedap. Berbaloi membelinya.. apatah lagi menikmatinya. yummy.. arini umi buat mee bandung nih! tanya anak, tanya suami, katanya..mmmm, sedap!

Setiap paket masak sendiri tu ada disertakan sekali cara memasaknya. so, memang mudah sangatlah..kan? ;)

memang sesuai dgn zaman sekarang serba nak cepat ni..heheh.
ha, lagi satu yang membuat ummi nak beli, sebab rempah ni tiada bahan pengawet tau! Maka, ianya cuma tahan 2 bulan dari tarikh proses. Yang ummi beli ni, tarikh buat 27 feb 2012 (tarikh dikurierkan) . Maksudnya lepas tempah online, baru dia proseslah kan? baguslah..!

Teringin?? Boleh beli di SINI.. kat situ ada diceritakan serba sedikit asal usul rempah ni.. :)

Oklah.. jom tengok cara buatnya sepertimana tertera di templatenya:


Bahan Untuk Masak: (1 Paket= 4 org makan)
- sepeket Rempah Mee Bandung
- 1 liter Air Rebusan daging
- mee Kuning 500g
- Daging dihiris nipis (ambil dari rebusan tadi)
- Telur 3-4 biji
- Sedikit sawi
- Pilihan Lain spt Udang, Sotong Kembang, Fish Cake, Kerang [tapi umi guna ayam + fish ball je]


Cara Memasak:
- Campurkan sepeket rempah dengan 1 liter air rebusan daging, kacau sebati.
- Masukkan hirisan daging dan pilihan lain
- Pecahkan telur
- Bila telur dah masak,masukkan mee kuning dan sawi.


Note:
Air rebusan daging:
- air 2 liter
- daging lembu
- rempah tumis 50sen
- minyak masak 5 sudu makan

P/S - nak lagi sedap, tumis 3 sudu makan bawang besar/merah yg telah diblend dahulu, baru masukkn air rebusan daging dan rempah.

Jom makan..! ^___^



Thursday, February 23, 2012

Homemade Ice-Cream (Tanpa Telur)


resepinya ummi dapat dr myresipi.com :-) yang atas ni ummi buat perisa mangga dan coklat tabur milo ^__^

Link

Bahan-bahan:
- 3 keping roti sandwich gardenia (resepi asal 2 keping je)
- 1 tin susu cair
- 5 sudu gula
- 1 sudu besar ovalette
- perisa yang dikehendaki


Cara-Cara:
- Roti dibuang tepinya..dan dikoyak2 kecil.
- Blend kan dengan pengisar kering.. (jadi serbuk roti)
- Masukkan roti yang dikisar, susu cair, ovalette, dan gula dalam mixer dan pukul sehingga adunan kembang.
- Bahagikan dalam mangkuk jika nak buat banyak perisa. Cuma perlu sebatikan perisa dgn sudu atau garfu. Kacau sebati.
- Tuang adunan berselang-seli atau ikut citarasa masing2 dalam mangkuk kecil.
- Ikut kreativiti masing-masing samada mahu tabur coklat urai atau manik urai mengikut citarasa sendiri..
- Bekukan di dalam peti beku tanpa tutup. Dah beku barulah ditutup ataupun nak makan terus! yummy.. anak-anak pasti suka!

~Ramuan Berkhasiat, Puas Merasa! hehe





Link

Wednesday, February 22, 2012

CD Panduan Buat Cup Cake Di Rumah


~Video #1 Membuat Cupcake
~Video #2 Membuat Krim Icing
~Video #3 Mewarnakan Krim Icing
~Video #4 Membuat Bunga Daripada Krim Icing
~Video #5 Membuat Fondant Huruf

~4 Video Membuat Dekorasi Cupcake
~Resepi Cupcake dan Krim Icing
~Panduan Pemasaran Cupcake Online

Bonus:!!
~Resepi Kek Coklat
~Resepi Muffin Sedap
~Resepi Homemade Pop Corn
~Resepi Tau Fu Fa

Kesemuanya dalam 1 pakej
Tawaran harga Istimewa:Hanya RM90!!

Tempah Online Sekarang!!>> KLIK SINI


Popular Posts

Carrot