Saturday, April 23, 2016

Hi #5

"Apa awak nak buat dalam tempoh 10 tahun akan datang?" tanya 'Apek'.

Aku pandang muka dia. Dan krik krik krik mula bermaharajalela.

Pffffttt!

.

Tak tahu nak jawab. Entah. Soalan mudah, tapi herm aku pun tak ada jawapan. Banyak kali juga si 'Apek' ni tanya kat aku. Tapi, aku selalu biarkan soalan tu dengan krik krik krik aje. Hehe.

Apapun 'Apek', selamat bertugas di UMS. Jangan lupa kat kitorang di sini.

:)



Tuesday, March 15, 2016

Hi #4

Tak tahu kenapa. Tapi kepulangan aku kali ni rasa tak best. Herm. Mungkin sebab dah tak ada geng nak minta masak masakan Lombok, dan mungkin sebab kondisi geng tersebut yang buat aku rasa tak seronok. *Sedih*

Bibik Yam, dah lama tinggal dengan kami. Aku dah anggap dia macam keluarga aku sendiri. Kalau nak ikut, tahun ni patutnya tahun ke lapan Bibik Yam tinggal dengan kami. Tapi, hujung bulan 9 tahun lepas Bibik Yam balik ke Lombok sebab ada ketumbuhan di otak Bibik Yam. Mulanya, kami mahu membawa beliau berubat dan mendapatkan nasihat pakar di Malaysia, tapi keluarga Bibik Yam tak bagi dan suruh Bibik Yam pulang sebelum kami sempat bawak beliau pergi berjumpa pakar. It was so sudden. Tak sempat jumpa, tiba-tiba je dah balik. *Sedih*

Hari isnin lalu, saudara Bibik Yam di Lombok whatsapp gambar terkini Bibik Yam. Kurus sangat dan nampak uzur. Kali terakhir aku jumpa masa hari raya aidilfitri tahun lepas. Masa tu sihat lagi. Aku harap aku boleh pergi melawat beliau dalam masa terdekat ni. Hati dah meronta-ronta nak pergi ni. Tapi, stress pulak aku bila cuti kali ni tak ada kelapangan. Huwaaa!!

Bibik Yam, kita doakan dari jauh dulu ek.. "Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman.."

Berhenti dulu!

Saturday, February 27, 2016

Hi #3

Hi!

Minggu lepas, ramai guru 'duka lara' dekat sekolah aku dapat pindah. Disatu sudut hati aku yang paling mulia, suci dan kudus; aku bersyukur dengan perpindahan mereka. Tamatlah kisah duka lara mereka. Namun, disatu sudut hati aku yang kepam dan berdebu, aku agak stress untuk meraikan perpindahan besar-besaran guru-guru dari Semenanjung di Sabah untuk pulang kembali ke Semenanjung ni.

Kejadah buat perpindahan nak masuk bulan 3 ni, dan kemudian bayang mahupun bau guru baru nak posting pun tak ada. Kalau ikut perancangan JPNS, menjelang tahun 2017; 70% guru yang mengajar adalah anak Sabah. Yang menjadi masalahnya, bilangan anak Sabah yang melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan adalah sedikit - jadi macam mana nak menampung kekurangan guru di Sabah ni? Tapi aku faham juga kenapa JPNS cuba buat dasar tu. Ini adalah tak lain sebab JPNS pening kepala bila tiap-tiap tahun pening mengurus permohonan perpindahan guru-guru semenanjung ni. Ada yang baru aje posting dua tiga bulan dah minta pindah, mestilah dorang pening kan. :)

Sekarang, sekolah aku mengalami kekurangan guru sebanyak 15 orang. 15 orang hokkey! Bukan sorang dua, tapi 15 orang. Bahananya ialah kami yang tinggal inilah yang menjadi mangsa keadaan. Sekarang, aku kena mengajar subjek Perdagangan, Ekonomi Asas, Bahasa Inggeris, KH, dan PJK. Dan minggu depan bertambah lagi satu subjek lagi - Matematik! Tak ke gila aku nak study dan sediakan bahan mengajar seketul-seketul subjek tu. Mana tak merana hidup ai! Huwaaaa!

Sebab tulah aku kata, aku pun tak tahulah nak meraikan keberjayaan perpindahan mereka ni dengan penuh kesyukuran; ataupun menstresskan diri dengan kekurangan guru kat sekolah aku ni. Alahai.

Tak apalah. Biarlah kami di sini merana, asalkan kawan-kawan bahagia. Mungkin ada hikmah. Mudah-mudahan, Allah permudahkan urusan kami mengajar di sini. Insya-Allah.

Tuesday, February 23, 2016

Hi #2

Jawapan.

"Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti?" [28:60]


Sunday, February 21, 2016

Hi #1

Hati aku tengah digaru-garu untuk pergi backpacking. Tahun lepas tahun paling rancak aku pergi backpacking. Tahun ni, banyak halangan kekeluargaan. Entahlah. Walaupun hati kemaruk, tapi masih ada hati-hati lain yang aku kena jaga selain hati aku sendiri.

Dan. Sejak dua menjak ni, ada beberapa orang sudah 'melamar' aku untuk pergi backpacking bersama-sama. Herm. Aku ni nak buat keputusan, kena fikir banyak kali. Aku dah biasa pergi sorang-sorang. Bila ada yang mengajak pergi bersama-sama ni, aku macam herm. Entahlah tak tahu nak cakap. Ahai.

Oh Kiah! Mohon doakan aku ye!

Bye.