Salam,
Pepagi lagi kereta
saia bermasalah. Baru tak sampai 10 km, kami keluar rumah. Tetiba saia ada
terbau sesuatu yg hangit. Tapi bila saia tengok dashboard, tiada signal amaran bateri,
temperature, atau lambang cerek Aladdin pown yg terpapar. Walaupown begitu, saia
dah mula risau. Mencari tempat yg sesuai
untuk berhenti. Akhirnya saia berhenti di susur masuk Giant yang baru siap dibina,
sebelum tol Bt 9. Membuka bonet enjin, terasa bahang panasnya. Saia memanggil
abang, untuk memeriksa kereta walaupown dia belum ada lesen kereta. -..-
**sebenarnya saia tak berani sangat nk sentuh bonet enjin.
Aunty saia mula menelefon
pak cik. Abang pula cek air, dilihatnya kosong kemudian saia pergi ke bonet
belakang untuk mengambil air lalu menghulurkan 1.5L botol berisi air. Abang
tuang kesemua air itu sampai habis. Bila saia nampak abg laju saja mengisi air,
saia mula mengingat. Baru saja malam tadi pak cik saia cek bonet enjin.
Mustahil pakcik tak nampak airnya kosong atau tidak. Padahal pakcik siap cek
minyak power stereng, minyak hitam, air
dan juga minyak brek.
Kemudian saia
tunjuk kepada aunty saia, air mineral 1.5L itu telah habis diisi. Aunty mula
menanya, apakah semalam pakcik saia tak cek air? Dan pakcik jawab, air itu
penuh malam tadi.
-..-”
Selesai isi air,
saia mula memandu. Tapi perlahan saja, dalam 60km/j kerana saia masih bimbang.
…
Pabila lepas
mendaki bukit-bukit yg terdapat di Bangsar, di trafik light betul-betul kawasan
bukit. Tetiba aunty bertanya pada saia…
“Asap apa tu yg
keluar?”
Saia mula terkejut
bercampur cuak. Abang dibelakang mungkin terlena. Saia terus memasang lampu hazard dan saia
memusingkan setering untuk mengengsot ke kiri. Sudahlah terasa lama yg amat
ditrafik light tersebut. Sebaik lampu bertukar hijau saia cuba mencari tempat
yg sesuai untuk berhenti. Aunty suruh saia berhenti di hentian teksi, tetiba
abg bersuara
“Tak boleh. Jalan
ni kecik. Berhenti kat tempat lainlah.” sebaik abg berkata begitu semerta saia
kena hon. Ah tahi betei. Tak nampak ke saia pasang lampu hazard!Dia tak nampak
ke kereta saia dah berasap??!!Saia pula berasap dengan pemandu yg….^*%^$*!
Nak tak nak, saia
gerakkan juga kereta. Tak jauh dalam beberapa ratus meter mujurlah ada stesen
minyak. Saia masuk dan berhenti di tempat mengisi air dan angin. Seperti biasa,
saia menyuruh abg saia cek satu persatu manakala aunty menelefon pakcik. Mereka
sangkakan Gear Box yg bermasalah. Tapi aunty berasa pelik. Mengapa sampaikan
bonet di tempat duduknya yg berasap. Kemudian pakcik soh abg cek minyak hitam.
Kosong.
Aunty memberi saia
not 50 untuk membeli minyak hitam. Saia ke Mart Esso tersebut. Terpinga-pinga
juga saia nk amek minyak hitam. -..-”
Kemudian ada pakcik
di atas motor tanya saia.
“Nak minyak hitam
ke?” lalu saia mengangguk.
“Yang besar tu,
minyak hitamlah”
Saia terlihat botol
sebesar 4L dengan harga RM72. Sedangkan pakcik suruh saia beli yg berharga RM12
saja. Sudahlah bawak RM50. Saia memilih minyak yg sama tp bersaiz kecil 1L. Itu
pown berharga RM21! Jadah beza sampai RM9!!!
Abg menuang
kesemuanya.Kemudian dia cek kembali minyak hitam tersebut. Masih kosong. Aunty
yg dalam talian,
“Kami park bebetul
kat kawasan bukit. Memang bukan kawasan rata.” mungkin disebabkan kawasan
bukit, jadi minyak hitam yg secoit itu hanya berada disebelah kawasan saja.
Aunty menyuruh saia
mengalihkan kereta, sementara abg melihat bekas parking tadi, sama ada titisan
minyak. Dan bila saia mengalihkan kereta, abg kata. Ye, ada banyak!Ini bermakna miyak hitam kami bocor!
Saia turun, dan
saia lihat ada minyak yg bertakung. Banyak tak banyak, kami berhenti tak sampai
setengah jam, adalah suku gelas. -..-”
…
Saia meneruskan
memandu dan akhirnya selamat hantar abg dan dapat juga saia sampai di opiz.
p/s :: Bayangkan
saia parking kereta di bawah opiz lebih lapan jam, agak-agak berapa titis minyak
je yg tinggal??Hurm…
p/s/s :: Tetiba
saia rasa tak pasti, dapat menghadirkan diri untuk Pelancaran Zine Horizon Raya, di Uya pada hari Sabtu ini atau tidak.tsk tsk tsk









