Thursday, December 31, 2009

wake me up when september end

niat penambahan entri ini adalah untuk entri terakhir 2009 bukan pengucapan selamat tahun baru 2010.
dalam tv, najib sedang memberi ucapan tahun baru 2010.
entri terakhir ini sepatutnya entri yg menarik. tetapi gambar x sempat diedit.


jadi, tujuan entri ini adalah untuk sebab-sebab kenapa tidak update blog ini selalu.

senarai-senarai sebab yang telah dikenal pasti adalah:
  1. idea kreatifnya tidak juga datang. datang sekejap saja kemudian terus lari. penat nak kejar.
  2.    blog yg difollownya telah update dengan entri-entri yang bukan-bukan.mengarut pon ada. terus hilang mood.
  3.  tahu ada orang yang baca blog ini. stalker?
  4.  mendapati suasana blogging tidak lagi seperti dulu. cuba buat atmosfera yang baru.
  5. mungkin kerana terlebih aktif di facebook juga boleh jadi salah satu sebabnya bukan?? *tipu*
ini sajalah yang dapat disenaraikan.okeyh. jumpa tahun depan pula.wassalam.

Tuesday, December 22, 2009

let it be.


entri pendek

SALAM MAAL HIJRAH 1431H.
harap-harap ia masih belum terlambat.
tahun baru ni. jom kita azam baru. cewah

JOM JADI LEBIH HEBAT! ^_^
bersiap mental dan fizikal untuk mengharungi hari-hari mencabar ini.

.

Saturday, December 12, 2009

crush

she said: congrat.

other she said: congrat. i'm happy for you

another she said: congrat. this is what you dream.

me.yes.i want.this is what i want.but i'm scared.It came without notice tanpa disangka-sangka.the feeling - tawar hambar tapi suka + syukur. lets prepare for mental and physical.


ayah.prepare what you should do. jgn jadi mcm hari tu.

walaupun nampak macam lambat lagi. tapi bila-bila kira-kira balik.masa akan cepat berlalu. cepat fikir. cepat bertindak.nk tunggu apa lagi.

other she said : May ALLAH bless you.lets sujud syukur first. then you decide it.

Tuesday, December 08, 2009

friend till the end



once you be friend with me
you are my friend forever
friend till the end
nothing more
nothing less

once you forgot promise that we made
i'll forgive you
once you break the promise
i'll forgive and never forget
i'll keep it in my heart because you already hurt this heart
but after that
you just a FRIEND
not more than that

kalau kamu kawan.kamu kawan selamanya.tidak lebih tidak kurang.
kamu tahu hati ini.kamu kenal diri ini.tapi kenapa sakitkan hati begitu.
tidak suka. tolonglah jangan salahfaham atas layanan begitu.
kerana seorang kawan itu sgt bernilai utk diri ini.tidak terbalas jasanya dan budi.hutang juga.


Monday, December 07, 2009

4th anniversary

baca blog yg difollow mereka sibuk dgn kisah KBmall. itu kisah semalam. sudah menjadi sejarah. let it be...

yersterday, momo's plurk 1st anniversary. 
kemudian barulah teringat tepuk dahi, blog daichiviolet  dulu ada petname -karipap sudah mencapai 4thn pada 5 disember yang lalu.

mengingati sejarah blog daichiviolet, kalau tidak silap, saya mengetahui  wujudnya  blog adalah pada tahun 2003. ia hanyalah kerana mahu baca novel online dan ia masih begitu. blog pertama yang saya kenal adalah blog rnysa. novel yg dibaca ketika itu sudah pun diterbitkan pada 2007 (if i'm not mistaken) - Relevenkah aku dihatimu. pada tahun itu, tak  ramai yang tahu pasal blog.

kemudian, saya jadi mahu menyertai blog. blog pertama adalah blog friendster.namun setelah aktif diblogspot maka blog friendster ditutup. kalau terlalu banyak blog nnt tidak tahu apa yang mahu diisikan. lebih baik kekal pada satu sahaja.

adik-beradik saya masing-masing ada blog sendiri. hari tu berbual dengan momo, "kita buat blog bukan kerana kita terikut dengan orang tapi kenyataannya kita suka menulis. tak semestinya mahu menulis tentang kehidupan kita tapi menulis untuk kita kongsi sesuatu."

dalam tempoh 4thn ni  da banyak kali jadi hopeless utk berblog tapi hakikatnya saya tidak boleh hidup tanpa blog menulislah. mungkin ia adalah terapi untuk saya.

malah, berblog tak harap untuk satu malaysia tahu blog saya. tak ingin jadi otai blog. bahkan saya lebih suka tak ramai yang baca blog ini. kerana daichiviolet ini biasa-biasa saja. tiada yang menarik.menarik buat penulisnya sahaja yang semakin dewasa. ha-ha

harapan.... saya akan terus menulis untuk blog ini. senyum





Sunday, December 06, 2009

show me the money



kalau anda perlukan RM 10,000 dalam tempoh 2 bulan,
what will you do to get it?
pilihan ada ditangan anda... fikirkan
untuk dapat dalam satu hari anda boleh CURI saja - ROMPAK, RAGUT...
tapi itu bukan pilihan baik.
buat kerja dengan kadar bayaran RM 10,0000
huh!
ada ke? fikirlah sendiri..
tapi kalau berusaha dengan penat lelah itulah yang sangat bermakna...
rezeki itu telah ditetapkan sebelum kita lahir lagi...
 ia  boleh datang tanpa disangka-sangka..
he knows...



kalau Ding Xiaohan boleh buat 5 pekerjaan dalam satu, kenapa tidak saya...
kalau seorang Pak cik kerjanya mengutip kotak boleh pakai vios kenapa tidak saya..
kerana satu keinginan yang kuat kita boleh lakukannya jgak kan!

tapi,

bila dah dapat duit banyak itu...
apa akan anda lakukan...???

Saturday, December 05, 2009

if i let you go.

tajuk entri sentiasa tidak seiring dgn isinya. abaikan.

9.30 malam, rabu.
destinasi: KAY EL.

--------------------

6.20pagi: Khamis.hentian putra.hujan.
6.50 pagi:  menuju ke KEPONG SENTRAL. elok saja selesai beli tiket, train sampai. nasib baik.
7.++pagi: destinasi seterusnya ke umah sewa.jumpa zati dan kak huda.
8.30pagi: menuju ke kolej bersama zati. nak amik result. energi: kuey teow + nasi goreng cina + sedikit  air kosong sejuk. *hujanlah!*


zati ada last paper. dan saya, satu pagi yg telah di bazirkan di finance. phone battery low. petang baru urusan boleh siap. terpaksa cancel appointment dengan ramzan. sangat-sangat bersalah pada dia. minta maaf.  jumpa skjap miss mir tapi lupa nk amik gambar model traditional house yg sgt tidak cantik pernah dibuat. punya la semangat bawa kamera!

lepas lunch baru urusan selesai. tapi sangat bengang - dgn budak nursing boleh pula layan-senyum-mesra. pilih kasih.

selesai.bekejar ke tempat ayah pula.mtak pak cik prebet hntrkan tapi sgt menyakitkan hati.20minit telah dibazirkan. amik keputusan jalan kaki.nasib baik. elok je sampai, train dtg.berebut dgn org balik kerja. aigoo... kali terakhir singgah umah sewa - tuan rumah sudah jual. tak tahu lah berjumpa lagi ke tidak dgn zati dengan kak huda.


 nak amik gamba lain. gamba ni pula ditangkap.

malam, baru tambah energi - nasi goreng kampung + milo ais. penat terus tido.

---------------------

jumaat, pagi.hujan.pukul 7++. selesaikan urusan kedua. berebut dengan orang nak pegi keje plak.adesh!budget siap dulu dari ayah. heh!

energi: roti twist + air mineral + 100plus. perut meragam. conan edisi 65 sudah keluar! ha-ha.

sampai destinasi. subang jaya. urusan kedua ditangguhkan. 9.30pagi baru dapat diselesaikan. ingatkan mudah. tapi kene berkejar sana sini -binding.withdraw duit. hampir saja kene marah. nasib baik mereka tolong. patutnya bila ada kesulitan begini rasa mahu nangis saja tapi boleh pula tenang dan pasang telinga apa yg patut buat. phone buat hal -orang call tak dengar.kene call balik.kredit yg banyak sebelumnya laju saja mengalir berkurangan.huh.

masa masih berjalan. pukul 12.30 urusan selesai. ayah dah gerak. waktu jumaat hampir tiba. cari teksi. sambil berjalan kaki. sekali lagi. beg makin berat pula patutnya makin ringan. dapat teksi. pak cik teksi kata stesen subang jaya dkat saja. ye aku tau. tapi sudah penat. nasib baik dia mahu tolong. sampai stesen. nasib baik lagi. elok je nak rentas jejantas train sampai. ayah dah tunggu. sampai-sampai cari bus. nasib baik, duduk sekejap dalam bus. bus terus gerak. penat tapi tak terasa mahu lelap.kaki dah sakit.belakang dah keras tak boleh nk bongkok-bongkok dah.

sampai-sampai,bagitahu ayah lapar. dapat nasi lemak. nyum!

terkilan. di subang jaya ada subway. igt nk beli dkat situ saja. tapi kejar masa. kemudian, budget nk beli di KL Sentral tapi masih tak sempat. tak tahu la tu bila dapat makan SUBWAY!!!!

elok je sampai kelantan. ramainya umat. tepuk dahi. lupa. kapal pertama orang balik haji sampai pagi tadi di KLIA.

poof. satu pagi jumaat kelelahan ke sana sini. petang jumaat dah sampai kelantan. tarik nafas. penat!

--------------------

imbau balik kenangan umi dan ayah gi haji. ingat-ingat. ayah umi sampai. angkut barang. masuk kete. terus balik. aksi peluk-cium tangguh sampai rumah.heh. senang. tak yah buat drama depan orang ramai.


pemandangan malam menara kuala lumpur ini sangat cantik.


Sunday, November 29, 2009

i feel good.

igt nk attached dgn gambar sekali.tapi tak mengapalah.

ini cerita semalam.11dzulhijjah1430H.
lpas maghrib baru ayah nk khabarkan.
rupanya lembu korban pagi tadi, dia sudah niatkan 1 bahagian pada lala-chan.
utk SAYA!!!! banana dance


ingatkan tahun depan dapat giliran itu.
rupanya, ALHAMDULILLAH. dapat juga.
sebelum raya, dah niat nak ambil satu bahagian kalau ayah nk buat korban.
akhirnya, impian tercapai. pintu langit terbuka.


hari ni pula, satu bahagian juga ayah sudah niatkan utk cik piya.
tahun lepas, ayah bagi bahagian korbannya utk cik yummy-chan niatkan dan umi punya pula beri pada cik momo-chan.


tapi dagingnya, amik sedikit saja dan selebihnya agih pada org lain.


apa pun,terima kasih ayah! senyum sampai telinga



Saturday, November 28, 2009

aidiladha 1430H

kehadapan umi dan adinda,abdul rahman.

salam adiladha dari Lala-chan.

pagi raya seperti kebiasaannya. kami solat sunat hari raya dimana ayah kene baca khutbah. pagi hari raya seperti biasa. ketika ayah baca khutbah muhammad dan kashfi buat bising. biasalah bila dua pupu ni bertemu. termasuk ali akmal sekali. *segan,uh*

kemudian, selesai solat sunat hari raya. kami singgah rumah mek yg tak seperti selalu *sad*. selesai di situ, singgah pula rumah ustaz din. sama seperti raya-raya yg lepas.

ayah pula seperti biasa. dia hero aidiladha [baca:tukang sembelih]. depan rumah kita juga ada org buat korban - ayah jimmy dan geng dia.

tapi, adiladha tahun ni berbeza sedikit suasana.kurang sedikit seronok. kerana dia yg selalu mengaturkan proses korban. tapi bila dia sudah tiada, kelam-kabut sedikit jadinya. lembu seperti merajuk. tak mahu berjalan ke tempat korban. maka tempat kejadian telah diubah mengikut keadaan lembu itu.

teringat aidiladha tahun sebelumnya, kita buat depan-sebelah rumah kitakan. tercapai hajat dia utk beraya di rumah kita seperti dia tahu dia tidak akan berkesempatan lagi. meriahnya suasana waktu itu. rindukan dia

oh ya, terlupa pula. aidiladha kali ini kami meraikan bersama anis, kawan sekolah nasibah. gantikan tempat abe ngoh. he-he.kerana keluarganya tidak membenarkan di pulang ke KAY EL..

kembali cerita aidiladha1430H, selepas jumaat kami balik rumah atuk&nenek. alhamdulillah cuaca sepanjang hari sgt baik namun sedikit hujan bila sampai di kem desa pahlawan. selepas itu cerah balik. sampai rumah atuk, tgk pak cik tgh uruskan daging korbannya. kami bersantap di umah atuk&nenek. dan malamnya pula sambil menonton nur kasih, kami bersantap di rumah tok abah pula. he-he.

di rumah atuk&nenek, sempatlah bertanya pada nenek cara-cara bersihkan perut lembu. takkan reti makan sahaja. mestilah kene tahu cara bersihnya.nnt lepas ni boleh buat sendirikan. rupanya nak basuh perut lembu proses amat susah dan letih.mula-mula kene rebus dulu perut lembu pastu baru kikis kotoran yg ada pada perut lembu. ringkas sahaja caranya tapi letih...

mungkin ini sahaja dapat anakanda,Lala-chan dapat kongsikan buat umi dan adinda,abdul rahman yg jauh di sana. buat adinda abdul rahman, bila baca yg kamu rindukan kami. tanpa sedar, air mata lala-chan juga megalir. adinda telah buat kakandamu ini menangis. aigoo..ini juga sebahagian dari berkorban jugakan?

harapnya, moga umi dan adinda juga gembira meraikan aidiladha diseberang sana.kunantikan kepulangan kalian.cewah.wassalam.

p/s: kalau mahu lihat gambarnya, lihat sahaja di facebook.

yang merindui kalian,
lala-chan.
kg kutan hilir,kelantan.

Thursday, November 26, 2009

berkorban apa saja


 salam eiduladha 1430H.

second eid without umi.

Sunday, November 22, 2009

day by day

hari khamis lepas punyalah excited nak bercerita tentang jamuan. tapi tak jadi. buat kerja supir. di hari-hari terakhir persekolahan.

good day : junaidi dapat natijah yang sangat memberansangkan. dia tersenyum dan menerima ucapan tahniah.

bad day: ada orang tu datang rumah semata-mata nak main ntenet, tak tau ke org nak keluar. ini bukan rumah kamu okeh!
--------------------------

hari jumaat, hari yang dinantikan. hajatnya mahu saja hantar ali dan muhammad ke kelas lukisan lukisan.tetapi terpaksa ditangguhkan.

good day: umi dan abe ngoh telah selamat berangkat ke negera tempat umi belajar dulu  selepas waktu jumaat untuk tempoh 3 minggu - meriahnya bila adik-beradik umi datang - aktiviti kami - masak-memasak menjamu selera untuk isi perut  sambil umi sibuk mengemas.

bad day: junaidi dimasukkan ke hospital kerana sakit dada. wad 4 - wad kanak-kanak yang sangat bahagia kerana kanak-kanak di situ tidak sihat tetapi masih boleh berlari -berkejaran di wad dan sempat buat aktiviti ziarah-menziarah wad juga. ha-ha. oh, junaidi berkenalan dengan danish, 1 tahun 6 bulan. comel!

--------------------------

hari sabtu hari selalunya hari untuk bersenang-senang di rumah tetapi tidak. kene hantar cik nasibah ke hospital berganti -tukar dengan xue jah. pastu hantar cik amad ke taklimat utk perkhemahannya. pastu balik rumah. pastu keluar balik. jalan pulak jammed!

good day: pergi kenduri kahwen kakak seorang kawan dan masa hntr cik piya utk tukar shif dgn cik nasibah, junaidi discharge. doktor bagi dia balik dan kene dtg balik hari khamis nnt. satu masalah settle...

bad day: mencalarkan innova ketika parking dengan tidak sengaja.oh, again. serta terlebih isi minyak kete innova juga. aigoo...
-----------------------------

itulah, kita sangkakan hari ini akan berjalan dengan sempurna tetapi dalam pada itu mesti ada berlaku sedikit kekurangan. tapi setelah kita melewati hari ini barulah kita sedar, sebenarnya perancangan itu  tetap berjalan dengan lancar dan baik sekali.

kerana ALLAH KNOWS more than we thought. :)



Wednesday, November 18, 2009

umberella

sebelum entri ini diteruskan, ingin dimaklumkan entri mungkin kedengaran ganas. kasar.
kerana teringin sgt mengata mengeji mengutuk  mesumpah org.

hari ni hujan sepanjang hari.

kusangka bawa kereta sampai ke destinasi,
rupanya minyak habis dipertengahan jalan.

pagi tadi keluar, kelisa beri amaran. amaran itu tidak dapat difahami dan ditafsirkan oleh tuannya.
lalu, petang tadi dalam perjalanan mengambil budak-budak dari sekolah.
tiba-tiba radio tidak kedengaran. wiper bergerak tersekat-sekat. tapi, enjin ok saja. minyak pon tinggal atas garisan.

kelisa beri amaran lagi. batteri ada masalah. tapi kereta masih boleh jalan-jalan. rupa-rupanya kelisa tidak sihat.
bila sampai di traffic light, kelisa dimatikan  enjin mahu ditest kalau-kalau kelisa mahu main-main dgn amaran itu.
tapi rupa-rupanya, kelisa mati  terus tak mahu hidup. terkandaslah kelisa di situ. terus, lampu kecemasan telah dinyalakan.

kawan-kawan kelisa bagai tidak memahami bahasanya [baca: lampu kecemasan berkelip-kelip.] asyik-asyik bagi hon sahaja. bila lalu tepi kelisa, kawan-kawan kelisa ada sengih ada tengok macam marah. kelisa buat tidak tahu.

kenapa nak marah. anda itu yg bodoh. kan kelisa dah bagi isyarat. kelisa tidak bersalah. akhirnya setelah 1 jam 30minit, dalam banyak-banyak kawan kelisa, satria  saja yang beri bantuan. tolak kelisa ke tepi sedikit. terima kasih anda amatlah gentleman berbanding dengan kawan-kawan kelisa yang lain - bukan mahu tolong tapi bagi hon walaupun isyarat telah dinyalakan. inilah kenyataan. pernah mengalami situasi begini? then, you know how the feels it is...


dalam tunggu hero penyelamat sampai, nampak pemangku sultan lalu. oh, sudah lama tidak lihat situasi itu. polis dan sirennya. waktu itu jugak mahu panggil ultraman tapi dia sibuk. mau panggil superman, tak boleh terbang hujan-hujan begini.

setelah kelisa dialihkan ke tepi sedikit, hero penyelamat akhirnya sampai. isyarat kecemasan jugak tidak dpt diselamatkan lagi. mati. kerana terlalu lama menanti. tiada energi sudah...



next service kelisa: 131,000km - nov 2009


akhirnya, kelisa berjaya diselamatkan. bertukar ganti pula dengan innova.

amik alih innova. perjalanan lancar walaupun jalan sesak. biasalah waktu orang balik kerja. hujan pulak tu.
namun, kali ini innova pula diduga. innova nampak situasi itu. ada sebiji kereta mahu masuk lorong di sebelah kanan. ada myvi berhenti di sebelah kiri. akibat perberhentian kedua-kedua kereta itu, laluan menjadi sempit maka kereta dpn kancil berhenti mengejut. diikuti kancil. innova nampak kemudian terus brek mengejut. damn!

nasib baik, innova tidak mencium bontot kancil. innova rasa mahu marah saja.kancil berhenti ditepi jalan blakang myvi. tgk-tgk kalo ada calar. nasib baik kancil suci lagi. begitu juga innova. tetapi tuan innova menangis kerana terkejut.tuan kancil nampak mahu marah. bukan salah saya encik kancil! bukan. kereta dpn kamu tu salah.kereta myvi tu pon salah.jadi,jgn salahkan saya.

nasib baik, masalah diselesaikan dgn aman.

pemandu innova bertukar ganti. kerana pemandu pertamanya mengalami kejutan. pemandu kedua kata, pemandu pertama lambat. bukan lambat. tapi brake innova yg lambat pickup ok. kereta auto mmg lembap berbanding dgn manual,ok.

kemudian, pemandu kedua innova meneruskan perjalanan. siap bagi hon pada mak cik myvi - tgh ckp telefon. menyusahkan orang!!!

begitulah perjalanan hari kelisa dan innova.

innova, kelisa. mintak maaf. kerana kamu telah mengalami hari yg teruk hari ini oleh pemandu yg sama. tapi hari ini dpt 2 pengajaran.

pertama: kalu nampak kereta bagi isyarat kecemasan, bermakna ia rosak atau apa-apa yg tidak normal. kalau tak paham, anda tidak layak utk mendpt lesen ok!


kedua: bawa kereta bkn bawa dgn tangan dan kaki saja. tapi dgn mata. sidemirror kiri kanan dpn-tgk-blakang ada. gunakan sbaiknya. bawa kereta silalah consider sikit kalau mahu berhenti. bawa kereta bukan menyusahkan orang tapi memudahkan. silalah bertimbang rasa. jalan tu bkn kamu saja yg punya ok!

walaupun begitu, esok kene pandu kereta jugak. rasa trauma ke apa ke, tetap kene teruskan jugak.cuma,lenkali....


KENE LEBIH BERHATI-HATI.




sepatutnya entri hari ini pasal jamuan, tapi mood swing. maka tajuk ini yang keluar.


Tuesday, November 17, 2009

lunchdate.

hari ni balik kg bukit lagi. ada urusan.
selalunya masuk kot pintu belakang tapi ada kesesakan sikit.
pegi masuk pintu depan.

bila masuk, ada quran dgn rehal tersusun. tapi budak-budaknya tak ada.
maka, mengertilah bahawa waktu mengaji.
tapi nenek masih di dapur.
baru balik menoreh katanya.
dia rehat kejap kemudian mahu mandi dan solat.

ok. bila tgk situasi dpn pintu umah nenek tu.
teringat masa kecik-kecik dulu. time cuti skolah rasanya. waktu tu saya masih belum sekolah.
balik umah nenek.saya x sempat blaja mengaji dgn nenek sbb masa tu kecil lagi.
cuma kakak saya saja sempat blaja dgn nenek.
saya cuma suka usik usik budak dtg mengaji dgn nenek. x kira laki perempuan.


[photo remove]
tapi yg masih segar dlm ingtn,
masa tu nenek pegang rotan. biasalah guru mengaji.
pastu ada sorg budak ni, jiran nenek, sebaya ngan kakak saya. lebih kurg la.
agak nakal.sbb suka kacau saya. kecik-kecik dulu mmg slalu kene buli.
tapi bila dia dtg mengaji selalu kene pukul dgn nenek sbb salah baca.
pastu saya gelak dpn dia walaupun agak takut dgn rotan nenek itu.

tu, masa kecik-kecik dulu.
tapi tak sangka sampai sekarang nenek masih mengajar budak mengaji.
sbb slalunya balik umah nenek time bukan budak mengaji jadi x tahu la..

jadi, hari ni dpt tazkirah pada diri sendiri,  

jgn lupa baca quran hari-hari...




i'm desperate housewife.

[photo remove]

tak pernah-pernah pon menonton cerita ini.begitu juga gossip girl. bukan jenis cerita saya suka.

tapi rasanya, right now i feel that i'm desperate housewife.

fakta sebenar: i'm still single and available.

situasinya begitulah.

paham ke? fikirlah sendiri. otak kosong. tangan keras nk menaip.







this songs has the answer.

Monday, November 16, 2009

stress out!



sebenarnya,saya tak tahu kalau ketika itu saya sedang stress. i'm not realized it.
bila mana tiba-tiba air mata keluar itu bermakna saya benar-benar dalam keadaan stress yang sangat teruk.
ini sangat-sangat berbahaya.

bak kata roomate dulu, kak yana. bila stress kita akan jadi sentisif.
bagaimana menanganinya? saya tak pasti. itu adalah cara anda sendiri untuk mengatasinya.

tapi sekarang ini, bukan itu maksudnya.


[photo remove]


tak tahu apa yang ada dalam fikiran. perasaan jadi tak tentu. sedang berharap keajaiban akan berlaku. sangat-sangat.
dan sekarang, perasaan mahu menari sahaja dengan SS501!!!!

ok.kene bersiap.off.







Sunday, November 15, 2009

tenggelam dalam dunia ini



hari ini baru mula nak sibukkan diri buat kerja ini.
tarikh tutup 8 disember 2009.
sempatkah?
tak ada jawapan. habisla...

jangan tanya apakah.
sebab tak nak bagitau.
nanti buat hati rasa lagi cuak.

tahu tak?

minggu ni, minggu akhir sesi persekolahan 2009.
 minggu bermulanya SPM...

umi dan abe ngoh akan terbang jumaat ni.

minggu ni juga baru nak pergi masuk dunia yang penuh imaginasi.

minggu ni la baru nak sibuk buat tu buat ni.
aduhai...
tapi ada orang tu, dia habis exam minggu ni.


barulah rasa betapa tak cukup 24jam nak buat semua bendakan? 

ini saja buat hari ahad.



Saturday, November 14, 2009

it's his day.

bgn pagi dgn penuh semangat!

 
 dia sudah bersiap!
sbb dia mau pegi ke..






 
 ini persembahan pertama dia. tak pasti yg mana satu dia sbb cik khaulah belum sampai lagi waktu ni.




 ibu-ibu. bapak-bapak yg hadir.




 ini persembahan dia seterusnya. sudah beberapa hari dia berlatih. inilah hasilnya.
dia berada dihujung kiri sekali sebelah budak lelaki tidak bersampin.




 sambil menanti persembahan seterusnya.dia yg tersenyum riang melambai tgn.




 artis jemputan!




heh,budak kecik ni main aksi kejar-mengejar sambil menanti majlis ni habis. pujuk dgn choclate hadiah smalam. coklate love-pink dimakan semua tanpa sempat cik khaulah rasa! *gerammm*. coklate bunga biru dibahagi-bahagi tu pon hampir saja buat si budak kecik ini mahu merajuk-meraung. haish!


 

dia menunggu giliran. menunggu namanya dipanggil.



 
ho yeah! balik-balik dpt hadiah belon!!
sikit pon tamau kongsi. budak ni la..





sijil dan gambarnya. bersama-sama  dengan tanda tangan umi.heh!
berakhirlah harinya ini.dan selepas ini dia akan melangkah ke alam sekolah rendah!




 Muhammad & Ali
hari-hari berperang-bergaduh-bertumbuk-bertinju-berlawan dgn mereka.
juga TEMAN SETIA disisi CIK KHAULAH selamanya.



Friday, November 13, 2009

i want go home

hari ni pusing klantan.

dari PCB - balik rumah - binjai - pulai chondong - tanah merah - balik rumah.

PCB


hadiahkan kepada diri sendiri kerana memaksa diri utk perkara baik. ho,yeah!


pulai chondong - umah atuk.


sepupu cik khaulah - wajdi : ditinggalkan ibu dan ayahnya.dijaga oleh xue jah.


suaranya comel.ha-ha.




tanah merah - umah pak long.



ini rumah yg dibinanya sendiri. katanya saja suka-suka. buat rumah untuk suka-suka. hebatlah!

jumaat lpas, rumahnya banjir sampai paras dada. dan anaknya - sepupu cik khaulah, balik dr pinang semata-mata nak main air banjir.

keluarga ini memang la!


perjalanan balik...


tahu tak apa nama tempat ini?

ini adalah pusat pemulihan akhlak yg baru dibukak.

serius, tgk dari luar mmg cantik.



ah-ha. makhluk ini tak pernah ada di kg atuk. inilah pertama kali dilihat. ho-ho.



ini bukit kg bukit. kalau lalu pulai chondong, mmg inilah yg kelihatan. ingat lagi masa kecik-kecik dulu,bukit ni gondol sikit,sekarang makin melebar. haiyoh!


balik!


tau tak apakah bangunan itu?

tempat sarang burung layang. ho-ho.



this is not me.




akhirnya, dia ketiduran kerana keletihan. *sweat*



 
at the end of the day!

iklan: ayah called and i need to go Kay EL again!


Thursday, November 12, 2009

empty

lihatlah. entry yg terdahulu blog ini sudah terhapus. entri-entri  terdahulu sudah berada dalam simpanan arkib rahsia yg cik khaulah sahaja boleh baca.

mengaku.tak boleh hidup tanpa menulis. kerana ia seperti sebuah terapi untuk saya.

akhirnya,cik khaulah sudah menjumpai tujuan dia berblog.

makanya, ini adalah re-blog buat pertama kalinya.

bankit,yuk!