Thursday, December 31, 2009

wake me up when september end

niat penambahan entri ini adalah untuk entri terakhir 2009 bukan pengucapan selamat tahun baru 2010.
dalam tv, najib sedang memberi ucapan tahun baru 2010.
entri terakhir ini sepatutnya entri yg menarik. tetapi gambar x sempat diedit.


jadi, tujuan entri ini adalah untuk sebab-sebab kenapa tidak update blog ini selalu.

senarai-senarai sebab yang telah dikenal pasti adalah:
  1. idea kreatifnya tidak juga datang. datang sekejap saja kemudian terus lari. penat nak kejar.
  2.    blog yg difollownya telah update dengan entri-entri yang bukan-bukan.mengarut pon ada. terus hilang mood.
  3.  tahu ada orang yang baca blog ini. stalker?
  4.  mendapati suasana blogging tidak lagi seperti dulu. cuba buat atmosfera yang baru.
  5. mungkin kerana terlebih aktif di facebook juga boleh jadi salah satu sebabnya bukan?? *tipu*
ini sajalah yang dapat disenaraikan.okeyh. jumpa tahun depan pula.wassalam.

Tuesday, December 22, 2009

let it be.


entri pendek

SALAM MAAL HIJRAH 1431H.
harap-harap ia masih belum terlambat.
tahun baru ni. jom kita azam baru. cewah

JOM JADI LEBIH HEBAT! ^_^
bersiap mental dan fizikal untuk mengharungi hari-hari mencabar ini.

.

Saturday, December 12, 2009

crush

she said: congrat.

other she said: congrat. i'm happy for you

another she said: congrat. this is what you dream.

me.yes.i want.this is what i want.but i'm scared.It came without notice tanpa disangka-sangka.the feeling - tawar hambar tapi suka + syukur. lets prepare for mental and physical.


ayah.prepare what you should do. jgn jadi mcm hari tu.

walaupun nampak macam lambat lagi. tapi bila-bila kira-kira balik.masa akan cepat berlalu. cepat fikir. cepat bertindak.nk tunggu apa lagi.

other she said : May ALLAH bless you.lets sujud syukur first. then you decide it.

Tuesday, December 08, 2009

friend till the end



once you be friend with me
you are my friend forever
friend till the end
nothing more
nothing less

once you forgot promise that we made
i'll forgive you
once you break the promise
i'll forgive and never forget
i'll keep it in my heart because you already hurt this heart
but after that
you just a FRIEND
not more than that

kalau kamu kawan.kamu kawan selamanya.tidak lebih tidak kurang.
kamu tahu hati ini.kamu kenal diri ini.tapi kenapa sakitkan hati begitu.
tidak suka. tolonglah jangan salahfaham atas layanan begitu.
kerana seorang kawan itu sgt bernilai utk diri ini.tidak terbalas jasanya dan budi.hutang juga.


Monday, December 07, 2009

4th anniversary

baca blog yg difollow mereka sibuk dgn kisah KBmall. itu kisah semalam. sudah menjadi sejarah. let it be...

yersterday, momo's plurk 1st anniversary. 
kemudian barulah teringat tepuk dahi, blog daichiviolet  dulu ada petname -karipap sudah mencapai 4thn pada 5 disember yang lalu.

mengingati sejarah blog daichiviolet, kalau tidak silap, saya mengetahui  wujudnya  blog adalah pada tahun 2003. ia hanyalah kerana mahu baca novel online dan ia masih begitu. blog pertama yang saya kenal adalah blog rnysa. novel yg dibaca ketika itu sudah pun diterbitkan pada 2007 (if i'm not mistaken) - Relevenkah aku dihatimu. pada tahun itu, tak  ramai yang tahu pasal blog.

kemudian, saya jadi mahu menyertai blog. blog pertama adalah blog friendster.namun setelah aktif diblogspot maka blog friendster ditutup. kalau terlalu banyak blog nnt tidak tahu apa yang mahu diisikan. lebih baik kekal pada satu sahaja.

adik-beradik saya masing-masing ada blog sendiri. hari tu berbual dengan momo, "kita buat blog bukan kerana kita terikut dengan orang tapi kenyataannya kita suka menulis. tak semestinya mahu menulis tentang kehidupan kita tapi menulis untuk kita kongsi sesuatu."

dalam tempoh 4thn ni  da banyak kali jadi hopeless utk berblog tapi hakikatnya saya tidak boleh hidup tanpa blog menulislah. mungkin ia adalah terapi untuk saya.

malah, berblog tak harap untuk satu malaysia tahu blog saya. tak ingin jadi otai blog. bahkan saya lebih suka tak ramai yang baca blog ini. kerana daichiviolet ini biasa-biasa saja. tiada yang menarik.menarik buat penulisnya sahaja yang semakin dewasa. ha-ha

harapan.... saya akan terus menulis untuk blog ini. senyum





Sunday, December 06, 2009

show me the money



kalau anda perlukan RM 10,000 dalam tempoh 2 bulan,
what will you do to get it?
pilihan ada ditangan anda... fikirkan
untuk dapat dalam satu hari anda boleh CURI saja - ROMPAK, RAGUT...
tapi itu bukan pilihan baik.
buat kerja dengan kadar bayaran RM 10,0000
huh!
ada ke? fikirlah sendiri..
tapi kalau berusaha dengan penat lelah itulah yang sangat bermakna...
rezeki itu telah ditetapkan sebelum kita lahir lagi...
 ia  boleh datang tanpa disangka-sangka..
he knows...



kalau Ding Xiaohan boleh buat 5 pekerjaan dalam satu, kenapa tidak saya...
kalau seorang Pak cik kerjanya mengutip kotak boleh pakai vios kenapa tidak saya..
kerana satu keinginan yang kuat kita boleh lakukannya jgak kan!

tapi,

bila dah dapat duit banyak itu...
apa akan anda lakukan...???

Saturday, December 05, 2009

if i let you go.

tajuk entri sentiasa tidak seiring dgn isinya. abaikan.

9.30 malam, rabu.
destinasi: KAY EL.

--------------------

6.20pagi: Khamis.hentian putra.hujan.
6.50 pagi:  menuju ke KEPONG SENTRAL. elok saja selesai beli tiket, train sampai. nasib baik.
7.++pagi: destinasi seterusnya ke umah sewa.jumpa zati dan kak huda.
8.30pagi: menuju ke kolej bersama zati. nak amik result. energi: kuey teow + nasi goreng cina + sedikit  air kosong sejuk. *hujanlah!*


zati ada last paper. dan saya, satu pagi yg telah di bazirkan di finance. phone battery low. petang baru urusan boleh siap. terpaksa cancel appointment dengan ramzan. sangat-sangat bersalah pada dia. minta maaf.  jumpa skjap miss mir tapi lupa nk amik gambar model traditional house yg sgt tidak cantik pernah dibuat. punya la semangat bawa kamera!

lepas lunch baru urusan selesai. tapi sangat bengang - dgn budak nursing boleh pula layan-senyum-mesra. pilih kasih.

selesai.bekejar ke tempat ayah pula.mtak pak cik prebet hntrkan tapi sgt menyakitkan hati.20minit telah dibazirkan. amik keputusan jalan kaki.nasib baik. elok je sampai, train dtg.berebut dgn org balik kerja. aigoo... kali terakhir singgah umah sewa - tuan rumah sudah jual. tak tahu lah berjumpa lagi ke tidak dgn zati dengan kak huda.


 nak amik gamba lain. gamba ni pula ditangkap.

malam, baru tambah energi - nasi goreng kampung + milo ais. penat terus tido.

---------------------

jumaat, pagi.hujan.pukul 7++. selesaikan urusan kedua. berebut dengan orang nak pegi keje plak.adesh!budget siap dulu dari ayah. heh!

energi: roti twist + air mineral + 100plus. perut meragam. conan edisi 65 sudah keluar! ha-ha.

sampai destinasi. subang jaya. urusan kedua ditangguhkan. 9.30pagi baru dapat diselesaikan. ingatkan mudah. tapi kene berkejar sana sini -binding.withdraw duit. hampir saja kene marah. nasib baik mereka tolong. patutnya bila ada kesulitan begini rasa mahu nangis saja tapi boleh pula tenang dan pasang telinga apa yg patut buat. phone buat hal -orang call tak dengar.kene call balik.kredit yg banyak sebelumnya laju saja mengalir berkurangan.huh.

masa masih berjalan. pukul 12.30 urusan selesai. ayah dah gerak. waktu jumaat hampir tiba. cari teksi. sambil berjalan kaki. sekali lagi. beg makin berat pula patutnya makin ringan. dapat teksi. pak cik teksi kata stesen subang jaya dkat saja. ye aku tau. tapi sudah penat. nasib baik dia mahu tolong. sampai stesen. nasib baik lagi. elok je nak rentas jejantas train sampai. ayah dah tunggu. sampai-sampai cari bus. nasib baik, duduk sekejap dalam bus. bus terus gerak. penat tapi tak terasa mahu lelap.kaki dah sakit.belakang dah keras tak boleh nk bongkok-bongkok dah.

sampai-sampai,bagitahu ayah lapar. dapat nasi lemak. nyum!

terkilan. di subang jaya ada subway. igt nk beli dkat situ saja. tapi kejar masa. kemudian, budget nk beli di KL Sentral tapi masih tak sempat. tak tahu la tu bila dapat makan SUBWAY!!!!

elok je sampai kelantan. ramainya umat. tepuk dahi. lupa. kapal pertama orang balik haji sampai pagi tadi di KLIA.

poof. satu pagi jumaat kelelahan ke sana sini. petang jumaat dah sampai kelantan. tarik nafas. penat!

--------------------

imbau balik kenangan umi dan ayah gi haji. ingat-ingat. ayah umi sampai. angkut barang. masuk kete. terus balik. aksi peluk-cium tangguh sampai rumah.heh. senang. tak yah buat drama depan orang ramai.


pemandangan malam menara kuala lumpur ini sangat cantik.