Tuesday, August 31, 2010

klinik al-quran

bulan ramadhan.18 ramadhan.

mak cik-mak cik buat klinik al-Quran sempena ramadhan. bagi nak improve pembacaan al-Quran.


hukum belajar (tajweed)  al-Quran : fardhu kifayah but..


Hukum baca al-Quran dengan bertajweed: Fardhu Ain.

mak cik-ustazah refresh balik pasal makhraj.agak-agak blurr. yang ni basic. sebab nk sebut betul-betul huruf al-Quran. aliff.ba.ta.

makhraj ada 5 tempat:

a. hidung
b. lidah (yang ni ada 10 cabang lagi)
c. bibir
d. halkum
e. rongga

teringat balikk, stat belajar tajweed masa darjah 3.masa tu ingat-ingat lupa.markah ujian lulus saja.
naik  darjah 4 belajar dengan ustaz azmi. yang ni lagi parah. kene btul-btul ingat hukum tajwid. salah kene buat pembetulan 5 kali. buku latihan habis buat pembetulan saja. tapi alhamdulillah, melekat jugak la sedikit hukum-hukum tu. mad lazim.mad jaiz munfasil.mad wajib muttasil.

balik pada klinik al-Quran, mak cik -ustazah ajar pasal hukum mad. mad ada dua. mad asli dan mad far'ie. mad far'ie ada banyak cabang.

mad far'ie:
a. mad wajib muttasil
b. mad jaiz munfasil.
c. mad arid lissukun
d. mad iwadh
f. mad badal
g. mad lazim kalimi mutahaqqal.
h. mad lazim kalimi mukhaffaf
i. mad lazim harfi muthaqqal
j. mad lazim harfi mukhaffaf
i. mad lin
k.mad farqi
l. mad tamkin
m. mad silah tawilah
n. mad silah qoshirah.

sebelum habis, mak cik sham bagi tips bagi mereka atau  anak-anak  yang baru belajar al-Quran tapi tak ingat nama hukum.walaupun tak ingat nama hukum sekurang-kurang tau nak baca macam mana.

kebanyakan tips ni untuk Quran rasm uthmani...

tips satu.
kalau jumpa nun mati tapi  tak da baris atau  tanda sukun, mesti dengung kecuali lam dan ra.

tips dua.
kalau jumpa dhammah 69, bacaan tak payah dengung.

tip tiga.
kalau jumpa mim mati tapi tak da baris atau tanda sukun, mesti dengung.

ini saja tips yang boleh dikongsi.

masa mukhayyam tarbawi julai.dalam hujan,jawab soalan pasal tajweed dengan bersungguh-sunguh walaupun basah.hu-hu.

jom, tadarus Quran sama-sama.

Monday, August 30, 2010

dua ramadhan

dua ramadhan di sini.dua ramadhan yang berbeza.


analogi: dua ramadhan yang berbeza.


semester bermula seminggu sebelum ramadhan.
tiada aktiviti yang menyemarakkan ramadhan.terasa lesu menanti ramadhan.
tapi kerana rindunya pada ramadhan.berusaha untuk menyemarakkan ramadhan.
geng plurk memang best.bersama-sama menanti ramadhan. *joget pisang*
sama-sama kongsi info pasal ramadhan.
text pada yang berkenaan pasal ramadhan.
sebab di sini lesu.langsung tiada persiapan ramadhan.
terasa rindu pada zaman sekolah.
mesti ada ceramah pasal ramadhan.
pasal persiapan puasa. walaupun berulang-kali tapi satu peringatan.
refreshing.puasa setahun sekali.

satu hari sebelum ramadhan, beria-ia mengingatkan mereka.
"jangan lupa, esok puasa." ramadhan dah sampai.gembira.

malam satu ramadhan,peristiwa yang ...
tetapi terasa seperti hari raya.masjid penuh.
mereka meraikan ramadhan.
berterawih.jemaah.
yiba, text satu famili pegi terawih.
but her sister here terawih sorang-sorang dalam bilik.

suasana ramadhan di sini sangat suram.
foodcourt masih berjalan-niaga seperti biasa.
sebab ramai di sini golongan yang tidak puasa.
jadi, awal-awal lagi duduk jauh-jauh dari foodcourt.
tapi ramai yang tidak tahu, its ramadhan.its fasting month.
dalam letih-letih agak terkilan sedikit.
kalau nak makan, boleh tak jangan tunjuk makanan tu depan saya?
tak apa.mereka tidak tahu. *bersangka baik*

suasana ramadhan di sini sangat menyedihkan.
mereka muslim.tapi tak puasa.
bagi perempuan, bersangka baik. ada sebabnya tersendiri.
walaupun tak puasa, seharusnya tidak makan depan orang.
bagi lelaki pula, entah.tidak tahu  perlu bersangka baik atau tidak.
gastrik bukan satu alasan. tapi kenapa mesti tunjuk bahawa anda tidak puasa.
selamba saja minum air di tempat terbuka.
tengok keadaan begini di sini rasa sedih saja.

time terawih pon tak nampak mereka yang muslim pergi surau.
ada, less.boleh kira dengan jari. surau depan kolej je.jalan kaki 5 minit sampai.
tapi masih tidak tahu ada surau depan tu.
yang lagi terkilan, teman sekelas. kantoi.tidak pergi  terawih.
time terawih tu la nak call tanya pasal assignmen.
tapi bersangka baik. mungkin dia buat nanti tengah malam.
tapi pesan juga, terawih jumpa time ramadhan je. jangan la abaikan.rugi.
mana tahu ini ramadhan terakhir kita?

bila nak pegi terawih, sume pandang.sebab pakai telekung.putih.
mungkin nampak macam hantu.barangkali.
tapi redah je.ada je yang gelak sakan.entah la.biarkan saja.
part yang paling sedih, satu malam balik dari terawih. kene tahan dengan pak guard.
sebab pakai telekung. tak ada gaya macam budak kolej. then, lepas tunjuk student id baru lepas.
wu-wu.

sebab di sini, tak ramai sangat melayu. ajak mereka berbuka puasa bersama.
tapi agak mengecewakan.mereka menolak.
alasannya,sibuk.kelas habis pukul 6.tak sempat.banyak kerja.
terkilan sungguh.langsung tak meraikan ramadhan.
iftar ramai-ramai sangat bermakna.lagi-lagi bila berada di dalam golongan yang sedikit.
lagi-lagi bila tak da selera nak makan.hu-hu.

bab pakaian plak, dah tahu bulan puasa. patutnya jaga aurat.
tapi masih pakai ikut fashion.nak pakai short.
bila tegur terasa pulak terkecil hati pulak.adeii.sedih.

ada baca artikel hassan al-banna pasal ramadhan.
dalam artikel tu.
para sahabat buat periapan 6 bulan sebelum ramadhan.
sungguh mereka menanti ramadhan.
sungguh mereka rindu ramadhan.
tapi di sini tiada beza ramadhan dan bulan biasa.
masa awal puasa pon dah hitung berapa hari nak raya.


tapi alhamdulillah.rasa syukur.
sepanjang ramadhan,dia dah makin berubah.
rajin solat.
muga dia terus istiqamah.
muga ramadhan kali ini, sebagai titik permulaan dia berubah.
keep pray untuk dia. *saya suka awak  tengok berubah,sungguh*
amiin.

malam 21 ramadhan.
ada 10 hari lagi tinggal.
10 hari lagi tinggal nak buat ibadah banyak.
qiyamullail.iktikaf masjid.
kejar lailatul qadar.
lepas ni, belum tentu berkesempatan bertemu ramadhan lagi atau tidak.
*jeles dengan yummy-chan n momo, berkampung dekat masjid,nak join jugak*

sungguh, ramadhan kali ni bagi deep meaning.
tak terasa nak sambut raya pon.
nak balik puasa dengan famili.
yiba, momo,yummy-chan, piya,sungguh.nak balik.



tak ingin lepaskan ramadhan kali ini begitu saja

Friday, August 27, 2010

nuzul quran

17 ramadhan.nuzul quran.

birthday ali akmal.17 ramadhan.november 2003.special entry untuk ali akmal.


ali akmal a.k.a ali watanabe bak kata ayah chik.
ali akmal dah tujuh tahun.dah naik darjah satu.dah kene ajar solat.tapi dia liat nak solat.selalu je kene paksa.kadang-kadang dia tipu kata dah solat.lagi-lagi time asar.waktu dia and the gang main bola.

ada satu kali, sebab nak suruh dia solat. bagitau dia tentang syurga & neraka.orang tak solat masuk neraka. terus berubah airmuka dia.sebab ali akmal belajar feqah di sekolah.belajar aqidah di sekolah.dia tahu syurga & neraka. sebut neraka terus dia takut.takut kene azab.

bagitau dia lagi, kalau tak solat nanti dalam kubur gelap.dah la dalam kubur duk sorang-sorang. berani ke tinggal dalam kubur gelap. lagi berubah airmuka dia.

tambah lagi, kalau tak solat nanti sian umi dan ayah kene seksa juga sebab ali tak solat. muka ali akmal dah macam nak nanges. pastu ayat dia lagi, kalau ali tak solat sapa nak doakan ayah dan umi.ali nak umi dan ayah masuk syurga kan? dia angguk. terus dengan semangat dia kata dia akan solat.

tapi nak suruh dia istiqamah. consistent dengan solat bukan mudah. tapi dari sekarang kene ajar dia solat. solat 5 waktu.

ali akmal and the brothers.
pastu, time nak suruh solat pon bergaduh lagi pasal wudhu'. pasal perkara yang membatalkan wudhu'. kenelah explain balik pada dia.katanya muallimah tak ajar macam ni,muallimah ajar lain.padahal sama je tapi mungkin dia faham lain.adeiii. ali.ali.

masuk bab mengaji quran.suka dengar ali baca quran.best.sungguh-sungguh dia baca.nak lawan junaid. junaid dah surah besar. dia masih muqaddam.ok la. lepas ajar dia mengaji Quran. explain tentang surah yang dia baca. cerita yang simple tapi dia paham.dia pon interested.

paling adorable.bila time makan.kalau ali akmal makan sangat sopan.tengok dia makan mesti rasa jatuh chenta.berkali-kali.comel.

sebelum puasa, hari tu buat perjanjian dengan ali akmal. puasa penuh dapat hadiah.yes.hadiah.sempena hari jadi dia juga.nuzul quran. tapi dapat report first puasa dah k.O. failed. adeii..

last sekali, hari tu ali akmal ada bagi teka-teki.

lampu apa lampu lip-lap.
jawapannya: lampu kelip-kelip la *tepuk dahi.ali~*


ali akmal
ali akmal 01
ali akmal 02

soalan yang buat hati sudah melayang ke rumah, ali akmal tanya lala balik kan raya nanti? *nak balik*

Wednesday, August 25, 2010

back to basic.


orang kata time will heals the pain. tapi sebenarnya tak. tidak untuk kali ini.

time tengah sakit tu, godek text lama-lama. n found this: 

"Ya ALLAH, ku mohon kepadamu. Sentiasalah berkati wanita ini dalam apa jua yang dia lakukan. Janganlah pernah meninggalkan dia keseorangan kerana dia amat memerlukan cinta kasihmu. Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan. Aku mohon semua ini kerana aku menyayangi wanita ini. Semuga doamu sampai kepadaNYA."

ayat memujuk.ayat bagi kuatkan hati.piya send to me.ingat lagi.thanx piya.tolong doa banyak-banyak for me. 

hmm.teringat a goodfrens yang tak pernah bersua muka yang selalu text mcm ni:

"tolong doakan aku." 

dah lama tak dapat text mcm ni.adakah dia sudah lupa doakan sahabatnya ini? hu-hu.

kemudian, sebab nak hilangkan sakit,  banyak tadarus dan tadabbur Quran.Ramadhan, digalakkan banyak membaca al-quran.sekarang dah ada satu habit, bila masuk surah baru mesti check nama surah.ayat makiyyah or madaniyyah. kalau makiyyah makna ayat tu turun di mekah.zaman teguhkan iman.kuatkan iman.zaman sulit.zaman kene boikot oleh penduduk Quraisy. pastu mesti terjumpa inspirational ayat.

recite surah hud.yusuf.ibrahim.ar'rad. semuanya ayat makiyyah.

sambil menghayati sirah para nabi. nabi lut.nabi nuh.nabi musa. nabi yunus.nabi ibrahim.
sungguh.kebanyakan ayat-ayat surah ni macam memujuk.supaya sabar n bagi mereka kafir tertutup hatinya.tertutup matanya.tertutup telinga.mereka tidak akan menerimanya.malah mendustakan para nabi. tapi balasan ALLAH tidak menunggu mereka.

like this ayat.  

"22.Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.
23.Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.
24.(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu." (ar-rad) 

jom,masuk syurga!

sambil hilangkan rasa sakit, dengar balik faveret songs. kembali kepada perkara yang suka buat.sungguh.hati terpujuk.

satu tekad by unic.
Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
*momo, thanx sebab ketuk kepala*

He is there by sami yusuf: 
In every tear
That is where
He is there
*people not always there for me*

kehidupan by inteam and nazrey:
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
*ujian is tarbiyah.tarbiyah hati*

back  to basic.novel.kalau free. sekarang tak tapi sebab  mencari semangat. godek-godek balik :

along& joana. *5t5b.along ajar ana membesar*
Ked& nawal. *khalid faizal aka ked flop.romeo kelas satu*
AO & Minn. *versus.change for good.huh*
Azril& Diya. *azril mustaufi.tolong ajar bagaimana nak terus kuat habiskan course ni.click.pings.pain*

australia change Ashraff Omar into somebody else.me?


Saturday, August 21, 2010

sakit.sendirian.satu.

sakit.berdarah.buat kali kedua.
kalau barah kena kali kedua da tak da peluang untuk hidup.tunggu mati.
itulah sakit berdarah untuk kali kedua.
tiada peluang untuk hidup.mati.

tak mungkin akan jadi kuat dalam satu masa yang singkat.
kalau patah kaki, ambil masa 2 bulan untuk sembuh.paling kurang.
sakit berdarah kali kedua bukan senang dan cepat untuk sembuh.

sakit berdarah kali kedua macam sakit gigi.
sakit gigi tapi satu badan terasa lemah.lumpuh.ngilu.berdenyut.
bukan mudah untuk bangkit.

kalau pun nak memujuk untuk hilangkan rasa sakit ini:
focus pada yang kamu ingin lakukan.tengok cahaya sebelah sana.
tapi sakit ini masih lagi membiuskan diri.kita hanya mampu fokus.nampak cahaya.
tetapi tidak dapat bergerak untuk menggapainya.tidak mampu untuk ke arah cahaya itu.
sakit ini melemahkan.

kita hanya mampu berdoa. mohonlah pertolonganNYA dengan SABAR dan SOLAT.
itu sahaja caranya.untuk ketika ini.kerana ingin sembuh.


 from kak noi: 
Bak kata Diya, memang Allah ciptakan kita dengan rasa sedih dan kelemahan supaya kita kembali kepada-Nya..& you don't know how strong you are until being strong is the only choice you have

taken from kakyusblog:
kdg² Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita.Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita brsemangat.Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat...Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri..Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya...hayati la pemberian dr ALLAH SWT"


nak lumba lari ke?tengok sapa menang.

Tuesday, August 17, 2010

plese be tough


pesanan dia rasa sangat haru..

InsyaAllah it will be ok. try your best. Architecture is tough and it is tougher than medical. You have to work hard and steady. 
17-aug-2010|12:21 am

please be strong.keep pray.jaga hubungan dengan ALLAH.

Monday, August 16, 2010

sakit.pain



satu term.kemudian dijadikan satu formula.

click.pings.pain = healing.

langitnya  INDAH. 
 

luka parut lama ditoreh berdarah kembali.

Sunday, August 15, 2010

antara terawih

terawih malam ke-4.ada tazkirah antara 4 rakaat.satu tazkirah yang sangat best.

bulan ramadhan bulan ibadah.bulan ramadhan bulan kita buat amal-amal sebanyaknya.
kadang-kadang kita tidak sedar.Allah bagi waktu sahur untuk kita bangun malam sebelumnya.untuk kita qiyamullail.untuk kita tahajud.solat sunat hajat.dan barulah bersahur.bahkan digalakkan melewatkan sahur.

kemudian,dalam bulan puasa,pergi sekolah awal.pegi keje awal.sebab bangun sahur terus siap ke sekolah.bagi mereka bekerja masuk awal masih sempat untuk tunaikan sunat dhuha.tapi kita lupa.

waktu lunch,waktu ni tak ada makanan.isilah masa dengan tadarus quran.sambil tunggu masuk zohor.tapi kita ambil waktu ni untuk tidur.

petang pula,sekarang dah maju.bazar ramadhan berlambak.kalau malas nak masak,cari di bazar ramadhan.senang.dan masih banyak waktu untuk tunggu waktu berbuka.luangkan masa berzikir dan tadarus quran lagi.dan antara waktu mustajab adalah waktu antara berbuka puasa.mintalah sebanyaknya.

dan bila bukak puasa, kita kekenyangan sampai tidak tertunai untuk lakukan solat sunat awwabin.dan penat sampai tak tertunai terawih.

baru tersedar, sebenarnya dalam bulan ramadhan terasa sangat banyak waktu.tapi kita tidak gunakan sebaiknya.waktu inilah peluang untuk kita tambah amalan kita.

muga ini beri peringatan pada diri sendiri...


bulan puasa ni la nafsu tido lagi kuatkan?

Friday, August 13, 2010

3rd ramadhan

alhamdulillah.officially move to a new place where everyone excited about this place.they said its was nice and beautiful.me? no comment.

ini barang yang diangkut.terima kasih *im dead*


this is the new place.katil.wardrobe.meja studi.ikea thingy.

Wednesday, August 11, 2010

ramdhan dan sabar

tempat ini tiada meriah semarak ramadhan.

maka,kerana iman dan islam.cuba mencari semangat ramadhan.

malam satu ramadhan.satu ingatan yang tidak mahu diingat.syaitan tiada tapi manusia pula ingin menjadi seperti makhluk dilaknat Allah.malam satu ramadhan malam yang diuji.muga airmata ini menghapus dosa-dosa yang lepas.

kerana ingat dengan tazkirah pasal ramadhan,i would not so strong like this.
mak cik bagi nasihat.hati perlu diberi makanan.carilah makanan roh.dengar ceramah di masjid.
jaga pendengaran.dengar ayat-ayat al-quran.baca buku yang boleh menambah iman.like sirah,fiqah and hadith. baca article from website. *suka dengar orang tanya pasal agama setiap hari khamis pukul 6 di kelantan.fm*

orang tak selalunya boleh menjaga kita.kita sendiri yang kena jaga diri.jaga hati.jaga iman.
kalau diri tak leh jaga hati, jaga iman.kitalah yang merosakkan diri sendiri.sama seperti bertindak zalim pada diri sendiri. yalah,sengaja bagi hati lapar.perut penuh tak apa pula?

mak cik ustazah juga ada pesan sama seperti mak cik ustazah juga mencari makanan untuk roh dari ustaz-ustaz.pesannya, kadang-kadang kita nampak perkara itu remeh tapi it give big impact.macam doa bangun tidur.its simple thing that can practise. doa bangun tidor adalah tanda kita syukur.masih bernyawa.masih dapat teruskan hidup.masih dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNYA and khalifah. kalau susah nak bangun atau liat nak bangun means dah sedar tapi still not wake up lagi,so keep read this doa sampai betul-betul bangun.mata dah betul-betul terbuka..mana tahu masa tengah nk paksa diri bangun ALLAH ambil nyawa macam tu saja.

sama juga macam doa lepas amik wudhu.faham ke apa maksud doa lepas amik wudhu?
ada kalimah syahadah and doa mohon taubat.
jadi lepas ni boleh amalkan la.



satu. teringat pula, masa form 2 ustaz rashid selalu tanya rukun solat ada berapa? *cepat jawab*
dua.sabar is mybestfren di kiri dan ramadhan tetamu saya di kanan bersama menemaniku di sini. *senyum*

Monday, August 09, 2010

gombak-taiping-melaka

kalau ikut turutan entry, mahu update.mahu bercerita tentang adorable ali.


tapi interesting trip telah mendahului.

trip untuk project this sem.sebelum cuti sem, hati teringin sangat pegi zoo.
jadi beria-ia mencari teman.siap kene gelak lagi sebab ajak pegi zoo. tapi tetap pegi zoo.zoo negara.at gombak.puas hati.sebab tengok gajah! ha-ha.

bila start new, the lecturer said ada trip to zoo taiping.most of student feedback macam boring sebab kene pegi a place called zoo. tapi for me, its nice. berchenta dengan binatang.

bila fikir balik, my sixth sense can feel its sebulan sebelum itu. jadi, no wonder rasa nak sangat pergi zoo.ha-ha.

beza zoo taiping dgn kay el is zoo taiping ada nite safari. tapi students kene pegi both nite and day to get the experience.nite safari agak ok la. tapi siang punya sangat best, since we go during weekend. ramai kanak-kanak riang.comel! binatang pon comel!

dalam menunggu turn nk naik minikeretapi, ada kanak-kanak lelaki riang.comel.tidak bergigi depan.cakap banyak.dia hanya berdua dengan ayahnya.reminds me to ali akmal.kanak-kanak ini sangat excited nk tgk animal.siap cerita lagi, selalu tengok national geographic.tgk channel animal discovery.means, dia lagi suka binatang dari cartoons.comel! *lagi*

sebelum tu, ali akmal sempat call.said "yiba cakap lala tido dgn rimau" ngeh.
and he also asked "wonderpets ada?" ha-ha.
ada.found lenny.tuck. but ming ming no. geng g-force pon ada.hihi.

pusing zoo taiping sampai lebam.tapi visit zoo taiping macam bagi tazkirah pada diri sendiri.

teringat kisah nabi sulaiman. *refresh balik.cepat ingat*
dan bila tengok gajah, teringat kisah tentera abrahah nak serang kota mekah sebelum kelahiran rasulullah.

zoo bukan tempat untuk kanak-kanak.tapi untuk mereka yang sukakan binatang.

bila dah habis pusing zoo taiping, plan dengan kawan, next zoo is melaka!jom,sapa nak ikut.

gajah,zirafah and others sangat comel!

Wednesday, August 04, 2010

haru-haru

elok-elok lepas update blog.continue baca blog list di reader.

ada satu tajuk.

khas untuk Alah.

baca sampai habis.berulang-ulang kali.tak percaya.

oh tuhan! mata rasa basah.sangat terharu.

i love dia sangat.i will wait.wait. and wait.

i wont go anywhere.

cause u promise to me.

please,if u go i will wait.watever it is.come hell or high water.

dan dia di jauh sana.merajuk dengan dia.sebab dia sibuk.sibuk bekerja.sibuk dengan harta dunia.ye la.cari duit.harta dunia la kan.tapi saya dah maafkan dia.sebab dia tak bersalah.sebab saya yang sangat sensitif.sebab saya yang sangat rapuh ini.

dan saya.akan sibuk belajar ilmu sihir.dan saya nak sibuk jugak macam dia.nak sebarkan ilmu sihir.hehe.


saya tetap di sini

Tuesday, August 03, 2010

terus melangkah

31 july -1august.bermukhayyam.dengan hati yang berat.sebab nak stay di rumah lagi.bila nak buat benda baik tu la susah.dalam islam tak ada paksaan.tapi nak buat benda baik kene paksa sbb kalau buat benda jahat senang je buat tak yah nk fikir 2-3 kali.buat benda baik kene paksa baru la jadi habit rasa nk buat baik lagi nanti.

tema mukhayyam "tarbiyah digalas dakwah direntas".

disampaikan oleh ustz salam.tengok ustaz.hati berbunga riang.

tarbiyah digalas.dakwah direntas.ayat sastera sikit.

bukak tafsir Quran 49:14-17.

menceritakan tentang arab badui.

pada zaman rasulullah saw ada dua golongan arab badui dan ahli madinah. bukan arab hadhari. [Quran 9:101]

bercakap tentang orang badui.orang badui ini kan suka berpindah randah.jadi dia tidak tetap dan mereka tidak mendapat tarbiyah secara consisten.lain pula ahli madinah.mereka tinggal bersama-sama rasulullah. mereka dapat tarbiyah straight dari rasulullah.dan mereka memahami dan menghayati what is tarbiyah.

bila dah memahami tarbiyah sudah tentu mereka akan melaksanakan dakwah. jadi, mereka telah melaksanakan tarbiyah digalas,dakwah direntas.cth seperti abu bakar. apabila mendapat tarbiyah dari rasulullah, maka abu bakar juga melakukan dakwah yakni mengajak orang bersama.

fahamkan makud dakwah digalas dakwah direntas? *senyum*

dalam ayat Quran 49:14-17 ini menerangkan ada 4 golongan iaitu:
a. muslim dan beriman
b. muslim dan tidak beriman
c. bukan muslim dan beriman
d. bukan muslim dan tidak beriman.

dalam 4 golongan tersebut. ada satu golongan yang sangat berbeza. bukan muslim dan beriman. golongan ini bukan muslim dan mereka beriman yakni mereka mengkaji dan mendalami islam.bahkan memahami islam lebih dari muslim dan tidak beriman.ini bermakna mereka beriman tetapi mereka belum mengiytiharkan mereka ini muslim.

kalau tak faham boleh rujuk buku correspondence between maududi and maryam jamilah.

lagi, dalam ayat dalam surah 49 - al-hujurat ada menerangkan tentang orang badui yang mengatakan mereka telah islam. mereka hanya mengaku mereka telah islam tapi iman mereka masih belum masuk ke dalam hati mereka.

ingat balik apa itu islam.ingat balik apa itu iman.ihsan skali.

dalam surah 49:al-hujuraat juga menerangkan lagi ciri-ciri orang mukmin iaitu:
a. beriman kepada ALLAH.
b. beriman kepada Rasul
c.tidak ragu-ragu
d.berjihad dengan harta.
e.berjihad dengan diri sendiri.

reflect balik dengan diri sendiri. adakah kita mencapai ciri-ciri ini.

my explaination too formal.i dont know how to elaborate more.maaf.

ramadhan dah semakin hampir.apakah persiapan kita?

o ALLAH,make me strong