bahagian pertama.
akhirnya. akhirnya tamat. bukan tamat. berjaya habiskan 50buku untuk tahun 2011.
tujuan. salah satu tajuk yang nak conteng di sini.
tetapi nak berkisah tentang cabaran 50 buku tu.
banyak kali juga la cakap-cakap pada orang.
saya baca buku sebab untuk cabaran 50 buku.
ada je orang perlekehkan saya dengan baca novel. dari zaman sekolah menengah lagi.
tapi lepas masuk cabaran 50 buku tu. saya imbas balik.
saya lambat membaca. 7 tahun baru boleh baca. tapi zaman tu ayah selalu beli komik. tak pandai baca pun tapi buat dialog sendiri tengok kepada lukisan tu. tiap-tiap minggu dari 5 tahun lagi.
bila da masuk 7 tahun, saya dah pandai membaca. mungkin latihan komik tu buat saya boleh membaca.sedar-sedar dah boleh baca komik. saya membesar dengan komik.
meningkat remaja. saya mula tertarik dengan novel. novel pertama saya baca hati seorang wanita.
bermula dari situ saya mula mencari bahan bacaan yang baik. ayah juga ajar baca majalah. kami beli majalah siswa.
umur 16 tahun saya berjinak dengan e-novel. paling lekat dihati 5 tahun 5bulan.
pastu berminat juga nak menulis. berjinak-jinak dengan blog friendster masa form 5.
ah-ha. paling membanggakan masa form 5 saya berjaya habiskan buku Menjadi Wanita lebih bahagia - bahasa indonesia. buku motivasi yang paling saya suka. sekarang saya ada yang english version. memang terasa bahagia.
kemudian saya semakin dewasa tidak membesar. hu-hu. dengan cabaran ini saya mula tidak peduli dengan orang kata. orang yang mengata saya baca novel tapi dia kurang membaca.
hasil didikan umi ayah, saya boleh pilih bacaan mana yang saya suka. novel yang saya buat ulasan bukan semua saya suka. tetapi dalam memahami masyarakat kita melalui penulisan mereka. ada yang menulis hanya kerana ingin menulis. ada yang menulis dengan ilmu. pilih yang mana kamu suka.
tetapi satu saja kekurangan saya. kurang berminat dengan novel english. entah kenapa. mungkin bahasa. tetapi faktor utama adalah kerana saiz tulisan. kecil sangat! nnt ada la orang kata cari la tulisannya yang besar sikit. tapi kalau Dan Brown yang pemes tu pon novelnya bertulisan kecil macam mana nak baca. pastu nak kene hadam bahasanya pula. penig-pening.
kerana runningman, saya mengukuhkan pendirian saya untuk terus baca buku bahasa melayu. kerana penulis korea tu ada banyak sangat buku di rumah mereka. dan mereka menulis dengan bahasa korea. bangga dengan bahasa mereka. jadi, saya akan teruskan baca buku bahasa melayu. cuma buku motivasi english lebih dekat dengan saya banding bahasa melayu. bahasanya terang dan jelas.
kalau tanya english atau arab. saya teringin nak baca novel bahasa arab. mesti menarik. senyum.
namun, sejak rajin membacanya. boleh lihat gaya penulisan dan pengisian saya. begitu juga cara percakapan. ia benar-benar membantu. saya makin suka membaca.
you are what you read.
jadi, fikir-fikir tujuan membaca. nak baca cerita murahan itu atau kita menganalisis penulisan mereka dan penyampaian mereka?
yang sebenarnya tajuk ini adala tujuan menulis.
ok. mari kita masuk tujuan menulis.
bahagian dua.
sama juga dengan tujuan menulis.
banyak sangat dapat respon negatif. terus saya diamkan blog ini. maksudnya saya tak publisitkan sangat.
tetapi sekarang terasa seperti sedikit terkenal. terkenal dikalangan penulis. sebab saya ulas buku mereka. haha.
yang pasti saya tahu, sahabat-sahabat saya tidak membaca blog saya. suka ada. terkilan pun ada. tapi tak mengapa. saya kene betulkan tujuan saya menulis.
pertama, respon negatif. ada seorang terjumpa blog saya lalu dia komen. "saya tak nak baca blog privasi awak yang macam diari". huh! terkilan. terkilan sangat. tak nak sudah. pergi jauh-jauh.
hampir dua tahun saya mencari tujuan menulis. hampir saja mahu tutup blog ini. namun,saya temukan tujuannya dan saya cuba kumpulkan dalam entri ini.
menulis adalah bukti sejarah. lihat zaman islam berada di kemuncak. para ilmuwan menulis 10-20 muka surat sehari. sejarawan yang mengembara juga menulis sebagai bukti perjalanan mereka. abdullah munsyi menjadi orang penting dalam mencatat sejarah [betulkan saya].
begitu besar kesan dengan menulis.
malah, untuk kes-kes jenayah di rujuk di mahkamah ada tukang tulis.
jadi, apa salahnya menulis. walaupun sebuah diari. diari kehidupan.
tulis di sini seringkas mungkin tetapi kesannya untuk kemudian hanya penulis yang tahu apa yang berlaku pada tarikh tersebut.
jadi, saya akan terus menulis bukti seorang khaulah sa'adah ini wujud. saya akan tulis apa saja. manfaat atau tidak. mesti tulis. ingatan untuk diri sendiri dan orang lain.
dan kini saya senang, orang kurang kenal blog saya. saya akan tulis apa saja. saya juga kurang suka publisiti. heheh!
juga, mohon ampun kalau saya jarang-jarang balas komen.
entri terakhir untuk 2011. panjang sungguh!
Saturday, December 31, 2011
Friday, December 30, 2011
KK: cabaran 50 buku : (50) Kot Putih
Tajuk :Kot Putih
Pengarang: Majlis Mahasiswa JUST
Terbitan: Majlis Mahasiswa JUST
Halaman:298 muka surat
ISBN: -
Harga: -
Kata Kulit Buku:
“oh, Irbid! Mekarlah engkau bersama penyambung generasi. Di sini aku belajar menjadi manusia. Di sini aku belajar mengenal manusia. Di sini aku belajar membentuk manusia…”
Buku ini menghimpun kisah-kisah yang dilalui oleh para pelajar Jordan University of Science and Techology, Irbid, Jordan. Lima hingga enam tahun mereka mengharungi liku-liku hidup demi mendapatkan segulung ijazah. Perjalanan hidup ini cuba diabadikan dalam 58 tulisan yang dikarang sendiri oleh mereka.
Irbid merupakan sebuah Bandar yang terletak 90 kilometer di utara Amman, ibu Negara Jordan. Bandar kedua terbesar ini dihuni kira-kira 660,000 orang penduduk termasuk 600 orang pelajar Melayu Malaysia.
“satu buku yang menarik, mempunya 1001 erti ketika menelursuri pembacaannya, menyingkap 1001 perkara dalam kehidupan pelajar Perubatan dan Pergigian di Joran. Rencah pengalaman dan ilmu bersulam erat mencipta 1001 erti yang menghidupkan”
[Hilal Asyraf – Langit Ilahi-]
Kata KK:
Buku ekslusif di datangkan dari Jordan dari seorang kenalan atau juga sahabat KPJ. Buku terakhir untuk ulasan cabaran buku ini. takut juga untuk mengkritik atau komen buku ini. bukan seorang tetapi dua orang yang saya kenal juga menulis dalam buku ini.
Mahu ulasan yang baik-baik saja atau sebaliknya?
Saya berbelah bahagi. Mula-mula mahu kritik semua 58 karangan tu tapi terlampau pula rasanya. Lalu, saya ambil dengan membuat ulasan secara keseluruhan dan pembahagian kandung dalam buku ini. jangan orang Jordan jumpa blog saya. Habislah!
Mulanya,saya sangka ia seperti sebuah buku yang motivasi seperti chicken soup for the soul ataus seperti himpunan kisah-kisah para sahabat, tabi’, tab’iin. Tetapi tidak. Sama sekali berbeza. Itu memang menarik.
Buku ini dibahagikan kepada tiga, iaitu akademik, kehidupan dan masyarakat. Untuk bahagian akademik semestinya ia bercerita tentang kot putih. Tentang pengalaman seorang pelajar perubatan. Namun, 50% sahaja saya faham yang lainnya bahasa doktor. Mungkin pihat editor terlepas pandang meletakkan glosari untuk beberapa perkataan bahasa saintifik. Walaupun diterangkan untuk pembaca seperti saya yang kosong tentang ilmu perubatan mesti mahu tengok kamus. Untuk faham lebih lanjut.
Manakalah bahagian kehidupan ada yang menarik ada yang tidak. Ada juga pengulangan kisah walaupun penulis dan tajuknya berbeza. Masyarakat arab lebih menarik untuk dibaca berbanding masyarakat melayu di tanah Jordan itu sendiri.
Untuk seluruh 58 karangan itu ia bukanlah semuanya cerita tetapi ada juga lebih kepada sebuah artikel yang bercampur bahasa melayu dan inggeris. Sebab itu ia dikatakan karangan. Bukan buku motivasi atau himpunan cerpen. Tetapi bagi saya, saya lebih suka kepada penceritaan yang member inspirasi.
Dari 58 karangan juga, boleh saya lihat golongan yang pernah baca buku inspirasi atau motivasi. Golongan yang tahu dan pandai menulis walaupun mereka pelajar perubatan. Juga golongan yang sekadar ingin menulis.
Namun, terkilannya. Kisahnya mereka terlalu pendek. Purata minimum 3 muka surat setiap karangan. Malah ada juga yang bercerita tetapi cerita tidak habis. Juga menyekat pembaca untuk mengetahui sesuatu cerita dengan lebih lanjut kerana terlalu fokus denga tajuk yang ingin dibincangkan. Buat pembaca yang rasa sedikit termotivasi terus jatuh merudum semangat mereka.
Untuk akademik, saya suka dengan pengalaman mereka tetapi ada sesetengah karang tersebut terlalu padat sehingga tak tahu yang mana ingin dikongsikan. Prolog dan epilog sudah menarik tetapi isi ditengah-tengah perlu disusun dengan lebih teratur. Supaya saya seorang pembaca melihat ada perjalanan cerita disitu. Ataupun tidak perlu prolog dan epilog itu kalau ingin letakkan karangan yang berbeza.
Peranan penyunting dan editor bukanlah senang tetapi seorang editor juga perlu banyakkan membaca dan perbetulkan karangan-karangan ini supaya ia lebih menarik dan hebat sama seperti dengan bidang perubatan itu sendiri.
Apapun, untuk kenalan saya teruskan menulis. Saya akan menyokong. Muga sedikit ulasan ini membantu untuk meningkatkan lagi mutu Kot Putih untuk edisi akan datang. Senyum.
KK: cabaran 50 buku : (49) Grrr...geramnya
Tajuk : Grrr… Geramnya
Pengarang: Feeza
Terbitan: Jemari Seni
Halaman: 527muka surat
ISBN: 978-967-5118-66-1
Harga: MYR21.00 (Sem’ Msia) MYR 24.00 (S&S)
Kata Kulit Buku:
Senario 1:
“Gaji awak naik berapa?”
“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.
Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.
“Tahulah sikit. Tapi berapa?” tanyaku lagi.
“Lima belas peratus aje.” Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.
“Apa???”
Senario 2:
Selepas sejam aku keluar ke ruang menunggu untuk bertanya. “Lama lagi ke?” Grrr... aku menahan marah.
“Oh, maaf. Mr Mai masih di KL,” jawab Fiona.
Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr Mai sudah sampai.”
Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.
Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr.... Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.
Suatu hari...
“Helo, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirinya. “Kerja di mana?”
Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.
“Maaf, saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu!
FEEZA berjaya membuat kita ikut rasa geram bersama Ila. Jom Grrr... Geramnya! dan ketawa dengan gelagatnya.
Kata KK:
Hadiah menang ulasan buku yang saya terima bulan ramadhan lepas. Saat-saat menerima bungkusan dan melihat isi dalam, saya sedikit terkilan. Kecewa. Sebab dapat buku ini. langsung, sedikit pun tidak rasa teruja untuk membedah buku ini. apa lagi melihat muka suratnya yang menjangkau 500 halaman. Syukur kerana saya tidak mengeluarkan wang untuk dapatkan buku. Rezeki saya harus terima dengan hati terbuka.
Apa kata saya? Geram. Memang geram. Tahniah buat penulis juga buat Jemari Seni.
Geram untuk Ila berhenti kerja itu memang betul. Untuk seterusnya sehingga saya perlahan-lahan merangkak hampir 200 halaman masih dengan rasa geram yang bagi saya telah membazirkan masa saya untuk rasa geram itu. Rasa geram yang tidak ada nilai. Tidak saya nampak geram Ila itu. Setiap geramnya tidak berkaitan. Betul, tidak berkaitan itu tidak mengapa. Tetapi untuk melonjak rasa geram itu mungkin lebih rasional. Malah hidup Ila juga mendatar membuatkan saya geram. Geram kerana tiada peningkatan hidup atau perkembangan watak. Yang hanyalah geram yang sangat meleret.
Geramnya lebih kepada monolog diri sendiri bukan diluahkan. Malah sehingga saya terasa bosan untuk membaca setiap perkataan yang diolah penulis.
Ia mengambil masa 3 minggu untuk saya tutup buku ini cepat-cepat. Kerana apabila saya tutup buku ini rasa seperti – itu saja. Itu saja geramnya. Kemunculan watak Firdaus dan seterusnya biasa-biasa saja. Seperti tidak kuat dengan grrr..geram Ila tu. Bila jumpa Firdaus tiada pula geramnya. Seperti tiada kaitan langsung dengan grrr..geram itu dengan jodoh Ila. Ada, tetapi sedikit. Malah, penamatnya pula ringkas pula. Eh, tamat begitu saja?
Kadang-kadang juga geram yang entah apa-apa yang tidak nampak untuk perjalanan keseluruhannya. Tidak ada sebab untuk dijadikan ia sebagai satu plot.
Apapun, grrr..geram untuk 500 halaman tidak berbaloi. Terlalu berlebihan malah telah membazirkan kertas dan dakwat. Seharusnya ia lebih ringkas dan padat. Ada unsur dakwah dimana Ila berubah tetapi sedikit sangat. Lebih banyak grrr..geramnya.
Mungkin penulis juga perlu menyejukkan pembaca bukan geram dari awal sehingga muka terakhir.
Hadis nabi kata La Taghdab (3 kali). Jangan marah.
Kalau terlebih grrr..geram dalam novel, apa yang kita dapat dosa atau pahala? Rasa geram itu tercapai dalam buku ini tetapi syaitan mungkin gembira melihat dengan sikap kita begini. Fikir-fikirkanlah. Saya pun menulis ulasan dengan penuh grrr..geram. aura negatif terlalu kuat. Apa perlu saya saran untuk baca buku ini? Tanya diri sendiri.
KK: cabaran 50 buku : (48) Kasih Terpilih
Tajuk : Kasih Terpilih
Pengarang: Ummu Itqan
Terbitan: Galeri Ilmu
Halaman: 248 muka surat
ISBN: 978-983-097-263-3
Harga: RM17
Kata Kulit Buku:
Ketika Misali menyertai sebuah pasukan penyelidik untuk menyiapkan tesis sarjananya, dia tidak terfikir bahawa dia akan menghadapi konflik komunikasi dengan seorang rakan penyelidik yang ego.
Dia juga tidak terfikir bahawa misi penyelidikan madu di belantara Tasik Pedu akan menjadi titik penentu kepada perubahan status gadisnya. Malah dia tidak terfikir, misi penyelidikan itu akan bertukar menjadi misi penemuan jodoh buatnya.
Lebih Misali tidak terfikir, di satu tahap dia harus membawa watak kaum Ansar yang membela kaum Muhajirin.
Dia tidak terfikir ada ‘Muhajirin’ yang akan melintasi hidupnya dan mendamba kasih daripadanya ketika dia sudah di ambang jalinan ikatan suci dengan jejaka pilihan. Apakah Misali cukup kuat untuk menjadi ‘Ansar’? Apakah si dia juga bersedia untuk berkorban demi seorang ‘Muhajirin’?
Dua jejaka mengharap pada kasih yang satu. Dua ‘Ansar’ berdepan dengan seorang ‘Muhajirin’. Kasih siapakah yang ‘terpilih’?
Dia juga tidak terfikir bahawa misi penyelidikan madu di belantara Tasik Pedu akan menjadi titik penentu kepada perubahan status gadisnya. Malah dia tidak terfikir, misi penyelidikan itu akan bertukar menjadi misi penemuan jodoh buatnya.
Lebih Misali tidak terfikir, di satu tahap dia harus membawa watak kaum Ansar yang membela kaum Muhajirin.
Dia tidak terfikir ada ‘Muhajirin’ yang akan melintasi hidupnya dan mendamba kasih daripadanya ketika dia sudah di ambang jalinan ikatan suci dengan jejaka pilihan. Apakah Misali cukup kuat untuk menjadi ‘Ansar’? Apakah si dia juga bersedia untuk berkorban demi seorang ‘Muhajirin’?
Dua jejaka mengharap pada kasih yang satu. Dua ‘Ansar’ berdepan dengan seorang ‘Muhajirin’. Kasih siapakah yang ‘terpilih’?
Kata KK:
Saya mengenali penulis sewaktu dia belajar di USM dulu. Sudah lama tidak ketemu dia. Bilamana singgah di gerai galeri ilmu di pesta buku. Melihat tajuk buku dan nama penanya tidak saya kenali tetapi dikulit belakang ada wajah dia dan nama dia.
Waktu itu, hati berbelah bahagi mahu atau tidak. Ia buku tarbiah. Dakwah. Lalu, hati berkata apa salahnya sokong dia untuk terus berkarya selepas ini. lalu, inilah bukunya.
Cerita di kulit belakang mengisahkan semuanya. Senang dengan watak Misali. Juga dengan watak Aizam (saya lupa nama watak ini) dan Kenny.
Saat-saat Misali jejak tanah Kota Bharu mengimbau dimana tempat bas-bas akan tinggalkan penumpang tetapi sekarang sudah berbeza. Sekali lagi menggamit rindu saya pada Bandaraya Islam. Saya benar-benar menghayati tempat dalam novel ini. malah saya tahu dimana kereta sahabat Misali mati. Cuma rumah sewa Kenny saja kurang jelas. Walaupun berdekatan dengan USM mungkin boleh terangkan perumahan. Kawasan Kubang Kerian tidak sebesar Subang Jaya yang berlambak dengan nama SS atau PJS.
Malah, saya kagum dengan watak Aizam (betulkan saya kalau silap). Walaupun kacukan Melayu-New Zealand tetapi dia masih lagi dengan cara hidup Islam. Bukan Misali saja boleh suka, saya juga pasti suka. Jarang – jarang untuk jumpa watak lelaki yang benar- benar muslim apabila watak perempuannya Muslimah. Senyum.
Watak Kenny juga menarik. Diantara dua lelaki ini menjadi Ansar dan Muhajirin. Diantara dua lelaki ini juga menjadi pilihan Misali.
Cuma saya sedikit terkilan, ranjau dan cabaran yang dihadapi Kenny kurang nampak beratnya beban yang ditanggung. Mungkin perlu penambahan muka surat. Beginilah yang selalu dihadapi dengan Novel Tarbiah.
Kekurang muka surat. Terasa sekejap sangat untuk hadam buku ini. belum lagi masuk dengan penjelasan dengan projek penyelidikan mereka bertiga. Terlalu ringkas untuk difahami. Saya mahu lebih!
Apapun tahniah buat penulis. Buku sama menarik dengan Mahar Cinta Cinderella. Malah saya lebih kagum watak Misali berbanding watak Johari dalam Dia Yang Kunikahi. [mungkin saya berlebih, tetapi DYK seharusnya lebih hebat dari KT.]
KK: cabaran 50 buku : (47) Roti Cicah Susu
Tajuk : roti cicah susu
Pengarang: Liza Nur
Terbitan: Buku Prima
Halaman: 480 muka surat
ISBN: 978-967-0184-28-9
Harga: RM 19.90
Kata Kulit Buku:
Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak.
Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak.Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Pertemuan Widad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan.
Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?
Kata KK:
Baca sinopsis di kulit buku saya langsung tiada hati meneroka kisah Roti Cicah Susu. Persahabatan. Klise. Tetapi apabila ahli keluarga saya telah membeli buku ini dan mengatakan menarik, saya dengan paksa-rela bedah buku ini.
Halaman pertama sudah memberi tanggapan yang kurang menarik [pendapat saya], dengan geng tengkorak. Kemudian saya ulang sekali lagi sinopsis buku ini. keterujaan terus merudum jatuh. La, ingat awal-awal cerita tentang watak utama tetapi ianya sebagai penggerak sebuah cerita.
Watak Mai dan Ayim pada waktu kanak-kanak lebih menarik berbanding apabila mereka sudah dewasa. Elmy tenggelam kerana watak Mai dan Ayim. Saya suka dengan watak Elmy. Bagi saya, Mai watak perlu lebih menyerlah lagi dengan keunikan watak dari kecil hinggalah dewasa. Kerana penyakit, watak Mai apabila telah dewasa terlalu klise.
Kisah ketika mereka semua kanak-kanak menarik walaupun sedikit meleret. Namun, apabila mereka dewasa. Semuanya berpecah namun geng tengkorak menyatukan mereka. Cuma, plot disitu perlu diperkemaskan lagi kerana big boss dalam RCS ni misteri tetapi pendedahan watak seperti belum hebat selaku ketua geng tengkorak. Mungkin saya mengharapkan wataknya dimatikan dengan lebih bermaruah. Entah.
Keseluruhan ceritanya saya bayangkan seperti menonton drama. Sesuai untuk diaptasi sebagai sebuah drama. Menarik untuk ditonton.
Subscribe to:
Comments (Atom)



