Tuesday, March 22, 2011

seketika


sudah mula semester baru. sudah pun masuk minggu ke-4.
cik tim dan cik yummy akan graduasi tidak lama lagi. muga cemerlang hari ujiannya ya!
cik piya sedang praktikum di sekolah selama seminggu barangkali. tidak lama lagi bakal jadi cikgu.
cik yiba pula tidak lama lagi akan praktikal di hospital. bagaimana nanti dia melayan pesakit. hihi.

sudah 4 minggu berjauhan dari keluarga. tp minggu ke -3 sempat ke temu ayah dan cik yiba.
minggu lepas pula ketemu sama cik tim untuk jemputan kenduri. hihi.

tapi sungguh sangat bersyukur.
walaupun jauh dari keluarga
masih lagi dikurniakan ibu-mak-umi muda-muda.
bersama anak-anak kecil sepertinya adik sendiri.

jadi  seperti berkata pada diri sendri..
walaupun kekurangan sahabat sebaya, sahabat seperjuangan
masih ada kesayangan disisi
masih ada yang sudi singgah my own world.

tidak lah perlu rasa lemah lagi.
muga terus tabah.
mohon juga terus diringankan hati.
muga senyuman itu sentiasa terlekat di bibir...
jangan pernah berhenti.

Sunday, March 20, 2011

KK: cabaran 50 buku: (6) karipap-karipap cinta


Tajuk : karipap-karipap cinta
Pengarang :Nazri M. Annuar
Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5136-52-8
Jumlah Muka Surat : 256
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd

kata kulit buku:

Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.

Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).

Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.

Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.

Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.

Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.

sumber: karipap-karipap cinta

kata KK:


karipap-karipap cinta. tajuknya sudah mengingatkan saya kepada blog saya ini. kerana dulu nama blog ini namanya karipap. hanya kerana saya sukakan karipap saya namakannya.hihi. tengok tajuk pada buku ini saya buat saya tersenyum.


kulit depannya menarik seperti poster untuk sebuah filem. disangkakan buku dari filem rupanya tidak. mungkin juga seronok membacanya sambil dihidangkan dengan karipap panas.


kisah tentang seorang wartawan bernama Ali bekerja di syarikat akhbar WADAH RAKYAT milik datuk razali bunari seorang tokoh politik yang sudah beberapa kali kalah dalam pilihanraya. disitu ali bekerja untuk bukan untuk menulis laporan berita politik tetapi lebih kepada mengambil gambar. dia juga bekerja untuk majalah MISTERI & HANTU yang juga keluaran syarikat yang sama.


ali kemudian jatuh cinta pandang pertama dengan sarah ketika dia makan di kedai  berdekatan tempat kerja teman serumahnya rambai merangkap rakan sekerja sarah.


namun pertemuan pertama mereka adalah ketika ali cuba bertindak hero menyelamatkan beg sarah dari dirompak. malang sekali kerana bukan ali menyelamatkan sarah tetapi sebaliknya kerana sarah ada ilmu silat.


selepas itu ali dan sarah berkawan walaupun sarah berkelulusan dari al-azhar tetapi tidak menghalang ali dari terus berkawan dengan sarah.


seterusnya beberapa kejadian berlaku ke atas ali hanya demi sarah. kerana sayangkan sarah. kerana cintakan sarah. malah ali sanggup belajar buat karipap sedap untuk mendapatkan hati sarah. ha-ha.


semuanya hanya kerana sarah.


gaya bahasa yang penulis adalah seperti menulis blog. santai. sempoi. kadang-kadang sinikal .ada juga unsur humor tetapi entah kenapa saya tidak ketawa. hati batu betul.mungkin kerana penat.

apapun saya suka watak ali dan gengnya, kerana mereka mempunya misi dan wawasan walaupun misi dalam kisah ini adalah semuanya kerana sarah. hi-hi.

dapat maklumat karipap-karipap cinta telah difilemkan.