Tajuk : Melur Bunga Ivy
Pengarang :Nazurah Aishah
Penerbit : Jemari seni publishing
ISBN: 978-967-5118-42-5
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Mukasurat : 473 halaman
Kata kulit buku:
Loving an Ivy
Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.
Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.
Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.
Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.
Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?
Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?
* * *
NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.
Sebuah kisah cinta sewangi melur!
Kata KK:
Seaktu di kedai, saya antara mahu warna atau melur bunga ivy. Keliru, kedua-dua ingin say abaca. Dua-dua dari jemari seni tetapi yang pasti saya mesti satu novel saja.
Akhirnya saya memilih melur bunga ivy hanya kerana kulit depannya Nampak menarik dan seperti menjemput saya untuk duduk bersantai menikmati novel ini.
Melur bunga Ivy berkisar tentang Ivy seorang usahawan baru sahaja membuka kedai bunga di Johor menemukan dia dengan Azam yang sebenarnya adalah abang ipar arwah suaminy, Azlan. Azam pada mulanya tidak mengetahui akan hal tersebut akhirnya mendapat jawapan apabila dia mula mencari isteri dan anak arwah adiknya sepertimana yang dipesan dalam surat terakhirnya. setelah mengetahui kedudukan sebenar, kerana sukakan Stephanie Ivy, azam sanggup memikul tanggungjawab tersebut.namun begitu konflik berlaku di dalam keluarga Stephanie seperti ayahnya Gabriel telah membuang Stephanie dari keluarga, malah Gabriel cuba membunuh ibu Stephanie. Lara dam juga terbongkar sejarah seorang Gabriel.
Komen dari saya, dari novel pertama sehingga terkini cara nazurah aishah tidak sesuai dengan jiwa muda saya kerana ketiga-tiga novelnya lebih kepada kehidupan rumahtangga dan terlalu banyak konflik membuatkan saya terasa letih dan penat untuk menghabiskan buku ini.
namun, keseluruhan dari novel ini bagi saya penamatnya saya sangat MENARIK. Berjaya buat saya tersenyum.