Tuesday, April 17, 2012

semester : lecturer

selepas semester 5 baru nak bercakap isu ni. padahal dulu-dulu pun bising jgak. tapi bising diluar la.

bercakap pasal lecturer. pensyarah. ayah saya adalah cikgu kemudian naik pangkat jadi cikgu mengajar cikgu. he-he.

dari awal semester sehinggalah yang sebelumnya. mesti ada masalah group. masalah assignmen. masalah belajar. masalah nak paham. otak blank + blurr + bingung. masalah submission.

paling bising  masalah group. ada saja yang tak kena. paling ultimate masa semester 3. menangis sampai lebam. makan pun nangis. apa pun mengadu dengan ayah.

segala benda masalah tu ayah mesti kata pergi jumpa lecturer. cakap dengan dia.

betul la apa yang ayah cakap tu. bukan tak nak pergi jumpa. tapi takut. sebab ayat tipikal lecturer sebut tentang masalah tipikal macam ni. tapi lecturer bukan robot. lecturer pun manusia juga. punya hati dan perasaan. boleh bertimbang rasa.

kerana lecturer juga punya hati dan perasaan segala masalah yang dihadapi nampak gelap jalan penyelesaiannya diberi cahaya. ada setengah subjek nampak macam tak da harapan semuanya dipermudahkan.alhamdulillah.

well, speak of this topic. randomly, i see most of student thought they will solve their study problem by themselve. but they not. they make the problem grow stronger.

mostly students don't like go to lecture and tell their problem.

but in other bright side (ha-ha), lecturer will recognize you and know your limit.

tapi saya pergi ke tak pergi  jumpa memang lecturer dah kenal. tak perlu introduce diri sendiri. bila diri sendiri dah macam alien bila dalam kelas. ha-ha. jadi tak guna nak invisible kan diri.

Saturday, April 14, 2012

me: BFF

hari ni lagi sekali orang bertanya bagaimana awak kenal dia.

kenapa soalan tu mesti timbul. sebab hubungan saya dengan beberapa orang sahabat sangatlah pelik. yang mana, perkenalan saya bukanlah bersekolah dengan dia. ataupun berjiran dengan dia.

walaupun membesar dengan sekolah yang kecil dengan bilangan rakan sekelas yang juga bilangan kecil tetapi rupanya saya punya sahabat sebesar alam.

saya kenal dia melalui surat. saya kenal dia melalui program. saya kenal dia melalui kakak saya atau adik saya juga atau teman-teman saya.

kawan saya, kawan kakak saya. mahupun adik saya. kawan kakak saya kawan saya juga. kawan adik saya kawan saya juga. tidak membataskan kawan saya bukan kawan mu.

betul la orang kata berkawan biar seribu. :)

walaupun kadang-kadang saya penat dengan karenah orang-orang sekeliling tapi kadang-kadang tanpa disangka hasilnya sangat manis. seperti hari ni. berbaloikan.

betul la hadis kemanisan iman tu kan.

tapi tempat saya sekarang saya tak jumpa manisnya. mungkin saya yang perlu tambahkan gulanya di sini baru maniskan? mari kita tambahkan tentera-tentera semut untuk cari gula! ^____^

Friday, April 13, 2012

reminder

semalam isnin. kelas pukul 6 nanti. sedang bergolek-golek di rumah. sebenarnya pukul 11-1 ada briefing untuk futher study ke seberang laut. tapi sebab fikir itu bukan perancangan dalam tempoh terdekat maka tidak kepergian.

namun, masih lagi ada satu perjumpaan. dalam pukul 3. jadi awal-awal sudah bersiap. sebelum kepergian buat study research dulu untuk meeting tu. walaupun untuk briefing and divide  group work load. amik masa juga bila ahli tidak menepati masa yang terlampau kan.

untuk dijadikan cerita, cuaca hari isnin sangatlah elok sewaktu keluar rumah. redup. cerah. panas.

untuk kebiasaannya, rumah ini sebelum ditinggalkan akan pastikan semua tertutup rapat  dan berkunci. tapi kerana amalan teman-teman lain yang tinggalkan rumah tanpa amalan tersebut. yalah, mereka keluar awal jadi tidak fikir pasal benda tersebut. jadi, saya orang terakhir meninggalkan rumah juga berfikir demikian. (ketidak pedulian)

kerana memikirkan tidak lama lagi mungkin ada yang balik sebentar lagi. dan cuaca juga sangat baik.

tapi cuaca juga macam perasaan. tiba-tiba sahaja boleh berubah. hampir sejam kemudian, hujan bersama kilat petir datang. sedang berbincang di perpustakaan. tidak teringat langsung pasal rumah. padahal hati juga terdetik untuk bawa payung. tetapi saya tertipu dengan cuaca.

sungguhlah ALLAH nak beri peringatan pada sentiasa beringat kadang-kadang juga lupa, habis kawasan meja studi di ruang tamu dan bilik utama basah kebanjiran. hanya satu perkara yang tidak dibuat iaitu tutup tingkap. maka, habis terkena hujan. hujan hari isnin sangat menggila. kesian laptop housemate saya yang elok saja terletak di atas meja studi. habis air masuk.



habis permaidani abstrak saya juga basah. malah planner semester saya terlekat di dinding juga kebasahan. tak lupa juga alas tidur narita saya yang selamat dalam karungnya juga basah. alhamdulillah, portfolio saya terselamat. laptop saya juga sipi terkena air. hingga tempat sangkut kain telekung juga terkena. beg laptop habis basah.  itu di ruang tamu. tidak cerita di bilik utama.

rasa seperti terpukul. padahal itulah rutin yang selalu saya buat bilamana saya menjadi orang terakhir meninggalkan rumah. tetapi tidak pada hari isnin. benda yang kecil meninggalkan impak yang besar. malah saya turut menyusahkan orang lain. ( my housemate laptop)

itu ketika meniggalkan rumah. sewaktu di dalam rumah juga harus perlu fikirkan keselamatan. sebelum tidur juga kunci pintu dan tingkap. tetapi tidak diamalkan juga. benda kecil tetapi ia membukan mata saya untuk perkara-perkara lain juga.

p/s: kata housemate tsunami kecil di dalam rumah. rabu kemudian, gempar dengan tsunami sebenarnya. 

Monday, April 09, 2012

me: out of FEMINISM

me: ana, tengok kulit akak.


ana: kulit akak kering. pakai moisturizer.

lol. benda-benda macam ni susah nak hadam. kene cari yang pakar.

ana: kulit akak ber-belang. try pakai fair and lovely.

ana: suka pakai nivea white cream sebab dia cepat absorb.

sometimes i ignore my facial treatment. bila jadi macam-macam baru kelam-kabut.

ini baru bab jaga muka. tak masuk lagi bab make-up.

what say you?

Sunday, April 08, 2012

quote

the experienced doctor feels the body with hands and only then chooses an appropriate place to inject the needle. - enjoy your life

remind me,a lecture topic about URBAN. "similar to architect, find the issue and solve the problem."


for myself : do not kill yourself with grief. do not kill people with grief and blame - enjoy your life.

Saturday, April 07, 2012

me: STOP

hari jumaat, saya ada satu kelas sahaja. yang mengambil 3 jam terus. dari 9-12.

subjek ini adalah subjek elektif. namanya thinking of architecture.

kelihatannya seperti bosan. bosan kerana akan perlu banyak membaca dari pelbagai buku.

tetapi lecturer menasihatkan kalau rasa architecture tidak sesuai dengan anda. then STOP. (tapi habiskan lah course ni dulu baru fikir yang lain. kalau berhenti tanpa habis rugi juga.)

kerana ramai sahaja yang belajar architecture tetapi pengakhirannya bukanlah seorang arkitek.

tanya pada diri sendiri, walaupun sekarang adalah masa kritikal saya. yang pasti saya mahu jadi arkitek. (walaupun impian saya sangat bercabang)

tidak pernah saya menceritakan tentang architecture. sesungguhnya architecture sangat menyeronokkan.

ya, ada saja beberapa rakan sekelas saya sudah buat pengakuan mereka hanya belajar bidang ini tetapi mereka mungkin tidak akan jadikan ia sebagai kerjaya. ada yang ingin menjadi pengarah filem. ada yang ingin jadi artis (memang dah ada). dan macam-macam lagi.

sama juga masa praktikal hari tu, orang-orang yang berpengalaman kerja nasihatkan juga fikir dari sekarang lebih baik putus asa sekarang sebelum jadi gila. kerja ini juga stress.

ok. kalau saya tak jadi arkitek, saya nak jadi apa?

suri rumah tangga! wedding-planner! jaga ladang! buat bisnes! jadi penulis!cikgu! ha-ha.

Thursday, April 05, 2012

me: sahabat untuk selamanya

saya ada seorang sahabat yang mana saya tak nak sebut nama dia. nanti dia perasan. dan terharu.

apa-apa pun saya kata dia tetap sahabat saya. kenapa. dia adalah sebahagian hidup saya dalam tempoh membesar ini.

saya nak jadi macam dia.

dia ada hati besar. nak hati besar macam dia. kemudian berbagi pula hati-hati nya pada orang lain.

tak macam saya. hati kecik. takut nak memberi. kedekut. tamak seorang. nak simpan sorang-sorang. sensitif.

pastu mudah rapuh. jatuh sikit, luka. rosak. begitulah hati saya.

awak yang buat dapat hati besar tu? bagi lah tips.

awak baca doa rabitah eh?

p/s: pasti ini tiada jawapan. sama-samalah cari. :)

Wednesday, April 04, 2012

me: kelawar

bila jadual menyusun.
subjek yang diambil kesemuanya adalah sesi petang.
dari isnin hingga khamis.
antara 1 petang hingga 8 malam.
makanya hidup seperti kelawar.

kalau boleh duk rumah best juga,
kononnya pegi kelas tak payah berebut dengan orang pegi sekolah pagi.
kalau sapa2 nk balik lambat,
ha, tunggu la orang yang habis kelas tu.
heh! berangan.

kecuali jumaat,
hari yang baik.
makanya, kelas adalah diwaktu pagi.
9-12.

rata-rata setiap hari kelas, satu hari satu subjek.
cuma ada kumpulan yang tertentu hari rabu tiada kelas langsung!
tapi, sama je dengan orang yang ada kelas.
sebab kelas 6-8. (bukan pagi ya!)

mari kita menyusun jadual harian kita.
planner satu semester da siap.
siap orang minta buat tempahan lagi. ha-ha.


p/s: kene belajar untuk lebih kental. lawan perasaan fobia terlebih2!

Tuesday, April 03, 2012

unknown

don't wait until you lost the person you love,
don't wait until the person you love ignore you,
left you alone,

otherwise, you will regret.
but the regret didn't change anything
until you take action.

before it's too late, appreciate what you have.
fight for your love!

lots of love,
me,KK.

p/s: i love you  (because of ALLAH) :D

Sunday, April 01, 2012

me: gadget

sepatutnya harta yang jaga kita, bukan kita jaga harta.

macam mana harta jaga kita, bersedekah. infaq.

kita jaga harta. macam sekarang ni la. laptop. external hardisk. phone canggih.

beli da la mahal. pastu nk kene jaga plak. nk pegi mana-mana, mana boleh bantai tinggal begitu saja.

harus bawa. penat.

bila rosak  da tak bernilai. jadi sampah.

gadget adalah alat untuk mudah dalam urusan kita padaNYA. bukan menyusahkah.

real steel. alat yang terlebih matlamat. guna untuk main. tak worth. sapa kata cite tu best. x best ya, harap maklum. lain kali cerita sebab dia. satu point da ada di situ.

p/s: nasib baik warranty 3 tahun. kene tgk keadaan. kalau teruk, kita hantar. sayang tau tak!