Wednesday, May 30, 2012

cloudy round

awal pagi. selepas subuh. menapak balik. masa untuk bertukar.

mengantuk. tersengguk. eyt, bila nak siap?

awan makin gelap. segera meninggalkan rumah. meninggalkan mereka tanpa muka bertemu muka.

awan berkepul-kepul.kelabu. laju saja bergerak. angin. kuat.

mereka pasar pagi berkemas-kemas. angin makin kuat. hampir melayang juga rasanya.

pintu masuk. alhamdulillah. sampai selamat tanpa basah.

now, library. menekan jiwa untuk teruskan perjuangan!

p/s: awan kelabu berkepul-kepul menarik. ciptaan Tuhan yang indah. subhanallah. saat-saat lari dari hujan. dari basah.

Tuesday, May 29, 2012

separa sedar

4.00AM reached home. get in bathroom. sound.

rain. blessing. night. have a sweet dream.


today. another night.


it might continuous for next 7 weeks.

 i miss ramadhan. the only wish, i want spent this year ramadhan in my hometown. start counting ramadhan. lets prepare together.

Monday, May 28, 2012

me: teguhkan

beberapa hari lepas. timbul lagi satu persoalan.
well, the good things. ALLAH answer me.
dengan cara yang tak disangka.
mungkin kerana ikhlas. ikhlas mencari ikhtiar untuk satukan hati-hati ini.

usrah. lagi sekali. naqibah hanya memberi teguran dan nasihat dengan hikmah. manis. itulah mengapa hati ini merindukan hati-hati dalam bulatan itu. katanya kalau kita masih belum baik. maka orang sekeliling juga akan terkesan - baik atau buruk.

benar, saat hati terasa sudah baik. bila diberikan sedikit kelupaan, baik itu terus disedut keluar. sehingga hati menjadi kosong. benar-benar kene mujahadah.

topik asal. satukan hati-hati ini adalah umpama tentera semut mencari gulanya. mencari manisnya. sungguh ini cabaran. bila kita 24/7 bersama. kita mengenali hati. mengenali baik dan buruk. mengenali sempurna dan kurang diri mereka. kadang-kadang kita juga harus jadi sempurna. akulah cermin mereka. akulah yang memantulkan mereka.

marilah menjadi kreatif. marilah menyusun stratergi seperti mahu perang. seperit fokusnya dirimu dengan pelajaranmu. 


tapi ada satu yang masih belum selesai. bila hati ni nak jadi besar.

monolog kacau-bilau.

Friday, May 25, 2012

Thursday, May 24, 2012

what makes you beatiful


well. topik ini merujuk kepada arkitek. he-he. ada pengakuan dari seorang teman.
dia kata budak seni bina ni kacak. tu yang lelaki. yang perempuan pula. cantik. COMEL-comel semuanya.
tak macam budak IT.

senyum.
mungkin betul. masa kelas elective juga begitu.
menurut budak-budak seni bina, arkitek ni suka benda cantik. beautiful. itu antara sebab kenapa mereka jadi arkitek. sebab nak buat benda cantik.

lagi, novel.kalau baca novel.
antara kerja paling top untuk hero adalah arkitek.
novel bukan realiti. khayalan semata.
tetapi menunjukkan ramai juga yang teringin nak kahwin dengan arkitek.
he-he.saya?
..............




wah, kembang hati. muka pun terasa makin COMEL!
tapi kene la beringat. kalau cantik yang kamu cari, cantik juga la kamu dapat.

tapi sebenarnya,
budak seni bina bukan semuanya kacak.
kalau tak cukup tido, memang tak da rupa.
kalu duk kejar submission, tak da nak jaga diri.
selamba saja dengan seluar pendek. selipar jepun. nasib baju pakai.


sumber: faith in ALLAH 

Indeed, Allah is beautiful and He loves beauty.
[Sahih Muslim, Book 1, Number 0164]

hakikatnya, ALLAH pun suka cantik. DIA cipta manusia semuanya sempurna. cantik dan hensem.
mata kamu saja yang menipu. tengok cantik rupa atau cantik hati?

Wednesday, May 23, 2012

evolution vs creation

last week. elective class. thinking architecture.

i need to read 1 chapter only from Darwin's Island - the Queen's Orang Utan by Steve Jones.

i read the chapter. almost 45 pages. the author explain about Darwin's theory. the evolution. the explanation started  with the Queen research about Orang Utan. what i remember, orang utan is one of primate group. the primate group that near with human is chimpanzee. it said that almost 98%  characteristic  of chimpanzee close with human.

then, explain how the protein cell from ape evolve become human. every stage took million years. about skin color. the africa more black compare to europe and asean. racism. the survival skill. ape don't cook compare to human. how it started cover it body. it's explain about Adam and Eve, and the author know about Adam and Eve the first human, came from heaven but still explain about the evolution. the DNA. the DNA changes because of disease. and suddenly explain about the brain. what i understand, the author can not explain as detail as he can about how brain would evolve. however, the different between ape and human is the brain. the author explain that . Chimpanzee learns, but they do not teach: they ape but do not educate. 

ok. balik bahasa melayu. kesimpulan akhir chapter ini sangat menarik. Charles Darwin was well aware of the limits of his theory


my opinion, u have to open ur heart to read this book. when i read this reader, the question "where i came from?". dilemma. the good thing is i know harun yahya has book the explain about the evolution. the book is the Evolution Deceit. thus, it make things more clearer. Harun Yahya explain with strong arguments from the evolutionist and also from the Holy Quran. 


All of these features are the functions of the soul that man possesses. The soul is the most important difference that interposes a huge gap between man and other creatures. No physical similarity can close this gap between man and any other living being. In nature, the only living thing that has a soul is man. 

masa sekolah lagi dah belajar apa yang membezakan manusia dan haiwan, juga malaikat dan syaitan. 

selepas baca buku  Darwin's Island tu berperang juga la otak ni. feel insane. tak boleh terima langsung hujah-hujah Steve Jone tu. berat sungguh jiwa dan hati. lepas baca Harun Yahya baru rasa boleh jejak tanah balik. baru boleh terima. memang kene kuat iman jugak la kalau nak baca buku-buku macam ni. pastu tiba-tiba datang idea nk buat cerita pasal dua-dua buku ni. pencarian seorang hamba. menuju Tuhannya.

tu baru Darwin's Island tak lagi buku-buku lain. tahniah!

well, i have 5 more readers to be done. next, Steve Job, an apple icon.

Tuesday, May 22, 2012

the answer

sesetengah persoalan kau tidak akan dapat jawapannya secara langsung,
setelah kau melewati beberapa ketika hidupmu,
jawapan-jawapan itu hadir di hadapanmu tidak disangka-sangka,
kau tahu itulah hikmahnya.
jangan kau tamak.
belajarlah sabar.
bersyukurlah!

aku: I'M FREE. terima kasih!

Saturday, May 19, 2012

satu misteri


velvet di Durham.poet and philosophy. thinking architecture.worldview.

can this be as my worldview?

love like a spring.u spread through a nice smell,u give honey to bees and u enhance through color. beautiful~ 

 yes, it inspired by the song bonds of love - Raihan.


it's smile with broken heart.


start with: don't give hope if u can;t fulfill it. yet u just broke another heart.


 i wish i don't heard that words.


thanks for everything. let;s move on. 


LIVE WELL...
 

Wednesday, May 16, 2012

teacher's day

16 may. teacher's day.

umi, ayah saya adalah guru. guru pada anak-anaknya. juga pada bangsa.
hampir 25 tahun.

perasaan belajar sendiri tak sama dengan tunjuk ajar guru.

guru juga adalah inspirasi.
guru yang baik buat kita rajin belajar.
guru yang garang beri kesan tanpa kita sedari.
kadang-kadang bila dipaksa ada baiknya.senyum.

jangan benci guru. jangan kutuk guru.

baru-baru ni, bila dekan tegur. wargh, rasanya!
bila dapat tutorial lecture yang tak suka. wargh, selamat bertabah!
ALLAH nk tgk how struggle u r to improve urself, khaulah. berusaha!

 kalau saya sedang bercuti mahu terbang kembali ke sekolah. meraikan mereka.
saya ingat mereka. dari tadika hingga sekarang.

terima kasih, muallim!

Monday, May 14, 2012

penat


penat. penat bukan fizikal. penat dengan perasaan.

hati tabahlah. untuk hati jadi besar inilah dugaannya. terima lah!

mengingatkan diri sendiri, sabarlah hati. sabar lah seperti hadis di bawah.

Sabda Rasulullah SAW : “ Seorang muslim apabila dalam pergaulan dia disakiti lalu dia sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh manusia, lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia TETAPI dia tidak sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh mereka.” ( Riwayat Imam Tarmizi )

 Muslim yang bercampur dengan manusia dan bersabar dengan karenah mereka lebih baik daripada Muslim yang tidak bercampur dengan orang. (Syeikh Dr Juma’ah Amin Abdul Aziz, Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin) 

bila baca balik text ni: membina generasi rabbani. peringatan buat diri sendiri!

hati ini kecil. hati ini sensitif. kadang-kadang hati juga menjeruk rasa.

sungguh hati terasa. bukan sekali. tapi berkali-kali.

maafkanlah bila hati tak sempurna.

hati, sila lah berlapang dada!

Tuesday, May 08, 2012

sleep

ingat lagi, bermula dengan jumaat. tiada rehat. ada saja nak buat. semua nak capai. gapai. kejar.

tetapi tak semua kita dapat. walaupun cuba juga. sabtu. kepenatan tidak hilang lagi. menyusun jadual. jumpa han-piya. ahad, usrah. group meeting.

bersambung sehingga isnin. sampai malam.

hari ni sudah selasa. selesai. satu.

tidur. orang kata tidur cukup 7-8jam. saya, tidur adalah sebahagian kehidupan. ibadah.

kesibukan yang melanda, menetapkan tidur sebagai rehat. tidak peduli cukup atau tidak. asalkan tidur.

sekarang mengantuk, tetapi seperti berlawan dengan diri. dengan banyaknya kerja lagi. tidak mahu tidur. sambil masih lagi sempat berupdate blog.

tujuan utama nak cakap, tidak merasakan tidur sebagai keperluan.rutin kehidupan - kitaran. itu saja.

ok. nampaknya memang kene tidur!

Monday, May 07, 2012

another books


sabtu. 5.5.2012.

again. cause of cik piya. i go again to KLIBF.

gerak pukul 3. sampai dalam 4.30pm. at entrace, da siap dgn dengan. list dalam kepala.

5.20pm done dengan segala pembelian. Buku tebal sekali tu ada konflik. di atas flyer, tulis RM 47.50. sepatutnya 10% discount, RM 42.75. di belakangbuku tulis, RM 52. kemudian, mereka bagi diskaun RM 46 mengikut harga asal RM 52. sebelum tu mereka kata RM 50. terbeliak mata. hampir ada argumentasi di situ. nasib baik ada yang memantau. heh!

oleh kerana ada baki lagi, beli buku nipis sekali untuk hadiah!

buku rudy hirdy itu permintaan momo, ini buku pertama. yg kedua sudah beli sesi pertama. sebelahnya buku cik piya, bidadari bidadari syurga dari tere liye juga penulis hafalan solat delisa. dua novel yang menyerlah warna itu, permintaan cik momo juga. dan satu buku tarbiah itu adalah kesilapan dari sesi pertama. tersilap beli no. 1. tp x mengapa, saya boleh guna nanti. ha-ha.

puas hati? tak. masih tak puas hati. ada banyak lagi buku nk beli.

kebanyakan orang yang saya temu, mereka kata kurang nk pergi ke pesta buku sebab buku-buku yang lepas tak sempat nak baca. hmmm...

saya? buku-buku yang sebelumnya bukan tidak kesempatan untuk dibaca tapi ada saja yang meminjam. lambat pulangkan. maka, buku dari pesta buku ini insha-ALLAH habis. tahun ini, saya rasa saya sudah baca hampir 40 buku (10 darinya sastera dan buku ilmiah). bunyi ayat perasan disitu. he-he.

anda bagaimana?

Friday, May 04, 2012

Hati membesarlah!





 
 
ketika kubaca firman-Nya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku merasa, kadang ukhuwah tak perlu di risaukan
tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
    itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
    dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
    meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

    ya, kubaca lagi firman-Nya, “Sungguh tiap mukmin bersaudara”
    aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan
    karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
    saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
    saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai

    aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita
    hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
    mungkin dua – duanya, mungkin kau saja
    tentulah terlebih sering, imankulah yang compang – camping

    kubaca firman persaudaraan
    dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan;
    ‘para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain…
    kecuali orang – orang yang bertaqwa”

    (Salim A. Fillah, dalam buku “Dalam Dekapan UKHUWAH”)
 
hasil pencarian dari cik piya!
nota hati: saat bertemu terasa manisnya
saat terpisah rasa rindu menggebu-gebu.

Thursday, May 03, 2012

pencinta buku



1 Mei 2012.

awal-awal pagi sudah bersiap untuk ke pesta buku. dalam 8.30 pagi sudah keluar tunggu bas. naik lrt kelana jaya- masjid jamek- pwtc.

malam sebelumnya sudah siap buat senarai buku utk dibeli. ada juga buat kira-kira. sambil memohon untuk dapat tajaan. rasanya senarai itu banyak juga. ada lah dua muka surat saiz kecil dari A5.

tidak pasti seberapa tepat kami sampai PWTC. orang ramai tapi tidak sesak. nampak budak al-amin bangi berserta muallimnya. ha-ha. cik yiba sudah lari-sembunyi risau kalau tuan itu mengenali dia. ha-ha.

booth pertama dituju Pustaka Salam. kerana buku tarbiah adalah yang terpenting manakala novel kemudian. setelah Pustaka Salam. ke booth Ameen books. untuk momo. buku jawinya.

dan ke telaga biru. kerana dalam senarai buku sudah kami tandakan booth buku yang ingin kami tuju. di telaga biru tiada buku yang saya mahu. cinta Granada kesinambungan rindu Andalusia. dibooth ini terasa sedikit kerugian bila mana harga buku hanya dipotong sebanyak 10% sahaja banding dengan booth-booth yang lain. ada makluman tambahan selepas kami pulang baru tahu ada booth kedua di tempat lain. erm, kalau orang ramai sedang bersesak-sesak di dalam tidaklah berbaloi untuk kami panjat tangga pergi ke booth yg diskaun lebih murah. hal-hal ni tidak harus dibezakan di pesta buku yang sememangnya ramai orang pergi.

habis disitu, terserempak juga dengan booth lain dimana bukunya sangat menggoda jiwa. yiba apatah lagi sudah pesan awal-awal tiada dalam senarai haruslah diabaikan. begitu juga bila mana yiba gatal saja tangan capai buku yang menarik. apakan daya tahun ini budgetnya kurang. terpaksalah menahan rasa.

setelah itu bergerak ke booth novel. yay, jemari seni. ada penulisnya di situ. potongan harga juga sebanyak 25% sangat puas hati. begitu juga dengan gempak starz, walaupun potongan harga hanyalah 50sen, tetapi pengurusannya puas hati.

manakala di galeri ilmu, booth sangat kecil tidak sesuai dengan terbitnya buku-buku terbaru dari ustaz hasrizal, fatimah syarha dan seangkatannya. lagi-lagi hari tu juga diheret masuk rabbani ke booth mereka yang mana telah menambah sesak jalan di booth mereka. mungkin itu yang mereka. oleh kerana masalah ini telah buat saya terus hilang mood untuk membeli buku. seharusnya negative komen begini tidak seharusnya saya lontarkan pada booth yang menerbitkan buku ilmiah, motivasi dan beragama. tetapi sekiranya pengurusan tidak bagus bukankah boleh menimbulkan fitnah.

apa yang saya beli di galeri ilmu? majalah anis 3 naskhah  sahaja. 3 naskhah harganya dibayar dengan orang bersesak dan dengan sistem cashier yang lembap dan tak produktif. kecewa saya bukanlah pada pesta buku tahun ini. begitu juga dengan tahun lepas. sekiranya mereka menambah baikkan tidak lah banyak komen dari saya tetapi tahun lepas sama dgn tahun ini malah lebih buruk, apa lagi boleh kata? jangan tanya saya kenapa tidak beli buku lain.

setelah itu, PTS menyejukkan hati saya yang terkilan dengan booth diceritakan diatas. boleh tarik senyum. kemudian mencari selebihnya.



oleh kerana, bekejar dengan group meeting terpisah begitu sahaja antara saya dan yiba. malah, tidak berkesempatan utk bertemu kak natt comel.terkilan, kecewa pun ada. hu-hu.


inilah hasilnya.sebelum balik.sempat kami snap sebelum berbagi-bagi buku. tapi yang penat saya lah. dua beg bawa balik. esoknya sakit satu badan. tapi berbaloi. puas hati!


Wednesday, May 02, 2012

yellow weekend

hari tu, tarikh 28.4.2012 sebenarnya telah dirancang. ada program. talk pasal ISK tapi dalam english version. tapi ada permintaan untuk menemani seorang akhawat. lalu, memberi persetujuan. namun, keputusannya masih diatas pagar.dilemma.

pada pagi itu, keputusan masih belum muktamad. dalam pukul 10 seharusnya ISK sedang berlangsung tapi ketika itu masih belum ada keputusan. pergi atau tidak. akhawat yang harus ditemani masih lagi dalam perjalanan. waktu berkumpul pukul 11.30pagi. jadi, dia tidak dapat menyertai. dalam kelam-kabut itu, ada seorang akhawat lagi juga mahu menyertai saya bersama akhawat ini. oleh kerana akhawat Z tidak ikut maka saya ikut bersama akhawat Y.

waktu itu hati sangat berat bila mana saya ingin pergi program OUH (ISK). oleh kerana hati berada antara dua, lalu saya text ayah. apa yang diharap lain pula jadinya. ayah benarkan saya pergi. aduh. saya dengan restu umi ayah, berpergizn. dengan naqibah juga saya mohon doakan. seolah-olah seperti mahu pergi berperang.

sewaktu melangkah keluar, saya hanya membawa diri. selepas itu,baru ada yang memberi tips. bersedia sedia untuk yang terburuk.

pukul 11. bertolak. melalui LDP. sampai ke KL sentral. rupanya disitu, jalan ditutup. lalu kami letak kereta berdekatan stesen Tun Sambanthan. kemudian berjalan ke KL sentral - Kuala Lumpur - Pasar Seni - Masjid Jamek - Masjid India. adalah hampir 3km berjalan.

sampai disana, menanti waktu zuhur dan Masjid India dibukak. bila masjid dibuka, bersiap dgn wudhu. dan zuhur berjemaah. selesai solat, ada yang sedang memberi ucapan sepatah dua. orang yang sepatutnya kami temui terpisah kerana ramainya orang. mendengar ucapan dari beliau. ada statistik yang mengejutkan.

sebelum itu, sepanjang perjalanan, hati tertanya-tanya. kenapa ikut sertai ini. engkau tahu apa tujuan untuk tarikh ini? aku imbas kembali. ya, saya tahu. saya tahu tujuan saya. saya tahu apa yang saya lakukan ini.

setelah selesai ucapan, bergerak ke tempat utama. merdeka square. berjalan. duduk. kemudian bangun. masih menanti tempat utama dibuka. panas. mencari tempat berteduh. antara pukul 2.45 hingga 3, talian disekat. talian komunikasi dihalang. hati berdebar. bersiap sedia!

kemudian bangun, bila mana disuruh berundur. ketika itu saat cemas kerana kumpulan tinjauan sedang melihat sesuatu. seperti buka atau tidak. manakala orang dibawah menyeru semua terutama wanita patah balik. lalu kami berundur perlahan-lahan. berjalan. sampai di shoplots, gas pemedih mata telah merebak.

orang ramai kelam kabut. panik. masing-masing lari. mereka tahu kesan gas tersebar.  saya yang kecil, memaut tangan akhawat tersebut dengan kemas. ada 4 lagi ahli yang kami ikuti juga tersepit. terpisah. entah ke mana. dalam hati tidak pernah henti berzikir.

maat perit. hidung dipaksa menyedut gas. tekak juga pedih. antara bernafas atau tidak. sempat saya tutup dengan kain tudung. walaupun keadaan panik, saya masih boleh bertenang. tahu apa yang patut dibuat. saya tahu saya perlukan air. dan garam. air dalam beg. garam tiada. yang saya tahu bertahan. rasa loya. akhawat bersama saya hampir tersepit. saya selamatkan dia kalau tidak pasti dia tercedera.

setelah keluar dari kelompok yang kacau-bilau, saya berhenti di bazar. ada yang hulurkan garam. saya capai. makan macam makan gula-gula. telan. disuruh basuh muka. saya ikut apa saja yang mereka suruh. tidak peduli tudung saya akan basah. selamatkan diri lebih penting.

alhamdulillah, saya ketemukan kumpulan saya bergerak. kemudian kami bertenang. namun, masih ada seorang yang belum ditemui. masih lagi rasa pedih. ambil lagi garam. minum air. kemudian kami lari lagi. kembali ke masjid india. bertenang di sana. ketemu dengan mereka yang saya kenali. juga ahli terpisah dari kumpulan kami. senyum.

kemudian. lari. bukan lari. berundur lagi. mereka tidak benarkan kami lari. hanya berjalan. kemudian, menerima arahan untuk bersurai.

kumpulan saya bergerak mencari stesen lrt. sambil mencari ada juga kami selamatkan diri. sehingga di stesen bandaraya - sogo. kami ingin naik star lrt tetapi ada kekecohan disitu. kami berundur lagi. sehingga hampir ke jalan TAR. saya kenal Tune Hotel. saya tahu disitu ada monorail.

dan itulah tempat tuju kami terakhir. sepanjang jalan pergi dan balik. kami lihat kuning. juga dalam monorail. kami tuju stesen Tun Sambanthan. di situ ada kereta kami. tanpa sedar kami telah buat satu pusingan.

dan alhamdulillah, kami selamat. ada pengajaran dan pengalaman.

rasa: seperti seorang hero. bak kata momo: khaulah al-azwar merasuk. i'm part of history.