Thursday, August 06, 2015

cerita angan 1

seperti tema studio semester ini Matter and Memori. saja tulis dari bahagian angan-angan menulis satu cerita tentang seni bina.

pukul 7.30 pagi, Wafa keluar rumah. walaupun hari ni hujung minggu, dia bangkit awal kerana ada temujanji 'reunion' dengan kawan satu kuliah dahulu. tidak mereka maklumkan waktu pertemuan secara tepat cuma diberitahu 'kita jumpa sarapan pagi nanti,'.

kalau ikut definisi Wafa, waktu sarapan pagi adalah dari waktu selepas subuh antara 7.30 hingga 10.30 pagi. jadi, sebab itu dia bangkit awal keluar menemui teman-teman yang menanti. apatah lagi, perjalanan dari rumahnya ke tempat pertemuan memakan masa hampir sejam sekiranya berlaku kesesakan lalulintas. waktu pagi di hujung minggu begini tidak Wafa berapa pasti. lagi pula, dia masih belum ingat jalan kotaraya ini walaupun tempat tersebut sudah berkali-kali dia pernah sampai. sebab bergantung sangat pada GPS, jadi dia hanya ikut ikut arahan dari mak cik GPS. kalau disuruh kek kiri, ke kiri lah dia membelok. kalau jalan terus, lagi laju dia pecut. sekiranya arahan diberi lalu jalan mati, terkial-kial wafa cari jalan. dia adalah tipikal wanita yang tidak pandai baca peta walaupun jalan itu hari-hari dia lalu.

Wafa mula memandu keluar rumah. buka radio sebagai teman untuk berhibur. pagi-pagi ini mudah sangat untuk dia mengantuk. ramai pula  orang pagi, Wafa terlupa. malam tadi, masjid ada buat ceramah dan qiyam. sesak sedikit jalan di kawasan rumahnya dengan orang yang baru dari masjid. mungkin baru selesai tazkirah pagi. jarang-jarang dia dapat melihat suasana sibuk begini di satu pagi hujung minggu. Wafa menarik senyum.

setelah melepasi kesibukan jalan di kawasan perumahannya, Wafa kini menikmati perjalanan yang lancar dan tenang. jalan sedikit. jarang-jarang ada kereta dari belakang ingin memotongnya.  Wafa sedikit terasa bebas untuk memilih laluan sama ada kiri atau kanan. untuk bersantai, dia memilih laluan tengah. bila terasa sedikit mengantuk, dia memilih laluan paling kanan. ditekan pedal minyak untuk tambah kelajuan.

selepas 45 minit, Wafa sampai ke destinasi. Restauran Murni di Subang Jaya. Andy yang masih berhubung dengan Wafa memaklumkan pertemuan ini. menurut Andy, ada beberapa teman akan ikut serta 'reunion' hari ni. semuanya teman waktu dia belaja master dahulu. sangka Wafa, semua masih di luar negara.

Wafa parking kereta depan restoran. Wafa intai restoran itu dari dalam kereta. tiada yang dia kenal. Wafa text Andy memaklumkan bahawa dia sudah tiba. takut-takut Andy belum bangun lagi. orang lelaki selalunya susah nak bangun. Wafa tunggu dalam kereta seketika.

'bip.'

ada mesej masuk. Wafa bukak.

"sorry, Wafa. aku tunggu Chua kejap. Joanne dengan Ella sampai kejap lagi. kau book tempat dulu, 6 seat, plz. thanks"

selesai baca mesej dari Andy. Wafa keluar dari kereta dan masuk ke dalam restauran. dia memilih tempat dekat pintu senang untuk dia menyapa teman yang tiba nanti.

"order kak," pelayan datang tegur. Wafa mengangkat muka dan senyum.

"kejap lagi.," pelayan mengangguk dan berlalu.

Wafa diam di mejanya. menanti teman yang lain tiba. Wafa mengira 6 orang yang  ikut serta 'reunion ini. selain dia, Andy, Chua, Joanne dan Ella baru 5 orang. siapa gerangan yang ke-6. Wafa tertanya-tanya. kalau ikut batch dia, tidak ramai dari Malaysia. Wafa mengira sekali lagi.

"hey, Wafa!" suara wanita menyapa pendengaran Wafa. Wafa mengangkat wajahnya. Joanne dan Ella sudah sampai. segera dia bangkit memeluk kedua-dua gadis tersebut. gembira dan teruja dia bertemu dengan teman sekuliah ini. walaupun hanya setahun tidak berjumpa terasa seperti bertahun-tahun.

"hey guys. how are you?" sapa wafa. setelah selesai sesi peluk-memeluk, masing-masing mengambil tempat. Joanne dan Ella menarik senyum gembira.

"so happy to see you guys," ujar Wafa. selepas itu, bermacam-macam soalan keluar. masing-masing berkongsi cerita terbaru kehidupan selepas graduasi. kata Joanne, dia baru sahaja kembali ke Malaysia. balik sempena tahun baru cina. selepas dia akan kembali ke Australia. manakala Ella, balik selepas 6 bulan mengembara tanah Eropah.  dia kini sudah bekerja di firma arkitek di subang jaya berdekatan dengan restoran bertemu ini. Keluarga Ella juga tinggal berdekatan di kawasan ini. Ella juga yang menjemput Joanne. tempat tinggal Joanne tidak jauh dengan Ella. sejalan menurut Ella.

20 minit kemudian, Andy tiba dengan Chua. sebenarnya Andy bukan tiba berdua dengan Chua tapi ada seorang lagi tetamu. Andy dengan Chua sengih lebar memperkenalkan tetamu istimewa hari itu. Wafa, Joanne dan Ella juga terkejut dengan kehadirannya.

"Louis!" Wafa, Joanne dan Ella serentak menjerit nama teman mereka. Louis senyum berlagak cool.

"Hi Ladies, how its going?" sapanya. Joanne dan Ella mengubah posisi tempat mereka. membenarkan Andy dan Chua mengambil tempat mereka manakala Louis duduk mengadap Wafa.

"korang dah order ke?" tanya Andy. Joanne menyahut dan membebel pada Andy. dia sudah lapar dan terpaksa tunggu Andy sampai untuk order. teman yang lain hanya ketawa. faham dengan perangai Joanne. setelah selesai urusan memesan minuman dan makanan. Andy mula berbicara. saling bertanya khabar.


Andy memaklumkan bahawa dia terus bekerja setelah habis master tahun lepas sama seperti wafa. begitu juga Chua. cuma Chua tidak bekerja di Kuala Lumpur. dia di Pulau Pinang kerana keluarganya tinggal di Pulang Pinang. sengaja dia ambil cuti untuk turun KL  semata-mata untuk ikut serta 'reunion'. Chua juga buka rahsia, bukan Andy yang rancang reunion ini tetapi si Louis.

masing-masing pandang Louis. muka terkejut. hairan.

"man, can't you keep it as secret!," marah Louis dengan nada bergurau.

"i just arrive here last 3 month, my company sent me to Malaysia. but i handle the project in JB. so i've been busy for this project. now, am just get back to my HQ here," Louis bukak cerita asal-usul kenapa dia boleh sampai ke Malaysia. firmanya di Australia dapat projek di Johor. Dia jadi Project Designer untuk projek tersebut. dia memohon maaf kerana tidak memaklumkan sebaik sahaja dia tiba di Malaysia. sebab itulah dia meminta Andy uruskan 'reunion' tersebut. walaupun dengan sarapan pagi. seperti masing-masing maklum, kalau untuk bertemu selepas waktu bekerja sudah pasti sangat susah. ada baik juga mereka bertemu awal pagi. jalan raya tidak sibuk bila keluar dan sangat lengang. orang pun tidak ramai dan tidak bising untuk mereka berbual.


apabila makanan sampai, masing-masing senyap sekejap. menikmati makanan yang dipesan. Wafa memerhati, Louis tidak kekok makan nasi lemak dan teh tarik. sesetengah orang luar, tidak tahan pedas, berbeza Louis. kata Louis, dia suka makanan Malaysia. dia juga belajar makan pedas.

selesai makan, mereka bukak cerita lain. bagaimana dengan kerja. apa yang sedang mereka uruskan. bercerita tentang suasana bekerja. pasal bos. semua yang berkaitan dengan industri seni bina. ada yang handle 2-3 project. ada yang dapat project besar. ada yang design proposal memanjang. buat proposal tapi project status masih lagi pending. Wafa seronok mendengar cerita khabar teman-temannya. seperti selalunya, dia bukan yang banyak bercakap. banyak mendengar. sesekali sahaja dia menjawab bila ada yang bertanya. sikap malu masih belum terhakis.

kadang-kadang bila Andy dan Joanne bergaduh terkeluar bahasa mandarin. Wafa senyum sahaja. melihat keadaan itu, Louis cuba berbual dengan Wafa. Louis memaklumkan bahawa pejabatnya di Ara Damansara. balas Wafa, walaupun duduk KL dia buta jalan. balik nanti dia belum tentu dia akan sampai terus. Louis gelak. mendengar cerita Wafa terasa kelakar.

"i dont think its funny," jawab Wafa. perbalahan kecil itu menarik perhatian 4 teman yang lain.

"nasib masa di Aussie you tak drive Wafa," tambah Joanne.

"kalau tak, you sesat entah ke mana nanti. susah kami nak cari," sahut Ella.

telefon Andy berbunyi menyebabkan semua berhenti bercakap. Andy segera menjawab dan menjauhi meja makan mereka sebagai tanda dia perlukan privasi. sementara Andy dengan telefonnya, Chua meneraju perbualan mereka. Wafa perasan Chua dan Louis cuba bercakap bahasa Melayu dalam perbualan mereka. dua bangsa yang berbeza sedang meraikan bahasa ibundanya. Wafa terasa kekok untuk membalas perbualan mereka.

"it's very impressive when you can talk in Malay," tambah Ella. Louis gelak.

"sebab saya jatuh cinta dengan Malay Lady," bersahaja jawapan Louis disahut dengan sorakan dengan temannya.

"siapa? where you jumpa that girl?" sepontan juga Wafa bertanya. tertarik dengan jawapan Louis. Louis hanya gelak. serentak itu juga Andy kembali ke meja. memohon kerana dia terpaksa undur diri dulu. oleh kerana Chua datang dengan Andy, maka dia juga terpaksa ikut jejak Andy. dengan tindakan Andy, masing-masing tengok jam. sudah hampir pukul 11 pagi.  maka, semua berkeputusan untuk pulang juga. pada yang sama, masing-masing sibuk membayar makanan tetapi mendapat kejutan bahawa sudah dibayar oleh Louis.

kata Louis, sebab dia ingin berjumpa dengan teman sekuliah maka dia belanja semua. semua berterima kasih pada Louis. walaupun mereka cuba membayar tetapi Louis menolak. dia gembira dapat belanja temannya makan.

setelah semua berlalu, Wafa menuju ke keretanya sambil berfikir ke mana hala tujunya selepas ini. hari ini dia tiada agenda spesifik untuk dilakukan. Wafa membuka pintu.

"Wafa!" ada suara yang memanggilnya. Wafa menoleh. Louis yang memanggilnya.  Louis senyum padanya.

"this is for you," Louis menghulurkan beg kertas padanya. eh!?

Wafa serba salah untuk menerima. kenapa Louis beri hadiah padanya? tiba-tiba pula tu. Wafa memandang beg kertas tersebut, kemudian memandang Louis. penuh tanda tanya. Louis hanya senyum.

"ambillah. untuk Gadis Melayu saya suka," tambah Louis dengan pelat Aussienya. serta merta juga buat Wafa tercengang. melihat reaksi beku Wafa, sengaja Louis buat-buat tarik tangan Wafa. secara refleks terus Wafa  terima hadiah dari Louis. Louis gelak. dia tahu Wafa tidak akan bersentuhan dengan lelaki.

"jumpa lagi, Wafa. Assalamualaikum!." Louis berlalu. Wafa tercengang!