Friday, December 23, 2016

post-result

exhibtion master berakhir pada 2 Disember yang lalu. seminggu di rumah nombor 12. berehat. pada 13hb kemudian kontrak sewa bilik berakhir. sakit kepala cari rumah. berakhir di rumah bernama RA. cukuplah singkatan RA. RA bukanlah pilihan terbaik tapi hanyalah untuk sementara. SEMENTARA dan tidak berharap untuk apa-apa kebaikan.

barang masuk di RA. tapi masih lagi tinggal rumah nombor 12. kerana jiran sebelah. jiran sebelah budak master. juga habis semester ini. dia pulang pada 22hb. jadi luangkan masa bersama dia. movie marathon. segala jenis movie kami tonton. anime studio gibli. hindustan. bollywood. korea movie. hong kong movie. semua.

hari ni. 23hb. secara rasminya aku masuk dan tinggal di RA. rumah kosong. tempat tumpangan. tempat untuk aku susun balik masa depan aku. kosong dan sunyi.

aku merancang untuk update setiap hari sebelum tahun baru. sedikit luahan untuk tahun 2016. yang aku rasa sangat bermakna. pengalaman baru. suasana baru. kawan baru. aku jumpa ramai orang. sekejap tapi bermakna.

oh pasal keputusan projek sedikit mengecewakan. pensyarah kedekut markah. tapi tak mengapalah. aku dah lulus. alhamdulillah. malas dah nak fikir. dah dapat master ni pun syukur sangat. susahnyaaaaaaa!!

Thursday, November 24, 2016

si azril

misi untuk kukatakan sukaku pada si azril tercapai. azril si lelaki tinggi. bukan melayu. pernah menjadi jiran mejaku. hari ni peluang. aku nampak dia seorang. aku ambil peluang. aku senyum gedik. mengatakan padanya. aku mulakan dengan soalan tentang hati dia. hati dia sudah dimiliki. aku katakan padanya terima kasih hadir dalam hidupku. dia inspirasi untuk aku terus kuat. selalu duduk studio. suaranya. dari jauh sudah boleh kutahu. dia sangat lembut. sebelum dia balik aku hentikan untuk misiku. aku terus senyum walau selepas aku palingkan wajahku dari nya, aku menangis. 

aku juga katakan padanya aku akan pulang tahun depan. aku yakin aku tidak akan berjumpanya lagi. esok aku akan berjumpa lagi. aku tak tahu macam mana nak move on. life is hard. semestinya. 

gambar curi azril sebelum submission. 


Saturday, November 05, 2016

13 hari

tempat duduk di studio dah bertukar dari akhir semester lepas. sekarang sini la tempat lepak baru. 
meja dan sofa. tempat tidur.
13 hari lagi. 
stress. 





Friday, October 21, 2016

post-birthday

lepas bersenang sambut hari jadi . cek kalendar akademik. berbaki 5 minggu sebelum ke final presentation. masa usrah minta berkompromi dengan naqibah. masalah tidur datang kembali bila masalah pasal usrah. D&T datang. berat. jadi banyak fikir. ubat tidur doktor bagi nak habis. no repeat. dah beritahu doktor tidur saya makin ok. doktor gembira mendengarnya.

bila buka pekung dada. maknanya dah terlambat. aku diminta berkompromi. masalah usrah. aku jadi takut balik nak jumpa orang. kes melbourne aku dah maafkan. aku dah lembut hati. tapi ingatan itu tetap kekal.

aku berkompromi dengan naqibah. aku tak nak pegi katibah. naqibah aku suruh datang juga. aku minta datang ahad. naqibah aku suruh aku hadir penuh katibah. aku cakap aku datang sabtu. jumaat aku kelas. aku malas nak beratkan masalah aku lagi. naqibah akur.

sabtu aku dengan lambat aku bergerak. aku diuji lagi. train stop tengah perjalanan. di Gosford. ada bushfire. aku terkedu. patah balik atau teruskan. aku tunggu dua jam. Allah mudahkan. pukul 3, train bergerak ke sydney. sampai pukul 5.30. penat. satu hari perjalanan.

aku fikir hikmahnya Allah nak uji aku. ikhlas tak. aku minta Allah tunjukkan inikah jalan terbaik. teruskan ke Sydney. Allah arahkan aku ke sana. tetapi sebenarnya Allah nak aku siapkan diri dengan muka senyum. sembunyikan sedih aku. Allah pendekkan masa aku dengan mereka. Aku temu mereka dengan keadaan jadi aku tiada nak fikir masalah emosi aku. aku tenang.

ahadnya berprogram lagi. petangnya ada famili day. dan pulang. aku dihadiahkan oleh usrahmate sejambak bunga. dan hadiah mug. aku tak harap sangat. sebab aku akan datang aku akan sakitkan mereka lagi. sejambak bunga itu macam Allah makbulkan doa aku. nak beli bunga. memang sejak dua minggu ni, aku mula beli bunga letak di studio. bagi aku gembira. terapi.

jadi masuk minggu ini, maka tinggal 4 minggu untuk siapkan segala urusan belajar aku. dari finalized design. kene buat report. kene buat buku. print and publish buku. kene prepare presentation. skrip sekali. berserta model. banyakkan nak buat. Alhamdulillah, Allah mudahkan. dan hari-hari aku hanyalah studio dan rumah. sekarang ni aku dah siap tempat tidur distudio. aku dapat sofa. ha-ha. mungkin next entri aku patut masukkan semua gamba ni.

kerana tinggal 4 minggu. aku mula left usrah group. block mereka. contact mereka masuk reject list and spam msg. jadi sebarang komunikasi mudah alih aku telah sekat. aku tahu aku buat begini mereka akan risau. tapi aku pun tak tahu mana lebih baik diri sendiri terluka atau lukakan orang lain. yang penting aku nak natural. segala aku buat ni nnt aku tak nak salahkan sesiapa nnt. hanya aku dan Allah.

ahli usrah mula hubungi aku. mereka mula risau. tapi belum cukup. saat ini ujian taaruf sedang berlaku. aku bukan ada kawan nak lepak. kalau mereka tahu aku bagaimana, mereka akan kerja kuat. tiada guna aku bagi isyarat lagi yang aku sakit. aku masih belum penting untuk mereka. jadi aku perlu nyahkan mereka. aku perlu tidak mementingkan mereka lagi. aku tahu apa mereka buat kerana tindakan drastik aku. sekejap lagi senyaplah mereka. mereka ada hidup mereka yang perlu mereka fokuskan. aku bukan sesiapa. hanya sebulan aku perlu abaikan mereka. kerana aku perlukan ketenangan. aku tak mahu masalah tidur aku kerana mereka. aku tak mahu stress kerana mereka.

hayatilah kejadian ini dengan penuh hikmah dan mendalam. ALLAH sedang mengajarkan aku sesuatu yang aku juga belum tahu apa akan berlaku masa depan.

jalan masih panjang. semoga apa yang aku alami sebagai kerehatan dan memekatkan lagi aku dalam jalan D&T nnt. maafkan aku. aku perlu positif. sebab aku nak syurga juga.

Friday, October 14, 2016

11.10.2016

pre-celebration. ajak kawan-kawan studio. geng malaysia. asia. kata nak jamu nasi kerabu. bila buat makanan malaysia ni mereka suka. suka makan. janji free.

hari isnin menjamu mereka. tak da mood nak jamu orang lain. bila kita ni tak penting. respon kawan-kawan excited nak makan. ada yang tanya "ada apa?". ada special celebration ke? ha-ha. malu. jawabnya rahsia.

hari isnin. masak. sampai studio semua sudah tunggu nak makan. mereka suka. katanya sedap. alhamdulillah. suka sebenarnya boleh bagi orang makan. terapi juga. terapi hilang stress. bila tahu ada yang sudi makan. release la kan.

lepas semua makan. nak kemas-kemas makan. tiba-tiba ada si teman nyanyi. happy birthday. lol. surprise sungguh ni. ada video dalam facebook kalau nak tengok. terharu juga. usaha ye nak korek rahsia. dia kata dia cek facebook. walaupun sehari sebelum pantas betul dia. alhamdulillah. terima kasih hadirkan mereka ini dalam hidupku.

dapatlah cheesecakse dari Woolies. ok lah. kek kecik pun. rezeki. semua orang tahu. ha-ha. azril pula boleh like post tu. orang pertama. kah kah kah. hari yang sama dapat no. mobile dia. ha-ha. hadiah hari jadi lah kan. jadi ramailah tahu bila hari lahirnya. benda baik tak perlu hide. boleh la tengok siapa yang kasih dan sayang aku. lol.

tutor aku datang singgah. semua bagitahu hari jadi aku. jadi tutor cakap dia bagi rehat. kasi relax sebab hari jadi. haha.

malamnya telefon adik bongsu. dia kata untung la ada orang bagi kek. rare kot. mana pernah terjadi begitu. tak pernah la aku sambut begitu. alhamdulillah. ubat untuk sihat.

hari kejadian. aku masih ke studio. kata Emma kenapa datang studio. patutnya relax saja. tapi aku lepak saja di studio tu. lagipun nampak Azril. haha. suka lah.

macam status aku di facebook. syair imam syafie. bila merantau aku jumpa orang baru. ya, geng studio kawan baru aku. aku sedih. aku gembira. aku menangis semua diorang tahu. ada si michael kaki gossip. della teman badminton. XJ tukang makan masakan aku. Danny macam Ali akmal yang boleh aku usik selalu. Ben si 'binatang peliharaan' aku. setia duduk belakang aku. Cole tukang usik ejek aku. Shiny tukang usik layan joke aku entah apa-apa. yang selalu curious pasal agama aku. si Vinc yang asyik cakap melayu tapi guna perkataan 'swear' dkt aku. banyak orang banyak ragam. kalau kawan ausie tak da lah aku rapat sgt tapi enjoy la bila gila mereka berlaku dlam studio ni. kalau tanya aku gembira tak belajar master. aku gembira. gembira dengan mereka. aku syukur sungguh dan terima kasih pada umi dan ayah. sakit ini hanya penghapus dosa aku. inshaALLAH aku akan sembuh. ada orag yang rasa aku sakit aku perlu Nyahkan mereka. hilangkan mereka dari hidup aku. mereka umpama virus yang ingin menjadi kanser dalam hidup aku. aku perlu kuat.

itu je la coretan hari jadi aku.

Sunday, October 09, 2016

henna : inai di jari


ada 3 kisah tentang inai ni.

kisah bila aku bersama orang malaysia. kebanyakan orang malaysia bila tengok orang pakai inai akan ingat orang tu sudah bernikah. tetapi.... bukan aku.

satu hari..

lady A ; kenapa pakai inai?

soalnya sedang kami makan bersama dalam talam.

aku: STRESS.

lain yang satu dulang mengangguk.

Lady B: paham.

katanya paham. sebab cara orang hadapi stress itu berbeza. rasanya tukang tanya ini amik psychology. boleh la relate kan.

sejak datang ausie ni, inai macam terapi. nak kawen tiada yang sudi. jodoh pun tak sampai lagi. tunggu dekat syurga barangkali. lagi gelap warna inai di jari lagi aku suka. bagi satu keyakinan.

dan ada yang menambah...

Lady c: stress sebab tak ada cincin.

LOL!

ada setengah perempuan pakai q-tec thing. yang color pada kuku tu waktu mereka period. (pecah rahsia) tapi bagi aku leceh. nk lekat boleh. nak buang masalah. inai senang. sapu pada kuku. semalaman atau minimum dua jam. jadi warna. tak yah nak fikir nk cuci mcm mana. halal.


kisah dua, bila jumpa Abang Chris sesi tutorial. dia perasan aku warna jari aku. maka aku terangkan lah apakah inai ini. bahasa mudah henna la. orang india lukis atas tangan tu. tapi boleh juga pakai pada jari. aku ini muslim. apa-apa yang aku buat akan impresskan orang luar. mereka ingat orang muslim terutama perempuan ni biasa sahaja. bila aku warna kuku aku jadi mereka akan kagum juga la wanita Islam ni sama macam wanita lain. pakai tudung je yang beza.

kisah tiga, pergi famili day. aku terkedua semua orang arab. mak cik2 pula tu. mak cik2 la semua bawa anak. aku dengan teman aku je yang terang-terang budak uni. beberapa ketika, ada sorang mak cik tegur. bahasa arab yang pelik. pelik lah sebab tak boleh nak hadam.

sebenarnya dia tertarik dengan inai aku. nak tanya aku beli dekat mana. senang cerita aku cakap aku bawa dari malaysia. ada orang terjemahkan. mereka tak faham bahasa inggeris juga. masalah! aku beli dalam tube. sebenarnya ada orang bawa balik mekah. haji ke umrah tak ingat. jari aku ni boleh la 3 - 5 kali ulang pakai. pakai dekat jari je.

diorang tahu inai aku ni henna tapi mungkin pelik sebab aku pakai di jari barangkali. kalau dah perempuan, dia akan berminat dengan kecantikan.

dan bagi aku, inai ni bukan hukum wajib pakai ketika kawin. bukan rukun pun. tak da tak boleh buat majlis. jadi aku sedang melawan arus lah ni. lagi pun kecik-kecik dulu tak pernah dapat pakai inai. sedih la. dah besar ni boleh jaga diri. belajar la nak cantik.


Saturday, October 08, 2016

famous is scary

finally, aku buka pekung di dada. beritahu kawan-kawan (usrahmate) yg bekerja sbg doktor dan bakal doktor bagaimana teruknya depresi aku. amik ubat. takkan lari. hakikatnya suatu hari mereka akan tahu juga. dgn tazkirah tajuk taaruf. sambil curhat.

bila terjadi kejadian yang buat aku makan hati lagi sekali. keadaan tidak mahu berulang lagi. pedihnya sakit itu macam garam disapu pada parut yang hampir sembuh.

cerita yang berulang lagi. aku rasa i'm being judge. people not try understand. i try communicate with language they will understand. but they failed.

aku mulakan dengan bertanya ada sesiapa akan Melbourne?

ada jawapan ya. tapi masih belum pasti.

aku beri jawapan dengan jelas. aku mahu ke Melbourne untuk hadir majlis perkahwinan bekas usrahmate aku. titik. aku tak nak pegi program apa-apa yang berlaku sekitarnya.

aku hanya doa, kalau ALLAH nak aku pergi DIA akan lead the way. begitulah yakinnya aku. yakin sbb kewangan aku tak mampu sebenarnya. ada rezeki dapat pergi lah.

kenapa aku mesti pergi sebab pengantin dah assign aku jadi tukang deko pelamin dia tapi bahasa pengantin - backdrop. nak buang istilah pelamin tu. aku sedang berkorban rasa di sini. saat aku tahu berita dia akan mendirikan baitul muslim aku sedang patah hati kenyataan bahawa lelaki pilihan sudah punya permaisuri hatinya. aku dipujuk bergembira di atas kesedihan diri aku. larakan jiwa aku ni. dah la jauh dari keluarga. pastu sendiri. sebab itu lah post yang lepas bagaimana jadi jomblo happy.

seminggu sebelum ke Melbourne, ada yang sudi belikan tiket pada aku. aku tidak kisah pergi awal. sebab tiket murah. aku cuba flexible. tapi malangnya tukang beli tiket boleh terlupa flight aku tu pagi. boleh dia lupa aku ni tak da kereta. sedih. sangat. boleh dia tidak bukak wassap 12 jam. tak mengapalah. melayang 70 dollar duit aku naik teksi ke airport pagi2 buta. aku pasrah. pujuk diri lagi. rezeki pak cik teksi pagi tu. aku kene ikhlas. aku tetap makan hati. usrahmate pun tak tolong. sedih sgt. worthless.

tukang beli tiket tu igt aku tahu semua detail ke pasal program. itulah yang aku dipaksa pergi program sampai naqibah aku tak ada pun bagi apa2 info. sampai hati sungguh. suka sangat buat assumption. tanya tak. apa2 pun tak. cukup lah setakat ni. aku cancel nak masuk rumah tu tahun depan.

trip Melbourne ini aku namakan XIA YI BU SPRING trip. sebab mula dengan perasaan yang sgt sedih. sedih sungguh. dan ALLAH makbulkan doa aku tak boleh contact dlm tiga hari bilamana aku terpaksa hadir program spring gathering.

terpaksa hadir sbb aku hadir 3 hari awal dari majlis walimah. nak duduk mana? tiada tempat. tempat tinggal yang ada ikut serta pergi program lah. nak duduk hotel. duit pun x ckup. tiket flight bayar dua kali  sbb duit belanja bulanan aku tak macam orang lain. (bila ingt benda aku rasa nak menangis lagi sekali)

makan hati sungguh pasal tiada orang hantar pergi airport. sangat!

tapi aku tak kecewa ikut serta program spring gathering. sebab jumpa orang malaysia. ubat rindu. tempat program cantik sgt. aku naik kayak. main archery. rindu rumah atuk. kg bukit. pengisian yang bagus. sebagai ulangkaji. sebagai jawapan aku tertanya sebelum ini. Allah bukan bagi rezeki di jalan kau tak sangka. juga jawab soalan yang kau ingin tahu dengan penuh hikmah. kau rasa bersyukur walau sedih dipaksa hadir.

dipaksa hadir sbb aku je peserta utk level aku. tapi peringatan untuk keep low. be humble. sedar diri. rendah diri. ilmu yang aku ada apalah sgt. tapi juga improvekan skill taaruf aku. yang mana aku ni pemalu orangnya. masalah social lagi. juga inilah kenangan yang aku ada untuk diceritakan pada orang nnti. cantik kan.

habis program. manalah sangat pusing Melbournenya. pegi library tu je la. mana lagi. kenal rumah akhwat. sibuk siapkan backdrop. separuh hari. malamnya majlis akad. nampak ahli usrahmate. sedih lagi. tiada gembira. tiada rindu menggebu2. mana manisnya ukhwah itu? aku lari lagi. makan hati lagi.

pergi program MEETikram oz. pegi lah sebab nk isi masa. 6 hari kot pergi melbourne untuk satu malam walimah. penat.

kenapa famous is scary?

sbb kisah tiket flight. aku last minute register semua program. may be. hipotesis aku lah. kemudian bila aku sebut nama  aku semua orang kenal. not just newcastle berlaku begini. di melbourne juga berlaku. melbourne dah masuk buku bad list aku.

penat. makan hati. aku tak nak igt part tiket flight dan teksi tu. tolong!

Monday, August 08, 2016

perfectionist yang gugur

hari ni. tengah hari tadi. pergi beli groceries. tunggu bas. text kawan. naik bas simpan phone. sampai kedai. turun bas. lintas jalan. misi nak jimat kena keluarkan duit dulu supaya tak belanja lebih.

teeet...duit keluar. simpan dalam purse. cek poket. ringan. ada benda hilang. ya, si putih telefon tiada. eh. tadi rasanya dengar bunyi. hmmm. cek jalan masuk sampai bus stop. tiada kesan.

pergi ke kedai telekomunikasi. keliru. nak minta tolong siapa. encik customer service tak membantu. dia hanya activate card baru. terima. masih bingung. maksudnya tak boleh call dah la phone tu. apatah lagi data pun on.

kurangnya encik customer service ringankan sikit beban. teruskan beli barang. beli cepat-cepat. tiada semangat sudah. rindu pada yang jauh. betul-betul tak tahu macam mana nak buat. balik rumah. kemas barang datang uni.

cari kawan di studio. bagitahu masalah. dia tolong. tapi telefon tersadai la. contact operator bas. dia jumpa telefon dalam bas. tapi esok baru boleh amik. sempat lah nak kena marah dengan kawan. kata dia jangan panik kalau jadi macam ni. mata dah berair. nampak masalah social phobia tu. lagi-lagi rasa tak yakin orang akan tolong saya. huuuu...

ada teguran sebenarnya. fikir-fikirkan lah.

Thursday, August 04, 2016

HOW TO BE SINGLE

Raya dah habis. tapi soalan bila nak kahwin masih diulang-ulang.

masih sendiri? masih belum jumpa Mr. Right? boifrend Halal? the other half? belahan jiwa?... tak mengapa. senyum dan teruskan positif.

untuk orang patah hati macam saya pun boleh pakai. patah hati sebab simpan perasaan. dia mana nak pandang kita. apatah lagi wajah muda mana ada orang tanya bila nak kahwin. tapi umur makin meningkat. jadi untuk teruskan hidup. tak mengapa hidup sendirian.

movie how to be single tak boleh pakai langsung. tak da pun tips macam mana nak hidup single. jadi saya buat list as follows:

1. BE LIKE MARYAM. jadi hamba pada Tuhannya yang menuruti segala perintah. amar makruf nahi mungkar.


"Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat." (At-tahrim :12)
2. BE A GOOD DAUGHTER/SON. jadilah anak soleh yang boleh bawa ibu ayah kalian ke syurga. anak soleh/ah bawa ke syurga. 
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman : 14)
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). " (Al-Isra :23)
3.IMPROVE/INCREASE YOUR KNOWLEDGE. spread your knowledge.  selain anak solehah, ilmu pengetahuan amalan yang boleh bawa kita ke syurga. belajar sebanyak. ilmu dunia dan akhirat. walaupun belajar benda sama masih juga akan ada ilmu baru. 

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. "(Luqman:27)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (Al-Kahf:109)

4. BE GRATEFUL. you only live once (YOLO). bersyukur apa saja kalian ada. hidup sendirian bukan satu pengakhiran. hiduplah secara bebas. hiduplah dengan memberi. hiduplah dengan gembira. 

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (Az-Zumar: 42)

5. DO CHARITY. banyakkan sedeqah. kalau sendiri ini kita akan kumpul harta. bukan salah. tapi banyakkan buat baik. waqafkan harta. ya, yang kedua amalan yang bawa kita ke syurga adalah harta. lagi banyak sedeqah. lagi bertambah rezeki. kaya harta kaya pahala. 

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah:261)

6. KEEP PRAYING. doalah apa sahaja. andai tiada jodoh. mohon la semoga diberi ketenangan hidup. semoga diberi kebahagiaan dunia dan akhirah. doalah apa sahaja. kita tak tahu bila dan bagaimana Allah makbulkan doa kita. teruskan positif.

“Berdoalah (mintalah) kepadaku, niscaya aku kabulkan untukmu”. (Al-Mukmin :60)

bawah ini lagu sesuai untuk kalian untuk hidup sendiri. single. 

Tuesday, August 02, 2016

raya perantauan

cerita raya perantauan tahun kedua. tahun kedua juga patah hati. jadi beraya dalam dua kesedihan lah. sedih tak beraya dengan keluarga. beraya jadi orang kecewa.

kebetulan masa di ihya ramadhan, tanya semua orang beraya di mana. akhirnya ada khabar masih ada yang beraya di newcastle. ada geng la. buat pakatan nak buat laksam. tiba-tiba sahaja craving for laksam.

jadi malam raya pergi tidur umah kawan, kebetulan hubby dia keje hari raya. jadi kami jadi geng single. malam raya tu memasak dirumahnya. pertama kali buat laksam. pertama kali sedia juadah hari raya. hari pertama malaysia mana pernah buat semua ni. sebab raya pertama saya balik kg. beraya satu hari.

jadi pada hari raya, walaupun tak solat masih semangat nak pegi masjid. ye lah, nak feel raya. raya sini lain la. semua bangsa ada. tapi tak best duduk area mak2. jadi tak dengar la khutbah raya nya. pak imam cakap arab campur english. faham juga sikit arab tu tapi tak clear. budak-budak menjerit. tiba-tiba rindu khutbah malaysia. semua senyap mendengar. huhu. tak feel mana la.

lpas solat, masjid buat jamuan. penuh sesak tunggu nak dapat makanan. masing-masing bawa makanan. ada pulut kuning. ada biskut. kek. makanan traditional bangsa lain. ada nasi sikit. saya punya turn last. bila ada setengah orang give up.

dari masjid, beraya ke rumah keluarga malaysia disini. kebanyakannay buat rendang. lodeh. bukan gaya orang timur. tapi untuk pengetahuan, orang kedah sama macam orang kelantan. ketupat mereka ketupat palas. rendang pun ada banyak versi. rendang tok la. rendang dendeng la. rendang hitam la. kalau tak keluar malaysia tak tahu budaya malaysia. ye la, mak ayah ore kelate sampai sudah tak tahu gaya raya orang luar.

3 rumah kami beraya. pastu last sekali orang datang rumah kawan saya. sini saya masak laksam. tak sangka habis. mmg limited edition. tak berani buat banyak. pertama kali. tak nak amik risiko.

3 rumah beraya tu. satu rumah je budak bujang. rumah lain rumah keluarga. dalam keadaan patah hati. keluar beraya. keluar dari bilik. duduk tempat orang ramai. tapi ditakdirkan saya beraya dengan orang berkeluarga. pujuk hati kena kuat. walaupun beraya dengan orang yang berkeluarga tak terasa kesannya. gembira jumpa orang ramai. juga banyak juga belajar pasal orang punya anak. susah sebenarnya ada anak. ada suami pun susah. nak layan mak mentua lagi. adik beradik ipar. hmmm.

puas hati raya tahun ni. meriah banding tahun lpas. cuaca pun cerah.

nah, belanja sekeping gamba raya. ekslusif untuk blog.

Monday, August 01, 2016

unplanned trip 2

episode kali ini pasal ihya ramadhan. ini pun termasuk unplanned trip juga. sebab masa sibuk dengan sem rasa macam tak nak pergi. ye lah, Queensland kot. nak gi guano. kita ditaja mak ayah. kenalah berjimat. oh ya, total cost trip goldcost tu lebih kurang 350aud. mahal sebab sewa kereta. tak tahu lah apa masalahnya. mungkin insurans mahal. tapi kereta sedap bro. sampai gear 6. manual. cuma tak best lambat pickup. tahu ajalah jalan ausie ni banyak bukit juga. begitulah.

kisah ihya ramadhan ni. selepas survey dan usrahmate ajak event di facebook. jadi keputusannya masih 50-50. dengarnya si singapore akan exchange study ke norway inilah masa yang tinggal untuk diluangkan. banyak godaan faktor luar. Lagipun cuti. ramadhan. nak juga merasa puasa di tempat lain. sambil itu, dalam hati bersedih sebab ramai balik raya. jadi ini adalah sebagai pre-raya la.

well, ihya ramadhan bermula 25-28 jun. di kawasan perkhemahan. kalau nak tengok gambar sila like ikramoz. ada album gambar perkampungan ihya ramadhan dari hari pertama sampai last. jadi, apa yang dapat dari ihya ramadhan. pertamanya, saya dinasihatkan untuk keluar bersosial. sebab sekarang ada masalah sosial. i had social phobia. jadi, bukakan diri untuk bertemu orang. memang hari pertama ditempatkan dengan orang tak dikenali hati dah cuak. saya fobia dengan taaruf. geng trip ke gold cost di bilik lain. jadi rasa sedikit kehilangan. nak kawan dengan siapa? hmmm...

hari kedua, orang newie separuh dah balik sebab diorang budak medic. ada kelas. budak medic tak sama cuti dengan budak course biasa. hari pertama selesa dalam program dan ceramah sebab ada mereka. bila mereka balik, kene cari geng baru. geng yang tinggal.

i met a new buddy. sebaya. studi di wollogong. master of engineering. best. maka disinilah mulanya kami kamceng. we meet mutual interest and belajar dalam same industry. boleh jadi juga rival. ye lah arkitek musuh jurutera kot. kenapa musuh sebab arkitek desing suka hati yang sakit kepala si jurutera.

sebelum cerita pasal wishlist. cerita kedua pula, kepastian patah hati juga di ihya ramadhan. siapa. apa. tak boleh cerita detail. yang pasti sebuah hakikat telah dibuktikan. jadi ada dua stage peristiwa dalam ihya ramadhan. pertama nak atasi social phobia. dan berita patah hati di bulan ramadhan. sedih. tanpa segan silu menangis dalam program. ada ustaz nasyid satu lagu. bila difikir balik sakitnya patah hati ini buka mata Allah ultimate love that i need more. kena doa banyak lagi. doa untuk jadi hamba lagi baik. ada juga rasa putus asa untuk fikir pasal jodoh. tak mengapa. kalau tak temu jodoh di dunia mungkin di syurga menanti. pujuk hati. huhu. fikir balik pasal ni lagi rasa sedih nak sambut raya.

juga dalam patah hati, sebut pada seseorang depan meja jualan buku.

"quran pelangi ni memang ada dalam wishlist ramadhan. tapi dah berapa kali ramadhan masih tak dapat lagi."

ye. tahun 2013 ada tulis yg tanpa niat tulis nak telekung. nak jubah hitam. nak quran pelangi. nak kurma. telekung pada tahun pertama bekerja. jubah hitam dihadiahkan oleh adik ipar si kakak. kurma sedap yang adik najah jual dah merasa. quran pelangi ini adalah yang terakhir.

selepas berbuka puasa hari ketiga, dia hulur quran pelangi. katanya hadiah untuk saya. hati rasa nak terharu. menangis. tertanya kenapa bagi saya. i wish i can tell thank you so much for such beautiful gift. ubat hati pada gadis yang sedang patah hati. see, Allah makbulkan doa mu in a way you never think. tiada niat pun nak minta dari dia. hanya sebut saja depan dia. but MashaALLAH, Allah the greatest. kan, tak mengapa patah hati masih ada yang sudi..

ihya ramadhan? program? sejuk as expected. duk dalam hutan. apa pengisian. banyak dapat belajr sirah. hadith. improve bacaan quran. makanan sedap. alhamdulillah. inilah program pertama setelah dua tahun di sini. bila orang tanya tak pernah nampak cakap je la baru join.

dalam ihya ramadhan ni ada dua awkward moment juga. ada dua. pertama jumpa teman lama. yang dah kahwin dan anak nak masuk tiga. dan saya masih sendiri. hati juga sedang berduka. kedua, yang boleh saya sebut sesi sahur. yang paling takuti berlaku di hari terakhir. maafkan saya. i cant hide all my feeling.

inilah kisah ihya ramadhan. tak sama macam di malaysia. but a new experience that i wasn't plan at all. pengalaman dan kenangan.

nanti cerita raya menyusul.

Thursday, July 28, 2016

unplanned trip 1

ok. semester dah start tapi terobek unplanned trip 1. ke goldcoast.

trip ini bersama 3 orang. si Brunei. si singapore and si malaysia (ex-housemate). trip ni mula dari 22/6/2016 hingga 25/6/2016 pagi.

pre-trip.

seperti yang diberitahu entri lpas. unplanned trip nak ke ihya ramadhan. tanya orang NSW (New South Wales) yang gerak dari newcastle group trip ni je masih ada tempat kosong. kalau nak naik flight ke ihya ramadhan mungkin susah sebab beberapa hari sebelum jadi nak dapat tiket murah susah. jadi menumpang trip. sudah dimaklumkan ke movieworld. terpaksa ikut lah. lagi pun nak jimat kos (kononnya).

on-trip.

bertolak pagi. mereka ni dah siap rancang semua. duit. itinerary persinggahan. tempat penginapan. makan. semua lengkap. saya hanya bawa diri (kononnya). jadi newcastle menuju coff harbour. ada beberapa tempat patut pergi tapi coff harbour. berbuka puasa di jeti. sebab gerak lamabat. pastu ada dua drive. kereta manual. ko-di (co- driver) term mereka. saya suka sebut co-pilot (bleh jadi ko-pi la ye). co-di tak berapa mahir. jadi setengah jalan tu duduk depan jadi penenang pada driver. sebab ada adik beradik bawa kereta macam nak mati atas jalan tapi dikecam suruh senyap kalau nak dia pandu maka belajar lah teknik bertenang di situ. ye la, kalau co-pilot gelabah driver double gelabah.

alhamdulillah, selamat sampai coff harbour. sebab bilik sempit. jadi cari tempat nak solat terawih. singgah satu university di kawasan coff harbour ni. ada tempat solat. kalau sini panggil reflection/meditation room sebab semua agama boleh terlibat. nak solat pon boleh. ada sejadah dan quran sekali. balik bilik terus tidur. penat.

second day, pergi clog barn. jalan kaki singgah big banana. mesti singgah big banana sebab kawasan tanaman pisang. tapi tak boleh bawa pisang ke Queensland. kawasan sempadan dua negeri. lebih kurang la. lepas tu menuju ke gold cost. tidur di hotel  kawasan surfer paradise tak silap namanya.
bilik ni lagi bagus dari yang first. muat la nak solat. cukup semua. dua malam di sini.

kemudian berbuka puasa di masjid gold coast untuk dua hari tu. mak cik ajk orang indonesia layan kami dengan baik. makanan masjid tu sedap. menu lain-lain untuk hari pertama dan kedua. tapi tak jumpa orang malaysia sini. banyak orang middle east arab. ada semua bangsa. masjid besar. best. tapi tak boleh tidur di masjid. sebab tu cari hotel.

hari jumaat hari bersejarah. pertama kali naik roller coaster yang tak pernah jadi impian atau igauan dalam hidup. naik sebab terpaksa. terpaksa menjerit. 3 kali main terus give up. well, bukan takut tinggi. sejak ada masalah anxiety tak boleh terkejut. lagi pun benda ni uncontrol speed. rasa dipaksa pun ada. 3 orang lagi naik semua. my point of view, pergi movieworld or uss tu tempat bergembira. yang tiada faedah. sama juga macam pergi wayang. tak sangka juga wayang tak masuk tapi datang movieworld (am not saying in a bad way). mata kena buka luas lagi. setiap orang ada pendapat masing-masing. ada orang tak main bowling. jadi begitulah.

penat menjerit bagai. balik la. jadi trip 3 orang ni tercapai. saya berjalan. ye lah. senang bila orang cakap dah sampai mana jalan dalam Ausie? kurang-kurang boleh la cakap. melbourne dah sampai. goldcoast and brisbane dah.

kesimpulan? trip ni adalah misi hati memaafkan si malaysia. lepas dia pindah rumah, atas sebab ramahdan dan trip ni nampak muka dia balik. sebelum ni memang tak nampak atau terserempak dia walaupun dalam uni. pelik kan? maka, hari-hari dalam ramadhan doa dapat maafkan dia. alhamdulillah, ALLAH mudahkan. dah boleh senyum dengan dia. walaupun dari pihak dia nampak macam masih seperti dulu. tak mengapalah dik. umur 20 tahun baru. pengalaman sikit lagi. semoga matanglah nanti.

next entri inshaALLAh sikit pasal ihya ramadhan...

Tuesday, July 19, 2016

si Pakistan

tajuk atas pasal teman serumah yang saya berkenalan sejak oktober tahun lalu. 3 bulan pertama sebelum balik cuti ke malaysia, kami sangat baik dan mesra. ada persamaan. mutual interest orang kata. kata dia orang pakistan lain tak mesra tegur mereka. tak nak kawan dengan mereka. dan saya kata sama la. orang senegara dengan saya pun tak mesra dengan saya terutama bila contoh ada depan mata. waktu tu ada seorang teman serumah dari malaysia. sekarang dah pindah duduk kelompok orang malaysia yang qawiy.

berbalik si pakistan. waktu tu si nepal sangat terkejut apabila saya mengatakan saya lebih suka tinggal bersama dengan si pakistan. si nepal seperti memberi peringatan kepada saya. "awak baru kenal dia 3 bulan belum tentu awak akan bahagia tinggal dengan dia untuk tahun seterusnya.."

benar. selepas insiden kipas dan kereta lama-lama saya terkilan dengan dia. selepas itu, dia semakin kerap menziarahi kakaknya dan lupakan saya. sedangkan sebelum pulang dari malaysia "awak mesti hubungi saya selalu," si pakistan mengingatkan saya. saya hanya sengih dan angguk. bila pulang malaysia si pakistan pula senyap. alasannya telefon rosak. hmmm.. saya percaya tapi bila balik sini hari-hari awak boleh cakap dengan ayah dan adik awak jauh dari australia. dua tiga pagi pula tu awak cakap2 dengan mereka. awak tahu tak dinding rumah ini nipis. apa yang cakap telus masuk bilik saya. "cakap telefon pukul 3 pagi gaya macam cakap pukul 3 petang," sigh.

bila dia ada kereta, dan sudah boleh memandu, saya gembira tetapi awak tidak mengajak saya ke mana-mana. tapi saya pula terhegeh minta tolong dengan awak kalau saya perlukan kereta. awal-awal dulu awak cakap kita boleh pergi berjalan-jalan bersama tetapi tiada pun. saya yang menanti dengan kecewa. sehinggalah satu hari ketika saya ajak vawak shopping. paling terkilan awak tunggu saya dalam kereta sahaja. langsung tidak ikut serta shopping dengan saya.

bila saya tanya. kata awak, "tak mengapa, saya akan shopping dengan kakak saya." atau "saya lebih suka shopping dengan kakak saya," kata-katanya seperti buat saya makan hati. bunyinya macam jeles bukan. ha-ha tetapi hakikatnya saya menyedari bahawa awak tidak meletakkan saya sebahagian orang yang penting.

bila awak kehabisan beras, awak ambil saya punya macam itu sahaja. nasib baik awak ganti balik. lepas saya nasihatkan beli jenama sama sahaja.saya beli roti awak nak juga. sekarang bila tengok roti tu saya beli untuk awak juga. sudu mangkuk saya pun awak guna simpan dalm bilik tetapi tidak pernah letak dalm tempatnya.sejadah pun awak pinjam dari saya. nasib la saya bawa dua. terbaru awak patahkan senduk saya. takkan saya nak minta awak ganti sebab senduk tu masih boleh guna. hanya ok sahaja respon saya. sikit sahaja saya whining dalam blog ni.

tetapi tak mengapa. saya sengaja tulis di sini untuk ingatkan diri sendiri teruskan buat baik. saya perlukan kekuatan bahawa tak mengapa bersendirian. jadi kau akan keluar dari comfort zone. beruntung awak ada kakak tinggal disini. ada keluarga boleh telefon hari-hari. nikmat tu tiada untuk saya. tak mengapa. saya belajar untuk lebih berdikari.

Sunday, July 17, 2016

unplanned holiday

selepas minggu ke-7 bermula emosi menggila. stress tahap untold story di blog. 

bila orang tanya "apa kau rancang cuti nanti?"

jawabnya "tak ada apa-apa. doing nothing,"

sekali sebaik sahaja dua report hantar pada 17.6.2016 selesai semester pertama tahun akhir. secara tidak rasmi.

lepas tu. otak lapang. hati tenang. 

mula-mula nak ke ihya ramadhan sebab mencari mood ramadhan tu. mencari kenderaan ke sana. ada yang bawa kereta tapi kena gerak awal sebab tumpang orang nak berjalan. kalau anda ada facebook boleh la nampak dah update gamba dalam album. 

total berjalan adalah 8 hari berjalan. mahu tak freak out. 8 hari nak tinggalkan bilik kesayangan. dengan diet makan sihat lagi. bersiaplah untuk berjalan jauh. 3 hari berjalan. 4 hari berkampung ihya ramadhan. satu hari reserve balik naik kapal terbang. rezeki dapat tiket murah booking dalam tempoh seminggu. memang rezeki untuk budak yang tak suka rancang berjalan/bercuti dalam tempoh 6 bulan sebelum. kalau jadi, jadi. kalau sekarang, jadi sekarang. begitulah kisahnya.

balik berjalan, jadi monday blues pula. ye la 8 hari hidup dengan orang ramai. balik rumah kosong. tak sempat nak berjiwa kosong. raya pula sampai. sakan betul beraya tahun ni. gamba pun dah naik dalam facebook. laksam limited edition. seminggu lebih pula beraya. ada orang ajak ke sydney. pastu buat open house untuk saing kelas. sakan tak?

sedar tak sedar 3 minggu cuti berlalu. berbaki seminggu lagi ni kena lah warming up untuk mula design. seronok dalam sepi tema cuti ni. 

okay ini ringkasan cuti. kalau dah rajin lagi adalah tambahan entri nanti. 

salam julai. 

Wednesday, April 27, 2016

Week 7 : bersambung tiada tamat

sambung cerita dari minggu 6.

pukul 8 otak dah jam. sikit lagi nak siapkan slide. sebab otak dah tak boleh fikir. balik rumah. jalan kaki. dalam tempoh kurang sejam, siap mandi. untuk elak perut berlapar lebih lama sempat minum susu. doktor pun siap bagi surat untuk buat presentation awal. tapi sebab dapat sesi pagi. maka simpan saja surat tersebut. jumaat malam telan ubat tidur. pukul  5  pagi sabtu dah terjaga. bermakna 5 pagi hari ahad cukup 24 jam berjaga.

sampai studio nampak 'azril' sedang beraksi dengan presentationnya. lalu saja, slide presentation saya masih belum siap. buat dengan cepat-cepat campur malas. sebab dah letih. tambah kurang maka ada 7 slide. siap. site model siap. buat skrip ringkas untuk present walaupun tak akan ingat sekurangnya otak boleh ingat point penting. kali ini adik Damn Daniel yang akan bagi feedback. bersama pak cik Rick dan abang-tiada-misai.

orang lain present lebih dari 10min. meleret dengan intro projek. saya hanya fokus present untuk tema. concept design, ringkas dan padat. slide pun 7. lebih kurang 5-7min. present sekejap. feeback berjela. dari abang-tiada-misai - dia masih tertanya mana concpet lapis-lapis keberkahan tu. cakap la struggle nak define. nak paham. nak interpret. pastu pak cik Rick punya feedback sangat inspirasi. sebab site dekat kawasan padi. dia kata soalan. adakah cantik kalau bangunan awak ni di tengah sawah padi atau letakkan antara hutan dan sawah padi. dia akan lebih cantik sebab issue nya tentang sangat menarik. dia akan lebih cantik kalau bangunan wanita ini blend dengan alam semula jadi. huuu..dengar komen pak cik Rick sangat cair. dengar dia cakap memang rasa positif. adik Damn Daniel kata menarik juga kalau grid form sawah padi ni diterjemahkan di dalam plan. akhir kata mereka sangat menyokong projek. waaah...takut mendengarnya. mampukah?!

hari isnin tersebut berlalu dengan panjang. presentation selesai. tunggu pula giliran untuk kritik si Fiji pula. dia sangat cool. punyalah usaha untuk paham cara dia cakap. concept dia bagus. bagi lah juga satu dua kata. tengok presentation orang lain kadang-kadang rasa wah hebat lah diorang ni. huhu.projek si Fiji tak pasti apakah projeknya. nak guna air untuk ditukarkan kepada tenaga. budaya. kerana air sangat penting untuk orang Fiji. kalau ikut yang saya fahamlah.

selesai komen, terus masuk kelas. bila masuk kelas, terus sangat mengantuk tapi tak terlelap cuma fikiran tak boleh fokus. tahulah apa yang dicakap cuma tak boleh hadam sahaja. kebetulan depan mata ada si 'azril' kalau nak tengak guest speaker akan nampak 'azril' dulu. rasa mahu cakap pinjam nota awak boleh. huhu. nak menulis pun tak mampu. otak dah fikir nak balik dan tidur.

si teman dari thailand, Milk katanya boleh tumpangkan. lega lah sikit. penat nak balik jalan kaki. huuuu..

balik makan. solat. dan tidur. penat.

hari berikutnya terus berjuang untuk profesional report pula. tak hilang penat lagi dah bersambung dengan report ni. stok makanan pun dah nak habis. huuuu...sambil keliru dengan report. nak hilangkan stress maka selepas maghrib buat segera membeli-belah. kedai pun dah nak tutup. huu..

berperang juga nak siapkan report ni. doktor juga suruh buat test blood. masa sesi buat test blood, mak cik amik darah tanya kenapa tangan awak ni. kenalah explain. dah memang lahir macam ni. saya takut tengok jarum dan darah. nasib baik tiada drama. mudah saja urusannya. buat test blood ni kena puasa tanpa makan boleh minum untuk 12 jam.

lepas buat test blood, jumpa doktor. doktor kata kena makan daging. sini susah sikit nak cari daging. tapi alhamdulillah dapat juga daging. sekarang kena buat diet tambah iron.

hari-hari berikut masih lagi dengan ecology report. kali ini tak duduk studio. lepak di library. tukar angin. buat report banyak menulis. kena ada feel baru boleh tulis. hari jumaat terserempak dengan 'azril' di library. dia datang tegur. bercakap dengan dia. boost semangat. jadi hari jumaat siap kerja dengan target. ha-ha.

dan alhamdulillah berjaya hantar sebelum tamat tempoh. berharap dapat credit pun cukup. 50% report ni. tapi rasanya macam tak sesuai. sebab keliru banyak buat report ni.

selesai report ni, habis la round pertama kerahan tenaga. round kedua akan bermula hujung bulan 5 nanti. masih ada 4 lagi submission.

tiap-tiap pagi bangun exercise. sebab doktor suruh berpeluh bagi hilangkan stress. cuba lah cari di youtube shae-sayang zumba. menarik untuk buat senaman keceriaan. ^_^

week 6 : jiwaku berlapis-lapis

fuuuu.. dua minggu terkejar-kejar dengan concept design dan professional report.

selepas hantar report pertama. semester bersambung untuk minggu 6. selepas hari jumaat hantar report. hujung minggu bermalasan sambil conteng-conteng idea untuk tutorial hari isnin. nak jumpa abang-tiada-misai. hari ahad dapat email dari pak cik chris. dia busy untuk minggu ke-6. jadi sesi hari selasa dia tukar hari isnin. jadi pegi kelas hari isnin sahaja. 

sesi dengan abang-tiada-misai sangat baik. tunjuk concept. tunjuk buble diagram. draft floor. idea dah baik. abang-tiada-misai beri respon. elok awak olah concept awak dengan layer. wanita islam pakai berlapis. kenapa. lapis-lapis ini awak boleh terjemahkan ke dalam ruang aquatic centre ni. nanti awak kaji islamic architecture. arkitek jepun. ada dua nama dia beri. dah la arkitek tu kacak (salah seorang dari senarai nama) walaupun dah berusia. sou fujimoto. abang-tiada-misai terima idea tu. dia siap tambah. projek awak bagus. jangan lupa buat section. detail section. 



lepas sesi dengan abang-tiada-misai, ada lecture. pasal presentation concept design. presentation pertama dia tukar hari selasa. kali ini dia kekalkan ke hari isnin. jadi ada tempoh seminggu. selepas lecture, tunggu sesi dgn pak cik chris. tak nak datang studio hari berikutnya. bersantai di rumah kaji pasal konsep. 

tapi malang, tunggu sesi pak cik chris sampai ke petang. pastu bila sedia jumpa dia, otak tiba-tiba kosong. apa nak tanya? maka, dapatlah feedback yang kurang memberansangkan. kecewa. lepas ni tak nak dah jumpa pak cik. inspirasi menurun. no and never dah. biarlah semester ni semester terakhir dia tetap tak nak jumpa dia. suka cerita pasal sekolah. lepas ni nak jumpa orang lain dah. pak cik rick memang baik. nak cuba abang peter nnt. erm... drew mungkin. dah pernah jumpa dia sekali masa awal-awal semester. tapi rasa tawar jumpa dia. huhu. 

maka selepas itu, berusaha nak memahami pasal layer. 'lapis-lapis keberkahan'.  sambil-sambil tu juga buat site model. walaubagaimanapun buat side model pakai tangan memang melelahkan. banyak masa terbuang. dah x berapa cantik. sedih. bukan tak boleh buat laser cut. tapi si kawan ni asyik ada masalah dengan drawing file dia. malas nk fikir. terus pakai manual. habis merah-merah tangan. buat site model di studio. seronok melepak di studio. dah boleh adapt dengan suasana studio. bawa makanan. solat. urusan tandas. kadang-kadang balik rumah. nak makan or nak solat. malas nak ke bilik solat yang disediakan. terutama yang bercampur. sakit jiwa berurusan dengan orang lelaki. melayu ke tak melayu sama saja perangai. baik jalan kaki balik. berpeluh boleh hilangkan stress kata doktor. 

maka berulang alik rumah studio. malam balik dengan shuttle bus. guard yang bawa. oh, belum cerita pasal guard ni. semua boleh tahan. walaupun dah berumur sangat baik. jiwa boleh cair. paras rupa lagi lah. 

hari ahad, hujan. sehari sebelum presentation. perut buat hal. memang selalu macam ni. panik pun menjadi-menjadi. berselang seli. pastu budak studio meriah. dengan semua orang tengah bertungkus lumus siapkan kerja. 'azril' pun ada. azril ni siapa. kalau baca cerita syud - tentang dhia. si kidal. tinggi lampai. tapi dia tak lukis kartun. class rep. paras rupa. tip top. tapi sudah berpunya. dia bawa gadisnya datang studio. dia duduk belakang meja. jadi kalau nak ke tandas atau nak keluar memang kena lepas tol dia la. ha-ha. 

dalam pukul 3-4 pagi baru senyap. masing-masing dah beransur pulang. sudah siap. walaupun tak siap masih ada masa. ada yang present petang jadi tiada masalah. kalau macam saya ni sesi pagi, berjaga malam nak siapkan slide. orang lain punya slide dengar kabar banyak juga. tak tahu apa yang mereka present. tak bercakap sangat pun dengan mereka. malu. mereka pun tak tegur. huhu. 

tapi ada seorang abang Hamrange turut berjaga. antara pukul 3 pagi hingga subuh si Jez dan si Fiji
jadi DJ pasang lagu retro. rasa bagai bayu pagi menghembus sahaja. tenang sikit sebab orang dah kurang. dan malam yang sama juga pak cik Chris muatnaik markah assessment pertama. report yang minggu lepas juga dah keluar markah. alhamdulillah. keputusan yang memuaskan walaupun tidak cemerlang berbanding teman-teman yang diceritakan dalam entri lepas.

yang penting keberkahan dan ilmu yang dipelajari. pukul 4 pagi itu juga barulah selesai kekusutan design floor plan dan section. 

Saturday, April 09, 2016

Easter Break 2 : nak busy atau nak fokus?

mulakan kisah hari jumaat semalam. ada submssion report. kena hantar hardcopy. tidak tidur dan kepenatan. bersama air mata. maka update post ditangguhkan hari ini.

kisah hantar report ni sangat tragis. sebahagian saya simpan sendiri. sebahagian saya akan ceritakan disini. sebagai pengalaman. dan kenangan. juga sebagai catatan sebuah kesedihan. sebelum kisah submission ini, saya ada seorang kawan yang kurang sosial berbanding dalam maya. setiap waktu dia akan bertanya kepada saya. saya ini manusia juga, kadang-kadang saya tidak mahu layan dia dan tidak mahu berkongsi dengan dia. ada ketika saya mahu bantuannya saya cari dia balik. namun responnya bila awak tak tahu awak bertanya jadi awak kena tolong saya. tanpa saya sedari saya masa membantunya kadang-kadang menyekat saya. kejadian benar-benar terjadi semalam. dia dahulu siap dari saya bila sudah hantar dia tinggalkan saya.

saya seorang cepat nervous dan stress. makin stress makin nervous makin slow kerja saya. walaupun hanya 10% ia akan ambil masa berganda berbanding orang biasa. semalam, saya akhirnya sendirian menghantar report tersebut. sudah print, saya pegi binding. oh, studio di sini sangat best, ada tempat binding sendiri. tak payah bayar. kalau print pun beli kertas sahaja. kos lain ditanggung fakulti. tambahan pula, saya ada keyakinan kerana pernah buat kerja-kerja fotostat dan binding. bukan susah. tapi ternyata semalam kerana saya sangat nervous, report binding saya tidak menjadi. saya hubungi seorang teman. jawapan dia, oh saya penat dan mengantuk. dan akhirnya separuh report saya hancur di makan alat binding. di sini lah kisah sedih nak campak hati sakit dalam badan bermula. saya pasrah.

walaupun berjaya hantar report dengan keadaan report yang tidak berapa baik keadaannya saya terpaksa hantar juga. membazir untuk saya print sekali lagi. 40% report tersebut. dan saya kesuntukan masa. saya hantar saja. sedikit sedih mesti pensyarah tersebut memandang rendah dengan report saya. maafkan saya, tuan. apa sahaja keputusan nanti saya terima.

saya juga berkeputusan untuk tidak mendedahkan banyak maklumat kepada teman ini lagi. kalau saya maklumkan padanya saya tidak tahu atau saya belum mulakan mungkin dia akan kurang bertanya. saya tak mahu lebih ke depan darinya. saya ini kura-kura. bukan arnab. bukanlah tidak mahu berbuat baik tapi kalau buat saya sedih lagi itu pun kira saya aniaya diri sendiri.

sekali perlu saya tekankan, saya ini sendiri. orang takkan cari saya kalau saya tak cari mereka. saya tak mahu paksa diri saya jadi macam orang lain. mahu orang nampak saya.

next, misi menjadikan studio sebagai rumah kedua masih dalam proses penyesuaian. sebab kawasan meja saya orangnya tidak tetap di studio, memudahkan urusan solat saya. cuma tentang makan saya cuba konsisten bawa bekal. kadang-kadang penat nak memberitahu saya tak makan tengahhari. sarapan pagi saya makan kenyang-kenyang. saya hanya akan makan malam kemudian. antara 5.30 petang hingga 7 malam. apa sarapan pagi saya? sebab saya makan antara 9-10 pagi, air coklat panas bersama roti bakar disalut marjerin campur jem atau nutella. kalau nak kenyang lagi, makan dengan telur, bersama cheese dan sayur timun. heavy kan? sebab tu saya boleh tahan sampai 5 petang.

minggu ini juga, saya sedikit sibuk selain menyiapkan report. jumpa doktor. keluar ke taman. Hunter Valley Garden. bekas teman rumah saya mengajak saya ikut bersamanya. nak tengok gamba ada dalam google+ nanti. senang dengan photo apps dari google ni. dia detect lokasi dan buatkan album. tak ramai orang tahu tentang ini.

hari ni baru pergi shopping. selalunya saya pergi tengah minggu. di sini setiap hari rabu hypermarketnya akan keluarkan katalog untuk harga istimewa. seminggu saya sibuk berulang alik ke studio jadi tanpa saya sedari stok makanan saya kehabisan. sebab setiap minggu saya membeli-belah. misi april ini saya mahu jimat. kurangkan kos membeli entah apa-apa.

cerita projek saya pula. saya masih buntu. namun, sedikit keyakinan. saya akan teruskan project ini hanya untuk wanita. sambil buat report saya banyak baca pasal sukan dan wanita. sukan dan wanita muslim. banyak isu sebenarnya tetapi tidak diketengahkan di dalam bidang architecture. walaupun ada akan ada yang kata ianya diskriminasi, jadi saya kena faham tahap manakah ia dikatakan sebuah diksriminasi. juga, sejauh mana wanita akan ke kompleks sukan. wanita kurang bersukan sebenarnya. macam saya. bila fiikir balik, kenapa tak bersukan. sebab tak ada alat. sebab tak ada kawan. kena ada motivasi baru nak pergi. sebab kekangan masa. rasa banyak lagi benda penting. sekarang ini membuak hati nak pergi jogging. tapi tak da kasut. huhu.

tambah lagi, apa yang nak saya sediakan untuk komplek sukan saya ni. saya hanya fokus pada sukan renang dan gym fitness. sebab kalau buat aerobic lagi mudah dan bebas. juga dua-dua sukan ni memang terdedah kepada masalah pakaian juga. saya masih pertimbangkan untuk masukkan aktiviti sukan lain. macam sukan pertahankan diri. sukan sunnah. menjadi isu sekarang, apa sebabnya. apa relevannya.

tulis begini akan menjana idea-idea baru sebenarnya. saya dinasihatkan untuk sentiasa bercerita tentang projek ini. supaya saya faham dan cari kelemahan. kelemahan yang boleh buat orang salah faham dan orang tak tahu jadi keliru dengan projek ni.

saya masih ada 2 tugasan yang akan dihantar dalam tempoh dua minggu ini. concept design dan ecology. rasanya saya mahu tangguh untuk satu tugasan ini. menyedari kelemahan saya yang cepat stress ini. rasanya tak mampu nak buat dua sekali gus. saya bukan multitask person.


Friday, April 01, 2016

Easter Break 1 : Down or Drown

bermula jumaat lepas cuti pertengahan semester bermula. baru 5 minggu semester mula dah cuti. seronok cuti uni of newcastle ni adalah cuti dua minggu, minggu ini dan minggu depan. banding uni lain kebanyakannya hanya seminggu. bermaksud minggu depan diorang dah start kelas. padan la sebab semester diorang lambat seminggu. jadi miggu depan tajuk episode 2 untuk synch dengan semester kalendar. bila kelas mula maka tajuk akan kembali ke minggu 6. senang.

berbalik tajuk minggu lepas. saru bahasa kelate. saya sendiri tak pasti macam mana nak terangkan. sedih campur terharu atau sedih campur serabut. mungkin keduanya sekali. bukan sedih terlampau. ada macam kasihan juga. kacau bilau pun ada. begitulah bercampur perasaannya.

berkenaan minggu ini. adakah minggu ini adalah minggu produktif? apa yang dah saya capai? entah.
pencapain hari sabtu kerana masih dendam mengidam nak masak pakai lengkuas belum terlaksana maka buat nasi lemak tanpa daun pandan. sebenarnya santan adalah bahan utama. kalau ada santan semua jadi. daun pandan hanya menaikkan bau nasi lemak sahaja. kalau nak tengok gamba sila ke FB. kalau sesiapa belum jadi friendlist. permohonan telah dibekukan serta-merta.

sebab? saya ada goal baru. bak kata song-joong ki " saya bukan tech-savvy," maka saya ke arah itu secara perlahan-lahan. tak penting sebenarnya ada telefon canggih, upgrade gadget tapi komunikasi depan muka parah. haprak bak orang utara kata. bak kata adik saya "depan aku tak cakap pun." tapi dia tidak sedar dia banyak komunikasi dengan besi kecik yang dia kelek masuk mimpi sekali.

juga berkeputusan untuk menjadikan studio sebagai rumah kedua. masalah sekarang praktikal untuk solat, makan dan tandas. masih belum temu solusi terbaik. selepas 3 april ada perubahan time. katanya saving daylight. bermakna beza masa Aussie dengan M'sia hanya dua jam berbanding sekarang 3 jam. maksudnya waktu solat akan jadi lebih awal dan singkat. zohor dalam pukul 12. isya pula dalam pkul 7.30malam. makan pula oleh sebab saya lebih suka makan air tangan diri sendiri. kena rancang menu awal-awal kalau nak menginap studio sampai malam. tandas apa lagi. tak  da air. susah sikit nak deal. sila faham bahagian ini. hi-hi.

setakat minggu ini, waktu bangun juga tak berapa betul. jadi pergi studio kalau ikut standard selepas tengahhari sampai petang pukul 6. fahamkan nak betapa mencabar nak adjust dan disiplinkan diri. ada je solusi tapi kajian belum ada keputusan maka masih belum yakin. bismillah...

apa yang seronok duduk studio. fokus dia jadi lebih tinggi. lebih produktif. terasa matlamat hari tersebut tercapai. begitulah. mungkin membantu untuk berkomunikasi? apa progress dah buat? sekarang ni tengah fokus buat report untuk architecture management. tengah nak faham client. kena faham project brief. buat analisis. bukan setakat site dan drawing. kena tahu market demand. kena ada fakta dari segi kualitatif dan kuantitatf. yang diterangkan sini ringkas je. nak dapatkan maklumat sangat mencabar. boleh si Dato V si pink tu hanya ada instagram je. lepas tu tunjuk gambar membeli belah barang P. tak ada langsung profesional website untuk tengok profil kompani.

syukur juga report achitecture management dapat penangguhan jumaat depan.  tapi lelah juga nak kejar. lepas kelas mula. ada lagi concept design dan report untuk ecology. concept selepas diselediki ia boleh mula dilakukan selepas architecture management. begitulah bagaimana studio subject berkait dengan architecture management.

berkenaan tajuk di atas, encik D tu datang macam chipmore. kejap dia akan datang mengejut. kemudian hilang. nanti dia terjah balik. tak kira masa atau dimana. tip dia sekarang buat journal. banykkan bertenang. pada sesetengah orang tidak saya bagitahu situasi saya sebenarnya. ada setengah diberitahu sebagai permakluman bukan niat untuk merisaukan orang lain. tahu. jauh. jauh sangat dari semua yang benar-benar sayang saya. sedang edit cara pemikiran sekarang.

untuk masa ini, saya perlu fokus untuk selesaikan pengajian ini. perlu putuskan tali tersimpul itu bukan meleraikan perlahan-lahan. putus masih boleh dihubungkan kembali bila ia matang nanti. kain koyak boleh jahit lagi. susu basi pun boleh buat yogurt. bakteria yis boleh buat roti. senyum dengan penuh syukur.


meja di studio tersusuk di belakang. susuk tersembunyi di belakang.  badan ni kecik. takkan ada orang perasaan ada manusia kalau dah duduk dengan kerusi hitam ni. sekarang asyik pakai tudung hitam. sebagai orang busy (konon), menyingkatkan lagi masa persiapan bertudung tu.  bersepah la meja lain sebab dah meja-meja lain orang laki. lepas submission pertama hari tu. masing-masing dah pergi bercuti. tak puas lagi dengan gamba studio?

sila dengar lagu berhenti berharap kalau macam tu. bai. 


Friday, March 25, 2016

week 5 : sensitif - saru

minggu 5 bermula dengan saru. saru dengan kawan perempuan. yang pertama si teman rumah. kedua, si teman studio.  saru juga sebab mood tengah sensitif. tak berapa ada mood bercakap dengan orang. si teman rumah seperti yang diberitahu dalam pos-pos terdahulu. aku ingin lebih perhatian tetapi aku layan kurang. sedih. bila layan lebih tidak juga dapat apa-apa perhatian darinya. hidupnya yang perlu dicapai adalah kerja dan duit. lalu bahagia. tetapi hilang hubungan kemesraan orang sekeliling. dia bersikap cakap lebih. katanya pandai bawa kereta tetapi brake dengan accelerator (gas) pun tak tahu kawal. pandai masak tapi tahu masak dal sahaja. saru bahasa kelate. orang yang dengar ni jadi emosi tak terkawal. boleh jadi stress tanpa sebab. komplain? mungkin. penat nak jaga orang tapi diri sendiri tak da orang peduli pun.

si teman studio juga begitu. cakap banyak tapi bila bertanya bukan pada yang sesuai. maklumat yang patut tahu tidak perlu tanya. sudah ada diberitahu. misi kejar kerja dan duit. contoh semua tahu minggu depan semester break mula untuk tempoh dua minggu tapi masih ditanya. sebab si tuan tulis selalu bagi info jadi pergantungan untuk dapat info kurang. orang cakap banyak kurang mendengar. maksudnya kurang memberi perhatian. ada perkara diberitahu oleh pensyarah dipahamnya secara dasarnya. kurang pemahaman mendalam. bila orang menolak idea kita tetapi idea masih relevan seharunya idea tersebut terus dikembangkan bukan terus ditutup pintu peluang.

dari dua orang berbeza ini. membuatkan ku faham. walau apa pun latar belakang kalian budaya dan cara hidup tempat asal kalian masih mengakar di dalam jiwa dan pemikiran anda walaupun anda berkata saya berfikiran barat. bergaya barat. pakaian moden. seperti jangan memandang hijab itu satu old style (x jumpa perkataan sesuai buat masa ini). sebenarnya dapat pengakuan dari seseorang katanya khaulah awak nampak kolot tapi otak awak lagi open dan moden. lebih kurang macam tu la. i did conflict to change my apperance style.

minggu ke-5 ni sekali si tutor abang-tiada misai kata aku lambat. jadi orang last jumpa dia. tak mengapalah. lepas ni kene mengurat dia dengan ayat-ayat lebih mencairkan hati. dia masih mencabar soalan sila buat aquatic centre untuk wanita. sebab aku ada topik yang menarik untuk dibahaskan cuma ayat-ayat masih belum menyakinkan. macam-macam tugasan dia bagi untuk cuti tempoh dua minggu ini. kalau sebelum ni dia kata so hardwork. kali ini lots of thing to be done. baik abang-tiada-misai. dtg pula kawan dia. abang-muka-kacak.

namun bila jumpa pak cik chris. sebab kesuntukan masa. dia bagi jawapan macam ni "awak tahu jawapannya." cuma awak tak jumpa jawapan lagi. sigh. semester ni. tahun akhir. buat gaya macam budak master. buat keputusan sendiri. semua pensyarah itu seperti client yang perlu cairkan hati mereka. susah betul.

persoalan sekarang, adakah perlu buat aquatic centre untuk wanita sahaja? apa keperluannya? apa program untuk aquatic centre ini? bagaimana pula dengan lelaki?

reaksi pak cik chris sedikit buat hati terkilan. sebab betul-betul tak tahu. kalau pandang sebagai orang luar ada yang tak setuju. buat untuk wanita sahaja. kalau buat pembahagian lelaki wanita pun adakah masih meraikan wanita. persoalan ini sangat KENAPA WANITA sahaja?

kemudian khamis berusaha pergi jumpa abang-long-Ramsey. abang long sebab dia kawan dgn pak cik chris tapi dia lagi mesra. ha-ha. dia secara positif menerima idea aquatic centre ni. dan tambahkan lagi precedent dan kukuhkan lagi arguement. dia juga tanya pontensi user. pelanggan siapa. tahu wanita. wanita dikalangan mana? adakah yang peringkat warga emas atau remaja muda cantik ayu. dia juga kemungkinan boleh tambah dengan daycare. ruang aktiviti untuk bersama keluarga. ibu dan anak.

itulah apa yang terjadi pada final project. sekarang ni perlu contact client. dapat random survey. ayat positif you can do it. macam pak cik chris kata i can see you are so passionate doing this project. am i?

hari rabu bertapa di studio. nanti saya upload meja studio saya cuci. meja yang di kelilingi kawan studio yang wajah kacak, sado, cantik, so-so semua ada. tapi yang penting cara pemikiran dari abang-abang ini. projek mereka ada juga menarik. dari social, infrastruktur dan futuristik animasi pun ada.
berada di studio kepuasan belajar lebih berbanding di rumah. rasanya di rumah hanya online sepanjang masa. bersama laptop dgn monitor lcd yg best ini.



minggu ini juga oleh kerana penuh kesedaran dengan terlebih belanja sebagai hari ahad lepas pergi charlestown sorang-sorang pergi shopping untuk easter sale and clearan sale baju summer. sakan sungguh membeli tanpa sedar. banyak juga habis. oleh sebab tu misi untuk bulan april untuk berjimat. hanya satu sahaja nak beli. heater. malas nk pinjam orang punya. bak kata kawan kalau rosak awak nak ganti ke. since sekarang berlagak sombong dengan orang dari Malaysia. i was totally phobic with taaruf and introduce myself. sejak tahu oh i was well known with telling my name. dan saya tak tahu siapa mereka. they need me for things not myself. 

bila dah bukak pasal topik sendiri ini. untuk mid-sem break ini cuti dua minggu. dah tekad untuk sibukkan dan fokuskan diri dengan belajar sahaja. tak mengapa tak berjalan. masih ada masa lepas habis semua nanti. boleh fokus untuk berjalan sorang-sorang. 

gambar adalah bilik di dalam rumah yang sama. itu tempat yang paling selesa selain studio. ada teman kata bilik khaulah sangant warm dan cozy. since hati beku. i choose to have warm place. omai~ bilik tahun lepas sebelum penyerahan kunci, punya lah cuci habis-habis. cantik-cantik. wangi-wangi. susun atur disusun sebelum keluar bilik. sangat best feeling tak sempat nak merasa. sebab itu lah ada orang amik bilik tu. dan saya amik bilik sekarang kerana katilnya. yang buat saya selesa tidur. itulah faktor paling penting. nampak katilya tu. cuma langsir sedikit seksi walaupun dari luar bukan nampak pun cuma sebagai langkah berjaga-jaga. 5 minggu di bilik ini masalah gatal masih belum hilang. mungkin terlalu banyak debu. badan masih belum dapat menyesuaikan diri. pelbagai usaha dilakukan. tak tahulah tuan sebelum ni memang tak bersihkan bilik ini atau tidak. kalau tanya tuan dia pun belum tentu boleh kata dia benar since badan yang sakitkan. tidak boleh tipu kulit kalau dah kulit sensitif. 

panjang pula pos kali ini. mentang-mentang cuti. balas dendam untuk internet minggu lepas. yang meragam. 

lagu minggu ini buat rasa nak melompat excercise sahaja. ost descendant of the sun. kata pendeknya DOTS. cantik. selamat menikmati cuti 2 minggu khaulah. fighting. 


Friday, March 18, 2016

week 4 : tenang

awal minggu serabut dengan presentation tajuk site diagram. celaru nak cerita apa untuk 5 minit. hari isnin hari paling fokus. sampai tidak tidur seharian sehingga hari presentation. selasa. hari selasa pun lambat ke tempat berlaku. seperti biasa kerana bermula dengan Wan. huruf W maka menjadi kebiasaan aku adalah antara orang terakhir. paling bersyukur sesi presentation di awal pagi. kerana nama sesiku hampir ke tengah hari. kenapa bersyukur kerana tahap stress ketika ini sangat tinggi. sehingga lapar tapi tak mampu nak telan. jadi bila selesai awal cepat lah boleh jamah makanan.

masa presentation terlampau jelas bahawa aku sangat berdebar. sebab tak berapa cukup tidur terasa macam masuk acara lari 100meter pecut. selesai terasa seperti mengah. walaupun feedback agak baik tapi kepala otak waktu terasa sangat kosong. tak boleh bereaksi walaupun terpampang segala emosi di wajah.

ada dua juri dari pensyarah. tambah dengan pelajar - studiomate juga si abang-tiada-misai. maka ada 4 orang yang evaluate isi presentationku. pak cik Chris bagi feedback baik. dia okay. cuma diagram tak cukup dan terlalu banyak benda. flow story tak kemas. kata pak cik Peter pula. dia teman pak cik Richard. yang nampak kacak dengan suara romantik. sangat berdebar menanti feedback darinya. seperti yang dijangka dia suruh berhati-hati takut tersasar ke dalam kancah politik. ya, memang ada kemungkinan. dia juga nasihatkan agar fikir untuk 10 tahun akan datang bagaimana project ni nanti kerana site yang dicadangkan adalah kawasan pembangunan. ia akan berubah. begitulah. pastu si pelajar yang bila ditanya "awak kenal tak the guy bernama Guy?" ha-ha. complicated tak. dia berambut kerinting dan tinggi. muka tak berapa kacak tapi orang tak berapa siap. sila paham. dia pun puji bagus. haila. nanti giliran aku nak komen presentation aku tak tahu nak cakap apa. krisis orang asia. ha-hah.

terakhir, si tutor abang-tiada-misai masih dengan soalan provokasi dia. buat untuk wanita.  selepas presentation, beberapa kawan yang tengok kata bagus. aku pula macam aaaa..apa yang dah saya lakukan. lagi diingat lagi rasa tak nak fikir. misi pertama selesai. misi kedua pula meng"evaluate" si Guy ni. kerana dia menilai aku sbg orang nama terbawah begitu juga dia. terpaksa menahan lapar seketika. dan mengantuk sekali.

selesai sesi presentation, hari-hari berikut adalah hari cuti bagiku. padahal ada lagi perlu buat. tapi reward kepada diri sendiri. hari rabu pergi shopping. beria-ria. beli makanan itu ini. dan juga membuang anti-bacteria dalam bilik. badan bertambah gatal. jadi menggila beli spray untuk karpet dan juga surface cleaner. selesai membeli terus mengerjakan bilik. baju pun bertimbun macam dua minggu tak basuh. beria-ia buat kerja rumah.

dan hari khamis, berbaik semula dengan si pakistan. sebelum ni malas nak layan dia. sebab waktu tidur tak berapa menentu. hidup ikut suka dia. kali ini dia kata dapat kereta. malas nak cerita. dia ada cerita kawannya kata dia stupid. dan aku iakan saja. bukan stupid sebenarnya dia terlalu bergantung harap dengan orang. nak pegi kedai pun nak suruh si kakak belikan. malah dia tak pernah membeli barang dapur sendiri bila dia cakap ada kereta ingatkan dia tahu perkara tentang kereta tapi orang kedah kata haprak. failed. dan saya marked dia tak kompetent untuk membawa kereta. dan tidak benarkan bawa kereta sehingga dia lulus dan sedia. rasanya saya perlu bersabar dengan si pakistan. sebagaimana hidupnya hanya makan dal. dia pantas memasak tapi tidak untuk dal. dia beria untuk ke sana sini, but i was decide we will go when she able to drive. walaupun saya ada lesen, itu kereta dia. saya sudah memilih untuk menggunakan kenderaan awam. penat layan orang cakap berbelit macam ni.

perkara paling sedih bila si laptop ni buat hal. sejak masukkan anti-virus. internet sangat slow. entah kenapa. rasa hari sabtu ni kene berkampung di perpustakaan untuk mulakan report subjek lain yang due dalam tempoh semester break nanti. hailaaa...



cuti2 sekolah mengingatkanku tentang si adik bongsu ini. sepanjag dirumah. selalu bergaduh dengan dia. tempat dia merajuk, merepek, berkecil hati, menangis, mengamuk dengan perkara kecil dan macam-macam lagi. ternyata-nyata cuti kali ini buat dia bosan. adik, i wish i was there. 


Friday, March 11, 2016

week 3 : border line



week 3 bermula dengan sesi tutorial yang menarik. datang lambat jadi orang terakhir buat sesi perbincangan si tutor kalau-dia-ada-misai-lebih-hensem. sedangkan waktu itu lecture pak cik Tucker. tak mengapa sebab pak cik Tucker tengah explain pasal perubahan struktur akademik selepas batch kami. kali ini lebih tenang explain pada tutor abang-tiada-misai. explain tenang-tenang. satu-satu. lebih jelas. cerita keadaan politik dan budaya. pada minggu lepas proposed nak buat sport complex untuk wanita terus abang-tiada-misai tak setuju. pada anggapanku, mungkin dia faham nak buat stadium. bila kali ini kata lebih pada sukan air. dengan mengasingkan space antara lelaki dan perempuan abang-tiada-misai kemudian mencadangkan "apa kata buat untuk wanita sahaja. sebagai tempat eklusif untuk perempuan sahaja. kebarangkalian untuk orang lelaki nak protest agak tinggi." hailaaaa...macam2 la abang-tiada-misai. 

dia bagi tips dengan menekankan "awak lambat".  nanti buat presentation awak kena fikir awak nak mengurat pelanggan awak dengan projek awak ni. bagaimana awak cairkan hati dia. chia chia chia bak kata jep. oh imaginasi. minggu ini abang-tiada-misai suka dengan projek ini. hati rasa ok. boleh teruskan mengembangkan idea ini. cuma sekarang tengah buat slide ini. keliru. pening. sentiasa berlaku. apa nak buat ni...model pun tak tahu lagi nk buat macam mana. 

kemudian sesi kedua dengan lecture yang lebih berpengalaman. ada 5 orang termasuk pak cik Tucker. sebab minggu lepas dah jumpa pak cik Tucker. kali ini jumpa pak cik Richard. sila bayangkan pak cik dalam cerita up. itulah dia. rasanya umur dia dah hampir 80 thn. rasanya lah. dia suka malaysia. tahu sejarah malaysia. pak cik Richard sangat positif. nasihat buat presentation nanti jangan hanya tunjuk gambar tapi fikir apa yang awak nak sampaikan. hmmmm... keliru lagi.

disebabkan tiada orang nak bercakap. si teman pakistan ada hidup dia yang sentiasa dipenuhi panggilan dari ahli keluarganya tak kisah jam berapa. maka dia tidak memerlukanku dalam hidup dia. sebab waktu tidurnya tidak tentu dengan kerjanya lagi kami makin jarang bertemu dan berbual kosong. tanpa ku sedari setiap minggu hari-hari akan keluar membeli barang. sila maklum di sini bukan kedai tepi jalan boleh singgah. sini lebih kepada shopping ala mydin, giant gitu. sekali masuk pasti ada yang nak beli. kali ini lebih parah. dah terjebak dengan membeli secara online. 

bukan baju yang dibeli. lebih kepada gadget. pastu barang harian pun beli online. sejak malas nak keluar dan mengangkut barang berat. maka lebih baik lah suruh mereka hantar bukan. cuma masalah beli online selalu buat aku tertunggu sahaja. macam tak boleh fokus nak buat kerja pula. hailaaaa...bagusnya terapi untuk diri sendiri. 

sekarang ni kurang sikit memasak. tapi bila balik kelas rasa stress terus amik kuali pasang gas. jadi masak apa sahaja. asal boleh makan dengan nasi. ada beli salad tapi silap simpan jadi layu maka instead of try making salad it turns to be seaweed soup gitu. tapi boleh tahan. sedap untuk kali pertama. 

kerja gila lagi. menginstall crack software di laptop ni. kebanyakannya hilang setelah diformat. huhu.

berkenaan tajuk border line. masih ada yang saya takuti. takut untuk memasuki kawasan tersebut. takut terluka lagi. takut untuk apa2 expectation. sungguh jiwa dan diri masih lemah untuk sesetengah perkara. hmmm....takut untuk berdepan dengan orang ramai. takut dengan orang tak berapa kenal pada kali pertama. 

gambar diatas quiz tentang bagaiamana anda lihat satu perkataan dengan warna. kira seimbang la ye. sedangkan hari ni. telah terserlah perangai sress tu. tak mahu bercakap dengan orang. tidur banyak. tapi masih lagi lalu makan. paling kritikal bila lapar tapi tak boleh telan. 

hari selasa ada presentation pertama untuk semester ini. bismillah....


Friday, March 04, 2016

week 2 : keteguhan hati


masuk minggu ke-dua. ada ahli rumah baru. dari cina. ternyata dalam cuba menyesuaikan diri masih lagi merindu si teman rumah lama. dia bagaikan sang suami. yang bermaksud yang boleh buat teman hidup sepanjang zaman. yang kenal karenah dan ragamku. tapi hakikat hidup engkau mesti belajar sesuatu yang baru. yang pasti, aku positif untuk mengharunginya dengan tahun akhir yang akan ada turun naik macam roller coaster.

kedua. bila mengingatkan tahun lepas, setiap kali ke studio aku pasti akan mendapat sesuatu energi di sana. ada seorang bernama JL kini dia sudah selesai masternya. mengenangkan JL dia adalah semangatku. seperti sebuah tenaga bila melihatnya segala resah aku hilang. apabila ada masalah aku hanya ke tempatnya. dan aku kembali sedia kala. tapi tahun ini, aku harus kuat. sentiasa positif. 

itulah yang aku definisikan seorang teman baik atau keluarga. bila melihatnya hilang rasa segala yang kacau di dalam jiwa. energi negatif tadi sepertinya telah ditukar menjadi aura positif. memberi satu harapan yang buat kau yakin kau boleh. 

berkenaan project tahun akhir, ada baiknya isu yandg dibawa. wanita dan sukan. ada yang kata ini bukan architecture. ini adalah fashion. ada yang tidak setuju. ada yang setuju. normal mata mereka tidak semestinya normal di kaca mata islam. bukanlah untuk mengubah dunia tapi untuk memahamkan mereka sahaja. walaupun ditolak, layer pertama peluru-peluru hujah mereka menembusi hujahku. jadi sekarang naik level dua untuk menambah kekuatan bullet proof tersebut. semoga di akhir nanti bullet proof nya semakin kental dan satisfied. aku tak perlu approved. tapi kepada kepuasan dan kefahaman. yang mana ia boleh jadi praktikal.

kalau berdasarkan kuiz diatas, mungkin project ini bukan sahaja mencabarku dalam bidangnya tapi untuk mencabar kapasiti diriku. mencabar diri untuk percayakan diri. yakinkan diri. kadang-kadang aku tahu kapasiti aku diluar jangkaan. aku ingin lihat sejauh mana. aku masih seorang pemalu. masih berdebar yang rasa sesak nafas bila buat presentation depan orang. masih si kecil yang bisanya belum meracuni sesiapa. 

jagalah kau hati. takutkan patah hati - hati-hati: Amira Othman.

Friday, February 26, 2016

week 1 : permulaan baru

lebih kurang 83 hari di rumah. kini kembali meneruskan perjuangan. hmmm..ayat..

berjaya menguruskan hidup dengan kaki sendiri. cari rumah sendiri. beli barang sendiri. meng'explore' dunia newcastle sendiri. 

ternyata balik malaysia ubat rindu. pada awal cuti rancang itu ini tetapi akhirnya hanya menetap di dalam rumah. menikmati masa sedih, gembira, kucar-kacir di rumah. himpunan memori sebagai bekalan untuk menghabiskan dua semester di sini. perasaan yang bercampur itu aku simpulkan kasih sayang yang indah untuk aku kenang nanti. 

kisah semester tahun lepas sepertinya berulang lagi. menaiki kapal terbang. sendiri. menangis saat kapal terbang menderu naik atas langit. menunggu di klia. dengan sedikit masalah boarding pass. menikmati makanan dan movie atas langit. sebaik ia mendarat berbaris di kaunter immigrant yang suasananya juga seperti tahun lepas. ramai yang perlu declare barangan yang di bawa. kalau tahun lepas kotak makanan kene buka untuk kepastian tahun ni pakai anjing. berhadapan dengan anjing hati terus jadi berdebar. takut. namun, hidung anjing tu tahap sensitif dia rendah. makanan tahun ni semua selamat. makanan tahun ni ada juga yang kuat. ha-ha. rezeki budak merantau sendiri. alhamdulillah. 

rezeki lagi bila dapat tinggal di rumah yang sama tapi bilik lain. kerana bilik lama telah dihuni. rezeki juga dapat lagi murah padahal telah pun dikecam oleh si-tukang-cari-rumah-tahun-lepas. katanya lagi dekat buka semester lagi mahal rumah sewa nanti. tapi berbekalkan ilmu dan banyak network. urusan lebih mudah. akhirnya, rumah sebelah dihuni oleh orang malaysia. 

walaupun tahun lepas banyak kisah sedih. kisah hati luka. tetapi ternyata aku merindukan si teman rumah Nepal yang banyak memberi semangat. namun, kejutan baru apabila orang banyak menyangka. bila mendengar kisah aku, timbul rasa bersalah. aku hanya senyum. dan sekali lagi, aku belajar benda baru. mengenali tempat makan baru. jenis makanan yang boleh dimakan. dikenalkan seperti aku pertama kali datang. bahkan lebih banyak info dan lebih praktikal. 

itu kehidupan di sini. ternyata minggu ini masih lagi ada sisa musim panas. berbanding tahun lepas sejak sampai terus rasa sejuk. dan sekarang bertahan tanpa kipas sebab kipas dah habis jual. menanti musim luruh. jadi sepatutnya sejuk. sekurangnya dapat juga rasa musim panas di sini. 

kelas sedikit kucar kacir. bila timetable berubah dari asal. seronok bertemu kawan sekelas. tapi aku masih lagi malu. segan. masih lagi muslim malaysian only dalam kelas berbanding junior. yang mana I tak tahu nak berdepan dengan mereka. final project yang dalam kepala ini bercadang mahu buat sports complex untuk wanita. isu? banyak relevan. site? di kelantan. nampak tak? kata senior tahun lpas menarik tapi a little bit tricky kerana boleh melibatkan politik. itulah yang dirisaukan.

sekarang, di mana nak mula? 

Thursday, January 28, 2016

mengGUA

apa khabar 2016?

sekarang di malaysia. katanya jasad di malaysia. tapi jiwa sekejap di korea. sekejap di india. kadang-kadang dibawa ke Peru. Indonesia. Thailand. Laos. terbaru Iceland. malam-malam bermimpi ke New Zealand. Turki. Australia.

kalau ada, ada. ada jodoh kita bertemu. sebab utama, untuk bertemu keluarga. menikmati masa-masa dengan keluarga. yang pasti disana akan menangis cengeng merindukan di sini.

kalau ada yang terasa maaf. bukan tidak ingin bertemu. yakinlah,kita akan bertemu pada masa yang sesuai. simpanlah rindumu. ingatanmu ketat-ketat.