Wednesday, April 27, 2016

Week 7 : bersambung tiada tamat

sambung cerita dari minggu 6.

pukul 8 otak dah jam. sikit lagi nak siapkan slide. sebab otak dah tak boleh fikir. balik rumah. jalan kaki. dalam tempoh kurang sejam, siap mandi. untuk elak perut berlapar lebih lama sempat minum susu. doktor pun siap bagi surat untuk buat presentation awal. tapi sebab dapat sesi pagi. maka simpan saja surat tersebut. jumaat malam telan ubat tidur. pukul  5  pagi sabtu dah terjaga. bermakna 5 pagi hari ahad cukup 24 jam berjaga.

sampai studio nampak 'azril' sedang beraksi dengan presentationnya. lalu saja, slide presentation saya masih belum siap. buat dengan cepat-cepat campur malas. sebab dah letih. tambah kurang maka ada 7 slide. siap. site model siap. buat skrip ringkas untuk present walaupun tak akan ingat sekurangnya otak boleh ingat point penting. kali ini adik Damn Daniel yang akan bagi feedback. bersama pak cik Rick dan abang-tiada-misai.

orang lain present lebih dari 10min. meleret dengan intro projek. saya hanya fokus present untuk tema. concept design, ringkas dan padat. slide pun 7. lebih kurang 5-7min. present sekejap. feeback berjela. dari abang-tiada-misai - dia masih tertanya mana concpet lapis-lapis keberkahan tu. cakap la struggle nak define. nak paham. nak interpret. pastu pak cik Rick punya feedback sangat inspirasi. sebab site dekat kawasan padi. dia kata soalan. adakah cantik kalau bangunan awak ni di tengah sawah padi atau letakkan antara hutan dan sawah padi. dia akan lebih cantik sebab issue nya tentang sangat menarik. dia akan lebih cantik kalau bangunan wanita ini blend dengan alam semula jadi. huuu..dengar komen pak cik Rick sangat cair. dengar dia cakap memang rasa positif. adik Damn Daniel kata menarik juga kalau grid form sawah padi ni diterjemahkan di dalam plan. akhir kata mereka sangat menyokong projek. waaah...takut mendengarnya. mampukah?!

hari isnin tersebut berlalu dengan panjang. presentation selesai. tunggu pula giliran untuk kritik si Fiji pula. dia sangat cool. punyalah usaha untuk paham cara dia cakap. concept dia bagus. bagi lah juga satu dua kata. tengok presentation orang lain kadang-kadang rasa wah hebat lah diorang ni. huhu.projek si Fiji tak pasti apakah projeknya. nak guna air untuk ditukarkan kepada tenaga. budaya. kerana air sangat penting untuk orang Fiji. kalau ikut yang saya fahamlah.

selesai komen, terus masuk kelas. bila masuk kelas, terus sangat mengantuk tapi tak terlelap cuma fikiran tak boleh fokus. tahulah apa yang dicakap cuma tak boleh hadam sahaja. kebetulan depan mata ada si 'azril' kalau nak tengak guest speaker akan nampak 'azril' dulu. rasa mahu cakap pinjam nota awak boleh. huhu. nak menulis pun tak mampu. otak dah fikir nak balik dan tidur.

si teman dari thailand, Milk katanya boleh tumpangkan. lega lah sikit. penat nak balik jalan kaki. huuuu..

balik makan. solat. dan tidur. penat.

hari berikutnya terus berjuang untuk profesional report pula. tak hilang penat lagi dah bersambung dengan report ni. stok makanan pun dah nak habis. huuuu...sambil keliru dengan report. nak hilangkan stress maka selepas maghrib buat segera membeli-belah. kedai pun dah nak tutup. huu..

berperang juga nak siapkan report ni. doktor juga suruh buat test blood. masa sesi buat test blood, mak cik amik darah tanya kenapa tangan awak ni. kenalah explain. dah memang lahir macam ni. saya takut tengok jarum dan darah. nasib baik tiada drama. mudah saja urusannya. buat test blood ni kena puasa tanpa makan boleh minum untuk 12 jam.

lepas buat test blood, jumpa doktor. doktor kata kena makan daging. sini susah sikit nak cari daging. tapi alhamdulillah dapat juga daging. sekarang kena buat diet tambah iron.

hari-hari berikut masih lagi dengan ecology report. kali ini tak duduk studio. lepak di library. tukar angin. buat report banyak menulis. kena ada feel baru boleh tulis. hari jumaat terserempak dengan 'azril' di library. dia datang tegur. bercakap dengan dia. boost semangat. jadi hari jumaat siap kerja dengan target. ha-ha.

dan alhamdulillah berjaya hantar sebelum tamat tempoh. berharap dapat credit pun cukup. 50% report ni. tapi rasanya macam tak sesuai. sebab keliru banyak buat report ni.

selesai report ni, habis la round pertama kerahan tenaga. round kedua akan bermula hujung bulan 5 nanti. masih ada 4 lagi submission.

tiap-tiap pagi bangun exercise. sebab doktor suruh berpeluh bagi hilangkan stress. cuba lah cari di youtube shae-sayang zumba. menarik untuk buat senaman keceriaan. ^_^

week 6 : jiwaku berlapis-lapis

fuuuu.. dua minggu terkejar-kejar dengan concept design dan professional report.

selepas hantar report pertama. semester bersambung untuk minggu 6. selepas hari jumaat hantar report. hujung minggu bermalasan sambil conteng-conteng idea untuk tutorial hari isnin. nak jumpa abang-tiada-misai. hari ahad dapat email dari pak cik chris. dia busy untuk minggu ke-6. jadi sesi hari selasa dia tukar hari isnin. jadi pegi kelas hari isnin sahaja. 

sesi dengan abang-tiada-misai sangat baik. tunjuk concept. tunjuk buble diagram. draft floor. idea dah baik. abang-tiada-misai beri respon. elok awak olah concept awak dengan layer. wanita islam pakai berlapis. kenapa. lapis-lapis ini awak boleh terjemahkan ke dalam ruang aquatic centre ni. nanti awak kaji islamic architecture. arkitek jepun. ada dua nama dia beri. dah la arkitek tu kacak (salah seorang dari senarai nama) walaupun dah berusia. sou fujimoto. abang-tiada-misai terima idea tu. dia siap tambah. projek awak bagus. jangan lupa buat section. detail section. 



lepas sesi dengan abang-tiada-misai, ada lecture. pasal presentation concept design. presentation pertama dia tukar hari selasa. kali ini dia kekalkan ke hari isnin. jadi ada tempoh seminggu. selepas lecture, tunggu sesi dgn pak cik chris. tak nak datang studio hari berikutnya. bersantai di rumah kaji pasal konsep. 

tapi malang, tunggu sesi pak cik chris sampai ke petang. pastu bila sedia jumpa dia, otak tiba-tiba kosong. apa nak tanya? maka, dapatlah feedback yang kurang memberansangkan. kecewa. lepas ni tak nak dah jumpa pak cik. inspirasi menurun. no and never dah. biarlah semester ni semester terakhir dia tetap tak nak jumpa dia. suka cerita pasal sekolah. lepas ni nak jumpa orang lain dah. pak cik rick memang baik. nak cuba abang peter nnt. erm... drew mungkin. dah pernah jumpa dia sekali masa awal-awal semester. tapi rasa tawar jumpa dia. huhu. 

maka selepas itu, berusaha nak memahami pasal layer. 'lapis-lapis keberkahan'.  sambil-sambil tu juga buat site model. walaubagaimanapun buat side model pakai tangan memang melelahkan. banyak masa terbuang. dah x berapa cantik. sedih. bukan tak boleh buat laser cut. tapi si kawan ni asyik ada masalah dengan drawing file dia. malas nk fikir. terus pakai manual. habis merah-merah tangan. buat site model di studio. seronok melepak di studio. dah boleh adapt dengan suasana studio. bawa makanan. solat. urusan tandas. kadang-kadang balik rumah. nak makan or nak solat. malas nak ke bilik solat yang disediakan. terutama yang bercampur. sakit jiwa berurusan dengan orang lelaki. melayu ke tak melayu sama saja perangai. baik jalan kaki balik. berpeluh boleh hilangkan stress kata doktor. 

maka berulang alik rumah studio. malam balik dengan shuttle bus. guard yang bawa. oh, belum cerita pasal guard ni. semua boleh tahan. walaupun dah berumur sangat baik. jiwa boleh cair. paras rupa lagi lah. 

hari ahad, hujan. sehari sebelum presentation. perut buat hal. memang selalu macam ni. panik pun menjadi-menjadi. berselang seli. pastu budak studio meriah. dengan semua orang tengah bertungkus lumus siapkan kerja. 'azril' pun ada. azril ni siapa. kalau baca cerita syud - tentang dhia. si kidal. tinggi lampai. tapi dia tak lukis kartun. class rep. paras rupa. tip top. tapi sudah berpunya. dia bawa gadisnya datang studio. dia duduk belakang meja. jadi kalau nak ke tandas atau nak keluar memang kena lepas tol dia la. ha-ha. 

dalam pukul 3-4 pagi baru senyap. masing-masing dah beransur pulang. sudah siap. walaupun tak siap masih ada masa. ada yang present petang jadi tiada masalah. kalau macam saya ni sesi pagi, berjaga malam nak siapkan slide. orang lain punya slide dengar kabar banyak juga. tak tahu apa yang mereka present. tak bercakap sangat pun dengan mereka. malu. mereka pun tak tegur. huhu. 

tapi ada seorang abang Hamrange turut berjaga. antara pukul 3 pagi hingga subuh si Jez dan si Fiji
jadi DJ pasang lagu retro. rasa bagai bayu pagi menghembus sahaja. tenang sikit sebab orang dah kurang. dan malam yang sama juga pak cik Chris muatnaik markah assessment pertama. report yang minggu lepas juga dah keluar markah. alhamdulillah. keputusan yang memuaskan walaupun tidak cemerlang berbanding teman-teman yang diceritakan dalam entri lepas.

yang penting keberkahan dan ilmu yang dipelajari. pukul 4 pagi itu juga barulah selesai kekusutan design floor plan dan section. 

Saturday, April 09, 2016

Easter Break 2 : nak busy atau nak fokus?

mulakan kisah hari jumaat semalam. ada submssion report. kena hantar hardcopy. tidak tidur dan kepenatan. bersama air mata. maka update post ditangguhkan hari ini.

kisah hantar report ni sangat tragis. sebahagian saya simpan sendiri. sebahagian saya akan ceritakan disini. sebagai pengalaman. dan kenangan. juga sebagai catatan sebuah kesedihan. sebelum kisah submission ini, saya ada seorang kawan yang kurang sosial berbanding dalam maya. setiap waktu dia akan bertanya kepada saya. saya ini manusia juga, kadang-kadang saya tidak mahu layan dia dan tidak mahu berkongsi dengan dia. ada ketika saya mahu bantuannya saya cari dia balik. namun responnya bila awak tak tahu awak bertanya jadi awak kena tolong saya. tanpa saya sedari saya masa membantunya kadang-kadang menyekat saya. kejadian benar-benar terjadi semalam. dia dahulu siap dari saya bila sudah hantar dia tinggalkan saya.

saya seorang cepat nervous dan stress. makin stress makin nervous makin slow kerja saya. walaupun hanya 10% ia akan ambil masa berganda berbanding orang biasa. semalam, saya akhirnya sendirian menghantar report tersebut. sudah print, saya pegi binding. oh, studio di sini sangat best, ada tempat binding sendiri. tak payah bayar. kalau print pun beli kertas sahaja. kos lain ditanggung fakulti. tambahan pula, saya ada keyakinan kerana pernah buat kerja-kerja fotostat dan binding. bukan susah. tapi ternyata semalam kerana saya sangat nervous, report binding saya tidak menjadi. saya hubungi seorang teman. jawapan dia, oh saya penat dan mengantuk. dan akhirnya separuh report saya hancur di makan alat binding. di sini lah kisah sedih nak campak hati sakit dalam badan bermula. saya pasrah.

walaupun berjaya hantar report dengan keadaan report yang tidak berapa baik keadaannya saya terpaksa hantar juga. membazir untuk saya print sekali lagi. 40% report tersebut. dan saya kesuntukan masa. saya hantar saja. sedikit sedih mesti pensyarah tersebut memandang rendah dengan report saya. maafkan saya, tuan. apa sahaja keputusan nanti saya terima.

saya juga berkeputusan untuk tidak mendedahkan banyak maklumat kepada teman ini lagi. kalau saya maklumkan padanya saya tidak tahu atau saya belum mulakan mungkin dia akan kurang bertanya. saya tak mahu lebih ke depan darinya. saya ini kura-kura. bukan arnab. bukanlah tidak mahu berbuat baik tapi kalau buat saya sedih lagi itu pun kira saya aniaya diri sendiri.

sekali perlu saya tekankan, saya ini sendiri. orang takkan cari saya kalau saya tak cari mereka. saya tak mahu paksa diri saya jadi macam orang lain. mahu orang nampak saya.

next, misi menjadikan studio sebagai rumah kedua masih dalam proses penyesuaian. sebab kawasan meja saya orangnya tidak tetap di studio, memudahkan urusan solat saya. cuma tentang makan saya cuba konsisten bawa bekal. kadang-kadang penat nak memberitahu saya tak makan tengahhari. sarapan pagi saya makan kenyang-kenyang. saya hanya akan makan malam kemudian. antara 5.30 petang hingga 7 malam. apa sarapan pagi saya? sebab saya makan antara 9-10 pagi, air coklat panas bersama roti bakar disalut marjerin campur jem atau nutella. kalau nak kenyang lagi, makan dengan telur, bersama cheese dan sayur timun. heavy kan? sebab tu saya boleh tahan sampai 5 petang.

minggu ini juga, saya sedikit sibuk selain menyiapkan report. jumpa doktor. keluar ke taman. Hunter Valley Garden. bekas teman rumah saya mengajak saya ikut bersamanya. nak tengok gamba ada dalam google+ nanti. senang dengan photo apps dari google ni. dia detect lokasi dan buatkan album. tak ramai orang tahu tentang ini.

hari ni baru pergi shopping. selalunya saya pergi tengah minggu. di sini setiap hari rabu hypermarketnya akan keluarkan katalog untuk harga istimewa. seminggu saya sibuk berulang alik ke studio jadi tanpa saya sedari stok makanan saya kehabisan. sebab setiap minggu saya membeli-belah. misi april ini saya mahu jimat. kurangkan kos membeli entah apa-apa.

cerita projek saya pula. saya masih buntu. namun, sedikit keyakinan. saya akan teruskan project ini hanya untuk wanita. sambil buat report saya banyak baca pasal sukan dan wanita. sukan dan wanita muslim. banyak isu sebenarnya tetapi tidak diketengahkan di dalam bidang architecture. walaupun ada akan ada yang kata ianya diskriminasi, jadi saya kena faham tahap manakah ia dikatakan sebuah diksriminasi. juga, sejauh mana wanita akan ke kompleks sukan. wanita kurang bersukan sebenarnya. macam saya. bila fiikir balik, kenapa tak bersukan. sebab tak ada alat. sebab tak ada kawan. kena ada motivasi baru nak pergi. sebab kekangan masa. rasa banyak lagi benda penting. sekarang ini membuak hati nak pergi jogging. tapi tak da kasut. huhu.

tambah lagi, apa yang nak saya sediakan untuk komplek sukan saya ni. saya hanya fokus pada sukan renang dan gym fitness. sebab kalau buat aerobic lagi mudah dan bebas. juga dua-dua sukan ni memang terdedah kepada masalah pakaian juga. saya masih pertimbangkan untuk masukkan aktiviti sukan lain. macam sukan pertahankan diri. sukan sunnah. menjadi isu sekarang, apa sebabnya. apa relevannya.

tulis begini akan menjana idea-idea baru sebenarnya. saya dinasihatkan untuk sentiasa bercerita tentang projek ini. supaya saya faham dan cari kelemahan. kelemahan yang boleh buat orang salah faham dan orang tak tahu jadi keliru dengan projek ni.

saya masih ada 2 tugasan yang akan dihantar dalam tempoh dua minggu ini. concept design dan ecology. rasanya saya mahu tangguh untuk satu tugasan ini. menyedari kelemahan saya yang cepat stress ini. rasanya tak mampu nak buat dua sekali gus. saya bukan multitask person.


Friday, April 01, 2016

Easter Break 1 : Down or Drown

bermula jumaat lepas cuti pertengahan semester bermula. baru 5 minggu semester mula dah cuti. seronok cuti uni of newcastle ni adalah cuti dua minggu, minggu ini dan minggu depan. banding uni lain kebanyakannya hanya seminggu. bermaksud minggu depan diorang dah start kelas. padan la sebab semester diorang lambat seminggu. jadi miggu depan tajuk episode 2 untuk synch dengan semester kalendar. bila kelas mula maka tajuk akan kembali ke minggu 6. senang.

berbalik tajuk minggu lepas. saru bahasa kelate. saya sendiri tak pasti macam mana nak terangkan. sedih campur terharu atau sedih campur serabut. mungkin keduanya sekali. bukan sedih terlampau. ada macam kasihan juga. kacau bilau pun ada. begitulah bercampur perasaannya.

berkenaan minggu ini. adakah minggu ini adalah minggu produktif? apa yang dah saya capai? entah.
pencapain hari sabtu kerana masih dendam mengidam nak masak pakai lengkuas belum terlaksana maka buat nasi lemak tanpa daun pandan. sebenarnya santan adalah bahan utama. kalau ada santan semua jadi. daun pandan hanya menaikkan bau nasi lemak sahaja. kalau nak tengok gamba sila ke FB. kalau sesiapa belum jadi friendlist. permohonan telah dibekukan serta-merta.

sebab? saya ada goal baru. bak kata song-joong ki " saya bukan tech-savvy," maka saya ke arah itu secara perlahan-lahan. tak penting sebenarnya ada telefon canggih, upgrade gadget tapi komunikasi depan muka parah. haprak bak orang utara kata. bak kata adik saya "depan aku tak cakap pun." tapi dia tidak sedar dia banyak komunikasi dengan besi kecik yang dia kelek masuk mimpi sekali.

juga berkeputusan untuk menjadikan studio sebagai rumah kedua. masalah sekarang praktikal untuk solat, makan dan tandas. masih belum temu solusi terbaik. selepas 3 april ada perubahan time. katanya saving daylight. bermakna beza masa Aussie dengan M'sia hanya dua jam berbanding sekarang 3 jam. maksudnya waktu solat akan jadi lebih awal dan singkat. zohor dalam pukul 12. isya pula dalam pkul 7.30malam. makan pula oleh sebab saya lebih suka makan air tangan diri sendiri. kena rancang menu awal-awal kalau nak menginap studio sampai malam. tandas apa lagi. tak  da air. susah sikit nak deal. sila faham bahagian ini. hi-hi.

setakat minggu ini, waktu bangun juga tak berapa betul. jadi pergi studio kalau ikut standard selepas tengahhari sampai petang pukul 6. fahamkan nak betapa mencabar nak adjust dan disiplinkan diri. ada je solusi tapi kajian belum ada keputusan maka masih belum yakin. bismillah...

apa yang seronok duduk studio. fokus dia jadi lebih tinggi. lebih produktif. terasa matlamat hari tersebut tercapai. begitulah. mungkin membantu untuk berkomunikasi? apa progress dah buat? sekarang ni tengah fokus buat report untuk architecture management. tengah nak faham client. kena faham project brief. buat analisis. bukan setakat site dan drawing. kena tahu market demand. kena ada fakta dari segi kualitatif dan kuantitatf. yang diterangkan sini ringkas je. nak dapatkan maklumat sangat mencabar. boleh si Dato V si pink tu hanya ada instagram je. lepas tu tunjuk gambar membeli belah barang P. tak ada langsung profesional website untuk tengok profil kompani.

syukur juga report achitecture management dapat penangguhan jumaat depan.  tapi lelah juga nak kejar. lepas kelas mula. ada lagi concept design dan report untuk ecology. concept selepas diselediki ia boleh mula dilakukan selepas architecture management. begitulah bagaimana studio subject berkait dengan architecture management.

berkenaan tajuk di atas, encik D tu datang macam chipmore. kejap dia akan datang mengejut. kemudian hilang. nanti dia terjah balik. tak kira masa atau dimana. tip dia sekarang buat journal. banykkan bertenang. pada sesetengah orang tidak saya bagitahu situasi saya sebenarnya. ada setengah diberitahu sebagai permakluman bukan niat untuk merisaukan orang lain. tahu. jauh. jauh sangat dari semua yang benar-benar sayang saya. sedang edit cara pemikiran sekarang.

untuk masa ini, saya perlu fokus untuk selesaikan pengajian ini. perlu putuskan tali tersimpul itu bukan meleraikan perlahan-lahan. putus masih boleh dihubungkan kembali bila ia matang nanti. kain koyak boleh jahit lagi. susu basi pun boleh buat yogurt. bakteria yis boleh buat roti. senyum dengan penuh syukur.


meja di studio tersusuk di belakang. susuk tersembunyi di belakang.  badan ni kecik. takkan ada orang perasaan ada manusia kalau dah duduk dengan kerusi hitam ni. sekarang asyik pakai tudung hitam. sebagai orang busy (konon), menyingkatkan lagi masa persiapan bertudung tu.  bersepah la meja lain sebab dah meja-meja lain orang laki. lepas submission pertama hari tu. masing-masing dah pergi bercuti. tak puas lagi dengan gamba studio?

sila dengar lagu berhenti berharap kalau macam tu. bai.