Friday, December 15, 2017

Mencari Paras Normal

Ini adalah yang terakhir untuk 2017.

aku mencari kehidupan yang aku sendiri definisikan bahagia. Selesai sahaja exhibition master tahun lepas, tutor ajak kumpulan aku ke tempat dia mencari ilham. ada perbincangan tentang masa hadapan. apa perancangan. ketika itu, aku tidak mahu berkecimpung lagi dalam bidang seni bina buat sementara. aku ingin mencari dan mencuba sesuatu yang luar dari seni bina. aku sebenarnya ingin cuba melukis. sketch. atau travel bebas. atau belajar memasak makanan dari negara lain. sesuatu yang aku definisikan seni dari sisi lain.

tutor aku setuju untuk aku buat begitu dan kemudian kembali ke bidang ini. bahasa inggerisnya explore. ternyata ia berlaku diluar kawalan aku. setahun yang kosong. aku hanya bekerja menjaga kanak-kanak bawah 5 tahun dan mencuci dan membersih rumah peribadi. tetapi masih target aku masih belum capai.

setahun ini juga aku memerhati dan berfikir. kadang-kadang terasa adakah aku tidak normal. saat-saat mereka yang sudah punya kehidupan stabil. Yang bujang sebelum ini kini berteman. yang berdua kini bertambah satu. yang punya kereta tambah aset rumah pula. yang punya kewangan kukuh berjalan ke serata alam. Aku. aku hanya ingin hidup dengan keluarga aku. mencari kebarangkalian untuk berkerja dalam bidang aku di tanah kelahiran. kalau newcastle boleh, apakah kota bharu tidak boleh. Aku masih kurang ilmu tentang ini. aku masih mencari formula.

aku tidak ingin punya rumah. cukuplah sekadar rumah kecil. aku masih mencari rasional, zaman sahabat itu harta itu diinfakkan seluruhnya tanpa ada simpanan untuk diri sendiri. aku masih mencari praktikal dan formula. pasti ada tapi bagaimana.

aku juga masih mencari isu apakah yang ingin aku tangani. aku mahu jadi environmentalist. mahu dunia bersih. aku juga mempersoalkan diri aku, kalau mahu jadi arkitek. kenapa perlu design parking. kenapa perlu naik kereta. sedangkan aku sedang membinasakan dunia. case studynya ada kalau banyak mencari. ilmu ini luas. tetapi hakikat dunia berputar berbeza. yang menyebabkan aku rasa aku hidup tidak normal. tidak normal bagi aku.

aku terima teknologi moden tapi menolak pada masa hadapan kerana pada saat ini ia banyak keburukan dari kebaikan.

apabila aku berada dikelompok mereka yang ingin bekerja di luar negara, aku cuba menjadi seperti mereka. tanpa aku sedar sebenarnya ia adalah satu cabang. benarlah kata lecturer aku yang aku masih kurang pengalaman.

sehingga sekarang aku masih belum tahu apa yang aku inginkan. Apakah normal untuk aku.

Thursday, December 14, 2017

Ahmad seorang lelaki soleh

Selepas peristiwa lelaki soleh di dalam kereta api. K kadang-kadang masih terperangap dengan memori tersebut. Adakala K terfikir jika sekiranya mereka terserempak lagi. Masih adakah kebarangkalian untuk K terjumpa lagi Lelaki Soleh itu. Adakah K bersedia untuk bertemu lelaki soleh lagi? Apa yang K akan lakukan sekiranya mereka bertemu lagi. K tidak tahu nama sebenar lelaki soleh tetapi hati K tetap menyeru sang lelaki soleh.

Selepas 60 hari atau 90 hari K tidak menghitung bila 'pertama' kali pertemuan K dengan lelaki soleh. ketika K sampai ke pejabat pagi tadi, hati K menyeru sang lelaki soleh dengan perasaan yang pelik. ternyata perasaan yang pelik itu memakbulkan doa K. Waktu makan tengah hari, K bersama Michael dan Susan makan bersama dan itulah pertemuan ketiga K dan lelaki soleh.

Selalunya K makan tengah hari hanya di pantri pejabat. K suka bawa bekal dan lebih suka masak makanan Malaysia. Lidah K masih kental dengan masakan Malaysia. K juga kurang suka makanan barat seperti fish n chips atau salad. Nasi menjadi satu kemestian untuk hidangan utama K. Cuma sekali sekala K akan keluar makan seperti kali ini.

Michael mengajak K makan tengahhari di restauran Thai. Michael juga seperti tahu K ingin makan tom yam. jadi K setuju untuk keluar makan tengahhari. lagipun, mereka tidak sibuk untuk siapkan tarikh tutup projek. Jadi, mereka boleh makan dengan santai.

"hei," K, Michael dan Susan sudah selesai makan dan Michael tiba-tiba menegur seseorang. Dari sinar mata Michael, K agak orang yang Michael tegur membelakangkan K. K hanya memandang Michael dan tidak berpaling. Ada dua sebab K tidak berpaling, pertama supaya dia tidak salah urat lehernya dan kedua, dia tidak mahu nampak teruja. Kebarangkalian untuk K kenal juga rendah. Mustahil mereka ada mutual friend.

Orang yang Michael tegur menghampiri meja makan mereka. K tahu kerana Michael bangkit dari kerusi dan waktu itulah K memandang teman Michael. Mata K bertemu dengan mata teman Michael.

"K, this is engineer from Solution Geoform," Lelaki soleh! seru hati K. saat itu hati terlompat gembira walaupun K tetap dengan wajah terkejut. K hanya mengangkat tangan sebagai isyarat 'hi'.

"Ahmad, this is K dan Susan. K, Susan, this is Ahmad," Ahmad! akhirnya, lelaki soleh punya nama. K hanya kaku di meja, juga tidak bangkit. Fikirannya kosong dan hati sedang meletup dengan perasaan gembira.

"actually, we've met before," Ahmad si lelaki soleh bersuara dan berlagak mesra. Ya, Ahmad lelaki peramah dan masih ingat akan K. K ingin menarik senyum tapi ditahan. K hanya mengangguk mengiakan kata-kata Ahmad. Selepas itu, K hanya diam kerana Ahmad berbual sebentar dengan Michael sebelum dia beredar.

Tidak perlu K bertanya sang lelaki soleh, Michael sudah membuka cerita. Ahmad bukan sahaja si Lelaki Soleh tetapi juga encik jurutera. Michael kenal Ahmad atas urusan profesional bukan peribadi. Jurutera untuk projek yang diuruskan Michael adalah Ahmad dan mereka bertemu setiap kali mesyuarat. Untuk kali ini, Ahmad hadir mesyuarat di kawasan berhampiran untuk projek lain. Dia singgah makan tenghahari di restauran yang K, Michael dan Susan makan. Kebetulan yang indah.

Pulang dari makan tengah hari, K sedikit berubah. K lebih ceria dan semangat menyiapkan kerjanya. Kadang-kadang fikiran K melayang dan minda asyik ulang tayang peristiwa makan tengahhari tadi. K cuba mengingat gaya pemakaian Ahmad. Kemas dan segak. Minda K juga semakin jelas dengan bayangan wajah Ahmad. Walaupun mata K fokus pada monitor komputer dengan lukisan kompleks, tanpa sedar bibir K menarik senyum panjang. Kata orang dari pipi ke pipi.

Separuh hari K yang indah masih belum berakhir. Selepas kerja, K ada temujanji dengan teman kuliahnya untuk makan malam bersama. Musim perayaan krismas menjelang menjadi tema pertemuan mereka setiap tahun. Walaupun teman kuliah tidak beragama kristian, mereka tetap mengambil peluang perayaan krismas  untuk mecipta kenangan indah bersama. Biasanya mereka akan makan malam dan saling bertukar hadiah. Hubungan K dan lima teman kuliahnya sangat rapat walaupun jarang sekali berjumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan kehidupan sendiri. Malahan ada yang tinggal berbeza tempat, perayaan krismas adalah masa untuk mereka bertemu dan sanggup untuk meredah perjalanan yang jauh.

Janji makan malam K bersama teman kuliah tidak jauh dari pejabat K. K beruntung hanya perlu naik pengangkutan awam bas dan keretapi sahaja. Restauran yang mereka tempah kali ini biasa sahaja. Sama seperti tahun sebelum nya. Lima kuliah sedaya upaya menghormati K seperti mencari restauran yang menyediakan makanan halal. Namun, mereka tidak dapat elak restauran yang turut menyediakan minuman alkohol. Itu luar bidang kuasa mereka.

Ketika K sampai, Leo, Alpha dan Kim sudah di meja menantinya manakala Chan dan Andy sampai beberapa kemudian. Seperti biasa, mereka akan memesan makanan terlebih sebelum berbual panjang. Alpha dan Kim bercinta ketika mereka masih kuliah dan sudah bertunang. Mungkin tahun depan mereka akan melansungkan perkahwinan. Leo dan Andy masih belum berpunya seperti K. Chan pula sudah punya pasangan yang masih lagi kuliah. Andy suka mengusik K untuk dijodohkan dengan Leo kerana Leo masih tiada siapa-siapa. K sudah biasa dengan usikan Andy dan membalas usikan Andy. Ada juga masa, K hanya diam mendengar tanpa memahami kerana teman kuliahnya berbicara dalam bahasa mandarin. Kim juga tidak faham kerana dia asal Korea dan akan cuba mendominasi topik untuk elak kaku di dalam perbincangan mereka.

"Assalamualaikum," K berhenti berbicara dan berasa aneh apabila mendengar ucapan salam. Assalamualaikum, bermakna orang ini Islam dan menegur K. K berpaling kanannya. Ahmad! Apa yang sedang terjadi? Otak K berhenti berfikir.

"waalaikumsalam," K jawab dengan perlahan. K tiba-tiba sahaja menjadi segan dan malu kerana dia tertangkap oleh Ahmad dengan kehidupan peribadinya. Teman kuliah K juga berhenti berbual dan mata masing-masing tertumpu pada seorang lelaki asing menegur K.

"saja nak tegur. tengah hari tak sempat nak cakap sebab kena cepat," kata Ahmad dengan tenang. Kali ini K merakan suara Ahmad untuk dia simpan dalam kotak mindanya.

"oh, tak apa. Faham, kerjakan.buat apa dekat sini?" Soal K dengan kekok. K sebenarnya terkejut dengan kemunculan Ahmad dengan tiba-tiba. Mereka bertemu dua kali dalam masa sehari. Mungkin juga tidak wujud babak ini dalam drama bersiri.

" Ada Dinner Party dengan company. oh, boleh cakap sekejap? " jawab Ahmad dan mengajak K untuk bercakap dengan lebih peribadi apabila menyedari dia menjadi tumpuan teman K. K menyedari situasi bangkit. Dia sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

K mengekori Ahmad dengan perasaan ingin tahu. Kenapa Ahmad menegur K? Kenapa dia ingin bercakap dengan K? Hal apa yang ingin dia cakap? Adakah dia mahu menegur K untuk tidak keluar dengan temannya? K berdebar menanti. Segala sangkaan K meleset apabila Ahmad memberi kad businessnya pada K dan meminta maaf kerana tidak memberi kad nya tengah hari tadi. Sungguh K tidak sangka dengan tindakan Ahmad. Selepas itu, Ahmad beredar dan K maih keliru.

Tapi, kenapa lelaki soleh ini beri kad businessnya? K tiada jawapan dan selepas itu, K menjadi bahan utama untuk Andy usik. K tidak tahu apakah ini kebaikan atau keburukan dengan muncul lelaki soleh ini.


yang penting, nama dia AHMAD.


Wednesday, December 13, 2017

Review 2017

masa berlalu dengan pantas. Benarlah, seperti orang ramai macam rasa semalam je exhibition. Bila tengok event exhibition junior, sudah setahun aku habis belajar. Penat dengan projek tu masih belum hilang. kalau orang tanya tak nak sambung Phd? terima kasih. tak sanggup lagi. lagi pun, aku tengok pelajar Phd yang belum kahwin macam tak da life. Macam kerja juga. hari-hari pergi uni, masuk office. reading, simulation dan menulis. Different stage untuk tempoh 4 tahun. aku tak mahu hidup yang tak bergaul dengan orang. balik rumah rehat. seolah-olah penat sungguh buat Phd. Dan, ayah pun belum dapat Phd lagi. Kalau nak hidup sebagai academician, boleh sambung Phd. Lagipun, untuk aku dapat title Ar. tak perlu Phd. kalau kita tahu untuk apa kita diciptakan, maka untuk buat Phd pun kene lebih jelas. Untuk apa sambung belajar. Will I continue study? inshaALLAH, I will but not so soon. if love to knowledge, then go for it. Dont just to achieved Phd to get the title.

Aku masih tercari-cari apa yang aku nak. Betul ke nak kerja dalam bidang seni bina ni? Bila jobless, kadang-kadang keliru. keliru dengan kehendak hati atau keperluan hidup. Kalau ikut hati, sanggup ikat perut. tahan nafsu. Hidup dengan terhad. Kalau keperlun hidup, sanggup terima apa sahaja. Fokus untuk capai impian. kadang-kadang jadi pak turut, rasa hati dipermainkan asalkan dibayar. Susah. kadang-kadang ada saja persoalan, kenapa kau perlu kerja 8 jam sehari? Siapa yang buat undang-undang wajib kerja 8 jam? Kenapa kau  kena pakar skill tertentu yang kau tak belajar di universiti? ada juga mazhab kata kau pergi terjah office untuk interview. ada juga mazhab kata kau tak boleh apply online sahaja. Kau kene call follow up. Kau jadi keliru adab, etika dalam memohon pekerjaan. Hakikatnya, pekerjaan itu rezeki. Rezeki itu akan datang dengan cara kau tak jangka. Walaupun, kau dah solat dhuha dan amalkan al-waqiah selepas maghrib tapi masih belum dapat kerja. Mungkin ada khilaf yang kau tak sengaja atau sengaja buat dalam perjalanan hidup dan kau perlu bayar dengan tunai. Yang penting kena seimbang hubungan antara Tuhan dan manusia. 

Manusia? Aku orang nya sangatlah sensitif. penuh observant. Tempoh ini juga aku belajar, untuk kawal dan uruskan perasaan, jiwa dan emosi. Bila kau rasa perasaan kau alami tak sama dengan orang kau cuba berkompromi. tetapi manusia itu macam ragam. sampai aku yang penat. penat fizikal pun ye. situasi aku untuk setahun ini sangat-sangat lah hopless. sampai satu tahap aku rasa setiap benda aku buat. aku cakap semua salah. everything goes wrong. sebab itu kau jadi keliru dengan perasaan sendiri. kau akan jadi fikir lebih. dalam. lebih rasional. kalau aku buat begini apa akan jadi. betul ke? boleh ke? sampai kau tak tahu adakah ini dibolehkan? yang mana normal dan tak normal. fikiran kau tak sama dengan apa yang kau lihat. orang cakap begini dengan kau tetapi reaksi berbeza. aku juga belajar bangsa kau pun tak sama level common sense dengan kau. atau aku terlalu berhalus dengan bahasa. entah. aku takut kalau orang kata aku ni kasar. tapi paling sedih, aku sangat lah cuba sedaya untuk membantu orang walaupun diri sendiri helpless tapi orang kadang-kadang tak appreciate aku.

Ada satu peristiwa, tempoh 3 tahun aku disini. Orang tak peduli tentang aku. Aku tak penting untuk sesiapa. seperti aku tak wujud. peristiwa itu aku dah move on lepas cakap dengan umi. At the end, aku berbalik kepada ayat bukan rezeki aku. Dan juga, bila seseorang stress tanpa sedar dia akan lempiaskan stressnya pada seseorang. selalunya aku lah yang jadi mangsa. atau aku perlukan pertolongan mereka pada masa yang salah. masa yang salah iaitu orang itu sedang stress. Reaksi aku mesti lah terkilan. makan hati. orang sensitif. nyanyi lagu biarkan aku menjaga perasaan iniiii...

habis dengan manusia. walaupun banyak hal, aku lupa dan malas nak ingat semata nak tulis review. banyak lagi aku nak review. walalupun aku helpless, tanpa aku sedar aku semakin berani buat sesuatu dengan penuh rasa takut dan tak yakin. Contoh, teruskan hidup. lol. maksudnya aku tak tahu masa depan aku. tetapi aku terus berjalan dalam gelap. turut serta dalam sukarelawan untuk sebuah muzium. duduk serumah dengan lain bangsa. dapat perlindungan sementara tanpa bayar sewa. jual barang online dan ada orang beli. minta kerja walaupun kene reject banyak kali.

dan aku bersyukur sungguh untuk hidup yang jatuh gaung ni. kalau english to the rock bottom. apa - apa lah. bersyukur lah, boleh hidup dengan  20aud seminggu. gigih bayar sewa sampai kene kecam. exxagerated. kecam la sampai aku emosi. rezeki yang dapat aku boleh survive hidup. bayar segala keperluan hidup di sini. kadang-kadang ada minggu tak da kerja langsung. menangis. paling teragik bila bilik terkunci dan aku kena bayar 180aud pada locksmith untuk dia buka. terduduk aku. duit banyak tu boleh bayar sewa dan topup phone. tapi sebab berbalik kepada rezeki. ternyata segala duit yang kau perolehi tak semestinya hak mutlak.

kalau orang tanya, satu perkataan untuk terangakan hidup 2017 aku, helpless. gelap.tahun paling gelap yang kalau bukan orang rapat atau orang tak hadir dalam 2017 ni aku akan tutup buku. tidak akan diceritakan pada sesiapa yang bertanya. terima kasih pada hadir dalam hidup 2017 aku ni. sebabnya ada kenangan manis pada tahun yang pahit. rasa aku tak buat apa-apa untuk tahun 2017. I have nothing to achieve.

untuk 2018, selamat menempuh 3series. aku lebih menghargai hidup aku. buat benda yang aku nak. no need to rush to everything. aku hanya nak balik dan spend masa dengan keluarga. hu-hu. semoga aku dapat langsaikan hutang. Amiin. zero hutang.