Monday, September 17, 2018

Relationship goals

K duduk disebelah Ahmad. Anas anak lelaki pertama mereka sedang duduk dihadapan mereka. Anas ingin mewawancara mereka. Ada tugasan yang diberikan oleh guru Anas yang perlu dia laksanakan. Anas perlu menulis karangan bertajuk 'Inspirasi Saya'.

"siapa inspirasi Anas?" K terlebih dahulu bertanya tanpa sempat Anas memulakan temubual mereka. Anas sedang mencari buku tulis dan kotak pensil di dalam beg sekolahnya.

"Mak Yang Mulia dan Baba Soleh lah," ceria Anas menjawab.

"And...cut!," kedengaran suara pengarah memberi arahan. K tidak pasti adakah babak yang dirakam perlu dilakonkan semula atau babak itu sudah lengkap. K dan Ahmad sebenarnya menerima tawaran dari BelahanJiwaBunga (BJB) Production untuk merakamkan video sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12. BJB production ingin menaja video tersebut sebagai hadiah kerana pengasas BJB Production adalah peminat Ahmad. BJB Production juga diasaskan kerana inspirasi dari seni foto yang dihasilkan Ahmad. Kiranya Pengasas BJB Production adalah anak didik Ahmad. Juga merangkap kenalan Ahmad.

Bukan senang untuk K menerima tawaran tersebut. Sebelum ini sudah banyak tawaran K tolak kerana K tidak mahu muncul mana-mana skrin. Sebenarnya Ahmad yang menerima tawaran baik dari stesen TV, akhbar, majalah atau mana-mana media yang berkaitan. Ini kerana populariti Ahmad melonjak naik setelah dia memuat naik gambar misteri K dan tudungnya (hijab) di akaun sosial medianya. Ahmad memuat naik gambar K atas kebenaran K dengan syarat tidak menayangkan wajah sebenarnya. Ketika Ahmad memuat naik gambar K, K masih lagi ada masalah anxiety. K juga masih trauma, takut diserang atau dikecam oleh kawannya. K sebenarnya sangat hargai bakat Ahmad dan mereka capai sepakat untuk meraikan setiap kekurang dan kelebihan masing-masing. Kelebihan Ahmad yang suka bergambar dan kekurangan K yang masih anxious dengan orang ramai.

gambar contoh dari google

Ketika Ahmad menerima tawaran dari pihak media, Ahmad meletakkan syarat bahawa K mesti ada bersamanya tetapi tidak dibenarkan merakam gambar atau suara K. Ahmad sengaja meletakkan syarat yang rumit dan banyak wawancara telah ditolak kerana tiada yang dapat memenuhi kehendak mereka. Tawaran di BJB Production juga sudah beberapa kali ditolak oleh Ahmad dan K. Cuma kali ini, BJB Production datang idea yang menarik tanpa perlu mendedahkan identiti K.

"suara Kak K tadi kita tukar dengan suara Abang Ahmad. Kak K tak payah cakap. Biar Abang Ahmad je berbual dengan Anas. Nanti kita suruh Sakinah, Mawaddah dan Tasnim datang peluk Kak K," pengarah datang menegur K dan menceritakan babak yang akan berlaku nanti. K mengangguk faham. Sakinah anak kedua yang mereka berumur 8 tahun, Mawaddah yang ketiga berumur 6 tahun dan Tasnim si bongsu berusia 3 tahun. K sempat menjeling sekilas Sakinah, Mawaddah dan Tasnim sedang bermain disatu sebelah kanannya. Sebentar lagi mereka akan menyertai K. Marjan dan Naim si kembar dua tahun lebih tua dari Tasnim pula sedang duduk berehat dikerusi yang sediakan.

"Mak jangan nervous, Anas ada," pujuk Anas setelah pengarah berlalu pergi. Ahmad senyum dan mengusap kepala Anas. Anas tahu K ada masalah anxiety. Sekarang Anas sudah besar dan faham K kurang gemar berada di tempat orang ramai.

"lagipun tudung Mak pakai hari ni cantik," manis mulut Anas memuji K. K gelak. Dia sudah sedikit tenang. Tudung yang dipakai hari ni dipilih oleh Ahmad. Ia bukanlah tudung baru. Ahmad hadiahkan tudung tersebut pada tahun lepas. Ahmad akan pastikan K ada sehelai tudung baru setiap tahun. Sejak berkahwin dengan Ahmad, K kurang membeli dan lebih kepada gaya minimalist. Pakai apa yang ada. Kerana K kerap memakai tudung yang sama itulah mencetuskan idea Ahmad untuk mengambil gambar K dengan latar belakang pemandangan yang menarik selama setahun. Gaya seni gambar Ahmad dikatakan hampir sama dengan Murad Osman dengan isterinya dengan kempen #followme.

Siapa sangka hubungan K dan Ahmad menjadi inspirasi orang ramai. Ramai yang bertanya bagaimana mereka masih lagi mesra dan romantik walaupun sudah lebih 10 tahun berumah tangga. K dan Ahmad sebenarnya tiada tips yang tepat untuk dikongsi. K dan Ahmad sendiri tidak sedar hubungannya dengan Ahmad sentiasa baik. K rasa kisah rumah tangganya adalah kisah rumah tangga yang biasa. K sebenarnya ada bergaduh mulut (bertengkar) dengan Ahmad walaupun bukan selalu. Masih ada sikap Ahmad yang K tidak suka tetapi K cuba memahami bahawa manusia bukanlah sempurna.

"kau tak pernah bergaduh dengan Ahmad?" sibuk datang Izzat bertanya pada K ketika K singgah rumah ibubapanya. K pandang pelik pada Izzat. Kamilah dan Rahmah turut pasang telinga.

"kenapa pula?" seperti biasa. K akan tidak menjawab tetapi membalas dengan soalan. Padahal ketika itu dia baru sahaja bergaduh dengan Ahmad dalam kereta sebelum sampai rumah ibu bapanya. Cuma tidak dia ceritakan pada Izzat atau adik beradiknya yang lain. Bukan hal besar pun.

"Yalah, tak pernah Abang Izzat tak pernah K atau Ahmad bermasam muka baik datang rumah ayah atau bila kami adik beradik singgah rumah kau orang," Izzat memberi alasan. Tidak K sangka adik-beradiknya pasang mata hal keluarganya. Pada yang sama K bersyukur, Ahmad sentiasa berlagak biasa didepan orang ramai walaupun ketika itu mereka sedang bertengkar. Bukan berlakon tetapi lebih kepada profesional. Lagipun yang bergaduh adalah K dengan Ahmad, orang lain tak patut terlibat mahupun tahu perkara tersebut. Biasanya sebelum tidur, K dan Ahmad akan selesaikan masalah tersebut. Paling lama tiga hari K dan Ahmad bertengkar dan tidak bercakap. Tidur pun tak lena asyik memikirkan masalah mereka.

"kau tahu tak, orang kata kau dengan Ahmad adalah pasangan ideal. #relationshipgoals," komen Marisa ketika dia dan Aaron datang melawat Malaysia. Eh?

"pasang ideal? aku? Aku dengan Ahmad?" tanya K tidak percaya. K sebenarnya tidak tahu apa relationship goals yang Marisa cakapkan.

"Bukan aku yang cakap. Tapi aku adalah baca komen dekat profile Ahmad tu. Mereka komen Ahmad ni suami yang manis. Selalu ambil gambar isteri. Ahmad hadiahkan tudung pada kau. Aku pun tengok kau tak pernah gaduh pun dengan Ahmad. Selain waktu awal-awal kau kahwin dulu. Mentua pun sayang kau, tak benci," ujar Marisa sambil menyuap keropok lekor yang sudah dicicah dengan sos cili. K gelak.

"Sebab mereka tak tahu apa yang berlaku. Nampak tak sama dengan rasa. Aku ada bertengkar dengan Ahmad tetapi bukan selalu. Lepas isu dia susah nak bangun, aku belajar. Belajar komunikasi dengan dia. Belajar segala kekurangan dan kelebihan dia. Jujur apa yang aku rasa. Mana boleh gaduh lama-lama dengan orang yang aku sayang. Nanti kena tinggal," jawab K.

Paling kemuncak bila Anas meluahkan rasa, " Anas nak cari isteri macam Mak Yang Mulia," Terkejut K mendengarnya. Perasaannya bercampur. Luahan Anas menyedarkan K bahawa Anas kini dalam fasa tertarik dengan perempuan.

"kenapa nak cari isteri macam Mak?" tanya Ahmad dengan terbuka. Luahan Anas menarik perhatiannya. Anas kini sudah berusia 11 tahun. Anas juga sedikit matang sebagai anak sulung.

"sebab Mak tak pernah gaduh dengan Baba. Mak selalu cakap baik-baik dengan Anas. Mak tak pernah jauh dengan Baba.Nenek sayang Mak," jawab Anas jujur. Jawapan Anas buat K bersetuju untuk menerima tawaran BJB Production. Ia bukan sahaja sebagai meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12 tetapi lebih kepada hadiah kepada Anas, Sakinah, Mawaddah, Marjan, Naim dan Tasnim. Dia mahu keluarga yang dibina menjadi inspirasi pada anak-anaknya dan juga sebagai panduan pada anak-anaknya dalam mencari pasangan. Kalau dulu, ayah pernah marah Izzat untuk menjadi contoh padanya. K rasa pendekatannya yang diambilnya sesuai untuk generasi Anas.

Lamunan K mati apabila Sakinah, Mawaddah dan Tasnim datang memeluknya erat. Rupanya rakaman sudah berlangsung. Temuramah Anas dan Ahmad bercerita tentang inspirasinya sudah selesai. Snapshot terakhir yang diambil oleh pengarah adalah dari arah belakang K. Pengarah masih mengekalkan gaya Ahmad mengambil gambar K. Wajah Sakinah, Mawaddah dan Tasnim sahaja dapat dilihat dengan corak belakang tudung K. Datang pula Marjan dan Naim dengan membawa sekuntum bunga ros untuk diberi pada K.

"selamat ulang tahun Mak Yang Mulia, Baba Soleh," ucap Marjan dan Naim dengan suara comel. Anaslah yang memulakan panggilan Mak Yang Mulia dan Baba Soleh. Anas terikut-ikut mendengar Ahmad memanggil K Yang Mulia dan K menyeru Ahmad Abang Soleh. Bukan K tak betulkan tetapi Anas sudah pengaruh adik-adiknya yang lain.

"panggilan yang baik, bukan yang buruk," ulas Ahmad bila K mengadu. K tiada pilihan melainkan membenarkan Anas dan adik-adiknya memanggil Mak Yang Mulia dan Baba Soleh.

"Nah, untuk Yang Mulia," Ahmad memberinya sebuah photo book. Di kulit buku hardcover tertulis Yang Mulia. K membelek pada muka surat seterusnya. K tergamam. Gambarnya yang dicuri 'pukul' oleh Ahmad. Gambar candid K. Bila Ahmad mengambil gambarnya pun K tidak perasan.

"hanya untuk Yang Mulia," Anas, Sakinah, Mawaddah, Marjan, Naim dan Tasnim datang berebut ingin melihat photobook. Kini K sudah tahu kenapa orang ramai kata mereka adalah pasangan romantis. K dan Ahmad sebenarnya saling memberi hadiah dan kejutan tak kira masa. Tiada siapa yang tahu.

Ahmad Lelaki Soleh. Soleh bukan pada ibadatnya sahaja tetapi soleh pada isterinya. Pada keluarganya. Soleh pada akhlaknya. Terima kasih Tuhan hadirkan Lelaki Soleh ini pada Karimah.

-TAMAT-