Sunday, December 19, 2021

Disember Banjir

 Hanyalah entri yang pendek untuk aku ceritakan bulan disember 2021. 

bulan ni duk kejar target nk habiskan baca buku 12 buah untuk setahun tapi sebulan nk kejar. ha-ha.gila! nak capai target! setakat entri ni, dah baca 6 buah buku. ada lagi 6 nk kena kejar!

12.12 hari tu terjebak beli barang harga 12 sen dengan RM0 free shipping. lepas tu mabuk nk beli lagi. 

dan bulan ni jugak, adik beradik berkumpul. ingat nak cuti selasa sampai khamis, tapi dapat ahad dan isnin. aduhai. 

dan sejarah untuk tahun ini pula, shah alam yang tak pernah banjir telah mengalami banjir. rekod banjir setakat ini. minggu lepas cuaca baik-baik sahaja. tetapi seperti yang dijangka bila dah masuk hujung tahun, adalah banjir. teruk atau tidak je. 

the mood swing still on and off. 

lagi? 

buat 25 days self love journal. sebab duk mood swing. 

itu je la ringkasan disember. tak teringat nk tulis blog hujung tahun ni. ada lagi 11 hari berakhir 2021. 

Saturday, November 13, 2021

emosi itu

 aku sebenarnya malas nak tulis tapi sebab benda bermain-main dalam minda aku buat aku jadi penat. aku perlu tulis untuk let go. nak tulis sendiri pun aku masih ragu-ragu. perlu atau tidak. 

tapi sensitif aku masih tak mahu lupakan walaupun dah lama. aku ingat lepas dua tiga hari ok la. 

tapi tak. aku cari sebab. kerana aku skip ubat. aku jadi tak boleh lupa. aku skip ubat. aku jadi letih. aku skip ubat emosi aku jadi lebih terasa. 

silap aku tapi aku tak ucap maaf. silap aku sebab aku lupa nak tulis maaf. sebab aku semua jadi kacau bilau. maka, apa yang jadi sekeliling aku, aku jadi lebih perasa. hanya sekali aku skip ubat. bukan kehendak aku. aku salah perkiraan sebab aku skip ubat.

sebenarnya aku boleh tenang walaupun aku terskip ubat sehari. tapi sebab sekeliling yang aku tak boleh kawal, maka emosi tak mampu nak bertenang. 

sebenarnya aku tak suka berada dalam emosi ini. terlalu lama rasa. terlalu lama mendalam dengan rasa ini. aku tak tahu apa yang perlu aku perlu ganggu minda aku dari fikir semua ini. 

bukan aku nak jadi rasa begini. aku tak mampu nak kawal walaupun aku dah bertenang. aku perlu biarkan rasa ini untuk dua tiga hari lagi. sungguh emosi aku sekarang sangat-sangat rapuh. sensitif. 

aku tak berani nak tulis untuk perasaan sebenar sebab aku takut orang kecewa. orang terasa. entah, aku takut untuk lukakan hati orang lain lagi. aku memang tak pandai nak jaga perasaan orang. aku memang dan selalu lukakan hati orang. sebab tu aku tulis tentang rasa aku sahaja. aku yang sensitif. aku tak tahu sampai bila aku perlu bergantung pada ubat. sebab aku tak suka tunjuk aku marah. aku tak suka tunjuk bad side sebab aku rasa aku akan jadi monster. aku takut untuk lihat diri aku begitu. 

aku harap aku boleh lupa rasa ini esok hari. sebab aku tahu aku boleh lalui benda ini. cuma aku perlu masa. 

Monday, November 08, 2021

FULL NOVEMBER

 ok, first entry november. masa tulis ni baru realise, eh dah nak hujung tahun! and i manage to update every month. GREAT JOB KHAULS!

ok, kita cerita pelan bulan november ni dulu. 

sebab bulan oktober lepas baru boleh rentas negeri, jadi bulan november ni macam bulan berjalan-jalan walaupun sekarang dah masuk musim tengkujuh atau musim hujan. 

awal minggu lepas, mula masuk november dengan appointment doktor. doktor psikiatri, doktor psikologi dan doktor gigi. gigi bongsu belah kiri ni pula buat hal. setakat ni tak berapa sakit sangat tapi tak selesa. 

kelam kabut dengan appointment, nak masuk kerja lagi. nasib baik lah,semua ok. dipermudahkan. 

kemudian perubahan pelan last minit, last day kerja, hari rabu kena balik kampung. dari office sampai kampung nenek macam jauh sangat sebab dua jam perjalanan. padahal kalau ikut biasa, 30-45minit dah boleh sampai. 

bersuka ria sekejap sebab famili umi semua berkumpul. seronok jumpa orang berbual macam-macam cerita. then, rushing balik sebab nak kemas beg. hari khamis nk ke penang pula.

cerita trip ke penang ni pun last minit pelan dengan del. pagi khamis bertolak dengan kak rah sekali. seronok dengar cerita untuk trip ni. sebab keluarga masing-masing kenal. dan kami kenal pun dari sekolah kemudia selalu keluar bersama. beautiful friendship yet complicated. so, tema trip kali ni reunion sekolah lain batch. hi-hi. 

trip ke penang excited sikit sebab kali ni betul-betul berjalan. jalan-jalan cari makan. tapi tak makan banyak pun. bila tengok gambar balik. hi-hi. dan OOTD sikit. 

tempat-tempat yang pergi pun macam down memori lane sebab pergi tempat site visit. bila dah sampai baru ingat. ingat-ingat lupa. dan aku tak ingat langsung hotel yang kami stay. entah dekat mana sebab aku hilang terus memori tu. yang aku ingat buat measurement drawing sahaja. 

memang enjoy habis dan aku survive drive di Penang. kalau tanya, ok ke tak. memang aku cakap ok dan puas hati. plus, dah lama tak keluar berjalan. dapat lepas, memang enjoy la. and we had a lot of confession regarding relationship. ha-ha. geng single macam ni la. 

cerita trip, kita cerita next entri la kot. 

Penang done!

Dabong uncertain.

Johor coming soon....

Thursday, October 28, 2021

End of October

 Rasa macam cepat je bulan 10 ni. nak kata sebab hari jadi tak juga. tahu-tahu minggu ni dah dapat gaji. 

mungkin sebab excited dengan dah boleh rentas negeri pada 11 oktober hari tu. 

bulan 11 ni pula dapat cuti umum untuk sultan je. Deepavali bos tak ambil jadi kena ambil cuti. down la sikit. 

tapi tup-tup, ramai pula offer untuk berjalan dan ada yang nak balik kg. rasa nak keluar tapi tak tahu nak ke mana. 

oh, lepas 11hb tu cik bah balik. hari khamis, junaid bawa pegi pantai. seronok boleh pijak pasir pantai. melompat macam tak pernah ke pantai. kata ali macam dalam gua nampak pantai excited terlebih. boleh rasa kaki tu lega. 

then pagi sabtu pegi ke Jeram Mengaji dekat Pasir Puteh. kali ini pijak batu. memang terapi tapak kaki la. rasa darah tu dah function sampai ke otak. 

itu yang cerita lepas. ke dah cerita. ha-ha. malas nak tengok. ok, end. 

then cerita pasal desktop pula. sebelum ni asyik layan netflix, untuk bulan ni dah langgan balik viu. seronok la melayan drama di viu pula. ada variety. balik kerja layan variety show. tapi ada isu denga speaker asyik habis battery. sebab tak tahan nak tunggu 12.12. pay day sale shopee 25hb ada promo terus grab. berbaloi la harganya. dalam bajet. sekarang lagi seronok la nak layan drama. bak kata abe ngoh dah macam wayang. 

dan projek architecture aku semua terbengkalai. tak ada mood nak buat. cerita pun tak boleh nak tulis memang hilang terus mood. tapi kena cari momentum. rasa macam dekstop ni untuk entertainment pulak. alahai. 

kira complete dah la menata rias dekstop. haha. gamba cukup la dalam status WA je. 

and last sekali, sebab cerita november tu rasa macam tak nak hadap november. tiba-tiba ramai ajak pergi cuti. jadi excited nk sambut november. 

dan alhamdulillah, i manage hadap tragedi oktober tu. kisah scam dua tahun lepas. 

akhir sekali, tak sangka durian runtuh bulan ni. dapat rm500. rezeki sangat. while i was wondering and lost in my faith. ia macam mengukuhkan my faith and reminder to myself. i am nothing. 

Tuesday, October 19, 2021

Ubat Habis

hari ahad lepas ubat habis, isnin aku pergi klinik. tiba-tiba aku rasa irritating, bukan tak puas hati tapi macam serabut dan entah tak jumpa perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu.
 
aku pergi klinik. tunjuk kad dan cakap ubat aku habis. orang yang dekat kaunter tu ambil kad aku je dan tak dengar penerangan aku. kemudian misi panggil aku untuk bacaan bp dengan berat. 

aku rasa macam lama aku kena tunggu. aku pergi kaunter balik. aku cakap aku nak kad dan aku nak balik. aku tak nak jumpa doktor. bila aku buat aksi macam tu. doktor panggil. aku dah nekad tak nak jumpa. buang masa aku. aku datang sebelum pukul 8.30 lagi tapi kena tunggu hampir 45 minit. aku tak boleh sabar. 

doktor kemudian keluar. dia tanya betul tak nak jumpa doktor? aku cakap ya! aku datang bukan sebab nak jumpa doktor. aku cakap ubat aku habis. aku nak masuk kerja. aku masuk kerja pukul 8.30 pagi. ni dekat 9.30 lama kot aku kena tunggu. kemudian doktor masuk dalam dan keluarkan resit ubat. resit ubat tu tunjuk aku nak kena tambah dua-dua ubat yang aku makan. 

aku marah lagi. ubat aku habis yang ni sahaja. aku tunjuk plastik ubat yang habis. doktor nak marah aku sebab tak beritahu. aku cakap tak ada orang tanya. aku cakap aku tak boleh ambil hari ni. aku datang hari lain. doktor dah annoyed dengan aku. doktor tawar mc pada aku. aku yang banyak kerja rasa nak jerit je. doktor saya nak masuk kerja. 

doktor dah risau sebab aku datang hari rabu ambil ubat. doktor mana tahu, aku kena tunggu lagi untuk ambil ubat. aku tak nak buang masa. aku ambil resit ubat dan aku cakap pada doktor pandai-pandai la aku hidup. 

dan kejadian ini menghantui aku untuk satu hari. aku buat kerja sambil benda ni bermain-main dalam minda. sungguh la aku rasa macam kecewa dan tertekan. benda aku nak cakap tak ada orang dengar. aku rasa aku nak sound je doktor dan misi tu nanti appointment aku nanti.

aku rasa mereka ingat aku ni sakit jadi layan aku macam ni apa. rasa nak marah je, tolong beritahu dan jelaskan dan tanya apa yang patut. penat. penat nak fikir. penat nak distract diri jangan fikir. penat sampai satu hari. 

frustrated. annoying. irirtating. rasa macam kena pijak. 

Monday, October 11, 2021

11.10.2021


 Untuk tahun ni aku mahu raikan dengan senyap. Biasa-biasa je macam hari yang lain. 

Tapi alhamdulillah, dapat kejutan dari sibling. 

dapat kek, sambutan sederhana dari geng ofis. 

ada hadiah dari kawan-kawan terdekat. itu sahaja. aku rasa bahagia. tak perlu nk gembar-gembur sangat.

sebenarnya aku rasa sangat bersyukur untuk tahun ni. aku rasa tema untuk tahun untuk aku kira rasa syukur dengan nikmat yang aku dapat. setiap hari ada sahaja yang aku rasa syukur. macam bawa kereta sorang-sorang balik kerja tengah jem tu. pastu sekarang ulang-alik kerja ada orang ambil. Lepas tu, balik kampung tidur rumah nenek. bergaduh manja dengan adik lelaki. solat jemaah dengan imam-imam yang ada. walalupun gaji ciput tapi selalu ada makan-makan. staff yang bekerjasama. 

dapat duduk dengan umi ayah. kerja dekat kelantan. tak perlu stress tak boleh kampung. 

tahun ni juga menguji aku, ye la. aku rasa tahun ni la aku jumpa ramai orang. anxiety tu masih tapi manageable. aku boleh communicate dengan mereka. ada masa juga aku rasa berdebar - debar tapi boleh kesan dengan cepat. 

dan tanpa aku sedar ALLAH kabulkan doa aku dengan cara yang aku tak sangka. dalam waktu pandemik begini. disebalik ujian ini ada hikmahnya. 

dan ALLAH will bring what you wish for in the most beautiful way. yes,indeed. susunan perjalanan hidup aku, ALLAH susun dengan baik dan indah sekali. memang rasa macam hiccup atau tercekik/tersedak tapi ia bukan bahaya pun. just untuk aku beringat. itu saja. 

aku nak tulis panjang lagi tapi aku macam dah lupa dan mengantuk pun dah datang. nak update dekat FB lagi. hailaa..rasa mcm menyesal pula makan ubat. harap-harap otak boleh fungsi lagi lepas ni. untuk 2-3 minit lagi...

anywa, HAPPY 33th Year of Life, Khaulah. 



Sunday, October 10, 2021

Jamuan dan Gaji 1.2K

 dua tiga minggu naik lagi isu gaji 1.2K.

ada benda aku setuju dan ada benda aku tak setuju. 

sebabnya, seminggu ni ada isu air pula. Aku rasa penat juga. hilang moral orang kata. Gaji aku dah la rendah. pastu moral-moral lain pun tak membantu aku untuk semangat buat kerja. 

ya, aku setuju untuk yang fresh graduate, nak kerja kalau gaji permulaan 1.2k tu. tapi untuk aku yang dah pengalaman lebih dua tahun pun dibayar gaji sama dengan fresh graduate tak patut sebenarnya. awal-awal dulu aku ok la. ingatkan lepas dah permanent naik banyak la. sebab projek aku buat tu banyak la juga. tapi hanya naik 150 sahaja untuk aku yang dah ada pengalaman kerja. kalau naik sikit lagi aku terima. aku ingat naik la 1500 tapi tak. takat tu saja. sembang je lebih. cakap ada kenaikan. naik juga tapi tak berbaloi. aku nak bayar membership PAM pun tak lepas ni. sekarang ni sakit kepala macam mana nak kumpul CPD dan maintan GA aku ni. 

kemudian aku baca pos, orang yang backup patut gaji 1.2. dulu-dulu pun aku starting kerja gaji pun rendah juga tapi sekarang dengan pengalaman aku, gaji makin rendah. bukan makin naik. rasa tak ada value la juga. ada orang cakap kenalah empati dengan majikan. eh, kalau majikan boleh bercuti luar negara. hantar makanan pada anak-anak courier hari-hari kira lebih mampu la kan. aku gaji banyak tu pun tak lepas nk beli kereta. kalau bos aku bersederhana aku terima. tapi dia extra berbelanja kira tak patut la. 

dan aku nak cari kerja lain pun, nak kena update portfolio dan resume lagi. benda ni pun makan masa juga nak buat. bukan tak nak. dan keadaan sekarang ni masih belum stabil terpaksa la hadap. hu-hu. so, sekarang ni kena bersabar la. 

iklan-iklan yang aku tengok semua nak revit. aku pun revit tak berapa nak pakar lagi. bukak revit hari tu blurr..tak tahu mula apa. bayangkan la 5 tahun dah aku tinggal. memang kena ulangkaji la. kerja pula habis pukul 5.30 memang susah la aku nak susun masa. 

itu pasal gaji. tapi untuk kebaikak kerja sini, makan selalu ada susbisidi. ada jamuan. itu je la yang seronok. staff pun semua ok. lepas 9 bulan kerja ni baru aku boleh adapt. dah boleh kawan dengan semua. jadi, aku boleh nak ikat perut kalau kerja sini. sebab nak bayar benda lain. nak belanja adik beradik. 

cerita pasal jamuan ni, boleh kata setiap bulan ada jamuan. raikan budak praktikal habis Latihan industri. Jamuan hari jadi staff. dan adalah sebulan sekali makan-makan dengan staff. itu je la rezeki lebih dekat sini. huhu. 

tapi urusan kewangan aku ketat la sikit sekarang. nak selesaikan hutang. dan buat simpanan lagi. gitu la. orang kata cukup je sebenarnya bulan-bulan tu. entah, aku tak tahu. sebab aku selalu ada terlebih belanja. mungkin aku patut betul-betul ikat perut. 

Saturday, October 09, 2021

September End 2021

 September macam-macam jadi. 

beli dekstop.

cucuk vaksin 2nd dos. 

pergi rumah nenek. 

tidur rumah nenek. 

dan peristiwa subuh pagi jumaat. 

cuti yang banyak. amik cuti sebab appointment doktor. 

cerita yang tertangguh untuk aku ceritakan. pertistiwa subuh. 

cerita dia bermula, malam sebelum tu aku ada usrah atau program apa ntah dekat GM. pastu aku tertidur. selalunya by 5.30 atau 5.15 mcm tu aku akan tersedar untuk tutup kipas. lepas subuh tu nnt aku akan bangun. 

tapi masa tu aku tak terbangun, cuma macam tersedar. kemudian aku ada terdengar bunyi yang kuat. aku tak tahu nak terangkan bunyi tersebut mcm mana. yang aku tahu, aku cemas ingat junaid dah kena serang cramp satu badan. sbb bunyinya kuat sangat. aku terus jerit sbb aku tak tahu keadaan junaid mcm mana. aku jerit sekuatnya dengan cemas. 

waktu menjerit aku intai katil junaid tidur. tiada gegaran. aku cuba beranikan diri. sebab bunyi tu masih ada. aku dah jerit abe ngoh pula. patutnya abe ngoh sedar la. untuk bantu junaid. masa jerit tu aku masih duduk dikatil. lepas tu baru aku bangkit untuk keluar bilik. pintu bilik tak tutup sebab aku boleh nampak katil junaid. 

aku nampak rexy kucing kesayangan junadi lari masuk dapur. disebabkan katil junaid tak gogek pun. aku jadi fikir ada orang pecah masuk ke? abe ngoh tengan lawan dengan pencuri ke? aku keluar dengan perlahan. ayah dah bukak pintu bilik dia. aku keluar dan tengok abe ngoh yang merangkak dari ruang tamu masuk tempat junaid tidur. dan kemudian aben ngoh bukak mata. matanya merah. dan tiada siapa2 pun. hanya abe ngoh. 

menurut abe ngoh, dia diheret oleh lembaga hitam. aku percaya cerita dia. lembaga tu hilang bila aku keluar bilik dan aku nampak abe ngoh kena heret tu. masa aku rasa macam misteri sangat dan bulu roma aku menegak. dada aku berdebar-debar. 

dan pagi tu, semua bangun dan solat jemaah subuh. adik-adik yang lain lambat ambil tindakan sbb ingatkan jeritan aku tu adalah mimpi. seharian la benda tu menganggu aku. 

dan malamnya pula, aku minta muhammad teman tidur aku dalam bilik. sampai sekarang. 

itu je la untuk kali ini. 

aku asyik lupa nak update blog. sebab banyak kerjaaan. gitu la. tapi aku kena tulis lagi sebab oktober ni bulan istimewa untuk aku. 

Saturday, September 11, 2021

Dos Kedua Eps Dua

 Sebab yang semalam aku mislead tajuk. hari ni bercerita pasal dos kedua yang benar dan betul. Hi-hi.

Dos kedua aku dijadualkan pada 2 september 2021. 

Dan ada kejutan sebelum vaksin tu, abe ngoh dia balik dah kelantan for good. Nak cari kerja dekat kelantan pula katanya.

Kenapa sebut abe ngoh, sebab pada hari nak gi vaksin tu,..ramai pula yang nak ikut. Mula-mula ingat nak pegi dengan Junaid sahaja. sebab Junaid dah dapat lesen besar. Dan umi keluar gi shopping dengan abe ngoh. tapi silap, keluar la berempat. pukul 10 baru keluar pada temu janji pukul 10. 

Temujanji je pukul 10, bukan kena tepat pun. kalau pegi ngam-ngam pegi 10, banyak juga kereta sebenarnya. oh, untuk dos kedua ni, tak perlu ke dewan. ada pilihan untuk drive -thru je. tak perlu tunggu lama. tunggu dalam kereta je. 

so, keluar la pkul 10 tu. kereta banyak betul masa nak lepas jambatan. sampai di USM, oh tempat vaksin aku di USM. tempat drive thru tu tak tunggu lama sangat sebab dah kurang. kalau sebelum tu, dari jauh dah nampak kereta bersusun. aku tahu sebab junior sekolah dulu kebetulan hari yang sama cucuk vaksin pertama dan kedua. dia pergi dulu dan share video. haha. 

proses untuk dos kedua pun tak lama. scan app. tengok kad dan boleh cucuk dah. 

dan untuk dos kedua ni, aku dapat nurse. tahu nurse sebab dia pakai baju warna purple. staff usm pakai warna ungu. dan dia cucuk tu tak sakit sangat. banding dengan yang pertama. yang pertama tu, lepas cucuk terus sakit wei. dan yang kedua ni, macam lenang dan lega sikit. tak rasa lenguh sangat. 

drive -thru ni bawah basement, dekat parking dewan USM tu. teduh la sikit. kemudian, lepas cucuk tu nampak ada orang amik gambar. sebab ramai dalam kereta aku pun apa lagi, heret Junaid jadi tukang amik gamba dan ada la secebis kenangan dos kedua tu. hi-hi. bukti la. aku dh dos kedua. 

lepas cucuk tu, terus pergi billion sbb barang-barang banyak dah habis. huhu. berjimba la lepas cucuk tu. sakit kepala tu mula rasa petang tu, lepas asar. malam tu terus amik panadol. tapi suhu tak tinggi la. sakit kepala dan sakit urat/ sendi. 

cik bah tanya demam tak? aku jawab tak demam pun cuma sakit kepala je. kira ok la. tak demam maksudnya suhu badan aku tak naik. dapat vaksin hari khamis. jumaat dan sabtu aku dapat rehat. kira ok la. memang rehat sungguh2. hihi. tak buat apa-apa sangat. 

ahad tu dah ok sepenuhnya. 

dan tunggu 14 hari untuk tukar status fully vaccinated. he-he. dan boleh la nak keluar jalan-jalan. yay!

dan jumaat 10.9.2021 ada peristiwa lain. nanti aku cerita next entri. 

Friday, September 10, 2021

Dos Kedua

 Cerita minggu lepas tarik bawa ke minggu ni. Banyak yang jadi. Sebab ada baby baru. Baby Kha. 

CPU sampai elok2 pada hari pertama September. Dengan gembira. kemudian bila sampai cuba la pasang dulu walaupun tak da monitor lagi pada waktu tu. tapi tengah berperang nak memilih monitor yang dalam bajet. 

Masa bayar CPU tu, cukup-cukup duit bayar sekali dengan gaji. Nak makan pun rasa tak cukup. Tak sempat tunggu i-citra masuk. jadi nak menunggu sehingga 6hb tu sesak la. 

berkira-kira dalam duit akaun lain yang simpanan untuk benda lain. 

Kemudian tengok shopee lagi, keyboard yang dah masuk bakul tu ada harga promosi. jimat rm10. apa lagi, harga dalam bajet yang aku nak. terus rembat. Monitor tak beli. sebab masih lagi belum ada keputusan. 

lagi pun, masa tu stok monitor yang aku nak habis. jadi, kecewa la. Maka, aku ambil keputusan bila dah restok aku akan beli. ada la dua tiga kedai aku letak monitor dalam bakul. dan semua tu, habis dalam tempoh satu hari. Memang jem sekejap otak. Yang aku nak dah habisssss!

pasrah la. untuk dua tiga hari tu. 

Ada satu kedai dia restok, aku terus beli. dan berkira-kira sebab dalam bajet. lepas settle beli monitor. 

ada dua lagi benda aku nak kena beli. Masa beli cpu tu, dia provide windows pro tapi tak ada activation code. jadi, kena la beli satu. dan yang aku beli ni dari cina. ni duit hasil dari BKC. rezeki. jadi. cukup la makan aku untuk bulan ni. 

activation code akan sampai dalam dua minggu lagi. jadi, aku kena tunggu sampai benda tu baru aku beli antivirus. 

itu la cerita Baby-Kha. 

Eh, sebenarnya nak cerita pasal vaksin dos kedua tapi aku cerita benda lain. Apapun aku dah dapat dos kedua! yay! next entri la pula cerita. he-he. 

Tuesday, August 31, 2021

Tragedi 25hb

 Aku ingat nak update blog hari sabtu lepas tapi lupa sebab banyak benda aku nak fikir. 

Sebab hari ni cuti, aku cerita hari ni la. last day august. 

cerita 25hb hari  pasal shopee payday sale. dan aku tengok ada promosi yang berharga ribu-ribu boleh dapat dengan rm25. Mana la tak kelabu mata. 

Ada dua benda yang aku nak beli. dua - dua tu telefon pintar. ye la, nak beli dua sebab nak hadiahkan pada adinda tercinta. dua-dua tak da telefon. ada tapi bila-bila masa boleh rosak. gi tu la. kalau dapat beri baru kan best. begitulah hasratnya. 

sebab dia punya sale 12am - 2am jadi aku minta la junaid belikan. aku? tidur la sebab nak kerja. tak da kerja la aku nak menahan mata semata. banyak kali juga aku cek, waktu dia punya sale. kejap kata 12am kejap kata pkul 1, ada pukul 2. 

aku pun sebagai nak support junaid aku kunci jam nak bangun pukul 1 nanti. dan aku bangun sebab nak cek betul ke tidak? sekali dah tak da. memang la shopee ni scam orang. waktu pun dia putar pegi 12am balik. kesian orang nak beli. 

sebab dah habis dia punya sale tu, aku sambung tidur la. nak termimpi-mimpi la promosi rm25 tu. walaupun tak da rezeki tapi aku tetap teringat. dah macam mengigau. 

kemudian esoknya, junaid cerita dia dah hampir dapat tapi waktu nak bayar tu asyik refresh ikut harga asal. maka, cancel la junaid beli telefon tu. tak apa. 

lepas ni, kalau ada sale macam ni, aku tak nak beli dah. 

kalau ikut rela aku, aku rela bangun awal dari tak tidur semata nak menunggu sale ni. 

aku terjebak dengan promosi ni dari pemburu tiket murah di telegram. suka la tengok promosi dekat channel telegram ni. hehe. 

tak pe la, nak pakai apps shopee pun aku malas. aku rela beli dekat website. aku lebih yakin dan aku suka view dekat web dari apps. limited aku rasa. nk shopping tak puas. 

ok la. ni cerita tragedi RM 25 pada 25hb. ha-ha

Friday, August 27, 2021

Set PC

 kalau tengok tajuk tu, aku pelan nak beli pc ni nnt dh cukup duit hujung tahun atau bulan 10. 

niat nk negotiate harga je dengan spec aku nak. lepas dah kedai pc ni buat quoatation ni. harga dia mula-mula murah sangat. 

kemudian aku mitak upgrade RAM. sebab yang lain tu aku tak berapa tahu sangat tapi macam dah ok. sebab sambil tanya sambil aku tengok page kedai dia. since lebih kurang spec motherboard dgn graphic card. aku pun ok la.

RAM asal dia bagi 8 atau 16 aku tak pasti. aku minta 32. ok setel. masa ni harga dia bagi dah naik sikit. tapi masih dalam bajet aku.

kemudian storage dia bagi 240gb je. kecik la sebab utk aku punya software je dah 100gb. tak kira basic software dengan os. aku takut hang je. kemudian dia bagi 480gb, baru aku puas hati. dan yang pun sikit lagi nk lebih dari bajet aku. 

dan alhamdulillah, tak lebih. jimat RM73. balance ni boleh beli keyboard set dengan mouse yang kawan aku bagi link shopee. 

oleh sebab pc aku nk tengah promo. aku tahu tu dia punya gimik je.  tapi sebab free postage dia hantar ke rumah nnt, aku terus bayar full. installment ada surchage. mahal juga la. lebih rm350. so, sekarang ni kena tunggu dia sampai je. 

sambil nak tunggu dia sampai, aku tak beli lagi monitor. aku masih keliru nak beli. yang aku berkenan dell tapi yang built in speaker tu, tak ada stok (rasanya utk malaysia). aku dah buat kajian, tengok youtube, consult dengan yang pakar tapi tak boleh nak beli lagi. sungguh aku pening. so, tunggu la esok aku review lagi. nak bayar pun 6hb nnt la baru boleh beli. hu-hu. sebab duit aku dah kering. 

kena tunggu i-citra masuk dulu. 

nanti dah complete set, aku cuba share gambar di sini. 

sekarang ni pening duk buat kira-kira. sebab duit yang patut aku simpan tak cukup lagi tapi aku dah bayar pc dengan duit yang ada. gila! sekarang ni, aku stuck. 

minggu depan punya plan kacau la! ish...

Saturday, August 21, 2021

Sejarah 20.8.2021

 untuk tarikh tajuk kali ni, sejarah baru terlakar. iaitu lantikan PM-9. 

kalau untuk ceritakan perasaan, sungguh la. kecewa. mencari sisi pandangan yang berbeza. 

kalau orang lain, menerima apa sahaja berita yang dikeluarkan tetapi terlalu banyak lapisan berita yang tidak diungkapkan. aku melihat beberapa sisi. bukan satu sisi. bukan terima berita tu bulat-bulat. 

kecewa la, sebab kita semangat mengundi. tetapi yang naik adalah mereka yang kalah. 

kalau nak bandingkan zaman piliharaya antara trump dgn hillary tu dah rasa worst. pilihan dua-dua yang teruk tetapi kena pilih. 

begitu juga untuk kali ini, untuk pilih antara dua, aku rasa lagi teruk dari yang US punya. sebab salah satu tu antara yang terbaik tetapi yang terbaik itu tidak dipilih. dipilih yang teruk. kita tengok la macam mana. tak berharap sinar cahaya baru. tak berharap negara akan jadi lebih baik. sebab kalau dah khianat, aku tak yakin dia akan amanah dan bertanggungjawab sepenuhnya. dan tak jujur. integritinya dah tercalar dulu lagi.

hak undian rakyat telah dirampas dan dikhianati. sungguh aku kecewa. orang lain mungkin berbeza menerima dengan baik tapi untuk aku sangat kecewa. kalau orang cakap, sebelum perlantikan tu, kalau kes turun orang lain dapat nama tetapi sekarang ternyata. tak. bukan orang lain dapat nama. orang yang sama. nothing better.

macam salin baju dalam main bola. atau kau pusing roundabout tu berpuluh kali kemudian kau masuk balik jalan yang kau keluar. siapa tak marah. 

walau kena terima hakikat tetapi yang sanggup keluar mengundi rasa sangat-sangat kecewa dan marah. apa lagi hak rakyat untuk memilih pemimpin. tiada lagi. dah la masa nak mengundi tu dia pilih hari orang bekerja. tak nak orang mengundi. 

tak bermakna dah demokrasi tu. 

setakat ini je la aku boleh cerita dan beri pandangan. 


Saturday, August 14, 2021

Vaksin Dos 1

 cerita vaksin ni, mula dengan pendaftaran. 

masa awal -awal pendaftaran, tak daftar sebab aku malas nak tunggu giliran tu. sebab daftar awal pun, untuk golongan muda ni dapat masa fasa 2. fasa dua maksudnya lambat lagi. sebab buka daftar dalam bulan 2 gitu. bulan 8 tu, adalah 6 bulan lagi. jadi, buat tak tahu je la. 

sekali, kerajaan keluarkan statistik cakap peratusan pendaftaran bagi kelantan adalah terendah. jadi, untuk menunjukkan sokongan, daftar bulan 4 la gitu..tengok bukan anti-vaks tapi malas nak beratur. 

lepas tu, tiba-tiba KL dia bukak temujanji untuk vaksin AZ. keliru la sekejap. lepas tu bukan untuk negeri Johor, Penang, selangor dan KL. jadi ada la yang cepat dapat. 

Umi Ayah pun sebenarnya tak daftar vaksin lagi waktu ni tapi lepas ditawarkan walk-in apa lagi terus dapat. cepat la umi ayah dapat. lagipun ayah golongan berisiko. 

Cik Bah dengan Abe Ngoh la yang paling awal dapat sebab golongan frontliner. dan seterusnya adik beradik lain juga. cuma Ali dengan Muhammad belum lagi sebab bawah 18 tahun. Ali tak cukup lagi kalau ikut tarikh lahir. sabar je la. 

boleh cakap hari-hari dekat office tu si officemate ni, kata bukan antivaksin cuma antivaksin covid sahaja. sebab baca macam-macam teori. haih, penat nak layan. penat nak dengar. 

aku lambat daftar sebab malas tunggu. sekali lagi diulang. malas nak tunggu. sebab kalau dah daftar nak kena cek selalu. dan nak kena update selalu. jenuh la. 

so, bila tengok ada kawan dah dapat first dose, cemburu jugak la. 

ha, ada kawan ni, dia dah complete dos 2 sebelum hari raya aidilfitri lagi. entah la, tak tahu nak kata apa. sebab high chance untuk dapat cepat sebab ayah dia doktor. gitu je la. kalau tak kenapa boleh cepat. tapi aku malas nak fikir. biar lah dia dapat 2 dos pun. sikit cemburu la, kita ni kena tunggu lama. 

untuk dapat vaksin ni, pasrah je la. sebab si officemate ni cakap tak nak dan aku pula cakap aku nak tapi tak dapat lagi tarikh temujanji. so, second bos aku suruh bagi detail, aku bagi je la detail tapi tak berharap pun. dan ketika itu, si officemate yang tak nak vaksin pun dah kena panggil. ha-ha nak gelak pun ya. 

aku tak paham. diorang punya claim tu, orang tu amik vaksin pun mati. dan aku macam, huh? ya, semua akan mati. cuma pilih, nak mati dalam ICU orang tak boleh tengok kau, tak boleh cium dan tak boleh peluk atau mati lepas vaksin yang kemungkinan bukan positive covid. kesan post-covid tu, banyak. tak baca ke. haih, penat.

so, orang lain dapat temu janji lepas bagi nama. begitu juga. kenapa cakap macam tu sebab tempat amik vaksin ni dekat USM. sah-sah la doktor tu bagi nama. orang lain dapat call dan aku dapat notifkasi dari mysejahtera. kira aku ikut saluran betul sikit la. haha. 

notifikasi aku dapat dua hari sebelum hari pergi suntik vaksin. piyah sehari sebelum aku. dan aku la yang last dapat vaksin untuk golongan 18 tahun ke atas. ha-ha. bangga sekejap. 

tu cerita vaksin. 

masa hari kejadian, aku jadi anxiety sebab orang ramai. lawan la juga tak nak bagi kaki numb. nak kurang debar di dada. banyak isitghfar. proses semua smooth cuma menunggu bawa khemah tu lama sikit sebab guard tu tak pandai panggil. ikut suka dia je nak panggil. nasib baik masa turn aku cepat sikit. 

oh, masa awal tu kena scan apps. kena scan borang guna fb. isi borang dua helai kertas baru masuk beratur bawah khemah. masa beratur tu kena scan lagi skali. aku isi borang betul. yakni. potong yang tak berkaitan. dan dalam borang tu kena isi nama vaksin. alhamdulillah, dapat pfizer. hi-hi. kemudian dia cek IC pula. dapat no. giliran. 

daripada duduk beratur dengan kerusi. sekejap -sekejap pindah ke depan sampai masuk dewan. 

dalam dewan tu, doktor akan sign saksi pada dua borang tu. dan dua orang akak akan cek ic dan bagi lagi no. yang dilaminate. 

pastu lagi sekali tunggu. kaunter tanya lagi sekali keadaan aku. no. telefon. bukak app. 

dan baru la dapat vaksin. alhamdulillah, dapat perempuan. dia tunjukkan dos yang aku dapat pada jarum tu. 0.3ml tak silap. ada isi la. kemudian dia cucuk. weh, sakit dia cucuk. mula-mula dia suntik. sakit. kemudian dia tekan bagi vaksin masuk. sakit. lepas tu aku dah start lenguh2. 

lepas suntik dia bagi kad B pulak. aku kena scan lagi sekali untuk sijil vaksin. kemudian pergi kaunter lagi sekali. bukak mysejahtera tengok sijil. kemudian last kaunter dapat kad temujanji untuk dos ke-2. tak payah observer apa-apa. sebab aku orang muda kot. kemudian dah boleh balik. siap. 

umi dah tunggu dekat parking. tunggu je la. 

balik tu, rehat je la. dua hari ni untuk pagi jadi penat. aku sambung tidur lepas subuh. sepatutnya aku nak mengaji. jadi mengaji malam la. untuk hari kedua dah boleh angkat dah. lenguh dah kurang. 

gitu la cerita vaksin dos 1 aku. dos kedua nanti aku boleh pandu lalu je. lagi senang. 

oh, tak da gamba official sebab photobooth dia bukan dalam dewan. tak ada masa la aku nak cari photobooth tu. ada,ada la. tak da tak pe. kita simpan gamba sijil sudah la. hihi. 

Friday, August 13, 2021

2 Hari Kerja

 Minggu yang kacau. 

bermula dengan Ahad. Ada appointment dengan doktor. ingat dua appointment rupanya silap. dan sebab rasa tak nak masuk kerja, nak minta MC macam melampau pula. Tapi ditakdirkan, doktor tawarkan MC sebab ingatkan ada satu lagi appointment. rupanya salah tarikh. down juga la. ingatkan doktor salah rupanya aku salah tengok. Bila fikir balik, hikmah MC supaya tak rasa down sangat masa kerja. mesti tak boleh buat kerja. dan perasaan guilty because salah aku yang terlepas pandang tarikh tu. padahal hari mingg tu aku dh tengok kalau-kalau aku salah. ye la, kita dah ready nak buat sesi kaunseling tapi tak jumpa doktor. 

isnin tu masuk kerja, buat la kerja. rasa boleh fokus buat kerja. sebab bila tengok kalendar, hari selasa cuti. hi-hi. ada la nampak macam rugi sebab ahad cuti. masuk kerja isnin. selasa cuti balik. tak kisah pun sebab cuti pun tak boleh pergi mana pun. cuma dapat rehat lebih la untuk minggu ni. 

nak dijadikan cerita, setiap minggu akan gosok untuk seminggu terus. sebab terlupa, hampir gosok 5 pasang baju. hi-hi. 

hari selasa tu pula, dapat tahu piya dah dapat tarikh untuk vaksin. another feeling a little bit down. yalah dia ibu menyusu dah dapat tarikh. daftar pun lewat pada kita. tapi dapat dulu. hu-hu. dan selasa tu fokus menulis cerita dengan 2000 patah perkataan. dan sepatutnya hari ni pun fokus juga. tapi, masih lagi mencari mood. 

tapi rezeki hari selasa, petang tu tengok dapat notifikasi untuk temu janji vaksin! yeah! excited sampai tak sanggup tengok tarikh. minta junaid tengokkan. boleh dia kata minggu depan. bila tengok. eh, dua hari lagi. maksudnya hari khamis. 

minggu yang lucu.

niat nak masuk kerja lepas kena vaksin. tapi hasil hasutan dari kawan sekerja kata tak payah masuk. tak masuk la. sebab temujanji pukul 10. siap dalam pukul 12. sebab nak menunggu giliran tu ambil masa juga la. 

malam sebelum tu kalut la nak cari baju yang sesuai untuk selak dapat suntikan tu. akhirnya pilih jubah ada zip. dan duk doa dapat tukang suntik tu perempuan. alhamdulillah.  tengok orang lain sempoi ja datang pakai baju. aku pilih baju sebab senang nak suntik. 

cerita kena suntik vaksin next entri la. nak cerita minggu kerja yang...seronok. kejap cuti. kejap kerja. he-he. 

sebab hari khamis tak masuk kerja. keliru kejap. nasib ingat hari, kalau tak..mengigau pergi kerja. hi-hi. 

minggu ni sebenarnya banyak peristiwa. ahad tu layan kierin. tapi dapat pingat silver. feeling olimpik tu masih terkesan dalam jiwa aku. sebab aku duk fikir diorang ni dah sumbang pada negara dan life diorang. tapi aku, apa je aku buat. 

yesterday we were smiling and today we are mourning. 

habis olimpik, esoknya dapat berita pemergian seorang artis. kalau cerita pasal olimpik mereka dah buat sumbangan pada negara. dan artis ni, pun ada kisah dia banya bersedeqah dan kebaikan yang telah dia lakukan. rasa seperti kena tampar pun ya. 

ha, apa yang kau dah buat ketika hidup. bermanfaat pada orang lain tak? double down juga la. mencari motivasi untuk terus buat kebaikan. terus istiqamah dengan ibadah kecil yang kita sembunyikan daripada orang lain. cukup lah ALLAH tahu. 

nak pujuk hati ni pun bukan senang. 

dah ready ke nak mati? cukup ke amalan yang kita buat. tersentak juga la. bagaimana pengakhiran kita sendiri pun tak tahu. dan doa selalu semoga pengakhiran kita buat baik-baik juga. inshaALLAH, amin. 

Friday, August 06, 2021

Olimpik Tokyo 2020

 Olimpik tahun ni berbeza. sebab, PKP. dan pandemik Covid-19. just perasaan dia berbeza. nak cerita sikit je. 

bila tahun ada link boleh tengok siaran langsung semangat la kita nak layan. sebab rumah tak ada tv. ada tv tapi tak ada channel. hu-hu. 

bila boleh tengok online. semangat la nak tengok. konon nak tengok zi jia. tapi bila tengok game team malaysia  yang lain seronok nak tengok. 

lepas tu, dapat tahu tahun ni ada game skateboard. boleh layan yang game wanita sahaja. sebab yang liputan yang tu je. yang lelaki tak dapat. kecewa. terus adrenalin Ed Sassin dengan AO. kalau dapat diorang in real life seronok dapat baca ulasan. berangan! kurang-kurang tahu la jugak trick and flip game ni. 

tengok diving yang wanita je. lelaki tak minat tengok. sebab sukan air ni, faham-faham je la. nak tengok game pun terganggu sebenarnya. 

lagi, badminton tengok gitu2 je. sebab tak berapa kenal. dan tiap kali tengok kalah. macam tak feel la nak tengok. huhu. 

dan tunggu esok, last game dari malaysia. 

tengok olimpik ni perasaan dia bercampur baur untuk aku. sebab, bila tengok menang kita pun gembira. tapi bila tengok semangat kesukanan dia berlawan tu aku lemah. terlalu tinggi. dan ada beberapa benda aku rasa tak setuju. macam training 8-10 tahun untuk satu pingat. aku risau tak da life. kena training setiap hari. gitu la. sebab tu aku cakap perasaan dia bercampur-campur. aku rasa yang dah dapat masuk olimpik pun satu achievement. bila dapat emas, memang pencapaian paling tinggi la dalam hidup mereka. dan aku buat aku rasa, apa aku dah buat. apa aku dah sumbang. 

dan aku ada benda nak share satu lagi. memori olimpik aku. olimpik 1988, aku baru lahir. aku tahu lepas tengok reply 1988. kemudian olimpik 1992 baru nk tadika. tak tahu apa-apa lagi. olimpik 1996, aku ingat dekat atlanta. masa ni tak da tv lagi. nak tengok tak da feeling. olimpik 2000 beri kenangan manis untuk aku. sebab masa tu dah habis upsr. jadi-jadi bila pergi pustaka boleh tengok olimpik. seronok la. walaupun tak tahu apa-apa. tapi kenangan la. pegi sekolah tengok olimpik. hi-hi. dan tengok closing ceremony. 

olimpik 2004 tak tengok sangat sebab sekolah jadi susah nak tengok. olimpik 2008 dah sambung belajar. tak ada tv nak tengok. jadi tak layan. olimpik 2012 pun sama. masa tu tengah gila dengan projek. dan olimpik 2016 aku tak layan sebab duk gila buat master pula. dan tahun ni, curi2 tengok masa kerja. bos pun tak leh nak marah la, dia tengok bola masuk lambat. aku tengok sambil buat kerja. tengok pun, kerja siap. kena bagi can la untuk aku. 

lepas ni tak ada dah. ahad ni last. sekejap je rasa. dan cepat. 

itu je la nak share.  

Saturday, July 31, 2021

31 Julai 2021

dari last update sampai last julai ni, 

banyak tengok drama. duk marathon dari drama ke drama. minggu lepas berjaya reset rutin harian. kalau sebelum ni, tidur lepas subuh. cabar diri tak tidur lepas subuh. berjaya. kalau makan ubat awal dan tidur awal pukul 10. jadi, boleh la tak tidur lepas subuh. 

lepas reset rutin, jadi semangat sikit. reset alarm ubat. buat alarm belajar mandarin. lepas subuh baca quran. rasa lain sikit dan ringan nak bangun. target lepas ni. nk bangun tahajjud seminggu sekali. bukan nak riak tapi nak target baru. 

drama pula, tak lekat sgt dh. amik turn tengok. sebab tak rushing nak layan. sebab nk tidur awal, boleh let go la drama-drama semua tu. 

cuti raya haji hari tu duk marathon drama la. 5 hari cuti. 5 hari tengok drama. hu-hu.

minggu lepas, budak praktikal diploma last dan budak praktikal intake degree pula masuk. mujur la 3 orang yang masuk. lagi balance nnt tengah ogos. rasa tenang la sikit dua minggu ni. penat sebenarnya kalau ramai-rama dekat ofis tu. bising. tak boleh nak fokus. lagipun budak praktikal untuk architecture sorang je. hu-hu. 

dan aku macam malas nk buat bonding sebab kenal sekejap2 je. kalau attached sgt susah pula. biar la dia. kalau nak belajar datang mengadap. aku nak fikir life aku sekarang. dan aku tengah belajar untuk orang datang dan pergi. aku rasa overwhelmed sikit sebab sekali datang budak praktikal ramai. dah la penat dengan ramai orang. nak kena buat bonding lagi. penat

dan bulan julai juga, aku berjaya keep on track bajet makan dan belanja lain2. memang rasa struggle tapi aku berjaya divert semua tu. sebab tak boleh nak shopping kena la divert mindset tu. supaya tak terasa sangat tak boleh shopping. gitu la. 

aku sebenarnya lupa nk update blog masa raya sebab macam cakap tadi. layan drama sangat. drama cina. drama korea. semua. jadi, hari last julai kena update juga.

oh, sekarang tengah demam olimpik. aku masih demam dengan game archery. turki menang. malaysia awal2 dah terkandas. mula-mula tengok sebab malaysia. final tu sokong negara lain la sebab malaysia tak lepas. sebab turki pun pertama kali menang game archery macam aku pula dapat pingat emas tu. rasa macam termimpi2 pula. 

awal-awal olimpik lagi layan sebenarnya. tengok badminton. dan terlayan skateboard. sebab tengok tony hawk punya post dan teringat hlovate yang kenalkan game ni. layan game skateboard tu pula yang wanita. memang lekat la. pastu archery ni. dan diving. support team malaysia. game lain tak tengok sangat walaupun nak tengok gymnastic dengan renang tapi sebab channel tengok tu tak ada game tu. jadi, macam...tak pe la. kita tengok game apa yang ada. pasrah. 

ok la, sekian untuk julai. 

Saturday, July 10, 2021

SYUKUR PKP

awal bulan enam hari tu, aku sempat PKP 7 hari je. Lepas tu dapat notis kena masuk kerja tu memang aku terkejut la. tiba-tiba sahaja. sebab otak aku dah set untuk 14 hari tapi jadi 7 hari je. masuk kerja tu pulak, dapat notis petang tu, esok terus masuk. jem otak. 

disebabkan itu, tiga minggu aku jadi lesu tiap kali hari jumaat. dan lepas tu baru aku sedar, badan sedang murung. stress tambah murung. stressed lain dengan murung. murung sebab aku tak da mood nk buat benda yang aku nak buat. nak menulis cerita. nak buat 3d. nak baca novel. nak update blog hari-hari. marathon drama. hanya marathon drama je aku buat. nak buat benda lain tu aku sentuh je. tapi tak boleh nak buat. 

selera makan pun aku mcm tak lapar. waktu tengahhari aku makan je tapi tak rasa lapar. rasa kenyang ada la. dan bila balik kerja aku macam penat sangat. tiga minggu untuk aku sedar badan aku sedang berperang dengan semua tu. aku tak rasa sedih. aku tak rasa down. aku boleh jalani hidup aku macam biasa. tapi penat dalam susah nak cerita pada orang. aku tak rasa down sebab aku makan ubat. jadi struggle lain. aku tak overthinking. berjaya distract dari fikir lebih2. 

lepas tiga minggu tu, aku shutdown diri aku dari WA. available waktu kerja je. dan waktu ni aku dah boleh  view life aku berbeza. aku patut syukur apa yang aku jalani sekarang. dapat duduk rumah. ada orang yang suka sakat aku. adik lelaki yang tiga orang tu. umi ayah tak bising pun. yang lebih bebel adalah adik lelaki. ha-ha. dan minggu ni aku mula lihat aku patut belikan sesuatu untuk adik-adik aku. dan pergi kerja masih ada kereta. walaupun aku malas nak drive. huhu. tak perlu bayar sewa rumah. kalau tak cukup duit, umi ayah ada. kelisa rosak hari tu, umi ayah la yang backup. nak guna gaji aku habis dulu la. tak cukup. nak beli kereta baru pun tak lepas. cerita pasal kereta cerita entri lain. dan, aku dapat solat jemaah. masak-masak nanti ada yang makan. bahagia untuk aku. kalau aku nak list tu, memang banyak. tapi ni saja yang aku ingat. 

dan aku juga macam bersyukur juga dapat kerja dekat kelantan. 

pertamanya, orang lain tak da kerja. tapi aku masih ada kerja walaupun gaji sikit. syukur.  bos besar pula aku tak berapa attached sangat. bos kedua la yang selalu bagi susbsidi duit makan tenghhari. bos aku yang sebenar muda lagi dari aku, aku hanya ikut arahan dia la. walaupun ikut pengalaman aku banyak lagi tapi dia dah kerja dekat kelantan lebih lama dari aku. so, kena dengar la arahan dia. aku pula masih lagi belum adapat sepenuhnya. banyak sangat perbezaaan dari kerja johor dengan kelantan. gitu la. 

kedua, yang aku sebut tadi ada subsidi makan tengahhari. bukan hari-hari tapi dalam seminggu adalah sekali dua kali. dan ada sahaja makanan dekat ofis tu. kalau bukan gula-gula, ada goreng pisang. dan ada yang bawa makanan. macam aku hari tu bawa durian. seronok mereka dapat makan durian. aku tak pernah rasa nikmat kena beli durian ni. sebab selalu makan dari kebun. jadi, mereka yang tak da kebun ni kena beli rasa syukur bila aku bawa durian ni. tapi tak boleh bawa selalu sebab buah tak banyak. hu-hu. 

ketiga, walaupun aku lambat adapt dengan suasana kerja baru. aku rasa kawan sekerja ni bagus. setakat ni la. diorang buat kerja memang kerjasama bagus. tak faham tanya. saling membantu. dan aku la yang banyak belajar sebab company aku ni civil dan structure. dapat la belajar fasal infra. pasal struktur bangunan. size beam. saiz colum. jenis foundation. dan kiraan paip dan tangki. walaupun arkitek yang design, jurutera la yang kena kira. 

keempat, masuk lambat pun tak pa sebab tak da card. lambat sebab jalan jem tu biasa la. sebab mereka ni kebanyakan tinggal satu daerah dengan aku. jadi, bila dah sampai nanti ada yang bertanya. polis tanya ke? oh lane sebelah laju je. hari ni, rajin pula polis, rela nak cek surat. atau ada kemalangan semua boleh tahu. nak cuti pun pakat ramai-ramai. cuti raya la. he-he. 

lima, part ni aku suka. sebab nak makan sama-sama kena sepakat. sejak PKP tak boleh makan kedai. jadi, adalah skrip makan apa hari ni. seronok. sama-sama kena fikir. sebelum makan meja masing-masing. sebab ada budak praktikal. ramai. 9 orang. sekarang PKP diorang tak boleh datang. sunyi la sikit ofis. kalau tak riuh je. lepas ni ada lagi 12 orang. ramai. yang ramai-ramai ni aku kurang suka sangat sebab crowded sangat. jadi, aku malas nk rapat sangat dengan mereka ni. 


Thursday, July 08, 2021

007

 dah masuk bulan julai.

aku dah jadi staff permanent kalau ikut tangga gaji. dan gaji aku naik tak berapa naik macam gaji masa probation. 

dan aku dah buat rancangan kewangan untuk 6 bulan akan datang. 

bila muhasabah balik, aku mungkin bertahan untuk setahun di situ. gaji tu biarlah dulu banyak tu dulu. sekarang ni banyak orang susah tak dapat kerja. tak dapat makan. 

ada banyak yang aku perlu bersyukur. sangat-sangat.

dan aku pun buat perancangan untuk 6 bulan pertama tahun depan. 

gitu la. 

untuk dua minggu ni, lepas pukul 5, aku off WA. Setakat ni, tak da yang kacau aku. dan kalau nak reply WA waktu kerja je. kena beri masa pada diri sendiri. aku mencari keseronokan. bukan seronok dunia. tapi mencari benda yang boleh buat aku jangan fikir sangat. kalau tengok FB tu macam-macam kes. orang kemurungan. kes dera. dan cerita politaik. yang boleh buat hati rasa sesak. 

dan cerita minggu ni. hari ahad hari tu singgah aeon. sakan membeli. adalah satu jam aku pusing-pusing dalam tu. sambil cari bahan masakan korea. cari dekat aeon sebab halal yang boleh dipercayai. kalau kedai lain tu kena fikir dua kali la. usha juga dalam shopee.

oh, sekarang dah tak da mood nak beli dalam shopee sebab barang aku nak beli tak da free shipping. dan barang aku nak beli tu baju dan beg. dan bila umi sebut, musim2 sekarang kena tahan diri beli barang yang tak perlu sangat. ramai lagi yang perlukan makanan.

dan aku divert benda tu, makanan yang best aku makan akan bawa balik pada adik-adik juga. sebelum sentap dengan junaid cakap, aku dah remind diri. masa di aeon, ingat belikan vitagen. dan junaid cakap aku tak beritahu dia. kalau cakap pun, bukan boleh pergi pun. ada roadblock. hehe

dan minggu ni pun rasa doa terkabul, sebut pada junaid dengan ali nanti hujung bulan nk rasa kb brewster. tengok2 esoknya bos belanja kb brewster. orang lain minum yang sedap2 tapi aku pilih americano. sebab tu je limit yang aku boleh minum. orang sakit kemurungan kalau boleh elak minum kafein. 

sejak balik malaysia. kerja johor aku belajar minum semua tu. duk aussie tu tak minum. oh, minum waktu part time keja tu. kopi yang aku boleh minum. sedap dia buat. tapi aku tak tahu kopi apa. 

jadi, sepanjang minggu ni. tiap kali balik kerja ada saja makanan untuk adinda tercenta. walaupun diorang duduk rumah tapi rasa nak raikan juga. ye lah duduk rumah pun stress juga. aku yang kerja pun stress. tapi bawa balik makanan buat aku happy juga. bagi orang makan. diorang pun bila kakak dia balik bawa makanan pun suka. give and take. ha, gitu. 

dan aku rasa selagi aku dengar cerita kemurungan aku pun akan rasa murung. walaupun dah makan ubat. 

dan americano hari tu aku minum sikit je tapi dia boleh buat shaking dan hati berdebar-debar. ofismate pun rasa. dan kesimpulan aku lepas ni no more americano. cukup la dah rasa. aku punya limit minum extra caffein gini, sebulan sekali je. hari tu dah rasa starbuck americano double shot. fuh. rasa kafeein dia. rasa segar sekejap. 

setakat ni aku masih contemplate nak share pasal kemurungan aku pada semua. nanti la. perlahan-lahan kayuh. 

Saturday, June 26, 2021

Apa Yang Tak Kena

 aku rasa minggu ni, aku ok je. 

atau tak.

hari ahad hari tu, kereta tiba-tiba mati. dan bukan big deal pun. settle dengan cepat sebab dekat denga rumah. 

hari-hari berikut, pergi kerja umi hantar naik DEA la...

hari-hari kerja tu, aku tak fokus sgt buat kerja sebab tak ada kerja urgent. 

hari-hari kerja tu, aku rasa happy je. sebab makan sama-sama. order foodpanda. decide nak makan apa. dan aku bawa durian. 

ada hari yang rushing sebab bos nk kena pegi kl. 

aku je la yang penat. tiap-tiap pagi lepas solat subuh, sambung tidur. 

minggu ni, alhamdulillah. boleh ikut track mengaji quran. 

tapi still aku rasa badan aku penat. tak nak bagi kerja sama. benda yang aku nak buat dah jadi aku rasa tak nak buat. tak gembira. rasa tertekan. aku masih mencari kenapa. 

tiga kali jumaat dah, aku buang masa tidur sepanjang hari. 

dan aku ponteng usrah. 

atau aku sebenarnya penat dengan rutin ni. atau aku sebenarnya tak nak buat apa-apa tapi aku paska diri?

 serius, aku tak boleh figure out lagi. 

cuma aku tak bukan WA lagi untuk hari sabtu ni. aku rasa ok sikit. 

aku perlu time out ke? 

sungguh, aku nak kene reset balik life routine aku ni... 

Saturday, June 19, 2021

Badan Pun Stress

Hari Khamis lepas, satu badan angin sebab apa tak tahu la. sakit badan. kalau aircond sejuk lagi, bertambah2 sakit. balik kerja terus, terbaring. nak mandi pun kene lawan. banyak kali dh kene bebel dengan ali. patutnya balik kerja terus mandi tapi tak. lambat2 mandi. 

hari jumaat tu rehat je la seharian. berurut denga ceragem. makan ubat.

dan hari khamis kelmarin pun balik2 kerja badan sakit. jumaat seharian aku tidur. sakit badan lawan dengan penat. lawan lagi nak habis drama. seharian la berehat. umi ingat aku demam dah. 

aku rasa badan aku stress  dan protest. entah la. musim2 pkp ni, penat jugak kalau hari-hari kerja. kita duk fikir lagi risk lagi. potential nk kene virus ni tinggi la. pastu, balik kerja nk kene hadap roadblock lagi. pegi balik pula tu. walaupun polis tak da la cek satu, tapi mental juga la sebab nak kene lepas roadblock tu. patut balik kerja tu tak lama jadi lama. 

walaupun aku ok tapi badan boleh buat protes juga. musim2 pkp ni, patutnya pendekkan la waktu kerja. aku ok la sebab bujang. kalau yang ada anak, kesian. 

lagi pun, nak submit projek pun tak boleh sebab majlis tutup. kerja swasta mcm ni la. memang kuli la. gaji sebelum pkp dgn masa pkp sama je. kalau ikut tangga gaji utk golongan profesional jatuh teruk. kecewa betul dgn sistem negara ni. 

ada juga yg sebelum pkp, gaji dh bwh dri standard, masa pkp pula dah gaji separuh je. entah la. sekarang ni kerja, asal kerja la. nk demand pun tak boleh. kene bertahan dan bersabar. 

kelantan ke kl ke, gaji tu patut sama2 la ikut tangga gaji. tapi tak, kelantan gaji murah sgt. aku yang duduk rumah dgn famili, kereta famili ni pun rasa  tight sgt. nk buat kerja tepi tak pandai. tapi tak mustahil satu hari nanti aku cari kerja tepi nnt. 

banyak pula aku tulis benda tak puas hati...ha-ha. cukup la. ni sekarang nak fikir apa aku nak buat lepas ni... 

Saturday, June 12, 2021

Bukan Macam PKP

 Elok lepas entri cuti PKP 7 hari, dapat arahan kene masuk kerja. Surat pun dah ada. Jadi, kene ikut la segala permintaan. Nanti tak dapat gaji pula. Tapi buat kerja pun sama sibuk macam sebelum PKP. 

Nak masuk kerja ni, berdebar juga la. Sebab nak redah sekatan jalan raya antara sempadan daerah tu. 

dan jadi masalah sekarang, app mysejahtera pun buat hal. tak boleh nak check in. nak cek status vaksin pun tak boleh. geram jugok. nak reinstall kang hilang data cek in tu sebab tengok orang buat review cakap semua data mereka hilang. data tak sync. 

dan cerita masuk kerja ni...tak boleh cakap detail. nanti tak pasal-pasal kene denda. bukan takut kompeni kene denda tapi individu mcm aku ni..kalau kena saman, nak bayar pun gaji berapa je. huhu. 

dan, kampung aku sebelah dengan PKPD ni. harap-harap semua ok la. 

nak cerita banyak pun tak boleh. 

cuma, sebab dh masuk kerja. drama marathon aku pun kene susun balik la. sebab duk mengejar dua drama korea. River where the moon rises. dan Dodol tu. 

dua-dua ok je. nak cerita lebih pun mood dh hilang. huhu.

dan hari khamis tu, badan aku masuk angin + sejuk aircond. balik rumah terus sakit badan dan perut tak selesa. malam tu, berehat la dengan pagi jumaat semalam. hari ni, sabtu, dh ok sikit. tapi nak kene berurut dgn ceragem la. untuk sakit belakang. dan makan pro-bio 5 pill baru lega. 

makan pun tak rasa sangat. huhu.

itu je la cerita untuk minggu ni.

oh, dan aku denga the sister sama umi buat pelan kejutan untuk Ali tapi tak berapa surprise sebab aku failed nk surprisekan ali dan reaksi ali pun biasa je. huhu. tapi feeling puas hati la. sbb dapat meraikan Ali yang terima keputusan SPM. dan sambung projek pada sepupu dia sekali. buat baik ni contagious. dah buat sekali rasa nak buat lagi dan boleh juga spread tu orang lain jugak. 

asal, aku niat nak buat projek infaq sebulan rm10. tapi projek ni aku tangguh la. sbb dah surprise ali dan the cousin. dan aku cuba nk kurangkan beli online dekat shopee. sbb aku pun dah tak da benda nak beli. nak kena kurang nafsu membeli. 

patut aku layan drama lain atau mula baca novel syud tu..?

Monday, June 07, 2021

7 Hari PKP 3.0

 sedar tak sedar dah tujuh hari duduk diam2 dekat rumah. 

7 hari ni, apa aku buat? 

1. layan drama It's Okay to not be Okay. aku dah review dah dua tiga entri sebelum ni. Dan sekarang ni, duk layan River Where the Moon Rises sambil juga tengok Do Do Sol Sol La La Sol (dodol la senang).. drama cina aku tan tengok lagi. sebab drama-drama ni aku jadi rasa masa tak cukup. sebab ada benda lain lagi aku nak buat. 

2. aku dah update satu chapter cerita aku. yang mana tajuk macam tak telly dengan cerita dia. mungkin aku patut tukar tajuk. dia. entah. sekarang ni tengah tulis satu chapter lagi tapi baru dalam 100 patah perkataan. sebab aku serabut. idea ada tapi celaru. mungkin aku duk layan drama2 di atas. 

3. setiap hari aku buka radio mix. online je. kalau buka youtube dengar lagu tak da mood. jadi, buat masa sekarang layan mix. bukan selalu, tengok mood sebenarnya. ada masa layan zayan. ada masa layan suria. atau hot. kalau era...dah tinggalkan dah. 

4. oh, apa yang aku dah masak? kuih keria. aiskrim. perisa oreo. dan biscoff. hari ni aku dah buat roti. doh dia tunggu kembang. esok aku buat roll chicken tu. kene beli cheese baru la. dah habis adik-adik makan dengan burger. huhu. 

5. aku tak lupa untuk update blog ni. apa saja terlintas dalam otak apa yang aku nak tulis. terapi yang baik untuk aku. orang lain dah bosan tapi masih ada banyak benda aku nak buat. 

6. sejak PKP ni, banyak waktu solat jemaah dengan famili. tak boleh lari. kalau tertidur baru la x jemaah. rasa ini antara yang menguatkan aku. 

7. buku novel aku susun bertambun tapi tak mula baca lagi sebab duk marathon drama ni. entah bila aku nak mula. dan bukan satu novel. ada dekat sepuluh. kalau aku habis baca novel ni. dah capai la goal aku baca 12 buku. haha. 

8. aku ingat nak buat 3d untuk suka2 sambil model scale 1:100 tapi tak mula lagi. nampak tak betapa banyak list aku nak buat tapi tak capai lagi. aku rasa slow2 la kot. buat apa yang aku nak buat. 

9.  dan hari ni adalah setahun aku ikut temu janji di kelantan. dan aku makin baik. semoga next year, aku dh tak perlu makan ubat dan jumpa doktor. mahu je aku share pada dunia tapi aku tak nak sebab aku tak nak orang judge dan tahu. sakit aku bukan la sebab pkp tapi pkp jadi trigger sampai aku masuk wad. aku nak orang tahu tapi belum masa lagi. cerita itu seperti aib tapi aku sebarkan awareness. nanti la. aku tak kuat lagi. lagipun ada viewer baru aku kenal. mereka tak tahu apa yang berlaku pada aku. aku rasa tak nak update status wassap untuk sementara. tapi tangan gatal. hati meronta. so, folow the flow la. huhu. 

ok, cukup untuk hari ni. 

Saturday, June 05, 2021

Learn From Gang-Tae

 apa yang aku boleh cakap dari drama it's okay not to be okay adalah 

satu, Gang-Tae ajar cara nak tenangkan diri guna butterfly teknik ataupun aku kata hug teknik. sebab letak tangan silang atas bahu, sambil tarik nafas tenangkan diri, tepuk perlahan macam kau tepuk diri sendiri. 

dua, kalau rasa tak boleh kawal diri kira satu, dua, tiga. bagus juga. bila aku rasa tak boleh kawal nafas, sebenarnya membantu. 

tiga, hadapi masalah psikologi yang ada. depressed. anxiety. terima dan hadapinya. macam semalam aku hampir rasa nk anxiety juga. kaki dah sejuk. dada pun ada rasa sempit. dan aku tahu aku rasa anxiety. mood pun swing. so, aku distract diri aku supaya tak fikir banyak. pasang lagu. menulis. main game. bukan apa aku takut, kalau anxiety nnt burst pula air mata nanti. tak keruan rasa. 

itu je la, kot yang aku boleh belajar. 

dan cerita tu banyak lesson dari setiap buku kanak-kanak sebenarnya. aku malas nk figure out. itu je la nak komen hari ni. sebab teringat. 

aku banyak je benda luah, sebab banyak sangat thought in mind. pasal itu. pasal ini. semua benda nk kongsi dengan dunia. tapi aku rasa overwhelmed. so, buat satu-satu. tulis sikit-sikit dekat sini. 

Friday, June 04, 2021

Netflix Tak Best

 Kalau orang lain suka tengok Netflix tapi bukan aku. Aku dah lama tahu Netflix ni. zaman duk aussie lagi. bila balik Malaysia macam trend pula, orang asyik layan netflix. 

Drama korea pula, yg trend dan viral semua Netflix beli. Murah dan berbaloi kalau langgan netflix tapi tak nak. 

Sekarang ni aku guna Ali punya akaun. Semata nak tengok It's Okay not to be Okay. Dan, sekarang ni aku menyesal. Walaupun hero dan heroin dia aku suka tapi kalau cerita macam buat kau emosi baik tak payah tengok. Penthhouse pun aku malas nk tengok. banyak evil, negatif vibe sgt. Scandal la. so, aku rasa moral dia kurang sgt. 

Sambung drama IONTBO ni, cerita dia sebenarnya memang lebih pada dark. Ala-ala cerita princess dan dark fairy tale. Aku imagine macam tengok cerita Emily dan Casper. aku tak paham kenapa perempuan tu boleh ikut lelaki tu balik kg asal dia. kalau aku, aku takkan balik kalau tempat tu boleh buat kau sedih walaupun lelaki kau suka pindah sana. 

dan bila dia pindah balik rumah usang dia dalam hutan, dia boleh duduk situ. semua selimut, baju dia yg hari-hari asyik tukar. kalau tengok semua eps. macam tak logik. rumah usang tu dia tinggal dah lebih 20 tahun kot. masuk2 bersih tak berhabuk pun lantai tu. nampak sangat la, fake. tengok mata aku dah cari detail dia. 

kemudian, cerita heroin dgn mak dia pun tak berapa jelas. bagi aku la. macam mana maka dia boleh hidup balik pun tak cerita. ayah dia siap campak dalam sungai lagi. hmmm...kalau dah drama..dan tak da plot twist sgt dalam ni mungkin sebab aku dah jangka jalan cerita dia dan aku tengok dengan tak perasan. 

aku hanya suka part hero dgn abang dia. tak perlu kot ada perempuan tu. 

plot twist yg paling best, caregiver muda tu anak pada director hospital. itu aku suka. 

overall, aku akan cakap tak payah tengok. untuk ilmu psikologi dia tak mendalam sgt. biasa je. how pesakit deal dengan masalah diorang nampak macam senang tapi sebenarnya tak semudah itu. 

dan aku tulis ni sbb aku kene keluarkan semua thought pasal drama ini. lagi lekat dalam kepala otak aku ni, lagi emo la aku jawabnya. aku nk tgk cerita lain pun memang tak da mood. nk menulis cerita pun tak da mood. semua la. aku rasa nak baring dan tak buat apa-apa. tak nak keluar bilik. 

oh, aku suka nk compare cerita unrequited love pun cerita masa kecil yg sedih tapi aku suka cara dia handle. walaupun bukan sampai membunuh tapi tetap ada isu antara kedua keluarga. dan drama korea ni suka sgt buat cerita sedih dgn membunuh. tak da isu lain ke? macam diorg ni berdendam pun ada. tak boleh let go the past. teruk sgt ni. 

sekarang ni, kalau aku tengok drama korea aku akan tengok yg ringan-ringan saja. malas nk guna otak fikir semua plot drama tu. siapa, apa dan bagaimana.  

dan drama ni, dia punya PG13 utk view tapi ada scene yg tak senonoh. aku rasa kalau tak da scene tu lagi terbaik, kenapa perlu ada scene tu. unrequited love tak ada scene tu sgt. nampaknya aku kene re-run balik drama unrequited love. dan baca novel Azril's clan - aku dah kumpul novel pendek syud dan aku jumpa kisah taufik. jadi, aku kene fokus baca all those stories. 

kalau esok aku tak boleh move on, aku akan rant lagi. 


Tuesday, June 01, 2021

Blank

hari ni PKP 3.0 total lockdown. so, duduk rumah. bos kecik semalam sebut cuti. jadi, tak kerja la. apa pun standby je la. kerja aku sekarang tengah buat layout je. nak study balik pasal nisbah plot ni. apa function dia. sbb aku dh lupa. sbb projek ni dia nk buat private residential 7 tingkat. jadi, kene tgk rancangan tempatan untuk guna tanah ni. dan kene kira parking juga. 

ini bawah Jabatan Perancang. kalau Jabatan Bangunan, dia nak set drawing je. ini belum kira dgn bomba lagi. jadi, banyak juga la nak kene rujuk. lagipun, majlis kelantan tak sama dengan majlis KL. walau syarat dia sama, tapi format lain. 

dah, cukup cerita pasal kerja. semalam aku sebelum balik singgah la billion. kene la singgah sebab kalau nk pegi billion kene rentas daerah. lalu SJR lagi. dan barang-barang pelik boleh jumpa dekat billion ni. bukan sebab panik buying. apa yang aku beli, kulit untuk buat dumpling. kawan cakap dia ada dekat bahagian taufu, fishcake gitu. bukan bahagian frozen. patut la tak jumpa. akhirnya bila dah jumpa, senang la kerja aku. buat filling je. hehe. 

benda utama dah jumpa. dan kebetulan aku jumpa chicken slice. atau nama lain chicken loaf. bila dah jumpa, maka tambah la menu untuk aku cuba. lama juga cari benda ni. so, bila dh jumpa harus la beli. semua supermarket dekat kota bharu ni aku pergi. tesco. aeon. salamku. tak da. pantai timur tak singgah. dah jumpa chicken slice, kene la beli sekali cheese slice pula. dan boleh la aku buat chicken cheese roll. 

dah aku beli juga barang untuk buat lasagna. just incase, kalau umi nak suruh aku masak lasagna. beli benda yg susah nk jumpa mcm chicken or beef mince. yg brand ramly ni susah gila nak jumpa. last aku jumpa dekat kbmall- pacific. dekat billion ni tak da. beli je la yg ada dan boleh dipercayai. 

barang aku beli tu sikit je tapi ada la dekat RM100. habis untuk makan dua minggu. huhu. semua resipi yg aku nk cuba ni semua mahal. dan aku saja singgah kedai jual barangan untuk buat kek dan pastry. aku beli whipped cream. sebab nk buat aiskrim. 

jadi, sekarang aku ada 4 resipi nk kene buat untuk dua minggu ni. ha-ha. 

cerita hari ni pula, aku sebenarnya macam lost. apa aku nak buat dulu. semalam banyak nak buat. hari ni lost. jadi, aku amik peluang update blog la.  basuh baju dh. tgk movie dh. update plurk dah. shopping dh. mungkin sebab aku nk buat semua dah settle. entah. atau mungkin sebab aku masih confius untuk hari ni walaupun dah tahu lockdown. dan juga mungkin sebab aku jadi ingat kejadian tahun lepas. 

so, hari ni aku do nothing la. 

oh, aku ada challenge nk buat. hari ni mula. jadi, mari kita tulis dalam journal. aku kene mula hari ni. sebab dia 30 challenge. kene sebulan la buat. challenge apa nnt aku cari balik. 

Monday, May 31, 2021

Syud's Clan

 last weekend, marathon dua novel syud dan sekarang tengah nak habiskan satu lagi. 

dua tahun meroyan nk baca Tentang...Dhiya...dua tahun lepas duk intai harga buku tu murah lagi...tapi sebab tak ada bajet jadi biarkan je ia terperap. tetapi sebelum raya tu tiba-tiba datang balik mood nk baca kisah Azril dengan Lisa. maka shopee la buku tu..sekali weh, susahnya nk jumpa yg available. Bila dah jumpa tu, harga rm52, terus masuk bakul dan bayar. 

masa sama cari buku Pelangi. Pelangi tu gabungan tiga penulis - Kak Su, Syud dan Hlovate. Cerita Ked dalam buku ni la. Dan cerita Syud pula, cerita sepupu Lisa tu. cerita Syud ni, kalau boleh buku dia semua ada. sebab dia dalam circle yg sama. 

First, kenapa nak baca Azril sebab lokasi cerita dekat JB. dua tahun lepas tu, duk JB. sambil baca nak feel la sekali. ni sekarang bila dah baca...jadi...oh, rindu gila. lagi-lagi bila Lisa tu jumpa Azril dekat City Square. CS tu hari-hari aku lalu masa duk Johor tu. kalau nk shopping pun, Aku singgah CS dulu. Time nak gaji pegi cashkan cek tu, pegi CS. makan tengah hari dekat CS. shopping watson dekat CS. beli baju dekat Uniqlo. H&M.Cotton On. Sapa tak rindu. 

walaupun depa ni belajar UTM, aku pun sempat pusing UTM dengan bas johor tu. ada lah dua tiga kali. Walaupun tak tahu mana PSZ tu. naik bas tu semata singgah AEON Taman U. dua tahun pun aku sempat la berjalan dalam Johor tu kalah Piya yang duduk Pasir Gudang. Dapat geng kaki jalan, aku sempoi la. ikut je. aku memang kaki ikut. Kalau tak, mereput je la duduk Larkin tu. 

habis Lisa dengan Azril. Sambung baca Vignette. sebab watak utama dia kawan baik Lisa masa di UTM, si Jiji. Nama sebenar Najiha. cerita Najiha dengan Firdaus. setting dia dekat The Garden, Midvalley. aku tak da la rajin sgt pegi sana. tapi aku jumpa kesamaan cerita dia untuk dua...bukan tiga novel ni. nanti aku cerita lepas ni. 

Masa baca pertama kali dulu, aku tak suka Vignette. tapi sekarang aku suka pula cerita dia. cuma aku rasa cerita Firdaus dgn Fakhrul tu tergantung. mungkin ada dalam other novellete. tengok, aku kene cari balik cerita pendek syud pulak. dan Ending dia mcm tak memuaskan. sedikit tergantung. dan Reza yg tak ada kesudahan. no closure bagi aku. tapi dalam Vignette ni, ada watak sampingan Ilham dan Wir. dan Ilham tu pula sepupu Firdaus dan ada suka dengan Wardah, kawan ofis Firdaus. 

dan last novel ni tgk baca, Wardah dan Pacai. Pacai nama sebenar dia Firas ni kawan Azril. so, nampak circle dia. Walaupun tak perlu pun beli semua novel syud, tapi kalau keinginan kau nak tahu tinggi jadi kena baca semua. 

aku baca ni ikut relationship. Lisa-Jiji- Wardah. tapi kalau ikut tahun terbitan, Lisa -Wardah - Jiji. oh, aku tak cerita Teja Aulia. Teja Aulia tak da dekat rumah jadi aku skip je la. dan masa first baca dulu, aku tak suka Tejau Aulia sebab melankoli. Ha, apa kaitan all those. kalau masuk Teja Aulia pula dia kene baca Azril - Pacai - Adil. Teja Aulia ni kisah Adil dengan Teja la. aku tak nak bagi ulasan sebab aku dah tak ingat dan yg aku tau plot cerita dia aku tak suka (untuk baca petama kali). 

lagi, aku perasan Lisa punya circle dgn Jiji, Syud dah tukar nama kawan diorg yg Asma pada Akhma. atau sebenarnya Akhma tu wujud juga. tak kisah la. cuma kawan UTM dia tu bertukar nama la. itu je la. Ini penangan baca back to back all her novel. haha. 

last sekali, aku wonder ada tak cerita Taufik kawan Pacai ni. Jadi aku kene buka balik cerita pendek dia. Sebab Taufik ni tak da dalam memori aku. huhu. PKP ni boleh la baca. ha-ha. 

dan bila dah reread all those novels after 5 year. lepas balik dari Aussie. dan baca ketika umur dah 30 tahun the perspective aku sebelum ni bertukar. from not like to like and aku rasa aku dewasa. sebab buku ni terbit lebih 10 tahun. I guess i'm changed. dan aku membesar dengan novel ni. Si Azril dengan Lisa tu aku baca banyak kali juga sebelum ni. 

kalau aku put in real life, aku wonder Azril, Adil dengan Pacai ni dah ada part II atau belum or dah ada title Ar. kah? gitu..sebab aku in the same line with them...but Azril ni pakai vios lepas 3 tahun tu...tinggi juga la gaji dia...kalau compare tahun covid ni...harapan la...aku ni dah kerja berapa lama tak pakai lagi kereta mahal. tak da kereta pun. dulu tu pakai myvi...like my officemate cakap, jgn berangan boleh dapat gaji mahal dan pakai kereta mahal. diorg tu engineer. sama nasib macam aku. nak cari kerja gajin tinggi...entah la..

itu je la nk komen. haha. best juga marathon novel dengan author sama. 

PKP ni..banyak benda aku nak buat. barang nak masak semua dah ada. itu cerita entri lain pula. entri ni aku cerita novel ni je. kalau aku dh habis baca cerita pendek dia..mungkin aku share sini jugak. tengok lah macam mana. 


Sunday, May 23, 2021

dilema sebuah novel

 jumaat lepas, gatal tangan pegi komen dekat page hlovate request nak baca ked's strory.

kemudian, petang tu hlovate update. rasa mcm doa makbul pulak. dia punya feeling excited. overwhelmed. 

pada masa sama, duk usha juga dekat shopee dengan marketplace dalam fb. tengok harga. paling mahal sampai rm230. yang seller tu pula berlagak, dia yakin boleh jual mahal lagi. tamak! 

aku pun contemplate lagi. sampai hari ni. aku nak baca buku tu. tapi berbaloi ke beli dengan harga mahal. lagi-lagi waktu pkp mcm ni, harga buku tu boleh dah buat aku makan seminggu. 

walaupun hlovate dh upload online, nafsu nak membeli tu masih ada. kene tunggu seminggu lagi la... 

tak da yang kata jangan beli. semua cakap mahal je. kalau ada yang kata jangan beli, memang aku tak beli. tapi yang komen hanya cakap MAHAL. itu je. mahal pun kalau ada duit boleh beli. gitu la. 

aku masih menunggu hlovate update full story. sedang memujuk hati, boleh baca online, Khaulah!!!! 

tak mati, kalau tak dapat beli novel tu berharga rm70, rm 80 tu. huhu. 

lagi, dengan isu sekarang, duit tu boleh infak ke palestine, tabung pahala, ganjaran syurga. 

novel PELANGI tu, dunia je. sekarang je rasa nak baca, dan masih lagi ada harapan untuk Hlovate publish balik buku tu. who knows....

dan aku perlu distract diri aku fikir benda lain pulak. 

dan, sebenarnya, aku pun dah beli buku tentang..Dhiya. dengan harga rm52. tambah delivery post, rm 4.66. aku tak teragak-agak beli sebab dekat dua tahun aku cari. jadi, worth la bagi aku untuk beli. 

jadi, ked's story pun aku kene tunggu dua tahun lagi la. kalau harga makin naik, aku takkan beli. biar je la tak dapat. dah pernah baca, cuma nk ulang baca balik. itu aje. 

Wednesday, May 19, 2021

what to do

pagi lepas sahur, pegi update blog. aku ingat aku dah move on.

then, masuk kerja. dengar lagu raya je pun tapi dia punya melayang merentas lautan sampai ke bumi kangaroo. tangan gatal pegi bukak maps. cari university sydney. sebab aku yakin aku dah sampai sana. it was indeed. aku dah sampai. sebab ada gambarnya. cuma sebelum ni aku confuse. 

bila dah bukak google map tu, confirm la sebab dah nampak bangunan-nya. kalau university, most uni aku dah sampai. UNSW. University of Queensland. RMIT pun dah pernah sampai, lalu je la. Uni Melbourne pun tak silap. Newcastle tak payah cakap la. 

itu pasal uni. walaupun aku tak berjalan sgt but at least boleh cakap, oh, sy dh sampai that uni. mesti la proud la kan. 

then, umi beli daging. dan daging tu remind me daging dekat aussie. daging aussie aku makan manis. sedap. dan bila aku makan aku rasa puas. daging tu umi beli dekat duniadaging.com by alquds tu. dan aku tak expect dia akan sedap. daging aussie tu memang sedap. aku rasa aku jatuh cinta dengan daging sebab daging aussie la. bila tgk korea makan daging bakar mcm tu je. aku boleh imagine betapa manis tak perlu apa-apa lagi perencah untuk ditambah. 

dan aku rasa aku nak bagitau satu dunia yang aku rindu tapi aku tak nak melampau. tapi sungguh aku tak pasti nk bgtau siapa. ada orang takkan faham perasaan rindu ni. 

hari ini aku tak sempat ingat balik semua kenangan sebab aku dah calarkan kereta orang. anxiety tu datang balik. amik masa jugak la. dari keluar kereta. duduk dekat tangga. masuk ofis. ngadap laptop. menahan debar. aku tak suka buat scene. senyap je la handle the situasi. 

dan, tiba-tiba perut aku memulas. aku tak boleh brain. berdebar tu datang sekali. rasa nak muntah. dan lepas tu baru dapat detect lepas luah dalam group. umi cakap sebab makan sayur kuah putih semalam. 

sebelum tu, dalam pada anxiety aku rasa aku tak boleh nk drive balik kerja nanti. tapi sebab sakit perut. dua kali masuk tanda rasa nak pengsan. aku call umi minta amik. the only thing i feel thankful and content. duduk dekat dengan famili dan macam Allah pekenankan doa aku untuk balik ada orang amik.
Alhamdulillah, kerja aku selesai, bos bagi balik. 

balik rumah pun, tiga kali masuk tandas. harap-harap malam ni dah ok la. 

update blog lagi hari ni, niat nak update pagi macam semalam. tapi tu la. kalau dah bad day. satu hari aku jadi bad day. lagipun, hari ini hujan. banyak kereta. aku akan tulis untuk let it out semua ini sebab aku tak nak meroyan any other places. 

perasaan rindu ini sangat eklusif. dan aku tak nak rosakkan perasaan ini dengan komen orang lain. kecuali la yang baca entri ni. dan kalau ada baca pun beberapa orang. 

dekat ofis tu, aku masih belum betul-betul adapt dengan mereka. aku masih belum mesra. ada gap yang aku tak tahu nak cakap. ada satu garisan sempadan yang aku tak tahu nak cross. masih belum ada jawapan. mungkin sebab orang nampak dunia aku berbeza dengan diorang. 

cukup aku rant hari ni. 

Tuesday, May 18, 2021

Good Night, Australia

 raya hari tu aku rancanga nak baca cerita pelangi. Nak berangan pasal Ked. 

Tapi bila tengok dekat rak buku, buku tu tak da. dah la kecewa yang Azril tak habis lagi. Aku dah tanya semua orang tapi tak da yang mengaku. entah. kecewa la, sebab JS dah tak terbitkan mana-mana buku tu lagi. kalau nak cari dalam internet, yang nak jual balik tak da. kalau ada jual pun. mahai nak mampu. nak amik untung. geram rasa. 

kalau ikutkan hati, dah lama aku tak baca novel. sejak pergi Aussie, aku dah kurang baca buku. sekarang ni nak baca sebuah buku pun susah. walaupun aku target nak habiskan 12 buku tahun ni macam tak ada harapan. 

raya ni, aku duk ulang baca 4 buah buku (3 je yang baru habis), Bidadari Hujan, Si Mangkuk Tingkat  dan Versus. Dua novel terawal tu, dulu aku suka cerita dia. aku rasa sebab perubahan umur, aku rasa dua-dua buku dah tak best. in term of character dan gaya bahasa. Bidadari Hujan aku jadi tak suka pada hero. ikut perasaan. ada juga lelaki macam tu. lepas dah jadi baru nak insaf. geram la jugak. tak rasa cerita tu best. haha.

Si Mangkuk Tingkat pula ada perkataan yang aku rasa kurang ajar sikit. jadi spoil mood aku. flow story dia ok. sebab nama watak utama nak sama dengan Versus aku lagi la aku rasa...hmmm... tak kisah nak tulis lebih kurang gaya penulis Hlovate tapi boleh tak tukar nama tu. gitu la...walaupun cerita dia ok. tapi macam aku cakap la ada perkataan yang kurang manis tu jadi aku dah tak suka. dulu baca ok je. 

dan...ini lah sebab kenapa tajuk entri aku macam tu. Versus. Sebab tak boleh baca Ked, Versus bawa aku jumpa Ked. Sebab Ked along pada Minn Edina. Minn Edina dan AO, Ashraff Omar. dan lebih buat aku macam sedih sikit sebab latar cerita dia part of Australia. Mula-mula dia pergi ke Sydney kemudian ke Macquarie. Walaupun aku tak sampai ke Masquarie tapi Sydney tu..boleh cakap la. boleh cakap, banyak weekend aku pergi ke Sydney. Kalau nak sampai Newcastle sampai Sydney. Universiti dekat sana pun ada aku dah sampai. 

Kalau ikutkan lifestory aku dekat sana bosan je, tapi bila dah baca novel background tempat yang jadi part of your life, kau akan jadi rindu. akan selalu ingat. dan nak buang rasa itu bukan boleh terus hilang. boleh jadi blues sekejap. dan aku masih lepaskan perasaan aku dekat Australia tu. Untuk kembali ke sana macam tak da harapan je. entah, kalau ada rezeki memang aku nak pergi lagi. Sebab aku ada tempat tak sampai lagi. Ausie tu luas. 

sekarang aku nak jerit sebab kenapa versus bawa aku ke Australia balik. kalau aku baca Ked dah sampai ke States dah. tak ada la aku nak imbau balik hidup dekat Aussie. orang tak tahu betapa aku rindu dengan Aussie. tak tahu nak luah pada siapa dah. 

kalau ikutkan aku nak meroyan dekat WA status dah tapi aku tak nak orang annoyed dengan status aku. jadi pagi-pagi lagi aku dah rant dekat sini. aku luah semua perasaan sebelum aku gerak pergi kerja. sungguh la, kalau aku rindu Aussie aku akan tengok youtuber dari Aussie dan kalau dengar orang Aussie pun aku dah boleh tangkap slang mereka. dah tahu ni orang Aussie. sampai tahap macam tu sekali. Duduk sana, aku practise speak ikut slang diorang sbab nak faham. tapi yang gelakkan aku pulak. jadi half way je. tapi aku tetap practise juga, cuba dengar cara sebutan diorang sbb senang aku nk tangkap dan faham. bayangkan satu semester aku masih tak faham cara diorang cakap. gaya macam tinggi betul bahasa diorang pakai tu. 

oh, kalau dalam Versus, dekat Sydney tempat yang dia sebut semestinya tempat yang aku dh sampai. Malaysian Hall, Sydney Uni pun aku dah pernah sampai. Opera House tu tak yah cerita la. Queen Victoria Building aku dah masuk. memang untuk orang yang ada-ada la. sebab branded sgt la. brand yang aku pun mungkin tak pakai. 

aku pakai yang tak da brand. duk sana orang mana kisah kau pakai apa. tak da nak bezakan. kereta pun, asal ada kereta. kalau pakai yang mahal pun biasa je. kalau yang pakai kereta sport tu pula, jangan sangka yag muda-muda je. yang tua pun pakai kereta macam tu. tak yang nak bandingkan kau dengan sapa-sapa pun. 

tapi sebab tak da rezeki aku dekat sana. aku terima, just bila baca pasal Aussie tu, rindu akan datang. lekat dan susah nak hilangkan perasaan tu. sungguh aku rindu. 

dan harap rindu tu tak akan datang lagi. cukup la. aku nak move on. 

Sunday, May 16, 2021

Free Palestine

 Di hari raya lepas tak dapat beraya ada hikmah untuk warga Malaysia. 

Bila duduk rumah, diorang ada masa jadi bawangers untuk koyakkan islam. #israelKoyak

dan sampai aku update blog ni, situasi masih belum reda.

Semalam, hari memperingati nakba yang 73 tak silap. 

Isu ni, aku mula tahu dari tingkatan dua. tahu dengan pengetahuan dengan lebih dekat. sebelum tu, dah tahu dengan lagu rabbani. Intifada. dan tahun sebelum tu ada tahu-tahu sikit.

aku tak nak cerita pasal palestine sebab aku tahu tapi aku tak pandai nak cerita. 

kekuatan yang aku mampu buat, pegi like emoji haha je dekat page Israel dan yang menyokong Israel. Nak komen macam orang lain aku tak pandai. takut keluar perkataan yang tak sepatutnya. 

cuti raya yang masih berbaki, aku baca novel dan ada masa pegi serang page diorang la. 

buat kerja jadi netizen kene berstrategi. 

aku rasa aku ada sebut entri sebelum ni. 

tapi kali ini, untuk entri ni pula nak jelaskan isu ni masih belum berakhir dan belum tamat. Israel masih lagi menyerang gaza dan memutarbelit informasi. berlagak play victim. 

dan ada banyak isu yang tak penting pula naik. dan memberi salah faham informasi  buat orang rama keliru seperti sumbangan tak sampai la. dan mdD nk kene boikot tak. masing-masing nak beri pendapat. 

dan aku tak layak nak beri pendapat kerana aku bukan yang berpengetahuan untuk beri pendapat. cukup untuk aku tahu. kalau nak cerita pada orang pun, aku rasa 1/10 je kot aku boleh cerita. 

di sini aku nak share pesanan Sheikh Ahmad Yasin  untuk rujukan masa depan : 

Dan pesanan ini seharusnya terus hidup di dalam hati para pemuda khususnya mereka yang mengimpikan kemenangan, baik di dunia mahupun di akhirat sana.
Pesanan beliau untuk kita,
1. Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepad Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.
2. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad SAW.
3. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekatkan diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
4. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.
Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah SWT dan memohon keampunan dariNya agar Dia memberi rezeki yg berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tuadan menyayangi orang yg lebih muda.
5. Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kepada Allah.

Saturday, May 15, 2021

Aidilfitri 2021

 dua tiga hari sebelum raya, kerajaan umum PKP satu negara. seluruh negeri. 

cahaya Aidilfitri nak sambut dengan ahli keluarga makin pudar. 

ada yang memang tak da persiapan pun. 

aku pula memujuk hati sendiri, zaman duk Aussie dulu. Waktu jobless, aku pun tak buat apa-apa persiapan nak raikan Aidilfitri. orang masak dekat atas pung pang pung pang, aku duduk diam2 dalam bilik. rasa depressed waktu tu. orang lain yang ada scholarship balik raya malaysia. aku diam-diam duk dekat aussie. tiga tahun beraya di perantauan sampai lepas balik malaysia macam terkena sumpahan kata-kata umi, dah balik malaysia, lain negeri, balik la raya. bukan jauh pun. maka tahun lepas dan tahun ini, aku dah macam tak kuat, kalau tak dapat balik beraya dengan keluarga. 

padahal ada je adik beradik tak balik. tapi entah, perasaan diri sendiri dengan orang lain tak sama. 

dan tahu ni, aku beli je baju raya dengan tudung raya. lagi pun waktu ni je la aku nak beli baju. alasan. 

selalunya raya pertam kami akan pergi rumah nenek, rumah mek dan rumak pok su. tapi tahun ni tak boleh ke mana-mana, diam2 je la dekat rumah. 

umi ada masak rendang dengan pulut kuning dan sate. makan tu je la. tak kemana. nak ambil gambar pun puas jerit nak amik gamba tapi yang ada tak cukup ahli. bergamba dengan yang mana ada. 

kalau banding tahun lepas, lagi meriah sebab boleh ziarah lagi. boleh rentas daerah. tapi tahun ni memang kene duduk rumah.

SOP solat raya pun menyusahkan sebab ayah dengan tok abah pegi solat dekat surau. kononnya 4 orang je sekali penuh surau tak tahu dari mana. ni kalau ada yang baca, boleh kene report ni. dan kami yang dekat rumah ni tak da imam nak solat raya. bengang jugak la. solat dekat masjid pun ada limit. memang rasa menyusahkan. nasib baik kami ada imam muda. 

kalau tak, tak feel raya la. bagi aku, raya dah lengkap kalau dapat solat sunat raya dengan dengar khutbah raya. sebab itu yang digalakkan. setakat ni tak pernah miss solat sunat raya. jarang kene tak boleh solat raya. 

duit raya, aku dapat dari 3 bos. orang lain 2 bos je. sebab aku ni special kes. aku sorang je department bahagian architecture. macam ni la. dan untuk aku bagi duit raya tahun pun tak dapat. sebab gaji pun ciput je. dan baru je kerja. nak simpan untuk raya pun tak sempat. aidiladha pun mcm tak harapan juga. sebab sebahagian untuk lembu pun dah cecah dekat rm800. mahaiii...kene simpan tahun depan la dari awal tahun kalau nk buat korban. 

oh, tahun ni berlima beradik lagi la. aku sorang perempuan. yang lain adik lelaki. sama macam tahun lepas. tetapi tak ada gambar tahun ni. bervc je la dengan adik beradik lain. aku tak join mana. ali yang layan. aku pun mcm tak da mood nk bervc sebenarnya. 

itu je la...cerita aidilfitri tahun ni. hari raya ketiga baru nak update. lupa. sebab seronok dapat bercuti lama. hihi. masa tulis ni rasa macam tak da benda nak buat. padahal banyak je benda nak buat. nak baca novel. nak buat 3d. nak tulis cerita satu bab. 

oh, lagi rare, aku dah start puasa 6 syawal. hari ni hari kedua. sebab tak boleh ke mana-mana. puasa je la. sebab aku asingkan puasa sunat 6 syawal dengan puasa ganti. jadi banyak hari la aku kene puasa. bukan apa, ada la sebab aku rajin nak puasa. kalau ganti sekali harung dengan puasa sunat 6 syawal nanti lepas ni mcm malas nak puasa. walaupuna puasa sunat yang biasa. 

ok la, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.  

Saturday, May 08, 2021

Hari-hari Terakhir Ramadan

 Awal ramadan, azam nak selalu update blog. tapi angan je la. 

balik kerja pun, dia punya penat tak payah cerita. sebab tak da break. jadi penat berganda bulan puasa ni. ada hari balik kerja singgah mall. cari bahan nak masak. ada hari beli lauk berbuka. nak fokus lagi tadarus jadi, rancangan update terbengkalai. 

malam pula, terawih dekat rumah. awal puasa, satu hari je pegi surau. tapi kesian dan bagi laluan pada yang kene buat terawih dekat surau. aku dan famili boleh buat dekat rumah je. ada imam tua dan imam muda. kelebihan buat dekat rumah ni ada masa la nak rehat. nak lewat atau awal suka hati. 

lepas terawih pula, tadarus merentas negeri pula dengan adik beradik yang jauh. awal tu ada off juga, dah masuk 10 malam kedua tu pulun sikit la. dan hari-hari on. dan malam-malam tu pula, dh habis berbual sekejap. 

jadi waktu tidur tu tak konsisten. ada awal ada lambat. 

dan sahur pula, kene bangun juga. sebab nak masak. aku punya part masak western je. roti telur atau burger. makan burger sahur ni mmg mengenyangkan. tahan la sampai tengah hari. tambah minum susu. kalau makan cereal perut aku dah tak tahan. huhu. makan burger ni, burger daging. daging memang lama sikit nak hadam. 

bila cerita pada orang aku sahur makan burger, depa ingat aku makan full set. padahal daging burger dengan cheese je. tak da sos dan tak da sayur. hi-hi. 

10 terakhir ramadan pula, lagi kene bangun awal sebab nak cuba qiyam. tapi susah sikit la nk bangun. kene potong waktu sahur. tak da apa yang menarik ramadan kali ini. 

cuma ramadan tahun ni, Kelantan PKP. jadi, terawih kemudian tak boleh buat dekat surau dan masjid la. kalau ada pun ahli ajk dan hanya masjid jajahan je terhad pada kapasiti masjid. dan kes pula hari-hari makin meningkat. 

jadi Raya pun tak boleh rentas daerah. banding tahun lepas, boleh rentas daerah sekarang dah tak boleh. beza sangat. memang raya dekat rumah je la. 


Saturday, April 17, 2021

Syukur Ramadhan

 Ramadhan tahun ni, sama je dengan tahun lepas. PKP. cuma aku je la yang beruntung dapat balik dan duduk rumah. awal tahun hari tu, nak minta kerja luar kelantan PKP. mcm nk dpt kerja luar tu susah. so, cuba-cuba di kelantan juga. rezeki aku dapat kerja kelantan sekali lagi. 

adik beradik aku yang lain tak boleh nak balik sebab kelantan PKP. sebelum PKPB pun tak boleh rentas negeri. Rasanya situasi sekarang tegang juga la, sebab ada ura-ura kata tak boleh rentas negeri. Dan ada varian baru pula. 

hah, cerita pasal vaksin pula, berita cakap Kelantan negeri yang tercorot daftar vaksin. aku, awal-awal tak daftar sebab tahu ramai yang akan daftar. tapi sebab peratus rendah, awal bulan april aku daftar la. tanda sokongan tapi bila temujanji sampai sekarang tak proses lagi. huuuuu....

berbalik pula isu atas tu, jadi adik beradik macam stress dan emo la. diorang tak balik pun kampung tapi masih ada kata sebab kluster perantau. entah la. manusia memang tak boleh duduk diam. itu je aku cakap. dalam rumah ni pun ada. kalau aku memang duduk rumah je la. tapi duduk rumah tak keluar pun boleh stress juga. aku paham. 

tapi entah la. kes tak turun-turun. kira aku senyap je la tak boleh cakap apa. sebab duduk rumah. dengan umi ayah. ada adik-adik laki. kerja dekat kelantan. semua tu nikmat yang perlu aku syukur sangat. sangat -sangat. sebab aku tak kuat kalau duduk rumah macam tahun lepas. 

dan aku masih ingat kenangan tahun lepas yang warded dalam psikiatri tu. ia bukan kenangan pahit yang aku tak nak ingat. ia adalah sebahagian ikut perasaan aku yang tak boleh fikir dengan betul. aku perlu jalan penyelesaian tapi orang tak membantu. sekarang ni, aku jadi lebih kritikal. apa perlu aku buat kalau macam ni. kalau tak boleh apa cara lain aku perlu fikir. keadaan sekarang ni memang kene fikir kebarangkalian perkara buruk akan terjadi. 

aku duduk rumah, aku rasa bahagia. walaupun gaji rendah. sebab balik kerja boleh tengok umi ayah. makan sama-sama. gaduh dan luang masa dengan mereka. aku rasa hidup aku complete. aku tak nak fikir untuk beli kereta baru atau beli rumah. sebab aku tak perlu semua tu. dan aku sekarang bebas hutang yang banyak. ada hutang dengan ayah dan cik bah tak habis bayar. sebab gaji pun ciput. 

dudk rumah ni, aku banyak bersyukur. tak banyak nak komplen. kalau umi masak yang aku tak suka. aku makan je. makan sikit. aku belajar untuk tak pilih makanan. terima semua. dan cuba juga masakan baru. alhamdulillah dapat adik adik yang jenis makan semua. ok la. walaupun masak tak sedap. haha. kurang ada orang makan. hehe. kira R&D la. 

banyak benda yang patut aku syukur tapi aku tak ingat untuk tulis dalam ni. semua dah lupa. ha-ha. beberapa point atas pun dah cukup dan capai la maksud aku. 

dan aku tak tahu masa depan aku nak kerja di kelantan atau cari lagi peluang luar kelantan. entah. sebab COVID-19 aku rasa patut duduk rumah dulu. sebab aku tak kuat. itu je. aku dah jadi manja. padahal 3 tahun oversea boleh je. entah. 

Friday, April 16, 2021

Ramadhan 2021

 sebenarnya nak update dari satu ramadhan lagi. nak ucap ramadhan kareem. walaupun balik kerja pukul 4 tapi penat dia lain macam. balik-balik tolong umi masak. berbuka. solat maghrib. tilawah. tarawih. tilawah lagi. tidur. 

itu la rutin untuk 3 hari ramadhan. Hari ni jumaat, cuti. tak boleh tahan mengantuk. habis setengah juzu lepas subuh tadi terus tidur. sampai pkul 10. baru rasa segar. solat dhuha. sambung lagi habiskan satu juzu' pula. 

awal-awal puasa tu, mcm tak puas hati dengan ofis sebab kene masuk pukul 8. ye la, bukan apa nak elak dari jem dan nak kejar waktu dhuha. boleh je dhuha dekat ofis tapi sebab dah biasa buat dekat rumah. kalau buat ofis nnt ore pelik pula. malas nak explain. tapi setakat 3 hari puasa, ni ok. boleh buat dhuha dekat rumah. masuk kerja pun boleh masuk pukul 8, so tak ada hal la. balik pun sampai rumah 4.30 ok la. 

tapi next week, pkp. mesti lain pula masanya. sebab ada polis. tengok lah macam mana nanti. harap tak lambat masuk. cuba maintain cara waktu minggu ni dulu. kalau tak terpaksa la ubah. 

untuk ramadhan tahun ni, group usrah ada projek buat tazkirah ramadhan. siapa sangka aku orang first yang siap buat. aku bukan apa, sebab aku jenis kene fokus. tak boleh buat sikit-sikit. nanti teringat. dan tak fokus nk buat benda lain. 

weekend lepas la, spend masa belajar tutorial dekat youtube. dan aku pakai power point. orang lain semua pakai app dan web yang sesuai untuk buat video. kira aku punya la pakai yg paling basic. kira aku punya effort lebih banding dengan orang lain. tapi orang lain punya video aku rasa lagi lawa dari aku. dan aku rasa ada skill baru yang aku ada untuk tahun ini. 

kalau tahun lepas buat photobook, tahun ni belajar buat video pakai power point. dan aku juga belajar pakai canva. macam addicted pula nak buat video. nnt la. nk buat video untuk HUD. hehe. saja sambil improvise skill. dan boleh explore benda baru. 

nnt sambung cerita pasal buat video ni. 

pasal bulan ramadhan ni, aku selalu anggap setiap tahun ramadhan adalah ramadhan pertama kali. macma aku cakap awal tadi, walaupun duduk rumah sama macam tahun lepas tapi feel dia tak sama. pengurusan masa juga berbeza. walaupun ahli rumah juga sama. kalau tahun lepas, istiqamah solat maghrib dan isya jemaah dan boleh tarawih. tapi tahun ni, tak pergi masjid sebab bagi peluang dulu pada yang biasa buat tarawih dekat masjid. sedang aku boleh je buat dekat rumah. 

so, ada sikit perbezaan dekat situ. tahun pula, aku kerja dekat kelantan. masa tu berbeza. balik kerja nak rehat, kalau tahun lepas, lepas asar terus masuk dapur. masak dekat dua jam. tahun lain. ada masa renggang tapi nak buat banyak benda. 

mcm nak update blog hari-hari tak sempat. gitu la. 

melalut dh pula tulis. sambung lagi nanti. 

Monday, April 05, 2021

Unrequited Love

tak boleh move on dengan drama cina unrequited love. drama pasal crush. suka dengan crush bertahun-tahun. tapi ending dia ok la. happy ending cuma macam tak worth. tergantung. cuba juga pujuk diri, better macam tu. setengah drama ending sedih. 

tak boleh move on. entah. teringat zaman sekolah. dan suka cara dia interpret pasal crush. kalau crush kita suka kita balik mmg rasa syurga dunia la. terbang di awang tapi in reality dah tak da crush. hidup ni asyik kerja je. kerja dalam ofis mmg tak jumpa orang. Tak tahu nak cari jodoh dekat mana. 

aku suka cerita ni sebab heroin ni matang. walaupun dia mmg crush dengan lelaki tu. dia tak ada pun amik action yang over. cuma bila dah masuk uni dan tahu crush dia tak break up. dia amik inisiatif la nak kawan. kalau dapat kawan pun dah rasa macam tak percaya. betul ke. 

dia simpan perasaan dia. tapi orang lain tahu sebab baca diari dia. aku boleh faham, kita simpan dalam-dalam perasaan tu. pastu bila orang tahu orang akan ejek dan perlekehkan perasaan kita suka pada orang. tapi drama ni level dia lain sikit, orang-orang yang tahu perasaan heroin ni pegi bagitau hero cakap heroin ada motif nak rapat dengan hero. 

yang penting aku belajar dalam drama ni, kalau komunikasi kene transparent. jangan ada sangka-sangka. cerita ni pasal salahfaham ni, sebab dengar dari mulut orang lain bukan dari tuan badan. dan satu lagi, kene percaya. percaya pada orang yang kita sayang. 

ending dia, aku faham kenapa dia buat mcm tu. kalau baca review, ramai yang cakap version ni tak best. tapi aku suka dan aku tak tengok versi awal. aku tak nak compare. sebab aku dah jatuh cinta dengan heroin. version lama tu aku tak tengok sebab heroin dia macam tak menarik. orang kata draggin la. aku tak peduli sebab hero dengan heroin antara orang bijak, kira orang bijak bercinta ni lain sikit dengan orang biasa. ada berdebat la. cakap kene fakta la. kurang-kurang aku tambah ilmu. 

aku dah lama tak ulang tengok drama. rasa drama ni je buat aku nak ulang dua tiga kali. memang aku tak boleh move on. aku ada baca katanya ada movie. kalau ada movie aku akan tengok. sebab nk tgk cara diorg pendekkan drama tu ke movie. 

aku tak tahu sama ada aku tak nak move on atau aku rasa tak boleh move on. aku nak bermimpi dengan drama ni untuk tempoh yang lebih lama. 

ok, harap-harap tak ulang entri pasal drama ni la... ha-ha. 

Friday, April 02, 2021

Gembira April

 Awal April rasa mood gembira. Sesuai dengan spring dah mula. 

Bulan tiga hari tu, sibuk dengan kerja. nak update blog pun tak ingat. sesi belajar mandarin pun terbengkalai. aktiviti sukan pun dah tak penuh macam sebelum ni. ada 3 hari seminggu ada seminggu sekali. perubahan rutin ni, aku tak berapa suka tapi terpaksa ikut flow. 

hari-hari hadap jem. sebelum ni ikut balik jalan sama je. aku cari jalan yang cepat sampai rumah. tapi minggu lepas susah nak sampai awal sebab cuti sekolah. jadi orang keluar tak ikut masa. masa balik kerja tu la dia nak balik juga. tu yang jem. 

masa pkpb hari tu, ok lagi walaupun ada polis. dia tak jem teruk pun. cuma slow je. habis pkpb ni, jem terus sampai ke jambatan. terpaksa amik jalan pendek, masuk ikut jalan kampung. 3- 4 min dah sampai. kalau ikut jalan biasa mahu sejam lagi sampai. 

macam aku cerita dalam entri lepas, solat zohor je aku solat dekat ofis. sebab ofis ramai staf dan budak praktikal. aku tak suka nak bergilir-gilir. lepas isu tak ada air tu aku lagi la malas nak solat dekat ofis. trauma jugak la. 

waktu zohor pun, kalau tak keluar makan, aku solat awal-awal. azan je terus solat. sebab nk beratur tu yang penat. ada yang sampai dah terlepas waktu. aku malas nak kesian sebab itu antara dia dengan tuhan. kalau yang betul jaga solat, dia akan disiplinkan diri. 

masa dekat newcastle dulu pun aku pernah tertinggal waktu solat sebab lengah-lengah macam tu. bukan apa sebab nak tunggu sorang-sorang solat tu. library ada tempat solat tapi terhad la. walaupun luas tapi kalau ada lelaki sorang takkan kau nak solat dengan dia dalam bilik tu. itu la isunya, jadi aku lesson learn la. aku akan solat selepas beberapa minit masuk waktu. sebab kalau solat waktu ada yang dah beratur sebab nak kejar kelas. masa ada kelas pun, aku akan cari waktu break dan pegi solat. 

final year aku tak solat sangat, sebab dekat studio aku ada ruang aku sendiri jadi aku solat dekat situ je la. dan minta izin dengan studiomate yang lain. rasa freedom sikit. kira aku boleh solat suka hati aku sebab dah ada tempat sendiri.

dulu ada ajar boleh solat tempat tersembunyi tapi sebab library dah ada buat tempatnya jadi, kalau boleh jangan solat sebarang tempat takut kene dengan islamophobia. cerita islamophobia tu lain kali. bila aku dah ingat. 

jadi, kalau boleh aku akan recommend kalau sapa-sapa nak sambung belajar. universiti newcastle ni muslim-friendly. tiap-tiap tahun ada berbuka puasa. ada peruntukan. walaupun tak aktif tapi aku seronok boleh join aktiviti macam tu. persatuan malaysia pun buat juga. masa tu je la kau nak kenal muslim dan melayu. 

banyak pula benda aku cerita entri ni. 

dua minggu lepas aku jiwa kacau sikit. tapi aku dah manage. cuma aku tak berapa yakin nak tulis dekat sini. aku resolve dengan cara lain dan medium lain. 

oh cerita gembira april ni adalah bestnya bau kereta baru. tahun lepas dah bau kereta baru. tahun ni bau lagi. dan aku tak tahu bila nak ada kereta baru. semoga ada rezeki yang baik di masa akan datang. amiiinn.