Monday, January 18, 2021

Me in Past 10

 dua minggu tahun 2021 ni, lepas tiba-tiba terbuka blog ni balik. 

buat marathon baca entri blog yg dari tahun 2009. mula-mula dengan spent masa dengan adik-adik, lelaki terutamanya. tak tahu la asyik sangat share story pasal adik lelaki. well, tak ada abang. ada kakak je. jadi, ada adik lelaki ni lain sikit. sebab jaga mereka dari kecik. bila dah membesar perasan sendiri la adik lelaki ni semua kacak. ha-ha. 

dan sekarang pula ada anak sedara pun lelaki. memang disekelilingi lelaki je. am a proudest sister to whatever my brothers achieved. bukan umi ayah je. sebab adik beradik kami tak da la pandai. so bila tengok achievement adik dapat lebih baik dari kakak dia mesti la bangga. kita pun tak mampu nak capai. bila adik-adik yang achieve mesti la tumpang gembira. tak jeles pun. more support and encourage them whatever they do. umi ayah ada juga halang tapi seiring dengan masa, inshaALLAh they will approve. 

itu pasal adik-adik lelaki. adik perempuan tu tak yah cerita. zaman muda dulu suka gaduh. semua benda nak gaduh. tapi kalau bab movie, drama, novel satu kepala. semua baca. tak kira sapa beli. tapi tu la. kalau buku berebut jgak la. sebab nak tunggu habis baca berzaman. kita dah la ada kerja nk buat. semester kita pun tak sama kalau nk tunggu balik baca. gitu la. 

then masa degree tu, aku rasa seorang yg paranoid dan takut untuk buat sesuatu. mungkin suasana yg sangat lain. duk uni swasta pastu rakan sekelas ramai cina. mmg boleh culture shock jugak la. dh la kita je pakai tudung labuh. macam ustazah. mmg tak pandai kawan langsung. dan masa degree ni la, aku hilang kawan. kene kawan dengan lelaki. lelaki melayu sombong. selalu je aim aku. tapi tak pe la. dh habis belajar aku pilih jalan aku sendiri. dan masa degree ni jgak la dah sewa rumah. sewa rumah pula dengan budak lain course. jenis yg skema belajar 24 jam. mmg stress tengok. tak da masa pun aku nak berbual. mmg selalu rasa sunyi dan lonely la. pastu aku jenis tak pandai cakap. ada sekali tertulis surat cinta pastu ada yang terasa. masa tu la aku banyak sakitkan hati. ye, tanpa sedar. masa tu juga rasa semua aku buat aku rasa salah. aku guilty. dan buat aku sedih waktu. kita dh la tak da kawan dgn kawan serumah pun mcm aku yg cari pasaal. 

bila masuk kerja la aku belajar how to communicate well. dapat bos yg baik. mmg tegur kalau kita ada buar salah. dan kalau ada apa-apa terus tanya bos. mmg aku benda yang aku hargai sangat kerja dekat situ adalah komunikasi. bukan setakat yang face to face tapi yang email. deal dengan client. banyak sangat belajar dalam tempoh setahun tiga bulan dekat situ. dan supportive bos. 

kemudian sambung master, aku mula-mula mmg pemalu jugak. entah macam mana aku take first step untuk kawan dengan diorang dan terus close. semua masalah aku diorang tahu. tahun pertama memang aku sorang-sorang jugak tapi masuk tahun kedua, aku duduk studio. lepak-lepak, selalu bertegur dengan hanya hi, lama-lama aku jadi berani duduk berbual tanya pasal projek. dan seterusnya.  lagi sekali, aku gain knowledge dan jadi sedikit terbuka bila nak berkawan. cuma kalau dengan geng usrah aku masih lagi allergic. the pain or the scar still there. 

aku rasa aku masa degree dengan aku masa master pun dah lain. aku dah grow and grown up. aku tahu salah aku tak kawan dah kawan-kawan sekolah tapi aku kene move on. aku nk bahagia. aku berhak pilih jalan bahagia aku. mungkin 10 tahun nanti, aku dan mereka dh move on dan masih berkawan. yg itu biarlah masa yg tentukan. 

dan last dua tahun jobless. dua tahun di johor. aku memang jadi orang yang berbeza dan baru. aku dulu takut nak berubah sekarang aku mcm tak peduli. go for it. takut is okay but just walk. just do it. dan aku discover yg mcm aku suka je travel tapi sebab tak da orang ajak or support, so aku stuck dgn comfort life aku. dan aku suka je berkawan tapi sebab aku pemalu. aku tak kawan la dengan orang. dan bila yg encourage dan layan kau berbual, aku jadi confident. masak sedap-sedap bagi mereka makan. aku lebih banyak membesar luar dari context usrah. 

dan pasti aku lebih gembira. sedih tu ada but aku belajar untuk sedih lama-lama. don't go to that sad life anymore. i can be happy in my own way. dan aku sekarang dah tak tengok sangat cerita sedih sbb tak nak terjebak dalam emosi sedih yg panjang. 

dua tahun jobless dulu aku lost apa aku nak. sekarang pun masih tapi aku ada beberapa senarai yang aku nak capai. 

cerita course pre-marriage tu kita tangguh dulu. sorri, bukan entri kali ini. esok-esok ada lagi. 

Sunday, January 17, 2021

minggu dua 2021

 seminggu dah tak update blog. malam-malam ingat dan sedar "hari ni tak update blog". 

kemudian "tak tahu nk update apa"

pertama sibuk nak kerja deadline mintak kerja 15 Jan 2021 tarikh akhir. Sebab dia mintak hantar sekali dengan potfolio jadi kene la update portfolio. masa tu jgak masa tengah cari file poject hilang. hilang ke mana aku tak tahu. atau aku dah lupa aku ada transfer. sungguh-sungguh aku tak ingat. bila aku ingat balik, pendrive aku mmg tak ada buka lagi. atau mmg ada. entah. memori sekecil itu aku lupa dan otak aku pun tak da save. jadi pasrah la. 

terpaksa susahkan kawan ofis suruh hantar semula file. nasib baik ingat no project dan nama file yg nak. walaupun tak complete sbb file tu pun dah separate kesian pula kalau aku minta banyak kali. asal ada pun dah ok. sebab nk tunjuk dalam portfolio bukan semua. 

itu cerita projek yg aku nk update dalam portfolio. pastu kene buat tambah 3d image. kalau buat pelan macam tu takut orang yg tgk resume aku reject terus. bila buat 3d aku pakai lumion sambil berjinak-jinak nk belajar lebih pandai. 3 hari juga la untuk 3 jenis rumah aku buat. nasib baik sebelum tu aku dh buat. jadi 3 hari mmg ngam2 la. lumion pun aku dah pernah go through sebelum ni. dia punya short cut lain dari skecthup itu yg amik masa sebenarnya. dgn benda2 lain tu ok la. mmg senang pakai lumion. tapi kalau nk suruh render swimming pool, boleh tapi aku kene belajar supaya reflection ketika render lagi lawa. 

dan sekarag ni pun aku challenge diri aku untuk buat 3 rumah lagi sebagai untuk aku praktis biar lagi lawa dan improve skill. 

dah settle 3d aku kene update potfolio. susunatur balik gambar dgn ayat-ayat yg sesuai. dah tambah dua projek. kalau tanya aku, aku tak da keyakinan. tapi ada satu kata-kata bagi inspirasi untuk aku walaupun buat keje last minute, buat lah sehabis sehingga minit akhir. jadi, selagi ada masa buat. rezeki kerja ni tak tahu mana lekat. jadi, aku berusaha dan bertawakal. 

portfolio dah settle. resume pula. resume yg aku nk buat mcm tak jadi. kelam kabut jgak la. terpaksa guna resume yg lama. cuma tambah kurang apa yang terkini dan apa yang sesuai. dan ada kerja aku nak minta atas permintaan adinda ku. 

jadi, untuk minggu depan aku nk buat kerja 3d dgn hantar email untuk kerja-kerja lain. 

dan 5 hari lepas aku ada join pre-marriage course. nnt next entri aku share story. course yang menarik. 

jadi, sekarang aku dh ada tajuk untuk entri seterusnya. dan PKP pula. jadi, aku sedikit stress. 

Friday, January 08, 2021

bahasa mandarin dan 3d

 tahun 2018 aku balik malaysia. aku hilang arah. nak cari kerja tapi tak nak duduk kl. sambil mencari tempat kerja yang sesuai. aku sempat masuk kelas mandarin. untuk komunikasi. bila kerja johor, aku masuk kelas ikut level. HSK. kalau bahasa inggeris tu IELTS. aku sekarang level 2. dah tahu hampir 300 perkataan. tapi aku tak pernah praktis cakap. entah. 

jadi untuk 2021 ni aku bercadang nk fasih cakap mandarin. sebab tu aku lebih banyak tengok drama cina. sekarang aku cuba ikut cakap dan tangkap ayat-ayat yang senang. dan untuk 2021 aku cuba pastikan aku belajar mandarin setiap hari walaupun tak cakap. 

apps pun banyak aku download untuk membantu aku cakap bahasa mandarin. ada beberapa karakter atau pinyin aku dah hafal dan tau perkataannya. tapi tu la bahasa cina ni, kalau tinggal sekali mmg boleh lupa pin yin dia tu. sbb dia ada tone. jadi hari-hari kene guna. kalau guna apps ada macam aku boleh belajar. samaada praktis listening. praktis sebut. praktis kenal pinyin. 

masa kelas mandarin yg awal-awal dulu, cikgu ada kenalka apps yg boleh cakap dgn berkawan yg dgn orang nk belajar bahasa juga. best main apps tu. tapi kalau ramai sgt kawan tak terkawal juga. so, sekarang aku kurang aktif guna apps. rasa nk mula balik untuk 2021 ni. aku tekad nak konsisten. 

dan tahun lepas pula, aku beli buku mandarin level tadika dan kamus. membantu juga sebab dia ada tunjuk pinyin. cuma tu la. topik dia senang dan pendek la. kene praktis je. 

banyak lagi aku nk cerita tapi aku tak ingat masa tulis ni. mungkin lain kali aku cerita lagi. 

dan satu lagi, aku dalam proses nk belajar. tahun lepas ada tengok sikit. pastu dah balik keje johor aku dah tak praktis benda tu hari-hari. kalau buat hari-hari aku akan jadi pro jgak la. itu la kalau malas. padahal keje masa tu 3 hari je. tapi aku buang buat benda lain. tgk drama. kemas bilik. buat benda lain. 

sketchup aku dah berkarat. dan lumion aku tak pernah guna jadi aku tak tahu mcm mana. kawan aku kata senang je. mmg senang tapi aku kene belajar setting. dan short cut dia pun lain. sebab aku selalu guna cad jadi pelik sikit la. kalau photoshop aku pun dah tahu shortcut dia. cuma tak pantas. sketchup pun sama. tapi lumion ni sbb tak biasa dia kekok sikit. orang kata awkward. 

dan untuk aku mula balik guna lumion tu, aku jadi berat. sbb aku rasa mcm leceh. padahal senang je. itu la...mungkin aku tak selesa ataun entah tak tahu nk cakap apa. rasa mcm banyak kerja kot. harap-harap dipermudahkan. 

p/s : hari ni aku tak ada topik. tapi tiba-tiba datang idea ni. skill yg paling aku bangga. dan aku rasa aku boleh cabar diri aku untuk cuba benda baru. 


Thursday, January 07, 2021

cerita terkini

 bulan 11 hari tu aku bagi notis berhenti kerja untuk sebulan. dengan tekad. walaupun tak dapat mana-mana offer. aku malas nk fikir. kerja untuk aku pun tak banyak. dan aku pun malas nk buat projek baru. sebelum berhenti pun aku ada kene buat drawing untuk projek baru tapi pakai pelan lantai yang fasa sebelum nya. sebelum buat aku dah tengok ada drawing tu ada masalah. aku dah bagitau tapi mereka cakap tak apa. 

aku pun buat je la. cuma aku dah ingatkan awal-awal. lepas aku berhenti, orang yang bertanggungjawab mula complain. drawing tu mmg banyak silap. boleh dikatakan 90%. aku dah cek nama orang yang lukis. aku tak kenal pun tapi memang sakit kepala. super visor dia pun dulu tak cek betul-betul drawing tu. jadi, untuk update atau ammend mmg sakit kepala. aku yang dengar pasal drawing pun boleh sakit kepala. yang tukang buat pun lagi la. 

aku harap mereka tahu kenapa aku selalu macam lambat-lambatkan buat kerja tu. sebab aku penat hadap drawing yg dah siap tapi aku kena ammend. dari garis lurus sampai ke spek. nak warna lagi. dah la kene jimat kertas. bila salah satu, kene print lagi..itu yang bermasalah. 

dan untuk dua tahun kerja dekat situ, dan sudah berulang kali aku sebut. aku tak dapat apa-apa faedah. atau kebaikan. aku hanya duduk dekat pejabat. aku dapat keluar bila teman sekerja dapat projek lain dan aku tolong dia. takkan semata-mata aku tak ada kereta aku tak diberi peluang atau aku ni untrustable. entah, kecewa la juga. 

dan untuk aku cari kerja baru, sungguh aku sangat down. down yang aku tak tahu apa lagi yang aku boleh tawarkan pada tempat kerja baru. walaupun aku nak sambung dan amik exam part III. rasa macam susah. aku jadi takut. entah, rasa mcam tebal muka sahaja. 

tapi hari ni aku ada progress. aku dah update resume aku tapi yang ringkas sahaja. malas aku nk buat panjang. nnt esok aku update lagi. 

sekarang ni kene cari lagi kerja kosong. semoga baik-baik aja, amiin 

Wednesday, January 06, 2021

Untuk 2021

untuk tahun 2021. aku ada pelan. ada aim nak capai. orang kata tak payah nk tunggu 2021 pun nak buat semua tu. ye betul. tapi kalau nk start habit baru kene la start awal dan amalkan untuk 40 hari nnt jadi lekat la. 

aku sebenarnya nk share je dekat status whatsApp tapi aku rasa macam over pula. macam nk menunjuk pula. entah. atau aku sebenarnya nak cari perhatian orang. entah. 

untuk 2021 ni,

pertama aku kene cari kerja yg boleh buat aku stay lebih kurang dua tahun untuk aku masukkan dalam log book aku. sebab lepas dua tahun aku nak daftar untuk exam part III. dan untuk daftar exam, aku kene join kelas dulu. untuk persediaan. untuk tahu soalan apa yang ditanya. soalan mana yang boleh aku aim dan kenal jenis soalan. sebab ada banyak buku yg aku kene study walaupun ia open book. dan kalau boleh aku nk lulus sekali amik je. ini cita-cita besar aku. 

kedua ada beberapa perkara yang aku nk improve. 

1. hafal balik surah juz amma. mungkin 3-5 surah. sekarang aku duk hafal surah ikut silibus liqa usrah je. dan tahun lepas, aku ulang hafal surah al-adiyat. aku tak rasa kelakar tapi aku macam kagum dengan diri sendiri. dan aku jumpa cara untuk kekalkan hafalan aku tu. aku jadi semangat nk hafal surah-surah lain. 

2. nak bangun qiyam seminggu sekali. aku ada cuba buat tapi aku tak boleh kekalkan momentum seminggu sekali tu. mungkin dua minggu sekali. waktu tu aku kerja 3 hari, jadi boleh la buat waktu hujung minggu. kalau kerja 5 hari nnt, aku rasa aku kene cari motivasi lain. aku perlu susun masa aku untuk bangun qiyam.

3. nak konsisten belajar mandarin. aku ada muat turun beberapa app dan ada beli buku untuk belajar mandarin. tapi untuk bercakap aku masih belum mampu. faham beberapa perkataan tu ok la. sebab tu aku asyik layan drama cina. nak belajar mandarin. tapi aku masih cari strategi yg tepat untuk aku. 

4. aku nak rajin baca buku. aku target untuk baca 12 buku. kira sebulan sekali satu buku. takkira buku apa pun. last aku baca enjoy your life, aku habiskan dalam tempoh 3 bulan sebab satu chapter satu hari. aku dah mula baca buku baru tapi tak konsisten. 

5. aku nak bersenam sebab nk sihat. kurus pun ya. tapi untuk kekalkan mood aku dari terus down dan aku nak cuba untuk tidak bergantung pada ubat. sekarang ni dah ok. cuma kalau boleh aku nk improve tidur aku. aku nak quality sleeep. sebab sekarang ni aku masih tidur lepas subuh. padahal dua tahun lepas aku boleh tak tidur lepas subuh. jarang sekali kalau nk tidur lepas subuh tu. jadi, aku yakin dan tahu aku boleh. cuma kurang motivas dan aku penat sbb kadang-kadang aku mimpi pelik. 

6. aku belajar benda baru. benda aku belum pasti. tapi aku nak tambah skill. may be camping. atau buat sukan lasak. atau pergi bercuti dalam malaysia. sebab tak boleh travel luar negara. Covid-19 tak habis lagi. 

7. last, aku nk kurangkan membeli pakaian. aku aim nk jadi minimalis. semua tudung, baju aku dah cukup. cukup buat masa sekarang. sbb luggage aku dari yg saiz kecik dan besar tu tak muat dah pakaian. jadi, kalau boleh aku nk pakaian aku muat 3 luggage ni je. aku rasa tak perlu banyak-banyak. masa duk oversea dulu aku boleh je ulang pakai baju sama sebab aku tak pegi mana-mana. tak da event sgt nk pegi. kalau malaysia ni banyak majlis. kenduri la. nk bercuti la. keje pun pakai baju lain. sbb tu la asyik bertambah baju baru. waktu nk seragam kalau boleh. tak kisah la kerja ke kenduri ke. sama je. aku nk tolak pun tak boleh. 

rasa nya ini je la list aku. panjang pula penjelasan aku. hi-hi. 

Tuesday, January 05, 2021

Mengimbau kenangan lalu

 dua tiga hari ni, mengenang kehidupan 10 tahun lepas dalam blog ni.

aku beritahu momo, kehidupan aku yang 10 tahun lepas sangat sedih. 

sedih dan stress. dengan projek. dan seseorang. kini dia menghilang. entah. aku tak tahu di mana. aku harap-harap dia baik sahaja. aku tak berharap untuk bertemu dia. biarlah dia dengan kehidupan dia. 

aku rasa macam teruk juga aku ni 10 tahun lepas. tak pandai berkawan. sendiri. kesunyian. tapi nasib aku ni pandai mengikut keadaan. kalau ada yang ajak makan atau keluar, aku layan je. sekurang-kurangnya tak da lah teruk sangat kehidupan universiti aku. 

dan paling jelas, aku gembira sekali bila balik rumah. tahun 2020, aku baru sedar, aku dh habiskan degree banyak tahun dah. dan aku pun dah dapat master. 

dan ada juga entri-entri yang macam budak-budak. entah. lawak juga. 

dan untuk 2021 ni, aku masih belum ke tujuan asal. to-do-list yang berderet masih tak terbuat. mungkin sebab orang ramai dekat rumah. cuaca pun masih lagi hujan. 

aku consistent update dari 2010 sehingga 2013. tahun seterusnya kurang sebab kerja dan sambung master. lupa nk masukkan list update blog selalu. padahal masa buat master banyak juga masa aku. tengok drama. tapi dugaan selepas 2015 ni lain. aku jadi dewasa. kenal perasaan sendiri. cari hala tuju hidup yang hilang.  

mungkin aku patut tulis kenangan itu bila aku ingat. 

dan untuk tahun ni, aku niat nak konsisten update blog. walaupun bukan hari-hari. cukup la untuk aku membebel topik muncul dalam minda. seperti hari ni. dan aku pun belum bersedia untuk tulis tentang 2021 dan perancangan aku. 

awal januari ni memang la aku selalu update sebab ada masa lagi. lepas ni tak tahu la. lain la kalau aku buat habit hari-hari update selama 40 hari mungkin aku consisten. 

lagi pun akaun plurk aku dah aktif sejak bln 6 tahun 2020. jadi, aku rasa aku boleh. inshaALLAH. aku nak ingat balik perjalanan 2021 ni bagaimana. 

2020 pula dah tinggal kenangan. kalau nk baca kene tgk dekat plurk. atau nanti aku tulis balik nnt. 

seronok sebenarnya memori yg bercampur gembira dan sedih. ada entri aku tak ingat pasal sebab cakap berlapik banyak sgt. sebab masa tu  yg kenal masih baca blog aku. sekarang tak da la. jadi boleh buat random entri la. nampak sangat aku menjaga perasaan orang. bukan, aku tak nak terluka kerana kata-kata atau entri-entri aku sendiri. sakit juga bila orang tu attack kau direct. ye, ada yang terasa kita tulis pasal dia. 

lagipun sekarang aku tulis sebagai catatan secara rawak. tulis apa aku nak tulis. dan aku senang begini.  

Monday, January 04, 2021

Isu Utama Untuk Orang Bujang

 aku masih lagi belum ke topik utama untuk tahun 2021. 

sebab untuk dua tahun tanpa entri ni pun, masih orang tanya. Dah kahwin? 

tak. belum. aku masih bujang. masih belum temu jodoh. 

kalau cerita jodoh ni, entah aku tak tahu kenapa masih bujang. 

masa sambung belajar buat Sarjana, ada la juga risik-risik. tapi adik beradik cakap. demand. tak nak orang melayu. tapi tak ada rezeki. mana ada foreigner suka orang melayu. lagi-lagi muslim. tak da. jangan berangan. secara general. jadi. kalau bertemu jodoh selain bukan melayu kira rezeki dan jodoh dia la. 

pastu dah masuk kerja tak ada harapan pun sebab staff pun tak sampai 10 orang. yang ada pun dah kahwin. dan peluang temu jodoh 0.0001% sebab aku duduk ofis je. mana keluar. balik naik bas pun penumpang semua perempuan, atuk nenek dan kebanyakannya bukan melayu - kalau lelaki. 

lagi pun, ada pengalaman perit naik bas ni. cukup-cukup bau dia tu lekat sampai sekarang. allergic. 

lepas tu, cuba pakai dating apps. tapi malang. masih bukan jodoh. tambah kene scamm. cukup la. perit. aku tak mahu ingat. kalau nak tulis di sini pun tak mahu. cukup la orang tahu aku kene love scamm - ikut kata polis. cerita selebihnya biarlah aku simpan sendiri. aku pun dah ok. dah boleh move on. a life lesson. 

tipu lah kalau tak ada orang tanya bila nak kahwin. tapi aku tak da elak jumpa orang. sbb yg tanya sepupu kecik. tak terasa hati la. cuma mcm serabut sebab tanya masa kita tengah sibuk buat benda lain. adik lelaki pula bising bila nk jumpa jodoh. diorang risau nak kahwin tak lepas sbb ada kakak masih bujang. huhu. 

dan, aku pula. bila orang tanya nak tak orang ni. nakkenal yg ni tak. masalahnya bukan aku tak nak tapi cara tanya, cara approach topik mcm tak sesuai. tengah aku makan la. atau tiba-tiba buka topik padahal tadi cakap benda lain. tanya tiba-tiba takkan nak jawab nak. perkara ni perkara serius, kene pandai susun ayat buat muqaddimah. kalau tak tanya tengah minum, makan..boleh hilang selera makan. otak pun tak sempat nak fikir. 

dan untuk 2021, aku tidak meletak harapan tinggi sejak aku ada misi lain. nak amik exam part III. jadi, kalau jodoh datang, aku terima. kalau tak, aku teruskan capai cita-cita aku. no biggies. 

Sunday, January 03, 2021

Sebelum 2021 versi kawan

 itu cerita kerja. untuk pengalaman dua tahun. 

dua tahun sengaja putus hubungan dengan kawan. sebab aku tak nak mereka tahu aku murung. sebab lain yang aku nak salahkan mereka sebab tak tanya khabar tentang aku. macam budak-budak. sekarang dah sedar, hidup aku dengan hidup mereka tak sama. aku bukan penting untuk mereka. kalau mereka nk kata aku macam-macam aku tak peduli dah. 

aku sebelum ni pun, teringin nak kongsi dekat facebook tapi aku tak suka curi perhatian orang. aku pun tak nak mereka tahu dari facebook. kalau ada jemputan, pandai-pandai la mereka aku cari aku dimana. dan aku ada beri pada kawan aku seorang nombor baru aku tapi tak contact, so tak pe lah. 

dua tahun sebelum pun aku sedar, aku ada keluarga. walaupun kene perli dengan adik beradik aku tak kisah. sebab mereka tak tahu dan masih belum faham waktu itu kenapa aku tak nak jumpa kawan-kawan aku. sekarang ada adik beradik aku tak nak jumpa orang. kerana keadaan dan rasa tertekan. itulah aku waktu itu. 

dan sampai sekarang aku masih tak sedia nk jumpa mereka. dan kalau ternampak mana-mana kawan sebaya aku rasa nak hilangkan diri lagi. aku jadi anxiety. aku akan lari, pastinya kalau benar-benar berlaku. 

aku pujuk diri untuk move on. bukan lupakan tapi aku perlukan teruskan hidup. hidup yang aku pilih. untuk bahagia. untuk tenang. 

perkara ini masih lagi bermain-main dalam fikiran aku sehingga tahun lepas. hati meronta nak mereka tahu. tapi aku tak nak mereka simpati. biarlah apa yang mereka fikir. ada je yg bertemu dengan adik beradik aku tapi aku dah pesan jangan beritahu apa-apa tentang aku. hanya general. umum. tak perlu spesifik dimana aku. kalau ingin tahu, pandai cari jalan untuk hubungi aku. 

waktu whatsApp mula buat feature status, aku belajar. tidak ada seorang pun kawan aku view status. aku biar je la. lama-lama aku sedar, anggapan aku yang logik, mereka tak save pun nombor aku. jadi, bertambahlah terkilan aku. dah la jauh. ya. mungkin mereka sibuk. sepi dan sunyi aku ketika itu tiada yang tahu. 

dah aku buat keputusan untuk delete semua no. contact mereka. sebenanrya boleh je aku save dalam google contact in case aku hilang sim card atau telefon rosak. tapi aku pilih untuk delete. tanpa ada sisa. dan aku masih boleh contact mereka sebab aku ada buat nota-nota sms suatu ketika dulu. kalau mereka masih kekal pada nombor yang sama. ada banyak cara untuk aku hilangkan mereka dan ada banyak cara untuk cari mereka balik. tapi aku pilih jauh dari mereka. aku pun dah niat takkan pergi mana-mana reunion dan aku takkan jumpa mereka kalau bukan perkara penting. 

dan 2021, aku masih begitu. dalam facebook pun aku dah kurang update cerita aku dan keluarga aku. biarlah misteri. 

dan aku harap lepas ni aku dah tak fikir perkara ini lagi. sebab aku spill dekat sini. aku tak nak topik ni lalu dalam fikiran aku. aku dah buat keputusan. mungkin the next 10 year kot kalau aku nak jumpa. atau jemput mereka nnt majlis aku. sekurang-kurangnya aku masih ingat mereka dengan cara itu. sbb aku mmg tak da kawan jemput pun. dan mereka pernah rapat dengan aku. itu sahaja. 

bukan aku nk putus kawan tapi keadaan. dan aku rasa tak terikat apa-apa dgn mereka. hanya kawan. kawan sekolah. dan aku pun dh lama habis sekolah. kawan sekolah dgn kawan kerja pun tak sama. 

aku hanya ingin gembira. 

Saturday, January 02, 2021

Sebelum 2021

 sebelum cerita pada tahun baru. 


rasa nk imbau dua tahun sepi dari blog. 

2018 dapat kerja di johor. mula kerja bulan 11. hari jadi aku interview di sana. rezeki dapat kerja di sana. tapi dua tahun aku kerja tapi (dah banyak kali ulang pada semua orang) aku tengok balik apa yang aku dapat. aku tak dapat apa-apa. lepas tu, bila berhenti baru nk ckp aku ni dah tak perform. entah, rasa mcm ...kecewa juga la. kerja di situ tak dapat apa-apa. dah la semua kerja aku buat kerja orang yang tinggal. buat salah. pastu ingat aku ni, mcm malas atau buat cincai. bila dah kene batang sendiri baru tahu. 

orang mungkin ingat aku bagi alasan, tapi sebenarnya aku tak suka bila mata halus aku ni boleh nampak segala details yang orang lain tak nampak. sebab nnt kerja aku jadi perlahan la. sebab aku nk tengok banyak kali. cek betul. sebab bila dah print akan nampak. jadi, aku akan kecoh. aku akan mintak semak balik. sebab aku tahu ada yang silap. 

kemudian masuk tahun 2020 tahun yang mencabar tiba-tiba sahaja aku rasa dipermainkan. mengamuk pada orang yang salah walaupun itu silap dia. tapi aku jadi sasaran. daripada jadi lebih teruk, aku buat keputusan nak berhenti. tapi sebabkan covid-19, terpaksa tangguhkan hasrat sehinggalah bulan 11 hari tu. sebab yang tanya pun buat aku terpaksa buat keputusan sedangkan aku belum ada kata putus lagi. entah la. 

dan akhirnya, bulan 11 bulan terakhir aku bekerja. walaupun ada yang pujuk supaya aku berehat sekejap. chill dulu sebelum mula kerja baru, tapi masih ada sedikit terkilan. kerana terkilan, aku jadi hilang keyakinan. keyakinan yang ada pun masih goyah, terus aku rasa tak kuat. bulan 12 aku hanya betul santai di rumah tanpa buat apa-apa. 

namun aku masih tetap yakin, rezeki itu ALLAH yang tentukan. dan berharap semoga ada rezeki untuk aku nnt. cukup untuk hari ni dulu entri kali ini. 

aku punya perancangan nak istiqamah tulis di blog untuk tahun 2021. sebab untuk berkongsi menulis di medium sosial yang lain aku tak nak orang tahu tapi aku juga orang baca. entah. sebagai tempat aku tulis dan luah yang datang dari minda. saja berkongsi rasa. sebab 10 tahun kebelakang, blog ada tempat aku menulis sesuka hati.