Wednesday, March 31, 2021

Terakhir Mac

 hari tu macam tak ada apa nak cerita. 

kerja macam biasa. tapi minggu ni, ada lagi staff yang berhenti dapat tawaran kerja kerajaan. jadi ada jamuan makan la. dan tak berapa nak gembira sangat bila ada budak praktikal tambah lagi 5 orang. dan semuanya perempuan. 

aku macam, semua benda nak kene buat sama- sama ke bila bagi kerja. jadi tak suka sebab zaman aku dulu, aku sorang-sorang je budak melayu. yang lain semua cina. jadi, aku macam sombong sikit la. bukan apa, entah. rasa tak boleh nak kawan lagi dengan mereka ni. mungkin trigger ingat memori lama tu. huhu. siap kawan praktikal tu marahkan aku lagi. sedih gila. tapi yang best dapat makan yeesang. tak ingat dapat angpao tak. 

sebab satu lagi, aku rasa je la. dari perspektif aku yang sensitif dan rasa tak suka dengan suasana baru... bab semayang. solat tu ok je, tapi macam suka hati buat rules sendiri-sendiri. masa masuk toilet tadi, dah bukak lampu boleh pula dia suka2 hati tutup lampu. erm, rasa macam tak hormat la sikit. kalau lelaki faham la, diorg tu macam mana sebab perangai macam junaid. yang perempuan ni. takkan la dia tak perasan ada orang dalam toilet tu. ignore je la. kalau bab ice breaking, nnt la. 

baru masuk tak cukup seminggu dah buat gaya macam tahu semua. nasib baik bukan bawah aku. maksudnya arkitek, jadi aku tak perlu nak mesra sangat. nanti dah lama-lama pandai2 la..weh, baru sebulan kerja. banyak benda aku nak adapt. kerja. orang lama. orang baru. rules. kalau ikutkan semua tu, rasa tak nak kerja situ. tapi sebab pengalaman, kene teruskan. 

lagi sebab ramai sangat, nak solat pun susah la. kalau ikut total ada dalam 16 orang staff, tempat solat tu muat satu orang je. aku baru je set rule to myself, solat awal supaya tak berebut. tengok2 ada juga yang buat perangai sama. gaya macam duk sekolah pula. 

dan aku punya alasan, boleh anxiety kalau tak buat rules mcm tu. aku masuk kerja tu sorang-sorang je. diorang tu masuk praktikal 5 orang. memang lain la. sabar je la. 

lagi satu budak praktikal, yang aku rasa diorg ni buat kerja tak serius sangat. aku tunggu masa je nk tegur biar serius. cuma tak kena masa lagi. macam pegi site, ukur bangunan dua tiga kali pergi. kalau aku, aku memang tegur la. bila aku nak assist cakap dah tau. biar lah. aku bukan bos dia. bos dia yang perlu guide dia. bukan aku. 

ok, lah itu je la untuk mac ni. esok dah april. 

Saturday, March 20, 2021

Minggu Ketiga Kerja

 kerja ok. aku pun dah ice breaking dengan staff semua dan ada seorang staff resign. Sekejap je kenal tapi rasa macam dah lama kenal. sebab dia jenis yang mesra. dan buat kerja pun macam bagus. 

cerita minggu ni aku kene guide budak praktikal design roof. bila sama-sama buat rasa macam satu kejayaan. puas hati juga la. sebab aku pun dah lama tak sentuh design ni. 

dah office kecoh pasal gula-gula aku. aku jadi lubuk makanan. ada sahaja makanan aku bawa. aku rasa macam puas hati kalau ada makanan depan mata walaupun tak makan. seronok. bila orang makan. orang datang dekat meja aku semata nak gula-gula. seminggu tu boleh habis stok. ok je. nanti dah gaji aku beli stok baru pula. tak berkira dan tak kisah pun. sebab aku nak create bonding dengan mereka. 

kalau cakap nak stay ke tak, aku tak nak fikir. bila dah sampai masa aku buatlah keputusan tersebut. walaupun ada yang mempertikaikan gaji rendah sangat. aku macam terfikir apa yang aku cari, aku macam terima dan ok dengan gaji sekarang walaupun rendah. aku rasa aku macam dah capai good life atau mungkin kebahagiaan hidup. bebas hutang. pakai kereta buruk. aku macam tak kisah. kalau orang sibuk nak pakai kereta baru atau nak beli rumah, aku tak rasa itu keperluan untuk aku. walaupun bujang, ada saja yang cakap beli buat aset. entah. aku tak ke arah itu. 

nak beli baju pun tak teringin. ada la macam nak cukupkan bilangan baju tapi tak rasa perlu atau nak sangat. tudung pun aku dah beli banyak tahun lepas. baju kurung pun dah cukup walau warnanya tak sempurna. ha-ha. tak kisah. 

aku jadi macam terfikir, setiap orang berbeza apa yang mereka nak capai dalam hidup. nak gaji tinggi. nak gaji setaraf dengan kelayakan akademik. aku jadi termangu sekejap. aku perlu demand ke kalau ikut kelayakan. entah, biarlah. aku ada teringat seorang kawan cerita tentang kawannya yang berubah kerja. juga berubah pendapatan dari setinggi pendapatan setahun ke serendah setahun. dia suka bertukar kerja sebab dia tak jumpa kerja yang sesuai. jadi ia satu inspirasi untuk aku. 

goal utama aku nak dapat lesen Ar. jadi, asal kerja. asal gembira. asal tak rasa terbeban.  mungkin juga sebab aku duduk dengan keluarga. itu kebahagiaan yang aku rasa. macam hati ke hati denga del hari tu. umur dah lepas 25 tahun akan berfikir beza. itu yang aku boleh cakap. dan kalau dah kerja macam tempat. itu yang buka mata dan minda. 

Saturday, March 13, 2021

Ice Breaking Akhirnya

 setelah dekat dua minggu kerja, umi kata aku berjaya ice breaking dengan orang ofis. dua minggu ni aku stress juga la tak da orang nak berbual dengan aku. masa kerja memang aku kerja je. ada masa rasa nak mengunyah. jadi aku beli gula-gula untuk makan waktu mengantuk. 

siapa tahu, dengan satu pek gula-gula orang mula datang pada aku. macam aku ni gula diorang ni semut. aku macam la, kalau tahu lama dah aku bawa. diorang ni makan gula-gula juga. kenapa la sebelum ni tak da orang yang bawa. stress aku. 

ofis lama pun memang aku akan ada stok makanan untuk mengunyah. kalau tak gula-gula, biskut raya. macam-macam la. dan ofis lama, kitorang suka order food panda. tapi dekat sini lain pula caranya. order makan tengahhari lambat dari waktu rehat. aku tak suka panjangkan waktu rehat. sebab rehat-rehat. bukan macam dapat nasi kira rehat. 

jadi, itu je la progress kerja baru aku. memang akan ambil masa. 

sebab har-hari balik 5.30, balik tu terus penat. malam aku rehat je la. layan phone je. konon nak update blog pun tak sempat. otak rasa jem teruk. memang tak nak hadap laptop dah. bila dekat ofis pun terhad untuk layan chrome ni. sebab ada mata-mata yang duk tengok. kene jaga privasi aku. aku tak nak orang tahu aku suka buat apa. kalau shopee tu ok je. tak kisah sgt. tapi kalau buka blog nk update mcm...hmm..plurk pun sama. fb aku tak bukak dalam laptop. bukak dalam phone je. 

dan nak main game pun tak sempat. nak belajar cina pun mcm aku belajar satu app je. sebelum ni ada 3 atau 4 apps aku belajar mandarin ni. jadi slow balik. susah nak consisten. exercise pun aku cuba consisten. cuba cukup 6000 step tu. cuba kekal aktif. 

tengok la minggu depan pula. kerja ok je. untuk tempoh 3 bulan tu, aku tak tahu aku nak stay ke tak. semoga baik-baik sahaja. 

Berita Sensasi

 isnin pagi lepas, 8 Mac, aku siap awal nak pergi kerja. selalunya aku buka wassap bila dah sampai ofis. tetapi pagi tu, aku ada masa sebelum panaskan enjin. aku dapat berita kehilangan akhwat. dan nama yang disebut aku seperti kenal. aku jadi risau. sebab berita kehilangan. 

kemudian, lepas masuk ofis. aku follow lagi. tanya kawan-kawan ada dengar berita atau kenal akhawat tersebut. lepas beberapa jam, dapat tahu dia dijumpai tetapi telah meninggal dunia. memang meninggal impak juga pada aku. dia tidak selamat. itu sahaja aku boleh cakap. 

kemudian, aku jadi curious untuk tahu berita tentang dia. ia menjadi liputan akhbar tempatan. aku ikut untuk tahu berita terbaru. kakak aku kenal arwah. dan ayah pun pergi ke majlis pengebumian dia. 

cerita -cerita lain aku tahu tetapi hanya itu saja. aku tidak share pada sesiapa. sekadar untuk pengetahuan aku. setakat berita yang aku ikut, dua malam sebenarnya aku terkesan. aku mimpi dua kenalan aku

 meninggal. meninggal yang menjadi misteri. begitu lah terkesannya berita arwah pada aku. 

aku patut tulis sebab minggu ni aku mula mimpi pelik-pelik. dah lama aku tak mimpi pelik-pelik ni. seminggu ni je aku mimpi yang macam-macam. kesan dari kisah arwah dan keadaan keliling aku. benda aku dah lupa pun boleh mimpi balik. mimpi tu aku rasa macam real. tapi bila dapat tahu ia hanya mimpi aku rasa lega. sebab ia hanya mimpi. 

dan bila aku dah sedar, tahu ia hanya mimpi, aku lega dan aku dah tak fikir sangat. selalunya aku jadi fikir balik yang buat aku stress bila ingat mimpi tu. sekarang dah tak fikir sebab mimpi je. tak yah nak serabut otak nak fikir. 

pasal arwah pula, aku kenal sekilas je, pernah jumpa sebab dia satu uni dengan kakak aku. aku rasa macam pernah jumpa dia. dan masa duk kl dulu pernah jalan-jalan ke rumah sewanya. jadi aku pernah bertemu dia. aku kenal sedikit pasal dia. sebab tu aku jadi terkesan dengan berita arwah. sebelum ini, ada je berita kematian tetapi aku tak ambil tahu sangat sebab tak berapa kenal. 


Dating Jumaat Lepas

 elok pkpb habis, boleh rentas daerah. janji dengan del nak keluar sarapan dan jalan-jalan. mula-mula risau juga kalau tak dapat rentas daerah, waktu tengah rancang tu. kemudian keluar berita boleh rentas daerah, lega la sikit. 

pagi jumaat tu sarapan dulu dekat kawasan rumah del. kemudian ke pantai senok. sampai pantai, pergi ke hujung pantai. tak pergi ke kawasan banyak pokok. duduk santai-santai dengan del. 

kemudian, kami berbual macam cerita. aku dan del sama. masih belum temu jodoh. tapi duduk dengan famili dan bekerja. dia cakap dah bahagia dapat duduk dengan famili sebab mak dia tak berapa sihat. bila adik beradik ada dekat rumah mak pun rasa bahagia. tak kisah lah gaji berapa pun. asal boleh duduk dengan famili. hilang rasa stress.

 del pernah duduk kl. dan aku pernah duduk johor. pernah rasa duduk sorang. sorang maksud jauh dari adik beradik. keluarga. lain rasanya bila dapat duduk dengan keluarga. 

dan del juga cerita pasal jodoh, kalau dapat lelaki tu nampak soleh bagus agamanya tapi tak bertanggungjawab. tak boleh memberi nafkah, tidak pandai mencari pendapatan atau menanggung keluarga baik tak payah kahwin. aku beritahu del, itu lah yang aku fikir lepas dah lebih umur 25 tahun. tak fikir nak seronok kahwin dah. dah boleh fikir dengan matang dan serius. 

lagi-lagi kalau dapat mertua yang tak ngam, banyak benda nak fikir. ipar duai yang jenis banyak gossip. depan lain cakap lain. dan de pun dah merasa menjaga anak sedara sebagai suri rumah. del boleh faham kenapa suri rumah boleh stress. jaga anak bukan senang. aku setuju denga del. 

kami berbual sesuatu yang serius dan aku rasa del dah matang. beza aku dengan del, tak da orang tekan bila nak kahwin. bila cakap tak nak kahwin, tak ikut sunnah pula. aku bukan cakap tak nak kahwin tapi belum ada lagi. del cakap rela tak kahwin kalau dapat lelaki yang tak boleh jadi ketua keluarga. bukan tak nak kahwin langsung. kalau ada lelaki yang jenis pemikiran tertutup, malas, dia rela bujang. itulah maksud del. nak cari lelaki yang baik tu bukan senang, ada tapi kena betul-betul pilih, tapis terlebih dahulu. 

aku dan del bersetuju, kalau dapat jodoh yang kerja petani, kerja kampung kami terima asal dia pandai dan usaha cari pendapatan dan bersungguh-sungguh membina keluarga. kami tak pandang yang kaya dah. walaupun pendapatan cukup2 makan, kami terima. sebab tu tak salah kalau nak yang kaya. kena tahu kenapa nak lelaki kaya. kalau hensem tu pakej la. 

bila cakap denga del, buat aku teringat 100 soalan ketika pre-marriage course tu. ok ke kalau dapat duda atau yang dah isteri? ada orang akan terima sebab dia mampu. kita tak perlu susah kerja tampung keluarga. ada juga soalan bahagian kewangan. kena tahu flow money dia sebulan. kerja apa. berapa pendapatan dia. ada setengah orang tak tanya dan tak tahu. tapi aku kalau tengok pekerjaan dia mungkin bawah dari gaji aku expect jadi perlu untuk rancang kewangan. 

itu je la yang boleh aku simpulkan. 

Friday, March 05, 2021

Minggu Pertama Kerja Dan Mac

 sebab dah janji nak tulis pasal kerja. kene tulis la. ingat langkau sekejap. cerita benda lain. kita tulis lain hari pula la. ada la dua tiga benda nak tulis. he-he. 

cerita pasal kerja ni, seminggu kerja ni semua benda aku kene buat. Dari site visit, meeting dengan client dan submission. Dan projek yang aku buat pula bukan dekat Kota Bharu ni tapi Gua Musang. Dan drawing submission pun aku kene buat tapi aku rasa mcm seminggu tu susah la, nak edit dan amend lagi. design tingkap pun tak confirm lagi. lepas tu tengok wall tu macam tak confirm juga. banyak benda nk kene settle kan. seminggu memang tak cukup sebenarnya. 

dan aku rasa aku macam slow sikit buat kerja. bukan apa sebab banyak nak kene fikir. layout dia, layer dia. lagi dia tak da format pening juga la aku hadam benda tu. jadi, banyak la stuck, pastu kene refer 3d, mmg seminggu buat gila la. dah la tak da orang boleh guide. semua kene tanya kawan-kawan. adoii..sabar je la. 

sekarang aku tulis memang tengah fikir mcm mn nak siapkan by isnin dan selasa print tu. banyak kerja aku kene susun. penat. memang la kerja tu duit. duit tu masa. masalahnya rushing-rushing buat aku takut ada masalah nanti. aku ni particular kalau buat drawing. semua benda aku nak tunjuk detal. 

kerja satu hal. nak adapt dengan orang ofis lagi. minggu ni pula,ada budak praktikal 4 orang. jadi ramai pula dekat ofis tu. adalah dalam 15 orang. katanya ada lagi. aku rasa sakit kepala sekejap. rasa macam serabut ramai2. dah la dengan kawan ofis belum ngam lagi. aku down juga la tak da orang nak cakap dengan aku. 

pastu nak lunch lambat, aku rasa nak jadi mcm rimau. sebab lapar sangat. kemudian aku decide makan pagi sebab aku lapar lagi tak boleh fokus. boleh je buat tapi perut tak selesa la. jadi terganggu sekejap. 

dan keje dekat kelantan ni, isu air la. ramai-ramai toilet dua tapi tangki satu kecil. rasanya. macam tak cukup la. last-last zohor je aku solat dekat ofis. asar solat dekat rumah. habis kerja 5.30 terus cabut sebab nak solat dekat rumah. rasa macam tak selesa. mula-mula rasa jem juga la otak bila fikir tak ada air. balik rumah baru boleh fikir apa patut buat. 

dan aku decide do my own work. nanti lama-lama boleh la sesuaikan diri. bila aku ingat balik, duk aussie tu pun setahun baru aku boleh buat kawan. ni kerja lagi la. kalau ramai tunggu la dua tiga bulan lagi. no rush. keje dekat johor tu ok sebab orangnya pun peramah. mesra, ajak berbual santai-santai. aku macam eh, boleh eh berbual. ha, gitu. dan aku pun beritahu mereka, aku kalau nak adapt amik masa. tiga bulan probation tu untuk kerja je. untuk orang aku rasa lagi lama. biar lah. aku selesa begini. 

aku tak nak fikir benda-benda tu, nnt buat aku stress kang tak pasal-pasal rasa tak seronok pergi kerja.  benda tu memang amik masa. so, aku keep calm myself. sebab dua minggu ni rasa anxiety nak datang balik. so, aku aware the situation. 

oh lagi satu aku kene ddrive pergi kerja. sebab aku je yang kerja. umi dan ayah dah pencen. jadi, kene la mula balik memandu sendiri. dan aku drive manual ok. awal-awal anxiety dulu takut nak drive takut terlepas clutch boleh langgar orang. sebab tu perlu aku control anxiety aku tu. ha, gitu. 

aku tak jadi nak tulis panjang-panjang sebab aku dah rant dalam plurk dan orang-orang sekeliling. 

satu lagi, hari isnin tu junaid ke emergency. mmg nak rasa anxiety jugak la kalau dengar atau tahu dia ke emergency. cukup la dia masuk ICU tu. and all those incident pun berlaku dalam bulan yang hampir sama. it was like anniversary in the hospital. i not ready for this. 

dan junaid dah discharge dah hari khamis. lega la. tiada apa-apa yang serius. 

Wednesday, March 03, 2021

Bila Tengok Feed

 nak cerita pasal kerja tapi nanti dulu la. ha-ha. banyak sangat benda nak cerita kalau pasal kerja ni. rasa nak jerit jee....

ni cerita pasal skrol FB pastu tengok pasal kawan-kawan. ye, kawan-kawan yang aku dah tak nak kawan. ha-ha. kawan-kawan yang dah kahwin, cerita pasal anak masuk darjah satu. rasa macam, anak kau dah darjah satu masuk sekolah rendah dah. aku still single. a little bit down la kan. jadi, bila dah kerja ni tak da la nak tengok sangat FB tu. 

masa kerja, bukak FB dekat apps sebab tak nak distract sgt kalau bukak dekat web. dekat web still bukak shopee. ha-ha. sebab kalau bukak FB dekat web nanti asyik nak tengok FB je padahal ada benda lain boleh buat. 

anak dah sekolah satu hal. pastu naik pula kawan dah temu jodoh. aku tak da la rasa down. sebab aku dah lama tak tegur mereka ni. jadi aku like je dan comment. means, i mean it bila komen dan menunjukkan aku gembira dengan fasa hidup baru dia. tak dengki pun. cuma sebab tak rapat, aku mcm tak nak lah tahu apa-apa pasal dia. cukup gamba tu saja. 

itu je la kot cerita pasal social media. 

oh, aku ada dengar podcast cerita pasal instagram, yang mungkin akan pupus. tak tahu la. kalau tanya aku, tak ada apa-apa yang menarik di instagram. tengok gambar semata. he-he. sama juga dengan tik tok. nampak sangat lame, tik tok tu boleh je bukak dekat web. hari tu try tengok. walaupun tak da akaun masih boleh tengok yang trending. ok la. 

noob la sebab semua tu kan orang pakai apps. jadi, bila boleh buka dekat web - google chrome, mind blown sekejap. haha. nampak sangat semua orang bergantung pada telefon ni sekarang.