Saturday, December 24, 2022

Last December 2022

 kalau ikutkan tiap-tiap minggu aku nak update tapi aku lupa. 

aku lupa sebab aku nak rehat. nak tidur jer. penat. penat dengan suasana yang aku dah banyak kali share dekat sini. 

disember ni aku banyak spent time sendiri. sebab cerita oktober november buat aku penat. penat emosi dan tenaga. 

disember aku jadi bertambah sebab aku dah unblock dah nama-nama yang aku block sebelum ni. aku ingat aku ok tapi tak. aku tak ok. 

sebab aku masih clinging dengan perasaan yang aku takkan dapat lagi. aku perlu buat finale selamat tinggal. 

bulan disember ni, aku gembira bila pergi kerja. sebab aku enjoy kerja. aku dah sort kerja aku. aku ada stress kerja juga. tapi boleh handle. 

setiap orang aku akan cerita pasal "tak nak tahu dan tak perlu aku explain," ternyata reaction semua orang sama. maknanya aku ni ok je. tapi sebabkan tu aku jadi trauma la juga nak bercakap. one of my friend told me, jawab tu seakan macam a big bully. dan bila sekarang aku dah jauhkan diri, sebab aku rasa tak selesa dan aku stress bila ingat balik. orang nampak aku yang bermasalah. dan orang tu pun sekarang nampak macam nk bermesra balik tapi aku rasa macam kekok (awkward). dan sebelum aku cuti hari tu, tiba-tiba datang dekat meja aku, dan tanya "rumah tak banjir?" aku macam huh? apa? blurr...rumah aku? banjir? aku ok je ni, masuk kerja. lepas tu baru la explain  rumah dekat kampung tak banjir ke? 

hailaaa...aku rasa macam, bukak la dulu pendahuluan, buat apa tu. busy tak? tak adalah orang tu macam terkejut. dah la tengah fokus buat kerja. lepas tu, aku macam jangan layan sangat. jawab yang perlu je. 

aku ni introvert, memang takkan sembang dengan orang sembarangan. tapi aku belajar macam mana nak tegur orang. taaruf skill tu kena ada. supaya orang selesa nak sembang dengan kau. kalau kau kena buat social experiment, kau nak kenal orang tu, observe dulu apa yang dia suka dan kau boleh cari topik untuk sembang dengan dia. 

aku ni selalu ingatkan diri sendiri, aku nak kerja lama. 20 tahun lagi aku nak kerja sini. aku takkan cari kerja lain. jadi kena pandai buat networking. walaupun aku tak suka nak social. networking dengan semua orang kau kena pandai cakap. pandai komunikasi. pandai nak tarik perhatian dia untuk dia berminat pasal diri kau. company kau. kerja kau. 

tapi sebabkan orang cakap pasal suasan tempat kerja kau ni toksik. kau pun macam takut. kalau tak nak toksik, kau lah yang ciptakan suasana yang baik. orang tak pandai komunikasi kau ajar. awal-awal dulu aku pun macam down juga la. nak cakap macam salah. tak cakap pun salah. jadi, aku kena clear method komunikasi aku. kalau tak tahu, aku tanya. aku tak kisah jadi bodoh. dan kalau komunikasi dua hala verbal tak berjalan, aku guna komunikasi WA. 

itu pasal yang kau concern sekarang ni. 

dan banyak lagi perkara bermain dalam fikiran aku. 

hari tu pun, aku stress sebab aku nak cuti tapi aku tak nak balik kelantan. dan, lepas fikir aku macam, aku tak perlu nak balik. sebab aku tak ada apa-apa yang penting untuk balik. melainkan aku kena site visit. the only reason untuk aku balik, kan. 

jadi, aku decide rancang cuti raya cina dan cuti thaipusam je. sebab orang lain semua dah pelan cuti sampai raya aidilfitri dah. kalau aku nak pelan cuti aidilfitri, aku nak kena renew passport. nak bercuti. 

cuti krismas ni aku amik cuti awal. aku ingat nak keluar bercuti tapi sebab emosi aku tak ok. aku jadi tak nak jumpa orang. dan sekarang ni aku hanya berkurung dalam bilik. sebab kawan serumah aku dia cuti aku tak kacau. aku cuti dia tak tengok pun status WA aku. tiba-tiba eh, kau tak kerja. nampak sangatlah kan, kau ignore. aku bagitau aku cuti pun kau tak ambil peduli. aku tengah enjoy duduk rumah, tiba-tiba kau dah balik waktu lunch dah sampai rumah. memang aku lagi la tak nak sembang dan jumpa orang. mood memang ke laut. kunci pintu bilik. dan dengan lagu pakai headphone. bilik master memang tak payah nak keluar la. toilet dalam bilik. aku dah angkut stok makanan letak dalam bilik. berkurung tiga hari pun tak da masalah. aku malas nk dengar suara ketawa kuat-kuat. serabut. aku tak boleh nak me time. kalau dia ketuk pintu bilik pun aku takkan buka. baju pun aku gosok nanti nak pergi kerja. nak balik kerja minggu depan pun aku balik lambat sebab malas nak deal. 

dan hari ni aku off phone. sebab teringat cerita tahun lepas dan fikir pasal orang yang tak pentingkan aku. dan aku tak masuk dalam senarai sibuk mereka. kalau aku ni penting, mesti akan cari aku kan. biarlah aku hilang macam debu. tak da aku pun tak apa. sebab kalau ada yang sakit dah ada jururawat. aku ni tak kepentingan langsung. tak wujud pun tak apa. orang lain masih boleh bahagia. 

banyak lagi aku nak tulis. tapi tulis setakat ni dulu. kalau rajin aku update lagi esok. sebab menulis macam ni aku jadi lega sedikit. 

Wednesday, November 16, 2022

untuk kali ke-2

 another history to make today.

tiga hari duk sakit badan, hari ini tewas. bangun pagi tadi dengan sakit segala bagai, buat test. and, tada....positif.


terang benderang dua jalur. ingatkan negatif, jadi kena la buat pengumuman. kalau orang tanya, gejala ada lain tak. tak, sama je. cuma hari tu aku banyak batuk sakit dada. kali ini sakit badan. bisa macam kena tumbuk je sakit dia.

dah tidur sehari ni baru ok sikit. nak makan pun tak da selera. order je pizza walaupun tak berapa ada duit ni. nak tunggu gaji. 

hari isnin hari tu dah kena halau balik sebab housemate positif. tapi masa tu buat test negatif lagi. lepas tiga hari baru virus membiak. and, here i come. hari ke-3 buat test baru positif. 

kali ini banyak sikit gejalanya. kalau sebelum ni banyak sakit tekak je. dan baru hilang deria rasa. kali ini dia mula dengan sakit kepala, sakit badan. sakit tekak. seram sejuk badan ni walaupun kipas tu dah tutup. dan kena lah kuarantin sampai 22hb. 

nak kena beli test kit lagi sebenarnya. aku beli dua je semalam. hari ni dah test satu. tinggal satu lagi. kena beli lagi dua. hu-hu. 

ubat panadol dengan ubat sakit tekak dan vitamin C je makan. harap-harap ok la lepas ni. nk kena kuarantin 7 hari oooiiii....



hari ni banyak tidur je sebab memang rasa tak larat sangat. makan ubat dh ok. harap malam ni pun ok la. 

Saturday, November 05, 2022

Beginning November

 Dah masuk bulan november. 

Kalau tengok kalendar tak da la sibuk sangat. rileks je. 

sedar tak sedar, dah 5 bulan kerja JKR. Alhamdulilllah. 

1st Novemer excited sebab sesi bergambar dengan bahagian masing-masing. macam hari raya sebab semua pakai sama. satu bahagian pakai pattern sama. bahagian lain pakai tema lain. seronok sebab rasa semua ada hari tu. dan, bukan sibuk bergambar je. petang tu pula, mesyuarat bahagian. kenalkan ahli. kemaskini pasal projek. juga aktiviti yang akan datang serta jawatan yang perlu disandang. 

5 bulan kerja dah rasa perbezaan. sangat ketara. 1 November je rasa senyum sampai ke pipi. dan hari ke-3 kena serangan anxiety. sebab buat silap. bukan aku buat silap tu. tapi sebab buat silap tu macam rasa semua orang tahu tu salah. menangis la. dah tak peduli kalau orang tanya. kena la makan ubat. nak bertenang tu amik masa la juga. dalam setengah jam. tapi rasa tu still rasa sampai petang. memang terus hilang mood nk kerja hari tu. but i don't regret that mistake. it just i feel palpitation.

then, friday. aku dah give up nk keluar dengan seorang kawan. sebab awal-awal dulu banyak sangat alasan dia masa nak makan tengah hari. sebab jadi macam tu, aku lah yang conflict dengan diri sendiri. macam nak makan mana. kena makan seorang. aku ok je makan seorang tapi sebab dah biasa dengan kerja sebelum ni, everyday soalan - makan mana? dan keluar makan beramai-ramai atau decide nk delivery ke. itu lah moment paling aku rindu. aku lebih suka keluar jalan. makan dekat luar. sehari duk dalam pejabat, tepu juga la. 

aku banyak pujuk diri, treat this time as masa zaman studi master dulu. sebab aku boleh je survive makan seorang. study sorang. lepak library sampai malam. dan decide menu nk makan apa. i was happy. and sedih sebab tak da kawan la. itu je, tapi aku ok je bersosial kadang-kadang. 

so, aku macam back to that year balik la. 5 bulan ni banyak kejutan aku kena hadap. jadi, aku rasa aku kena bagi masa untuk diri aku lagi lama untuk suai dengan keadaan tempat kerja aku. benda paling ketara nak berkawan. kerja-kerja sebelum ni, aku boleh adapt dengan cepat. kali ni aku tak boleh nak push diri aku. bila analisis balik. fikir balik, aku nak kena deal dengan 35 orang. belum lagi bahagian lain. jadi, aku memang kena adapt dengan masa lama. 

banyak kali juga aku anxiety sebab kerja. bukan sebab kerja banyak tapi sebab banyak yang perlu disegerakan. aku punya tempo kerja pun macam perlahan sangat sebab terlalu santai bagi aku. nak fokus pun tak ada yang perhati kau. buat kerja tak. duk kat meja tu bukan orang tahu kau buat kerja ke tak. memang kena jujur dengan diri sendiri la. 

itu pasal keadaan tempat kerja dengan orang. 

rutin pun satu hal juga, aku masih tak da rutin yang tetap lagi. masih lagi bermain dan bereksperimen dengan masa sendiri. 

jadi, banyak kali aku kena justified pada diri sendiri. 

dan, kerana ini aku rindu life zaman Australia dulu. my darklife but happy life. aku jadi diri aku sendiri. 

sekarang aku tak mampu nk gembirakan orang. jadi, diri sendiri. kena tone down. keep low. jangan terlalu menyerlah. fokus buat kerja. 

dan aku ada banyak cara escapism. cuma, kena banyak kali remind diri sendiri la. 

am gonna be okay.

dan comfort buat masa sekarang, Imagine dragon. 

itu je la kot dulu untuk minggu first ni. 

Friday, October 28, 2022

Medical History

 hari ni ada appointment dengan doktor psikiatri. Tukar hospital dengan rujukan doktor sebelum ni.

tapi aku rasa aku makin hilang rasa. aku pergi jumpa doktor semata nk ambil ubat je. lepas ni malas nk cakap dah dengan doktor. aku sendiri figure out aku dah burnout dengan keadaan sekeliling. doktor suruh aku pergi bercuti. buat me time. tapi aku rasa aku tak boleh dan tak mampu sekarang. 

untuk tempoh empat bulan ni aku punya burnout makin teruk. dan anxiety pun datang balik. sebab aku suka dengan hidup baru tapi aku tak boleh kawal benda yang bukan dalam genggaman aku. orang sekeliling. aku punya sekeliling kawan serumah, ofis je. betapa lonely nya aku. tapi aku bahagia sebenarnya sebab ada circle baru yang orang tak kenal keluarga aku. 

cuma, untuk aku hadap perangai orang yang berbeza yang perlu aku raikan sampai aku jadi terluka. terluka dengan perasaan sendiri sebab memberi peluang pada orang. bukan memberi peluang sebenarnya, tapi aku suka fleksible kan diri supaya mudah untuk aku adapt. tapi aku lupa expectation orang dan judgment orang. mungkin orang tak suka cara aku. dan aku kena sidai. jadi aku pilih untuk sendiri. aku tak mampu nak buat orang suka aku. sedangkan aku sedang untuk cintai diri sendiri. 

empat bulan ni macam-macam jadi, sebab tu aku lupa nk update blog. nak ikut ritma rutin aku sebelum ni pun masih ambil masa. pagi pergi kerja, terkejar-kejar nk kena keluar awal. bagi aku, tak perlu push diri tapi nk buat macam mana itu lah yang perlu aku hadap. may be itulah yang si kawan tu rasa sebelum ni. kalau jenis lambat memang rasa sakit hati la kot. aku pula aku memang ikut time aku cuma, aku jenis slow and steady jangan push orang. take time. tapi tak pe la. hadap je. aku malas nk fikir benda-benda kecik macam ni. kalau lepas ni aku rasa aku tak boleh pergi awal aku bagitahu je la. bukan susah pun. 

balik kerja aku dah boleh buat rutin sikit cuma aku kena kurangkan masa berjalan-jalan shopping tu. tak pe, kena bagi masa untuk aku explore dunia KL yang dah lama aku tinggal. dan sekarang kena get life dekat KL ni. so, no rush. bila tulis macam ni la baru boleh fikir. 

emosi aku, sangat la roller coaster. turun naik. kejap rasa dah normal kejap rasa memang nak jatuh bangunan pun ada. masuk dalam tanah. masuk dalam gua. tak nak ada apa-apa connection dengan orang. tapi kalau putus hubungan terus nanti orang kata apa pula. dah pernah buat kerja ni 5 tahun lepas. tapi nak buat macam mana. aku tak mampu. aku ingat dah ok tapi tak. kaki dah keluar selangkah dah tapi terus lari masuk gua balik. orang tak faham rasa tu. 

cukup pasal masalah jiwa. yang aku nak cerita pasal buat medical check-up untuk Stroke sebenarnya. dapat complimentary voucher. free. walaupun rasa muda lagi tapi ada peluang cuba buat. dan aku pergi hari ni. aku ingat dalam sejam settle la sekali dengan doktor consultation tapi dua jam menunggu nak jumpa doktor. nasib baik la dapat surprise birthday. dan tempat cozy. memang aku enjoy je la menunggu tu. walaupun rasa macam upside down bila jumpa doktor. 

overall, ok. tapi aku on high risk la sebab famili ada history kencing manis. aku tak sempat nak tanya apa-apa. tak pe. at least aku dah buat check up. nanti lepas 6 bulan, kena buat blood test. aku tak tahu nk buat ke tak. dekat RM500 juga la. itu kita fikir kemudian. sebab tak da medical card. jadi banyak la aku fikir. komitmen bulan-bulan nak bayar medikal tu la. tunggu la dua tahun lagi. tahu, dah tua ni bnyk la kena bayar. tapi nk buat macam mana. kena la jaga diri. 

Sunday, October 23, 2022

Cuti Hujung Minggu Oktober 2022

 bulan Oktober ni ada dua minggu yang cuti panjang. 

dua-dua cuti panjang ni, rehat dekat rumah je. 

dan tahun ni, join kali kedua Adobe Max conference. Tahun lepas dah join, mind blown dengan tutorial product Adobe. Tahun ni, mind blown dengan pelancaran produk- produk baru. yang mana boleh acces online. dah boleh jadi saingan canva dah. so, lepas ni boleh try la sebab ada project phone wallpaper untuk next year. ok, project ni kena tulis dalam list, takut tak ingat. banyak nak achieve tapi bertebaran lagi idea dan perancangannya. nak buat tapi ada kekangan dari segi masa dan duit. 

dan, hari jumaat hari tu, aku kena anxiety attack dekat public. triggered sebab sesuatu. lepas boleh fikir terus breakdown. badan dah numb, bernafas tapi rasa tak bernafas. nak bertenang tu, cepat la juga sebab within 15 minits. sebab fikir nk balik. nasib baik ada yang teman, kalau tak lagi lama la nak boleh sampai rumah. dalam jalan kaki tu, pun boleh rasa lagi nak muntah. menahan diri sebab tengah jalan nak sampai rumah. 

untuk entri ni, banyak kali aku fikir nk update sebab aku dah terpengaruh dengan kata-kata orang. Pada aku, kalau kau tak ada media sosial, aku tak kisah tapi jangan cakap macam tu macam ni. setiap orang ada pendapat dia dan world view dia. meraikan lebih baik. dan kerana itu, aku tutup blog dan aku hilang punca nak tulis blog. sedang inilah  salah satu medium untuk aku tulis segala rasa.

aku bukan nak tulis pasal kerja sangat tapi lebih kepada perasaan aku yang perlu aku raikan. aku rasa. dan aku rasa inilah tempat untuk jelas dengan rasa aku. walaupun ada sedikit insecure. tapi aku tetap nak tulis. sebab aku akan rasa lega. 

cerita aku penat segala emosi dan fizikal tak terluah lagi. cuma ogos dan september aku penat segalanya. emosi. fizikal. orang sekeliling. suasana. samapai aku mental breakdown setiap minggu juga la. dan sekarang ni, fizikal aku sangat la penat.

aku nak hilang masuk gua sekejap terngaggu. dan aku rasa kena amik masa lagi. semua ini bukan dalam kawalan aku tapi in ALLAH's plan. dan aku masih lagi merancang. what is the best for me. 

aku penat tapi aku boleh bertahan. dan divert all these thing in other way. banyak escapism plan aku ada. sebab aku nak kena jaga mentah health aku. ada benda aku tak nak buat, nak cakap tapi tak terluah. semoga oktober ini berakhir dengan baik.  

Tuesday, October 11, 2022

34th

 

Happy Birthday To Me.

34th year. 

grow stronger. 

terasa buta dengan pandangan ilusi yang aku sendiri tak tahu apakah ia benar atau khayalan.

tapi aku gembira. tanpa expectation dari manusia. tanpa aku fikir perasaan jiwa yang aku perlu jaga.

sambut hari jadi dengan gaya tersendiri. makan buffet hotel sorang-sorang. live on my own. no wishes dari orang. beli kek untuk orang makan. fokus buat kerja. 

you are doing great, dear Khaulah. Now, you know your capacity. your strength. your good side. 

it's okay to cry. meraikan segala rasa yang Allah ciptakan. kalau tak sedih, tak normal. 

triggered. things i can't control. kena let it go juga sebab luar kawalan aku. menangis setiap jam pun, hadap la. anxiety pun kena lawan. tak nak rebah depan orang ramai. 

dan, tak ada nak tulis apa. sebab tak ada apa-apa nak raikan. dah makan sedap. dah hadap hari ini macam hari biasa. 

adakah hari ini juga satu ilusi? 

aku takut untuk bermimpi. 

Wednesday, September 28, 2022

Probation 3 bulan

 Julai, Ogos, September.

JULAI 

sibuk dengan urusan lapor diri dan dua minggu berturut-turut house hunting, mencari rumah yang sesuai dan yang aku berkenan. jadi, berkejar ke sana-sini juga la mencari rumah sewa. dari sentul ke cheras. penat naik public. lepas kerja cari masa pergi tengok rumah. 

dan Julai, juga bulan bertuah aku la, masuk-masuk terus dapat pergi Kursus BIM. kursus yang aku aim nak dapat certified dan nak pandai guna. sebab dah masuk team BIM wajib la kena tahu. dan. bila belajar tu, boleh la faham dan tahu dah trick and tips sikit-sikit pasal revit tu. 

itu je la, highlight Julai. 


OGOS 

masuk-masuk Ogos tiba-tiba kena pergi Kursus. 5 hari straight berkursus. excited la sikit sebab baru masuk kerja kan. kursus ni kira macam suaikenal la. berkursus di Melaka. tak ada apa- apa sangat untuk up cerita bulan ogos. 

cuma, kena kejar cukupkan kursus 40 jam. dan projek-projek aku banyak dh onsite. jadi tak ada apa sangat yang segera aku perlu siapkan. jadi, aku punya kerja santai je dulu untuk awal-awal ni. tak tahu la nanti datang kena design. masak. 

so, aku banyak fokus pada dokumentasi la. belajar pasal projek. kena baca fail. sebab kena tahu proses dan apa yang belum selesai. dan kena la buat connection dengan segala disiplin yang lain. Perancangan, jurutera, arkitek negeri. 

dan, untuk sambutan hari merdeka. pertama kali tengok orang buat raptai perarakan merdeka. memang teruja la. bermula dengan pemasangan kelengkapan khemah dan kerusi sampai la ke hari sambutan. tahun ni memang meriah la. aku dah puas hati. nasib tak pergi masa hari kejadian. 

sebelum ni tak peduli sangat pasal sambutan ni. tapi sebab raptai tu depan ofis, memang la kena turun dan tengok. ambil peluang. harap-harap tahun depan dapat tengok lagi. aku yang tengok raptai ni pun dah teruja apatah lagi yang turun tengok pada hari kejadian. sampai viral tu. 

tapi sayang, semua gambar dan video aku hilang sbb aku delete dalam google photo. dan google photo delete sekali yang dalam phone. kecewa sungguh. tak ada rezeki. nk kongsi. sempat kongsi dalam status WA je la waktu hari raptai tu....sediiiiih.


SEPTEMBER 

masuk september pula, tiba-tiba dapat makluman kena hadir mesyuarat arkitek, tapi aku tak pergi walaupun wajib sebab aku dah beli tiket balik kg. logik dia memang aku tak salah pun. sebab aku rancang nak balik awal bulan 8 lagi. jadi aku terlepas majlis mesyuarat tu. miss the excitement. tapi aku puas hati dapat balik sebab jumpa orang-orang yang aku hargai. dan orang -orang yang buat kau gembira dan bahagia. 

dan sebab aku cakap aku nak cuti balik kampung, aku kena turun pergi tengok site juga. antara dari 6 projek yang aku kena tanggungjawabkan. 

aku balik tapi tak tidur rumah pun. tidur hotel. kira staycation from hometown la. bila lagi nk merasa tidur hotel. dan lepas ni pun, kalau nk balik satu malam je la. pergi site dan balik. tak da teruja balik kampung untuk jumpa orang yang sepatutnya. lagi pun am not that important person. 

september ni, aku pun gila pergi TALK, lagi-lagi kalau dapat merchandise. kali ini, aku perasan aku dah tak malu nak tegur orang. maksud aku, kalau orang tegur aku layan tak da malu segan. dan aku dah boleh buat conservation with stranger.

cuma, dah tiga bulan ni nampak la perangai-perangai orang. aku lah yang makan hati sebab hati tisu. aku penat nk terima kejutan perangai tu. aku dah la tak ada orang nk sembang. kalau yang nak sembang pula, jenis yang cakap banyak sampai aku nak cerita dan nak selit pun susah. padahal topik yang disembang berulang-ulang. sampai aku dengar dan boleh cerita balik. 

jadi, emosi macam roller coster. sekejap ok sekejap menangis bawah meja. memang sangat la susah nk handle emosi ni. aku dah la penat nk layan orang sekeliling tapi orang tak nak faham, aku suka stay dalam bilik sbb aku tak perlu nk sembang banyak. masa aku untuk diri sendiri dalam bilik je. tu pun ada yang terjah macam tu je. 

aku sejujurnya penat. penat sangat. so, bila jumpa orang yang dah lama aku tak jumpa. aku suka sangat, aku boleh sembang cara aku. sembang benda yang aku suka. sembang macam-macam benda. kalau jumpa lama pun, takkan habis. 

dan kerana emosi roller coster, rutin yang masih lagi kacau bilau, aku sampai lupa nk update blog. juga terpengaruh dengan orang cakap, aku tak da FB. aku tak instagram. dan aku sampai tutup blog untuk sementara. dan aku terus lupa nk update blog. 

so, lepas ni aku pastikan aku update setiap minggu. lagi pun, bukan orang baca blog aku. lepas oktober aku buka balik blog ni. 


Wednesday, July 13, 2022

Tutup sementara

untuk update Julai ni terpaksa tutup dulu untuk public. sebab rasa macam buat kesalahan besar je. padahal tak ada apa-apa pun. cuma bila orang kalut, kita pun kalut. kalut yang orang nampak tenang. padahal dalam otak ni, rasa macam dah berapi. nak jerit pun ada. nasib baik tak hantuk kepala ni. 

bukan tak jujur, tapi rasa macam tak penting. dan blog ni pun bukan orang tahu pun. dan. ramai dah tinggalkan dunia blog. aku je yang rajin update dari tahun lepas. sebab blog terapi untuk aku menulis separuh perasaan. 
 
tengok la bila rasa dah tenang dan tak ada rasa ancaman, buat view untuk semua. lagi pun siapa je yang baca blog ni selain tuan badan sendiri. ha-ha. 

ok, pendek kali ini. sebab rasa urgent and rush adrenalin. 

Sunday, July 10, 2022

Berlalunya Jun

 kalau tengok tarikh rasa tak nak lalu bulan Jun. bulan sedih. bulan perit. 

tetapi bila keluar tarikh berita gembir. Jun menjadi Juneuphoria. tiap-tiap minggu ada sahaja aktiviti hujung minggu. 

sebab sibuk dengan benda-benda untuk hijrah ke kehidupan baru. sampai update blog untuk bulan jun tiada. 

bermula dengan cuti agong, cuti umum. petang hari sebelum cuti, geng-geng ofis duk cakap nak pergi berkelah di Lalang's. dengan hanya cakap terus jadi, balik kerja terus confirm pergi. maka, bermula lah aktiviti luar dengan geng ofis. masa ni tak tahu lagi bila tarikh lapor diri. 

bila pergi Lalang's tu la, jadi gila nak main air. seronok berendam. rasa segar. lupa segala rasa kecewa, sedih dan murung. tenang. dah macam terapi.

lepas Lalang's singgah Lata Kashmir, dekat Lata Kashmir rasa nak mandi pusingan ke-2. Lawa dan air pun jernih. lagi best nak berendam. tapi layan view je la. dan balik.

and the who know, in that week. I recieved email for lapor diri. dan Lapor diri adalah 1hb Julai. dan perancangan cuti ke pulau dah kena list out. hu-hu. tak ada rezeki nak bercuti dengan geng ofis. 

lepas dapat tarikh tu, masing-masing plan trip ke mana-mana untuk luangkan masa bersama. ada lagi tiga minggu sebelum letak jawatan. 

dan bermula la trip yang gila-gila untuk bulan Jun. bermula dengan kayak. Kayak pun unexpected plan. rancang hari isnin atau selasa gitu la...dan book tarikh dan pergi macam tu je. Second bos yang bayar semua. dan kenangan dengan selipar ala croc. 

mungkin cerita kayak tu kena tulis satu entri khas la kot. harap-harap ingat la. kisah hanyut dua kilometer. 

lepas cerita kayak pula, minggu berikutnya pergi daki bukit pula. Bukit Panau. lepas daki bukit pergi lagi Lata Kashmir untuk kali ke-3. dan kali ini betul mandi dan berendam sampai puas hati. 

dan minggu yang terakhir, second bos bawa pergi ke Pantai Nusuk. ha, amik kau. dari Lata ke bukit ke pantai. pakej lengkap. 

memang busy la jun, busy berjalan. dan minggu terakhir jamuan di KB Brewster. ingatkan dah tak merasa dah. tapi Alhamdulillah, dan paling best dapat merasa juga durian dari klien. ha-ha. padan dengan kek pandan pula. 

dan tamat la perjalanan dan pengalaman kerja di sana. lapor diri dan balik. balik kelantan untuk ambil barang. second bos ajak lagi keluar mengopi. tak sempat nak rasa rindu. ha-ha. 

bila dah lapor diri, second bos datang pula ke KL hantar drawing projek kerajaan. dan jumpa lagi. macam happy pills. semoga ada peluang untuk balas jasa mereka. 

itu je la untuk kisah jun. kalau sempat update kisah kayak dan daki Bukit Panau. 

welcome July with full surprise and new adventure begins. 


Saturday, May 28, 2022

Mei Kesedihan Berlalu

 sebab tiada benda yang buat aku gembira untuk bulan ini. aku tak mampu nak tulis. nak kongsi apa yang berlaku untuk mei ini.

Raya sakit. dengan penuh kesedihan. melawan rasa nak hidup. yang orang nampak aku hanya ikut perasaan. orang lupa aku sakit. dan aku tutup pintu harapan dan sentiasa ingatkan diri supaya tidak fikir lagi. 

oh, aku ada berita gembira pada April tu. 27 ramadan tu. berita gembira. mungkin aku dah tulis. tapi itulah hari terbaik. dan ramadan yang aku rindukan sangat-sangat. kerana bila aku melangkah ke dalam masjid tu, semua overthinking aku hilang. tutup rapat. dan aku tenang. kalau boleh iktikaf, lama dah aku pergi.

seminggu cuti raya adalah azab. seksa. melawan rasa sendiri di tingkat kayangan. aku masih lagi bergelut sendiri. menanti hari untuk keluar. dan aku juga menahan diri dari fikir-fikir yang negatif. 

alhamdulillah, aku survive untuk seminggu cuti raya tu. dan temujanji yang aku pergi penuh dengan drama air mata. itulah kali terakhir aku buat begitu. cukup la dengan tiga kali temujanji sekali sahaja hadir bersama. dan aku takkan lagi memilih menghampiri sempadan itu lagi. aku melangkah ke belakang kerana sakit itu tak pernah padam. setakat itu sahaja hormat aku. setakat itu kasih sayang untuk aku. aku takkan minta lagi. aku takkan berharap lagi. dan sentiasa ingatkan diri, bukan masanya lagi. aku perlu bahagia dengan cara aku. aku bahagiakan minda aku. bahagiakan hati aku. 

menguruskan dokumen yang berkaitan dengan berita gembira itu, tetapi aku diuji. doktor pun acuh tak acuh sahaja. buat aku lagi anxiety. mencari ketenangan dengan dada dah rasa nak hancur dengan degupan berdebar-debar tu. seminggu yang mendebarkan. macam drama suspen thriller sahaja. tapi aku sahaja yang tahu. mencari ketenangan tu bukanlah senang. berdoa. mencari sahaja ruang yang boleh tenangkan diri. infaq. solat dengan sungguh. berdoa dengan sungguh. mencari peluang kebaikan untuk cari tenang. tadabbur ayat-ayat yang sangat dekat dengan hati. 

dan alhamdulillah, berita baik. dan aku mencari peluang kebaikan untuk luahkan rasa syukurku. dan aku lega. dah boleh senyum sampai telinga. dan sekarang bersedia untuk melangkah ke dunia yang aku akan bahagia. dan aku perlu bersedia dengan segala cabaran. inshaALLAH. 

tulis berlapik memang orang takkan faham. nanti dah confirm tarikh kita war-warkan lagi. sekarang ni berdebar tunggu tarikh dan penempatan. duk doa biar dapat yang dekat-dekat. 

dan untuk graf emosi bulan ni sungguh la naik turun. tapi aku dapat kawal. aku meraikan rasa itu. berbanding dulu rasa hilang percaya diri. apa lagi percaya orang lain. aku hanya fikir untuk diri sendiri. malas nak betulkan keadaan. sebab keadaan ni sama macam dua tahun dulu. dulu aku mengalah kerana hormat. tetapi sekarang aku tak nak mengalah kerana perasaan aku juga terluka. dan aku kena jahit hatik yang hancur dengan jarum yang paling halus dan benang paling halus sebab aku tak nak nampak hati aku berparut. ada bius pun dah lali. dan kali ini, aku jaga hati aku dulu. aku pilih untuk tenang. 

dan,

apa yang patut aku lakukan pada pemilih nama bahagia ini kerana ia punca air mata aku? 

susahkan? tapi tetap tiada ubat untuk aku sembuh. 

terakhir,

satu-satunya entri untuk mei ini. 

Saturday, April 23, 2022

Fasa ketiga Ramadan

 dah masuk 10 terakhir ramadan. 

sepanjang 20 hari ni, ingatkan adalah masa nak buat itu ini. tetapi lagi sibuk dari hari biasa. walaupun balik kerja pukul 4, kejar nk jemaah solat asar. kebetulan masjid ada tadarus, join la sekali. ada juga buat masjid hopping, ingatkan ada masjid lain buat tadarus lepas asar. tapi masjid tu je buat. lekat gi situ la. tadarus tu habis satu juzu terus. ikut hari puasa. melekat di situ. 

dah habis tadarus baru kalut nak cari makan iftar. masjid ada je bagi makanan iftar tapi tengok yang beratur pun ramai. jadi, berikan peluang mereka yang mungkin kurang berkemampuan. kita beli je la buat sedekah cara lain. 

balik rumah, dekat2 waktu buka puasa dah. tunggu iftar, maghrib. isya sekali dengan terawih ikut masjid mana nak pergi. jadi, masa tu kena lah fleksible. maksimum sampai pukul 10.30 malam. ikut habis terawih tu la makan ubat. layan phone kejap and tidur. sebab nak bangun sahur pula. 

gitu la rutin hari-hari. puas hati. 

dan itu lah setiap kali ramadan, mesti journey dia berbeza-beza. nak cari ruh ramadan tu kena usaha, kena cari suasana untuk hidupkan ramadan. 

zaman duk australia dulu, walaupun sorang-sorang boleh buat ruh ramadan tu ada. walaupun tak hari-hari pergi masjid. terawih sendiri dekat rumah. dan tak ada bazar ramadan, buat makan iftar sendiri. 

tahun ni pun, tak bersungguh nak food hunting cari makanan viral. makan sekadar nasi dan air kosong je. kadang-kadang je cari air manis. sahur pun sama. tak fikir nak masak. makan apa yang senang makan - ready made je. menariknya, makan cukup macam tu tak rasa kenyang sangat dan tak rasa lapar sangat masa puasa. dan nafsu makan pun tak membuak-buak. 

ada orang kata, sahur kena makan nasi. ada yang orang, bukak puasa kena makan nasi. dan aku, sebab dah lalui masa tak ada nasi, boleh saja survive. tak makan nasi 3 hari pun ok. tapi bila rasa badan macam lemah sikit baru cari nasi. kalau dapat kawal nafsu makan dalam bulan puasa ni. inshaAllah lepas ni boleh je buat. sebab utama makan tu, nak dapat tenaga. dan jaga badan juga pada masa yang sama. kalau dah genetik ada kencing manis, kena kawal la makan tu. jangan makan berlebih -lebih. 

bulan puasa ni juga, berusaha untuk doa banyak. doa yang kita nak sungguh. setiap kali ada masa doa. jangan putus asa. sebab Allah akan makbulkan doa tu dengan cara kita tak sangka. kena minta sungguh. mungkin bukan sekarang tapi mungkin lepas ramadan. siapa tahu. 

Ramadan memang bulan keberkatan. kalau dapat ruh dia. tahun ni, goal lain niat nak sedekah hari-hari. sebab nak buat hari-hari, jadi mulakan dengan RM 1. sebab nak bagi RM 5 rasa macam berat sangat dengan gaji ciput ni. dapat buat RM 1 ni dah rasa lega dan lapang hati. dan tak fikir dah apa yang orang kata. sebab bukan nilai yang kita nk tgk, tapi istiqamah dapat buat infaq ni. 

tengok la, ada lagi tak entri untuk ramadan ni. sebab macam-macam pelan dah untuk raya ni walaupun tak semangat nak raya. 

Saturday, April 02, 2022

Empat bulan Hari pertama

sepatutnya aku update 1hb. tapi ralit buat benda lain, tak terupdate la. jadi, kekalkan tajuk sambung buat entri. 

tak ada apa sangat nak tulis. mencari kekuatan. mencari keyakinan dan kepercayaan diri untuk aku tulis apa yang aku rasa untuk tiga bulan pertama ini. berat untuk aku tulis di sini. 

sebabnya.

aku cuba self love in the end self destruct. aku sedang bina kekuatan tapi runtuh berderai. hancur sehancur-hancur. sehingga aku berharap aku diselamatkan tetapi aku hanya dibiarkan rawat luka aku sendiri. sakit. 

menanti sebuah harapan yang tak akan tumbuh. sebab biji dia aku tak pernah semai pun selama ini. kalaupun aku semai, aku tak pernah siram dan baja ia. tetapi aku berharap ia tumbuh subur. aku sendiri tak pandai nak jaga tapi harap ia akan jadi. 

tiga bulan aku menanti. mungkin saja ada effort yang dilakukan tapi bukan seperti yang aku harapkan. aku terima tetapi akhirnya aku yang kecewa. kecewa yang berkali-kali sehingga aku tak mampu nak ubah apa-apa dan berharap apa-apa. mungkin aku berharap lebih dari yang aku patut dapat. tamakkan?

biarlah ia begitu. tetap begitu. pegun. jangan berubah. bukan aku tak nak bertindak tapi aku takut aku terluka lagi. sebab aku tak ada pun kubu pertahanan yang kukuh. kalau aku lawan pun, aku yang kalah. aku yang salah. aku yang kena mengalah. aku takut untuk melangkah lagi ke arah itu lagi.

aku rasa sekarang bersyukur sangat-sangat ada serpihan kebahagiaan yang sempat aku simpan. mungkin setakat itu sahaja untuk aku rasa bahagia. aku tak mampu nak gembira lebih. sebab aku akan banyak sedih. sedih aku. murung aku akan lebih lama. bukan yang aku nak sedih lama. murung lama. down. 

bukan niat aku nak jadi murung lama-lama. seperti yang aku cakap aku self-destruct sampai aku lupa aku down terlalu. terlalu tinggi aku jatuh. terlalu dalam aku lemas. dan, aku bangkit tu, aku kena cuba banyak cara. jangan fikir banyak. layan sekejap. kemudian lawan balik. ada masa aku blank. sampai aku hilang rasa. 

sehingga bila tengok kalendar, dah nak raya. aku kena fokus goal aku. semoga bulan april ni aku boleh bangkit balik. dan lawan dengan kaedah lain pula. 

entri Ramadan tu, next la pula. hi-hi. 

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK.

Quotes 2008

 untuk rujukan la kot. 

dah tulis dalam buku. bertarikh 15.10.2008. 

sebagai tanda ingatan 
lebih kerap guna sel otak, 
lebih banyak ia tumbuh, 
lambat berkurang, tak berkarat,
bersabar dalam menggunakannya,
Ia tak datang dengan cepat, 
Be patient. 

Biar kering air mata menitis,
tapi jangan biar hati kering, 
basahkan bibir menyebut namanNYA,
agar hati sentiasa hidup sububr. 

Wednesday, March 23, 2022

Left Wisdom Teeth

tarikh yang sepatutnya aku buang gigi adalah 27.02.2022 tapi tarikh keramat bertukar kepada aku positif covid. minggu yang benar-benar aku stress.

lepas habis kuarantin, 09.03.2022 aku pergi temuduga. temuduga habis awal dan aku amik cuti satu hari. aku pun singgah la hospital. bawa surat, nak minta tarikh baru. 

tarikh tu, aku pergi. ada doktor tu cakap, lain kali call dulu. aku boleh terima dia cakap kalau waktu tu ada patient beratur panjang. tapi tak. dua atau tiga orang je. tak ramai pun. nasib baik partner dia yang cakap. kalau tak memang aku marah la. 

doktor tu kemudian cek, tengok gigi aku. aku pun buat x-ray sekali lagi. rugi hari tu patut aku amik gambar x-ray aku tu. tapi sebab partner doktor tu la. dan doktor tu pun lupa nak bagi slip resit pada aku. sebab...tunggu. lepas settle tu semua, doktor bagi tarikh baru. which is dua minggu lagi. lebih kurang la. aku pun ok je. 

dan tiba lah minggu aku nak operate, boleh pula ahad tu aku kena sakit perut dan cirit birit. sakit perut sampai aku nak gerak pun sakit. sakit pun aku tak tahu terang macam mana. bila aku pergi jumpa doktor, aku bagi ubat pada aku baru aku rasa lega. dan doktor bagi mc dua hari. sebab nampak aku macam lemah. memang lemah wei. sampai ke malam. esoknya baru lega. lepas ok tu, baru la aku decide nak operate. masa sakit tu, aku dah stress nk fikir hari operate tu. boleh ke tak buat. 

doktor ada juga cakap ke sebab awak nervous nak operate sakit perut. entah la. aku tak pasti. ada juga datang perasaan tu tapi aku tak bagitau doktor tu aku ada anxiety. 

hari nk operate, aku pergi sendiri. sebab masa aku sakit hari ahad tu pun aku pergi sendiri. tak payah nak harapkan orang. aku sakit pandai la cari doktor sendiri. settle parking. aku naik atas tingkat lima. tunggu la sekejap. dan waktu aku, orang kaunter panggil. kena bayar RM53.00. aku terus cakap saya rm100. doktor tak cakap pada saya kena bayar rm53.00. aku dah pernah operate sebelum ni, aku expect Rm50 je. weiii....geram juga la. pandai2 je suruh aku turun bawah tukar duit. kau ingat ada orang nk bagi kau duit pagi-pagi buta macam tu. aku diam sekejap. fikir sambil buat muka stress depan orang kaunter tu. memang uji sabar aku la. 

satu kerja balik kena turun bawah tukar duit. nasib baik la otak aku boleh fikir lagi, beli benda lebih RM10, dapat la duit pecah. kalau tak dapat rm3 tu, pandai-pandai la orang atas tu settle. dan aku beli roti croissant dua dan air coklat sejuk. 

dapat la RM 3 tu. aku naik dan bayar. tunggu sekejap. doktor panggil aku. doktor perempuan. doktor pakar aku rasa sebab dah macam mak2. sebab dia lembut dan tenang, aku rasa ok je cuma aku memang nervous.

mula-mula doktor tanya aku breakfast apa? aku cakap makan roti dan minum air kosong. dan kebetulan sebab aku ada air coklat. dokor suruh aku minum air tu dulu. minum la sampai habis sambil borak. doktor tanya nak mc, aku cakap aku nak masuk kerja. mesti doktor tu pelik. aku cakap la aku dah dua hari tak masuk kerja. risau. masa tu ada patient lain juga, sibuk nak tahu pasal aku. aku malas nak cakap aku kerja apa. mungkin next week aku patut bagi kad aku. ha-ha. 

habis minum, kumur-kumur mulut. doktor pun terangkan la pasal gigi aku. dia nk buang sikit tulang aku dan cabut. dan nasihatkan aku, jangan makan makanan panas. yang sejuk-sejuk boleh. aiskrim. ais semua boleh. nak makan nasi biasa pada hari kedua dah boleh. nasi yang baru lepas masak tu, lembut, boleh makan. kumur dengan air garam. doktor ada provide. boleh gosok gigi macam biasa. cuma untuk hari pertama tak perlu untuk aku kumur untur berwuduk. dan letak ais untuk kurangkan rasa sakit lebam, dan aku akan rasa bengkak sampai tiga hari. lepas tiga hari baru bengkak akan surut. 

dah habis explain semua, aku bukak tudung aku. tarik sampai cover kepala dan pin tudung kena longgar sebab nak nganga. nasib baik aku tak pakai shawl. kalau tak jenuh. ni tips la kalau pergi cabut gigi. pakai tudung biasa je. kalau pakai tudung instant pun susah juga. sebab dah siap jahit. susah la kau nak nganga. bijak tak aku. 

doktor sapu iodin separuh muka aku. tutup muka dan bius ubat kebas. dan mula lah operate. aku dengar la mesin drill tu, entah berapa kali dia buat aku tak tahu. tapi aku nak lawan anxiety tu. sampai menangis beria. sampai doktor pun tak faham. tapi doktor baik sangat sebab sabar dan layan karenah drama aku. sampai habis operate pun aku nangis lagi. balik rumah tu kalau boleh nak sambung lagi tapi sebab tak ras sakit sangat. kering la air mata tu. 

masa tengah operate tu, doktor tanya la aku cabut belah kanan dekat mana? aku cakap JB. doktor faham la aku trauma. mana tak trauma, tekan aku macam nk cabut rahang tu. sakit gila. dan kali ini, doktor soft sangat, drill-drill dan tarik2 aku tak rasa sangat. nak habiskan drama gigi ni ambil masa satu jam juga la. 

lega la lepas tengok gigi dah selamat keluar semua. entah la, masa operate tu dapat nasihat inpsirasi dari doktor, tiap2 orang ada ujian dia sendiri. kiranya gigi aku ni, salah satu cabaran untuk aku la. 

habis operate, doktor discharge dan aku kena datang balik untuk bukak jahitan nanti. 

dan doktor bagi mc sampai tiga hari. tapi kalau aku fit untuk kerja, masuk la kerja nanti. aku pun on la. 

lepas balik tu, ingatkan demam ke apa. tak ada apa-apa. sakit sikit je. macam kena semut ke sudah dan aku boleh tidur dengan lena. ha-ha. tak sangka. bangun pagi esoknya pun still, tak ada sakit berdenyut macam sebelum ni. jadi aku nak masuk kerja la hari ke-3 nanti. 

entah apa yang berlaku aku pun tak tahu. tak ada sakit tak ada apa. rasa rahmah sungguh. alhamdulillah. kalau orang tanya, aku boleh rekomend doktor tu.  

Saturday, March 19, 2022

SPA 41

 terlupa nak kongsi cerita pengalaman temuduga SPA pada 9hb Mac 2022. 

Hari ke-10 kena covid. kena la tulis macam tu, sebab kalau buat test hari ke-7 tu positif maknanya kena kuarantin sampai hari temuduga la. alhamdulilah, hari ke-7 negatif. boleh la proceed urusan untuk temuduga. 

kena muat turun segala sijil dalam myresume, dan bawa sijil ikut susunan. Dan, sebab jawatan aku arkitek, jadi kena la juga bawa portfolio. Sebab aku buat saiz A3, adalah dekat 40muka surat, jadi banyak la cost printing. Kerugian hampir RM100 untuk print warna. 

preparation temuduga lain, aku adalah juga belajar pasal background KKR tu. memang berdebar. 

pagi tu, aku punya sesi pukul 8 pagi. kira untuk sesi aku, dua orang. Sesi pukul 9, dua orang. aku agak je. sebab masa aku sampai, aku dan seorang budak laki. 

kemudian, lepas pukul 9 baru datang dua orang lelaki. aku tak pasti ada tak sesi pukul 10. 

tapi setakat aku tengok senarai macam tak ramai. kurang dari sepuluh orang je. mungkin 6 orang. entah. 

kira masa aku temuduga tu, aku seorang je la perempuan dan tiga lagi lelaki. 

masa sampai, kena daftar dulu. dan naik ke bilik temuduga. tunggu ikut nombor giliran. 

oh, sebelum tu, aku nak cerita juga, selain jawatan Arkitek ada  juga temuduga untuk jurutera J41. Untuk jurutera ramai sikit. adalah dalam 6 orang tak silap. dan ada juga sesi online yang kena positif dan tak dapat hadir. 

aku jealous la jugak, sebab untuk sesi aku ni, Jurutera ni semua dari J29, kira nak naik pangkat atau naik gred la. seronok diorang sembang pung pang sampai tak peduli sekeliling. sebelum diorang naik, aku sempat la dengar soalan2 temuduga bagi pihak jurutera ni. aku rasa, ok boleh jawab. 

bila budak laki yang interview dulu dari aku pun, aku sempat juga la dengar soalan dia. dan lepas tu aku terus dapat anxiety. lama juga la. aku tak boleh nak fokus dah. 

budak laki tu, lama gila sesi dia. adalah hampir satu jam. aku macam, weh lamanya mesti dia dapat ni. cuma silap sikit dia tak bawa portfolio. aku agak mungkin dia baru habis belajar. agak je la sebab nampak segak je. sijil dia bawa tebal weh. adalah tiga kali ganda aku. memang cemerlang la. 

sijil aku nipis je. hu-hu. 

then, bila turn aku. aku masuk. bagi fail sijil dan portfolio. dan duduk. sedia untuk temuduga. 

tapi......

soalan pertama aku dapat, ok jual diri you. apa....? aku macam blank, macam mana nak jual diri. aku mula la goreng segala. 

penemuduga potong aku, cuba awak bagi value yang ada pada diri awak....dan aku terus blank. cuba cari perkataan yang sesuai. dia tak nak dengar aku goreng. dia nak aku jawab satu atau dua patah perkataan sahaja. macam am good in communication skill. am a good team player. gitu je. 

kemudian soalan yang aku tak dapat jawab juga. 

cuba bagitau visi dan misi. weh,,aku baca tapi aku tak hafal. aku duk hafal fungsi dan strategi dan rancangan sesi 2022- 2025 untuk kementerian tu. 

aku rasa nak jerit je. dia tak da tanya pasal job scope aku. tak de tanya pasal projek ke apa. 

maka berhu-hu la aku. 

soalan lain lagi, apa maksud quality? huh?

penemuduga tu cakap la - quality tu fit to purpose. kiranya aku ni tak fit la. tak da quality yang dia nak la kot. 

failed. dan failed. 

soalan terakhir, kalau dapat sabah sarawak atau johor, awak nak ke? 

aku jawab la nak, memang aku tengah nak lari sekarang ni. 

itu je la soalan yang aku ingat. ada lagi benda lain lagi yg tak penting sangat dia. 

yang temuduga aku dua orang, seorang pengerusi dan seorang ahli. nama, aku tak ingat. aku tak tengok pun nametag tu. 

dan sesi temuduga aku tu 30 minit je. memang rasa tak ada harapan la. 

ada yang cakap, benda basic mcm tu pun tak boleh jawab. hu-hu. mana la aku tahu. si penemuduga pun macam tak percaya aku tak ada kawan kerja di kementerian. tak ada. memang tak ada. aku belajar taylor. aku kawan dengan cina je. mana ada kawan melayu. bila dah kerja ni baru kawan dengan melayu. pandai-pandai dia je cakap aku tak ada kawan. 

dan siap cakap lagi kalau nak kenal orang kena tahu background dia. aku patut jawab je, saya tak setuju sebab saya selalu kena friendzone. kita risik2 pun nanti kena reject. seharian la aku duk kecewa dengan soalann visi dan misi tu. 

lepas tu, bila masuk kerja, ada la yang pujuk. sebab dah ada banyak pengalaman dengan temuduga tu. kira ada rezeki ada lah. aku tak tahu nak berharap ke tak. memang kecewa lagi ni. ready nak cari kerja tempat lain dah lepas raya ni.

pengalaman pahit la dengan interveiw SPA ni. aku interview di private firm ni sempoi je. memang sembang macam kedai kopi je. tak da nak tanya soalan skema macam tu. 

Saturday, March 12, 2022

Home Isolation

 Akhirnya aku juga disahkan positif. 


14.02.2022

bermula dengan bos besar aku tak nak kuarantin selepas anak dia positif. padahal menantu dia kuarantin, menantu dia tu bos kecik aku. kira bos yang deal dengan aku kalau apa-apa projek. seminggu la dia pergi sana sini tanpa rasa bersalah. dan juga penakut sebab dia tak nak buat test langsung. kira bos aku ni in denial. benda macam tu pun dia tak nak buat. dan kesannya berlaku bila second bos aku disahkan pada akhir minggu tersebut (17.02.2022)


17.02.2022

lepas second bos aku positif, masing-masing pergi buat test. test tu buat pada hari pertama second bos aku kena positif. kemudian second bos aku kuarantin. hampir seminggu. 


23.02.2022

dan dalam tempoh seminggu tu, adik aku positif. bagi aku, aku bukan close contact dengan adik aku sebab aku memang tak bercakap dan x jumpa dia. 

ofismate semua tak percaya. aku tahu. tapi aku tetap cakap begitu sebab diorang tak tahu, since januari 2022 lagi aku tak pernah duduk bawah, lepak-lepak kerana kejadian yang buat hati aku kecewa dan luluh. tapi biarlah yang tak tahu. 


24.02.2022

selepas adik positif, sorang lagi positif. dan cukup seminggu second bos aku kuarantin, ofis aku nama Y, ada simptom. awal-awal dia buat negatif. begitu juga aku. 

Y ni mula simptom sakit tekat dan batuk. sama seperti aku. tapi malamnya lepas balik kerja aku mula rasa sakit kepala dan sakit badan. nak tidur pun tak selesa wei. aku dah mula makan panadol. dan Y buat sekali test tu, sekali sahaja. 


25.02.2022

aku test pagi-pagi masa aku bangun tidur. tapi waktu ni aku masih lagi negatif. walaupun tak selesa badan dan sakit tekat. 



28.02.2022

tapi bila hari ketiga simptom aku tak hilang, dan sebab aku ada appointment dengan doktor gigi, aku buat la test sebelum pergi tu, aku buat nasal swab, jolok hidung orang kata. dan seperti yang aku jangka, aku positif. terus tak jadi pergi appointment. kena kuarantin la seminggu.  

dan aku yakin aku positif dari office bukan dari rumah. sebab orang dalam rumah aku, dua orang sahaja yang positif, yang lain negatif. dan aku bila dua-dua tempat ada positif, lagi la kuat virus tu melekat pada aku. 

dan si Y, aku tak tahu status dia sepanjang aku kuarantin. tetapi setakat pemerhatian aku,  sepanjang aku kuarantin tu, Y tak ada buat test, dia hanya MC sahaja. 

dan untuk waktu aku kuarantin, ada lah drama yang menyedihkan aku. aku juga stress sebab duk fikir minggu depannya aku ada temuduga SPA. risau kalau aku kena kuarantin 10 hari. 


04.03.2022

aku buat lagi sekali test, sebab aku baca kalau hari kelima negatif, hanya kuarantin sampai hari-ketujuh. mula-mula ingat tak payah buat dah. tapi atas nasihat kawan aku buat test pula hari ketujuh.


06.03.2022

alhamdulillah, aku negatif dah. jadi boleh masuk kerja. dan aku ada appointment dengan psikiatri pada tarikh ni tapi aku tukar 7hb sebab aku dah habis ubat dan aku perluk consult dengan doktor pasal temuduga aku. 


07.03.2022 

dan bila aku masuk kerja balik, si Y tu masih lagi tak hilang lagi simptom. bagi aku dah terlambat dah untuk dia buat test tu. dan dia tak ada ambil apa-apa ubat. tak inisiatif langusng. aku tak guide dia beli ubat sebab dia ada kakak kerja doktor kot. yang patut dia consult kalau dah ada simptom begitu. entah apa dalam fikiran dia. 

bila aku masuk kerja, si U pula ada simptom. si U dan si Y ni sama-sama ada simptom since aku positif lagi. tapi aku tak tahu diorang punya action mcm ni. dan lepas aku masuk kerja, si U ni positif pada hari kedua aku masuk kerja. 

pada aku, si Y ni walau negatif sekarang dia tak aware, benda ni boleh kena berkali-kali sebab sepupu aku lagi sekali positif. dan ia la sangat berbahaya bila dah kena banyak kali sebab dia akan rosakkan organ dalaman badan. 

aku memang tak puas hati la sebenarnya tapi biarlah. aku kena lepaskan, sebab kalau aku fikir lebih pun aku yang sakit hati. dan inilah masalahnya bila kau tak buat dengan betul. aku nasihat pun tak nak dengar tapi dah menyusahkan orang sebenarnya. sebab orang kena fikir masalah kau. aku harap bila aku dah tulis sini, aku tak payah fikir lagi. 

satu lagi, aku harap-harap bos aku tu kena lepas ni. untuk minggu akan datang ni. sebab ada lagi yang tak kena dalam ofis tu. 

dan aku dah prepare bila dua line tu timbul. dah la frust ke apa. sebab semua yang aku kenal, ramai dah positif. so, sama ada cepat atau lambat je benda tu nak kena. kalau yang buat asyik negatif tapi masih lagi ada simptom bagi aku baik la kau pergi buat proper test sebab virus tu mungkin tak boleh baca pada test kit tu. 

aku rasa itu je la kot benda yang aku bebel. 

next, cerita pasal temuduga pula atau cerita tempoh aku kena kuarantin?  

Saturday, February 26, 2022

dua bulan 2022

 bak kata officemate, walaupun bulan dua ni sekejap tapi setiap hari tu terasa lama. bila tengok tarikh, baru belas-belas. baru puluh-puluh. nak tunggu gaji tu, alahaiii...lama.

untuk dua bulan ni, tiada apa yang menarik sangat. sedang melayan jiwa dan merancang perasaan. jiwa sekejap hidup sekejap terasa mati. bukan senang nak bangkit. bukan senang nak kata it's okay. i'm going well. I can take care of myself. I have to live on my own. I only have myself. I have enough happy life. I need to stop dreaming. 

dan untuk perancangan kerja, minggu lepas aku kira-kira. lepas raya nk resign. aku tengok tarikh. raya awal bulan mei. jadi, bulan april dalam bulan ramadhan tu aku dah patut job hunting dah. dan untuk march ni aku patut dah prepare portfolio dengan resume. 

dan sama-sama officemate pun, masing-masing mula mengejar cita-cita masing selepas raya juga. kerja sekarang memang la sangat selesa. tapi untuk perkembangan kerjaya tidaklah membantu. Kalau nak dapat Ar. aku kena cari peluang di tempat lain. walaupun aku ada sedikit tak yakin. 

oleh sebab jiwa aku lemas, aku patut merangkak balik untuk kembali ke jalan atau perancangan hidup yang aku sebenar yang mana aku dah susun disember hari tu. 

tapi kerana disaster disember, aku jatuh dan mati. untuk hidup kembali tu, aku kena hapus segala benda yang menghalang untuk aku hidup. kemas balik kotak-kotak lama. buang diari. buang baju. buang segala yang mematikan jiwa aku. hanya beberapa cebisan sahaja aku simpan sebagai bukti. tiada sisa -sisa kenangan untuk aku simpan. aku dan susun kotak aku, yang aku akan bawa bila aku dah dapat tawaran kerja nanti. 

 diari 2009, aku tangguh dulu sebab aku tak habis baca lagi. sibuk nak susun hidup dan hala tuju. 

untuk dua minggu akan datang ni, sangat penting aku. semoga baik- baik saja. semoga aku dipermudahkan urusan.

Saturday, February 19, 2022

2008

 aku habis STPM, aku kerja sekejap di koperasi sekolah. adalah sampai bulan 3 gitu. tak ingat. untuk 2008, diari aku merata. sekejap buku ini. sekejap dalam buku lain. emosi aku waktu 2008 sungguh la celaru. 

result STPM tidak berapa bagus. memang tak ada harapan nak sambung belajar dengan result tu. bila dapat tawaran dari unknown universiti dengan course yang aku nak, aku terima. 

berhenti kerja koperasi aku banyak duduk rumah. dan duduk rumah bukan pilihan yang baik. sebab duduk rumah aku tak buat apa-apa pun. tak buat kerja rumah. tak kemas rumah. tak basuh baju. hantar adik-adik pergi sekolah pun malas. bangun pagi pun lambat. asyik bergaduh dengan adik-adik kecik tu. sampai dikata aku tak matang. dan sebab tu sampai sekarang ni aku tak matang. asyik ikut perasaan. tak fikir perasaan orang lain. 

ada isu di rumah yang aku malas nak tulis. buat nak ingat sebab at the end yang akan disalahkan. better people misunderstood me. malas nak explain. dan better aku keluar rumah sebab tak susahkan orang. tak serabutkan orang. 

bila aku sambung belajar, aku culture shock juga. sebab walaupun aku tua dari semua orang, tapi dapat rakan serumah yang tak sembahyang. yang kata dia baik je walaupun tak solat. bulan puasa pula, puasa je semata solat tak. ada juga bulan puasa je solat. macam-macam. rasa nak juling mata. nasib baik la aku duduk sekejap je situ. adalah satu semester kemudian pindah rumah lain. duduk dengan orang tak kenal pun jadi isu juga. nampak sangatlah aku tak pandai sosial dengan orang. sekarang dah lebih 10 tahun dah, semua dah kahwin dah. ada anak, mungkin dah berubah la kot. 

aku cuba ingat lagi insiden-insiden lain, mungkin itu la kot. kalau ada, aku buat entri 2.0 la pula untuk 2008. 

next, 2009. 

Saturday, February 12, 2022

2007

bila baca balik 2007, pun ada isu dengan manusia. lebih-lebih lagi lelaki la. aku duduk asrama dan ada konflik dengan seorang kawan. entah la, aku rasa aku ni teruk bab sosial. aku tak ingat macam mana berlaku. tapi aku attack dia. sebab aku rasa aku rapat dengan dia dan habis macam tu je. sebab aku bukan sekelas dengan dia pun. 

yang lelaki pula. aku tak tahu kenapa tiba-tiba tak bertegur sapa. kalah orang perempuan. mungkin ada benda aku terlepas pandang. mungkin. sampai sekarang aku tak tahu sebab. bila habis STPM tu, hilang macam tu. dan dia nampak ok. 

ada yang aku tak boleh share sini. tetapi ada dalam memori aku. memori yang boleh buat aku senyum. memori manis. dan aku tak banyak sangat tulis tentang perasaan sebab aku terlalu stress nk STPM. paling aku ingat aku menangis sebab aku tak faham Kimia. dan resultnya aku failed dua subjek ni fizik dan kimia. 

lain-lain, aku cuba ingat.tapi tak ada yang significant sangat. aku suka memori 2007 tapi ia bukan memori yang pahit jadi tak ada peristiwa yang beri kesan pada aku. 

aku banyak main sms sebab masa ni dah ada telefon bimbit. ada masa aku sengaja salah hantar sms. ngek sungguh. dan aku banyak salin sms yang comel. tiba-tiba rindu nak sms dengan orang. beza dengan sekarang pakai WA. 

ok, next 2008. 


Friday, February 11, 2022

2005

 ingatkan tahun 2005 adalah tahun yang menyakitkan for me. yang macam painful. pedih. and traumatic. 

bila baca the diari that i'm writing. i'm thingking too much about others. about my friends. yang macam not serious study. had a chance to improve dan macam-macam. that's how i'm being distracted on focusing SPM exam. 

and i wasn't happy. i wasn't happy at school. i don't like that teacher. and mengata dia macam dalam buku. it was because i want score in that subject but i don't understand what dia teach. and until now, still don't like that teacher. and am now feel assured about that. 

than moving on, about the guy. and i keep mention his name in that diary. to surpassed him. the genius one. but how can i? the ordinary girl. and i'm out of league. at the end, aku pilih course jauh berbeza dari dia. cukup setakat itu sahaja cerita aku dengan dia. dan aku tak tahu dia tahu siapa aku. adakah sebenarnya wujud, aku tak tahu. biarlah. dah sepuluh tahun dah. aku rasa aku dah move on. and walk away. 

dan kisah aku dengan umi. i know and i remembered. bila baca balik. it was a month before SPM. and i broken. at the end, aku break her heart. sebab tu la aku dapat result SPM macam tu. habis SPM, aku tak tahu macam mana aku boleh move on. and ignore those situation. i did asked umi about this thing, not directly, just a hint. but ummi seem forget about it. sebab umi lupa, i won't mention it to her. i think better if she forget. and i remembered until now. sekarang sudah masanya aku lupakan juga. 

tahun ni juga, banyak effort aku buat untuk SPM. pergi tuisyen with unknown people. totally stranger. rasa tak boleh catchup. dan i remembered sempat la jadi tuition mate pada vespa and his friend. tapi vespa tak ingat pun kita. siapa kita ni. kita harap orang yang kita suka ingat kita tapi tak. kita ni tak pernah exist dalam memori dia. 

dan tahun SPM ni juga, raya dulu baru SPM. banyak la memori dengan sekolah. walaupun tak suka sekolah waktu tapi enjoy pergi sekolah sebab macam-macam program. 

what i did write in this year, more about school. aku rasa aku dah boleh lepaskan memori ni semua. 

next, aku tak ada diari untuk 2006 mungkin sebab aku banyak tulis dalam blog. tunggu 2007. 

Friday, February 04, 2022

2003

 rupanya aku dah buat diari dari tahun 2003, tapi aku tak banyak meluah. mungkin sebab kisah diari sekeping sekertas pada tahun 2001, aku jadi tak yakin nak luah betul-betul perasaan tu. 

dan betul, memori tentang lelaki baju biru itu. aku ni kalau malu memang takkan pandang orang dah, dan sampai sekarang aku tak tahu lelaki tu rupanya macam. kacak ke apa? aku tak tahu. memang betul-betul rahsia la. 

ada satu ketakutan yang aku tulis tapi aku tak tahu apa. 

dan aku banyak tulis perkara gembira sahaja. perkara sedih aku divert into motivation words and prays. 

cerita-cerita umur aku 15 tahun. PMR. Perpisahan. perkhemahan. aktiviti sekolah. aku banyak pergi camping. dan program JIM. tahun ni juga, banyak duk melayan nasyid dan konsert. rajin bebenor pergi konsert. zaman ni juga banyak dengar IKIM fm, sekarang dah kurang sebab terlalu cakap-cakap. tak da dah lagu nasyid. 

cerita crush pun aku tak tulis sangat. kecuali dia. diari seterusnya aku ada tulis nama dia. 

lepas luah tentang rasa aku pada dia, aku rasa aku dah move on. 10 tahun kemudian baru aku berani mengaku rasa aku pada dia pada orang lain. dan juga tergantung, apakah dia tahu perasaan aku. entah. 

dan aku ada tulis dalam diari seterusnya, dia ada chat online dengan rakan sekelas. setakat itu sahaja yang aku tahu, dan aku tak pernah bercakap dengan dia direct dari zaman sekolah sampai sekarang. 

tahun tu juga aku kehilang moyang aku, yang aku panggil MOK. 

dan ayah kena warded, sakit apa akut tak ingat. adalah seminggu ayah kena tahan. tak silap aku demam. 

arwah sepupu yang sakit leukimi meninggal. 

dan tahun bersejarah, mahathir umum perletakkan jawatan pada 31 oktober. ha-ha benda macam ni pun aku tulis dan aku pun tulis balik dalam blog ni. 

itu je la kot. oh, tahun tu juga Ali lahir. 

aku tak banyak emo waktu, tahun seterusnya aku jadi lebih emo. hu-hu. itu je la kot. 

tak da yang spesial sangat. 

Thursday, January 27, 2022

Tarikh Hari Lahir

 bila go through all my diari, aku akan sentiasa list birthday orang yang aku kenal. walaupun baru kenal masa pergi program sekolah. aku akan tulis semua. it become a habit.

dan untuk tahun ni, aku pilih untuk lupa semua dan ignore. mungkin setengah orang suka. tapi bila aku tengok balik, tak semua ingat hari lahir aku. 

aku suka raikan orang. cherish special day orang. 

aku banyak ingat semua benda-benda istimewa begini, perempuan kan. 

dan untuk tahun ini, aku tak ingat. tak nak sambut. tak nak ucap. 

walaupun hari jadi aku. tak nak dah tulis dalam mana-mana kalendar untuk aku. 

rasanya aku patut berhenti ingat dan raikan untuk tahun ini. 

tapi lesen aku tamat masa tarikh lahir. aghhhhhh

Wednesday, January 26, 2022

khayalan Ijab Kabul

 baca journal dan diari 10 tahun lepas, fasa belajar degree. awal 20-an. 

bila menerima jemputan kenduri dan tengok family member dah temu jodoh, takkan tak terpengaruh feeling rasa nak kahwin juga. 

10 tahun dulu, aku ada tulis pada fu mu aku pasal jodoh. dan aku ingat hanya ayah yang balas dengan sms. tapi muqin tak da cakap apa-apa. sungguh la aku kecewa. kecewa sampai sekarang bila ingat balik. tapi tak apa lah. dah 10 tahun dah. biarlah jawapan tu tergantung. tergantung sampai bila-bila. sebab sampai sekarang masih belum menemukan jodoh. 

dan, dalam diari tu i was dream and imagine if i met my soulmate. dan ciri-ciri suami pilihan. ha-ha. semestinya mestilah kacak. but i put in condition as kacak look in my eyes only. sebab level kacak berbeza pada setiap orang. sebab ada yang kacak jodoh dengan gadis biasa-biasa je. ada yang lawa, cantik, jelita dapat lelaki biasa-biasa je. so, kacak itu subjective sebenarnya. 

that year, aku nak kahwin dengan doktor sebab dia yang aku suka masa pelajar medic. tapi lepas cinta tak kesampaian, cari jurutera sebab baca novel jurutera hati saya. berkenan dengan nak cari kerja jurutera pula. kemudian bila dah kerja, nak cari macam bos pula sebab wife dia accountant, dan dia arkitek. rasa kool pula. yang pasti, tak nak doktor dah. ha-ha. and bila dah pergi aussie, dah tak kisah apa pun kerjaya dia. as long as i'm happy with him. tapi sekarang masih lagi bujang. kerja dalam company c&s pun tak nampak cahaya jodoh tu. 

dua tu je la kot nak highligt. 

that year juga, ada isi borang BM. ada soalan kelebihan dan kekurangan. masa nak isi memang blank. kalau jawab sekarang, who can handle my roller coster emotion. yang extrovert. sebab aku introvert. yang paling cool sebab aku mudah marah. ada lagi, tapi biarlah. 

and i remember i had conversation about jodoh with ayah in middle of road, means masa ayah tengah drive. he asked me if i met someone, what are you going to do? sebab masa tu dah fasa kerja, i say kalau boleh nak dapat part 2 dulu, but if he comes around i will adjust with life plan. and itu je la. and no more talk. 

in that diari, i did write like a letter to future husband. to say, if one day i met him, i will show him those letter. BUT, sekarang buat keputusan nak lupuskan semua diari tu. or may be i should use it as reference my writings. tapi kena salin balik la put in softcopy senang buat rujukan. 

tapi tetap dengan keputusan nak lupuskan semuanya. i have to say goodbye to old past. 

lepas baca this diari, aku susun semua diari life aku. rupanya i had diari since 20  years ago. in middle of my teen age. so, i'm going to my 15 years in next entry. 

sebenarnya malu nak tulis cheesy about this topic. sebab takut cringe baca kemudian. 

Friday, January 21, 2022

2011 2012

 buka diary 10 tahun lepas. masa tengah degree. 

cerita tentang perasaan yang tengah jiwa kacau dengan seseorang. mungkin juga first love. orang nak kita kita tak nak dia. konon nak jaga hati dan perasaan setia pada yang satu. dua tahun duk main jiwa macam tu. kalau tanya sekarang? entah. mungkin masih lagi belum move on. sebab perasaan itu masa lagi ada. siapa sangka dah 10 tahun. 

cerita pasal housemate. hanya kerana sekeping surat. jadi salah faham. dan aku juga yang dipersalahkan. mungkin ada juga tulis dalam blog ni. mula-mula tulis sebagai catatan luahan hati sebab balik kampung. dan bila balik jadi lain. dan berendam air mata la. dah la tengah final semester. dan semua tu aku dah unfriend dalam facebook. nampak sangatlah aku ni memang tak pandai buat kawan. semua aku cari pasal. tanpa sengaja. 

terlalu banyak kisah sedih dan terlalu melayan perasaan. 

kalau ingat balik, masa degree aku tak ada life sangat. layan drama. lepak library. buat assignment. itu je la. 

dalam diary ni pun duk jiwa dengan study. tak da mood la. tak ada passion la. malas la. tak da inspirasi la. 10 tahun kemudian baru dapat buat semua design. baru belajar semua tu. mungkin aku tak sesuai untuk belajar secara formal kot. kena belajar dari pengalaman. hu-hu. 

banyak benda dah aku lupa sebenarnya. dan aku sangat bersyukur. bagus la kan. 

tapi rajin sangat aku menulis. baru satu diari habis baca. berlambak lagi nak kena baca. ada yang tahun 2002. lagi la 20 tahun lalu. 

bila baca ni semua ni, rasa macam tak percaya boleh lalui semua tu. dan entah apa la yang aku merepek. 

satu yang pasti, aku suka join usrah waktu tu. macam pembakar semangat. terubat segala duka. tapi sekarang....masih lagi mencari cahaya itu. 

Saturday, January 15, 2022

Goal Tahunan

Dua minggu lepas, aku kemas barang-barang lama. kira declutter la jugak. nk kurangkan barang aku. kononnya dari empat kotak jadi dua atau tiga kotak. tapi terbengkalai sampai ke sudah. 

cuma, ada lah beberapa barang yang sempat aku sort. dokumen dari zaman aku belajar sampai sekarang. seronok sambil sort sambil ingat kenangan sedih, pedih dan gembira itu. kenapa aku sebut tiga perasaan tu, sebab all those coming all together. ada tahun yang aku rasa sedih bila ingat kembali aku boleh senyum. pelik. 

dan, aku ada banyak planner dan journal. diary pun ada. kalau orang lain, macam pandang rendah. siap boleh buat ayat..."hari ini aku buat .." tapi bagi aku  ada benda aku nak ingat. aku tulis. sama ada perasaan atau peristiwa. tapi untuk tahun ni, aku kena sort semua buku nota journal ni. sekarang mahu ada sekotak. nampak aku suka simpan buku nota. ada yang habis tulis ada yang tak habis pun satu buku tu aku guna. mabuk. 

aku suka juga tulis goal dan matlamat setiap tahun yang aku nak capai. aku tulis juga target dalam tempoh 5 tahun. memang aku suka tulis benda-benda gini sebagai reminder pada aku. juga sebagai sebab untuk aku teruskan hidup. 

paling aku terkejut dan tergamam dan teruja dan kagum, ada goal yang aku nak dah tercapai dalam tempoh atau tahun yang aku tulis. jadi la lagi semangat nk buat perancangan beberapa tahun ni kan. mungkin sebagai doa yang aku selit tanpa aku sedar kan. 

tapi sekarang aku dalam mode self-destructive. jadi, aku perlu untuk tengok semua benda ini. bagi aku semangat yang dah tipis ni. orang lain cara dia lain, cara aku begini. aku patut meraikan dan melupakan benda yang buat aku rasa down dan sedih. 

ha, cukup la. untuk minggu ni dan entri kali ini. awal-awal hari tu, aku semangat nak update malam-malam tapi sekarang dah lekat balik layan drama. maksudnya condition aku tak berapa nak okay. hu-hu. 

Friday, January 07, 2022

Simpan Duit

 Sebab ingat nak update blog dan dah buka laptop sambil tunggu isya. tulis la sikit apa-apa isi. 

benda ni sebenarnya nak share sebelum hujung tahun hari tu. 

pasal cari aku buat saving. ye la, asyik baca cara orang simpan duit gaji. ada macam-macam tips dengan tajuk bombastic boleh simpan sampai lebih 10k setahun. haila....memang tak realistik la. bila baca, buat side income la. saving sampai ikat perut la. macam-macam. 

lepas baca-baca tu, aku ada juga buat. contoh untuk cara pembelanjaan duit gaji. berapa percent belanja, berapa percent simpan dan lain-lain. tapi aku buat ikut mazhab aku la. cara aku boleh simpan. dan menjadi pada aku. cuma, sekarang nak buat dengan duit gaji kerja sekarang tak boleh nak buat sebab tak cukup. memang betul-betul kena jimat. 

dan tahun ni. temanya aku nak settlekan hutang-hutang aku. jadi, ada benda aku kena korban la. 

dan pasal saving pula, dari tahun 2019 sampai 2021, ada dua tiga cara, saving untuk saving cash ye, simpan dalam tabung atau sampul :

cara satu, aku buat simpan ikut minggu dalam setahun. so, ada yang mula dengan rm 1 sampai rm52. tapi buat terbalik. aku mula dengan minggu 52 kemudian turun 1, kira awal tahun tu duit aku ketat sikit la nak belanja.  kalau buat ikut minggu dalam setahun, total saving dapat la 1k lebih. dan aku berjaya buat sekali je. sebab tahun seterusnya ekonomi gaji tak berapa baikk 

cara kedua, aku buat simpanan duit rm1, aku tak berjaya dapat rm365 sebab aku dah mula separuh. ye la, gaji ciput, dan aku kerja bukan dari awal tahun. jadi, dua kali aku berjaya buat. mula-mula aku dapat simpan rm150, dan kalu kedua aku dapat simpan rm200. 

dan cara ketiga, bila aku dah yakin. aku mula simpan duit hijau pula. awal-awal dulu aku dah buat tapi tak berjaya sebab aku rasa macam banyak nak simpan duit hijau ni, rm5. dan sekarang aku dah mula perlahan-lahan simpan duit rm5 ni. target tahun ni kalau ikut minggu, harap dapat simpan rm300. orang lain mungkin tiap kali dapat rm5 terus simpan, tapi aku tak, sebab aku ikut minggu. jadi tak rasa beban sangat. ye la, cuba bayangkan kalau sehari tu lepas membeli dapat dua keping rm5. kalu seminggu, 7 x 10 dapat rm70. dan 70 x 4 minggu, sebulan dah dapat rm 280. darab lagi dengan 12 bulan, dapat rm3,360. kalau bahagi dua pun, lebih dari gaji aku. dan boleh kira banyak benar membeli dekat kedai. jadi, bagi aku ikut logik dan kemampuan aku. jadi aku simpan ikut minima. jangan ikut orang sangat. 

dan dua lagi cara aku saving, saving ni bukan untuk long term la. aku saving ikut short term sekarang. sebab long term tu, aku masih belum yakin aku boleh buat atau tak sebab asyik tukar kerja je.

cara lain, aku main kutu. rm100 sebulan. boleh je kurang tapi sebab aku aim tinggi nak 1k, so, main 100 tiap bulan. 1k ni selalu aku aimed utk beli barang shopping yang harga mahal sikit dan bayar hutang. gitu la. main dengan orang percaya je. setakat reliable lagi walau ikut undang-undang boleh jadi illegal. hu-hu. 

satu lagi, aku baru belajar boleh buat saving goal dalam maybank. aku dah pernah buat sekali dan menjadi. memang tak boleh sentuh duit selagi tempoh dia belum matang. dengan target berapa aku nak saving. so, yang ni aku target yearly. nampak la progress aku simpan bulan2. gitu la. nak explain pun tak reti. cuma, boleh cari ramai orang dah share, saving dalam akaun bank ni. setakat ni maybank je ada feature ni. 

selain itu, aku ada masukkan dalam tabung haji, sedebuk lepas duit tu tak tahu nk letak mana. ha-ha. dan takut terguna. dan aku tak tahu duit tu nak guna untuk apa. 

saja share benda ni. sebab aku rasa aku nak share. mana tahu kalau-kalau ada orang masih belum dapat buat simpanan berkala dan saiz kecil begini. kena mula dulu baru tahu. so, semoga ada rezeki lebih untuk aku nnt. amiin. 

Sunday, January 02, 2022

2022 Dua

 hari kedua dah masuk kerja. ye lah kelantan mana ambil cuti new year. sikit la cuti kelantan. 

cerita pasal cuti. rasa tercekik sekejap sebab raya cina bos amik satu hari sahaja. orang nak cuti pun dua tiga kali. sepatutnya dua hari, dia potong satu sahaja. kalau bayar pun harga sama je gaji tu. hu-hu. tapi sebab dah niat nak cari kerja nanti, biarlah. setakat tu je la, jodoh dan rezeki dengan bos. 

cerita pasal perancangan besar untuk tahun 2022, aku susun begini :

January - kemaskan resume. isi dengan betul semua kerja dan projek. jadi aku perlu listkan projek yang dah aku handle. dengan linkedIn sekali. 

February - aku perlu update portfolio aku. walaupun aku pun tak tahu apa lagi nk buat dengan portfolio. pening nak fikir. nanti la kita sketch dulu idea tu. 

March - dah boleh start usha-usha kerja kosong. 

April - boleh dah ready dengan interview. kena doa bulan puasa. 

May - raya la dulu. sambil2 apply kerja dan hantar surat resign. 

Jun - semoga dapat kerja baru. 

itu je la. its time tu lebarkan sayap aku. enough dengan dreaming life. 

itu perancangan kerja. selain itu, macam aku dah tulis entri semalam. skill yang aku improve. 

aku patut buat sedikit review pasal buku baca dan benda-benda lain kot. 

hari ni ada masa sebab tak terlalu layan drama sangat. banyak juga drama ni nk tgk. hu-hu. memang kena disiplin  dengan masa la. kalau tak hancur lagi rancangan 2022. 

dan bagi banyak sikit entri awal tahun ni. dan nak istiqamah lagi dengan blog dan plurk ni. plurk tu...alahaaaaiiii, bila nak capai karma 100 ni. so, kena gigih hari-hari update dengan macam biar mencanak naik karma tu sebelum jun ni. hu-hu.

kena semangat!

Saturday, January 01, 2022

Baru 2022

 ada orang, tahun baru ni tak payah nk tu sangat. ada orang beria dengan tahun baru hijrah. aku, entah. semata, garisan untuk mula semula. 

untuk tahun lepas, aku mula menulis blog balik. dengan azam kena update setiap bulan. ya, aku berjaya, walaupun satu entri. hu-hu. terlalu layan emosi sampai aku lupa aktiviti mingguan yang sepatutnya aku tulis blog. 

tapi untuk disember hari tu aku duk pulun habiskan baca 12 buku untuk capai target aku. dan, aku berjaya! 

adalah beberapa milestone tahun lepas aku achieve, belajar la jugak revit walaupun tak handal. design rumah umi ayah ni. dapat kerja kelantan. dan habis baca buku walaupun banyak masa aku tengok drama. bila dah habis target tu, blurr sekejap. rutin baca tu dah berakhir semalam. 

sebenarnya aku reflect untuk tahun lepas dulu, 

aku dah declutter baju-baju yang aku tak nak pakai sebab aku nak beli baju baru. dan aku buat! lagi pun perancangan aku untuk jadi minimalist masih lagi jauh. dan seluar aku dah banyak tak muat. berat naik!

dan aku berjaya simpan duit rm1 sebanyak RM200. untuk setahun tu, kira hebat la. dua tahun, aku duk menyimpan rm1 je. jadi tahun ni aku nak simpan rm5 pula. tengok la berapa dapat. 

aku ada buat saving dalam akaun maybank. saving goal. dan berjaya juga. jadi untuk 2022 pun aku buat lagi satu kantung simpanan dalam tu. jadi, duit tak boleh sentuh la. 

lagi, shopee pun ada buat buat kira-kira untuk aku. dan aku pun ada buat juga kira-kira kalau termasuk dengan pc tu..memang banyak la aku membeli. ada rm 2k aku shopping. jadi, aku buat la kira-kira untuk setiap bulan 2022, aku ada allocation duit untuk shopee sahaja. 

tahun 2022, ni aku fikir nak sibukkan diri. tambah lag skill baru. sebab bulan 6 aku kena ready untuk kerja baru. untuk 6 bulan ni aku kena susun masa aku dan jadi sibuk. 

aku improve 3d rendering aku dengan revit. dan cari ruang-ruang untuk jana pendapatan. ada dua dalam perancangan aku. dan berdoa semoga aku berjaya dalam interview nanti. semoga tahun ini lebih baik, cemerlang dan gemilang. 

setakat ini dulu la aku tulis. sebab banyak je nak tulis tapi aku tulis cepat-cepat sebab aku ada benda nak buat lagi. 

aku nak tulis buku aku beli akan post out 7hb. weh, lambat sangat. perlu ke aku cancel. arghhhh...sabar je la!