Saturday, May 28, 2022

Mei Kesedihan Berlalu

 sebab tiada benda yang buat aku gembira untuk bulan ini. aku tak mampu nak tulis. nak kongsi apa yang berlaku untuk mei ini.

Raya sakit. dengan penuh kesedihan. melawan rasa nak hidup. yang orang nampak aku hanya ikut perasaan. orang lupa aku sakit. dan aku tutup pintu harapan dan sentiasa ingatkan diri supaya tidak fikir lagi. 

oh, aku ada berita gembira pada April tu. 27 ramadan tu. berita gembira. mungkin aku dah tulis. tapi itulah hari terbaik. dan ramadan yang aku rindukan sangat-sangat. kerana bila aku melangkah ke dalam masjid tu, semua overthinking aku hilang. tutup rapat. dan aku tenang. kalau boleh iktikaf, lama dah aku pergi.

seminggu cuti raya adalah azab. seksa. melawan rasa sendiri di tingkat kayangan. aku masih lagi bergelut sendiri. menanti hari untuk keluar. dan aku juga menahan diri dari fikir-fikir yang negatif. 

alhamdulillah, aku survive untuk seminggu cuti raya tu. dan temujanji yang aku pergi penuh dengan drama air mata. itulah kali terakhir aku buat begitu. cukup la dengan tiga kali temujanji sekali sahaja hadir bersama. dan aku takkan lagi memilih menghampiri sempadan itu lagi. aku melangkah ke belakang kerana sakit itu tak pernah padam. setakat itu sahaja hormat aku. setakat itu kasih sayang untuk aku. aku takkan minta lagi. aku takkan berharap lagi. dan sentiasa ingatkan diri, bukan masanya lagi. aku perlu bahagia dengan cara aku. aku bahagiakan minda aku. bahagiakan hati aku. 

menguruskan dokumen yang berkaitan dengan berita gembira itu, tetapi aku diuji. doktor pun acuh tak acuh sahaja. buat aku lagi anxiety. mencari ketenangan dengan dada dah rasa nak hancur dengan degupan berdebar-debar tu. seminggu yang mendebarkan. macam drama suspen thriller sahaja. tapi aku sahaja yang tahu. mencari ketenangan tu bukanlah senang. berdoa. mencari sahaja ruang yang boleh tenangkan diri. infaq. solat dengan sungguh. berdoa dengan sungguh. mencari peluang kebaikan untuk cari tenang. tadabbur ayat-ayat yang sangat dekat dengan hati. 

dan alhamdulillah, berita baik. dan aku mencari peluang kebaikan untuk luahkan rasa syukurku. dan aku lega. dah boleh senyum sampai telinga. dan sekarang bersedia untuk melangkah ke dunia yang aku akan bahagia. dan aku perlu bersedia dengan segala cabaran. inshaALLAH. 

tulis berlapik memang orang takkan faham. nanti dah confirm tarikh kita war-warkan lagi. sekarang ni berdebar tunggu tarikh dan penempatan. duk doa biar dapat yang dekat-dekat. 

dan untuk graf emosi bulan ni sungguh la naik turun. tapi aku dapat kawal. aku meraikan rasa itu. berbanding dulu rasa hilang percaya diri. apa lagi percaya orang lain. aku hanya fikir untuk diri sendiri. malas nak betulkan keadaan. sebab keadaan ni sama macam dua tahun dulu. dulu aku mengalah kerana hormat. tetapi sekarang aku tak nak mengalah kerana perasaan aku juga terluka. dan aku kena jahit hatik yang hancur dengan jarum yang paling halus dan benang paling halus sebab aku tak nak nampak hati aku berparut. ada bius pun dah lali. dan kali ini, aku jaga hati aku dulu. aku pilih untuk tenang. 

dan,

apa yang patut aku lakukan pada pemilih nama bahagia ini kerana ia punca air mata aku? 

susahkan? tapi tetap tiada ubat untuk aku sembuh. 

terakhir,

satu-satunya entri untuk mei ini.