awal bulan hari tu ke Perlis untuk AQPI site. Pergi tiga hari, Rabu sampai Jumaat. berempat.
aku tak ada expectation apa-apa. sebab aku rasa aku selesa sahaja. tapi sebelum nak bertolak tu macam-macam drama juga la. drama aku dapat kereta. drama nak kena ganti orang. tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.
kereta tu , rezeki aku dapat adiknda nak beri sewa pada kakaknya. dan bermula la, episod cari parking. sewa parking. sebab si housemate pun nak pakai kereta. tapi tu la, dia tak bagitau tarikh sebenar, sakit kepala la juga aku cari. so, bermula februari aku dah sewa parking walaupun sebenarnya tak perlu. tapi biarlah. aku rasa aku masih lagi failed merancang benda-benda macam ni. aku selalu kerugian. tapi tak kisahlah. sebab alhamdulillah rezeki aku cukup untuk gaji januari hari tu.
itu bab parking dan kereta. pasal orang pula, assistant aku ada masalah kesihatan jadi tak dapat pergi. dan ada assistant lain yang macam tak nak pergi. aku pun malas nak fikir. Lepas ni, tahu dah untuk ke site. sebab tahun ni aku akan ada banyak inspection may be lepas raya kena pergi lagi.
sepanjang bertugas luar kawasan, banyak la input aku dapat. input kerja dan input perangai orang. kesimpulan aku boleh buat, kalau tak pernah kerja swasta, jadi kau akan ada perangai dan mindset kau sendiri. dan aku rasa aku nak bawa perangai kerja swasta ni. sebab aku rasa masa kerja swasta ni, aku sembang je tapi jarang sembang perangai orang. sebab kami boleh selesaikan masalah kerja dan buat kerja berpasukan.
hari jumaat sampai, hari sabtu aku macam dalam dunia khayalan. penat. dan sakit perut sebab salah makan. terasa dalam dunia lain sekejap. dan aku tidur lewat malam tadi. terngiang-ngiang juga la benda aku sembang tu. sebab aku rasa aku tak suka nak luah tapi aku share juga. macam menyesal la. kalau dah cakap tu, patutnya tak payang la nak fikir. semalam tu aku overthinking. tu rasa macam dalam dunia lain sekejap. makan pun tak lalu.
sekarang ni, aku kena tulis dekat sini sebab aku tak nak fikir dah. ada juga la sikit rasa macam masuk ofis nanti nak isolate diri. jeng. tak apa la. buat macam biasa je. aku suka kerja aku. dan yang paling penting, kena banyak doa la. semoga dipermudahkan urusan. dan dijauhi dari fitnah dan kata-kata orang dekat belakang. padahal, aku dah banyak pasang perisai. prepare, kalau ada masalah aku share dengan orang-orang yang boleh bagi semangat dekat aku.
aku tak patut terkesan sebenarnya. tapi sebab ada individu yang terasa dengan sikap aku. jadi, aku bermuhasabah juga la. tak buat apa-apa pun ada yang sakit hati. kalau buat pun, lagi la. semoga aku sentiasa dilindungi dari fitnah dan penyakit ain ni. sakit kalau kena ni.
dan weekend ni weekend panjang. so, dapat berehat extra. aku memang penat. betul la, aku penat dengan orang. energi aku kena recharge. sebab hari sabtu tu aku macam dalam dunia lain.
dan aku bahagia hidup sendiri. pasal jodoh, kalau ada, ada. inshaALLAH. tak payah nak risau.