hurm...down to earth?
wut does it means?
tunduk ke bumi?hahah...itu perkataan pertama yg keluar dari pikiran saya...apa saja maksud nya, saya kira kalau guna terma tunduk ke bumi lagi bagus kot...lg nampk simple dan senang,..kan?
lately ni banyak pula benda yang saya belajar...yang paling penting, saya belajar untuk tunduk ke bumi...bukan hanya menongkat langit!!
eh, maksudnya apa ya?belajar lah merendah diri, setinggi mana pun kita...saya bagi contoh ya...yang tiada kaitan dengan sesiapa pun d luar sana....ada orang, bila berada di kalangan yang berpendidikan hanya setakat diploma, dan dia sudah pun menggenggam ijazah kedua, merasakan kedudukan dia tinggi dari yang lain...umur mereka sama...yg berbeza hanya taraf pendidikan kan?tapi, sii pemegang ijazah kedua lupa untuk melihat di sebalik ijazah keduanya...kawan2 nya yang hanya memiliki diploma telah pun mempunyai pengalaman bekerja selama 5 tahun...telah pun berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pun selama 5 tahun sudah, sedang dia si pemegang ijazah kedua mengharapkan bantuan kewangan dari mana2 pihak yang sudi untuk menaja pendidikannya...adakah sama pngalaman mereka?benar, jika dia bekerja, sudah tentu taraf gaji nya berbeza dengan yang lain...tp, belum tentu gaji nya itu menjamin kehidupan yang baiik bila mana berada dalam industri pendidikan kan?
ada juga pemimpin, bila mana berada di atas, lupa untuk melihat ke bawah....sehinggakan mengeluarkan perkataan yang membuatkan org di bawah memberikan tanggapan negatif...tiada salah nya kan, kalau pemimpin tersebut, tunduk ke bumi untuk mendalami hati orang di bawah nya?agar lebih indah bahasa yg disusun kan?
belajar lah merendah diri, biar pun siapa kita...banyak org bila berada di atas, lupa kedudukan sendiri...perasan orang sekeliling mengenalinya dengan baik...oh, anda ingat tak, kalu waktu sekolah dulu, kita punya guru besar? dan sepatutnya guru besar itu dikenali semua pelajar kan?tapi, setiap kali guru besar dipersilakan naik ke pentas untuk memberikan sepatah dua kata, mesti pengacara majlis akan menyebut nama beliau juga kan?itu sebagai tanda memperkenalkan siapa di hadapan kita....juga, sewaktu guru besar tersebut mula2 melangkah kaki ke sekolah kita, tentu sahaja akan ada sesi memperkenalkan diri juga bukan?dalam tegas beliau memimpin, saya kira tetap terselit soalan untuk kita, apa khabar semua?ada apa2 persoalan untuk saya?~~saya kra soalan ini mampu memecahkan benteng langit dan bumi...kan?biar pun masa tu, kita kecut perut untuk menanyakan apa2 saja soalan untuk cikgu yang paling besar itu ;p (eh, saya pernah jumpa guru besar sekolah saya once lepas masuk sekolah menengah...dan tahu tak? beliau masih mengenali saya!!)
saya belajar untuk tunduk ke bumi,,..dengan ijazah yg saya pegang...dengan title yang diberi...saya belajar untuk tunduk ke bumi, dengan bantuan orang di sekitar saya,,.dengan bantuan keluarga saya,..dengan bantuan rakan2 saya....saya beelajar untuk tunduk ke bumi...dari kelemahan saya,...dari pertanyaan yang saya tidak mampu jawab dari adik2 usrah saya...
ya, saya belajar untuk tunduk ke bumi setelah sedar bahawa ilmu yang ada di dada belum cukup untuk saya mendabik dada mengatakan ilmu saya sudah tinggi....setelah sedar ilmu yang saya ada masih belum mampu menandingi dengan orang yang lebih tahu....setelah sedar bahawa saya mesti tunduk ke bumi, mencedok mana2 ilmu yg saya dapat sepanjang kehidupan saya....setelah sedar saya tidak akan dapat memiliki kesemua ilmu Allah yang luas itu...
Allahurabbi....rahmatilah aku...rahmatilah kali....ya Allah berikan lah aku rezeki kefahaman seperti kefahaman Nabi2...berikanlah aku ingatan seperti ingatan para Rasul....dan kurniakan lah aku ilham sebagaiman Engkau memberikan ilham kepada para malaikat......
#jika hari ini, kita berjaya menggenggam kejayaan, jangan lupa untuk bersyukur padaNya...kerna Dia jua lah yang mengatur kejayaan untuk kita...jangan pula kita mendabik dada memperlekeh kan orang yang kurang kejayaan nya daripada kita, kerna itu jua adalah aturan Dia..sebaliknya, berdoalah untk yang lain sama, semoga segala yang kita miliki hari ini dapat dikongsi bersama yang lain#