Aduhai, dah seminggu lebih rasanya sakit tekak ni... dah mkn strepsils pun xok lg...sakitnye sampai nk telan air liur pun perit sgt...batuk xde pulak...yg heran pulak lg, bila mlm je mmg sakit sgt siang ok sikit...tu pasal slalu lupa nk cari petua...tp ni da seminggu lebih kena jugakla cari petua...sambil2 cari kt Google petua sakit tekak, aku tempekla kat sini jugak...Utk share bersama kawan2...balik ni aku nk try...Ni antara petua yg famous dan senang...
Cara Pertama : Masukkan 3 sudu kecil garam ke dalam air sejuk. Ingat ye, AIR SEJUK, bukan suam-suam kuku, bukan air panas menggelegak. Kacau rata. Kemudian, berkumur sampai habis.
Sambil-sambil tu baca la selawat dan doa supaya disembuhkan...
Cara Kedua : Minumlah air asam jawa. Insyaallah,anda akan dapati ianya berkesan untuk menghilangkan sakit tekak yang anda alami. Kalau tak de asam jawa pun, minumlah air suam banyak2.
Cara Ketiga : menggunakan buah kembang semangkuk. Rendamkan sebiji dalam sebuah mangkuk dan minum airnya. Kalau nak lebihkan dua atau tiga biji tu terpulanglah. Buah kembang semangkuk nie boleh beli kat kedai cina ubat. Tapi syarat utamanya kena rendam dalam mangkuk yer korang, kalau rendam dalam cawan ker, tak mujarab sebab namanya kan kembang semangkuk.haha..
Cara Keempat : menggunakan asam keping. Ambik beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Pastu tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Emm yang nie, aku rasa susah sikit. Kalau setakat asam keping boleh la aku beli kat kedai, tapi bab air sirih tu, mana la aku nak cari..
Selamat mencuba, pilihlah mana yg mudah dan sesuai...tgk mane yg rasi...moga disembuhkan kerana kita telah berusaha...Doa jgn lupa !!!