Target

Tuesday, August 28, 2007

KONVO

Alhamdullilah... akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian aku selama lima tahun bermula Julai 2002 dan berakhir pada Ogos 2007.

17/08/07

Aku ngan Pakcik ke Pejabat Space untuk menerima Anugerah Khas kategori Suami Isteri. Terdapat 6 couple semuanya. Majlis ni diadakan sempena penyampaian medal dimana terdapat 21 pelajar space menerima anugerah tersebut dan 6 daripadanya menerima anugerah space untuk Ijazah Kelas pertama. Apa yang aku perhatikan kebanyakkan darinya bukan daripada fakulti kejuruteraan. Cuma terdapat seorang daripada kejuruteraan Awam, beberapa orang daripada mekanikal Geometri dan yang lainnya daripada Pendidikan . Selain itu terdapat jugak anugerah adik beradik dan Anugerah Warga Emas

Ni la gambar aku ngan pakcik kat majlis ni.














20/08/07
Hari Konvo.
Mak aku tak datang.. malas nak cerita kenapa dia tak datang .. ada kisah yang agak menngecilkan hati aku yang besar ni. Yang datang mak mertua aku, adik ipar, anak buah aku 4orang ngan kakak ipar .
Kerana terlalu sibuk pada hari konvo tu maka aku tak sempat nak bergambar ngan kengkawan... Dapat jumpa pun b4 masuk dewan lepas habis konvo masing2 sibuk ngan family maklum jela.. kitaorang semua nak cepat, majlis berakhir pukul 11:45am, lepas tu kelam kabut cari family, lepas tu sibuk ngan nak bergambar studio, then kitaorang nak kena pulang baju, lepas tu nak amik transkrip... Ptg tu nak kena tolak balik KL dan esoknya semua nak kerja. Jadi tak dapatla aku bergambar ngan kengkawan. Masa beraturlak tak sempat gak nak bergambar ... Jarak paling dekat aku dan kengkawan pun dalam 200 orang... Konvo ni campur ngan budak full time.. nama aku lak start ngan C... yang paling dekat Lailawati.... tau jela... sepanjang dalam dewan aku tak nampak dorang.

Kat sini aku attachkan gambar2 aku yang comel .. ahak!!!!




Ni Family kakak ipar aku yg datang


Ni adik ipar aku ngan anak sedara, Mira


Ni anak buah aku, Amin ngan Mimi

Pasangan bahagia


Mak mertua & Adik Ipar


Family yg datang