indahnya perjalanan hidup kita,
langkah demi langkah yang diatur
kadangkala bisa terjatuh lalu tersungkur
Ya ALLAH menghampiri 3 tahun perjanjian suci kami
perjanjian sehidup semati insyaALLAH
seorang suami yang sgt mengambil berat
mendodoiku dikala ku penat
tabah & sabar melayan kerenahku
terpaksa memasak utk isterinya yang selalu pulang lewat
terpaksa membasuh baju & melipat baju
setiap kekurangan ada kelebihan
bezanya masa yang menentukan..
terasa kosong tanpa tangisan seorang anak kecil
hanya suara kami berdua memecah keheningan malam yang pekat
merindukan saat kami bersama.
tipulah katakan kami tak sunyi.
tapi ALLAH tahu apa yg terbaik
kami hanya merancang,
tohmahan?? kata cacian? kata nista?
kau mandul?
kau tak mahu anak?
perlukah ku terangkan pada semua apa yg ku rasa
perlukah ku berdebat dengan org gila?
mereka menyalahkan ku tapi tahukah ALLAH lebih tahu
mama tanpa henti mengingatkan sabar, istighfar, nyahkan kata2 orang
maaf bukan benci tetapi ingin dihormati oleh keluarga & rakan2
terutama keluarga disebelah
impian seorang isteri utk menjadi isteri yg disanjung suami
malah berdoa agar ditempatkan disyurga bersama suami & keluarga
impian seorang isteri utk menjadi ibu kepada anak2 yang ramai.
titisan air mata kering
hanya berserah kepadaMu ya ALLAH
Maha Pengasih Lagi Penyayang
Maha Mendengar Lebih Maha Mengetahui.
Kau kuatkanlah hati ku utk menempuhi dugaan ini
Ku hambaMU yang lemah. Ku inginkan keajaiban