Asslamualaikum,
Angah, anak saya yang kedua, kini berada di Tahun 6 di sebuah sekolah swasta integrasi.
Insya-Allah, kami sekeluarga mengharapkan Angah dapat mengikuti jejak abangnya untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM.
Antara sebab utama kami menyasarkan MRSM ialah kerana sistem akademik yang kukuh, persekitaran berdisiplin, penekanan kepada STEM, serta pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar yang seimbang.
MRSM bukan sekadar melahirkan pelajar cemerlang akademik, tetapi juga membentuk jati diri, daya saing dan pemikiran kritis — sangat sesuai untuk anak-anak yang berpotensi besar.
Persediaan Seawal Usia 11 Tahun
Seawal usia 11 tahun, kami mula membuat persediaan secara berperingkat dan konsisten:
Polish Matematik & Sains (2024–2025):Angah dimasukkan ke kelas tuisyen dalam talian bagi mengukuhkan asas dan meningkatkan kefahaman konsep.
Latihan Pengetahuan Am (2024–2025):Setiap pagi, Angah menjawab 5 soalan pengetahuan am sebagai rutin harian untuk melatih pemikiran pantas dan meluaskan minda.
Artikulasi Penulisan:Angah menyertai Bengkel FlyHigh pada Mei 2025 dan Februari 2026 bagi melatih kemahiran menulis dengan lebih tersusun, matang dan berkesan.
Hafazan:Bermula November 2025, Angah mengikuti tuisyen Smart IQ bagi memperkukuh hafazan dan disiplin diri.
Alhamdulillah, hasil usaha berperingkat ini, prestasi Matematik Angah menunjukkan peningkatan yang ketara.
Tuisyen & Aktiviti Sokongan Lain
Selain itu, Angah turut menyertai beberapa kelas sokongan lain:
Bahasa Melayu & Sains – kelas bersemuka pada waktu malam
Bahasa Inggeris – kelas di British Council setiap Sabtu petang
Ahad bersama umi – latihan artikulasi penulisan selama 30 minit secara konsisten di rumah
Harapan & Doa
Semoga ada rezeki Angah untuk diterima masuk ke asrama penuh pada tahun 2027 bagi kemasukan Tingkatan 1 nanti.Sekiranya belum ada rezeki, kami akan teruskan usaha dan sasarkan pula KISAS ketika Tingkatan 4.
Apa pun keputusannya, yang paling penting ialah tidak berputus asa, terus berusaha, dan umi.pula perlu kekal bersemangat dalam mendidik anak-anak.
من جد وجد
Barang siapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan berjaya.
Semoga catatan ini menjadi motivasi untuk diri sendiri dan ibu bapa lain yang sedang berjuang menyediakan anak-anak menuju masa depan yang lebih baik.
Memori angah di tuisyen dan bengkel:




You are smart, you are kind, you are brilliant 😍








































