Saturday, December 31, 2011

Fiksyen 302

6 comments
Ramlee Awang Murshid, 2011

Baru sahaja menamatkan cerita terbaru dari RAM ini. Buku dipinjamkan oleh Alifah pada hari Rabu 28 Dis lalu.

Kebetulan saya memang perlu menghabiskan sebuah buku lagi bagi mencapai matlamat 25 buah buku untuk tahun ini  dan minat juga baca buku-buku RAM, jadi, bila Alifah kata dia ada buku ni (pada timing yang cukup baik) saya pun cepat-cepatlah "pinjam!":)

Cerita mengenai pembunuhan yang dilakukan oleh beberapa orang bekas pesakit rumah sakit jiwa. Semua pembunuh, bertelanjang selepas membunuh seterusnya mereka sendiri yang menghubungi pihak polis dan menyerah diri. Mangsa pembunuhan pula mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Pada saya, watak "Zonan" iaitu master-mind segala kejahatan pada cerita ini berkesan juga. Watak "Farid" yang gila dan juga memegang watak "Dina" juga sangat berjaya.

Tapi pada saya buku ini tidak cukup "terkesan". Jalan cerita sepatutnya sudah bagus tapi kalau RAM ambil masa sedikit lagi untuk membaca semula atau menerima pendapat beberapa orang lepas itu mengolah semula.....mungkin cerita ini akan lebih terkesan. Ada beberapa watak yang tidak perlu atau terlebih emosi pada pendapat saya. Contohnya watak peguam yang bernama Noorhafiza Izura yang terlebih emosi marah tak tentu hala. Juga ada dialog yang tidak perlu serta tidak sesuai contohnya dialog mengusik bekas polis, Hizamnuddin kepada pengawai polis bernama Alias. Perkara kecil tetapi buat saya rasa sedikit muak.

Dan yang paling saya tidak puashati adalah kenapa perlu menamakan watak dengan nama yang panjang dan tidak biasa didengari? Contohnya, peguam bernama "Noorhafiza Izura", peguam bernama "Rita Yuzalina" dan bekas polis bernama "Hizamnuddin" itu. (Semasa nak tulis di sini pun saya terpaksa menyemak ejaan di buku). Kita nak baca cerita bukan nak menghafal nama yang panjang. Pada mulanya setiap kali terjumpa nama itu, saya terpaksa baca dua kali sebab sering tersalah baca..."Norafiza I....zura", "Norfariza I....zura"...lama-lama saya pun terus scan aje tanpa membaca nama-nama tersebut. Kenapa perlu buat watak dengan nama yang panjang dan susah disebut? "Hizamnuddin"...kenapa tak buat "Hishamuddin" ke.."Hisyam" ke...nama yang lebih biasa didengar?

Oh, sudah sedikit membebel di situ.
Mungkin ketidakpuasanhati saya ini remeh aje pada pandangan orang lain.
Tapi perkara kecil ini menganggu pembacaan saya sehingga pengamatan kepada jalan cerita agak terganggu dan saya ada rasa "kurang puas".

Ini pendapat peribadi saya. Lain orang lain pula pendapat kan? Tengok Asmiza kata apa pula. :)

Boleh dibaca untuk mengisi masa lapang.

★★★
Buku ke 25, 2011 (目標達成!)


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA YANG MENGENALI SAYA. 
terutama kepada pembaca dan pengkomen "sangat setia" dan juga yang "kurang setia":P blog ini:


lupiey, syak, tapau, izzat, rifqi, alan, nabila, asmiza, bfa, 
emy, yana, saido, imran, athirah, fadz, iman, 
nadia, lutfi, afif, idora, shahida, 
odah, jie, farahin 
dan lain-lain...


UMUR AKAN BERTAMBAH, MATA SEMAKIN RABUN...RABUN JAUH DAN DEKAT JADI NAK KENA TEMPAH CERMIN MATA NAMPAKNYA (itu saya la..tak de kena mengena dengan orang lain haha) TAPI SEMOGA TAHUN BARU INI JUGA AKAN ADA BANYAK KEBAHAGIAAN KECIL & BESAR. SEMOGA HIDUP LEBIH BERMAKNA....... KEPADA SEMUA DAN KEPADA SAYA JUGA INSYAALLAH. :)

Thursday, December 29, 2011

The Story of Beautiful Girl

6 comments
Rachel Simon, 2011

Pada satu malam pada tahun 1968, semasa ribut dan angin kuat serta hujan lebat, sepasang kekasih (Lynnie dan Homan) telah mengetuk pintu rumah seorang perempuan tua (Martha) yang tinggal berseorangan. Mereka berdua yang basah kuyup sangat terdesak untuk mendapat perlindungan dari hujan dan ribut.

Lynnie adalah seorang perempuan kulit putih, muda dan cantik tetapi dia kurang upaya intelek. Homan pula seorang pemuda kulit hitam yang pekak. Mereka berdua sebenarnya berada dalam pelarian setelah melarikan diri dari sekolah orang kurang upaya yang mereka huni setelah sekian lama.

Martha bukan sahaja terkejut dengan dua orang tetamu ini, malah dia lebih terkejut apabila perasan yang Lynnie sedang mendukung seorang bayi perempuan berkulit putih yang masih lagi berdarah yang disorokkan di dalam kot.

Martha hanya sempat memberi persalinan kepada mereka apabila rumahnya dikerumuni polis dan petugas dari sekolah kurang upaya. Lynnie akhirnya telah ditangkap tetapi Homan berjaya melarikan diri. Tetapi pihak polis dan petugas dari sekolah tidak tahu tentang kewujudan bayi perempuan yang sedang tidur nyenyak di loteng rumah tersebut. Semasa Lynnie sedang dibawa keluar dia sempat berbisik kepada Martha dua patah perkataan..."sembunyikan dia (bayi)".

Kisah bagaimana Martha yang terpaksa berpindah-randah semata-mata untuk melindungi bayi tersebut (dari ditangkap) . Kisah Lynnie yang terpaksa menyimpan banyak rahsia keperitan, kisah Homan yang dalam pelarian tetapi berusaha mencari jalan supaya dapat berjumpa semula dengan Lynnie serta Julia (nama bayi itu yang diberi oleh Martha).

Kisah anak-anak yang dihantar ke sekolah orang kurang upaya oleh ibubapa mereka yang malu kerana mendapat anak yang cacat. Kisah penderitaan mereka kerana dicabuli hak dan didera oleh orang yang sepatutnya menjaga mereka di situ. Kisah pemuda pekak yang sentiasa ditimpa malang. Juga kisah cinta dan kasih sayang luar biasa yang terpaksa melalui berbagai halangan. 

Dapatkah mereka berjumpa semula?
Panjang ceritanya dan banyak halangannya.
Bermula dari 1968 dan berakhir di tahun 2011.
Dapat bayangkan?

Saya mula baca semasa perjalanan pulang ke KL dari Cameron Highland pada 25 Disember dan habis baca pada lewat malam 26 Disember. Tidak sampai 2 hari! Memang sedih sampai bengkak mata menangis tengah-tengah malam (haha).

Penulis juga telah menulis cerita benar mengenai kakaknya yang kurang upaya intelek "Riding The Bus With My Sister" yang juga telah ditayangkan di Hallmark Channel. Mungkin saya akan beli lagi karya penulis ini nanti.

★★★★★
Buku ke 24, 2011 (Lagi sebuah!)

Tuesday, December 27, 2011

The Secret Shopper Affair

2 comments
Kate Harrison, 2011

Sekurang-kurangnya 3 buah buku untuk dibaca dalam masa 3 minggu (dikira dari 2 minggu lepas).  Jadi saya keluar mencari buku di kedai Popular. Bukannya dah tak ada buku yang belum dibaca (stok belum "diusik" masih ada) tapi saya perlu baca buku yang tidak "berat" supaya boleh tamat dalam jangkamasa sekejap....(haha... mengada-ngada dan menipu sikit)

Buku ini mengisahkan tiga orang sahabat yang bertemu pertama kali semasa mereka menjadi "secret shopper" dalam novel yang lalu ( ada 2 novel rupanya sebelum ini).

Sekejap ye...Apa "secret shopper" tu ye? ...Saya ingat ala-ala cerita "shopaholic" oleh Sophie Kinsella. Rupanya "secret shopper"tu adalah orang yang diupah untuk menyiasat kualiti serta servis di sesebuah kedai. Mereka ini adalah kontraktor persendirian yang dibayar ikut jam. (Boleh cuba google "secret shopper". Banyak ditawarkan kepada wanita-wanita yang tidak bekerja tetap.) Bagus juga ye kerja ini..nanti bila saya dah bosan mengajar boleh lah cuba jadi "secret shopper"..sambil shopping (menghabiskan duit) , sambil menyiasat (dapat duit).....一石二鳥?ちょっと違いますね。(笑)

Berbalik kepada buku ini, ia cerita mengenai kehidupan selanjutnya ketiga-tiga sahabat ini. Emily, Grazia dan Sandie. Kisah mereka dengan kerja, lelaki, percintaan, kehidupan. Emily, ibu tunggal beranak satu, yang hidup agak susah untuk membangunkan perniagaan. Grazia yang  bercinta dengan seorang duda yang ada dua anak remaja. Sandie pula yang sedang mengandung dan cuba menyelamatkan perniagaan kekasihnya. Kisah bagaimana persahabatan mereka tergugat disebabkan kesibukan dan masalah masing-masing.

Di bawah adalah petikan dari buku ini yang menarik perhatian saya. "Dalam" maksudnya. 反省しています・・・^^;)。

"The key to friendship is accepting your friends' faults as they accept yours. Forgiving if not forgetting. And realising that we are change over time." (page 241)

Kisah yang tidak berat dan bahasa yang mudah.

★★★
Buku ke 23, 2011 (lagi 2 buah)

Tuesday, December 20, 2011

読書三昧→読書中断中

5 comments
このごろ、
超多忙で
読書三昧の生活を中断して、
現在
「読書中断中」

目標の25冊が危機感を感じている。
残り1週間…
どうしよう!
どうしよう!

このまま行くと
目標未達成に終わってしまう。
そんなのかっこ悪いでしょう。

うん、かっこ悪い。
だから、なんとかしなきゃならない。

多忙中(溜め息)

独り占めのオフィスで、
溜め息…無限大

帰ろうかな。


多忙と関係ない写真: かわいくて頼もしいアスマちゃんとマイサラちゃん :)

Saturday, December 17, 2011

Kadang-kadang

5 comments
Kadang-kadang saya tak mahu tidur
Walau penat macamana pun dan tak cukup tidur malam sebelumnya

Sebab
Kalau tidur, "hari ini" saya akan berakhir sekelip mata dan "hari esok" akan datang
"hari ini" saya selalunya dipenuhi dengan kerja
jadi saya mahu "menikmati" masa sedikit yang tinggal sebelum "hari esok"....

Sangat suka MERLIN! Season 4 baru mula! :)
Mengantuk.....

Wednesday, December 14, 2011

「~をめぐる」 vs. 「~中心として」

5 comments
Pada satu petang semasa di kelas 節分

…(略)

T:4番の「~を中心に(して)/を中心として」の例文を読んでください。
S:(相変わらず元気な声で:)
 「私のクラスは、マリアさんを中心にまとまっている。」
 「マレーシアは、工業や農業を中心として、発展し続けている。」

T:「中心として」はどんな意味でしょうか。
S;(ほとんど一斉に)をめぐる~!


T:いいえ、違いますよ。
S:ええ??

T:(板書しながら)例えばこの文;
「マリアさんをめぐって、みんながけんかしている。」

「マリアさんを中心に、みんなが(ほかの人と)けんかしている。」
の意味は違いますよ。
S:ええ?(信じられない様子)

T:(黒板にこんな絵を書き始めた…と言いたいのですが、これは今パソコンで作った絵です。授業のときは、絵はもちろん、○さえもきれいに描けませんでした。(笑))

T:これは「マリアさんをめぐって、みんながけんかしている」ですよ。
マリアさんは何もしていない。とてもかわいいかもしれない。だからみんながマリアさんをほしがっていて、けんかしているよ。
S:ああ、そうですか…。

T:一方、これは、「マリアさんを中心に、みんなが(ほかの人と)けんかをしている。」

S:ああ、わかった!

T:マリアさんもけんかしているよ。というより、マリアさんが一番ですよ。
S1:Sensei, kiranya Maria tu KEPALA (gaduh) la ye?
T:haha..そうです!
S:(満足した顔で)ああ、わかった!

T:ええ、だから、「イラクとアメリカは、石油をめぐって戦争した。」ですね。
「イラクとアメリカは、石油を中心に戦争した。」ではないでしょ?
S:(満足げに)はい!そうですね。


「節分」クラスは今日もいつも通りとても元気で明るかったです!
サンキュ!
:)

Tuesday, December 6, 2011

やりたい仕事とやりたくない仕事

4 comments
やりたい仕事は、時間をかけてやっても、嫌になりませんね。
職場に夜遅くまでいたり、
家で徹夜してやっても、嫌ではありません。

でも、世の中はそんな都合のいいことばかりではありません。

これも、やらなければならないのですか?
これも、私ですか?
と思ったら、…これはやりたくない仕事ですね。

やりたくない仕事は、まだやり始めなくても、嫌な気持ちになります。
考えるだけでも気持ちが悪くなります。

結局、それも仕事ですね。
これはやりますが、それはやりたくないという我がままは許されません。
というより、不公平が生じるから、許してはいけないことですね。
というより、立派な大人なら、「やりたくない」はそもそも口に出さないでしょう。
内心そう思っていても。

こういう場合は、やはり自分を説得するよりほかありません。
やりたいことはやらせていただいているので、
やりたくないこともやるのは当たり前なことでしょう…と。

自分を説得します。


…これが、「人生の4つ」か…改めて思います。
というより、思わなければなりません。
辛い。(苦笑)


帰ろう。

疲れたときのくだらない独り言でした。


やっぱりいい言葉


Sunday, December 4, 2011

Penangan K-Pop

7 comments
Sms emak saudara dan anak saudara






Emak saudara = belajar 6 tahun di Jepun dan telah menjadi pensyarah Bahasa Jepun selama 16 tahun.
Anak saudara = tidak pernah belajar di Korea malah masih menuntut di darjah empat!

Penangan K-Pop memang tidak dapat disangkal! :D

Love u Qis

:)

Friday, December 2, 2011

大丈夫かな・・・

6 comments
ときどき嫌になります。
こんな気持ち、大丈夫かな・・・

考えるだけで胃が痛くなるようでは、
やめたほうがいいかもしれません。

でも、そこであきらめてしまってもいいのかな・・・
もうお手上げと宣言してしまってもいいのかな・・・

始めたばっかりなのに・・・


本日の暗い独り言でした・・・


ところで、今日U2の学生に、こんなN1語彙を教えました。

① ベスト/全力を尽くす
② ラストスパートをかける


「皆さん、能力試験、あと3日ですね。ラストスパートをかけて、がんばってください!」
「はい、がんばります!」

<能力試験の後>

「皆さん、試験はどうでしたか。」
「先生、ベストを尽くしました。後は、結果を待つだけです!」


という場面を作りました。適当だったかな・・・(笑)



意味:
ベストを尽くす:
尽くす:ある限りを出す
ベストを尽くす:Do one's best

ラストスパートをかける:
ラストスパートとは? 競走・競泳などで、ゴールに近づいたとき、全力を出して速度を増すこと。転じて、最後のがんばり。~をかける:Put on one's last spurt


まあ、今日はとにかく上級編のカタカナ語彙をたくさん導入しました。その他:


・エンジンをかける
→来月期末試験ですね。そろそろエンジンをかけないと・・・。

・ブレーキをかける
→遊んでばかりの○○さんにブレーキをかけなきゃ

・アンテナを張る
→さいきんいろいろなことにアンテナを張ることにしている。

・ピントがずれる
→○○さんの話、ピントがずれませんか。

・アポを取る
→歯医者にアポをとる



など・・・

話が変わりますが、

Berikut adalah 2 keping gambar comel semasa Sukan JAD.
Untuk rekod, ini adalah dua gambar berbeza, dari sumber yang berbeza. (笑)

Alis yang "pendiam" :P


Kaki siapa ini...tak pasti samada kawaii atau kimochi warui? :P



勝手に落ち込んで、暗くなって・・・
勝手に明るくなった・・・・わたくしでした~!
:D

Wednesday, November 23, 2011

Main Netball

8 comments
Hari Sabtu ni ada Sukan JAD.

"Kak Has, datang ye! masuk team netball!"
"Ha? Saya?  saya ni dah tua                "


"Ala sensei jom la..sekejap aje..."
"Saya ni tak daya                 "


"Sensei, sensei main netball ye. Nanti sensei lawan kita orang"
"Ye, banyak sangat orang pujuk suruh masuk tapi jangan risau saya              "


Agaknya apakah jawapan saya di garis itu?
Haha.
















jawapan:

"nanti main 2 minit aje mesti pencen!"

:D

Monday, November 14, 2011

Nun jauh di sana

5 comments
Kisah A dan B

B: Kesian A tinggal sorang. Ajaklah mak datang teman.
A: Ala, dah biasa kan? Tak apalah. Daijobu.
B: Ye lah... Tapi kali ni lama sikit.
A: Tak apa la..ok aje..
B: Janji jangan balik kerja lewat sangat. Bahaya tau.
A: Ok...(tapi tau yang nasihat ini tak akan digunapakai )
B: Balik kerja kalau boleh lalu jalan yang lain-lain.
    Kalau boleh jangan balik pada waktu yang sama tiap hari.
    Bahaya takut ada orang target.
A: Mmmm.. (tau juga yang nasihat ini tidak akan digunapakai)


Oyasumi Encik B yang berada nun jauh di sana.....


Sunday, October 30, 2011

9 Nyawa

5 comments
Ramlee Awang Murshid, 2010

Kisah Intan Suryani, anak orang kaya yang mengidap penyakit lemah jantung dan Hakim, pemuda buta yang bekerja sebagai operator telefon sebuah hospital. Kisah bagaimana pertemuan mereka berdua dapat membongkar kisah lama juga dapat menyelamatkan Intan Suryani.

Seperti biasa novel RAM (selain dari siri Laksamana Sunan) adalah novel thriller dan kali ini berkisar kepada kisah perniagaan secara haram, kisah penipuan untuk merampas perniagaan serta kisah pembunuhan. Cuma novel RAM yang ini, tidak berapa menarik pada pendapat saya. Terutamanya kepercayaan mengenai "9 nyawa" yang tidak kuat rasionalnya dan tidak kukuh penggarapan kesimpulannya. Serta ada dinyatakan tentang merampas perniagaan disebabkan"dendam" tetapi tidak dinyatakan asas dendam tersebut. Walaubagaimanapun watak Khairil, seorang pembunuh kejam yang juga penipu untuk merampas kekayaan boleh dianggap berjaya (walaupun saya dapat agak dari mula). Buku ini bolehlah dibaca untuk merehatkan minda sekejap dari kesibukan bekerja. :)

★★★
Buku ke 22, 2011

Wednesday, October 26, 2011

人生の4つ

7 comments
今日の「重力」クラスでの出来事:

私:
これは私の勝手な考えですが、私たちは4つのことで人生のバランスをとっていると思います。

みんな:
・・・・・

私:
一つは、好きではないのに、しなければならないこと・・・。ありますか?

みんな:
べんきょ~う!


私:
そうですね。勉強は嫌ね・・・。でも、しなければならないよね。

みんな:
(あまりおもしろくない顔をしている)

私:
だけれど、好きで、できることもあるでしょう。

スマヤちゃん:
食べること!

私:
はい!食べたいものが食べられたら、幸せね。(笑)

それから、好きだけれど、できないこともありますね。

マルちゃん:
買い物!買い物が好きですが、お金がない・・・。

私:
そうですね。それは悲しいね。

マルくん:
タバコを吸うこと!

私:
あっ、そうですか・・・。そうですね・・・。(一応、公平な対応をしようと・・・)

アカマルくん:
吸いたいけれど、健康に悪いから・・・。

私:
それは言わなくてもいいよ。

みんな:(爆笑)

(たまたま今日風邪をひいているからそのように言ったに決まっているでしょ?あなたは。)


私:
最後は、したくないし、しなくてもいいこともあるでしょう。

シャズワニちゃん:
(ニコニコしながら)はい、ジョギング!

私:
あ・・・はい、そうですね。(反応に少し困った)
ジョギングが嫌いで、しなくてもいいなら、それも幸せですね。

このように、私たちは4つの要素で人生のバランスをとっているでしょう。
皆さんは、いつも勉強ばっかりしなければならない!人生が大変だと思うとき、
少しこれについて考えてみてください。
皆さんの人生では、その「好きではないけれど、やらなければならないこと」ばかりではないでしょう。「好きで、できること」もあるでしょう。また、「好きだけど、できないこと」だけでなく、「好きではないし、しなくてもいいこと」もあるでしょう。
このように考えたら、少し楽になると思いますよ。

カイユムくん:
先生、それはマレー語だったら、たくさん・・・

私:
えっ?何ですか。

カイユムくん:
いいえ、何でもありません!(照れながら・・・)

私:
何ですか。言ってください。

カイユムくん:
(照れながら)
Benda sensei cakap tu, kalau buat dalam Bahasa Melayu, tentu boleh bagi contoh lagi banyak.

私:
あっ、そうですか・・・でも、日本語でしま~す!(意地悪教師・・・笑)

みんな:(爆笑)

私:
あっ、話がそれました。

カイユムくん:
横道にそれました。(その前に読んだ短文読解にあった語彙を使おうとしたね。偉い!

私:
はい、そうですね。横道に・・・(笑)

では、今日の新しい言葉を勉強しましょう!

Wednesday, October 19, 2011

寝られない方へ

5 comments
学生に読ませた2級の読解の文章の一部:

「昨夜、寝られなかったという方、心配いりません。寝られなくてもいいんですよ。人間というものは、寝よう寝ようと思えば思うほど目が冴えてしまうようにできています。」


→確かにそうだな・・・寝られなかったとき、寝なきゃならないと思うほど、なかなか寝付かなくて、とても困った経験があります。


そういう場合、「あっ、英語圏の人なら、確か、羊を数えると聞いたことがあるから、さあ、satu ekor kambing biri-biri, dua ekor kambing biri-biri, tiga ekor kambing biri-biri, empat ekor kambing biri-biri・・・・長い!全然おもしろくない!ばっかじゃないの?」と自分のバカな行動に気づいた自分がいました。

寝られないとき、こんなにバカになるんだと思ったのですが、このように、寝られるように「一生懸命に努力」した自分がいます。


文章の続き:

「ですから、眠れればよし、寝られなくてもいい、どっちでもいいと思うようにしてください。なかなか眠りにつけないときは、積極的に<寝られなくてよかった。寝られなかったからこそ、読書ができた>(略)というふうに考えてください。そうしたプラス思考の考え方が、寝るということにつながるのではないかと思っています。」
(早川一光『老い方練習帳』による)


→そうですか・・・。そうなんですか・・・。別に努力しなくてもよかったのですか・・・。シーラナカッター!


よし、次回は、寝られないときに、

「あっ、寝られないのね、今晩、・・・よかった!小説でも読もうかな・・・」と

ポジティブに考えるようにしましょう!

そう思ったら、きっと知らないうちに ZZzzzzzz :D





Thursday, October 6, 2011

Kebahagiaan Kecil

12 comments
Bila tulis sesuatu yang tidak happy
kena tulis pula sesuatu yang buat kita happy
supaya ada keseimbangan lah katakan....

benda kecil yang buat saya happy hari ni adalah:

waktu nak masuk kelas lain
pelajar kelas lain yang sedang menunggu pensyarah masuk
dan sedang berada di pintu,
terus buka pintu besar-besar bila saya datang

"sensei masuk sini ke?"
"tak la...sini la.." (menuju arah lain)
"ala sensei masuk sini lah!" sambil buka pintu besar-besar dan yang lain dalam kelas pun semua sengih-sengih....

ini kebahagiaan kecil saya
kebahagiaan kecil saya yang tidak ternilai

oh, ye
satu lagi kebahagiaan kecil adalah:
bila post entri
besok tu tengok ada orang hantar komen
ini pun kebahagiaan kecil saya
hehe

Selamat malam semua
Besok bermula hari baru
Dengan cabaran baru
Tetapi pasti akan ada juga kebahagiaan baru
:)


Wednesday, October 5, 2011

聞きたくない

4 comments
「がんばって」って、時々聞きたくない言葉ですね。
励ましの言葉のはずなのに。


以前もらった知らない人からのコメントを思い出した:

「頑張れ」という励ましの言葉は時に他人に やる気を出させる魔法の言葉。 けど、頻繁に使うと一見思いやりのある人に見えるが、 実は魔法の効果が下がって逆にドサッとくる嫌な 言葉に成り下がってしまいます。 


今は、まさにその通りだ!と思っています。


夜10時になってしまいました。
帰らなきゃ。



Tuesday, October 4, 2011

Busy tahap DEWA

5 comments
Pertama kali perkataan ini bermain di kepala
BUSY TAHAP DEWA.
haha
macam pernah dengar orang cakap perkataan ni
tapi tak ingat mana saya dengar
siapa ye yang cakap macamana ni sebelum ni?
sorry ye kalau saya tiru :D

apa-apa pun perkataan ni bermain di kepala saya tiba-tiba
ye
saya BUSY TAHAP DEWA
tapi tak boleh salahkan sesiapa
sebab saya yang suka buat diri busy
saya yang suka cari pasal

cuma kadang-kadang bahaya juga
sebab risau syok sendiri sahaja
kalau dalam bahasa Jepun disebut 自己満足
sendiri rasa puashati dengan diri sendiri
rasa diri sendiri sangat penting
tapi mungkin orang lain tak rasa macam tu
so sangat bahaya juga sebenarnya 

jadi mungkin saya perlu tarik nafas dan rehat sebentar
biarkan...................
biarkan...................
mungkin elok begitu.....................

masa berlalu juga
dunia berputar juga
samada kita ada atau tidak.......




よくあるくだらない独り言、でした。


Saturday, October 1, 2011

一瞬の風になれ①

2 comments
佐藤多佳子、2007

Shintani Shinji (神谷新二) , pelajar tingkatan 3 yang sangat meminati bola sepak dan bermain bola sepak untuk sekolahnya. Walaubagaimana sedikit demi sedikit dia sedar yang dia tidak mempunyai bakat cemerlang bermain bola sepak seperti abangnya.

Ren (一之瀬連)adalah rakan baik Shinji, seorang atlet acara 100m dan 200m yang cemerlang pada zaman sekolah menengah rendah tetapi berhenti menyertai acara balapan walaupun dia sangat cemerlang. Ren merasai Shinji mempunyai bakat dalam bidang balapan dan mencadangkan Shinji memasuki kelab balapan di sekolah mereka.

Kisah ini adalah mengenai Shinji yang cuba menceburi bidang baru, acara balapan setelah masuk ke sekolah menengah atas setelah dipengaruhi rakan baiknya Ren dan seorang lagi rakan baru bernama Negishi. Kisah semangat juang seorang remaja untuk menjadi atlet larian jarak dekat yang cemerlang.

Jalan cerita yang menarik serta sangat jujur. Kisah remaja yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pelari pecut.

「おまえも走るの好きだな?」
    いきなり話をふられて驚いた。
「よくも、あんだけ走れるもんだなって」
    「そういうゲームだからね」
「新二が一番走ってたよ。すげー速いし、バテねえし、すげー目立ってたよ」
    「そういうゲームじゃないんだよ」
    いつもほめられるのは走力だけという情けなさ。
「ボールなんてなけりゃ、おまえ、もっと速いのに」
   とんでもないこと言われて、俺は驚いた。サッカーのゲームを見て、
   「ボールがなけりゃ」なんて言う馬鹿はフツウいない。

Malangnya setelah habis baca, baru saya perasan yang buku saya baca ni bahagian 1 dan sebenarnya ada 3 bahagian....buku ni kawan saya yang beri dan saya cuma ada bahagian 1! oh....kenapa tak perasan dari mula...haha




Cerita ni juga sebenarnya dah dijadikan drama pada tahun 2008.


★★★★
Buku ke 21, 2011

Tuesday, September 27, 2011

Adab beremel dan penggunaan BCC

6 comments
Pernah tak anda mendapat email yang diforward (oh, apa perkataan Bahasa Melayu untuk "forward" ye?) kepada anda, dan di situ juga ada ditulis sekali semua alamat email orang lain yang anda tidak kenal?

Dan pernahkah anda bayangkan seseorang yang mendapat email itu akan juga memforward email yang mengandungi alamat email anda kepada sesiapa yang tidak anda kenali?

Mungkin ada di kalangan anda berkata, "Pernah, tapi apa masalahnya?".

Pada saya tidak salah jika kita mahu forward sesuatu yang kita dapat dan rasa ia menarik dan mahu berkongsi dengan orang lain. Tidak salah.

Tetapi ia tidak bermakna kita perlu memforwardkan sekali secara tidak langsung alamat email orang lain. Kita boleh forward isi kandungan itu kepada semua orang yang kita kenali sekali gus tetapi kita seharusnya menyorok alamat email orang lain jika mereka tidak bersangkutan antara satu sama lain.

Contohnya, jika kita mempunyai kenalan yang boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan besar. 
Kumpulan 1 adalah rakan sekolah menengah.
Kumpulan 2 adalah rakan satu universiti.
Kumpukan 3 adalah saudara-mara.

Jika kita ingin forward sesuatu adalah tidak wajar jika kita menulis alamat emel kepada ketiga-tiga kumpulan ini sekali gus dalam satu emel kerana walaupun kita mengenali semua orang dalam kumpulan itu, orang dalam kumpulan itu tidak semestinya mengenali setiap orang dalam kumpulan yang lain.

Mungkin ada yang mengatakan, apa pula masalahnya?

Masalahnya adalah dengan berbuat begitu, kita telah secara tidak langsung melanggar hak privasi orang lain - menyebarkan alamat email orang lain kepada orang yang tidak dikenali.

Perkara memforward kepada sesiapa sahaja ini bukan sahaja berlaku di peringkat suka-suka, tetapi saya dapati ia juga berlaku di peringkat profesional - iaitu di peringkat kerja contohnya.

Saya pernah minta seseorang menghantar email memberitahu berita tidak baik kepada beberapa orang yang tidak kenal satu sama lain. Saya minta orang itu mengCC email itu kepada saya, supaya saya tahu yang dia telah menghantar email tersebut. Apa yang saya terima selepas itu ialah sebuah emel yang memang diCC kepada saya tetapi dihantar kepada semua orang tersebut!

Mungkin ada yang berfikir, apa pula masalahnya?

Ok, cuba anda bayangkan yang kandungan emel itu adalah:
 "Harap maaf, anda gagal peperiksaan kali ini."
dan anda dapati 10 orang lain juga mendapat emel yang sama...tidakkah anda berasa malu?

Kita boleh menghantar satu email kepada ramai orang jika mereka semua faham dengan situasi itu. Contohnya seorang ketua menghantar kepada semua pekerja syarikatnya untuk mengumumkan jamuan hari raya ke...atau semua orang tak boleh ambil cuti pada sekian-sekian hari ke..tak salah email begini...

Tetapi walaupun untuk menjemput ke jamuan Hari Raya, adalah tidak wajar menghantar sebuah emel kepada beberapa orang (kumpulan) yang tidak mengenali orang (ahli kumpulan) lain.

Contohnya saya pernah mendapat emel ucapan Hari Raya yang dihantar kepada saya dan juga kepada beberapa orang kenamaan sekali gus. Dari emel itu, saya dapat tahu, "oh, ada kenalan orang kenamaan dia ni.."....mungkin itu sahaja kesannya kepada saya...tetapi bagaimana dengan orang kenamaan itu? Secara tidak langsung alamat emel dia telah "jatuh" ke tangan orang lain. Mungkin nanti ada orang yang tidak dikenali akan menghantar emel kepada dia. 

Pada saya tindakan menghantar beramai-ramai begini tanpa memikirkan kesan kepada orang lain adalah satu tindakan yang kurang sensitif.  

Oh, hari ini saya serius sedikit (haha)

Bukan apa, sedikit kesal kerana ada di kalangan kita yang masih kurang adab beremel ini.
Terutamanya dari segi profesional yang dengan itu orang lain bukan sahaja akan memandang rendah kepada si pengirim tetapi juga organisasi si pengirim itu. 

Satu nasihat kepada yang suka memforward emel atau malas nak hantar beberapa emel yang sama kepada beberapa orang;

Tuliskan alamat emel anda sendiri di tempat "To" dan masukkan seberapa banyak alamat emel yang anda mahu ke ruang "BCC". (Ruang BCC selalunya berada di bawah CC)
Dengan itu penerima emel itu akan hanya dapat melihat alamat emel anda tetapi tidak dapat melihat alamat emel orang lain. 

Dengan ini anda boleh memforward emel yang anda suka kepada sesiapa sahaja, atau menyingkatkan masa kerja remeh anda, tanpa menyebarkan info peribadi orang lain atau mengaibkan orang lain :)

imej diambil dari sini


Thursday, September 22, 2011

健康な骨

6 comments
今日のJLPT N2対策の授業でこんな読解の文章を学生に読ませた;

「健康な骨を作るためには、カルシウムをたくさん取るのがいいということはみんな知っている。ところが、それと同じぐらい運動が大事だということは、あまり知られていない。(略)」

あっ、子供のときからカルシウムが豊富なアンチョビが好きだったので、
私の骨は強いと思ったのに、
運動も大事だったんですか…。(運動嫌い) → ショックその①



<文章の続き>

「健康のための運動は、人生のどの段階で始めても効果があるが、強い骨を作るための運動は違う。骨は、人が生まれてから30歳くらいまでの間に作り上げてしまうからだ。(略)」


ちょっと待って!今のはなんだった?
生まれてから30歳くらいまでですって?
じゃ、私はもうだめだということ?
ああ~ → ショックその②

授業の内容で、こんなショックの連発って初めてだ…


最近、ずっと歩くときも、階段を上るときも、ひざが痛いのはそのためか…。


過労時の独り言でした。

Thursday, September 15, 2011

日本へ行きます

9 comments
明日(金)出張で日本へ行きます。

土曜日の朝に着き、日曜日は一日仕事、月曜日の昼は帰国ですが。

(短いね。仕事だから仕方ない・・・と思いながら、実は、せっかくだから、もう少しゆっくりできればな・・・でも授業があるので、自分だけがのんびりするわけにはいかないでしょう・・・。)

けれど、土曜日はあいています。たぶん。たぶんね。

東京にいるので、近くにいる、暇な人がいれば、会いませんか?:D

Sunday, September 11, 2011

Aku Tak Nak Miskin

2 comments
Chef Li, 2008

Kesinambungan dari pembacaan yang lepas, saya baru habiskan buku "Aku Tak Nak Miskin" ini yang juga dari pengarang yang sama. Buku yang juga saya pinjam dari anak saudara, tanpa kebenarannya :D

Buku kali ini berbeza dari yang sebelum ini kerana ia tidak banyak bercerita tentang kisah-kisah orang yang sedang bergiat dalam peniagaan, tetapi ia berkisah kepada pendapat pengarang tentang bangsa Melayu yang beragama Islam, tinggal di tanahair sendiri, tetapi ketinggalan dalam pembangunan ekonomi negara.

Pada mukasurat yang membentangkan "Sketsa Sosial Umum Biasa" dan "Sketsa Sosial Baru Yang Ingin Kita Bina", penulis telah memberi beberapa contoh yang jika dibaca memang akan buat rasa sedikit seram sejuk. Saya tak boleh tulis banyak-banyak di sini, nanti kena saman pula oleh pengarang buku, tetapi sedikit yang beliau mahu kita fikirkan seperti "sebuah kedai pakaian milik bangsa Cina, tetapi dipenuhi pelanggan Melayu"..dan adalah lebih baik jika kita dapat membina "sebuah gedung pakaian milik Melayu Islam yang gah dan mempunyai pelanggan dari berbagai kaum."

Ye, memang betul, gedung membeli-belah di negara kita memang dimonopoli oleh bangsa Cina. Kedai handphone, kedai baju, kasut, beg, barang elektrik, malah pasaraya, tidak dinafikan dimonopoli oleh bangsa Cina. Pada satu hari sebelum hari raya baru-baru ini, saya ke pasaraya di bandar Pekan. Memang penuh sesak dengan manusia, semuanya membeli persiapan untuk menyambut hari raya. Tetapi pasaraya itu siapa yang punya? Sambil beratur saya membayangkan seronoknya pemilik pasaraya pada hari itu kerana tentu keuntungannya melebihi hari-hari biasa.......

Banyak petikan dan mutiara kata yang menarik di buku ini. Kalau boleh rasa nak tulis semua di sini, tapi tak boleh lah kan.... jadi salah satu yang menarik adalah;

"Merdeka bermakna kita maju ke hadapan dan menguasai segala milik kita dan apa saja yang patut kita miliki;......(dipendekkan)"

Selamat Membaca kepada semua.
Semoga pembacaan akan menjadikan kita generasi penyelamat bangsa yang tercinta.



★★★

Buku ke-20, 2011

Thursday, September 8, 2011

サルでもできる

2 comments
私の悪いところは、よく人を急かせることです。

私のハリラヤの休みはもう終わりました。もう仕事が始まりました。

でも、
自分が仕事を始めたといって、ほかの人も同じとは限りません。
まだハリラヤの休みを満喫している人がたくさんいます。
それは別に悪いことではありません。

ただ、
仕事を始めたということは、何かあると人の力を借りざるを得なくなる場合が出てきます。

「教科書はいつ来ますか。来なかったら、またコピーしなければならないんですけど…」
「○○という本が必要ですが、借りてもいいでしょうか。」
など、
つい、他人のかかわりが必要になることが出てきます。

それで、つい、
電話してしまったり、メールを書いて、送ったりしてしまいました。

ああ~だめです。
してしまってから気づくのはもう遅いですね。
なんて気が利かない人だと思われてしまうんですね。
もう、バカです。

その都度、「反省します!」と思うのですが、

「反省だけならサルでもできる。」という昔の日本のCMを思い出してしまいます。

バカモノ!:( (自分に対する怒り)

昔のCM


くだらない独り言でした。


ところで、ナビラちゃんからこんな素敵なものをいただきました。
わざわざ作って、わざわざ郵送してくれて、本当に感動しています。(嬉し泣き)


2年前の写真?あっ、恥ずかしい:)


そして、久しぶりにJAD SHAH ALAMの職場に戻ったら、こんなものが机に置いてあります。
ムスさん、ありがとう! (また嬉し泣き)


左側の絵葉書は以前いただいたものです。今回は写真付きのハリラヤカードです。:)

わたしって、愛されているんですね。うふふ :)

Monday, September 5, 2011

Biar Kecil Asalkan Berhasil

5 comments
Chef Li, 2009

Sudah lama saya tak baca buku berunsur motivasi. Dulu-dulu ada juga baca cuma kadang-kadang terasa isi kandungan buku motivasi lebih kurang sama. Jadi saya pun dah tak berapa terasa nak baca.

Tapi cuti hari raya baru-baru ini saya "terbaca" buku ini. Anak saudara saya yang bawa balik buku ini dan letak atas meja. Bila tiap hari terpandang buku tu dan saya pun tak ada apa nak buat kat rumah mak, akhirnya saya pun "terambil" buku tu dan "terbaca" lah. :D

Buku ini berkenaan nasihat untuk memulakan perniagaan. Saya dapati ia bagus kerana penulis menggalakkan sesuatu dimulakan secara kecil-kecilan dahulu. Jangan terus nak mula secara besar-besaran sehingga terpaksa berhutang sana sini.

Ada juga diselitkan cerita tentang "jutawan senyap" - kisah warga asing yang menjadi jutawan di Malaysia, dengan hanya menjadi penjaja minuman. Saya rasa kisah ini lebih lanjut ada ditulis di buku pengarang yang sama bertajuk "Menjejaki Jutawan Senyap" yang saya tertarik juga untuk baca nanti. Memang respek orang yang menjadi jutawan dengan bisnes kecil-kecilan.

"Kesilapan sebahagian dari kita ialah apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau perusahaan, kita mahu semuanya lengkap dan sempurna, barulah kita nak bermula..."
Saya pilih petikan di atas dari buku ini, sebab saya rasa pendapat penulis sangat betul tentang ini. Saya yang bukan orang bisnes ini pun terasa bila nak mulakan kerja dalam serba kekurangan. Terutamanya bila sudah terbiasa "senang". Saya tipikal orang Melayu yang sudah terbiasa dengan "jaminan" dan "kesenangan". Jadi bila nak mulakan sesuatu mesti mahukan kelengkapan. Mana komputer? internet? air-cond ada? Carpet? Buku-buku rujukan? Mesin fotostat? Macamana nak buat itu ini kalau tak ada kelengkapan? Oh, sangat tipikal kan? Jadi kata-kata di buku ini menyedarkan saya sedikit tentang realiti kehidupan. Menyedarkan saya yang saya sebenarnya terlalu manja dan sangat bergantung kepada sokongan dan bantuan.

Mengenai bisnes pula, saya bukanlah seorang yang meminati bisnes dan rasanya tiada bakat meniaga juga. Tapi saya respek orang yang menceburi bidang ini sebab bukan senang untuk berniaga. Bidang perniagaan sangat mencabar sebab ia tiada jaminan. Tetapi jika berjaya, nikmatnya tentu melebihi dari orang yang makan gaji macam saya.

Tidak menjadi seperti saya, saya harap tenaga-tenaga muda di luar sana tidak lalai dengan "jaminan" dan "kesenangan hidup" oleh bantuan, sebaliknya mencabar diri anda untuk memulakan perniagaan pada suatu hari nanti. Seronok juga kalau dapat tahu ada bekas pelajar yang menjadi ahli perniagaan yang berjaya suatu hari nanti. :)

"Biar kecil asalkan berhasil daripada besar akhirnya bubar."
★★★★
Buku ke 19, 2011

Saturday, August 27, 2011

Kurung Biru

6 comments
Bukanlah tahun ini nak beraya dengan baju kurung biru
Bukanlah juga berada dalam gundah gulana
Tetapi lagu raya ini memanglah "berhantu"
Lagu yang pasti berkumandang di radio setiap menjelang raya
Dan,
Sejak terdengar di radio beberapa hari lepas
ia terus sahaja "mengganggu" hari-hari saya :)


Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti

Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...







SELAMAT HARI RAYA, 
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN


Sunday, August 21, 2011

Shah Alam atau Beranang

26 comments
Program JAD yang baru telah bermula 2 minggu lalu di KKTM, Beranang, Selangor.

Saya pula telah ditugaskan untuk "memonitor" program itu untuk sementara waktu.

Saya yang sepatutnya "memonitor" sahaja program itu, telah terpaksa "menyibukkan" diri sendiri menjadi salah seorang tenaga pengajar kerana tidak cukup tenaga pengajar.

Juga disebabkan semuanya baru, maka kami tenaga pengajar yang tidak seberapa kudratnya terpaksa berhempas-pulas...tiada yang pulang walaupun sudah jam 5 petang. Malah pulang lewat maghrib seperti menjadi perkara biasa walaupun kelas baru sahaja 1 minggu bermula.

Siapa kata senang mengajar Bahasa Jepun?
Siapa kata semua orang yang pernah menuntut di Jepun boleh mengajar Bahasa Jepun?

Ini sebenarnya pendapat-pendapat "stereotype" yang saya selalu dengar.

"○○ ni baru balik dari Jepun kan, tentu dia boleh ajar Bahasa Jepun."
"○○ ni graduate dari Jepun, tentu boleh ajar punya...bukan susah pun ajar Bahasa Jepun."

Pada saya, pendapat begini seperti memandang rendah kerjaya yang saya pilih ini.

Selalunya bila orang cakap begini, saya akan balas;
"Walaupun saya orang Melayu, tapi saya tak pandai ajar Bahasa Melayu. Boleh lah kalau nak ajar perbualan biasa...."Nak makan apa?" "Saya lapar." "Sekarang pukul berapa?"..ini boleh la, tapi kalau pelajar saya tanya, kenapa "membaca" guna "mem" tetapi "menulis" guna "me" dan "tulis" jadi "nulis" pula? ....senang ke nak jawab soalan ni? saya bukan pakar Bahasa Melayu, jadi saya kena rujuk sana-sini dulu sebelum jawab soalan ni. Maknanya saya kena belajar dulu dan memahami peraturan Bahasa Melayu sebelum mengajar orang.

Begitu lah juga Bahasa Jepun. Malah lagi susah sebab bukan bahasa ibunda kita pun. Saya yang sudah lebih 15 tahun mengajar ni pun, tiap hari akan berdepan dengan masalah. Tiap hari pun ada sahaja yang saya tidak tahu dan terpaksa buka buku belajar dan rujuk sana-sini.

Jadi, macamana orang boleh sesenang hati mengatakan,
"Graduate dari Jepun tentu boleh ajar Bahasa Jepun kan?"

**************************************************************************

Untuk program kali ini pihak pentadbiran mahukan lebih ramai pensyarah tempatan terlibat.
Ye, memang bagus meramaikan pensyarah tempatan.
Tetapi, "kualiti" lebih penting dari "kuantiti".

Kita bukan nak ajar pelajar perbualan biasa yang tiada penekanan pada penggunaan tatabahasa.
Kita nak pelajar pandai tulis karangan dan report eksperimen dalam Bahasa Jepun, menggunakan kosakata yang betul dan tatabahasa yang betul.

Kita nak pelajar menguasai lebih 3000 kosakata dan lebih 1000 kanji dalam masa yang pendek.
Kita nak pelajar boleh bertutur menggunakan Bahasa Jepun bukan sahaja bila berbual dengan kawan-kawan, tetapi juga menggunakan perkataan dan tatabahasa yang betul semasa berdebat, memberi syarahan, juga semasa membuat penyampaian hasil penyelidikan mereka.

Jadi kita mesti mengambil tenaga pengajar yang boleh mengajar pelajar untuk mencapai perkara di atas. Apa akan jadi jika tenaga pengajar hanya ada setakat level 3 JLPT? Apa akan jadi jika tenaga pengajar hanya boleh "berkomunikasi" tetapi tidak tahu peraturan tatabahasa yang betul? Apa akan terjadi kepada pelajar yang diajari?

********************************************************************************

Oh, saya sudah sedikit emotional di sini (haha) maafkan saya.

Sebenarnya sangat susah untuk mendapat tenaga pengajar tempatan yang boleh mengajar sehingga peringkat tertinggi Bahasa Jepun. Kebanyakan yang bagus sudah pun mempunyai kareer tetap di tempat lain. Mereka yang begini tidak akan menukar kareer dengan senang.

Saya pula memang sangat pemilih.
Saya mahukan seseorang yang boleh menyahut cabaran saya.
Seseorang yang mempunyai kebolehan Bahasa Jepun yang tinggi. Sekurang-kurangnya ada Level 1 JLPT (Sekarang N1).
Seseorang yang minat untuk mengajar dan sanggup bekerja keras.
Seseorang yang sanggup belajar sambil bekerja , mencari jalan penyelesaian kepada masalah.
Seseorang yang tidak segan meminta pertolongan orang lain jika perlu.
Seseorang yang ringan tulang, tidak hanya menumpukan kepada kerja sendiri sahaja.
Seseorang yang suka kerja remeh-temeh seperti membuat rancangan mengajar, kerja rumah. soalan latihan, kuiz, bahan pengajaran dll.
Seseorang yang boleh bekerja dalam kumpulan kerana setiap bahan pengajaran dan pembelajaran akan dibuat bersama dan diperiksa kebolehpakaian sesuatu itu bersama-sama. Tidak boleh ada perasaan malu jika apa yang dibuat akan dibaiki oleh orang lain.
Saya mahukan seseorang yang sentiasa ingin mepertingkatkan kualiti diri sendiri.

Sebab ini bukan bahasa kita.
Tapi kita perlu memberi yang terbaik supaya pelajar kita dapat memperkasakan kebolehan bahasa mereka dalam masa yang singkat.

Itu harapan saya kepada tenaga pengajar muda dan tidak berpengalaman.

Belajar untuk mengajar orang lain dan untuk mempertingkatkan kualiti diri sendiri.

*******************************************************************************

Selepas hari raya , saya akan pulang semula ke JAD unisel.
Saya sayang famili JAD unisel, pelajar yang sentiasa memberi saya semangat.
Tapi
saya juga sudah jatuh cinta dengan JAD Beranang. Di JAD Beranang, ada anak-anak yang baru mula menapak, masih sedang mencari-mencari jalan berkesan dalam pembelajaran.

Tapi saya tak boleh bekerja di kedua-dua tempat sekali gus.
Kalau jaraknya cuma bangunan sebelah menyebelah, bolehlah lagi dikuatkan kudrat melangkah.
Tetapi, Shah Alam dan Beranang, 70 kilometer.........

*******************************************************************************

Hari ini saya terbanyak meluahkan hati.
Mungkin sebenarnya sangat risau....

Walaupun begitu izinkan saya memperkenalkan warga JAD Beranang seperti di bawah;







Gambar di atas adalah semasa wakil pelajar JAD Unisel Batch 5 dan 6 datang ke Beranang bertemu pelajar baru JAD Beranang pada minggu lalu.


* Banyak kerja atau tidak, semuanya bergantung pada diri sendiri.
  Tak kisah kerja apa pun, boleh saja buat kerja separuh hati, dan rilek kalau kita nak begitu.
   Sebaliknya,
  Tak kisah juga kerja apa pun, kalau kita beri komitmen 100% dan sentiasa mencari cabaran baru, kita akan sentiasa rasa ada sesuatu yang perlu kita buat.
 
  Selagi kita "mencari" kerja, kerja kita tidak akan habis.

 ** Kami sedang mencari tenaga pengajar tempatan yang boleh menyahut cabaran di atas.  
     Sebaiknya lelaki sebab korum perempuan sudah mencukupi.
     Juga sedang mencari tenaga pengajar dari kalangan orang Jepun seboleh-bolehnya yang ada
     pengalaman mengajar.

Sunday, August 7, 2011

I am alive

6 comments
Hari ini HISTORY channel menayangkan dokumentari "I am Alive - Surviving the Andes Plane Crash". Saya terus teruja untuk menonton dokumentari itu kerana filem "Alive"(1993) adalah salah satu filem kegemaran saya yang saya sudah tonton beberapa kali.

Kapal terbang yang membawa pasukan rugby pelajar universiti dari Uruguay, bersama sebahagian keluarga mereka, telah terhempas di Banjaran Andes pada hari Jumaat 13 Oktober 1972. Seramai 12 orang terkorban akibat kemalangan itu dan selebihnya menunggu bantuan dari pasukan keselamatan.

Bagaimanapun setelah 10 hari berlalu, mereka merasa kecewa setelah mendengar di radio yang pencarian telah diberhentikan. Mereka yang hidup terpaksa menahan kesejukan suhu -30 darjah pada waktu malam dan kelaparan. Untuk terus hidup, mereka akhirnya terpaksa memakan rakan-rakan mereka yang telah mati.

Setelah 2 bulan menunggu, Nando dan Roberto, dengan berbekalkan daging beku dari mayat, memulakan perjalanan untuk meminta bantuan. Perjalanan mereka seperti tiada penghujung dan hampir membuatkan mereka berputus asa. Setelah lebih 10 hari dan berjalan sejauh 40 batu mendaki dan menuruni gunung, mereka akhirnya menemui sungai, pokok-pokok, haiwan.......dan akhirnya menjumpai seseorang yang sedang menunggang kuda di seberang sungai.

Gambar setelah terhempas - diambil oleh salah seorang dari mereka.

Pada 22 Disember 1972, 72 hari setelah kejadian berlaku,  16 yang masih hidup telah berjaya diselamatkan.








Filem "Alive" dibintangi oleh Ethan Hawke sebagai Nando dan Josh Hamilton sebagai Roberto.
Kepada yang belum menonton filem "Alive" ini saya syorkan anda menontonnya. Dalam keperitan penungguan yang seolah tiada penghujungnya, mereka tidak lupa untuk berjenaka dan menyambut hari lahir kawan-kawan yang masih hidup dengan menghadiahkan rokok dsbnya. Juga terharu apabila sambil berjenaka mereka memberi wasiat - membenarkan mayat mereka dimakan untuk terus hidup. Semua itu ada dalam filem dan semua itu adalah kejadian sebenar yang anda boleh baca di sini.
"Hi, I want you all to know...... if I die..... you have my permission.....you can eat me." said Antonio, the captain of the rugby team. 

Friday, August 5, 2011

逃げている

0 comments
逃げている
逃げてはいけないと思いながら
避けようとしている

わかっている
わかっていながら、
関係ないふりをする

・・・・

今日の独り言でした。

Thursday, August 4, 2011

しゃぼん玉

0 comments
Nonami Asa, 2004

Izumi Shoto, seorang pemuda yang hidup dengan wang yang diragut dari orang-orang tua mahupun kaum wanita. Terkadang semasa meragut, dia ada juga mencederakan mangsanya. Dia tiada tempat tinggal dan tidak dipedulikan oleh ibubapanya yang sudah bercerai. Hidupnya sentiasa dalam pelarian. Meragut di mana ada kesempatan dan melarikan diri ke mana-mana sahaja.

Pada satu hari, dia ditinggalkan oleh pemandu trak yang ditumpanginya di sebuah kawasan terpencil di daerah Miyazaki, Kyushu. Di situ dia menjumpai seorang perempuan tua yang cedera terjatuh dari motorsikal. Perempuan tua itu sangat bersyukur berjumpa dengan Shoto di kawasan itu. Shoto pula pada mulanya ingin mencuri motorsikal perempuan itu untuk melarikan diri. Bagaimanapun dia merasa kasihan kerana perempuan tua itu dalam kesakitan dan akhirnya membantu perempuan tua itu pulang ke rumahnya.

Disebabkan bantuan Shoto, perempuan tua itu terselamat dan membenarnya Shoto tinggal bersamanya. Dia melayan Shoto dengan baik. Rakan-rakan perempuan tua itu pula tersalah anggap Shoto sebagai cucu perempuan tua dan mereka melayan Shoto dengan baik. Tetapi......

Di sinopsis buku ini ada ditulis:

涙なくしては読めない心理サスペンス感動の傑作。
Satu karya psikologi suspen yang pasti akan membuatkan anda menangis.

Ye, seorang yang cepat terharu seperti saya memang menangis sampai bengkak-bengkak mata :D

Terkesan dengan jalan cerita dan watak-watak yang menarik. Anak yang membesar dengan perasaan bersalah.."menyesal aku melahirkan kau", "kau pun sama macam bapak kau", "anak tak boleh diharap"...Juga kisah seorang ibu tua yang sangat memanjakan anaknya sehingga anaknya menjadi seorang yang kejam. Disulami kisah bandar kecil yang komunitinya kebanyakannya warga tua, bercakap dengan loghat daerah tersebut dan sangat menghargai kedatangan golongan muda untuk menceriakan hidup mereka. 

「自分の生涯、しゃぼん玉のように、ただ漂って生きていく。そしていつか、どこかでパチンと弾けて消える。それだけの存在のはずだ。」
"Hidup saya seperti buih sabun. Hanya terapung-apung di udara. Dan suatu masa ia akan pecah dan hilang. Begitulah sahaja sepatutnya kewujudan saya." 

「自分の力じゃあ、しょうがねえことも、そりゃあ、あるばい。じゃけんど、自分の生き方についちゃあ、しょうがねえってあきらめたら、そこで終わりばい。あきらめたら、人生なんかやり直せん。どげん若くても。」
"Ada juga masanya kita tidak dapat berbuat apa-apa hanya dengan usaha kita sendiri. Tetapi, setakat itu lah sahaja hidup kita jika kita berputus asa tentang kehidupan. Kalau kita berputus asa, kita sudah tidak boleh mengubah nasib kita lagi. Walaupun masih muda." 

★★★★
Buku ke 18, 2011

*急に忙しくなったので、しばらく読書三昧の生活を中断します。

Wednesday, August 3, 2011

cakit peyut

6 comments
Menulis SMS dalam Bahasa Melayu:

"Maaf, hari ni saya sakit perut, tak dapat datang kerja."

Balasan:

"ok."


Menulis SMS dalam Bahasa Jepun:

sebelum tu terfikir,

 「あれ、これって「おなかが痛い?」それとも、「胃が痛い?」。 」

anda pernah ada pengalaman begini?

saya selalu terlupa yang mana satu nak guna.
kenapa orang Jepun perlu membahagi penggunaan ini?
kan senang kalau dalam Bahasa Melayu....apa-apa yang melibatkan perut
seperti, gastrik, diarrhea dll..semua pun boleh diterangkan dengan "sakit perut" sahaja.

...........

dalam Bahasa Melayu boleh sebut sakit perut sahaja tetapi bila nak tahu lebih lanjut baru lah kita terangkan, sakit bahagian sini atau situ, gastritis ke, asyik pergi tandas beberapa kali, iaitu, diarrhea ke.. (cuba mengelakkan penggunaan perkataan "cirit-birit" di sini....なんとなく下品な感じ(笑))

tapi orang Jepun selalunya membahagi penggunaan ini.

kalau orang yang memang ada penyakit di perut, contohnya kena gastritis, ulser perut ke..orang Jepun guna 胃痛(胃が痛い). Ini sakit di bahagian atas perut.
Tapi kalau sakit yang buat nak pergi tandas aje orang Jepun guna 腹痛(おなかが痛い). Ini sakit di bahagian bawah perut....iaitu di usus.

............


SMS dalam Bahasa Jepun,

「今日、おなかの調子がよくないので、すみませんが、休ませていただきたいと思います。」

Balasannya,

「了解しました。どうぞお大事に。:)」

Friday, July 29, 2011

今日が来た

4 comments
また今日が来た。

過去はどうだった?

昨日までの自分を思った。


また今日が来た。

将来はどうなる?

明日からの自分を考える。


また今日が来た。

今までずっと来てくれた。

来年も今日が来てくれるだろうか。


とにかく、

今日も、

昨日と同様、

明日と同様、



幸せでいられるといいな。


独り言でした。


愛・感謝・愛

Saturday, July 23, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh

4 comments
Abdul Latip Talib, 2010

Tajuk buku ini adalah "Sultan Muhammad Al-Fateh - Penakluk Konstantinopel". Saya beli buku ini sebab ia Novel Sejarah Islam- saya mengaku saya tidak pernah dengar tentang Sultan Muhammad Al- Fateh sebelum ini dan saya macam pernah dengar "Konstantinopel" tapi tidak tahu ia di mana.

Rupanya Konstantinopel adalah Istanbul, salah satu bandaraya terkenal di Turki. Istanbul pernah menjadi ibu kota kepada tiga empayar iaitu Empayar Rom (330-395), Empayar Rom Timur (395 - 1453) dan Empayar Uthmaniyah (1453 - 1923). Ia ditukarnama kepada *Istanbul setelah kerajaan Islam Uthmaniyah berjaya menawan kota Konstantinopel pada tahun 1453.

Usaha kerajaan Islam menakluk Konstantinopel bermula pada tahun 34 Hijrah oleh Saidina Ali. Selepas itu terdapat beberapa percubaan menakluk tetapi gagal. Sultan Murad II iaitu ayah kepada Sultan Muhammad juga telah cuba menawan kota ini pada tahun 825 Hijrah tetapi gagal kerana perbalahan sesama umat Islam pada masa itu. Bagaimanapun kerajaan Uthmaniyah tidak berputus asa untuk menawan Konstantinopel kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."
Aya-Sophia yang telah ditukar menjadi muzium
Akhirnya Konstantinopel berjaya ditakluk oleh Islam dan diperintah oleh Empayar Uthmaniyah sehinggalah Turki mendapat kemerdekaan dan diterajui oleh Mustafa Kamal Artatuk pada 1923. Setelah Konstantinopel berjaya ditakluk, Sultan Muhammad menukarkan Gereja Aya-Sophia (gereja terbesar yang dibina 1000 tahun sebelum penaklukan Islam) kepada masjid. Aya-Sophia menjadi masjid sehinggalah Mustafa Kamal Artatuk menjadikannya muzium pada 1935. (Sangat sedih masjid menjadi muzium.)


Macam biasa, pembacaan tentang sejarah Islam kali ini juga, menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut. Bersyukur juga kerana kewujudan internet membuatkan kita boleh mendapat maklumat dengan senang. Walaubagaimanapun saya rasa, perkara sejarah bukanlah sesuatu yang kita boleh kata seperti 1+1=2 sebab, lain sumber, kadang-kala lain pula penerangannya. Jadi mungkin kena lebih banyak kaji-selidik.... :)

Walaupun bagus dapat mengetahui sejarah Islam dan menambah minat saya untuk menyelidik lebih lanjut di internet, saya tidak dapat menilai buku ini lima bintang kerana terdapat banyak kesalahan.
Contoh:
1) Tajuk bab 18 "Rumeli Hissari" yang menceritakan tentang pembinaan tembok untuk menghalang serangan Rom tetapi tiada satu pun penggunaan perkataan ini di dalam bab itu sehinggalah ke bab 20, barulah saya tahu "Rumeli Hissari" itu adalah nama kepada tembok yang dibina itu.
2) Tarikh "Rabu 4hb April 1453" yang ditulis sebagai tajuk kecil tetapi tidak jelas apakah maksud tarikh tersebut kerana selepas itu ditulis "Pada hari Khamis 6hb April 1453, ....tiba di Konstantinopel".

Terdapat juga kesalahan-kesalahan ejaan, juga terdapat pengulangan cerita beberapa kali. Saya rasa sepatutnya penulis dan juga editor buku ini sepatutnya memberi perhatian dan memperbetulkan kesalahan memandangkan buku yang saya beli ini adalah cetakan kelima.

Nota kaki:
*Di dalam buku ditulis nama "Istanbul" diberi oleh Sultan Muhammad, tetapi di sini di tulis Sultan Muhammad memberi nama "Islambol" (Islam keseluruhannya) tetapi Mustafa Kamal Artatuk menukar kepada "Istanbul". (Wallahualam..kena study lebih lagi nampaknya :)


sumber-sumber dari buku ini dan juga dari internet seperti:


★★★
Buku ke 17, 2011

Thursday, July 21, 2011

Besok Mula Cuti

5 comments
Besok mula cuti
Tak perlu fikir pasal kerja
Boleh baca buku sahaja
Ini dari Iza & Kai
Besok mula cuti
Boleh jalan-jalan bersama Encik B
Dan balik kampung jumpa famili
Ini dari Iman
Besok mula cuti
Tapi kena hati-hati
Jangan nanti makan dan tidur tak ingat mati
Ini dari Hanim dan Raziz
Besok mula cuti
Sampai Khamis minggu depan
Oh masa tu dah Ramadan kan
Ini dari Aqilah, Nur Athiqah & Siti Aisyah
Besok mula cuti
Walau tak kerja tapi bergaji
So, nak apa lagi?
:)

あっ、くだらないね。(笑)
お休み!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template