Friday, July 29, 2011

今日が来た

4 comments
また今日が来た。

過去はどうだった?

昨日までの自分を思った。


また今日が来た。

将来はどうなる?

明日からの自分を考える。


また今日が来た。

今までずっと来てくれた。

来年も今日が来てくれるだろうか。


とにかく、

今日も、

昨日と同様、

明日と同様、



幸せでいられるといいな。


独り言でした。


愛・感謝・愛

Saturday, July 23, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh

4 comments
Abdul Latip Talib, 2010

Tajuk buku ini adalah "Sultan Muhammad Al-Fateh - Penakluk Konstantinopel". Saya beli buku ini sebab ia Novel Sejarah Islam- saya mengaku saya tidak pernah dengar tentang Sultan Muhammad Al- Fateh sebelum ini dan saya macam pernah dengar "Konstantinopel" tapi tidak tahu ia di mana.

Rupanya Konstantinopel adalah Istanbul, salah satu bandaraya terkenal di Turki. Istanbul pernah menjadi ibu kota kepada tiga empayar iaitu Empayar Rom (330-395), Empayar Rom Timur (395 - 1453) dan Empayar Uthmaniyah (1453 - 1923). Ia ditukarnama kepada *Istanbul setelah kerajaan Islam Uthmaniyah berjaya menawan kota Konstantinopel pada tahun 1453.

Usaha kerajaan Islam menakluk Konstantinopel bermula pada tahun 34 Hijrah oleh Saidina Ali. Selepas itu terdapat beberapa percubaan menakluk tetapi gagal. Sultan Murad II iaitu ayah kepada Sultan Muhammad juga telah cuba menawan kota ini pada tahun 825 Hijrah tetapi gagal kerana perbalahan sesama umat Islam pada masa itu. Bagaimanapun kerajaan Uthmaniyah tidak berputus asa untuk menawan Konstantinopel kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."
Aya-Sophia yang telah ditukar menjadi muzium
Akhirnya Konstantinopel berjaya ditakluk oleh Islam dan diperintah oleh Empayar Uthmaniyah sehinggalah Turki mendapat kemerdekaan dan diterajui oleh Mustafa Kamal Artatuk pada 1923. Setelah Konstantinopel berjaya ditakluk, Sultan Muhammad menukarkan Gereja Aya-Sophia (gereja terbesar yang dibina 1000 tahun sebelum penaklukan Islam) kepada masjid. Aya-Sophia menjadi masjid sehinggalah Mustafa Kamal Artatuk menjadikannya muzium pada 1935. (Sangat sedih masjid menjadi muzium.)


Macam biasa, pembacaan tentang sejarah Islam kali ini juga, menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut. Bersyukur juga kerana kewujudan internet membuatkan kita boleh mendapat maklumat dengan senang. Walaubagaimanapun saya rasa, perkara sejarah bukanlah sesuatu yang kita boleh kata seperti 1+1=2 sebab, lain sumber, kadang-kala lain pula penerangannya. Jadi mungkin kena lebih banyak kaji-selidik.... :)

Walaupun bagus dapat mengetahui sejarah Islam dan menambah minat saya untuk menyelidik lebih lanjut di internet, saya tidak dapat menilai buku ini lima bintang kerana terdapat banyak kesalahan.
Contoh:
1) Tajuk bab 18 "Rumeli Hissari" yang menceritakan tentang pembinaan tembok untuk menghalang serangan Rom tetapi tiada satu pun penggunaan perkataan ini di dalam bab itu sehinggalah ke bab 20, barulah saya tahu "Rumeli Hissari" itu adalah nama kepada tembok yang dibina itu.
2) Tarikh "Rabu 4hb April 1453" yang ditulis sebagai tajuk kecil tetapi tidak jelas apakah maksud tarikh tersebut kerana selepas itu ditulis "Pada hari Khamis 6hb April 1453, ....tiba di Konstantinopel".

Terdapat juga kesalahan-kesalahan ejaan, juga terdapat pengulangan cerita beberapa kali. Saya rasa sepatutnya penulis dan juga editor buku ini sepatutnya memberi perhatian dan memperbetulkan kesalahan memandangkan buku yang saya beli ini adalah cetakan kelima.

Nota kaki:
*Di dalam buku ditulis nama "Istanbul" diberi oleh Sultan Muhammad, tetapi di sini di tulis Sultan Muhammad memberi nama "Islambol" (Islam keseluruhannya) tetapi Mustafa Kamal Artatuk menukar kepada "Istanbul". (Wallahualam..kena study lebih lagi nampaknya :)


sumber-sumber dari buku ini dan juga dari internet seperti:


★★★
Buku ke 17, 2011

Thursday, July 21, 2011

Besok Mula Cuti

5 comments
Besok mula cuti
Tak perlu fikir pasal kerja
Boleh baca buku sahaja
Ini dari Iza & Kai
Besok mula cuti
Boleh jalan-jalan bersama Encik B
Dan balik kampung jumpa famili
Ini dari Iman
Besok mula cuti
Tapi kena hati-hati
Jangan nanti makan dan tidur tak ingat mati
Ini dari Hanim dan Raziz
Besok mula cuti
Sampai Khamis minggu depan
Oh masa tu dah Ramadan kan
Ini dari Aqilah, Nur Athiqah & Siti Aisyah
Besok mula cuti
Walau tak kerja tapi bergaji
So, nak apa lagi?
:)

あっ、くだらないね。(笑)
お休み!

Monday, July 18, 2011

Sutera Bidadari

5 comments
Ramlee Awang Murshid, 2011

Ceritera Epik Thriller kesinambungan dari Cinta Sufi. Ia bermula dengan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan sekarang Sutera Bidadari.

Saya memang mengikuti cerita ini dan telah membaca semua buku di atas. (Baru perasan yang saya tidak ada menulis tentang Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta! Zannen!)

Kepada yang mengikuti kisah ini, tentu tidak perlu diperkenalkan lagi dengan watak utama cerita ini, Saifudin @ Laksamana Sunan, pahlawan Melayu yang hidup di abad ke 15, anak didikan Wali Sufi yang mendapat didikan agama dan kepahlawan di Acheh, dan setanding dengan pahlawan Melaka pada masa itu -Laksamana Hang Tuah.

Kisah kali ini bermula dari Laksamana Sunan yang dibawa oleh Hang Tuah ke satu tempat persembunyian untuk memulihkan kecederaan setelah berjuang menyelamatkan Hulu Melaka (bersama Hang Tuah) dari jajahan Portugis. Ada dua orang perempuan yang bersabar menunggu Sunan pulih - Catalina yang telah memeluk agama Islam dan memakai nama Maryam dan Luna, makhluk dari bangsa Polip - bangsa yang tinggal di Banjaran Himalaya - mempunyai sayap dan boleh terbang.

Seperti biasa juga, kisah kali ini juga mengenai Laksamana Sunan berjuang membenteras kejahatan - kuasa kegelapan dan sesat, atas nama Allah. Kali ini dia bersama rakan-rakannya menjejaki Taghut - Raja Roman yang telah berubah menjadi pendalang syaitan, Sang Petala.

Dan seperti biasa juga, diselang seli dengan babak di abad ke 21, kali ini kisah Saifullah - pemegang amanah Catatan Maryam dan Keris Nanggroe (keris kepunyaan Sunan yang diwarisi dari Wali Sufi). Saifullah cuba menjejak Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri.

Ada juga watak Sang Dewi, yang sentiasa muncul di mimpi Laksamana Sunan dan membawa Sunan ke alam tanpa dinding dan tidak bermata.

Siapakah Saifullah?
Siapakah Sang Dewi?
Kenapa Catatan Maryam dan Keris Nanggroe dicuri?
Adakah Laksamana Sunan berjaya membunuh Taghut?
Siapakah musuh di abad ke 21?

Kisah pengembaraan menentang kejahatan dan menegakkan kebesaran Allah.
Sangat suka dengan watak Laksamana Sunan yang walaupun punya kekuatan fizikal, dia tidak pernah riak dan leka tetapi sebaliknya sentiasa berserah kepada Allah.

Antara kata-kata Laksamana Sunan yang saya suka:
"Biar tersilap ampun, jangan tersalah hukum."
★★★★★
Buku ke 16, 2011

Sunday, July 17, 2011

Jahit Sendiri

2 comments
Kisah A dan B
A sedang mengupas kulit sebiji epal.
B sedang membasuh pinggan.

A: Orang Jepun kan, dia orang kupas kulit terbalik tau.
   Macam ni. (sambil mengubah cara kupas kulit)
   Tapi susah lah. Tak biasa.
B: Dah, kalau dah tak biasa jangan buat. Bahaya.
    Nanti potong jari, saya jahit nanti.
    Saya pernah jahit sendiri.
A: Ha? jahit sendiri? Kowai!
    Jahit guna apa?
B: Guna jarum dengan benang la, guna apa lagi.
A: Waa...ngeri!
   Kenapa tak pegi hospital?
B: Buat apa nak pegi hospital.
    Jahit kasut koyak.
A: Cis!
B: Hahaaaa

Cara orang Jepun kupas - gambar hiasan

Wednesday, July 13, 2011

共育

4 comments
教師と生徒。
教える人、教わる人。
でも、教えながら教わることもある。
だから、
教育ではなく、共に育つ「共育」だ。

引用:上村靖司『初めての集中講義物語』長岡技術科学大学





いい言葉だと思いませんか。
:)

Monday, July 11, 2011

Cinta di Dalam Gelas

2 comments
Andrea Hirata, 2010

Cinta di Dalam Gelas mengisahkan tentang Enong (Maryamah) - Pendulang Timah Wanita Pertama - yang berusaha mempelajari catur untuk menentang bekas suaminya. Pertandingan catur diadakan di warung kopi pada setiap tahun sempena menyambut hari kemerdekaan Indonesia. Walaupun begitu pertandingan catur hanya disertai golongan lelaki sahaja. Oleh itu, penyertaan Enong telah mendapat tentangan besar-besaran dan juga ada banyak konspirasi untuk mengalahkannya.

Ia juga berkisar mengenai warung kopi yang dikunjungi oleh beratus-ratus lelaki Melayu yang tiada pekerjaan sejak perusahaan timah yang dibuka pada zaman jajahan Belanda, telah tutup.

Juga ada watak, Detektif M. Nur - penyiasat persendirian syok sendiri yang membantu Ikal mengintip corak-corak pergerakan buah catur pihak lawan Maryamah. Detektif M. Nur sungguh dedikasi terhadap kerja pengimtipannya dan dia mempunyai seekor merpati yang bernama Jose Rizal yang boleh menghantar utusan.

Kisah lelaki Melayu di warung kopi, kisah catur, kisah martabat seorang wanita teraniaya - disulam dengan watak lawak bodoh-bodoh pandai Detektif M. Nur.

   Kopi adalah minuman yang ajaib, setidaknya bagi lidah orang Melayu, kerana rasanya dapat berubah berdasarkan tempat. Keluhan isteri soal suami yang tidak mahu minum kopi di rumah - padahal bubuk kopinya sama seperti di warung kopi - adalah keluhan turun-temurun.  Alasan kaum lelaki mudah, bahawa kopi yang ada di rumah tidak seenak kopi di warung.
   Peristiwa ini dialami Mustahaq Davidson. (potong). Dia berkisah bahawa isterinya diam-diam membeli kopi di warung langganannya, dibungkusnya dengan plastik dan dibawa pulang, lalu dihidangkannya untuk Mustahaq. Sesudah meminumnya, sehirup sahaja, Mustahaq berkemas-kemas mahu berangkat. Isterinya bertanya mahu ke mana. Mustahaq yang terkenal jujur, menjawab bahawa dia mahu ke warung kopi , kerana kopi di rumah tidak seenak di warung kopi.
 "Melayanglah kuali ke kepala saya," kata Mustahaq apa adanya, disambut ledak ketawa seisi warung kopi.
:)

★★★
Buku ke 15, 2011 (Sedang membaca Sutera Bidadari - Ramlee Awang Murshid)

Friday, July 8, 2011

Padang Bulan

3 comments
Dwilogi bersama "Cinta di Dalam Gelas" oleh Andrea Hirata, 2010

Andrea Hirata adalah penulis Indonesia yang telah menulis tetralogi Laskar Pelangi(2005), Sang Pemimpi, Edonsor, Markamah Karpov dan seterusnya Dwilogi Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas ini. Buku pertamanya Laskar Pelangi dikatakan telah mencatat sejarah jualan novel tertinggi dalam sejarah Indonesia. Itupun tidak termasuk buku-buku yang dicopy secara cetak rompak yang berleluasa di negara itu. Selain dari jualan buku, Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi juga telah diadaptasi ke filem dan menjadi filem pecah panggung di negara tersebut (Saya belum lagi berpeluang menonton). Buku-bukunya juga telah dan sedang dalam proses dialihbahasa ke berbagai bahasa termasuklah ke dalam Bahasa Melayu.

Saya suka gaya penceritaan beliau yang ringkas, lawak yang kadang-kadang sinis tetapi comel, membuat lawak sinis tentang pemerintah dan politik di Indonesia, juga selalunya memaparkan kisah kepayahan hidup manusia - khususnya penduduk di Pulau Belitong, Indonesia - tempat asal penulis ini. Lebih menarik perhatian saya ialah dia dan kebanyakan penduduk di Pulau Belitong ini adalah kaum Melayu - iaitu kaum minoriti di Indonesia. Gambaran kehidupan mereka tidak ubah seperti kehidupan kaum Melayu di kampung-kampung pedalaman di Malaysia.

Pulau Belitong pula yang dulunya tempat perlombongan timah yang dikuasai oleh Belanda dengan penduduk di situ menjadi kuli-kuli di lombong timah tersebut, kini telah menjadi pusat pelancongan.  Penggambaran 2 filem yang diadaptasikan dari novelnya itu telah dibuat di Pulau Belitong, malah pelakon kanak-kanak untuk filem Laskar Pelangi juga khabarnya adalah kanak-kanak yang berasal dari pulau tersebut. Sejak penggambaran itu Pulau Belitong menjadi salah satu lokasi pelancongan di Indonesia.

Oh, ye, sesuatu yang mesti saya tulis juga mengenai beliau ialah: beliau adalah graduan Ekonomi dari Universiti Indonesia dan mempunyai sarjana Ekonomi dari University Sheffield Halam, UK. Malah tesis sarjana beliau telah dialihbahasa kepada Bahasa Indonesia dan menjadi rujukan di universiti di Indonesia.

Begitulah hebatnya Andrea Hirata! Dan, dengan melihat banyaknya saya tulis hari ni, semua orang pun boleh tau - betapa terujanya saya! (hehe)

Sebenarnya selepas membaca karya pertama beliau dulu, saya sendiri sangat tertarik dengan beliau sehingga membuatkan saya mencari info-info di laman web serta tertarik untuk melawat Pulau Belitong satu masa nanti - mahu melihat sendiri kehidupan kaum minoriti Indonesia - kaum Melayu.

Tentang buku Padang Bulan ini pula sama seperti buku-buku beliau yang lain, ia sangat menarik dan lawak. Kali ini ia bercerita tentang Ikal yang sudah dewasa- sudah lulus sarjana muda dan sarjana tetapi masih menganggur dan menjadi bujang lapok di kampungnya. Dia juga selalu dibebel ibunya.
Ibu bergegas menuju beg galasku dan menyeretnya ke hadapanku.
"Keluarkan ijazah-ijazahmu!"
Aku cemas, apa yang akan dilakukan ibu? Ku fikir ijazah-ijazah itu akan dicampakkan ibu ke tungku yang menyala-nyala, dihamburkan ke pekarangan, atau dilemparkan ke dalam telaga. Tetapi tidak. Ibu membawanya ke ambang jendela. Dia membuka sampul itu, lalu menerawang ijazahku satu persatu di bawah sinar matahari.
"Kutaksir, ijazah-ijazahmu ini banyak yang palsu, bujang."
:)

Juga cerita-cerita tentang masalah ketinggiannya - tinggi 4 sentimeter yang diperlukannya (demi cinta) sehingga mendesak dia membeli "Ortoceria!" - alat yang kononnya boleh menambah ketinggian. Kisah bagaimana alat itu memberi kesusahan kepada dirinya. Juga kisah Enong - anak yatim yang menjadi pelombong timah pertama di situ dan kesungguhannya mempelajari Bahasa Inggeris. Dan banyak kisah lain yang membuatkan saya tersenyum malah tergelak seorang diri! :)

★★★★
Buku ke 14, 2011. (sedang menghabiskan "Cinta di Dalam Gelas")

Thursday, July 7, 2011

Lagi Best

5 comments
Mungkin ada orang yang tak suka iklan ni.

"Kata iklan kereta, mana keretanya?"
"Kenapa pula orang jerit-jerit, menari-nari.....tunjuklah kereta!"

Tapi pada saya, iklan ni sungguh berkesan.
Tak perlu tunjuk kereta pun sangat tapi saya suka tengok iklan ni
Tambah bila banyak kali keluar kat TV
Iklan yang ringkas dan  lirik lagu "catchy"
Sampai saya rasa dan terfikir dan tiba-tiba cakap pada husband
"apa kata kita tukar kereta ke Myvi baru ni?"
:D

Sunday, July 3, 2011

Cocktails For Three

4 comments
Madeleine Wickham (Sophie Kinsella), 2000

Saya memang suka karya Sophie Kinsella malah telah membaca hampir kesemua karyanya termasuklah yang saya pernah tulis di blog ini seperti Mini ShopaholicTwenties Girl, dan Remember Me. Watak dalam karya-karya beliau selalunya sangat comel dan lawak serta jalan cerita yang juga sangat menarik.

Walaupun begitu, novel kali ini adalah karya beliau yang menggunakan nama Madeleine Wickham iaitu nama sebenar beliau sebelum menulis menggunakan nama Sophie Kinsella. Saya tertarik untuk membaca novel  ini kerana terfikir mengapa beliau perlu menulis dengan nama lain sedangkan dia memang sudah terkenal sebagai Sophie Kinsella dengan karya-karyanya seperti beberapa siri "Shopaholic", "Can You Keep My Secret" yang memang saya sangat suka dan juga buku-buku yang saya pernah tulis di blog ini.

Rupanya novel oleh Madeleina Wickham ini tidak seperti novel oleh Sophie Kinsella yang lebih ringan, lawak dan bersahaja. Novel oleh Madeleina Wickham lebih berkisar kepada drama kehidupan, terutamanya kehidupan wanita.

Novel Cocktails For Three mengisahkan kehidupan 3 orang sahabat baik:
Roxanne yang glamor, mempunyai keyakinan diri, mempunyai kekasih seorang lelaki berkahwin. Hubungannya dengan lelaki ini tidak diketahui orang rakan-rakan baiknya.
Maggie pula seorang Editor majalah yang sangat berkebolehan dan berkaliber dan sedang mengandung anak pertama. Dia sangat risau samada dia boleh menjadi ibu yang bagus seperti dia sebagai seorang Editor.
Candice pula seorang yang baik hati dan jujur tetapi mempunyai masa lalu yang sentiasa menghantui dia.
Sahabat- sahabat baik ini sering berkumpul bersama di sebuah bar untuk menikmati cocktail.

Walau bagaimanapun hubungan persahabatan mereka diduga setelah pertemuan dengan seorang waitress yang baru bekerja di bar itu pada satu hari. Candice yang sentiasa mempunyai perasaan bersalah cuba untuk menebus kesalahan masa lalu nya....Roxanne yang menyimpan impian untuk mengahwini kekasihnya...Maggie yang bersusah payah melaksanakan tugas sebagai ibu...

Siapakah waitress yang mengubah persahabatan mereka itu. Adakah hubungan persahabatan mereka akan bertambah baik atau sebaliknya.

★★★★
Buku ke 13, 2011


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR JAD 2011-2012.
TIDAK LUPA JUGA KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR JAD YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI JEPUN.
皆さんの辞書には「あきらめる」という言葉が存在していないはずです!:)


Saturday, July 2, 2011

素朴な疑問・・・助けて!

9 comments
kenapa bila blogspot address bertukar, blog saya tidak paparkan post selepas dari pertukaran address tu? contohnya blog lupiey (maaf guna lutfi sebagai contoh hehe), saya rasa lepas lutfi tukar blogspot address dia recently (kan?), saya tak dapat update dari blog dia selepas dia tukar address tu. latest entri dia terhenti setakat sebelum tukar address tu. dan perkara sama juga terjadi kepada beberapa blog orang lain.

どうすればいい?

LATEST: masalah di atas seperti sudah dapat diselesaikan... sudah dapat update blog lutfi. lepas ni kena cuba sekali lagi untuk blog izzati pula :)
             大変お騒がせいたしました。m(-_-)m     (14:45, 2/7/2011)

Di bawah adalah gambar selingan :P

































明日は映画でも見に行こうかな・・・
Happy Weekend! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template