Wednesday, April 8, 2015

流星ワゴン

0 comments
Kiyoshi Shigematsu, 2005

Buku ole-ole dari rakan Jepun yang datang melawat. Katanya buku ini best seller sebab drama berdasarkan buku ini akan ditayangkan di Jepun tak lama lagi (Mungkin sekarang sedang ditayangkan) Dan buku ini bermula dari 2005, ia telah dicetak sebanyak 59 kali! Memang kalau tulis buku di Jepun boleh jadi kaya sebab rakyatnya ramai dan rajin membaca dan buku-buku pun murah..

流星ワゴン (ryuusei wagon) kalau dalam bahasa Melayu bermaksud "wagon meteor" iaitu wagon yang bergerak di alam angkasa. Ia adalah wagon jadi ia besar dari kereta dan boleh membawa ramai orang. Di cerita ini ia sebenarnya adalah sebuah kereta Honda Odyssey yang dipandu oleh dua orang - ayah dan anak lelakinya yang berumur 8 tahun yang telah meninggal dunia 5 tahun yang lalu.

Mereka ini akan "menumpangkan" orang yang akan mati atau sudah berputus asa untuk hidup dan membawa mereka ke beberapa tempat kenangan atau tempat di mana berlaku peristiwa penting kepada orang itu. Dan jika mereka sampai di situ, masa juga akan berpatah balik ke waktu sewaktu peristiwa itu akan berlaku.

Disebabkan penumpang dapat melalui peristiwa yang sama sekali lagi, maka mereka boleh cuba mengubah peristiwa tersebut (selalunya peristiwa kekesalan) tetapi tidak semestinya orang yang berkaitan dengan peristiwa itu (yang dijumpai semula pada waktu itu) akan berubah mengikut kehendak penumpang. Juga selepas melalui peristiwa itu, penumpang akan dibawa masuk ke dalam wagon semula dan jika dia pulang sekali lagi berjumpa dengan orang yang sama tetapi pada waktu berlainan, orang yang sama tidak akan mengingati berlaku "perubahan" dalam peristiwa. Dalam kata lain, penumpang sebenarnya tidak dapat menukar kenyataan kerana kenyataan tetap sama.

Jadi di cerita ini mengisahkan ayah, Hashimoto dan anak lelakinya, Kenta membawa seorang lelaki bernama Nagata Kazu yang sudah berputus asa untuk hidup akibat kegagalan dalam rumahtangga dan juga dalam kerjaya. Malah dia juga tidak berbaik dengan ayahnya sekian lama. Ayahnya pula sedang nazak menunggu saat kematian.

Jadi Hashimoto membawa Kazu melalui semula peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya dan juga membawa ayah Kazu yang berumur sama dengan Kazu, 38 tahun. Apakah peristiwa-peristiwa penting dalam hidup Kazu? Bagaimana akhirnya hubungan Kazu dengan ayahnya? Itu semua diceritakan di buku ini.

Pada saya buku ini biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab banyak dialog dari drama. Lagipun ya dia dapat pulang ke "masa depan" tapi biasa-biasa sahaja. Kita cuma dapat tahu kisah isteri dan anaknya dan kenapa dia membenci bapanya. Itu sahaja.

Tapi bagusnya ialah walau dia dapat melalui peristiwa lama dan "mengubahnya" tetapi sebenarnya kenyataan tidak berubah. Jadi tidaklah merepek sangat buku ini.

Dan selepas Kazu dihantar "pulang ke bumi", dia berubah menjadi lebih positif dan cuba membaiki hubungan kekeluargaan dengan isteri dan anaknya.

Jadi ia cerita tentang semangat baru setelah "bermimpi" kot :)

Boleh la...

★★★
Buku ke 10, 2015

p.s: saya sangat suka dapat hadiah buku ;)

p.s: mungkin drama TV lagi best?



Tuesday, March 3, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

2 comments
Nureen Mirza, 2013

Not bad juga novel ni!

Hari Jumaat lalu, saya ternampak buku ini di meja adik ofis.

"Best ke?" tanya saya sepatah. Dia kata best tapi lagi best drama TV.

Oh baru saya tahu ada drama TV rupanya. Tapi tak pe, saya tak minat nak tengok ;)

Anyway, saya pinjam dan saya habiskan dua malam sahaja!

Kimochi ii na baca buku bahasa Melayu...zap!zap!zap! dua malam habis! ;)

*******
Kisah pembantu rumah yang masih muda tetapi sudah menjadi balu kerana kematian suami dalam kemalangan dan ada bayi perempuan yang masih kecil. Dia rajin dan sangat pandai memasak. Masakan dia disukai oleh semua ahli keluarga tuan rumahnya termasuk anak sulung tuan rumah yang masih bujang.

Setelah mengetahui kesusahan keluarga pembantu rumahnya, anak tuan rumah cuba hendak membantu tetapi bantuan dia ditolak kerana tidak mahu termakan budi. Ini menyebabkan anak tuan rumah membuat keputusan untuk mengahwini pembantu rumahnya supaya dia dapat membantu tetapi dengan beberapa syarat....

*******

Apa yang membuatkan saya rasa buku ini ok ialah watak pembantu rumahnya yang bersahaja. Dia tidak mengada-ngada. Dia memang serius bekerja untuk menanggung keluarganya dalam masa yang sama cuba mengikut syarat yang ditetapkan oleh "suaminya". Dia berjaya mengawal emosinya dan seorang yang cekal.

Suaminya pula sebaliknya seorang yang tidak berani berterus-terang semata-mata untuk menjaga hati orang di sekelilingnya. Ini membuatkan ada rasa menyampah sikit kepada dia.Tetapi saya terfikir, mungkin benar-benar ada orang sebegini di dunia ini... So bukan lah pelik sangat watak dia, yang membuatkan buku ini bagus. Ye, ceritanya bagus kerana watak-watak yang natural, tidak "over" seperti sebuah drama rekaan.

★★★★
Buku ke 9, 2015

Wednesday, February 25, 2015

Cinta Tiga Segi aOteArOa

0 comments
Mohd Fudzail Mohd Nor, 2010

Buku terakhir dalam Trilogi Legasi Anak Felda Keratong dari penulis ini.

Kali ini watak utama, Ahmad berada di tahun ke-dua dan cuba memohon untuk menduduki kuliah tahun ke-3 juga pada tahun ke-2 kerana Ahmad rasa dia boleh kuasai dan lulus semua. Di samping itu dia masih bekerja di bank.

Pada kali ini ditulis pengakhiran kisah cinta Ahmad dengan Raewyn dan Rozita - yang agak tragis juga.

Juga kisah pengembaraan Ahmad ke UK dan Amerika serta Jepun yang menarik.

****

Seperti buku-buku yang lalu, saya suka gaya penulisan penulis ini. Bahasanya ringkas tetapi penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian dan sususan ayat yang menarik yang menyebabkan emosi sampai kepada pembaca.

Agak tragis juga pengakhiran kisah cinta Ahmad dengan Rozita. Tetapi dari awal lagi saya telah mengagak yang Ahmad tidak begitu serius dalam percintaannya. Mungkin Rozita serius tetapi Ahmad tidak bersedia untuk komit dalam percintaan mahupun perkahwinan.

Selain kisah cinta, Ahmad dibayangkan sebagai seorang yang pandai - selalu dapat score semua subjek, malah dibenarkan melangkau ke tahun ke 3 pada tahun ke 2 dan dipilih untuk mewakili universiti untuk mesyuarat besar di universiti di Amerika.

Semua ini buat saya terfikir, sejauh manakah "kebenaran" di dalam ketiga-tiga buku ini. Adakah memang ada seorang "Ahmad" yang pandai sebegitu? Atau cuma angan-angan penulis buku ini.

Anyway, buku-buku ini membuatkan saya nak pergi New Zealand!

Dan juga pembacaan yang sangat berbaloi untuk RM5 sebuah!

Saya rasa buku-buku karya penulis ini memang sangat berbaloi berbanding banyak buku-buku novel cinta dan tah apa-apa di pasaran. Memang sangat disyorkan untuk anak-anak muda di luar sana.

Saya berhasrat untuk membaca buku-buku lain karya penulis ini. Dan saya harap beliau akan terus menulis karya-karya yang bagus. :)

★★★★
Buku ke-8, 2015



Friday, February 13, 2015

Al fatihah untuk seorang Tokoh Ulamak

0 comments
Malam tadi terima berita sedih

Pada kira-kira 9:40 malam Jumaat, hari Khamis 12/2/2015 Tok Guru Nik Aziz Nik Mat telah pulang ke rahmatullah.


Innalillahiwainnalillahiroji'un

To Him we belong, to Him we shall return


Selesai sudah perjuangan TGNA dalam menegakkan Islam.

Pergi menemui Penciptanya pada malam Jumaat yg mulia.

Semoga rohnya dirahmati oleh Nya dan diberi ganjaran syurga al Firdaus.

Al Fatihah.


******


Air mata ku tidak mahu berhenti mengalir dari semalam......

Thursday, February 12, 2015

Fifty Shades Freed

0 comments
E.L James, 2012

Ini buku terakhir untuk Trilogi Fifty Shades ini.

Kali ini Ana dan Christian sudah berkahwin dan ada beberapa episod sedih yang menimpa Ana dan Christian serta keluarga mereka.

Tidak sangka juga penulis akan menulis episod/drama yang agak berat sehingga melibatkan hidup dan mati.

Walaupun begitu, ini adalah kisah cinta happy-ending so... :)

Cuma satu perkara yang saya perasan ialah bagaimana Ana yang pada mulanya digambarkan sebagai gadis yang innocent dan "lemah" tetapi sebenarnya seorang yang berjiwa kental dan berani. Malah dia akhirnya dapat "mengalahkan" Christian dan mungkin sebab itu juga Christian akhirnya berubah.


★★★
Buku ke 7,2015

Friday, February 6, 2015

万寿子さんの庭

0 comments
黒野 伸一、2009

Tajuk dibaca "Masuko san no niwa" iaitu, "Halaman Cik Masuko".

Kisah, seorang gadis muda berumur 20 tahun bernama Kyoko yang baru mula bekerja di syarikat hartanah dan baru sahaja pindah ke sebuah apartmen. Tingkap apartmennya berhadapan dengan sebuah rumah kecil tetapi mempunyai banyak tanaman bunga-bunga yang cantik di halaman. Rumah itu dihuni oleh seorang perempuan tua bernama Masuko, berumur 70an.

Disebabkan Kyoko merasakan dia perlu berbaik-baik dengan jiran, pada suatu hari dia mengucapkan Selamat Pagi sewaktu melintasi depan rumah Masuko, yang sedang mengerjakan tanamannya. Walau bagaimanapun Masuko tidak mengendahkan dia.

Beberapa hari selepas itu, semasa pulang dari minum-minum bersama rakan sekerja pada lewat malam, Kyoko termuntah di depan rumah Masuko. Tetapi disebabkan kepalanya sakit, dia terus pulang ke apartmen dan berhasrat untuk mencuci tempat itu pada esok hari. Walau bagaimana pun semasa lalu di situ pada keesokkan hari nya, dia dapati tempat itu telah dicuci bersih dan dia sedar Masuko yang telah mencuci tempat itu. Jadi dia pun mendekati pagar Masuko dan cuba mengucapkan maaf dan terima kasih. Masuko pula tiba-tiba menjadi sangat peramah sehingga menepuk-nepuk belakangnya.

Dalam perjalanan ke station keretapi dan ke tempat kerja, Kyoko perasan orang-ramaimemandang dan berpaling kepadanya tetapi tidak tahu kenapa. Sehinggalah rakan sekerja menegurnya "apa yang tertulis di belakang kamu ni?" Pada masa itu, barulah Kyoko sedar, ada kertas di lekatkan di belakangnya yang berbunyi :

Orang ini malam tadi mabuk dan telah muntah di depan rumah saya. Disebabkan dia bising-bising, saya langsung terjaga dari tidur dan terus tidak dapat tidur sehingga pagi. Pagi ini saya lah yang telah mencuci muntahnya.                                                                                                
Dari Orang Sebelah

Itu lah Masuko, jiran Kyoko.Selepas itu ada beberapa kejadian lain seolah-olah Masuko cuba membuat Kyoko marah. Tetapi respon Kyoko terhadapnya telah membuatkan Masuko menjadi semakin rapat dengan Kyoko. Rupanya Masuko mahukan seorang kawan, bukan seorang yang simpati kepada seorang tua dan Kyoko melayani Masuko seperti orang yang sebaya dengannya. 

***
Ini kisah seorang gadis muda menjadi kawan baik kepada seorang perempuan tua yang setaraf neneknya. Perempuan tua ini tidak suka mendapat simpati hanya kerana dia "orang tua".

Ada episod kelakar dan ada episod sayu. Terutamanya setelah Masuko semakin hari semakin nyanyuk dan dia jadi tidak kenal Kyoko.

Ia juga cerita untuk pengajaran kepada kita supaya menghargai masa singkat yang masih ada semasa ibu bapa kita masih sihat atau masih hidup.

★★★★
Buku ke 6, 2015 


Wednesday, February 4, 2015

Fifty Shades Darker

0 comments
E.L James, 2012

Buku ke dua dari trilogi Fifty Shades.

Dan juga e-book kedua saya.

Dengan ini saya minta suami carikan e-book buku Jo Nesbo yang saya tak ada - The Snowman dan The Leopard tapi suami saya kata tak jumpa di internet. Bila dah terbiasa beli buku RM8 di BBW Sale, memang lah terasa sangat kedekut nak beli buku harga biasa di MPH tu..sebuah mahu dekat RM40! Kalau BBW Sale boleh dapat 5 buah! So saya akan cari e-book atau tunggu jika keluar di BBW Sale.

Anyway, kali ini cerita ini ada sedikit isi kandungan atau drama berbanding yang pertama. Cuma yang lain tu sama sahaja. Kisah bagaimana mereka cuba memperbaiki hubungan kepada tahap seterusnya dan kisah Christian cuma mengatasi masalah dalamannya/traumanya.

Diselitkan dengan drama dari boss Anastasia yang juga seperti menaruh perasaan kepada Ana dan Mrs. Robinson, kekasih tua Christian yang seperti iri hati dengan Ana.

Tetapi seperti juga buku pertama, jalan cerita dan bahasa nya straight forward. Peminat novel thriller Jo Nesbo yang "berat" dan komplicated seperti saya, akan segera dahagakan "isi kandungan" yang nampaknya memang kurang di trilogi ini. Saya rasa jika tiada adegan panasnya, mungkin buku ini tidak sampai pun 100 muka surat. Jadi saya membacanya dalam masa 2 hari sahaja.


★★★
Buku ke 5, 2015

Fifty Shades of Grey

0 comments
E.L James, 2011

Suatu hari rakan baik saya mesej dan tanya samada saya dah baca buku ni ke belum. Bila saya kata belum, dia kata boleh download dan save di i-book. Dia kata cuba baca tapi dia juga pesan yang buku ini sangat sangatlah ekstrem...tahap SXXXXX gitu. Eh, macamana lah ye buku yang tahap macam tu, curious juga kan.

So saya pun download dan buku ini adalah e-book yang pertama kali saya baca melalui iPad. Ok juga baca e-book dengan iPad rupanya. Skrin terang jadi mata tak cepat penat. Tutup dan pasang pun senang. Bila pasang aje, ia terus ke page yang kita tinggalkan sebelum itu. Jadi tak perlu selak-selak muka surat.

Anyway, saya ambil masa sekejap aje habiskan buku ini. Sebabnya, selain adegan SXXX nye. isi kandungannya tiada apa-apa yang istimewa.

Kisah gadis muda dan innocent, Anastasia yang jatuh cinta dengan seorang usahawan kaya tapi masih dua puluhan dan bujang dan handsome teramat tetapi mempunyai rahsia gelap. Dia pernah didera semasa kecil yang membuatkan dia takut dipegang orang lain dan semasa usia belasan tahun dia telah diperkenalkan dengan tabiat luarbiasa oleh seorang perempuan yang jauh lebih tua dari nya.

Jadi begitu sahaja lah ceritanya - kisah cinta gadis baik dengan pemuda yang mempunyai rahsia gelap.

Kisah yang straight forward dan bahasa yang mudah difahami menyebabkan saya mengambil masa 2 hari sahaja untuk menghabiskan buku ini. Ya, ia padat dengan adegan SXXXnya, tetapi selain dari itu, boleh dikatakan ia tidak mempunyai apa-apa. Saya banyak melangkau mukasurat kerana ingin mencari isi cerita yang malangnya sangat kurang.

Walaupun begitu, disebabkan pengakhiran/penutup cerita berada di buku yang ke-3, maka haruskan meneruskan pembacaan ke buku yang seterusnya.

★★★
Buku ke 4, 2015


* Ada movie telah dibuat berdasarkan buku ini dan rasanya akan ditayangkan tak lama lagi. Saya tengok trailer sebab nak tengok siapa yang mereka pilih untuk lakonkan watak Christian Grey yang handsome tu dan saya dapati memang handsome pun pelakon yang dipilih tu. Hehe ;)





Tuesday, January 20, 2015

Penggoda dan Penggodam Roewyo

0 comments
Mohd Fudzail Mohd Nor, 2010

Sambungan dari Teruja Cinta Maori di Wainuiomata. Travelog anak Felda Keratong ke New Zealand.

Penulisnya, Mohd Fudzail Mohd Nor berkata, trilogi ini merupakan karya eksperimen yang menggabungkan travelog, novel kembara, kisah benar, cerita motivasi, sejarah, ilmu dalam pelbagai bidang serta cerita fiksyen dewasa. (sumber: Alaf21)

Kali ini Ahmad telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Waikato iaitu kira-kira 500 km dari College Wainuiomata.

Penceritaan dimulakan dengan kisah Ahmad yang cuba hitchhike untuk ke universiti dari Wainuiomata. Kakak angkatnya, Sandy berpesan jika mahu hitchhike lebih baik tulis destinasi atas kertas tebal supaya orang lalu-lalang tidak perlu berhenti untuk bertanya ke mana dia tuju. Ahmad bercerita tentang tiga orang yang telah menumpangkannya. Tentang pelbagai kisah kehidupan masyarakat tempatan yang dapat dia rasai sepanjang perjalanannya.

Ahmad melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer yang sangat disukainya. Dia juga dapat teman serumah, Hensen, senior tahun 2 yang juga sama jurusan serta seorang nerda komputer. Seorang lagi rakan nerda komputer adalah Phang, pelajar senior dari Malaysia. Mereka bertiga membentuk kumpulan rahsia 3 nerda komputer yang cuba menjadi penggodam.

Selain itu ada kisah rasis, pelajar Cina dan pelajar Melayu, pelajar Cina yang dipulaukan oleh pelajar Cina lain kerana menerima biasiswa kerajaan.

Juga diselitkan kisah hubungan Ahmad dengan Rozita, senior jurusan Bahasa Inggeris di universiti Waikato dan Roewyn, rakan sekelas di Wainuiomata yang sedang menuntut di universiti Otaga yang terletak jauh dihujung selatan New Zealand.

****

Seperti buku pertama, gaya penceritaan di buku ini juga sangat baik. Penggunaan bahasa yang baik dan diselitkan ilmu pengetahuan yang bersesuaian. Kita dapat rasa yang Ahmad suka kepada advencer bukan saja dari segi pengembaraan tetapi juga dari segi pelajaran, hubungan sesama manusia dan percintaan remaja, malah dia seorang yang sangat aktif di luar kuliah. Dia bersukan dan mengikuti parti politik universiti.

Walau bagaimana pun saya rasa kali ini ada kekurangan elemen "culture shock" jika dibandingkan dengan buku pertama. Buku pertama lebih banyak mengenai "culture shock" kerana ia kisah kali pertama penulis sampai ke negara luar yang berbeza budaya, bangsa, agama mahupun kemajuan teknologi. Jadi, kisah-kisah terperanjat di buku pertama sangat menarik. Buku kedua ini tiada lagi elemen "terperanjat" kerana penulis sudah tinggal kira-kira setahun di New Zealand.

Walaupun begitu, gaya penceritaan sangat bagus dan kisah-kisah di buku ini memang membuatkan saya mahu pergi ke New Zealand suatu hari nanti!

★★★★
Buku ke 3, 2015

Monday, January 19, 2015

Aku Tanya Apa Khabar

4 comments
Sebenarnya tengok AJL semalam sebab nak tengok Hattan nyanyi live lagu Gadis Jolobu. Saya dan suami minat juga lagu ni sebab asyik dimainkan di Radio Sinar ( yes we are old school ....retro gitu ;) ) dan kami selalu juga ikut sama-sama nyanyi dengan Hattan masa dalam kereta (dengar radio pun masa dalam kereta aje :D ) walau ada juge lirik yang kami tak faham dan tak pasti sebutan maklumlah loghat Negeri Sembilan. Tapi hontam saje asal sedap dengar dan syok sendiri. :D

Anyway, semalam dua lagu ini yang buat saya tertarik:

Lagu MOJO yang dibawa oleh Caliph Buskers. Memang power suara vocalis dan terperanjat sebab tengok mereka OKU. Ini first time saya tau kumpulan MOJO dan lepas lagu semalam saya google sikit dan baru tau pasal cerita-cerita di sebalik. Lagu MOJO semalam memang power.

Tetapi apa yang lebih tertarik adalah lagu Apa Khabar oleh Joe Flizzow dan Sonaone. Semalam masa persembahan mereka, saya dengar "gitu-gitu" aje. Rasa macam Sonaone agak gementar tapi mujur ada Joe yang veteran. Cuma part "aku tanya apa khabar" tu memang menarik. Teringat-teringat dan terulang-ulang...kat part tu aje la.

Pada mulanya terkejut bila lagu ini diumumkan pemenang. Wow, lagu ni berjaya kalahkan lagu-lagu lain!

Dan apabila mereka buat persembahan pemenang, memang terasa lagu ni bagus. Sonaone pun sudah tidak gementar, jadi persembahan lebih baik dan "lebih terasa"

Dan hari ini baru saya faham kenapa lagu ini dipilih menjadi pemenang. Apabila saya tengok video clip dan hayati lirik.

Lagu ini kisah Too Phat rupanya. Lagu ini untuk Malique rupanya.

Lirik sungguh sayu rupanya.

"dalam perjalanan banyak persimpangan
di mana kita bertukar arah
kau lurus ke kiri, aku tegak ke kanan
di mana kita tersilap langkah"

Macam Joe dan Malique yang telah berpisah semasa mereka masih lagi "besar" di Malaysia dan mungkin juga negara-negara jiran. Ye, kenapa mereka berpisah ye?

Mokcik ni walau old-school tapi minat juga dengan lagu-lagu Too Phat dan minat juga dengan Joe dan Malique ni dulu. Sebab mereka buat lirik yang berkualiti. Respek sebab mereka kaya dengan perbendaharaan kata. Bukan senang nak buat lirik Hip Hop kan? Mesti ada nada ala-ala pantun gitu. Mokcik nak buat pantun empat kerat dalam BM pun merangkak-rangkak. Tulis blog macam ni pun campur-campur BM, BI dan BJ. Ini pun kira ada control juga ni. Kalau tulis ikut apa yang terlintas di fikiran memang lagi la carca merbau BM, BI, BJ ikut suka. :P

Anyway, video clip memang sayu. Ekspesi muka Joe memang nampak sedih, sayu, sunyi.

Lirik lagu memang "sampai" ke hati.

Patutlah lagu ni menang.

Sekian, ulasan dari mokcik old school tapi peminat Too Phat gitu :D (hahaha!)







Wednesday, January 14, 2015

The Phantom

0 comments
Jo Nesbo, 2011

Jo Nesbo terakhir yang saya ada. Tetapi nampaknya saya sudah skip 2 buku selepas The Redeemer iaitu The Snowman dan The Leopard. Tak jumpa kedua-dua buku ini semasa BBW sale hari tu jadi saya miss bahagian "apa yang telah terjadi sehingga Inspektor Harry Hole terpaksa meletak jawatan dan lari ke Hong Kong?"--- apa yg telah terjadi di novel The Snowman dan The Leopard?

Walaupun saya tertinggal beberapa kisah, cerita kali ini juga cukup menarik kerana ada kelainan dari novel-novel yang lalu.

Pertamanya Harry bukan lagi seorang pegawai polis.

Keduanya kali ini dia cuba menyelamatkan seseorang yang sangat dekat di hatinya. Jadi ia peribadi.

Ketiganya selalunya isi boleh dibahagikan kepada 2 - kisah penyiasatan dan juga pengisahan dari penjenayah/orang jahat. Tetapi kali ini ia terbahagi kepada tiga - kisah penyiasatan, pengisahan dari mangsa dan juga pengisahan dari seekor ibu tikus.

Ya, ibu tikus bercerita! Seronok juga membaca sesuatu dari sudut pandangan seekor ibu tikus yang cuba pulang membawa makanan untuk anak-anaknya tetapi jalannya telah terhalang oleh seorang manusia.

Harry pula kali ini lebih "dewasa" dari kisah-kisah dia di novel terdahulu. Mungkin dia sudah semakin berumur. Malah dia juga ada beberapa kali mengeluh "Mungkin aku semakin tua"

Kisah kali ini berkisar kepada dadah, penagih dadah, pengedar dadah, polis dan pegawai pengurusan bandar yang korup.

Dan kreativiti gaya penulisan serta penceritaan Jo Nesbo yang mantap!

★★★★★
Buku ke 2, 2015

Monday, January 5, 2015

Teruja Cinta Maori di Wainuiomata

0 comments
Mohd Fudzail Mohd Nor, 2010

Ini buku pertama dari Trilogi Legasi Anak Felda Keratong - dari penulis yang sama, yang saya terjumpa semasa sale BBW baru-baru ini semasa sedang mencari buku dalam bahasa Melayu. Buku-buku novel bahasa Melayu ada banyak juga di BBW tetapi kebanyakannya novel-novel berkisar kepada kisah cinta. Oh, sungguh stereotype - pada pendapat saya walaupun saya cuma menilai dari kulit buku.

Well, ada English idiom "don't judge a book by its cover", which is betul lah tu, tak patut macam tu, tapi kita cuma manusia biasa. Kita kadang-kala tidak dapat mengelak dari membuat penilaian dari pandangan mata/pemerhatian pertama kali.

Saya ada sedikit "kimochi warui" kalau disebut dalam Bahasa Jepun, bila terjumpa buku-buku novel Bahasa Melayu yang sebegitu. "Sebegitu" tu bagaimana rupanya?  Ok, yang tajuknya berbunga-bunga bercintan jiwang dan ilustrasi di kulit buku juga berbunga-bunga, berawan ombak laut, pokok kelapa bagai...seriously rasa kimochi warui... :P

Jadi semasa mencari buku yang mempunyai kelainan, saya terjumpa buku ini. Dan apabila saya terperasan ia ada 3 buah, terus saya saya capai tanpa berfikir panjang.

Kenapa buku-buku ini menarik perhatian saya?
1. Sebab ia tidak nampak macam novel stereotype yang saya catat di atas.
2. Ia travelog - sesuatu yang baru, kisah travel dan kehidupan
3. Ia bertajuk perkataan yang saya tidak tahu "Wainuiomata"? sampai sekarang pun susah nak sebut.
4. Jadi ia kisah di luar negara yang agak asing bagi saya.
5. Dan ia tertulis "Legasi anak Felda Keratong" yang mana Felda Keratong berada di Pahang! Walau saya tidak pernah sampai ke Felda Keratong tetapi kisah anak Pahang, orang Felda yang mengembara ke negara asing, sememangnya mengujakan!

Dan saya capai semua sebab hanya RM5 sahaja sebuah! Kalau tidak bagus pun, tidak lah terasa sangat melabur RM15 untuk tiga buah!

*******
Buku pertama ini adalah fiksyen berasaskan kisah benar seorang anak muda bernama Ahmad, berumur 19 tahun, lepasan SPM dengan keputusan sekadar biasa-biasa sahaja (Bahasa Inggeris pun P7!) yang berasal dari Felda Keratong, tetapi sangat bertuah kerana mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke New Zealand atas Dasar Ekonomi Baru, sekitar tahun 1983.

1983. Orang masih menulis surat pada zaman ini jadi e-mail dan internet memanglah jauh sekali. Komputer pun masih dalam peringkat pengenalan dan permulaan.Walaupun begitu, New Zealand adalah negara maju berbanding Malaysia pada waktu itu. Jadi boleh bayangkan bagaimana pengalaman seorang anak Melayu dari pedalaman mengunjung dan mendiami negara luar yang lebih maju.

Di buku satu ini adalah berkisar kepada kisah Ahmad tinggal dengan famili angkatnya, kisah sekolahnya (dia perlu lulus Tingkatan 7 sebelum dapat masuk universiti), kisah rakan-rakan, kisah dia mengembara semasa cuti dan kisah "jatuh hati?" kepada dua orang gadis.

Banyak kisah-kisah yang lucu dan menarik seperti dijilat anjing, menonton movie "dewasa", pertama kali bertemu orang Yahudi, penganut Free Mason mahupun seorang lesbian yang ditulis dengan cukup baik dan menarik. Malah diselitkan juga dengan sedikit fakta dari pelbagai bidang.

Serta ketekunan Ahmad mempelajari Bahasa Inggeris dan bahasa komputer BASIC yang membuatkan dia sangat teruja. Dan juga kisah dia mengembara semasa cuti sekolah.

Kisah sangat menarik dan penulisan yang sangat bagus juga.

Buku ini membuatkan saya teringin untuk melancong ke New Zealand suatu masa nanti. :)

★★★★★
Buku ke 1, 2015 




Thursday, January 1, 2015

2014年の勝手にランキングを!

2 comments
Waaaaaa sudah habis 2014!

Cepatnya masa berlalu!!!!

Nampaknya tahun 2014 bukan lah tahun yang produktif kepada saya.

Pertama kali saya tidak berjaya melepasi matlamat 25 buah buku setahun.

Apa yang saya telah buat pada tahun 2014?

Anyway, berikut adalah summary buku-buku yang telah dibaca pada 2014

****************

Jumlah buku yang dibaca: 20 buah

Bahasa Inggeris 8 buah

Bahasa Melayu 9 buah

Bahasa Jepun 3 buah

Kali ini juga tiada keseimbangan nampaknya. Buku bahasa Jepun terlalu sedikit. Tahun 2015 kena banyakkan buku Bahasa Jepun supaya ada keseimbangan.

*****************

Ok, berikut adalah ranking buku-buku yang telah dibaca pada tahun 2014:

1. Sebelas Patriot; Andrea Hirata, 2011

Buku ini kisah Ikal yang bercita-cita mengembalikan zaman kegemilangan ayahnya, iaitu bekas pemain bola sepak remaja handalan di daerahnya di zaman penjajahan.

Dalam banyak-banyak buku 5 bintang yang saya bagi pada tahun ini, terus saje saya letakkan buku ini di nombor satu tanpa ragu-ragu. Buku nipis dan sempoi tetapi sememangnya terlekat di hati. Saya suka penulisan Andrea Hirata yang sempoi, ada lawak dalam kesayuan.

2. Nemesis; Jo Nesbo, 2002

Antara karya Jo Nesbo yang sangat menarik. Saya sudah baca 4 karya Jo Nesbo di bawah siri Inspektor Harry Hole dari Skuad Jenayah, Oslo, Norway dan ini yang paling menarik.

Kisah Harry menyiasat rompakan dan pembunuhan di bank dan juga kisah dia cuba membuktikan yang dia tidak bersalah atas pembunuhan bekas teman wanitanya.

3. The Devil's Star; Jo Nesbo, 2003

Juga Jo Nesbo dan kisah Inspektor Harry Hole.

Kali ini dia menyiasat tentang pembunuhan bersiri - setiap mangsa dipotong satu jari dan ditinggalkan dengan sebiji permata berwarna merah dan berbentuk seperti bintang.

4. The Red Breast; Jo Nesbo, 2000

Jo Nesbo lagi!!!

Kali ini inspektor Harry Hole cuba menyelesaikan kes pembunuhan yang melibatkan seorang bekas tentera semasa Perang Dunia ke 2, dan juga pembunuhan bekas partner nya Ellen serta kaitan dengan laporan penyeludupan senjata merbahaya ke Oslo.

****

Buku-buku Jo Nesbo; Penyiasatan oleh Inspektor Harry Hole sangat menarik kerana penulis berjaya membuatkan kita tertanya-tanya hingga ke akhir cerita mengenai siapa penjenayah yang sebenar. Selain dari itu, karektor Harry Hole juga sangat menarik kerana dia digambarkan sebagai seorang inspektor yang lemah emosinya kerana selalu kalah dengan alkohol, tidak pandai mengambil dan menjaga hati orang lain tetapi sangat komited serta jujur dalam tugasnya.



Walau ditulis dengan ringkas, travelog ini sampai ke hati kerana ia menceritakan kisah seorang anak perempuan yang terpaksa melupakan zaman main-main seorang kanak-kanak biasa kerana perlu membantu ibu bapa untuk menjaga keluarganya sewaktu ibu bapa keluar bekerja. Dia menjadi "kakak yang besar" semasa masih di sekolah rendah lagi kerana perlu memasak, menjaga adik dan mencari wang perbelanjaan bagi meringankan beban ibu bapanya.

6. Hafalan Solat Delisa; Habiburrahman El Shirazy, 2009

"Delisa cinta umi kerana Allah"

Novel ini menceritakan secebis kisah sebelum, semasa dan setelah tragedi tsunami Aceh 26 December 2004, dengan memfokuskan kepada sebuah keluarga khususnya anak bungsu mereka iaitu Delisa yang berjanji dengan uminya untuk menghafal bacaan solat. Ia kisah sedih yang membuatkan saya mengalirkan air mata beberapa kali.


7. モンスター; 百田尚樹(Hyakuta Naoki), 2012

Kazuko, dilahirkan tidak cantik. Matanya sepet, giginya jongang dan pipinya lebar. Semasa dari kecil lagi dia dipanggil "bull dog" oleh rakan-rakan sekolahnya.Dia bercita-cita untuk menjadi cantik walau dengan cara apa pun jua. Dia bekerja keras dan membuat pelbagai kerja asalkan dapat wang membuat pembedahan plastik.



Kisah Charlie, 28 tahun, yang "hidup" dengan adiknya Sam, walaupun Sam telah meninggal dunia 13 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya.


9. The Sixth Man; David Baldacchi, 2011

Kisah 2 orang penyiasat persendirian yang menyiasat mengenai tuduhan pembunuhan "serial killer" oleh Edgar Roy yang ditangkap polis semasa sedang menggali mayat-mayat yang ditanam di bangsal rumahnya.


10. The Redeemer; Jo Nesbo, 2005

Kisah kali ini agak luarbiasa kerana ia menceritakan bagaimana penembak upahan telah tersilap menembak orang lain dan bagaimana dia cuba untuk menyelesaikan juga tugasnya walaupun dia menghadapi berbagai halangan. Inspektor Hole cuba menyiasat perkara ini dan selepas dia sedar yang penembak upahan telah tersilap, dia cuba mengelak pembunuh dari menemui sasaran sebenarnya di samping cuba menangkap pembunuh tersebut.

Kisah ini juga menarik kerana seperti novel-novel sebelumnya, Jo Nesbo selalu cuba mengaitkan kisah sejarah peperangan di Eropah, yang kali ini mengenai peperangan Vukovar yang melibatkan bangsa Serb dan Croat di wilayah Vukovar pada tahun 1991.


**********************

Inilah ranking 10 teratas untuk tahun 2014. Banyak buku Jo Nesbo yang saya dapat baca pada tahun ini yang saya beli cuma RM8 sebuah di BBW sale. Malah kebanyakan buku-buku kali ini saya beli di jualan murah tersebut. Sangat berbaloi!

Masih ada lagi beberapa buah yang masih belum dibaca yang kira-kira cukup untuk matlamat 25 buah pada tahun 2015 pula! ;)


Anyway, berikut pula adalah kedudukan 11- 20


11. 疾風ロンド ; 東野圭吾、2013

12. 僕のとてもわがままな奥さん; 銀色夏生、2010

13. Then Came You; Jennifer Weiner, 2012

14. Tergolek Hatiku Kerana Kamu; Imanisa Riana, 2014

15. The Nanny Diaries; Emma McLaughlin & Nicola Kraus, 2002



16. Sebongkah Batu Di Kuala Berang; Faisal Tehrani, 2011

17. Hiroshima Duka Sebuah Perang; Salleh De Ran, 2011

18. Biarawati Qaseh Puteri; Moh Dat Molok, 2010

19. Qaseh Puteri: Mengejar Bayangan Kasih Puteri; Moh Dat Molok, 2011

20. Stefa Isle; H.M Tuah Iskandar, 2003


Sekian, ringkasan ranking tahun 2014.

Kesimpulan?----> banyak juga buku yang bagus dan menghiburkan. Ada yang membuatkan saya tak tidur malam dan ada yang membuatkan saya ketawa mahupun menangis. Dan ada juga yang membuatkan saya melangkau beberapa muka surat atau baca sekali lalu sahaja ;)

Walaupun begitu sepatutnya boleh baca lebih banyak.


Bagaimana pula dengan anda?

Dan, bagaimana pula dengan 2015? ;)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015

SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template