Friday, 17 August 2012

Perginya Tak Kembali Lagi...

14/8/2012: 12tghari:
Agenda hari ni, hantar en somi ke sekolah dan pg Shopping barang raya. wish list " to buy" x banyak pun. Sandal, tudung, butang baju melayu dan kuih raya utk bawa balik Pahang n rumah di ampang shj. Kuih utk kg di negeri sembilan x perlu di beli adik ipar dah uruskan, cuma perlu hulurkan sedikit kosnya shj...Oleh sbb baru dlm 2 minggu menjadi "Lady Driver" maka saya berhajat untuk parking kereta di stesen LRT Pandan Indah shj. x berani nak drive masuk bandar..

1.15tghari: traffic di hadapan SK AU Keramat dah clear,x de bas sekolah, parents yang jemput anak2 pun dah balik , murid sessi pagi semua dah balik..murid sessi petang dah lama mula kelas (sambil hati menyanyi-nyanyi dalam hati sbb x ke sekolah dan nak bershopping ), maka saya memulakan perjalanan kura2 saya ke LRT Pandan Indah. kenapa LRT pandan Indah? area Keramat kan ada LRT jugak, stesen Setiawangsa N stesen Jelatek kan dekat..Hurm sbb saya nak parking dekat parking lot yang luas dan x banyak kereta.saya Driver baru, belum cekap park kereta di tempat yang sesak dan padat.kalau dah cekap lebih baik saya drive terus ke sogo.

Tiba di sogo, solat zohor n memulakan operasi window shopping dari 1 tingakt ke 1 tingkat, baru masuk level 4, tergerak hati nak call en somi," abang nak beli boxer baru x? ada sale nih". trs en somi jawab.."Yang, balik sekarang. Abah dah  meninggal. Abang baru dapat call dari kg.nak call U, U dah call abang dulu."

2.30ptg: Sepantas kilat agenda shopping di batalkan. x sempat beli apa2 pun. naik LRT balik ke Pandan Indah, Then trs drive ke  Keramat semula. kaki dah menggigil sbb terkejut dengan berita pemergian bapa mertua. biasa kaki menggigil sbb jalan jammed je. baru pukul 3 ptg. Alhamdulillah jalan belum Jammed. perjalanan 15 minit terasa seperti 2 jam. Dengan sehelai sepinggang trs en somi drive balik ke jelebu.

4.30 ptg: setibanya di jelebu, berselisihan dengan van jenazah, adik ipar menggamit tangan dari tingkap van Jenazah meminta kami mengikutnya. dlm hati terlintas, cepatnya nak kebumi? tadi call kata baru nak mandikan jenazah. nak kebumikan slps solat tarawikh malam ni..rupanya adik ipar mintak kami ikut sekali utk ambil kelengkapan memandikan jenazah. "tolong den angkat bekas mandi" kata adik iparku.."dalam hati aku berkata, Alhamdulillah..sempat lagi jumpa jenazah abah..

6.00 ptg, anak abah yang sulung bersetuju supaya jenazah abah di uruskan dengan segera. maka jenazah abah di kebumikan sblm berbuka puasa, pukul 7 mlm semuanya telah selesai. perkara baik x perlu dilengah-lengahkan. memang rezeki abah urusan pengkebumiannya berlaku sepantas kilat. adik iparku yang menyambut jenazah untuk dimasukkan keliang lahad berkata, senang sungguh uruskan jenazah abah, macam masukkan badan ke baju je.. suamiku yang menghulurkan jenazah abah dari atas berkata, "everything goes smothly". tentu amalan abah semasa hayatnya yang membantu dia diuruskan dengan begitu mudah dan cepat.

Sepanjang 3 tahun bergelar menantu abah, x banyak yang sempat aku belajar darinya. hanya beberapa potong doa dan amalan utk masuk kehutan pernah abah ajarkan sebelum aku berkursus ke Pulau Pangkor tahun lepas.juga beberapa cara untuk mengamalkan wirid2 ma'thurat selain dari dijadikan zikir pagi dan petang.betapa ruginya aku. suamiku pernah berpesan. sekiranya abah ada mengajar sesuatu, dia hanya akan memberitahu sekali imbas shj. jika ditanya untuk kali kedua, abah sendiri pun x dapat mengulanginya semula..

Dalam banyak2 amalan abah yang aku perhatikan sendiri, ada 1 amalan yang aku mmg tahu, tp aku x pernah amalkan. setiap kali melintas kawasan perkuburan, abah akan memberi salam dan sedekahkan bacaan al-al-fatihah. pernah sekali aku mengikut abah dan emak ke kg Amar Penghulu, dari  kg Larong ke sana kami melintasi 2 kawasan perkuburan. setiap kali melintas kawasan kubur, abah memberikan salam dan membacakan fatihah. kawasan kubur pertama dekat simpang keluar dari kawasan rumah (Kawasan kubur itu kini menjadi tempat persemadian abah juga), disitu mmg ada banyak  kubur saudara mara. kawasan kubur kedua, bukan di kawasan kg kami. semasa pergi abah memberi salam dan membacakan fatihah di kedua-dua kawasan kubur dan begitu juga semasa pulang. Aku yang tahu amalan itu sunat, dengan jahilnya bertanya kepada ibu mertuaku, Mak kubur yang dekat umah ni mmg banyak kubur sedara kita, kubur yang dekat sana tu ada sedara kita jugak ke? Abah yang terdengar soalan ku kepada ibu mertuaku  trs dapat menangkap maksud soalanku itu dan menjawab":semua orang Islam tu sedara aku". Betapa jahilnya aku kerana hanya memberi salam di kawasan perkuburan yang hanya saudara mara terdekatku dikebumikan. sedangkan abah x pernah lokek sedekahkan salam dan al-fatihah kepada semua saudara seagama. agak2 selama 18thn abah berkahwin dengan mak. selama 18thn jugak dia tinggal di rumah Taman KSM, berapa juta kali agaknya dia memberi salam dan membaca fatihah kepada ahli kubur, sbb simpang keluar Taman KSM memang menghadap kubur Kg Larong.

Abah, Semaga Kau tenang disana. terima kasih kerana sanggup memelihara suamiku dan adik-adiknya seperti anak sendiri. Abah telah berjaya mendidik 3 anak yatim menjadi insan berguna. sorang telah 12 tahun berkhidmat di sekolah, serang lagi sudah 10 tahun berkhidmat di hospital, dan yang bongsu kini berkhidmat di stesen TV Al Hijrah. Semoga segala kebajikan abah membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dirahmati dan diberi ganjaran berlipat kali ganda. damailah dikau di sana Abah. semoga kita kembali bertemu di tempat yang abadi. Insya Allah...

Hana Ahmad