Followers

Saturday, January 26, 2013

KEK NOMBOR 1

Assalamualaikum wbt.

Rahmat dr Pantai Dalam menempah kek btk no 1 utk celebrate anaknya yg pertama. Kek coklat moist dan warna pilihan adalah pink.




Kek utk basenya saya buatkan saiz 9" x 12" dan ketinggian cuma 1 1/2". Hiasan adalah buttercream dan juga fondant utk bunga dan figurine ladybird dan bees.



Kek pilihan kedua Rahmat adalah kek red velvet saiz 8" round.



 Lollichoc 30 batang dgn edible image ditempah last minute dr Rahmat. Alhamdulillah dpt siapkan dgn sempurna dan Thanks to Rahmat semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Amiin...

Thursday, January 24, 2013

BIRTHDAY KAWAN-KAWAN SEKERJA

Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas (15 Januari) kawan-kawan yg sambut harijadi pada bulan Januari buat makan-makan di tempat kerja. Birthday boy, Haniff dan birthday girls Kak Aina dan Azrah. Menu utama adalah laksam dan nasi dagang dan juga kuih muih sumbangan kawan2 lain dan juga desert table yg simple. Di sebelah petang pulak acara potong kek harijadi.



 Kek coklat moist saiz 8"x 8" ditempah oleh mereka bertiga dan saya hiaskan dengan hiasan bunga dan figurine fondant yg simple.



Baked yogurt cheese cake ini pula sumbangan dari saya dimana saya hiaskan dgn buah pic. Kepada kawan-kawan terima kasih diucapkan krn  sudi menempah kek dr saya dan saya mohon maaf kerana tidak semuanya dpt merasa cheese cake. Terima kasih juga utk makanan pd hari itu dan mungkin ini kali terakhir utkku makan bersama kawan2 semua.

Wassalam.

Tuesday, January 8, 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE AND CARROT CAKE

Assalamualaikum wbt.

Kek yang ditempah oleh AINI utk makan2 je. Saya buatkan saiz kecik sikit.




Kek coklat moist saya letakkan edible image dan carrot kek dgn toping cheese cream.

Thursday, January 3, 2013

BLUE OMBRE CAKE FOR WEDDING

Assalamualaikum wbt.

Excited terima tempahan drp kawan utk majlis perkahwinan beliau. Kawan ni obses warna biru. Kek ni dibawa pulang ke N9 utk majlis kat sana. Stand kek dan bunga dibekalkan utk beliau.



Kek yg menjadi pilihan beliau Japanese Cheese cake. Toping saya hasilkan dr campuran cheese cream dan whipping cream.



 Kek bhgn atas saya buat saiz 6" dan bhgn bawahnya saiz 9".



Teknik ombre menjadi pilihan saya dan hasilnya Alhamdulillah puashati sbb ini kali pertama saya hiaskan kek guna teknik ini.


 
 Ini pula sms yg saya terima dr beliau. Alhamdulillah.  Maaf ye sbb tak dpt hadir sbb kerja. Utk ARFAH & AMIN selamat PENGANTIN BARU, moga kekal ke akhir hayat dan dianugerahkan anak2 yg soleh.

Monday, December 10, 2012

KEK COKLAT BUTTERCREAM

Assalamualaikum.

Kek coklat moist yg ditempah oleh Kawan sekerja SHALAN utk jamuan rumah terbuka deepavali. SHALAN ni lelaki bujang, muda dan soft spoken, . Dia selalu tempah kek dgn saya dan juga biskut. Kali ini kek coklat moist yg dihiasi dgn buttercream dan ditengahnya dilapisi dgn ganache pulak.



Kek Coklat Moist
Saiz: Round 8"
Hiasan: Buttercream dan sugarpaste flower

Saturday, December 8, 2012

KEK UNTUK KAK TIE

Assalamualaikum,

Kek coklat moist dgn edible image utk harijadi anak Kak Tie. Kak Tie ni seorg yg sgt ptgkan famili dan seorg wanita yg lemah lembut. Kak Tie ni pakar buat biskut dan juga menerima tempahan biskut utk hariraya dan majlis2. TKasih kpd Kak Tie yg sudi menempah kek dgn saya dan saya doakan Kak Tie dimurahkan rezeki dan sentiasa bahgia bersama keluarga tersayang.



Kek Coklat Moist
Saiz: 8" x  8"
Hiasan: Edible image, ganache

Thursday, November 1, 2012

KEK ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Assalamualaiku wbt.

1 November, hari ulangtahun perkahwinanku. Setiap kali sambut ulangtahun, pasti aku akan buatkan kek. Kali ini kek rainbow menjadi pilihanku, belum lagi p belajar tp cuba dulu resepi dlm internet. Ini le hasilnya yg dpt disiapkan dlm beberapa jam je.



Rainbow Cake
Adapted from :  Martha Stewart
Sumber: Resipicitarasawan

Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu filing cream cheese secukupnya, kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.

8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim cheese dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman.
9. Keluarkan kek dan hias dengan rainbow buttercream icing.

Cream Cheese Filling
250gm cream cheese
100gm mentega tawar
50gm gula icing
150gm coklat masakan putih - cair secara double boil
80ml UHT whipping cream / Thickened cream

Cara :  Pukul cream cheese dan mentega hingga licin.  Masukkan gula icing dan coklat putih cair,  putar hingga sebati.  Masukkan whip cream sedikit demi sedikit dan putar hingga bergaul rata.

*Cream Cheese Filling (versi Hany)
250g cream cheese
50g gula aising
250g whipping cream

Cara: Pukul cream cheese dan gula hingga kembang. Dlm bekas bekas lain putar whipping cream sampai kembang(bertanduk). Campurkan kedua2nya dan putar sekejap utk sebatikannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers