bismillahirrahmanirrahim....

selamat datang teman2~blog ini hasil tulisan saye yang xseberapa..sekadar perkongsian yang bukan sekadar saje2 suka2.. saye amatlah berharap teman2 dapat sesuatu dari blog ini.paling penting, UTAMAKAN WAKTU SOLAT SEBELUM BACA..terima kasih sudi berkunjung.jkkk(^_^)

Rabu, Jun 16, 2010

pakCik & rM5...life itself is a test~

Bismillahirrahmanirrahim..usai isyakku mlm ni,entah sempat entah tak untuk isyak mahupun subuh esok hari..huhu..gerun fikirkan hari esok yang xpasti.haihh..Ya Allah,andai ditkdirkan jiwa ini smpai esok je..maka Kau matikanlah aku dlm husnul khatimah..moga diampunkan dosa2 yang lalu.amin..
hurm..ni nak kongsi satu cerita..sal sikap kite(kebanyakan dari kite)
 terhadap diorg2 yg keje bese2(tepi jalan)


Jalan di situ berlopak-lopak besar terhenjut-henjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti.


Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit.

Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.


Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur. "Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

gambar hiasan-
Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.


Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!"
" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..


Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat.

Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.

Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

ok..now kite gerak ke part pengajaran..huhu
  • hidup bermegah2 ni xjanjikan pape yg hebat pon...sape pon kite kat bumi Tuhan ni,kita tetap pada asalnya jasad yg xberharga..tanpa iman dan takwa yang tinggi..sbb tu,slalu org ckp,kalo kita tgk org yg lagi tua dari kita..fikirla,umur dia panjang kat dunia ni,mesti bnyk bekalan amal yg dia akan bwk untuk jumpa Kekasih dia..if jumpa bdk kecik or org muda dari kita lak,kita fkir yg mesti dia ni xbanyak lagi buat dosa..senang je nak pkir camni,.bila kita pandang,pandang ngn mata hati..then,smua akan jadi best,indah n kita pon senang pasal xda penyakit2 hati..=)org yg btol2 berjaya ni merumuskan makna kejayaan dan peningkatan pencapaian sebenar bagi setiap tahun dalam kehidupan mengikut kacamata agama
  • mybe ramai yg xpasan sal ni..yg kwn watak utama tu berdating ngn tunang dia..haaa...kwn2,sedikit penekanan disini ye,,status sbgai tunang xjanjikan yg kite leh jumpa2 camtu ye.jumpa skadar nak kenal bakal zauj/zaujah xpe,kalo nak merenyam cam hape tu..alalala,xyah pon ok..heheh.
  • lagi sal buruk sgka....hurm,lam cite ni,wtk utama dh slh sgka sal bgkusan besar yg pkcik tu bwk.kita mmg slalu jump into conclusion awal2 kan??xtau knapa..tapi mmg slalu sgt nak wat pape pon,slalu ikut kata nafsu.kalo kite kaji balik sahabat2 para ilmuan dulu2,diorang sblom kluarkan pendapat or jawab soklan,diorang ni diam seketika..bukan sbb xtau jawapan,tapi nak stabilkan emosi,ngan akal..buruk sgka ni menimbulkan satu titik hitam lam diri kita,,untuk peringatan saya sendiri jugak nih.pasal saya pon manusia bese..
  • yg ni sal dunia..Allah dh gtau lam ayat suci Qur'an..kita kat dunia ni bagaikan musafir..tujuan hidup kita adalah akhirat yang mana kat dunia ni kita cari sebanyak2 bekalan untuk jadi penetap tegar kat sana..dunia bukan xpenting,penting,,,but,kena taula mana prioriti kita as manusia..yg Allah dah pilih kita instead of hamba2 Dia yang lain untuk jadik khalifah kat bumi Tuhan ni..tapi tugas kita ada 2.iaitu khalifah n jugak sbagai abid..so,kita nampak ngan jelas kat mana layaknya kita letak diri kita.bukan di istana besar untuk diagungkan,bukan dilantai untuk dipijak dihina.
hurm..kita pilih,,,antara ilmu or jahil,gemuk or kurus,wangi or busuk,selesa ke sempit,kaya ke miskin,soleh ke solehah,baik ke buruk,dunia ke akhirat dan syurga mahupun neraka..pilihan tanggungjawab kita..choose the best among the best,insyaAllah hidup kita pada jalanNYa..wallahua'lam.(^_^)
**" jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."**

Selasa, Jun 15, 2010

seoRang MuhammAd HafIz hAikaL~

haikal waktu mula2 kat rumah bonda~(^_^)
bismillahirrahmannirrahim..
Alhamdulillah kali ni tiba2 terasa nk nulis lagi..heheh.even byk melalut,apa i peduli!ni blog i,sukati la~
kui3..
entri kali ni sal muhammad..tapi saye lagi suke sbut ngn panggilan haikal.muhammad cam susah nk sebut utk lidah terengganu cam saye..(ekceli sy agak suka nama muhammad gak.heheh=p)

satu hari lam bulan 4,phone bunyi..saya jawab la.."assalamualaikum,ma.."oh,mak i upenye call.huhu..setelah sekian lama diri ni xupdate keadaan rumah.maklumla waktu ni pktikal kat ceruk bandar baru lipis.huh,dugaan sungguh.tapi,...even byk dugaan,Dia jadikan dugaan sesuatu yang mudah untuk org2 beriman..Alhamdulillah Dia selalu ada untuk saye..(^_^).e'eh..tetibe ma ckp"kakak,ma ambik doh bdk ni..ade rumoh kite ni.."aik???ma?budak?amek?sapekah??saya yg baru bgn tido lam keadaan terpinga2 menenyeh2 mata n cek balik phone,btol sony770i ni ambe punye,org ni ckp ganu,ook,dua mende ni tepat..nama caller,mama,.eh,ma..so,btol la ni ma,tapi sapekah budak yg dimaksudkan???

maka xmenyempat2 la saya bagi ma seribu bom atom yg bermain kat kepala seorg hamba ni..dan dengan tenang + hepi ma jawab satu2 pertanyaan gue..oooo,rupanya ma amek anak angkat..nak suh q'liey tersayang jaga biar jadi orang..hurm..kat situ la pointnye ma tepon.oook,saya dapat anak buah baru!

sejarah idup haikal yg buat semua femili kami jadik cam xsmpai hati nak layan bdk tecit ni gitu2 je..sume bagi spesel service punye!heh,i pon jeles..sket2 haikal..byk2 haikal..tapi waktu tu,saya xtgk lagi haikal si budak tecit ni..n time goes...smpailah saya abes pktikal,i balik dgn harapan leh la tgk sndiri wajah pulus haikal dak tecik ni..ok,skang saya tgk haikal....
dak tecitt haikal after direnovate oleh ibunye..(gelak sakan i bila q'liey tibe2 jadi ibu)=))


OK,FINE,saya setuju....saya dah jatuh hati ngan dak tecit haikal..muka dia polos,badan tecittt cam bukan bdk staun setengah,jalan terkedek2 pusing sana pusing sini...takut dgr bunyi bising,then,if nampak smthing yg mencurigakan,dak tecit tgk saya,n sebut,"ho,hoo"(nada terkejut).n kalo dia buat gtu,saya pon ikut skali n dia pon ketawa geli hati..wat de wat!comey sungguh..

selidik punya selidik,jadik penyibuk sana sini...akhirnya saya tau gak crita sal haikal ni...rupanya haikal yg saya panggil dak tecit ni still ada famili yang lengkap...ada abah,mak dan kakak.tapi dalam umur setaun stengah ni,dak tecit ni dah terpisah ngn femili dia...1point yang wat saya jatuh kesian ngan dak tecit ni..huhu..
xsnggup nak bayang sy bpisah ngn femili besar sy nih lam umur staun setengah..T.T

lagi..upenye haikal ni dlm umur dia 9bulan,pernah hampir2 dibunuh..erk,cam kejam je tulis bunuh..mende perkataan yg lagi molek ek??hurm..tapi yg pastinya,bdk haikal ni,pernah dibiarkan lam kolam oleh ibu dia sendiri..Allahurabbi..kcian dak tecit haikal ni...Alhamdulillah masih panjangkan umur bakal mujahid ni..=)

then,mak haikal pon kena tahan la after cubaan utk selam anak dia lam kolam..pastu,haikal dijaga oleh smeone yg dh berkeluarga tapi janda..mula2,elok la sgala penjagaan ni..but after si janda rujuk balik ngan dudanya,maka si haikal yang jadik mangsa...tetiap hari dak tecit haikal ni dibiarkan lam satu bilik,duk lam tu sorang2 ngan air teh segelas plus nasik..(alamak,lupa,nasik ke roti ke biskut)huhu..sampaila makcik dak haikal ni nampak n dia pon amek balik anak kecik xberdosa ni..tapi,makcik haikal ni pon dah ramai anak,(org kampung besela tu)so,dia xleh jaga lama2..

nak dijadikan cerita,ma pon dapat tau sal bdk haikal ni n dgn semangat n jiwa sorang nenek,ma pon amek la haikal as a part of our famili...n dats how the story goes~
nak tgk pic dak tecit haikal ngn ateh kesayangan x??heheh..ni ha kat bawah ni...

 
dak ni saje wat muke kecian,nasi lemak balun i punye gak.isy3~


hope 1day,si dak tecitt haikal akan jadi mujahid pada jalanNya..Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) tanpa sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami.”al-mukminun,115..saya yakin haikal bakal menjadi 'orang'...=)

hatiku terpaut,moga terikat kemas padanya(^_^)

Alhamdulillah..selesai sudah ikuti program yg xtau knapa sgt2 menarik jiwa hamba untuk jadi peserta.
terasa makin indah jiwa ni..huhu(^_^)
bukak2 mata pagi tadi,dpt mesej psal rejab.dh bulan rejab rupanya kita..sekejap je.Ya Allah,moga rejab kali ni menjanjikan nikmat perubahan untuk jiwa ini,amin...niat2 then sambung tido.(jgn tiru perkara ini adik2)hehee..

then,rewind balik minda sal program weekend terakhir ni.xtau samada sempat lagi untuk ke weekend seterusnya,n xtau gak sempat ke x nak nikmati ramadhan special taun ni..tiap2 ramadhan adalah special..waaa,xsabarnye!huhuu..balik pada program,apa yang jiwa ni dapat dari situ??

saya dgr ceramah dari someone yg bahasakan dirinya pkcik tu..(xtau nama psl smpai lambat after pusing2 cari hira').saya tgk penceramah,dlm hati saya puji,subhanallah,putihnye hmba Allah ni,mix omputihkah??heee,saya jarang cncentrate btol2 kalo ceramah2 ni..kui3

tajuk malam tu,"bersama melakar agenda perubahan",saya dpt tau tajuk lepas jenguk2 buku sahabat tu..ingatkan peserta,upenye fasi!pusing2 tgk depan blakang kiri kanan,upenye saya duk lam kalangan fasi..huahahahaa~agk segan disitu..*shy2..
then,saya try focus kat en.pakcik ni..point yg beliau bawak,mengapa kita berubah??ok..knapa..knapa..sy terus pkir2 smpai berkerut2 dahi,kecik mata2(tnjuk yg saya pon pkir gak)
sampai dia gtau jawapan,barula saya dpt jawapan sambil bmonolog,haa,btol la sy pk tu!.lalala~

point2 yang pakcik bawak dlm tajuk ini adalah seperti di bawah ni ye incik2,kakak2..

  • sunnatullah-->macam muda akan jadik tua,kecik akan jadik besar,so,kita pon akan berubah..cuma perubahan tu je kita xtau ke arah kebaikan or sebaliknya..hopefully,Dia arahkan perubahan kita tu,ke arah kebaikan la..sbb kita xtau bila kita akan menemuiNya..bila Dia nak jemput kita?n apakah waktu tu,kita masih di takuk lama,atau kita makin jauh dariNYa,atau adakah kita sgt bersedia untuk bertemu Dia..really scared thinking of this scary thing.tapi dlm masa yang sama nak sgt bertemu Dia..rindu,rindu tapi malu..teringatkan dosa2 lalu,jahilnya jiwa ini..kosongnya roh ini tanpa makanan.smua disebabkan kelalaian diri..T.T
“….Dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertobat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi.” (Surah at-Taubah [009], ayat 74)

hurm..logik x,andai jiwa ni tetap cam dulu after baca ayat indah dari Yang Maha Menerima Taubat ni?logik x kalo saya xterasa gerun memikirkan azabNya yang tiada tara tu?sedangkan saya tau,dan saya yakin yang janji ALLAH tu benar.ya,kerana itu,saya harus dan wajib berubah(bertaubat dari segala hal).Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi karunia(al-imran 3:8)

  • fitrah manusia--->fitrah manusia cintakan ilmu..dan dgn ilmu kita berubah..We learn from mistakes, correct it and not to repeat it in the future. U can’t learn something by not making mistakes. The mistakes allow u to learn something new and unexpected events in life.fitrah manusia xleh lari dari wat silap..tapi fitrah manusia gak untuk learn from the mistakes..n not to repeat them again..maleh nak eksplen panjang2 sbb mende ni sume tau n bese dgr,kan?kan?kan?
  • Keperluan-->percaya x yg melaksanakan perubahan adalah satu keperluan kepada kita??cam kita perlu mandi,beli baju,ada keta or any transport..camtu gak kita perlu kepada perubahan nih.knapa kita perlu berubah??sbb setiap muslim yang baik lagi soleh inginkan sesuatu untuk ditunjukkan kepada Cintanya..kepada Rabbnya..secara xlangsung jiwa muslim ini akan mengambil perlembagaan Allah instead of amek perlembagaan yang manusia buat yg mana agk merapu~heheh(adakah nk kena tahan sbb komplen sal ni??lalalalala~)

Dan setiap perubahan yang kita nak buat tu,hendaklah bermatlamat.serta matlamat itu hendaklah JELAS.okeh2,,skang katne n apa matlamat perubahan??
"Allah telah mengutuskan kami utk keluarkan sesiapa sahaja yg dikehendakiNYa drpd pengabdian kpd sesama hamba Tuhan kepada pengabdian hny kpd Allah shj,drpd kesempitan dunia kpd keselesaan hidup dunia dan akhirat,juga dari kezaliman agama2 kepada keadilan agama Allah"(rabi' Amir r.a)

saya amek balik point kat ayat atas ni..

  1. hijrah daripada pengabdian kepada sesama hamba Tuhan kepada pengabdian kepada Allah semata-mata.
  2. daripada kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat.
  3. dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan agama islam.


dah tau kita kena berubah,then ada jugak matlamat perubahan..tapi cane nak berubah tu?slalu kita dgr org cakap "aku nk berubah,tapi xtau camane"..huhu.

skang kita tgk surah Al-Anfal 74-75..ayat ni cakap tentang kaedah perubahan which dari iman--> hijrah-->jihad.

Langkah pertama bagi mendapat keberuntungan pada setiap detik yang kita lalui, pertamanya kita hendaklah bertaubat atas segala dosa kita, setelah melalaui proses taubat dan mendapat keampunan, maka ketika itu terbitlah keimanan dan kita terhadap ALLAH sehingga kita yakin terhadap segala sesuatu dan kembali kepada ALLAH(hijrah), dan setelah itu akan terciptalah amal soleh yang menzahirkan segala kebaikan dan cahaya ketenangan dari hati dan jasad kita. Maka ketika ini, kita dibilang oleh ALLAH sebagai orang yang beruntung. insyaALLAH. dan hendaklah kita berjihad sebarkan dakwah kepada insan lain di sekeliling agar sama2 kita mendapat redhaNYa..

okes,selesai sudah saya menceceh sal salah satu slot kat program itu..maaf andai xpandai nak cerita.pasal saya ni sekadar nak kongsi apa saya tau n moga ini jadi peringatan untuk kita semua...(^_^)

Rabu, Jun 09, 2010

ku ingin terbang bersamanya~~

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. heheee..



Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.



Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.



Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.



Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.



Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.



Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.



Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.



Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.



Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua ditemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

hehee..layaklah sy tulis sal mende2 cinta ni..pasal saya pon punya jiwa..jiwa seorang remaja lagi tu.huhu..kata dia,sy perlukan teman.."kawen la..bagus kawen cepat2 je.senang,semua akan ada orang jaga.."
kata la apa2 pon..sy sedia utk smua tu..dia xtau sy memang berniat nak ada sorang teman.kalo famili tau ni,mesti bnyk nasihat diorang bagi suh jaga diri,n carik bakal zauj yang baik2..sedangkan wajah calon pon saya xnampak lagi.kui3~cuma kadg2 kita kena sedar yg lam hidup ni..bukan semua yang kita nak sgt2,kita akan dapat.sometimes akan ada rasa yg dialah yg terbaik untuk jadik peneman hidup,namun bukankah seringkali diingatkan??bahawa Allah Mengetahui Apa Yang Kita XTahu..He knows best!sekuat mana pon hati nak,kdg2 xsama ngn apa yg Dia tulis untuk kita..pape pon,i really hope that 1day,saya,dan semua sahabat2 saya tercinta dikurniakan sahabat,teman,suami yang terbaik bagi kami.dah readykah saya??hurmm....moga ALLAH memberkati~~