Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah..Alhamdulillah,Alhamdulillah.
syukur.segala pujian hanya untukMu ya Allah.
di tarik seketika kebahagiaan namun diberikan kembali sebuah rasa yang melebihi segala kebahagiaan.
Allahuakbar!
sangat2 terkesan ya Allah.hikmah yang Engkau berikan ini..sangat2 memberi kesan.terima kasih ya Tuhan..
 |
| ai dah lari awal2 dari tempat kejadian.hehehe |
sabtu 16 julai 2011.
Program!program!program!!!
tapi kali ni program bersama anak yatim dan anak miskin Al-Munirah.
sounds gud~
he he he=D
duk ngan bebudak ni hebat penangannya.boleh ilang semua probs boleh lupa time nak balik boleh gwang karat xhengat boleh nanges macam budak-budak.
being 1 of 21 fasi yang ada untuk akhwat.sedangkan adik2 akhwat ade 18 je.akak2 lebih2 plak mengada nak ikut nye.apa kan daya nak tak nak terpaksa la bawa.
1st jejak kaki kat bumi al-Munirah nampak abi atau ustaz zamani.
then tiba2 mai la plak 2,3 orang adik cantik bertudung labuh hitam ngan baju labuh kaler2.
perhhh...
heaven!
budak2 kecik muka suci pandai hormat orang.
ini yang i suka ni......yeahh!
sambil sengih2 kat adik2 dalam hati saye cakap,"hai dik..kite bleh jadik geng satgi.gua pon tudung itam dan sopan h0rmat orang cam korang gak!kui3=P"
n yeah...being da first faci yang borak ngan diorang dengan rasa kekok nya.
"assalamualaikum..nama sape ye?da makan blom ni?ala comey2 adik kite,...."ayat ambek hati.best x saye?
then masuk gear stretching,sukaneka n bla bla bla..
break jap.
tetiba nak lepak masuk bilik adik2..
n bila dah join diorang dalam bilik Siti Khadijah tu macam2 hal la kami bualkan.
dari malu2 kucing ke rapat2 n gurau2 manja..
"wey dik!mana aci teka nama tapi kat baju akak ada nama!!"
"ala kak...nama saya surah 1st dalam qur'an.ce teka.."
"ala..akak tau.senang je tu.Fatihah kan?heh,see da leg la dik...hah,cepat sebut nama akak"
"kak Fatimah...org dh tau la.."
"dik..apa perasaan korang duk kat sini?bes x?mcm bes je.."
"haha..adeila kak.xtau nak cakap.tapi 6taun kat sini.xnampak lagi kenapa kitorang kena buat sume ni."
"-sengih-adik2..skang memang la xrasa lagi.nanti dah besar mcm akak,baru korang bersyukur jiddan sbb dibesarkan kat tempat islamic camni.akak teringin tau.akak dulu asrama.tapi bese2 je."
"insyaAllah kak.insyaAllah."
"korang mmg wajib pakai stoking eh?"
"yup.stoking n tudung labuh."
"oooo...dah2 jum siap nak main lagi nih!"
 |
| lambaian kasih dari al-Munirah |
pastu tiba masa untuk ldk.
oke ni time saye jadik fasi.but sorang otai mcm saye sampai lewat kat tempat kejadian ldk nye.
huahahaa.
sampai2 dah start taaruf.
perghhh..akhawat pon kena taaruf depan ikhwah.
T_T
malu kowt...but cakap la jugak dengan segan + malu + nebes nya.eleh..ade ikhwah mmg saye segan.kalo xde heh!jangan harap nak tunduk xpandang depan.
erk.yeke?
dan disebabkan keseganan yang melampau tu adik zulaikha tegur..."akak memang segan ey.."
"haha..dik.akak ni kalo ngan muslimin memang xleh jalan la..xtau nk buat cane."
ldk start ngan part "sapa.salam.senyum."
sume adik2 kena carik pair memasing n bagi yang xde pair bleh je tarik akak2 fasi yang diorang minat.
hoh,tetiba ade sorang adik tarik tangan saye.
"akak jom!kite dua..!hehe"
"orait bebeh..jum!"
tetibe lagi sorang adik laen mai.."ala kak ju...apsal amek kak fatimah..thi-ah nak ngan kak fatimah..."
"alololo..xpe dik..satgi slot lepas ni kite buat berdua plak ye.xnak majuk2.buat ngan akak ni eh"
haha..sonok je ngan diorang.
even saye ramai je anak buah but bila ngan anak2 yatim ni..hati rasa sayang semacam.
mungkin sebab Rasulullah kasihkan diorang.n mungkin sebab akal ni xleh nak bayangkan cane perasaan sorang anak tanpa orang yang diorang sayang.
Allahurabbi..kuatkan mereka.dan kasihani mereka.dan jaga mereka ya Allah.
saya sayang mereka.
lepas tu saye dah x ingat apa slot diorang pasal sebok duk lukis gamba n tulis kata2 untuk diorang.
yang pasti kitorng kena nyanyi depan diorang.
oh skali lagi saye agak segan nak ikut rentak nasyid tu.
T_T
tapi time bernasyid ngan adik2 saye suka je!
pasal ade je adik2 nak bermanja n gerak ikut rentak bersama2 akak diorang ni.
sengaja diorang tarik tangan dan letak kat tangan diorang sambil gayakan ikut rentak lagu.
whoah!
terasa diriku begitu berharga!
hahaa=P
xde ar..ni la masanya nak kenal hati diorang,nak bernafas ikut rentak diorang..
Alhamdulillah.Allah x uji saye dengan cara tu buat masa ni.
untuk esok atau hari seterusnya..Allahu'alam.saya benar-benar tak tahu.
then duduk sebelah adik Fatihah (Thi-ah) sambil dia bersandar kat saye.
"Thi-ah masuk sini sejak bila?"
"darjah 2..skang dah darjah 5."
"kenapa?"
"yatim.."
"ooo..cuba tulis nama penuh thi-ah akak nak tengok."
"Nurul fatihah binti mohd ishak.akak,ade x sesape abang2 nama ishak?"
"emm..xde kot.knapa?"
dia senyum je..dan tunduk.
sambil peluk bahu dia.."adik masuk sini yatim kan..siapa?"
"ayah.."
"sejak bila?"
"5taun."
usap2 kepala dia.."adik anak ke berapa?"
"1st,saya tunggal."
"wah!mak buat apa?"
"duk rumah.."
dan adik tu tunduk sambil larikan pandangan n buat2 nulis..
ya Allah.pelihara adik ni ya Allah.jadikan dia gadis solehah.ameen.
bila tiba time nak balik...salam2 ngan diorang.n antara apa yang diorang kata.
"eh akak bukan balik malam ni ey?"
"akak,bas dah tunggu."
"jangan lupa datang sini lagi tau.."
"puasa ni dtg la sini.."
"akak,xleh ke tdo sini..?"
huhu...sedih.tapi adik2 ni lawak je!
dah oke salam2 smua tetiba budak thi-ah gantung kat kaki sambil peluk kemas2..
"akak...sayang akak!"
"thi-ah...nanti jadi budak baik taw.jangan nakal2.tolong abi n umi.blaja rerajin kat skolah."
"oke...insyaAllah."
"dah2 akak nak salam org len ni.."
"xnak."
"sigh"
zulaikha plak peluk gaye xmau lepas.n pesan sikit sebanyak gaye orang matured,n terus salam nagn adik2 lain.
si budak kecik ika plak tarik tangan pusing2 padahal sume orang duk tunggu je dalam bas.
hehe..pis!
apa memo2 penting yang saye dapat dalam program tu?
thi-ah cakap.."xpelah.akak pengganti mak saye."
syiqin plak tetiba."oh..akak ni otai rupanya ni."
zulaikha kata,"alamak kak,abes tu tadi saye tarik tangan sape?ingatkan da btol da tu akak..nak nyanyi skali."
zira said."akak..nak sain!"
ein-"akak,nak no tepon!"
adik-"sy nak gak sain cantik cam kak ein punya..."
adik1-"akak bintu Jalil.akak tulis kat kertas ni ey...xperasan pon akak tulis ni"
diorang sume-"time kasih kak fatimah!"
kak fatimah said.."adik2..akak nak join korang duk sini la..tempat ni bes!"
Ika-Zira-Thi_ah-Zulaikha-Ein-bebudak bilik Siti Khadijah n semua adik2 penghuni rumah Al-Munirah,thanks a lot untuk korang.
akak blaja banyak je dari korang.
Alhamdulillah.
saye blaja tentang kasih sayang tanpa sempadan walaupun bukan darah daging tapi sayang kerana satu iman.
diorang menerima tanpa banyak berkata apa sekadar diam dan terima kasih sebagai ucapan.
belajar agama sejak kecik dan diasuh mengalunkan zikir sebagai amalan.
tertunduk sopan tak bermakna tak berani mencuba bila diajukan soalan.
segala kesakitan dan rasa kehilangan seolah hilang bersama tawa riang insan2 seangkatan.
melihat wajah2 bersih kesayangan Allah, hati saye sayu tetiba..
mencari2 wajarkah diri yang hina ini bersama mereka..
xsudah2 doa dilagukan,semoga mereka terpelihara dari godaan dunia..
bukan xpercaya tapi bimbang mereka tergoda.
dunia.mana bleh buat maen ye dok?
orait lah.
gitu le citernya...
dan dalam bas on the way balik kolej baru saye perasan satu benda.
kegelisahan dan kefrustan saye dah hilang camtu je.
mungkin terjatuh time tengok muke2 hepi adik2 adik2 di sana.
moga Allah temukan kita lagi..
kalo x kat dunia,insyaAllah di syurga abadi.
n untuk 17 julai 15 syaaban ni plak.
2nd time untuk permulaan itu.
nak cite lebih2 macam xsesuai plak rasanya.
cuma moga itu permulaan yang baik untuk buku baru di tahun ini,
separuh syaaban telah berlalu.
lagi separuh sebelum ramadhan bertamu.
oh Ramadhan datanglah saye xpernah jemu menunggumu.
semoga sempat untuk kite bertemu.