Healing Crisis
|
Possible Reasons/Causes
|
Lethargy, sleepiness
|
Acidic body, poor liver function, over exhausted, need more rest
|
Headache, heavy headed
|
High blood pressure, sign of detoxification
|
Fever, slight fever, restlessness
|
Increase metabolism, stimulate body immune function
|
Diarrhea, increase bowel movements, passing out a dark, smelly stool, foul-smelly urine
|
Sign of detoxification, accumulated waste and residue in the colon
|
Flatulence, gassy stomach
|
Poor digestive system
|
Break out, rashes, itchy skin, bad sweat, mucus secretion, dandruff
|
Poor liver function, poor colon health and elimination system
|
Mucus production such as, phlegm, running nose
|
Poor lung function, passing out phlegm is also a sign of detoxification
|
Nasal bleeding
|
May be a sign of anaemia
|
Muscles and joints are aching and pain
|
Acidic body, toxins accumulated at the affected area
|
Increased pain in affected part of body
|
Speed up the healing process
|
Insomnia or hyperactive
|
Poor nervous system
|
Irregular period, changes in period, itchy bottom, increased mucus secretion
|
Hormonal imbalance, in the process of hormone regulation
|
Bleeding with bowel movements
|
May be haemorrhoid
|
Dizziness, hunger
|
Hypoglycemia, anaemia
|
Nausea, constipation, hiccups
|
Poor digestive system, liver problem
|
Slight edema (swelling)
|
Kidney problem
|
Yesterday is history..tomorrow is a mystery..and today is a gift....
Setiap manusia melakukan kesilapan, dan melalui kesilapan juga kita belajar erti kehidupan sebenar..kerana pengalaman diri kita menjadi dewasa untuk hari ini, esok dan selamanya...
Monday, December 9, 2013
Friday, November 29, 2013
Go Green With Shaklee
I'am Shaklee Independent Distributor
SID: 1083869
Email : norhasnawati@gmail.com
PM/Whatsapp : 0122625147
Sunday, February 3, 2013
Wedding Anniversary
February 02 2013...
Semalam genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Sepanjang 5 tahun bermacam dugaan dan rintangan yg kami hadapi. Alhamdulillah kami masih lagi teguh bersama atas ikatan yang terjalin ini. Di usia lima tahun kami dikurniakan dua orang puteri yang comel dan semakin membesar. Di usia mereka seawal ini betul2 mencabar dalam membesarkan mereka berdua. Semakin petah bercakap, berkata-kata dan selalu jugak bergaduh dan bertengkar adik beradik. Us as a parents , perlu bijak dalam menangani segala masalah. To us, aku bermohon agar ikatan yang terjalin ini akan berkekalan sehingga hujung nyawa serta sentiasa berada di bawah rahmat-Nya. Berikan lah kami petunjuk dalam membetulkan kami ke jalan yang Kau redhai..dan berikanlah kami kehidupan yang baik atas landasan yang Kau redhai Ya Allah...kuatkanlah iman kami dan jauhi lah kami dr segala kemungkaran. Amin Ya Rabb...
To my beloved hubby..i'am always love <3 you till my breath end...kadangkala aku bukan wanita dan suri yang sempurna di mata mu sayang..seringkali dan adakalanya lalai dalam menunaikan tanggungjawab..semoga dirimu dapat membetulkan apa yg silap dan salah..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang jahat itu datang dari diri kita sendiri...
Friday, January 25, 2013
2013 is coming
![]() |
| #BBIM Kelana Jaya |
Wednesday, July 25, 2012
Ramadhan 1433H
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Wednesday, March 21, 2012
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Thursday, July 28, 2011
Harapan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
:: buat semua yang mengenali diri ini ku hulurkan tangan mohon ampun dan maaf andaikata ada salah dan silap dan terkasar bahasa..semoga Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan Terakhir buat kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.. ::
Wednesday, July 27, 2011
Happy Birthday to me...
Wednesday, July 13, 2011
: :Andai ku Tahu : :
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
bila ku hayati bait² lirik lagu nie sebenarnya memberi peringatan kepada kita semua termasuk diri aku sendiri..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T... kita sebagai hambaNya seharusnya sentiasa bersedia..tidak esok..tidak lusa...kita harus bersedia menghadapi segala kemungkinan..sesungguhnya aku belum bersedia..Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...andai ku tahu....
Thursday, July 7, 2011
My dearest princess
layan latest gambar my dearie Aqilah..


