Posts

1 Syawal 1447H

Al salam alaykum

Selamat hari lahir ke 46H.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin. 

Khutbah raya hari ni tentang kemaafan. 

Maafkan diri sendiri, ibu bapa dan keluarga. 

Tapi, kenapa apabila mohon maaf kena ada "jika" dan "kalau".

Adakah kita rasa kita tak pernah buat salah dgn orang yg kita mohon maaf? 

Banyak nak cerita

 Al salam alaykum


Apa khabar Ramadan semua?


Saya turun dan naik. 


Ada hari riang ada hari tak gumbira. 


Nak bercerita pun tak pndai dah sebab dah banyak simpan sendiri. 


Dua tiga hari ni teringat arwah nenek aku. Malam tadi mimpi dalam mimpi jumpa mok. Mimpi kena tindih pastu jerit panggil mok. Moga-moga mok ok kat sana. Nanti kita jumpa kat syurga dgn rahmat Allah. 


Perang Iran - Zionis - USA menakutkan semua pihak. Harga minyak naik. Tapi industri tak bangkit. Kaitan? Kami susah nak dapat projek, dan akhir sekali susah kami utk terus berada dalam industri. 



Buka Puasa

 Al salam alaykum


Jumaat aku pergi buka puasa kat surau. Makanan tak cukup. Takde masalah pun. Tapi aku membilang jugak la sbb surau estimate perbrlanjaan seorang RM 15.00 utk iftar. Tapi lauk yg dapat cth daging 2 keping nipis ayam potong 15 ikan potong 2 sayur-sayur sesudu KA. Air oren ais dan semangkuk bubur. Kalau hari biasa RM 15.00 tu dapat ayam besar satu dan boleh amik lagi daging atau ikan sekor. Aku tak persoalkan surau. Aku hairan catering budget macamana. Sehinggakan nasi pun habis. Biasa lauk habis faham lagi, tapi nasi habis awal pelik. Masing-masing ambil sesenduk nasi pun tak sampai. Jemaah perempuan tak sampai pun 30 orang utk buka puasa. Tertanya, tertanya juga, tapi balik senula konsep rezeki, hari tak selalu indah langit tak selalu cerah  


Tapi aku tak pergi terawih kat surau banyak malam dah. Baik kat surau aku ataupun surau Jumaat. Sbb aku dah marah budak. Adoi. Surau blok jemaah dewasa sebaris setengah dalam 10 orang, yg lain2 budak. Diauruh solat bising2 di belakang mcm2 hal. Acik jegil mata. 


Di surau Jumaat pula budak2 berlari di belakang Jemaah lelaki dan di depan jemaah perempuan. Bermain di penghadang kayu berjinjit-jinjit kat situ dan pegang penghadang. Kami di saf depan jadi tak khusyuk. Dan selain jegil mata, aku tinggikan suara tapi tak la jerkah. 


Jadinya, aku baiklah solat kat rumah dulu. 

Resigned

 Al salam alaykum

Bos aku resigned!


Sedih. Aku tak dapat kerja lain lagi. 

Aku tanak buat keja dia. Sbb nanti kena buli. 

Islam

 Al salam alaykum


Kadang-kadang terfikir apa yang sekolah ajar kita, dan apa sekeliling ajar kita, dan apa yang kita dapat dengan teknologi internet. 


Kisahnya semalam aku komen pasal solat kat Tiktok seorang Cina. Dan nurtizen komen semuanya lebih kurang “dia Cina, macamana dia nak solat?”  


Diorang duduk kat mana ni? Hari-hari tengok tiktok, tengok FB, baca thread, tapi pengetahuan am ke laut dalam. 


Diorang tak pernah tahu ke ada Melayu yang beragama Islam, ada yang tidak. 

Ada Cina di Malaysia, dan juga di China sana, ada yang Islam, ada yang tidak. 

Ada India di Malaysia, dan di India sana, ada yang Islam, ada yang tidak. 

Ada Siam yang beragama Islam, ada yang tidak. Ada Indonesia yang beragama Islam, ada yang tidak. 

Dan, di Tanah Arab sana, adakah semuanya beragama Islam?


Berapa ramai tokoh agama Islam dan motivasi Islamik di Malaysia ni ada yang berbangsa Cina dan India? Restoran Cina Muslim yang tumbuh bak cendawan selepas hujan sekarang ni pun merata-rata kita dapat jumpa. Masih nak tulis ayat ni, dia Cina dia tak solat. Aduyai.

MRT HKL

 Al salam alaykum


Hari ni saya tawaf di HKL. Saya suka la stesen MRT HKL ni. Ada travelator lagi. Saya kena pergi Institut Pediatrik untuk jumpa Jemaah Doktor Perkeso. Turun dari Pintu A, saya tanya-tanya orang macam jauh je. Tapi takpe la. Jalan je la. 


Saya jumpa penutup longkang berjeriji besar, tapi dalam masa yang sama ada laluan utk OKU Penglihatan. Dia macam, mana yg wujud dulu? Lubang longkang besar berjeriji tu atau laluan OKU tu? Sbb memang rasanya bertongkat tu terus tongkat masuk longkang. Sbb lubang tu lebar dia sama lebar dgn tempat pejalan kaki tu. Boleh tak bayangkan? sbb tak amik gambar pulak. Sebab terkejut tengok lubang sebesar tu ada dengan ruang pejalan kaki OKU Penglihatan. Sapa la yang buat ni. Kesian kat OKU yg jalan kat situ tongkat hilang  


Daftar jam 9.00, kemudian menunggu dekat dua jam, jumpa doktor 5 minit je semoga lulus ye permohonan saya. 


Semasa balik, rupanya ada jalan pintas untuk ke MRT  dekat je  sebab tu la saya cakap saya tawaf HKL  



1 Ramadhan 1447

Al salam alaykum

Ramadhan Kareem!