Assalamualaikum w.b.t
It has been a very long hiatus. A very long silence.
Saya dah lama tinggalkan blog ini. Lama sangat. Suatu ketika dulu, saya memilih untuk merahsiakan perkembangan adik-adik usrah saya dan saya memilih untuk tidak menceritakan kisah-kisah yang saya lalui bersama mereka.
Saya telah memiliki seorang anak yang comel. Habib Abdullah Hakim namanya. Saya ambil namanya sempena Habib An Najjar, hero yang dikisahkan dalam surah Yaasin. Abdullah adalah nama terbaik yang disabdakan Nabi SAW dan juga sempena seorang bekas mutarabbi saya, Yusuf Abdullah.
Sekarang, saya sudah tidak lagi membawa halaqah di tempat lama. Kisah masam-masam manis, suka duka bersama “sebelas terbaik” itu saya simpan kemas-kemas sebagai kenangan. Bahkan, Azri yang diceritakan dalam entri lebih setahun lalu berkembang dengan sangat baik. Memberangsangkan. Alhamdulillah.
Semuanya adalah kenangan.
Kini, saya tercampak di daerah baru, tugasan baru. Sesuatu yang saya rasakan sukar untuk saya melakukannya. Lapan tahun saya bergelumang dengan adik-adik yang pintar, pelajar cemerlang, tiba-tiba saya diminta berkhidmat di kawasan yang para pelajarnya bukanlah dari golongan cemerlang.
Lama saya diam, puas saya mencuba untuk diletakkan di tempat pelajar-pelajar yang cemerlang. Tapi mungkin bukan rezeki saya, bukan ini ketetapanNya buat saya. Saya terinspirasi dengan saranan Ustaz Fauzi Asmuni di Melbourne (ya, saya kembali ke Australia baru-baru ini!) bahawa murabbi mesti pandai mengolah dan mengatur perjalanan tarbiyyah. Murabbi adalah unsur penting dalam tarbiyyah.
Saya akhirnya memutuskan untuk mencuba, hidupkan enjin kereta dan ke tempat baru.
Suraunya tidak semeriah tempat lama, suram dan sedikit kelam. Selepas solat asar, saya memberanikan diri untuk menegur pelajar-pelajar yang saya rasakan ada potensi. Takdir Allah menentukan, saya dapat menegur seorang pelajar yang sedang memakai kasut.
Saya cuba bertenang, cuak memang ada. Dah lama tak buat DF katakan. Saya bertekad, saya mesti jujur kali ini, saya akan berterus terang bahawa saya datang nak usahakan usrah di sini bersama ISMA. Saya mesti!
Saya berbual dengan baik. Adik itu namanya A, mukanya ada iras-iras Muhsin UK sikit. Panjang kami berbual, sesekali matanya memandang kearah lain. (di hujung perbualan baru saya tahu kenapa!)
Saya akhirnya berterus terang, saya datang ke sini untuk mengusahakan halaqah, dan saya pendakwah berlogo ISMA, saya mati akal untuk mencari orang yang berpotensi dan berminat untuk mengikut tarbiyyah di sini.
Apa terjadi?
Kalau macam tu, biarlah saya jadi adik usrah abang!
Hah, mudahnya. Wow, alhamdulillah!
“Serius? Selalunya abang suruh balik fikir dulu masak-masak…kalau selesa dengan ISMA, corak dan gaya pendekatan ISMA, sertailah tarbiyyah ISMA. Kalau dah ada usrah lain bersama IKRAM, PAS dan sebagainya, abang selesa untuk kau fokus dengan yang dah ada.”
Saya pun terangkan sedikit tidak banyak mengenai ISMA, pendekatan ISMA, sekadarnya mengikut kemampuan adik ini.
Tetapi dia kata insya Allah minggu depan dah boleh mula untuk usrah. 🙂
“Mungkin sebelum ini, abang ada pengalaman orang tinggalkan abang…”
Ya, mungkin sebab itulah saya sangat berhati-hati dalam memilih mutarabbi.
Mungkin, dia bukanlah Izzat Roslan, Fred, atau Pekmaz.
Tetapi dia masih boleh saya rasakan auranya. Tugas baru saya kini bermula!
Doakan!
P/S: Pertemuan saya dengan Azri dulu, banyak membantu dalam peristiwa ini. 🙂
Alhamdulillah, saya kini menemui kekuatan baru.
Fred, Azri, dan Hariz, sehingga ketika dan saatnya tiba, i’ll always be there. Insya Allah.