26 haribulan Januari lepas, merupakan hari ulangtahun British mendarat di benua Australia. ( British mendarat pada tahun 1788 ) Setiap tahun, hari tersebut dikenali sebagai Australian Day.Kiteorang anak beranak ni semangat nak g tengok persembahan bunga api...
Kalau di belah Australia timur sana, sudah tentu meriah dengan macam - macam perarakan dan persembahan bunga api. Tapi di sebelah barat ni, aku tak nampak sangat paperpun kecuali persembahan bunga api dan semangat mat saleh Australia menyambutnya...(mungkin jugak aku yang tak peka & tak ambil pusing ha ha ha) Kalau berjalan, rata - rata, kedengaran ucapan, "Happy Australian Day, mate..."
Ceria & mesra jer...Tak kire lah pengucap tu kenal ke tak orang yang diucapkan ucapan tu...Hmmm, tuh antara budaya yang positif aku belajar kat sini, ....aku rasa mat saleh sini lagi friendly dari orang o rang kat M'sia sendiri sebab kalau lalu tepi, depa ni tak lekang senyum & ucapan hello... (bukan semua ye, kebanyakan saja)...
Masa balik M'sia dulu terasa gak,...kalau lalu tepi orang masam je semua,...kalau ade pun pada orang yang aku senyum,(aku senyum kt orang pompuan je, orang laki idok le...)...wajah masam plak yang dibalas kembali. Teringat lagu...'Senyum seindah suria, yang membawa cahayaaaa...senyumlah dari hati, duniamu berseriiii..." yang dulunya selalu tersiar kat TV...aku rasa kene siarkan balik la,...Sekarang ni aku rasa rakyat M'sia banyak tertekan dengan tekanan kehidupan. Siang malam kene pikir camno nak carik duit sampai lupa nak senyum...
Betullah bak kata orang, senyuman tu sedekah yang paling murah,...takyah keluar duit pun dah boleh buat orang sekeliling rasa gembira & tenang. ( ^_^ )
Tak macam tahun - tahun lepas, tahun ni minuman keras di'haram'kan pada Australia Day. Tak mahu rakyat yang kurang kesedaran sivik & tak bertamadun membuat angkara agaknya. Di Melbourne sahaja pada tahun - tahun lepas, kerajaan memberlanjakan ratusan ribu duit cukai rakyat hanya untuk memcuci muntah - muntah tepi jalan dan tempat - tempat awam. Membazir kan? Belum lagi termasuk untuk membersihkan pencemaran seni 'vandalisme' sekeliling lagi tu...Memang adat, kat mana - mana negara ade jer golongan penjahanam ni...
Hmm..berbalik pada cerita kami anak beranak yang nak melihat persembahan bunga api ...
Malam 26 hb tu, seperti yang ditunggu - tunggu, tak seperti tahun - tahun lepas (pukul 9-9.30pm), persembahan bunga api tahun ni awal, iaitu tepat pada jam 8-8.30pm. Lepas solat maghrib, kami pun ready bertolak dari rumah menuju ke Matilda Bay. 5 minit je berjalan kaki.
Ingat nak pergi ke tempat yang boleh nampak view lebih cantik, tapi risau pula kalau ade manusia yang tak de akal membuat onar nanti,...Kami yang beranak kecik ni nak lari mana???...Jadi, sebab tu lah destinasi kami pilih ni berdekatan dengan rumah dan juga kerana tempat tersebut adalah tempat santai golongan yang berkeluarga. Orang yang dah berkeluarga ni selalunya lebih considerate & matang sket dari yang bujang...(no offense ye, kengkawan bujang...aku bercerita ni tentang golongan mat saleh yang suka nak enjoy je kejenyer tanpa memikirkan tindakan dia tu membawa bahaya ke tak ke atas orang lain)
So selepas mendapat tempat sesuai untuk melabuhkan punggung...kami enjoy je la view yang cantik ketika fireworks berlangsung...Tau tau je la ...sape yang teruja lebih...
50l3h & E-m4n lah saper lagik...
Tapi kan ade lagik insan yang terjuanyer melebihi dari anak - anak...
Siapa?
Teka lah...
Hmmmm sapo laie...
APAK nye lah...
Seminggu sebelum tu lagi dia dah duk menghitung hari, hangat tangan dah nak tangkap gambar fireworks...heheheeee...ni gambo2 nyer...
enjoy your view. :)
-----------------------------------------------------
Kalau kat Msia kita leh ucap selamat menyambut hari kebangsaan kat sapa - sapa je...tapi kat sini, dengan mat saleh ok lah...tapi dengan orang asli sini,...maunye kang kene pukul...depa tak suka. Kenapa?
Sebab hari tu, bermulanya hari tanah air mereka di ambil orang...
Sekarang, bumi yang mereka pijak milik orang putih...
Sedih kan?
Wonder plak aku, kalau kita dulu terima Malayan Union dulu, adekah kita juga akan jadi seperti depa?...
Tulah ye, bila pandang belakang balik melihat sejarah, seharusnya kita amik iktibar...Bila terkenang dan baca berita tentang M'sia sekarang ni, kita yang dah dapat kemerdekaan negara sendiri seharusnyalah mentadbir negara dengan baik bukanlah sebaliknya. Nanti sok sok dah putih mata, dah tak guna...