Tahun ni, sepanjang ramadhan aku tak sihat.
Masa ada student kene covid, aku dah cuak dah. Beberapa kali jugak aku buat covid test. Alhamdulillah, bacaan semua negatif. Sebab aku kene serang selsema, sakit tekak dan batuk-batuk yang teruk. Level tersumbatnya, sampai boleh sesak nafas....
Dalam masa yang sama aku kene buat medical checkup, beri jawapan pada Tabung Haji. Reda je demam, aku terus amik tripple shots of vaccines yang perlu ambil. Lepas cucuk, sengal-sengal satu badan. Jadi, panjang lagi la siri badan tak laratnya. Dalam masa yang sama, laki aku kene fly ke Jerman atas urusan kerja. Dia setelkan urusan ambil anak girl awal dari asrama. Dia packed baju sendiri. Dia juga yang drive sana sini termasuklah hantar aku ke opis. Dia jugalah yang drive balik raya dan menghantar diri sendiri ke airport. Sebab kalau nak tunggu aku betul-betul sihat untuk drive balik raya, tak tentu bila. Maka, sepanjang minggu akhir ramadhan-raya, aku amik cuti terus. Dan apak pun dah tak perlu risau sebelum nk fly ke Jerman.
Sepanjang kt rumah mak aku, keje aku tido & baca buku je. Yang kelakarnya aku baca buku system dynamics pulak tu. Boleh pulak buat peluk sambil tido. Hahahahaaaaa....tak tau la nak kategorikan ni sebagai pengalaman indah ke, kelakar ke... Kalau tak baca buku, tak paham. Tapi bila baca, mengantuk pulak. Dah berganda reinforcing loop ni. Pastu, dah la tak paham, bila mengantuk ,terus tidur dan dipeluk erat2 buku tu jadi peneman tido, sampai termimpi-mimpi...Bila bangun tido, try ikut step yang dibuat dalam mimpi, dan tup tup boleh run di dunia nyata...ilham barangkali. Rezeki juga ni...Alhamdulillah. Lepas ni, kalau nak pandai boleh tido je dengan buku....tak payah baca...😆
Berbalik pada cerita raya,.........dah sihat sikit, daku amik tender kerja sental2 periuk & bersihkan toilet. Anak-anak aku tolong kemas rumah, tampal atap & anyam ketupat. Tender masak memasak aku tak amik tahun ni. Sehari sebelum raya, aku sihat sikit. Cuma, asal aku nak cakap je, batuk manjang. Dan atas sebab itu, aku rasa bertanggungjawab pakai mask supaya tak menjangkiti sapa-sapa. So far, belum ada sapa - sapa yang kene jangkitan lepas aku. Walaupun dengan kucing.
Lepas apak balik, sebelum balik Pekan, kami sempat la jalan-jalan IKEA. Hajat hati nak makan beef wellington ikea, sebab secara teorinya, hari raya di KL patutnya tak ramai orang. Tapi sangkaan tu meleset sama sekali. Penuh! Kensel terus! Dapat makan ice cream IKEA je. Sebelum balik ke Pekan juga, kami juga sempat mandi manda di Sungai Inki di Tanjung Malim. Apak budak, pakcik budak dan budak-budak la syok mandi manda. Mama main tepi gigi air sahaja, rendam kaki sambil biarkan digigit ikan-ikan kecik. Anak - anak kata, mama datang bawak rezeki. Kenyang ikan-ikan makan daki kaki mama. Sebab tu ramai ikan suka datang kat mama. Sabo je la...😂
Jadi, habis raya kalini, aku mungkin akan menyendiri lebih lama lagi. Tambah pulak banyak kerja nak kene siapkan. Masuk kerja pun bukan jumpa orang. Kat fakulti sepi. Tapi tak per, ada kinder bueno dari jerman temani diri.
Lepas ni nak kene makan buah banyak-banyak la. Tingkatkan imun badan.




