Sunday, January 24, 2016

Adjusted body weight

Bulan lepas MO ada tanya pandai kira tak adjusted body weight ,tapi tak tahu formula. Hari ini tiada alasan lagi untuk mengatakan tidak pandai kira sebab MO sendiri whatsupkan formula ni time round sebab nak suruh tolong kirakan.

Wednesday, January 20, 2016

nota



 Correction: calcium gluconate : 1gm - 93 mg of el calcium 

Friday, July 10, 2015

My Only Nenda

I have only one nenda since my other grandparents already passed away a long time ago before i was born. When i arrived from work and finished my asar prayer, my sister told me that our nenda was admitted to ICU (last wednesday) at Hospital Segamat due to acute MI. Fortunately, yesterday she was discharged to general ward but still weak and having fever.  We pray for your speedy recovery..We love u so much.. Sorry I can't go to visit u now nenda..(T_T). 

Friday, March 20, 2015

Mak cik

Sangat sedih menerima perkhabaran mak cik bongsu yang disayangi disahkan menghidapi kanser tahap ke 4 dan dalam pada masa yang sama sedang mengandung 3 bulan..Ya Allah besarnya ujianMu buat insan yang terpilih.

Anak mak cik yang sulung berhenti kerja semata-mata hendak menjaga ibunya.Tambahan pula ayahnya juga tidak berapa sihat. Adiknya pula sanggup berhenti belajar semata-mata hendak berbakti kepada ibunya. Walaupun dipaksa untuk meneruskan pengajian dia berkeras dengan pilihannya. Semoga Allah memberkati mereka sekeluarga. Semoga Allah ringankan kesakitanmu mak cik. Syafahallah ..

Tuesday, March 17, 2015

Rumah

Barang semakin mahal, kos sara hidup pun semakin meningkat. Sebelum ini tidak terfikir untuk membeli aset tetapi rasanya mungkin selepas ini keperluan asas seperti rumah terutamanya, menjadi mampu tengok sahaja.

Ciri-ciri rumah yang diimpikan:
1. Tidak terlalu besar, sederhana
2. Berdekatan dengan masjid dan jiran yang baik
3. mampu milik

Ada juga beberapa kali survey rumah, rumah kali ini lokasi agak strategik,dalam taman dan berdekatan dengan masjid, tidak besar sangat, tetapi harganya RM350 k untuk sebuah rumah semiD. Mahal !

Baru balik dari Johor Bharu ke rumah adik ipar , rumah teres 2 tingkat yang dibeli 145K sahaja dan rumahnya jauh lebih besar daripada rumah semiD di Kelantan.
 Apa-apa pun rezeki di tangan Allah, bersyukur dengan apa yang ada sekarang. :)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
 

 Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki



BY:UNIC

Wednesday, March 11, 2015

Pak cik yang sweet

Masa nak round wad pagi semalam, tengokla sorang pak cik ni tidur lena sangat dan nampak sangat keletihan. Lepas siap round tu duduk la kejap, pastu doktor cakap pak cik nak solat.

Me: pakcik nak solat dhuha kot
Doktor: Eh ambikla air letak dalam bekas apa-apa bagi pakcik nak ambik air sembahyang (cakap kat SN sebab pak cik x boleh bangun dan gerak, boleh baring je). Pak cik nak sembahyang subuh tu (at that time 10 o'clock already)
Me: Doktor kan ada air dalam botol spray tu untuk ambik air sembahyang

pastu doktor suruh adik-adik trainee tolong spraykan air kat anggota wudhu' pakcik

Walaupun terlewat bangun sebab tertidur dek kerana sakit, apabila bangun terus teringat untuk solat subuh. Saya mengintai di celah tirai dan untuk melihat pak cik solat sambil baring dan terdengar "Allahuakbar" .. Allah Maha Besar.. Sesungguhnya semoga Allah kurniakan rasa untuk terus beribadat walaupun ketika sakit..Kadang-kadang iman teruji apabila sakit..Allahu Allah

Monday, February 23, 2015

Statin

Definition of higher intensity statin. Alhamdulillah baru faham kenapa specialist bagi atorvastatin in MI patient.huhu..tq boss for the answer.

Saturday, February 7, 2015

Medical life 2

Ada kes meliodosis dalam wad tapi tak sahih lagi. Pakcik memang tak boleh duduk,  baring tetapi 'restless ' . Apabila diperiksa oleh doktor ,hati tu macam bengkak sedikit disyaki bernanah,  pakcik pun ada kencing manis (risk factor meliodosis immunocompromised pt). Jadi ubat yang diberikan iv ceftaxidime 2 g tds dan tab bactrim 3 tablet bd. Tetapi dihentikan t.bactim kerana pesakit allergik ( swollen lips and rashes at face).  pesakit berada di hospital  selama dua minggu untuk mencukupkan dose iv ceftazidime. Ketika round dr pakar bertanyakan maintenance dose untuk meliodosis . Memang tidak ingat sebab kes jarang- jarang berlaku. Nasib baik ada snap gambar guideline meliodosis,  boleh untuk dirujuk stat. Balik rumah pakcik diberikan t. augmentin 1.25 g tds. Dosenya agak pelik sedikit daripada biasa. Duration minimum 3 bulan dan max 5 bulan. Dr pakar ajar macam mana dia start insulin in new diabetic pt. Biasa dia akan guna 0.5 unit / kg , 60 % untuk actrapid dan 40 % untuk insulatard. Alhamdulillah pesakit dah boleh balik rumah dan harapnya cepat sembuh insyaAllah.

Thursday, February 5, 2015

Medical life 1

Lama sungguh tak update blog. hurm..rasanya dah setahun lebih bertugas kt HT. Dulu round pun dengan MO yang sebaya je dan sekepala.Sekarang hospital daerah yang x berpakar hendak ditukarkan menjadi hospital kluster.Dulu pakar datang sebulan sekali.sekarang pakar medical datang hari- hari. Pakar2 lain pun datang dengan lebih kerap untuk memberikan rawatan terbaik kepada pesakit. Diagnosis pun berubah2 dan lebih detail.Pasca banjir banyak penyakit seperti leptospirosis, typhoid, denggi, kolera, hep A dan penyakit bawaan air yg lain muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan . Apabila round ward dengan pakar ,perasaan takut menyelubungi diri. Harap dapat jumpa pakar yang baik2.Banyak kena study balik. Biasa di HT kebanyakan ubat yang digunakan untuk jangkitan kuman kebiasaannya iv benzylpenicillin , ampicillin. Yang broad2 x guna sangat , guna bila ada keperluan dan apabila pakar telah dirujuk. Untuk leptospirosis atau kencing tikus. Ubat yg biasa diberikan ialah benzylpenicillin 2.4 MU QID untuk moderate,  ceftriaxone 2g od untuk severe dan doxycycline 100 mg bd utk 1\52 utk mild case. Pregnant women xleh kasi tau doxycyline bagi azithromycin. Rasanya paeds kasi amoxy (x familiar sangat dose utk paeds).  Pastu lepto n denggi ni nak lebih kurang sama je simptomnya. Biasa kedua2 pun boleh ada demam panas,  liver , kidney impairment,  low platlet. Tp bezanya lepto ni kebiasaannya wbc high atau normal je,  tp denggi wbc low n hemtocrit tinggi. Selalunya akan confirm melalui result darah.Klu treat awal insyaAllah peluang sembuh sangat tinggi. Tapi ada juga kes  yang treat untuk both dengue with lepto coinfection. to be cont

Friday, May 2, 2014

Mengaji


mencari makna hidup. Semoga diri istiqomah menuntut ilmu bagi memperelok bacaan al-Quran.