Orang tak pandai masak macam saya ni pun insyaAllah boleh buat.
Bahan-bahan:
Ayam 1/2 ekor
Bawang merah
Bawang putih
cili padi
limau nipis
air
lada hitam
beras 2 pot /cupak
garam
gula
ajino kalau nak
 |
| Ni la lebih kurang jumlah bawang |
 |
| Pastu tumbuk la bawang ni lumat-lumat |
 |
| didihkan air atas api, agak-agak la jumlah cam nak masak bubur nasi, klu kurang buleh tambah lagi, no problem |
 |
| Selepas air mendidih, letakkanlah ayam sehingga masak |
 |
| bawang tadi tu tumis la sampai naik bau dan macam ni |
 |
| Bila ayam dah masak, keluarkan, masukkan beras 2 cupak tadi yang dah dibasuh |
 |
| Ayam tu kena carik-carikkan |
 |
| lepas dah carik-carik ayam, masukkanlah dalam periuk balik, kalau rasa air tak cukup, tambahlah la lagi |
 |
| Jangan lupa masukkan bawang yang ditumis tadi, garam, gula, perisa secukup rasa |
 |
| potong halus-halus ,kemudian tumbuk je ..sebab rumah ni x makan pedas, jadi sikit jela buat, klu byk guna la blender |
 |
| inilah rupanya, jangan lupa letak 2 ulas bawang putih sekali dan tumbuk hingga lumat |
 |
lepas tu, perah asam limau secukupnya, air masak sket, garam dan gula secukup rasa
|
Bila nak hidang untuk makan, boleh letak lada hitam, taucu, lobak masin, daun sup dan perah asam limau dan sambal tadi. Tapi biasanya tak ada taucu dan lobak masin dan daun sup pun dah ok dah. Ok, selamat mencuba :)..
Tapi rumah ni xmakan pedas sangat, maka lada hitam pun tak adalah. Masakan ni kuantiti cukup untuk 10 orang makan.