Wednesday, November 2, 2011

Selamat jalan mak....moga selamat.





Assalamualaikum.. hampir setahun tak masuk n3 baru, bukan apa, sibuk dgn macam2 perkara dan byk perubahan dalam hidup berlaku membuat hati rasa malas nak menaip di blog ini.. tapi semuanya sudah berlalu...
Mungkin selepas n3 ini akan ada n3 lain akan menyusul..
Buat permulaan saya nak tulis tentang mak saya yg dah pun berangkat mengerjakan haji di Mekah pada 16 Okt lalu... mak pun dah berusia 72 tahun, selepas beberapa lama menanti, dapat panggilan juga akhirnya, saya nampak mak ceria sungguh apabila dapat panggilan talifon dari pihak tabung haji.
Kami adik beradik anak cucu semua menghantar mak ke Kompleks tabung haji di bayan Lepas.
Walaupun aruah ayah tak sempat pergi dengan mak tapi mak dapat pergi sudah memadai... doa saya semoga mak sihat di sana dan dapat menunaikan haji dengan sempurna dan pulang ke Malaysia dengan selamatnya...
kami pasti merindui mak.....