Asslamualaikum berjumpa lagi di sesi bercakap sorang2 hehe.. Tak apalah sekadar bercerita tak apakan...
Kali ni nak cerita pasa projek tanam rumput kali kedua.
Setelah projek pertama menampakkan hasil yg menggembirakan, maka aku ambik keputusan nak jalnkan projek kedua pada cuti persekolahan bulan jun baru2 ni.. Cuti sekolah anak2 semua ada jadi mereka dapat membantuku...
Aku pergi semula ke kedai pokok di Lunas dan beli 40 keping rumput dengan harga RM3 sekeping. murah sikit kali ini sbb beli byk. Setelah tiba hari cuti kerja ku aku dan anak2 memulakan kerja2.. Oh lupa nak cakap, aku beli setengah lori pasir sungai dan 84 biji bata merah putih untuk buat lantai alas meja tamanku...
mula2 kami mencabut rumput2 liar..
kemudian kami tambun dengan pasir sungai. dulu dah pernah letak pasir sg tapi dah lama , dah mampat jadi kami tabur lagi... baru letak pokok rumput. kemudian letak pasir2 sungai lagi di antara gap-gap rumput tersebut.
di beberapa tempat aku letakkan batu2 agak besar dan tanam pokok lily putih kesukaanku...
Kami juga buat laluan pejalankaki dgn meletakkan marmar putih yg kami kutip dari lebihan org buat rumah. jadi la..save bajet dari nak beli yg baru.. tak sabar aku nak tunggu rumput2ku masuk dicelah2 laluan pejalan kaki tersebut....setahun lagi agaknya..hehe
Aku beli lagi 23 keping pokok rumput kerana 40 keping tu tak cukup...huhu
Inilah hasilnya.. cantik tak? tak cantik lagi sebab rumput2 tu belum bersambung lagi.. kena tunggu 6 bulan lagi baru bersambung.. sementara itu aku kena jurus air sehari 2 kali pagi petang sepaya rumput2 ku kekal hidup sihat....
Ni Aisyah ... dia tak membantu cuma jadi penyeri laman dan penghibur kami semasa kami buat kerja... Ok .. nanti bulan Desember aku update pasal rumput ni lagi...byee....




































































